19 June 2010

BERTAUBATLAH ANWAR!

Salam 2 all.

Saya melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang melenting dalam sidang akhbarnya Khamis lepas apabila menyuruh seorang wartawan "shut up" apabila ditanya tentang dimana bukti dakwaannya bahawa kami Ahli Parlimen bebas kononnya dibayar RM2juta.

Saudara Tukimin mengemukakan pertanyaan beberapa kali kepada Dato' Seri Anwar supaya mengemukakan bukti tohmahan tersebut. Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya beliau berpusing dan berputar kepada isu lain.

Dan apabila Tukiman tegas dengan soalannya mahukan bukti dakwaan tersebut, Dato' Seri Anwar menyuruh beliau diam, awak "shut up". Dan kenyataan itu disiar keseluruh dunia melalui media siber dan arus perdana.

Dato' Seri Anwar perlu faham bahawa selepas konspirasi beliau mengenai rancangan merampas Putrajaya pada 16 September 1998 didedahkan kepada umum oleh YB Dato' Seri Zahrain didalam Parlimen, rakyat sudah mula sangsi dan hilang kepercayaan kepada beliau. Sehingga Dato' Seri Zahrain berucap didalam Parlimen baru-baru ini meminta Dato' Seri Anwar supaya tidak menjadikan jawatan Ketua Pembangkang sebagai Ketua Pembohong!

Sebenarnya kami telah memberi peluang yang banyak kepada beliau. Sejak Dato' Seri Anwar membuat tohmahan tersebut semasa Kongres Khas PKR di Kota Bharu beberapa minggu lepas, kami mengambil sikap berdiam diri kerana tahu ianya gimik politik beliau sahaja. Tetapi apabila beliau membuat kenyataan itu di Parlimen, kami telah mencabar belaiu supaya mengemukakan bukti.

Bukan sahaja beliau tidak menjawab, sebaliknya menuduh Dato' Seri Zahrain ada rumah elok dan kereta baru! Sedangkan beliau sendiri pun ada rumah baru yang bernilai berjuta dan mengguna kereta baru yang harganya saya ingat boleh ternganga rakyat dibuatnya.

Saya sendiri dalam sidang akhbar dihari yang sama menjawab tohmahan beliau dengan bertanya adakah masuk akal saya yang dipecat juga turut dibayar RM2juta. Takkanlah bodoh sangat orang nak bayar saya untuk dipecat. Kalau PKR dibayar untuk pecat saya itu kan lebih menasabah. Tapi untuk orang bayar saya supaya dipecat?! Samada yang bercakap tu akal terencat atau...faham-faham sajelah!

Sebab itu kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas memahami soalan wartawan tersebut meminta bukti dakwaan beliau tersebut kerana rakyat sudah hilang kepercayaan. Kita tidak mahu politik negara ini berubah menjadi politik fitnah dan pembohongan semata-mata kerana ideologi "matlamat menghalalkan cara"; politik sempit untuk merampas Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Politik "cakap tak serupa bikin!!"

Oleh itu, saya mendesak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang bersikap ikhlas dan jujur dan berhenti daripada amalan politik sempit matlamat menghalalkan cara ini. Hormatilah amanah yang diberikan dengan jawatan Ketua Pembangkang tersebut. Gunakanlah amanah jawatan itu untuk memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat!

Saya tidak mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadikan kami Ahli Parlimen Konsensus Bebas sebagai modal politik beliau untuk mengalih pandangan rakyat umum dari masalah sebenar yang dihadapi beliau dan Pakatan Rakyat. Konsensus Bebas bersimpati dengan pelbagai masalah yang beliau hadapi hari ini iaitu kelemahan PKR, kepimpinan beliau yang mula dipersoalkan, peningkatan prestasi cemerlang YAB Perdana Menteri dan sudah tentu yang paling besar ialah kes perbicaraan beliau meliwat Saiful Bukhari.

Saya ingin menasihatkan Dato' Seri Anwar, sudah sudahlah tu; bertaubatlah!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
07 Rejab 1431
19 Jun 2010

*Gambar menunjukkan adengan Anwar memarahi wartawan Tukimin dan menyuruh beliau "shut up!"

13 comments:

hanizam said...

tahniah & syabas YB...kalau dapat peluang untuk bongkarkan ape yang mamat giler kuasa ni selalu bohong, teruskan lagi YB...

jangan takut...jangan gentar...bukan kita nak aibkan dia, tapi nak perbetulkan ape yang dia buat...dulu hampir nak jahanamkan negara...sampai sekarang masih lagi berperangai begitu...

orang dah kempunan nak jadi PM sanggup buat ape saje...janji gelaran PM tu dapat...agama islam digadai, tu soal kedua...

semua side BEBAS terus memperbetulkan ape yang sepatutnya...kalau kerajaan Najib buat salah tegur-tegurlah...

PISANG setandan, tak semuanya baik YB...jangan MALAYSIA ni diperintah oleh manusia yang giler kuasa..habis orang melayu ni jadi macam di negara jiran...

Pendekar said...

Salam YB ..

saya sebagai rakyat Malaysia amat faham dengan tingkahlaku ketua pembangkang....Pembohong sudah menjadi amalam beliau ...tapi masih ada wal saki- baki penyokong tegar yang tidak mahu berubah ...atau sudah malu untuk berpatah balik ..malu dengan diri sendiri ..walaupun tahu salah terpaksa menyokong juga ...WALAUPUN TERPAKSA MENKINZIRBUTAKAN FAKTA ....

irwan di sini said...

bravo zul! keep it up!!

pak mat/cik ina said...

camne lah mudah.kita ada 2 pilihan jer dalam dunia ni.Allah dah buat elok dah utk hamba2 Dia yg lemah nie.Salah atau Betul.Jadi kalau lelaki kena ader perempuan x boleh ader pondan.kalau khunsa pun di suruh gak pilih.Allah buat syurga dan neraka.Maka baik ke syurga dan jahat ke neraka.X ade yg duduk tengah2 antara syurga dan neraka.Betul x?
So kita pilih lah.kata saidina Umar,'Kalau kita keje kilang besi baulah besi,kalau kite kilang minyak wangi baulah minyak wangi.'

Mlatkovic said...

Encik Zul

jangan lupa nk tobat sama na...
suka betoi dok pelaga oghang..
orang puji hang suka la, orang nasihat hang tk mau dengaq..
bwk2 muhasabah diri Encil Zul..

aku dok ajak hg pi register ngaji pondok, hang tak mau...
mungkin hang terror bab undang2 syariah nie...
tapi Ilmu agama nie luas..

Apa pendapat hang pasal TGNA tak pun pasal Arwah Fadhil Nor?
Komen sket, aku nk tengok...

wassalam...

rexuan said...

aik.. mana komentor2 tegar PKR yang selalu dok maki hamun YB? selalunya pantang YB post artikel, kelam-kabut diaorg nak maki hamun..

C.Parker said...

Whoever supports anwar is just stupid.

Khairol said...

Salam YB,
ada silap fakta. sepatutnya 16 September 2008, bukannya 16 september 1998.

Nik said...

Salam YB Zul

Teruskan usaha YB dalam mengatakan yang benar itu benar...

Jen Ir Dr said...

huh..mmg dasar kaki KETUA PUTAR ALAM .. Tahniah la Anwar dgn TITLE tersebut...

Lain yang orang tanya.. soalan lain plak yang dia keluarkan..agaknya masa dia jawab soalan periksa dulu.. dia jawa dgn soalan juga la..

? said...

Maslahat umum lebih penting yb.Dedahkanlah perlakuan sebenar anuwar walaupun mungkin mengaibkan.Malah boleh jadi berdosa sekiranya yb menyenbunyikan kebenaran sehingga ramai orang terpedaya dengan lakonan licik dia.

amin said...

slm...yb


SEGALA PEKARA YANG PERLU DI BONGKAR,JANGAN DI SIMPAN LAGI,AGAR RAKYAT MALAYSIA TAHU HAL SEBENAR.
SOAL AGAMA,MARUAH BANGSA PERLU DIPERTAHANKAN.
BAGI YG TAKSUB BIARKAN,LUNCAI TURUN DGN LABU,LABUNYA.
PASTI ALLAH BERSAMA KITA YG BENAR

Amir Khurairah said...

Sunyila komen di sini. Bila isu DSAI ni, senyap penyokong hardcore.