03 July 2010

WCK: MELUTUT JUGAK ANWAR

Salam 2 all.

Saya tertarik dengan lapuran mengenai komen YB Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju)* yang disiarkan oleh agendadaily.com mengenai DSAI yang terpaksa menuntut maaf kepada Yahudi Amerika baru-baru ini.

Saya lampirkan dibawah lapuran tersebut untuk renungan bersama:

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
20 Rejab 1431
02 Julai 2010


"YB Wee Choo Keong-Akhirnya Anwar kena melutut…

Sepatah kata Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Keong, “Macam cacing kepanasan…” Mengulas lanjut tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ‘terpaksa’ terbang ke Amerika Syarikat untuk ‘melutut’ kepada ‘kawan-kawan’nya bagi memperjelaskan beberapa kenyataan lantangnya yang dilihat anti Yahudi, Chee Keong berkata, “bukankah ini namanya politik dua alam atau cakap tak serupa bikin”.

Menurut Chee Keong, beliau (Anwar) bercakap lantang di Parlimen tapi akhirnya turun melutut meminta maaf pada Zionis, apa yang diperkatakan itu semata-mata untuk tujuan politik ke Putrajaya sahaja. Soal kepentingan negara dan bangsa tidak penting. Chee Keong berharap rakyat jelata membuat penilaian terhadap Anwar yang dianggapnya hanya mahu mempertahankan kepentingan dirinya sahaja.

“Saya harap dari sudut dan tingkahlaku Anwar ini, rakyat mesti tahu dengan pasti apakah tujuan politik Ketua Pembangkang itu,” tegasnya.

Anwar dilaporkan ke Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bertemu beberapa tokoh Parti Demokrat seperti bekas Setiausaha Pertahanan, Sir William Cohen, Ahli Kongres AS, Keith Maurice Ellison dan Timbalan Setiausaha Untuk Negara Asia Timur dan Pasifik, Kurt Campbell.

Pada Mac lalu, Anwar dilaporkan pernah meminta pertolongan Campbell supaya kerajaan AS campur tangan dalam kes liwatnya. Ketika diminta mengulas kenapa Anwar mesti memperjelaskan kenyataan itu kepada pihak tertentu di AS, Chee Keong berkata, “sebab dari dulu Anwar ramai kawan dan konco-konco yang banyak memberi bantuan, jadi beliau kena bagi penjelasan dan meminta maaf terhadap kenyataan lantangnya terhadap Zionis.”

Katanya, “Anwar masih mengharapkan sokongan dari AS untuk perjuangannya menjadi Perdana Menteri”. “Kita jadi ahli parlimen adalah untuk mempertahankan hak negara kita, seperti saya tidak perlu ke AS atau Singapura atau ke mana saja untuk mendapatkan sokongan, saya hanya perlu mendapat sokongan dari rakyat kita, itu yang kita bersumpah jadi ahli parlimen untuk pertahankan lambang negara kita dan Yang DiPertuan Agong serta Perlembagaan Negara bukannya jadi ahli parlimen untuk menjaga kepentingan yahudi atau AS,” tambahnya.

Chee Keong menganggap Anwar kini sudah semakin terdesak terutama melihat tingkahlakunya yang membangkitkan pelbagai isu dalam kes liwatnya sedangkan ianya jelas isu yang dibangkitkan itu bukan isu perundangan tetapi isu yang cuba dipolitikkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat kononnya kes itu merupakan ‘pendakwaan politik’ semata-mata.

Bagaimanapun, Chee Keong menjangkakan Anwar semakin sukar untuk memutarbelit isu ini di dalam negara dan cuba untuk mendapatkan bantuan dari pihak-pihak di AS seperti dahulu.

Menurut Chee Keong, Anwar juga dilihat semakin menggelabah selepas menghentam Zionis dalam isu APCO dan penggunaan istilah ‘pencerobohan Zionis’ di mana Anwar telah dikecam dan diserang oleh kolumnis serta media AS yang mana tidak dapat diterima oleh Anwar.

Mengenai kenyataan Anwar yang kecewa dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama yang tidak bersungguh-sungguh membantunya, Chee Keong berkata, “Anwar anggap seperti Presiden sekarang macam George W. Bush di mana boleh diputarbelit hingga beliau boleh dapat bantuan”.

Berdasarkan tindakan terbaru Anwar itu, Chee Keong berpendapat Anwar sedang cuba mendapatkan pengaruh AS untuk memberi tekanan antarabangsa kepada Malaysia supaya mempengaruhi mahkamah berhubung kes liwatnya.

Katanya, “kenapa nak gunakan taktik ini, pergi ke AS untuk mendapatkan sokongan dan tekanan kepada Malaysia bagi mencapai satu keputusan yang beliau mahu. Ini sikapnya cakap dan serupa bikin atau politik dua alam hanya untuk satu tujuan saja ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri ‘at all cost’.

“Kalau kita nak jadi PM pun kita perlu dapat sokongan rakyat bukan kerana kita nak jadi PM, dapatkan keyakinan daripada rakyat, sokongan dari rakyat bukan guna puterbelit, nanti terbelit diri kerana setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,” ujarnya".

*YB Wee Choo Keong adalah peguam kanan lulusan Britain dan bekas Ketua Penerangan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Bintang sejak 1995. Pada tahun 2008 beliau dipujuk Anwar untuk bertanding kerusi Parlimen Wangsa Maju dibawah tiket PKR. Pada bulan Jun 2010, YB Wee memilih untuk "berhijrah" menjadi Ahli Parlimen Bebas baru-baru ini setelah menyedari terlalu banyak politiking "cakap tak serupa bikin" didalam Pakatan Rakyat dan perjuangan PKR adalah sekadar untuk menabalkan Anwar menjadi Perdana Menteri "at all cost!".

12 comments:

xplorer said...

yb , ada artikel menarik psal anwar kat USA dlm website new ledger http://newledger.com/2010/07/anwar-ibrahim-in-bad-decline/ mintak dibaca untuk kesedaran

mr said...

Salam YB.
Nk tanye:
a) apa perasaan YB bila WCK kutuk/hina DSAI yg merupakan saudara Islam kite?

b) apakah YB sbg saudara sesama Islam rasa puas sekiranye DSAI dipenjarakan kerana kes liwat II beliau?

selerasa.com said...

salam YB.saya selama ini sering mengikuti pandangan YB sejak di PKR hingga menjadi BEBAS.sayalah pengkritik paling lantang terhadap YB. namun, saya bersyukur pada ALLAh kerana membukakan hati YB pada kebenaran. apa yg menarik, YB sentiasa konsisten pada perjuangan ISLAM kerana ia melebihi perjuangan dlm. politik. adalah menyedihkan kita masih bertelagah menerusi parti2 yg berbeza (UMNO dan PAS) namun golongan ultra kiasu sentiasa bersatu dlm diam. mereka seronok melihatkan kita mengkafirkan sesama bangsa,agama dan bahasa sedangkan perjuangan kita masih jauh. sebenarnya YB, perjuangan kita masih lagi berteraskan bangsa melayu kerana tanpa melayu hilanglah agama ISLAM di Malaysia. YB pelajarilah sejarah bagaimana Portugis menjajah Melaka sehingga berkubur sama sekali beratus-ratus masjid yg dimusnahkan sehingga tiada kesan sejarah yg masih tinggal. kita selalu tersilap, apabila memperjuangkan bangsa kita dilabel sebagai assabiyah, perkauman , rasis tetapi inilah senjata sulit pihak ultra kiasu utk mematikan perjuangan bangsa melayu dan agama islam di bumi ini. percayalah, jika kita bersatu, pihak ini akan gentar yg teramat sangat. kenapalah tuan guru Nik Aziz masih lagi menentang keras usaha2 berbaik2 antara PAS dan UMNO sedangkan inilah senjata kita utk terus berjuang demi survival bangsa dan agama islam.YB patut sedar kita mungkin berbeza pandangan politik namun matlamat dan visi kita sama. namun masih adakah orang2 kita yg sedar kekuatan ini. lihatlah DAP sentiasa konsisten dan MCA ibarat duri dalam daging dlm kerajaan, mereka sentiasa bersatu dlm diam. namun org melayu bertelagah di luar dan dalam, megambil org2 kafir sebagai penasihat dan rakan.subhanaallah

Unknown said...

Salam YB Zul..

Apakebenda yang berlaku semua ni..
Apa pendirian YB Zul tentang kes Anwar 10 tahun dulu.. adakah Konspirasi atau memang YB Zul yang terkhilaf..

Bagaimana dengan akuan sumpah Raja Komando..??
Pendedahan Sukma dan Dr. Munawar Anees..???

Kenapa buat rakyat jadi bingonggg!!

Tolong laa..

Jangan la tidakkan kebenaran..

Kalau Anwar difitnah bantu dia..

Nak lawan Keadilan silakan.. tapi jgn benarkan fitnah itu berkuasa..!!

Pleaseee


Faizul

ahmadnafiah said...

Yb, Nampaknya Yb amat gembira sekali dengan kenyataan Yb Wangsa Maju terhadap YB DS Anwar Ibrahim. Nyatakan apakah prinsip YB selama ini dulu YB amat benci kepada yang bukan islam tetapi sekarang ini apa dah jadi Yb, Dulu-dulu semasa ceramah di surau permata saya selalu ikuti ceramah Yb, rupanya yb jadi pelakon selama ini.TK

aka777 said...

Mohd Rahmat,

Nak elakkan rakyat jadi bingong la kena di bagi tau peel Mr. Delay ni. Sejak Al-Gore bikin panas pada tahun 1998 tu dah rakyat patut nampak siapa Mr. Delay. Neo-Con Amerika takkan 'backing' Mr. Delay kalau takde kepentingan. Rakyat patut sedar bila Mr. Delay mengelabah bila ditanya 'hubungan rapat' dgn Paul Wolforitz, "arkitek penghancur Iraq" di Al-Jazeera.

Kalau ada rakyat yang tak sedar2 lagi, yang tulah yang BINGONG!!

aku said...

rasanya dari dulu DSAI orang cakap dia agen,kawan baik dan macam-macam lagi la dikaitkan DSAI dengan yahudi dan israel,dari masa dipecat lagi. masa tu YB jadi pengikut setia dia,so komen sikit pasal apa masa tu YB ikut dia dan sekarang ni YB cam mengiyakan je yang DSAI agen yahudi?

Unknown said...

a.k.a..

ini bukan sola takkan la..takkan la...
sy sebut fakta kes..
dari kes 10 tahun dulu..
semua fakta kes jelas ada konspirasi... ini YB Zul pun tau..

Soalnya apa pendirian YB Zul sekarang..??

Saudara aka mesti tidak tau fakta kes apa yg dibincangkan dlm mahkamah kan..??

Ini soal fitnah yg jelas.. tidak ada hujah dpt menafikan..

bukan soal andaian aka semata2..

aka777 said...

Dean,

Awak boleh dapatkan penjelasan YB mengenai DSAI a.k.a Mr. Delay a.k.a Anwarina pada artikel DUALAM.

Az said...

hish...

kata wee chee keong..
“Kita jadi ahli parlimen adalah untuk mempertahankan hak negara kita, seperti saya tidak perlu ke AS atau Singapura atau ke mana saja untuk mendapatkan sokongan, saya hanya perlu mendapat sokongan dari rakyat kita....”

ya lah.. memang lah hang tak perlu pegi US atau negara luar mintak bantuan, pasai hang tu bukan didakwa oleh amno pun.. hang tu tak gugat sikit pun amno, amno tak dak lapaq ganggu gugat hang pun...
macam DSAI ini, org berpengaruh, amno takut, silap haribulan boleh jadi pm baru, haa masa tu habis dia sumbat penjara depa2 tu, tak ka haru, boleh telungkupkan apa yg depa dok enjoy sakan selama ni, dia lah jadi target utama, dia musuh utama.

nak tunggu sokongan rakyat aja? hakim majistret kena beli, rakyat protes sumbat ISA, kena semboq racun, cuba tengok tak campur tgn tgn2 ajaib... nak tengok rakyat bangkit takat mana?
tu lah pasaiiii...

ketua2 gerombolan cari sehabis daya nak jatuhkan DSAI sampai sanggup buat fitnah (org2 yg bersengkokol tunggulah bhg dlm di akhirat esok, tak takut???) sbb nak kekalkan kuasa mereka.

tu lah bezanya hang dgn dia kalau nak tau!!!!!! aku pun tau hangpa tau, tapi aku heran hangpa buat2 tak tau.

macam hang pun YB Zul, kalau hang melatah kutuk amno pun depa tak heran aihhh, pasai hang tu bukan ada pengaruh sgt, buang boreh lawan hang.

jgn maghah... melawak sikit nooo.

Soundheart said...

Kalau di lihat pada politik Malaysia pada 1998 sekiranya ada yang mengkaji akan taktik Mossad sudah tentu mereka dapat melihat the character elimination by Mossad setelah apa yang mereka hajati(sebagai ejen tidak langsung) telah mereka kecapi. Sila rujuk buku By Way Of Deception by Victor Ostrovsky untuk menilhat taktik mereka pada zaman itu.

Setelah keluar dar Penjara Sungai Buloh Anwar bangun dengan sokongan rakan- rakan Neo-Cons untuk kembali ke pentas politik dan menjadi Jagoan di Arena politk Antarabangsa terutamanya U.S.A.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Politik U.S, AIPAC adalah amat berkuasa dalam politik U.S. Just browse around kegiatan dan pengaruh AIPAC dalam Politik U.S. Kalau saya ceritakan apa itu AIPAC ada yang malas mengkaji dan menuduh saya mengada-adakan cerita. Do your homework, Analyze , Triangulate all the data and finally come into a conclusion.. Jadi sila kaji sendiri untuk mengetahui relevanya Anwar dan Zionist terutama di U.S. Memang tidak dinafikan mereka yang ingin kekal berpolitik di U.S mesti mempunyai sokokngan kuat AIPAC kalau tidak mereka akan mengkuburkan karier Politik mereka.- Sila lihat:-

'AIPAC purchases US elections'
http://www.youtube.com/watch?v=PRJyStxWHyY dan

Former Ohio Rep. Jim Traficant "Israel Controls America
http://www.youtube.com/watch?v=y_Zhe2UUfcw

Jadi tidak hairanlah jika Anwar terpaksa melutut bagi membolehkan beliau berkecimpung dan mendapat sokongan dari rakan rakannya di U.S dan Zionist.

Disamping itu ada juga Anwar Ibrahim juga dikatakan menjinakan diri (menjadi ahli) dengan Secret Society “Freemason” bagi mngekalkan populariti beliau. Bersekongkol dengan Kumpulan “Elite” dunia adalah satu caranya mendapat sokongan moral dan dana dari mereka. Sejauh mana benarnya berita ini lebih banyak kajian perlu di buat. Kita boleh menkaji sendiri Freemason Canada, Sila lihat:-

FREEMASON LODGE OFFICERS 2010 - 2011(senarai ahli dari laman web mereka sendiri)
http://www.iosphere.net/~dixonr/officers.html dan sini

FREEMASON COMMITTEE CHAIRMEN & LODGE REPRESENTATIVES (dari laman web mereka sendiri)
http://www.iosphere.net/~dixonr/chairmen.html. Adakah ini Anwar Ibrahim yang sama?

Logiknya kalau Depan boleh Belakang pun boleh,
Zionist boleh, TAK Pelik Freemason pun boleh.

In short SEMUANYA BOLEH………

Soundheart said...

continued


Jadi tidak hairanlah jika Anwar terpaksa melutut bagi membolehkan beliau berkecimpung dan mendapat sokongan dari rakan rakannya di U.S dan Zionist.

Disamping itu ada juga Anwar Ibrahim juga dikatakan menjinakan diri (menjadi ahli) dengan Secret Society “Freemason” bagi mngekalkan populariti beliau. Bersokonkol dengan Kumpulan “Elite” dunia adalah satu caranya mendapat sokongan moral dan dana dari mereka. Sejauh mana benarnya berita ini lebih banyak kajian perlu di buat. Kita boleh menkaji sendiri Freemason Canada, Sila lihat:-

FREEMASON LODGE OFFICERS 2010 - 2011(senarai ahli dari webpage mereka sendiri)
http://www.iosphere.net/~dixonr/officers.html dan sini

FREEMASON COMMITTEE CHAIRMEN & LODGE REPRESENTATIVES
http://www.iosphere.net/~dixonr/chairmen.html. Adakah ini Anwar Ibrahim yang sama?

Logiknya kalau DEPAN boleh BELAKANG pun boleh,
Zionist boleh, tak pelik Freemason pun boleh.

In short semuanya boleh………