06 June 2010

MESYUARAT KEDUA PENGGAL 3

Salam 2 all.

Mulai esok Isnin 24 Jamadil Akhir 1431 / 07 Jun 2010, sidang Dewan Rakyat ke 12, Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua akan bermula sehingga 01 Sya'ban 1431/ 13 Julai 2010. Item utama untuk mesyuarat ini ialah pembentangan Rancangan Malaysia Ke 10 pada hari Khamis 27 Jamadil Akhir 1431 / 10 Jun 2010. Antara isu utama juga akan dibincangkan islah usul mengutuk rejim zionis Israel atas pembunuhan sukarelawan misi Via Filistin baru-baru ini. Usul ini akan dibentangkan sendiri oleh YAB PM.

Saya menjangkan isu hangat yang akan menjadi tumpuan ialah siasatan yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Hak Istimewa Dewan Rakyat keatas YB Permatang Pauh (Dato' Seri Anwar Ibrahim) atas pembohongan yang didakwa dibuat oleh beliau menuduh konsep 1-Malaysia adalah cedokan daripada konsep 1-Israel. Sekiranya didapati bersalah, DSAI boleh dikenakan tindakan termasuk digantung keahlian untuk tempoh yang akan ditetapkan. Pembohongan didalam Dewan adalah satu kesalahan serius yang memerlukan tindakan tegas. Ini adalah peluang untuk DSAI membuktikan dakwaan beliau.

Bagi sesi kali ini, saya telah mengemukakan 10 soalan untuk dijawab didalam Dewan secara lisan dan 5 soalan untuk dijawab secara bertulis. Saya memberikan keutamaan kepada isu judi bola, kes Aminul, masalah golongan buta dalam mendapatkan Al Quran braille dan kemudahan pengajian Al Quran untuk mereka dan juga soal dasar buku negara dan lain-lain isu untuk sesi kali ini. Berikut adalah soalan-soalan yang telah saya kemukakan (soalan-soalan ini telah dikemukakan pada hari Isnin 03 Jamadil Akhir 1431 / 17 Mei 2010 yang lalu):

SOALAN JAWAP LISAN

SOALAN 1 (07.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. apakah kerajaan menyedari bahayanya kes membabitkan hukum-hakam dan perundangan Islam diputuskan oleh Mahkamah Sivil berdasarkan undang-undang sivil;

2. apakah kerajaan bercadang meminda Akta Mahkamah Keadilan (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan memastikan Mahkamah Sivil hendaklah merujuk kepada Mahkamah Syariah berkaitan sesuatu isu melibatkan agama Islam; dan keputusan tersebut hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan dipatuhi.


SOALAN 2
(08.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. Apakah prosedur untuk mendapat kelulusan menerbit, mencetak dan menjual mushaf Al Quran daripada luar;

2. berikan butiran terperinci tiap mushaf Al Quran yang telahpun diluluskan dan dibenar untuk jualan setakat ini, sebab diluluskan, tempoh masa diambil untuk kelulusan, serta dari negara mana?

3. Berikan butiran terperinci tiap mushaf yang telah ditolak kelulusan, sebab ditolak dan dari negara mana?


SOALAN 3 (09.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. adakah Kerajaan bercadang mengkaji undang-undang berkaitan dengan keperluan mengadakan pilihanraya kecil memandangkan kos yang tinggi dan melahirkan suasana politiking yang tidak berkesudahan?

2. adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji supaya sesuatu kerusi yang kosong itu diambil alih oleh parti yang memenanginya dalam sesuatu pilihanraya umum;

SOALAN 4 (10.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. Berapakah perbelanjaan pengimpotan buku-buku bagi tahun 2005-2010; sila berikan pecahan mengikut tahun dan negara impot;

2. adakah kerajaan bercadang membenarkan buku-buku luar dan impot dicetak dalam negara?

3. adakah Kerajaan bercadang menaikkan rebate pembelian buku dari RM1,000-00 ke RM2,000-00 atau lebih?.


SOALAN 5 (14.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

1. Berapa ramai anggota polis yang cedera atau terbunuh semasa bertugas sejak tahun 2000-2010;

2. sila berikan pecahan punca kecederaan/ kematian anggota tersebut;

3. apakah sekim perlindungan atau bantuan kewangan selain takaful yang diberikan kepada anggota polis?

4. adakah Kerajaan bercadang meletakkan anggota polis dibawah sekim Perkeso?

SOALAN 6 (15.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

1. apakah langkah dan tindakan yang telah dan akan diambil terhadap lapuran dan berita palsu atau putarbelit berita dan/atau lapuran/ kupasan isu sensitif di media portal saperti di MalaysiaKini, Malaysia Today dan lain-lain:

2. sila berikan tindakan yang pernah diambil atau sedang diambil setakat ini.

SOALAN 7 (16.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. apakah kriteria dan syarat dalam menentukan seseorang calun bagi anugerah Tokoh Ma’al Hijrah atau Tokoh Maulidur Rosul?

2. adakah Kerajaan bercadang memberikan anugerah Tokoh Ma’al Hijrtah 1432 kepada Sdr. Yusuf Islam @ Cat Steven kerana menghargai sumbangan besar beliau kepada penyebaran risalah dan dakwah Islam;


SOALAN 8 (17.06.2010)
Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. apakah rasonal penubuhan syarikat Al Hijrah Media Corporation (872710-D)? Sila berikan butir pemegang saham, lembaga pengarah, pegawai pengurusan dan editorial syarikat itu;

2. apakah skop dan matlamat TV Hijrah ini?

3. apakah rasional jawatan “Honorary Advisor” diujudkan dan mengapa seorang Timbalan Menteri dilantik kejawatan tersebut?


SOALAN 9 (21.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Kewangan menyatakan:

1. apakah rasional kerajaan memberikan lesen untuk kegiatan pertaruhan bolasepak Piala Dunia 2010?

2. adakah Kerajaan menyedari pertaruhan tersebut adalah suatu kegiatan judi yang haram disisi syara’;

3. berapakah hasil yang dijangka diperolehi oleh Kerajaan dan adakah Kerajaan akan membangunkan sukan negara menggunakan hasil judi ini?


SOALAN 10 (22.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. Apakah langkah dan tindakan yang diambil untuk membantu golongan buta untuk mempelajari Al Quran secara lebih tersusun dan komprehensif;

2. adakah Kerajaan bercadang mencetak dan menerbitkan Al Quran braille untuk kegunaan golongan tersebut:

3. apakah insentif dan galakan yang diberikan untuk menambah dan mempertingkatkan keupayaan golongan buta untuk mempelajari dan sebolehnya menghafaz Al Quran;


SOALAN JAWABAN BERTULIS

SOALAN 1

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

1. berapakah jumlah dan jenis senjata milik persendirian yang telah dikeluarkan permit menurut Akta Senjata Api;

2. sila berikan pecahan pemegang permit mengikut profesion dan kaum serta tahun dikeluarkan?

3. apakah syarat dan kelayakan yang diperlukan oleh seseorang individu untuk mendapat permit senjata api.


SOALAN 2

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) Menteri Kewangan menyatakan:

1. apakah kriteria dan syarat untuk penubuhan sesuatu Klinik 1-Malaysia disesuatu tempat?

2. adakah Kerajaan bercadang menubuhkan satu Klinik 1-Malaysia di kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu terutamanya di bawaha DUN Bandar Bharu saperti Selama Kedah?


SOALAN 3 (09.06.2010)

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. apakah langkah atau tindakan susulan yang telah diambil berkaitan Memorandum Untuk Dialog Tahunan MITI 2009 yang dikemukakan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA);

2. adakah Kerajaan bercadang menghapuskan “Sales Tax” atas semua jenis kertas dan “Anti Dumping Tax” atas kertas simili yang diimpot dari negara bukan Asean?


SOALAN 4

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

1. apakah “Standard Operating Procedure” untuk penggunaan senjata api oleh anggota polis?

2. apakah jenis senjata api yang di isukan kepada anggota yang menjalankan tugasan “crime patrol”;

3. mengapa kerajaan tidak menasihatkan PDRM mengemukakan permohonan maaf terhadap keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah atas tuduhan tidak berasas beliau kononnya penjenayah?


SOALAN 5

Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN (P. 18 Kulim Bandar Baharu) minta Perdana Menteri menyatakan:

1. mengkaji mengadakan peruntukkan undang-undang untuk memberi pilihan kepada mana-mana orang Islam memilih untuk dikenakan pertuduhan sesuatu kes jenayah di Mahkamah Syariah sekiranya peruntukkan mengenainya ada saperti pertuduhan liwat?

2. adakah kerajaan bercadang menyelaraskan penerimaan dan pendaftaran sesorang peguam syarie bagi semua Mahkamah Syariah di Malaysia melalui satu proses sahaja?

3. adakah kerajaan bercadang mengujudkan sebuah badan guaman syariah saperti mana Majlis Peguam Malaysia?


Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli bin Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu

Isnin: 03 Jamadil Akhir 1431 / 17 Mei 2010

No comments: