Salam 2 all.
Saya mengutuk keras tindakan rejim haram zionis Israel la'natullah yang telah menceroboh dan menyerang kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla Gaza iaitu Mavi Marmara pagi tadi di perairan antarabangsa diluar Filistin. Setakat tadi, 19 diberitakan terbunuh. Dua orang sukarelawan Malaysia yang juga wartawan dan jurukamera media Astro Awani, saudara Ashwad Ismail dan Shamsul Iskandar Latip turut berada diatas kapal tersebut dan belum diketahui nasib mereka.
Saya berpendapat sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras dan tegas terhadap rejim zionis la'natullah ini. Mereka langsung tidak menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa, dan bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan hak asasi kemanusiaan. Ini adalah jenayah kemanusiaan yang jelas dan mesti dikutuk oleh semua bangsa dan negara.
Saya juga berpendapat negara-negara dibawah Pertubuhan Negara Islam (OIC) terutamanya Malaysia segera mengambil peranan untuk meyakinkan dunia barat dan kuasa besar khasnya untuk menghukum negara zionis la'natullah ini, dan membuktikan bahawa rejim Isreal inilah punca kepada ketidakstabilan dunia. Mungkin kata-kata Sheikh Mahmud Ahmadinejad ada kebenarannya, rejim Israel la'natullah ini sepatutnya dihapuskan daripada mukabumi ini!
Saya juga mencadangkan supaya negara-negara dibawah naungan OIC supaya menubuhkan Pasukan Pengamannya sendiri, dan bertindak melindungi negara-negara dan umat Islam yang memerlukan pembelaan khususnya, dan negara lain jika diperlukan. Kita umat Islam sudah tidak lagi boleh mengharapkan badan saperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi dan menjaga keamanan kita umat Islam. Saya pernah mencadangkan ini semasa meletusnya keganasan Israel di Ghozzah tahun 2008 dahulu. Kita perlu menimbang perkara ini dengan serius.
Saya tidak nampak mengapa negara-negara dibawah naungan OIC tidak bileh mengumpulkan bala tentera untuk membentuk pasukan pengaman antarabangsa dan masuk ke bumi Filistin termasuk Ghozzah untuk melindungi dan membela umat Islam dan rakyat Filistin yang dizalimi dan dianiaya tersebut. Kita tidak perlu mendapat keizinan sesiapa. Undang-undang antarabangsa menyebut bahawa mana-mana tentera daripada mana-mana negara boleh masuk kedalam sesebuah negara atas jemputan negara hos tersebut. Sudah pasti kita yakin Kerajaan Filistin bersedia menyambut kedatangan balatentera pasukan pengaman negara-negara OIC.
Saya juga mendesak Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas segera untuk membuat usul tergempar mengutuk pencabulan terbaru rejim Israel la'natullah ini. Saya juga mendesak Parlimen supaya menuntut Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih konkrit dan jelas untuk menterjemahkan kemarahan rakyat Malaysia tentang pembunuhan terbaru ini. Saya berpendapat Parlimen perlu mendesak Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif berbincang dengan negara-negara OIC yang lain untuk menubuhkan balatentera pasukan pengaman OIC untuk menjaga keamanan penduduk Filistin. Parlimen juga perlu mendesak Kerajaan menekan kerajaan Amerika, Britain dan dunia Barat untuk memutuskan hubungan diplomatik dan mengambil tindakan keras terhadap rejim Israel ini.
Akhirnya, saya menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, marilah kita menghidupkan semula semangat jihad fisabilillah dikalangan umat Islam. Mutakhir ini umat Islam semakin lesu dan bisu. Kehidupan duniawi sudah menenggelamkan umat Islam kedalam krisis keimanan yang serius. Harimau-harimau Islam sudah tiada. Mana dia'Umar Ibnu Khattab, hilang sudah Khalid Al Walid, ghaib sudah Ikrimah Abu Jahal, Sallahuddin Al Ayubi hanya tinggal nostalgia sejarah, Sultan Muhammad Al Fateh berkubur tanpa pengganti. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga. Saya meminta khatib minggu ini menyampaikan khutbah mengenai jihad dan mati syahid, agar umat Islam kembali menjadi singa disiang hari, dan 'abid dimalam hari.
Semoga ALLAH merahmati roh muqminin yang terkorban, dan menjumlahkan mereka termasuk dalam golongan para syuhada dan memberi keampunan kepada mereka, dan meletakkan mereka kedalam syurga yang tertinggi bersama para anbiya.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
17 Jamadil Akhir 1431
31 Mei 2010
22 comments:
Assalmualaikum...YB yang dikasihi...Episod yang bukanlah mengemparkan dunia,bila berlaku peristiwa besar di bumi Palestin….masyarakat dunia hanya melihat,masyarakat dunia hanya berdemotrasi, masyarakat dunia hanya menggelengkan kepala, masyarakat dunia hanya mengalir air mata, masyarakat dunia hanya terbeliak mata, masyarakat dunia hanya mengata itu dan ini, masyarakat dunia hanya.z..z.z.z.z….masyarakat dunia hanya…z.z.z.z.z.z….masyarakat dunia hanya…..ZzzZZzzzzzz..
Allah SWT telah berfirman:-
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran, 3: 103)
Kesimpulannya: Rakyat Palestin diantara Hamas dan Fatah tidak bersatu senantiasa bergaduh sesama sendiri,tanpa sedar bumi mereka tergadai sikit demi sedikit, akhirnya hanya tinggal sekangkang kera tanah air mereka… nikmat bumi mereka diragut oleh orang asing….samalah diMalaysia juga kaum majoriti hanya asyik bergaduh sesama sendiri… mungkin Malaysia boleh terjadi seperti Palestin satu hari nanti..
Salam YB KBB,
Seluruh umat islam / pemimpin islam di dalam mahupun di seluruh dunia wajib bersatu dan mengambil tindakan yang berani terhadap Israel la'natullah.
Semoga umat Islam dapat membuang segala 'EGO' mereka...Kerana sifat 'EGO' lah banyak makhluk di bumi ini dilaknat Allah.
Wassalam.
-Bulan Terang-
Rejim israel La'natullah!!!
Masalahnya yb,orang2 kita di malaysia lebih tertarik untuk berpolitik dan bergaduh sesama sendiri.
Rejim israel La'natullah!!!
Rejim israel La'natullah!!!
Rejim israel La'natullah!!!
setuju dgn cadangan YB
Harimau islam dah tak ada... di M'sia pun tak ada. Kalau ada pun cuma setakat YB Zul. Sanggup ka YB Zul jadi kepala harimau di M'sia?
Askm YB..
Da jemu sy dengar pekataan kutuk nie tpi tak jadi ape2 pun.Tak mendatangkan sakit pun pada israel.Pada sy kalau israel main jahat kite kene main jahat juga.Mane bomoh2,pawang2,gurusilat2 yang kononnye ade ilmu tinggi yang boleh hantar santau, polong, jin, hanturaya tu...mereka2 nie la yg patut kedepan dan gunakan ilmu yg power2 tu...nie tidak demo bukan main ganas lgi tpi tak penah guna bile memerlukan..
sekian.
This is one of the many terrorist acts of the Zionist regime. But the international community will continue to do nothing. Sadly, the palestinians and the whole world will continue to suffer.
Masyarakat Islam tidak pernah bersatu dan sentiasa berpecah belah. Bukan sahaja di antarabangsa malah di negara kita Malaysia yang tercinta ini.Jadi apa sangat kutukan komuniti yang lemah hanya ibarat debu menimpa badan. Kutukan tidak menjadi kudis dan kutikan tidak menembusi kulit yang tebal. Perkara ini akan berlalu begitu sahaja sama seperti pemboikotan terhadap penghina Nabi Mohamad SAW, sifat hangat-hangat tahi ayam adalah sifat semula jadi kebanyakan mereka seagama, bila diberi gula-gula kembali tenang dan terus diberi kemaafan. Marah, benci, sakit hati, dendam dan memendam rasa lebi berkesan terhadap bangsa sendiri, sesama agama hingga sanggup berpatah arang berkerat rotan bermusuh hingga ke anak cucu generasi demi generasi. Jadi hentikanlah kutukan yang tidak memberi makna itu jika esuk akan dilupakan.
Kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam, marilah sama-sama kita menentang kezaliman rejim Zionis dengan memboikot barangan keluaran negara Israel, barangan keluaran taukeh yang pro Zionis. Senarai barangan taukeh pro Zionis boleh didapati di http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html#list. Walaupun ada yang berpendadapat bahawa dengan memboikot Syarikat pro Zionis negara akan mengalami gangguan ekonomi seperti penarikan pelaburan serta kehilangan pekerjaan rakyat tempatan, kita masih boleh lagi mencari alternatif lain seperti menarik pelabur asing yang tiada kena mengena dengan taukeh pro Zionis. Rakyat juga masih boleh mencari pekerjaan di Syarikat lain yang masih berlambak di nagara ini.
Akhir kata, ZUCK FIONIST!
Mana dia....Lim Kit SIang...Mana Dia Lim Guan Eng....hanya kerana Yang diseksa dan tertekan adalah umat islam maka DAP laknatuallah tidak bersuara apa pun...Ini lah dia parti perkauman yang terhebat di Malaysia....
Mana dia Saudara ANwar Ibrahim,,,,sahabat baik tok-tok arab yang dah berjanji nak melabur berbilion-bilion di Permatang Pauh jika beliau menang PRK.......
Ini lah mereka yang pandai berlagu dan menari serta berteriak jika sesuatu itu memberi faedah politik kepada mereka....Adakah Pemimpin DAP memetik ayat-ayat suci Al-Quran kerana yakin atas ayat Allah itu atau hanya kerana nak merayu sokongan orang islam....
Jangan biarkan hnaya "Old Man" Tun Mahathir saja yang tetap hati untuk membantu dan menghantar bantuan kepada penduduk Gaza....Mari kita sama-sama berdoa dan menunjukkan rasa marah kita kepada Yahudi Laknatuallah...Adakah DAP lajnatuallah akan sama-sama berbaring atas jalan demi berjuang kerana Allah atau Anwar akan berani bersuara menghentam kaum kerabat sahabat-sahabat baik beliau yang banyak membantu dan menyalur kewangan kepada beliau...
Hnaya mereka yang bebas dan suci jiwa akan merasa bebas untuk mengutuk dan menhentam Yahudi Laknatuallah.
Saya sokong! Kalau ada 2-3 buat frigate dari negara Islam yg escort konvoi tu, saya tak rasa seberani tu..
Allahuakbar!
allahuakbar!!!
semoga semua yg terlibat diselamatkan oleh allah
Assalamualaikum.
Tuan,
Yahudi adalah bangsa yang telah dilaknati Allah kerana mereka angkuh dan membunuh nabi-nabi dan membunuh sesiapa yang inginkan keadilan. Mereka lebih sukakan kebatilan dari yang Haq. Mereka adalah bangsa yang sangat gemar menipu dan menindas gologan yang tidak sependapat dengan mereka.
Benar Tuan kita perlukan semangat Jihad Fisabilillah bagi melindungi ummah yang kini di bawah ancaman Kafir Harbi.
Kata-kata Tuan menanyakan mana dia'Umar Ibnu Khattab, hilang sudah Khalid Al Walid, ghaib sudah Ikrimah Abu Jahal, Sallahuddin Al Ayubi hanya tinggal nostalgia sejarah, Sultan Muhammad Al Fateh berkubur tanpa pengganti. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga.
Sebenarnya para Mujahideen sekarang tengah berperang dengan Kafir dan Taghud di seluruh dunia ketika ini, cuma di Malaysia kita umpama katak di bawah tempurung, tidak tahu menahu akan perjuangan mereka yang satu iaitu menegakkan kalimah Allah dan insyaAllah bagi mengembalikan sistem yang ditakuti kafir iaitu Sistem Kalifah yang berjaya menyatukan Ummah dan gologan dhimi.
Para Pejuang yang digelar pengganas oleh media kafir dan tidak lupa di Malaysia adalah berlalu ramai hinggakan Muslim yang alpa atau jahil tidak mahu mengiktiraf mereka kerana menggangap mereka golongan yang sesat padahal mereka adalah golongan yang sanggup bergadai harta dunia dan nyawa mereka sendiri bagi menjayakan pelan bagi menyelamatkan Ummah. Pejuang yang saya maksudkan ialah:
Mullah Mohammed Omar Amir Mukminin Wilayah Afghanistan yang ketika ini berjuang menentang amerika dan nato.
Selain itu Usāmah bin Muḥammad bin 'Awaḍ bin Lādin adalah satu lagi pejuang yang telah mengerakkan pemuda-pemuda seluruh dunia mencintai jihad dan mati syahid menjadi singa-singa Islam mengerunkan musuh Allah.
Kini telah tertegaknya Negara Islam Iraq atas perjuangan Jihad mujahideen menentang amerika dan sekutunya dengan Amirnya Abu Omar al-Baghdadi kejayaan ini adalah dengan izin Allah dengan kegarangan singa Allah Abu Musab al-Zarqawi yang berjaya menyatukan kumpulan mujahideen di Iraq. Walaupun kedua-duanya sudah tiada lagi didunia ini pelan besar ummah ini telah disambung oleh amir kedua iaitu Abu Bakr al-Baghdadi al-Husseini al-Qurashi bagi berjuang menentang amerika dan syiah rafidah dan seterusnya menuju ke palestine bagi menentang Zionist.
Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem (Emir Khattab) yang telah mengerakkan pemuda dan warga chechnen berjuang bagi menentang Rusia. walaupun beliau telah meninggal dunia tetapi semangatnya itu telah dibawa hingga kini oleh pemimpin Mujahideen chechnen yang terkini iaitu Doku (Dokka) Khamatovich Umarov.
Moktar Ali Zubeyr Di Somalia yang memimpin Harakat al-Shabaab Mujahideen bagi melawan kafir Ethiopian,Transitional Federal Government,African Union Mission to Somalia yang ditaja oleh amerika dan yahudi.
Abu Musab Abdel Wadoud amir mujahideen di Algeria-Utara Afrika yang berjuang bagi menentang ketidakadilan dan seterusnya menegakkan sistem Islam di Algeria.Terlalu banyak lagi pemimpin Mujahideen yang kini berdepan dengan kafir dan taghud bagi menjayakan pelan menegakkan syiar Islam dan mengembalikan sistem kulafah.
Baitullah Mehsud r.h,Hakimullah Mehsud,Wali-ur-Rehman di Pakistan.
Nasir Abdul Kareem al-Wahayshi, Imam Anwar Al-Awlaki di Yaman dan pelbagai negara lagi Mereka ini adalah pejuang Islam ketika ini yang berjuang bagi menegakkan keadilan dan membawa pelan besar membebaskan Muslim dari di tindas oleh amerika dan sekutunya terutamanya zionist yahudi.
Oleh yang demikian, diharap maklumat ini sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran Tuan akan dimana pejuang Islam pada ketika ini. Tuan juga boleh menjadi pejuang jika bersedia berurusniaga dengan Allah sesungguhnya urusniaga ini adalah menguntungkan ini adalah janji Allah.
Wassalam
Assalamualaikum,
Dalam semua orang dalam pembangkang mengutuk ,mencela,memaki,mengherdik dan menharamkan Tun Mahathir.. dimanakah mereka apabila umat islam palestin memerlukan bantuan??
Dimanakah Anwar Ibrahim yang hebat itu??
DImana Nik Aziz yang kononnya doa nya makbul??
Dimana pencacai agama dalam PKR dan PAS yang tak sudah-sudah mencaci Tun Mahathir?
Di manakah mereka yang konon nya BERIMAN,BERTAKWA dan SANGGUP baring atas jalan demi ISLAM??
DI manakah Masfuz,Dr Lo Lo,Mat Sabu,Nasruddin, tantawi,Salehudin?
Dimana Khalid Samad,Hassan Ali,Azizan?
Dimana mereka yang mengutuk dan mencaci Tun Mahathir?
Apa ikhtiar mereka untuk membantu UMAT PALESTIN?
Semoga mereka-mereka ini di laknat Allah kerana mencaci INSAN yang bernama Mahathir ini..
Ya betul kita perlukan usrah2 dan ceramah yang berbentuk jihad fisabillah setiap masa.
assalamualaikum..
sudilah kirenye menyertai kami blogger picisan dalam kempen "KAMI BLOGGER PICISAN MENENTANG KEKEJAMAN ISRAEL"
smoga yb sentiasa dirahmati Allah
Salam...
Salam takziah utk mangsa...
Nway, harus ditekankan... isu ini bukan isu agama... ia adalah serangan terhadap humanity.. harus diingat, para sukarelawan bukan hanya terdiri dari muslimin.. ttp juga para non-muslim yg berjuang atas nama keadilan dan perikemanusiaan...
tidak perlu kita indoctrinate anak2 kita utk melihat isu ini dari sudut agama.. sudah tiba masanya kita menerangkannya dari sudut keadilan dan kemanusiaan... kerana, jika dipupuk api kebencian dari sudut keagamaan.. kita tiada bezanya dgn zionism....
YB, mohon usulkan dalam ucapan di Parlimen Isnin ini:-
1. Syorkan agar badan-badan NGO Malaysia segera menghantar kapal-kapal bantuan kemanusian ke Gaza bagi mengiringi kapal Perdana Peace Global yang pasti akan diserang dan disekat Israel daripada memasuki perairan Gaza.
2. Merayu agar badan-badan NGO dan kemnusiaan dunia menghantar segera kapal-kapal bantuan kemanusian bagi mengiringi dan meramaikan flotilla bantuan sejagat agar dapat menghindar serangan Israel dan merobohkan sekatan terhadap Gaza.
3. Bertanyakan kepada Kemeenterian Penerangan, kenapa RTM tidak menyertai flotilla ke Gaza itu? Sedangkan tv3 dan Astro Awani lebih berani dan peka terhadap perjuangan dan keperluan rakyat Palestin. Cadangkan potong gaji RM10 kepada YB Dt Rais Yatim kerana tidak peka dan lalai terhadap perjuangan menentang kekejaman Israel ini.
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.
Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.
memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup
YB Zul,
Kenapa tak ikut demo bantah kezaliman Israel? Bukan ke YB pejuang Islam yang lantang ke?
Satu lagi, elok YB buang je album gambar kat side bar blog ni. Saya nampak ada gambar YB masa jadi YB PKR dulu. Kalau dah bebas tu, elok buang je la. Buat malu jer..
Maaf ye YB.
P/s: Seorang pemimpin Islam yg tulen tak akan melenting kalau kena kritik dari rakyat. Mcm Syaidina Umar Al-khatab.
Salam...
Senyap jo YB...x nak demo anti israel kaaaa? Mana dia pejuang islam???..kah kah kah...
Post a Comment