23 June 2010
FATWA DR. HARUN DIN
Salam 2 all.
Saya perturunkan disini intipati fatwa yang dikeluarkan oleh Sahibul Fadhilah Professor Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS pada 04 Jan 2010 lepas di Bangi, Selangor Darul Ehsan sebagai suatu peringatan dan tazkir bagi mereka yang masih terus menerus menghalalkan kalimah ALLAH Yang Maha Esa disalahgunakan oleh puak Kristian. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan memelihara iman dan aqidah kita.
"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.
Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.
Saya kesal terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik tertentu yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan. Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama. Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran".*
Tepuk dada tanyalah iman. Ingatlah pesanan Rasulullah saw, "akan datang suatu dizaman dimana kamu akan menjual agama kamu dengan nilai dunia yang terlalu sedikit". Namun malang terdapat segelintir dikalangan kita yang begitu gigih berjuang untuk mendapatkan "ayat-ayat kerusi", sehingga mereka terlupa dengan peringatan ALLAH didalam "Aayatul Kursi"!!
Saya menyeru diri saya dan para pejuang dan aktivis Islam yang ikhlas dan masih punya sedikit iman, marilah kita kembali kepada perjuangan Islam yang sebenar, berdasarkan Al Quran & Sunnah. Kembalilah kita memperjuangkan impian dan cita-cita untuk menegakkan pemerintahan Islam, dan melaksanakan syariat Islam serta membuktikan keadilan Islam adalah untuk semua makhluk dimuka bumi ini. Ketepikanlah fahaman siasayah yang sempit, dan kembalilah kepada aqidah yang haq.
Yang baik itu dari ALLAH semata-mata, yang tidak itu adalah kelemahan saya sendiri. Moga ALLAH mengampuni segala kelemahan dan kesilapan saya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Rejab 1431
23 Jun 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Al-Fatihah kepada arwah Tuan Guru ana Almarhum As Syeikh Ustaz Fadzil Noor setelah 8 tahun meninggalkan kita semua dengan
(Sila Klik Di Sini!)PRINSIP PERJUANGAN ASAL PAS ini ...Sama-Sama kita pikirkan ....
Salam YB,
Entry yang merupakan satu peringatan bagus untuk kita semua.
Ya Allah engkau permudahkanlah urusan mereka ini untuk menegakkan Agama mu dan jauhilah mereka dari sifat bongkak yang sia-sia itu.
Tahniah YB........ inilah yang sepatutnya difikirkan oleh seluruh umat Islam dalam negara ini...
Pesanan Rasulullah saw, "akan datang suatu dizaman dimana kamu akan menjual agama kamu dengan nilai dunia yang terlalu sedikit" amat jelas sekali akan kebenarannya kalau dilihat kepentingan beberapa indivdu muslim yang terlalu ghairah untuk berkuasa....
yb zul:
"fatwa" adalah pendapat ulamak.
"Fatwa" bukan hukum yang muktamad
"fatwa" adalah ijtihad
1) berbeza beza fatwa adalah di benarkan selagi tidak langgar dari dua sumber asal (quran/hadis)
YB :
adakah ada nas quran dan hadis melarang bukan Islam guna perkataan Allah? kalau ada kemukakan.
kalau tak ada nas maka ulamak akan berfatwa.
adakah umat islam wajib mengikut satu fatwa sahaja?
yb :
kalau yb berhukum dan berdialog mengikut emosi tanpa ilmu maka jadilah hukum emosi.
Apa kata TGNA plak?? mintak dia tlg komen sikit pasal fatwa Dr.Haron Din ni...
Salam
Harap Ustaz Haron terus bersuara menentang puak2 balaci banjingan yang menyokong puak2 kapir dari menggunakan kalimah Allah
Post a Comment