Salam 2 all.
Saya sekarang berada di Wad Baldu, Bilik No.2, HUKM sejak lepas isya lagi. Sepupu saya Nafisah Tajuddin sedang nazak ketika ini. Beliau ditimpa penyakit kanser, dan setelah rawatan dibuat, kemoterapi telah pun dilalui Nafisah, tetapi tidak berhasil.
Kata doktor sebentar tadi, kalau nak bawa balik pun boleh. Ikut jangkaan doktor Nafisah tidak punya banyak masa lagi. Keluarga buat keputusan untuk terus berada di wad.
Alhamdulillah seluruh ahli keluarga berada termasuk suami Nafisah iaitu Azahari, kesemua anak-anak Nafisah pun ada. Kini masing-masing sedang baca surah Yaasin. Bersyukor juga erana ayah Nafisah (pak menakan saya iaitu adik ibu saya) dan ibunya Cik Yah turut berada disisi sekarang. Adik beradik lain semua ada iaitu Mail (abang sulong), Faizah dan suaminya Daud, Zuki dan Basri. Ibu saya turut ada. Mereka semua baru sahaja beberapa minit tadi sampai dari Baling Kedah.
Nafisah ni anak bongsu. Sebab tu kami panggil dia Adik. Dalam lingkungan umur awal 30an. Cukup ramah dan rajin bersembang. Dengan saya walaupun sepupu tapi cukup rapat kerana keluarga ibu saya kecil saja, iaitu berdua dengan ayah Nafisah.
Melihat Adik terlantar dikatil diantara dunia fana dan barzakh, bergelutan dengan kesakitan kanser yang mencengkam, terasa saya betapa kerdilnya kita dihadapan ALLAH. Tampak jelas betapa hiasan dunia tidak membawa makna kepada kita. Diwaktu sebegini, prioriti kita hanya dengan ALLAH. Keluarga terdekat sahaja yang membawa makna kepada kita. Adik sangat bernasib baik kerana punya ahli keluarga yang tidak lekang memperingatkan dan menyebut kalimah tauhid La ila ha illallah, diselang seli kalimah uluhiyyah dan rububiyah ALLAH, dan diselangseli dengan bacaan Yaasin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah.
Adik, aku tahu kau tidak lagi mendengar suara kami. Dan aku tahu suara kami tidak lagi penting buat mu sekarang. Hanya kami iringi dengan kalimah toyyibah dan nama agong ALLAH azzawajala. Aku tidak akan berhenti mengiringi mu dengannya. Dan aku berdoa dimalam Jumaat penuh barakah ini, kalau kesembuhan itu adalah baik bagimu, maka Kau berikanlah kesembuhan segera kepadanya ya ALLAH. Tapi kalau kematian itu baik untuknya, maka Kau ambillah Adik dengan keampunan dan rahmat serta kasih sayang Mu ya ALLAH. Amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat (1225am)
23 Jamadil Awal 1431
07 Mei 2010
Wad Baldu Bilik 2
HUKM
20 comments:
sabar dato...hanya kepada Allah kita berserah...amin
amin
Moga Allah memasukkan Adik ke dalam golongan yang masuk Syurga FirdausNya. Amin.
Ampunkan kami ya Allah. Kami hambaMu yang amat lemah.
Salam. Semoga Allah swt mempermudahkan segalanya untuk 'Adik." Saya turut simpati.
Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga rahmah & hidayah Allah bersama "adik" dlm saat getir ini.
Ya Allah, perkenankan taubahnya sebelum maut, rahmatilah dia dlm menghadapi maut, ampuni dosanya jika maut menjemput.
Ya Allah, mudahkanlah dia ketika menghadapi sakaratul maut
dan pelepasan dari api neraka
dan kemaafan ketika perhitungan.
Amin
Salam YB,
Rasa sebak dan terharu pulak. Nafisah masih sangat muda untuk meninggalkan dunia ini, tapi ALLAH lebih mengetahui.
Semoga doa dan harapan keluarga dimakbulkanNya.
Saya juga ada seorang kawan yang sedang bergelut dengan penyakit kanser ini...sudah sangat tenat, Maha Suci Allah masih memanjangkan usianya. Jangkaan doktor hayatnya hanya setakat awal April, sekarang dah pertengahan Mei, sebagai sahabat saya hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya.
Semoga YB dan kaum kerabat tabah menghadapi saat-saat sedih dan pilu ini.
Semoga seluruh ahli keluarga bersabar dengan dugaan ini. Segala2nya di dunia ini hanya pinjaman cuma. Tiba masa kita semua akan kembali hanya masa yang menentukan.
Bro bila lu nak komen pasal APCO..?
Bila lu nak komen pasal malaysia nak halalkan judi bola sepak?
Dulu gua respek pendirian lu pasal kes Lina Joy..
Skrg gua nak tgk pendirian lu pasal 2 isu kat atas ni..
Amacam bro ada bran? atau lu xde brain?
Jangan dok bergegar je bodek sultan dgn PM.
saya doakan yang sama untuk nenek dulu. dan saya tidak dapat tidur malam tu. tak sampai sejam ayah sms memaklumkan nenek dah tak ada. terus kejaran dari kl ke kelantan on that very night.
hanya doa yang aku mampu pinta dari Allah semoga adik YB ini sembuh. Dan banyakkan sabar, YB.
Salam YB;
Saya turut simpati dgn ujian adik YB tempuhi. Sama-samalah kita doakan kpd Allah. Wasallam
Dalam orang mendoakan kesejahteraan utk orang yg sakit yg sedang azab, ada jugak manusia biadap yg nak ajak berbicara pasal politik.Kalau ia pun tengok tempat la..Takan tak ada adab langsung,Nak senang korang buat la blog sendiri nak bicara pasal APCO, Judi bolasepak la, korang tenyeh la ZN sesuka hati korang .Tapi ini blog dia, dia nak bicara apa, dia nak bodek Sultan ke itu dia punya pasal.. Orang tgh menceriter pasal sepupu dia menderita sakit kenser, ade juga nak menyelit isu politik. Kebiadapan anda menceroboh blog orang lain samalah mcm kebiadapan askar Israel menceroboh bumi Pelestin.Macamana masyarakt nak bagi sokongan pda org yg akhlaknya rendah sangat mcm ni? Mcm ni ke gaya orang yg nak ambil alih Putrajaya?
Buat ZN dan sepupu yakan Nafisah, tiada lain dapat sy nyatakan melainkan rasa simpati yg teramat sgt. Moga Allah memudahkan perjalan Nafisah dan meringankan beban penderitaannya.Amin
Alhamdulillah daripada 10 komentar, 9 mendoakan kesejahteraan adinda tuan, hanya sorang yang tak reti bahasa bertanya pasal APCO. Begitulah di atas garisan hidup memisahkan mati, ketika orang sedih mengenangkan yang akan pergi, ada insan yang bukan sahaja sudi mensedekahkan Al Fatihah, tapi kalut dengan dunia politik, biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya, kerana yang suci berada di dalam debu kelak terselah kemuliaannya.
Salam..
Dari ALLAH kita datang, kepada Nya jualah kita kembali...
Didoakan agar kita semua dipermudahkan oleh ALLAH SWT di dunia hingga ke akhirat kelak...
Hari ini Adik, giliran kita x tahu pula bagaimana kesudahannya kelak..
Doakan yang terbaik agar kekal dalam ISLAM dan hamba yang dikasihi AR-RAHMAN...
Salam
Sungguh terharu membeca berita Adik , saya doakan semoga Adik cepat sembuh
Sungguh malang sekali , ada juga malaun yang tak tahu adab , ketika orang sedih membaca penderitaan Adik , malaun tersebut sempat menyindir lagi
Inilah ajaran petualang bangsat yang mereka agung2kan itu
Saya harap malaun ini bukan dari Pas , saya yakin ahli Pas tak sebegitu teruk.
Allahuakhbar!Moga ALLAH SWT memberikan yg terbaik utk sepupu YB.Ketentuan dr Allah,sama2lah kita berdoa.
Slm.. Moga diringankan beban & dipermudahkan baginya... Amin.
P/S: Bengang dgn insan 'bahlol' yg xder perasaan & komen xkena tempat....
salam...Insyaallah Allah Maha Mengetahui ap yg terbaik untuk hamba Nya. sabar la YB, buatlah Majlis Yassin Akhir, mohon kpd Nya yg terbaik untuk adik,titipkan sedikit air yasin itu kemulut nya Insyaallah.. benn kau memang orang yang buta hati la..nak komen tengoklah dulu entry yang kau masuk ni berkaitan apa....
SALAM UNTUK SEMUA
TAK HABIS2 APCO....DA KETUA DIA SENDIRI PUN SAMA JUGA SAH2 ADA BUKTI PENASIHAT,KAWAN DIA SIAPA,TAKPULAK
SURUH DIA JAWAP DAN BUKTIKAN ITU PEMBOHONGAN...
LETIH KAN....NAK SALAHKAN KERAJAAN TAPI DIRI SENDIRI GUNA KHIDMAT ,BEKAWAN YAHUDI...
YB TOLONG BERI TAHU KEPADA PM KITA,SAMAN SAMPAI BANGKRAP KETUA2 PEMBANGKANG YANG SUKA BUAT FITNAH....MCM KES WANITA YANG KENA BOGEL..MENIMBULKAN KEBENCIAN KPD KERAJAAN,SIBUK FITNAH DAPATKAN SOKONGAN BANGSA DIA.TAPI BILA SILAP BUAT BODOH.PATUT KERAJAAN SAMAN MEREKA2 INI,SEPERTI DI SINGAPURA ,PEMBANGKANG TIDAK BERANI BUAT FITNAH MURAHAN...KERANA TAKUT DISAMAN KERAJAAN.
TOLONG SAMPAIKAN AMANAH INI PADA PM KITA,BIAR POLITIK PEMBANGKANG BERETIKA DAN IDEA YG DIBAWA MEMBAWA KEMAJUAN,BUKAN POLITIK MURAHAN................SEMOGA ALLAH MEMBANTU MALAYSIA.DARI PENGKHIANAT BANGSA,AGAMA DAN NEGARA.
Kehadapan keluarga nafisah,
Setelah saya membaca coretan ini, terasa sebaknya dihati ini, Mengenangkan situasi yd dialami skrg. Walaubagaimanapun kita mesti tabah dalam mengharunginya.Sama2 kita berpegangan tgn erat antara satu sama lain, terus berdoa. Diri ini disini turut mendoakannya agar cepat sembuh... Amin.....
Post a Comment