10 June 2010

KONSENSUS BEBAS


Salam 2 all.

Penubuhan KONSENSUS BEBAS

Dengan amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, dengan ini diumumkan penubuhan “KONSENSUS BEBAS” sebagai wadah rasmi sepakat kami sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Konsensus Bebas membentuk satu blok bebas di Parlimen yang efektif, bebas dan nonpartisan. Menzahirkan pandangan serta tindakan politik secara bebas tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian dalam menyampaikan pendirian dan dasardasar politik sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Kami percaya pembentukan Konsensus Bebas merupakan persetujuan terbaik antara kami sebagai wakil rakyat untuk membawa isu-isu rakyat dan negara secara kolektif dan efektif. Dengan persetujuan ini Konsensus Bebas yakin untuk berperanan secara berkesan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen walaupun tidak dinaungi oleh mana-mana Parti politik.

Konsensus Bebas komited sebagai satu persetujuan Ahli Parlimen Bebas dengan rakyat. Menjalankan amanah sebagai ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat untuk berusaha memajukan negara. Memastikan rakyat terus menikmati hidup secara harmoni, berkualiti dan sejahtera di Malaysia.

Pilihanraya Umum 2008 menyerlahkan harapan rakyat untuk perubahan yang telah pun dikecewakan oleh parti-parti politik. Konsensus Bebas berusaha untuk mengembalikan harapan dan keyakinan tersebut. Konsensus Bebas berperanan bukan untuk kepentingan politik tetapi kepentingan rakyat dan negara.

Landskap politik negara sudah banyak berubah dan mencerminkan kematangan proses demokrasi di Malaysia. Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin politik serta parti politik di Malaysia menghormati rakyat dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan Parti atau kepentingan pemimpin-pemimpin Parti. Rakyat sama sekali tidak boleh dipermainkan oleh retorik-retorik politik atau politik cakap tidak serupa bikin.

Parti-parti politik hari ini dilihat lebih mementingkan agenda parti manakala pemimpinpemimpin parti cenderung merebut kuasa. Rakyat menjadi mangsa kepada perebutan jawatan dan pangkat. Politik kepartian semakin tidak sihat lebih memperlihatkan pergeseran politik kerana perebutan kuasa dan jawatan, dihodohkan lagi dengan budaya ampu-mengampu dalam parti. Reformasi yang dituntut rakyat semakin terpesong.

Walaupun Konsensus Bebas berpendirian menerima realiti politik kepartian, namun untuk menjadi Ahli Parlimen yang efektif dan berkesan bukan terletak pada parti yang diwakili tetapi terletak pada kesungguhan dan kejujuran dalam berpolitik.

Sebagai wadah yang bebas Konsensus Bebas memberi jaminan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak baik parti kerajaan atau parti pembangkang. Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasaskan kepada aspirasi rakyat dan negara.

Konsensus Bebas akan memberi fokus kepada pembentukan dasar-dasar yang meletakkan keutamaan rakyat. Isu-isu rakyat dan isu-isu negara akan dibawa dengan lebih inovatif berteraskan semangat reformasi tulin, jujur untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara madani.

Konsensus Bebas menawarkan kepada rakyat satu suara efektif di parlimen.

YB DATO SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM
Member of Parliament for Bayan Baru

YB WEE CHOO KEONG
Member of Parliament for Wangsa Maju

YB ZULKIFLI BIN NOORDIN
Member of Parliament for Kulim Bandar Bharu

YB TAN TEE BENG
Member of Parliament for Nibong Tebal

YB MOHSIN FADZLI SAMSURI
Member of Parliament for Bagan Serai

————————————— K B —————————————

Rasional Logo Konsensus BEBAS (diatas):

The Konsensus Bebas logo embodies the desire of its Members of Parliament to present issues of national and public interest collectively and effectively by being an effective, independent and non-partisan Parliamentary bloc.

The logo consists of basic shapes that lock on and support each other to form a hibiscus image, symbolising the interests of the rakyat and the nation.

The clean, modern look of the Konsensus Bebas logo with its bright, bold colours represents the innovative and modern way of presenting issues of national interest, based on the true and honest spirit of reformation, and with sincerity in making Malaysia a progressive nation, signified by the upward leap of the stamen.

The word BEBAS is rendered in bold to emphasize the independence of its members from partisan politics.

10 comments:

Unknown said...

lebih cantik kalau daftar sebagai sebuah parti politik. tiada hiraki menegak, hanya mendatar

setiap ahli parlimen berkuasa dalam sempadan parlimen masing-masing

bagi kawasan parlimen yang tiada wakil rakyat. calon-calon bangsa Malaysia yang berminat boleh daftar diri untuk bertanding

sekretariat bebas akan organize presidential debate dan pengundian on the spot berdasarkan daftar pengundi SPR

GAP KEMBALI said...

salam bro zul

bloger gerakan anti pkr nak join boleh tak ?

Hang Jebat 66 said...

Tahniah..
Muga polisi tanpa terikat dengan parti akan membuat ianya lebih efektif dalam memperjuangkan hak mereka yang sepatutnya menerimanya terutamanya hak bangsa agama dan agama..

Muga maruah bangsa dan agamaku akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

amer @ ijjad said...

behind you!!selamat berjuang!

mitchell said...

Blessings of the Almighty be upon YB and your family. Congrats on your launching of the Block, except for maybe YB Wee, you and the others will be retiring at the end of this term unless BN can offer you guys a safe seat.But there again they themselves will tell you there aren't many safe seats left. Happy Retirement, YB

aka777 said...

Salam,

Saya sokong 100%. Dengan adanya ini, diharap agar dapat mengimbangi situasi politik negara yang sekarang ini dikuasai oleh parti yang terlalu banyak masalah serta ditentang oleh parti yang memperjuangkan cita-cita seorang hamba Allah yang opportunist yang teringin sangat nak jadi PM.

paktam said...

Ulamak dan Kepartian

1-Syarat menjadi seorang pentafsir al-Quran ialah antara lain pertama Iman dan kedua nafsu. Dimaksudkan dengan nafsu di sini ialah berpuak-puak dan ini mustahak kerana dikuatiri mereka akan cenderung kepada sesuatu persepsi tertentu, walhal mereka sepatutnya mencari kebenaran.

2-Ramai ulamak terdahulu tidak menerima pangkat yang ditawarkan oleh pemerintah, kerana mereka takut akan dipaksa membuat keputusan yang tidak adil dan tidak benar. Terdapat juga ulamak terdahulu dipenjara oleh pemerintah kerana tidak membuat keputusan menyebelahi kehendak pemerintah.

3-Seterusnya ulamak terdahulu mencari kebenaran, bukan mencari rezeki dengan 'keilmuan' mereka. Jika mereka mencari rezeki dengan 'sijil' yang mereka ada, maka mereka hanyalah pentadbir dalam hal ehwal agama, dan tidak harus memberi hujah kepada khalayak, kerana ditakuti mereka memihak. Pentadbir dalam hal agama juga diperlukan, dalam satu organisasi pentadbiran kerajaan.

4-Masalah terkini di Malaysia ialah apabila ilmuan dalam satu bidang membincang berkenaan bidang yang bukan ia mahir. Sebagai contoh seorang ahli bahasa Arab mengajar tafsir al-Quran, dan dikuatiri apa yang diajar itu bercenderung kepada tafsiran lafziah, bukan mengikut ilmu pentafsiran yang sebenar. Maka ini ialah satu daripada masalah 'pentauliahan' juga.

5-Apa yang saya faham Islam itu syumur, dan antara maksudnya ia melingkupi kesemua aspek kehidupan termasuk politik. Ini bukan bermakna politik itu menjadi teras agama dalam menjalani kehidupan seorang muslim. Sebagai contuh, terdapat pelbagai fardu kifayah yang WAJIB di jalani oleh sesetengah umat dalam sesuatu kelompok, termasuk juga dalam bidang Siasah Syar'iah. Oleh itu ulamak boleh berperanan dalam sesuatu negara secara langsung tanpa melibat diri dalam politik.

Allah swt yang lebih mengetahui.

Muhammad Yasir said...

Bebas pun mesti bersepakat jugak! Kita gembira dengan penubuhan ini. Moga seluruh MP bebas bersama bernaung di bawah Konsensus Bebas.

lah said...

SALAM YB,

YB IBRAHIM ALI TAK JOINT KE..

Ramli Mohd Yunus said...

Alahai...