Saya mengutuk keras cadangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan pertaruhan dan perjudian bagi Pertandingan Akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan Jun depan. Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan semasa menjawab soalan YB Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara semalam.
Dua alasan besar yang dikemukakan mengenai cadangan ini ialah:
1. para penjudi akan membuat pertaruhan juga samada berlesen atau tidak;
2. sekiranya dilesenkan, kerajaan dijangka dapat mengutip hasil daripada pelesenan tersebut. Dan hasil tersebut akan digunakan untuk membangunkan sukan dinegara ini.
Saya berpendapat alasan-alasan tersebut terlalu dangkal dan tidak masuk akal langsung.
Kita tidak perlu bincang isu ini dari segi hukum syara'. Judi dan hasil daripadanya adalah haram! Full stop! Kalau yang ini pun tidak faham, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka di Kementerian kewangan.
Kementerian Kewangan sepatutnya lebih daripada sedar bahawa cadangan itu bukan sahaja bertentangan dengan syara', malahan bercanggah dengan dasar Islam hadhari yang diterapkan dalam kepimpinan hari ini.
Kedua, bolasepak Piala Dunia FIFA adalah satu sukan yang sangat digilai khususnya golongan belia dan remaja.. Membenarkan pertaruhan perjudian diamalkan bagi sukan yang berpengaruh ini sudah tentu akan memberi isyarat yang salah kepada para remaja dan belia bahawa judi dan sukan itu serasi dan sinonim.
Ketiga, pendekatan "if you can't beat them, join them" telah diamalkan secara salah dalam isu ini. Ia menggambarkan seolah-olah kerajaan sudah berputus asa dan menyerah kalah kepoada kegiatan perjudian kerana alasan yang diberi kalau tidak dilesenkan pun mereka akan buat juga! Jadi baik kita sapu, tidak kira halal atau haram.
Keempat, ini juga akan memberi kesan sampingan yang serius terutama kepada kegiatan pinjaman wang haram ataupun lebih dikenali sebagai Ah Long. Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan kes membabitkan pinjaman Ah Long adalah kerana kegiatan pertaruhan dan perjudian. Sudah tentu remaja dan belia yang ingin bertaruh dan tiada mempunyai sumber kewangan akan terdedah kepada gejala pinjaman Ah Long ini.
Dan kita semua tahu apa kesan kepada kegiatan pinjaman Ah Long ini. Kehidupan keluarga jadi huru hara, kegiatan jenayah meningkat dan kezaliman Ah Long akan menjadi-jadi.
Kelima, unsur pertaruhan perjudian dalam Piala Dunia ini akan menggalakkan amalan rasuah dan sogokan terhadap pemain dan pengurusan pasukan bola yang terlibat. Sudah pasti para bookie dan syarikat perjudian akan berusaha untuk "menetapkan perlawanan" supaya mereka akan dapat mengaut lebih banyak keuntungan. Apa sangatlah untuk berbelanja sejuta dua kepada para pemain dan pengurus pasukan kalau keuntungan yang akan diperolehi adalah berlipat kali ganda!!
Keenam, bagaimana mungkin kita akan mendapat kejayaan dan kecemerlangan didalam bidang sukan kalau bidang ini dibiayai pembangunannya daripada hasil judi. Langsung tiada keberkatan!!
Kita sepatutnya mengambil pendekatan pencegahan. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Ini falsafah yang sudah naik kematu telinga kita mendengarnya. Tapi bagaimana Kementerian Kewangan boleh menjadi pekak kepada falsafah ini dan lebih mementingkan keuntungan daripada kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara! Kelihatannya dasar yang diamal adalah "judi didahulukan, keuntungan di utamakan!".
Saya menyeru Kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri supaya membatalkan cadangan memberi lesen pertaruhan dan perjudian untuk sukan Piala Dunia 2010 ini. Dahulukanlah kebajikan dan kepentingan rakyat dan umat, daripada keuntungan daripada hasil judi ini. Yakinlah bahawa apa juga yang asasnya daripada kemungkaran tidak akan membawa kita kemana. Bukan sahaja bidang sukan kita akan rosak dan hancur, malahan pembangunan insaniah umat dan rakyat akan menjadi rosak dan hancur.
Saya juga mendesak Majlis Fatwa dan para Mufti supaya segera mengeluarkan fatwa melarang Kerajaan daripada memberikan lesen perjudian dan pertaruhan kepada siri Piala Dunia ini. Saya harap mereka tidak mengambil sikap mendiamkan diri dan mejadi malaikat bisu apabila kemungkaran besar akan dilakukan oleh pemerintah. Para ulama' wajib menasihati dan menegur para umarak ini!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Jamadil Awal 1431
07 Mei 2010
##############################
(Petikan lapuran akhbar The Star Jumaat 07 Mei 2010)
THE GOVERNMENT MAY LEGALISE SPORTS BETTING
Kuala Lumpur: 6 May
THE Government is seriously considering legalising sports betting before the World Cup Finals next month, Datuk Dr Awang Adek Hussein said.
The Deputy Finance Minister, however, did not say when a decision would be made. Replying to Senator Ng Fook Heng, Dr Awang Adek estimated that illegal bets in World Cup matches would amount to millions of ringgit.
“This is not impossible,’’ he said, referring to the amount involved in betting, adding that however, the Government did not have an exact figure.
At the Parliament lobby later, Dr Awang Adek said the Government was seriously considering legalising sports betting with the World Cup matches “so near now”, adding:
“There will be many bookies placing bets on the matches anyway. Those who want to do it (gamble) will do it, whether it is legal or not.”
Pointing out that the Govern-ment was aware that so much money was involved, Dr Awang Adek said: “The Government can benefit from it and use the revenue to develop sports.”
Dr Awang Adek said it would benefit everyone if the revenue was used for sports development.
“Of course, we don’t want to appear as if we are encouraging gambling and gaming but it will arise, in any case,” he added.
He also said illegal bookies would go about their activities.
“So, it’s whether we leave them to do it unregulated on their own or the Government should try to regulate it in a manner in which it is controlled.”
Asked if the ministry had received applications for gaming licences, he said it would be unfair to reveal this as the Government had yet to make a decision on the matter.
35 comments:
Saya rasa ramai lagi yang membantah ura2 menghalalkan Judi Piala Dunia ini. Dato' Dr Ismail Ibrahim juga memberi komen yang sama dalam blognya, ringkas tetapi padat, baca
Judi haram tumbuh di mana2 saja, dan kabarnya dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan di Sibu nanti, telah ada orang2 yang akan menganjurkan ramalan dan pertaruhan judi. Adakah akan di "halal" kan juga perjudian dalam Pilihan Raya?
takkan setakat bangkang kat blog jer bro. Budak tingkatan 5 pun boleh buat.
sape ketua kementerian kewangan???pi r komplen or wat kenyataan terbuka...depan bodek je tau..tulis kat blog aku pon berani...xpayah nak tunjuk hero la...orang makin menyampah..next election bertanding lagi k..baru tahu org suka aatau tak pada saudara..
lepas ni apoco pulak
bodek lagi banyak2 najib..untung2 leh jadi menteri jaga agama..nak tengok ape yg saudara berani buat..jangan jadi mcm mufti yang keje makan gaji jer,,xberani nak tegur langsung kesalahan pemimpin..
apa lagi bro...jumpe PM laa....bro kan baik ngan PM, senang nak cakap....
kasi bogel itu Awang Adek....
ada berani??
Yang boleh sokong saudara ...Tapi kenapa Islam Hadhari tu pulak yang ditimbulkan ?
Utk pihak2 yg menentang mesin judi
bola saya ingin bertanya? adakah peruntokan dlm perlembagaan kita yg mengharamkan judi bukan kah negara
kita negara demokrasi.kalau tidak
maka buat lah. dan yg menentang pergilah buat laporan polis itupon kalau diterima, gaduh2 buat apa.kita perlukan wang .duit negara
dah habis utk prk,telaga minyak dah
kita faraidkan utk brunei.tingal lagi mesin judi,cofee dadah juga boleh jadi di lesenkan sebagaimana di hollanda.bagaimana yb itukah yg yb mahu? api dan minyak takan bercampor.urusan agama adalah urusan individu urusan kesejahteraan rakyat tanggongjawab
negara. maka lantak pi lah...
Saya pun tak faham, dulu kes judi hentam Zaid Ibrahim habis, sekarang mereka pulak yang cadang. Cari jalan saja supaya rakyat kutuk kerjaan, kes polis tembak budak 15 tahun belum habis, timbul pulak cerita nak halalkan judi. Mengapa memilih untuk jadi popular dengan jalan tidak popular, kalau Ronnie Lo marah orang Melayu operasi arak, sekarang dia lagi boleh buat kerana kalau judi dah halal arak apa lagi. Ingatlah hari ini halalkan judi, esuk halalkan persundalan, lepas tu lumba anjing, sabung ayam, laga kerbau- pokoknya, ini bukan lagi negara Islam.
Tahniah kerana YB keluar kenyataan pasal judi bola. Bila lagi nak ulas pasal Apco.
Salam
Bravo Yb Zul , diketika balaci banjingan pkr kata yang Yb adalah agen umno , sekarang Yb telah buktikan yang Yb bukan pak turut bulat2 umno , Yb masih mempertahankan prinsip yang pegang selama ini , bukan macam Pas hanya ikut telunjuk pkr semata2.
Saya rasa isu ini tidak mendapat bantahan dari pkr dan juga dap , hingga saat ini belum ada lagi kenyataan dari puak2 ini .
Kami harap Yb terus bantah judi haram jadah ini , jangan sampai judi ini dihalalkan oleh menteri tu yang rabun hukum hakam Islam.
Kami risau jika inya dihalalkan , mungkin satu hari nanti aktiviti perlacuran pula akan dioberi lesen.
Salam YB. Harap YB bangkang usul ini dan bagi penjelasan yang kukuh kepada Menteri tersebut. YB perlu jadi penimbang dalam dunia politik ni. Kalau orang kerajaan buat salah, tegur.Camtu jugak bila orang pembangkang buat salah, pi tegur. Salam
Hari ini seorang rakan bukan Islam menghubungi dari sebuah Resort perjudian terkenal di pusat peranginan ... beliau meminta bantuan utk carikan cash buyer segera kenderaan beliau yg 'tersadai' d pusat peranginan tersebut ..sehingga jam 9 mlm tadi masih gagal nak mendapatkan buyer tersebut.harga kereta dah tak berapa penting tapi sehingga jam 9 mlm tagi masih gagal nak mendapatkan buyer yang berani utk menebus kereta tersebut. esok lusa apa akan berlaku pada beliau masih belum tau..bayangkan apa pulak agaknya akan terjadi ,kalau perjudian dibenarkan pada masa musim bola World Cup nanti ..dimana untungnya...
bahana sokong bEnd
Apa lagi bro bwt report polis la mcm bro bwt kt Khalid Samad....apa lg ada brani ka??? Isu ni lg teruk dari Khalid Samad...Org Islam nk halalkan judi beb....rosak akidah bro...
khakk ptuihh...
kt Kulim bole buat gak tempat judi
baru kulim boleh maju n ada pembangunan sket dgn duit judi tu... (ikut ckp org UMNgOk) wakakaka..
Nanti ko ckp la kt PM tu suruh buat Hub Judi kt Kulim..
Kulim Bandar Hub Judi Asia, gempak tu
Kulim kalau ikut strrategik lokasi nya... orang Penang bole mai, Perak pun Boleh...orang Kelantan pun dekat..
Pastu boleh integrate sekali dgn APCO, Kulim Bandar Teknologi APCO
Amacam, ok tak cadangan aku tu??
Kt kuala nerang tk dak apa, tak sesuai jadi Hub judi...
nanti kalau buat pun, penuh dgn orang siam je kot...
hENtAM jE lA LAbu...
zn komen pasal ni tak pulak keluar muka depan utusan? Sah la ZN ni sekadar sebahagian transfomasi politik tempelan BN....menempel bila perlu je...
Sudahlah Yang Bohong Zul, tak payah nak berlakon la...jenis "musang berbulu ayam", "gunting dalam lipatan", "harapkan pagar, pagar makan padi", sesungguhnya rakyat Kulim BB tak payah harap apa2 pun daripada hang...period
aku pelik la hampa semua yang dok komen ni??? bukan nak bagi suuport benda2 berkaitan agama ni, lagi dok hentam kawa ttu.. x habih2 perangai... kalau dah pembangkang tu, tetap pembangkang!!! sebab tu la org melayu selalu ketiggalan dalam politik, kerja nak bergaduh ja siang malam, cuba tgk cina... MCA ka, GERAKAN ka, DAP ka.. semuanya bersatu kalau perkara yg berkaitan bangsa dan agama depa, kita ni!!! x habih2... aku x tau laaa...
To GPMS Sg Pinang
La awat hang duk pi banding kita orang melayu dengan cina. macam banding langit dengan bumi tau .. Cina depa lain macam .. tapi melayu ni satu macam sikit.
cina mca boleh menikah dengan cina gerakan. cina mca boleh menikah dengan cina DAP. depa boleh bercampur. boleh duduk makan semeja. bila ada benda yang menekan kepentingan cina, mereka boleh duk semeja pakat mesyuarat cari jalan untuk mempertahankan kepentingan bangsa mereka.
tapi melayu ni spesial sikit. melayu Pas tak serupa melayu Umno. melayu Umno tak sama melayu Pas. melayu PKR kiblatnya tak jelas. melayu ni dah pecah 3. tak boleh duk semeja, makan semeja. kalu ada perkara2 yang menyentuh kepentingan melayu. tak dak sapa nak tampil membela. masing2 harap mengharap. harap2 dapatlah DAP merengankan tangan menghulur bantuan.
What ever it is, i am still proud to be born as malay citizen in the nation so called malaysia.
Hidup Melayu untuk MERAYU (hari ini mungkin tak lagi, tapi 10-15 tahun lagi siapa tahu. So tolong fikir2 kan lah ....
Salam,
Saya menyokong 100% agar kita membantah cadangan Menteri yang berkepala hotak 'hardcore secular' ni. Apa punya bingai punya menteri? Nak pancing undi bukan Islam ke? Berbuih mulut YAB PM melobi negara Malaysia adalah negara Islam yang 'sederhana', dia pulak cadang bagi lesen judi utk world cup. Dah la isu kedai nombor ekor, isu padang lumba kuda, isu kasino, isu arak tak habis lagi, nak ditambah satu lagi?
Org nak berjudi, pergi turun ke Selatan la. Kalau ikut sejarah dulu, contohnya Kerajaan Islam Andalusia, adakah mereka terpaksa menyediakan 'hiburan' ini kepada bukan Islam?
wei bro pi report POLIS la lu dah buat kat YB S.Alam tu..!, setakat komen blog apa jadah bro!
GPMS Cawangan Sungai Pinang
Sesungguhnya mentaliti melayu memang macam tu. Apakan daya.... sejak aku student dan menjadi pemimpin pelajar, sehinggalah sekarang, bekerja dan mempunyai ramai kakitangan bawahan Melayu, pemikiran mereka sama sahaja...
YB Zul mengutarakan isu judi yang ingin diluluskan oleh kerajaan. Dia tak bersetuju dengan cadangan itu. Dan kita manusia beragama dan berakal juga tidak setuju. Ini perkara serius dan tentunya haram di sini syariat. Sepatutnya kita orang islam (melayu) sokonglah isu ini dengan sokongan padu dan berilah sokongan moral dalam post2 yang dihantar. Tak usahlah kira siapa yang mengutarakan isu ini, kiranya ia merugikan umat Islam kita perlu sokong.
Ini tidak, oleh kerana YB Zul ini tidak sehaluan dengan mereka, apa sahaja yang beliau utarakan hatta perkara yang baikpun mereka pakat balun! Hmm... apakan daya....orang melayu memang 'melayu'....akupun melayu...(tapi aku bukan macam melayu tak ada akal....)
Salam orang di sana, orang di sini nak tokok sikit,
La baru perasan ka pasai agama?
Selama ni aku ingat depa dok tentang. Kalau depa sokong agama, elok la depa sokong kearah sistem syariah. Beri sokongan dan cari jalan terbaik bersama2 jangan dok kondem dan sindir 'jari tangan boleh buat sup' macam orang tua tu!
Kalau cerita pasai judi bola ni baru ni ja, tu yang dok ada di gunung, di atas laut, di rumah kedai, di tapak padang lumba, di pulau2 --- tak tau ka? Buta jugak hati dan mata depa no..
YB Yop Amigos,
Mika kena lalak di parlimen dan bukan setakat didalam blog mika ni aje.
Alang2 menyeluk pekasam bior sampe ke pangke lengan --- sabitkan segala gejala judi2 yang ada, baru la perjuang agama dan syariah.
Jangan le pulak seluk sampe ke jari hantu aje, itu seluk lain tu ---itu namanya selukkan maut ahli munafik yop!
Dan jangan jadi macam senator baru kawan baik mika, semasa di sana bunyi macam guruh dan bersumpah bergegor2 jari2 dan kepala2 ateh bawah sakan. Sekarang bila ada di sini, senyap sunyi penuh tawaduk kekenyangan.
Pase sumpah menyumpah ni, teman ingat satu hari nanti dia akan jadi batu macam si Tanggang.. tak pun paling koman jadi Burung Kakak Tua. Tapi yang jeleh nya dia dah jadi katak..!
Mika?
Amigos Dahancos.
salam
saya menyokong penuh usaha saudara yb zul dan membantah sekeras2nya cadangan dari kementerian kewangan ini, saya yakin saudara zul akan berusaha sehabis kemampuannya sebagai seorang mp di parlimen mahupun seorang umat Islam di negara ini dalam mencegah kebatilan di dalam negara ini, saya sentiasa menyokong saudara zul..
ingatlah berani kerana benar, katakanlah walaupun ianya pahit tanpa memihak pada mana-mana golongan..
Jazakumullah hukhairan kathira
Salam YB
Semoga Yb terus berjuang kejalan Allah
Saya nampak penyokong tegar pkr terlalu sempit pikiran meraka , terlalu kolot serta mangkaq kata orang penang
Ini kerana , Yb mengeluarkan kenyataan tidak menyokong judi bola , tetapi puak2 balaci banjingan ini masi terus menyerang Yb membabi buta tuli , tidak nampak ke mereka yang Yb mencegah kemungkaran , bukan menyokong kemungkaran , cuci la otak kalian semua wahai balaci banjingan sekalian .
kalau ye pun taksub dengan petualang bangsat , pada2 la sikit.
Saya cukup tak paham betul ,Saya harap puak2 ini bukan dari penyokong Pas , sebab saya kira para penyokong Pas masih ada kewarasan dalam diri mereka walupun sorang dua yang terikut2 rentak pkr .
Kepada Yb Zul , teruskan berjuang menegakkan agama Islam
Semoga Allah taala senantiasa memberi ruang, peluang dan kekuatan pada YB untuk memeperjuangkan apa yang diredhai oleh Allah. Semoga Allah taala memudahkan segala urusan YB ke arah memeperjuangkan perintahnya....Insyallah....
salam Zul n juga kpd kpd GPMS, tokgaru n zakir..
apa kate sblm nkorg duk komplen hal kerajaan nk bg lesen judi untuk piala dunia tu, ada baiknya nkorg pi komplen hal surat kabar org melayu kita yg duk siar keputusan no ekor tu.. haa yang tu dr dulu, kini n moga2 tak selamanya duk siar no ekor tu..
so nkorg tak payah le duk bangga2 dgn Bangsa Melayu.. Melayu telah lama dirosakkan oleh UM-no.. hasilnya dpt le org2 mcm nkorg.. kata Melayu Islam tp sokong UM-no yg halalkan rasuah rasuah (Haram), Judi (Haram), jual tanah melayu n lepastu sanggup gi blanja duit umat islam kat malaysia ni utk bayar kepada Yahudi Laknatullah plak n bermacam2 lagi..
jd nkorg semua pandai2 le share saham UM-No tu di akhirat kelak ok..
Dulu Zaid, Sukan dan judi - orang Kelantan.
Kini, tim.menteri - Sukan dan judi - orang Kelantan juga.
Persoalannya, kenapa?
memang baik yb zul bantah judi, tapi adalah pelik kalau sekadar bantah di blog... kenapa xhebohkan kat surat khabar dan tv macam isu kalimah Allah dulu, menghalalkan judi boleh rosak aqidah ni..kes berat ni.. sampai sekarang media senyap jer..yb pun tak ada buat laporan polis pun..
musykil la saya, celaru betul la yb zul ni...
YB ZUL PI wat REPORT POLIS la..dpt publisiti skit...apa kono komen kat blog ja....ada berani??...hahah
salam YB,
sesuatu yang murni dah pun di jalankan YB,alhandulillah.Cuma nak ingatkan rakan lain tu yang ada mgkin terlupa kat sini...bukan kita ni di ajarkan berbagai kaedah untuk menangani yang mungkar...yang paling lemah sekadar berdoa agar kemungkaran tu dihapuskan.Sekurang2 apa yang YB buat ni sedikit sebanyak menyedarkan pembaca blog bie.Buatpe nak di laungkan kuat2 di media dan sebagainya..kalau kita liaht ornag2 muslim yang sebenarnya berapa kerat je jika dibandingkan orang melayu.Memperingatkan yang muslim tu lebih afdahl.
Judi tu termasuk dalam aqidah ke KALU membenarkan pengguna nama allah tu ialah kerana sikap tu sengaja menyengutukan Allah [contohnya kristian ada tiga tuhan kalau di benarkan samalah tu menyegutukan...nauzubillah. Satu2 dosa yang tiada ampunan,ngape mereka memilih jalan menutup pintu keampunan tu...bukan nak menghalalkan cara macam yng dibuat rakan2 kita tu cuma cuma mengingatkan saje natijah perbuatan mereka tu...wallah wa'lam'KALSU PENAMPILAN MEREKA MASYALLAH MACAM LEBAI...tapi sikap tak ubah macam apa ru ...teringat kesah pak pandir di suroh cari lebai dan imam....akhirnya kambing yang dibawa..[renung2kan lah ornag2 yang mengaku cukup sempurna tu...]
Salam YB,
Saya sependapat dgn rofizen, baru nampak juara Islam YB...
To mr wan...
"....jangan jadi mcm mufti yang keje makan gaji jer,,xberani nak tegur langsung kesalahan pemimpin...."
seronoknya mr wan mengutuk smpai mufti pun mr wan kutuk ye...
mr wan...kalau nak dibandingkan level pengetahuan agama mr wan n mufti tuh sama level ke?
Klo mr wan punya level dah over mufti, mr wan pegi lah masuk jadi mufti, betulkan sebetulnya....
Janganlah mr wan salahkan mufti....
Klo mr wan bencikan sangat, apa kata mr wan yang masuk jadi calon parti ke masuk jadi mufti...
Jangan banyak mulut saja mr wan..
Jangan jadi mcm seorang artis melalak kat tv, katanya Siti Khadijah tua nak mampus...
Sedarlah dek diri mr wan sendiri..
Bahang neraka panas ye mr wan...
seperation of church and state now
religion has no place in the running of a secular multi national state like malaysia
legalise sports betting NOW
Post a Comment