Salam 2 all.
Saya dan rakan-rakan Konsensus Bebas berasa kesal dengan tindakan penulis dari akhbar portal Malaysian Insider yang mendakwa kononnya kami akan "lead UMNO roadshow in Selangor" (lapuran tersebut dilampir dibawah).
Penulis tersebut juga memilih untuk memutarbelit fakta dengan menuduh kononnya "walaupun mereka memilih menjadi bebas, namun mereka adalah pro-BN dengan menyerang bekas rakan mereka. Dengan menyertai roadshow UMNO, Ahli Parlimen Bebas mengukuhkan reputasi mereka sebagai penyokong UMNO dan BN".
Saya tidak faham apa maksud penulis meumtarbelitkan fakta. Bagi mereka yang mengahdiri sidang Parlimen dan membaca dokumen-dokumen Parlimen, mereka akan tahu bahawa kami bukan sahaja mengkritik pembangkang, malahan kami juga mengkritik kerajaan apabila ada isu yang kami berpendapat perlu ditegur atau dikritik. Antaranya dalam isu judibola, saya antara yang paling kuat mengkritik kerajaan dengan bahas dan usul (termasuk mengadakan perbincangan dengan "pihak tertentu") mendesak supaya ianya dibatalkan.
YB Dato' Seri Zahrain mengkritik keras isu penyelewengan Pos Malaysia dan mendesak siasatan dan tindakan dibuat. YB Wee Choo Keong mendesak supaya tindakan diambil terhadap Setiausaha Politik Menteri EPU yang ditahan dengan wang berjuta didalam biliknya. Malahan YB Wee mendesak supaya disiasat samada Menteri berkenaan terlibat.
Sebenarnya banyak isu-isu lain yang kami Konsensus Bebas telah bangkitkan samada yang menyentuh pembangkang ataupun kerajaan.
Saya tahu banyak isu yang kami Konsensus Bebas bangkitkan atau dedahkan mengenai pembangkang tidak dapat dijawab oleh mereka. Dan saperti biasa pembangkang apabila tidak dapat menjawab, mereka akan gunakan taktik "character assassination". Dengan melabel kami Konsensus Bebas sebagai 'pro-BN' atau 'pro-UMNO', maka pembangkang akan cuba memberi persepsi atau gambaran kononnya kami adalah 'orang suruhan BN atau UMNO'.
Kami adalah Ahli Parlimen Bebas. Kami berhak untuk memilih menghadiri apa-apa program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, samada NGO, Kerajaan ataupun pembangkang. Malahan saya telah menghadiri beberapa program anjuran PAS walaupun setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, dan saya tidak dengar pula BN atau UMNO komplen. Malahan bulan ini sahaja saya ada beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS dan beberapa NGO Islam lain.
Saya sangat menghargai rakan-rakan wartawan, samada dari media perdana mahupun media portal. Malahan saya punya hubungan baik dengan ramai wartawan termasuk beberapa rakan di media portal Malaysian Insider. Oleh itu saya sendiri tidak pasti apakah penulis tersebut mempunyai agenda tersendiri, atau menjadi penulis upahan pembangkang? Tetapi apa yang beliau tulis mirip kepada suara sumbang pembangkang.
Yang saya paling kesal, penulis tersebut langsung tidak menemui kami ataupun meminta pengesahan atau komen kami mengenai dakwaan beliau walaupun kami berada di Parlimen untuk menghadiri persidangan. Sebaliknya beliau memilih untuk menulis tanpa mendapat pengesahan kami. Dan yang paling malang, lapuran beliau bercampur baur dengan pendapat beliau.
Pada saya, ini adalah sikap kewartawanan yang sangat tidak beretika. Saya sangat khuatir dengan sikap serta etika kewartawanan dan lapuran-lapuran media (cetak dan portal) yang akhir-akhir ini sangat membimbangkan. Walaupun mereka yang terlibat itu hanya segelintir, tetapi sikap mereka memberi gambaran buruk kepada rakan-rakan media yang lain. Kita lihat contoh beberapa lapuran media akhir-akhir ini yang jelas berniat jahat. Dan diperburukkan dengan segelintir mereka yang memperkudakan media untuk merekayasa lapuran-lapuran bohong dan palsu.
Dan yang paling malang ada media yang rela diperkudakan untuk menjadi alat politik sempit segelintir golongan yang mempunyai agenda politik yang sempit.
Saya berharap rakan-rakan wartawan yang jujur dan ikhlas akan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawab kewartawanan yang baik dan beretika. Janganlah sikap buruk segelintir wartawan mematahkan semangat yang lain untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
26 Rejab 1431
08 Julai 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MALAYSIAN INSIDER
Ex-PKR MPs to lead Umno roadshow in Selangor
By Debra Chong
July 08, 2010
KUALA LUMPUR, July 8 — In its push to recapture Selangor, Umno has roped in former PKR MPs Datuk Zahrain Hashim and Zulkifli Noordin to join its state-wide campaign to “expose” Pakatan Rakyat (PR).
Umno Selangor information chief Abd Shukor Idrus said the duo would be able to give a clear explanation to the public on current issues, particularly on political matters related to the state.
The former PKR MPs have formed what they say is an independent consensus in Parliament.
But while they remain independent, they have been pro-Barisan Nasional (BN) in attacks on their former colleagues.
By joining Umno’s roadshow, the independent MPs will cement their reputation as Umno and BN supporters.
Abd Shukor said the speakers would be able to open the public’s eyes to the “lies” created by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in his bid to realise his personal goals.
“Only they know what happened, they used to be in the party, such as Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Hashim and Bandar Baru Kulim MP Zulkifli Nordin,” Abd Shukor was cited as saying in the Umno Online web portal.
He said his party was not working to interfere with PKR’s internal affairs but to expose their “sandiwara” or stageplay.
“We don’t have to interfere so as to be trapped by their tactics,” Abd Shukor said.
The party’s aim was to point out what it terms as PR’s failure to live up to their pre-election promises over state development.
“This is part of Umno Selangor’s efforts to ensure Barisan Nasional succeeds in recapturing Selangor,” he said, adding the party would continue until the next general election.
The roadshow is scheduled to kick off this weekend in Selayang.
Zahrain and Zulkifli are among five lawmakers who exited PKR earlier this year. The former resigned while the latter was sacked for indiscipline.
The other PKR defectors are federal lawmakers Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) and Penang state assemblyman Tan Tee Beng (Nibong Tebal).
7 comments:
Beginilah keadaannya YB, bila kita buat keputusan keluar dari sesuatu kumpulan, barulah kita tahu hati budi mereka yang sebenarnya. Baru kita boleh nampak apa yang benar dan apa yang salah.
Dulu kita berkorban bermati-matian pada mereka yang kita anggap benar. Apa yang kerajaan buat semuanya salah. Fokus kita hanya ingin menumbangkan dan menggantikan kerajaan.
Tuduhan dan fitnah sudah menjadi trend politik sekarang.
Dalam keadaan sekarang, seperti kata Dr. Mahathir tak mustahil Melayu boleh jadi minority.
En. Zul,
Baru hang tau, bila dah tak sehaluan dgn PR, walaupun tak masuk UMNO, hang kena balun cukup2x.
fitnah sana sini, tak kira dosa...
tu, org tua Tok Det tu... dah brapa kali kena fitnah? tgk cd lucah dgn cucu lah, minum arak lah, kaki judi lah, kaki perempuan lah...
apa punya perangai la...
The opposition must realize, if they topple current government by inciting hatred and racial tension, when they lead the government someday, they too will face the same consequences. the likes of sodomizer anwar, wheelman karpal, racist lim kit siang, all will someday show their true colors, which in turn, are very much similar to the current government.
are we expect PR is holier-than-thou? are we saying that the three stooges above will not practice corruption like the present government?
present government is led by a Malay by the definition of the constitution, and therefore is a MUSLIM. The only thing that stop them becoming another a$$hole like George Bush or war criminal like Tony Blair, is their faith in ISLAM. While even that did not stop some of them to practice corruption, do we expect mr wheelman and mr racist and co to be free of corruption?
i doubt it.
turns out, all of you are the same.
The PR is really a crap party, led by a crap man, who if i have to pick between him and a snake, i beat the hell out of him first...
Salam YB,
Beberapa bulan yg lalu, kaum India Kg. Buah Pala menitis air mata kerana dihalau. Kini, Kaum Melayu di Jln Asam Kumbang pula mengalami nasib yg sama malah lebih hina kerana nilai pampasan yg amat rendah. Semua ini adalah "buah tangan" PR.
Soalan saya, apakah perasaan YB termasuk jugak Dato Zaharin dlm kes ini kerana YB jugak adalah penyumbang kpd kejatuhan BN dimana YB sendiri mengaku telah melemparkan pelbagai fitnah terhadap BN atas arahan AL Juburi.
Soalan kedua, Saya harap dan percaya bahawa YB telah insaf atas segala kesilapan YB, so, apakah pula peranan YB bagi membantu kaum Melayu di Jln Asam Kumbang dimana dgn pertolongan itu sekurang2nya dapat menebus sedikit kesilapan YB dulu.
Soalan ketiga-jika berlaku pengusiran kaum Melayu di Jln Asam Kumbang, mahu atau tidak generasi seterusnya akan mengingati bahawa mereka telah diusir olih Kerajaan PR dan diantara pemimpin2 PR termasuklah YB sendiri. Tidakkah YB akan rasa berdosa/bersalah?.Bayangkan masa YB dialam barzakh nama YB diingati sebagai Pengkhianat Bangsa?
Saya tidak mewakili mana2 parti politik tetapi sentiasa mengingati diri supaya tidak menjadi Pengkhianat Bangsa. Saya bersyukur dgn apa yg saya ada.
saya nak tanya zul, ko nak malaysia ni dibawah polisi mana? BN atau PR...atau guna polisi bebas yang mcm bagus tu...
Jawab saja BN... Atau YB nak jawab Be End... Semua parti ada orang tak betul..
Baik PR atau BN pasti ada yang tak betul... Cuma kalau BN perintah orang Islam berkuasa. Kalau PR perintah siapa berkuasa pun aku tak tau...
Kalau kat Kelantan n Kedah memang dah tentu PAS takpa la..Orait juga..
Tempat lain?
Paklong - jgn jadi prngkhianat agama.jgn agung2kan bangsa.kalau nak kira bangsa Abu lahab and jahal lebih hebat dr kita.Umar al-khatab ketika jd Khalifah boleh duduk lepak bawah pokok kurma tanpa bodyguard dan gaji ckp mkn ank isteri saje.cuba tgk pemimpin kerajaan kita???Pergi tgk konsert Usher,pergi tgk konsert Bollywood YB Zul x tumpang ker.Yang tu kat alam barzakh x tanya ker?
Rizwan - Utusan and berita Harian x fitnah org ker?sampaikan Dr.Harun Din pun kena.TGNA jgn ckplah.Beribu2 kali kena.Cuba ko compare umah TGNA ngan umah Ketua UMNO bahagian yg ko duduk skang.Fikirlah,x payah nak pakai Al-Quran ngan Hadis kang ko rasa panas plak ker camne YB Zul,ni pakai logik jer.org skang kan suka pakai logik. DAP (karpal or kit siang) kalu tentang Islam aku x hairan tp org Islam tentang Islam lg pelik kan.Nak bagi contoh? x payah lah.cari sendiri zaman IT nie.wasalam.
Greetings and Peace be upon YB and your family.
Have you checked with the UMNO Selangor Information Chief Abd Shukor Idrus if he did indeed issue the statement. Do not blame the messenger if indeed the statement was issued by Saudara Abd Shukur.
Post a Comment