17 May 2010

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah kenyataan YAB Mursyidul Am PAS yang mempertikaikan pendapat Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh DAP dalam kempen pilihanraya kecil di Sibu baru-baru ini.

Saya tidak mahu komen apa-apa, kerana kedua-duanya adalah 'ilmuan dan ulama' besar dalam negara ini. Cuma soalan besar yang saya bertanya kepada diri saya sendiri, apa dah jadi dengan umat Islam akhir zaman ini. Unta sama unta bergaduh, khinzir yang menang!

Sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan dikalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Kita tidak boleh menyalahkan golongan kafir, kerana ALLAH telah menegaskan permusuhan mereka terhadap kita dengan jelas didalam Al Quran. Silap dan salahnya adalah kita umat Islam sendiri. Kalau Islam nak hancur pun ialah ditangan umat Islam sendiri.

Tepuk dada tanyalah iman. Apa pun, berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw, insyallah kita akan selamat. Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 2, "sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk kamu menuju ketaqwaan", dan satu lagi firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 183, "sesungguhnya diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan keterangan dan bukti yang nyata, supaya menjadi pembeza bagi kamu". Al Quran lah yang akan membezakan kepada kita yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu; yang mana adil yang mana zalim; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana halal yang mana haram; YANG MANA ISLAM YANG MANA KAFIR!! Sealgi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, perbezaan itu nampak jelas dan nyata, tetapi kalau perkiraan lain menjadi kayu pengukur kita, maka ALLAH sahajalah yang boleh menentukannya kelak!

Persoalan yang ingin saya tanya, apakah menyokong DAP yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah menyokong Pengerusi DAP YB Karpal Singh yang menyatakan "langkah mayat saya dahulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam" itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah membenarkan penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dengan dakwaan ALLAH punya anak dalam bentuk triniti itu bersesuaian dengan risalah tauhid mengesakan ALLAH sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah dan para anbiya terdahulu?

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Jamadil Awal 1431
17 Mei 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan lapuran daripada MalaysiaKini bertarikh hari ini Isnin 17.05.2010)

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan (Dato' Dr.) Haron (Din)supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

7 comments:

pok nik said...

Al Fatihah..semuga ditempatkan rohnya bersama-sama org2 yg beriman..amin.

pejuang islam said...

assalamualaikum:

alhamdulillah jenazah adik zul selamat kembali dengan tenang dan mudah ke hadrat sisi Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Agung,Alhamdulillah pemergiannya sempat ditemani oleh semua ahli keluarga, semoga ruhnya dicucuri rahmat disisi Allah SWT, bersyukurlah kita dengan kehidupan yang sementara didunia ini, saya turut berkongsi kesedihan dengan apa yg berlaku, semuanya ketentuan Allah yg Maha Agung, dia lebih menyayangi hamba2Nya, saya pun baru kehilangan insan yg saya sangat sayangi dan satu2nya insan didunia ini,tanpanya siapalah saya iaitu allahyarham ayahanda tercinta yg baru pergi menemui Allah rabbuljalil baru2 ini, namun saya tidak berkesempatan untuk menemui ayah buat kali terakhir, tidak sempat melihat dan mengucup ayah buat kali terakhir, tidak sempat memandikan jenazah ayah,tidak sempat mensolatkan ayah dan tidak sempat untuk menemani ayah buat kali terakhir ke kubur tempat bersemadi jasad sememntara menunggu kiamat, hanya doa dan bacaan ayat2 alquran yg dapat saya kirimkan bt ayah yg tercinta, ingatan buat semua: sayangilah insan2 yg tersayang didunia ini selagi kita masih dapat bersama mereka didunia ini terutama IBU dan AYAH serta adik beradik...hargailah mereka sebelum malaikat Izrail datang menunaikan tanggungjawabnya....Innalillahiwainailaihirajiun...

nckeat88 said...

Anda sebagai pejuang Islam, apa pendapat anda mengenai UMNO menghalalkan judi bola di Malaysia? Senyap sungguh anda dalam perkara ini. Mungkin sebab anda juga bersetuju tetapi ini mengelirukan bukan Islam tentang pendirian anda.

MENGEMBALIKAN KEHIDUPAN ISLAM said...

Salam,
Ini membuktikan, kita memerlukan amirul mukminin yang akan memutuskan hukum perkara ini.

Buktinya, ketika era awal khilafah Islam, khalifahlah yang melegalisasikan termasuk perkara yang melibatkan kesatuan umat yang mana keputusan tersebut diterima secara lisan dan perbuatan.

Jadi perlunya untuk kita berusaha mengembalikan khilafah Islam untuk menerapkan hukum Islam secara keseluruhan.

Bulan Terang said...

Salam YB KBB,

Mengenai isu ini, saya berpendapat adalah lebih baik jika TGNA berbincang secara lebih lembut, kan lagi bagus/ lagi cantik...??? Kenapa perlu secara terus melalui media..??? Dan bagi saya, agak keras kenyataan TGNA ni..Kenyataan UHD ade betul nye...

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini. - Amin!

Wassalam.

Joseph a.k.a Apam Balik is Gay said...

Sedara nckeat88,

Kalau nak berkokok tu tengoklah hari dah siang ka blom. YB Zul dalam post dia sebelum ni pun dah menentang judi bola tu..adoyaii, kenapa la ada lagi manusia mcm hang ni?

ibnuyassir said...

Usaha Hizbut Tahrir berjuang dan berusaha untuk mengembalikan semula Daulah Khilafah

Videos and Photographs of Khilafah Conference 2010

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/07/videos-and-photographs-of-khilafah.html