Salam 2 all.
Alhamdulillah sejak kebelakangan ini saya telah mengadakan beberapa mesyuarat dan perbincangan dengan beberapa agensi dan pihak Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan dan perkhidmatan bagi rakyat Kulim Bandar Bharu.
Pertama, saya telah memohon untuk pembinaan Klinik 1-Malaysia di kawasan DUN Bandar Bharu. Klinik berkonsepkan sama saperti klinik masyarakat ini bertujuan untuk memberi khidmat kesihatan kepada rakyat bawahan khususnya golongan miskin. Perkara ini juga akan dibangkitkan didalam sidang Parlimen akan datang dalam sidang Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua bermula 07.06.2010. Saya juga sedang mengadakan perbincangan dengan rakan di DUN Bandar Bharu untuk mengenal pasti kawasan yang bersesuaian untuk didirikan Klinik 1-Malaysia ini, walaupun saya lebih berminat untuk ianya didirikan di kawasan Selama. Apa pun, saya akan memantau perkara ini dan sebarang tindakan susulan akan saya maklumkan.
Kedua, saya juga telah membuat permohonan untuk pembinaan sebuah masjid baru bagi kawasan DUN Bandar Bharu. Ini adalah kerana pusat pentadbiran daerah Bandar Bharu telah berpindah daripada Bandar Bharu ke Serdang. Saya telah dimaklumkan mengenai kawasan yang bersesuaian yang telah dikenal pasti, cuma peruntukkan untuk pembinaan belum diperolehi. Insyallah saya sedang mengusahakan agar dapat Kerajaan Persekutuan membantu memandangkan kerajaan negeri tiada peruntukkan. Insyallah kita berdoa agar dapat sebuah masjid baru didirikan di Serdang sebagai Masjid utama dibawah DUN Bandar Bharu.
Saya juga telah mengadakan rundingan dengan beberapa orang rakan yang mempunyai asrama dan penginapan untuk anak-anak yatim. Saya telah mendapat tempat untuk beberapa orang anak yatim terutamanya anak-anak perempuan umur lingkungan 3-10 tahun untuk menginap di asrama tersebut yang terletak di Lembah Klang. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat anak-anak yatim yang memerlukan, khususnya bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, sila salurkan maklumat itu terus kepada saya. Saya difahamkan oleh penganjur pembiayaan bagi anak-anak yatim ini termasuk tempat tinggal, makan minum, persekolahan dan lain-lain keperluan. Pendekkata, anak-anak yatim ini akan ditanggung sepenuhnya. Apa yang menarik perhatian saya ialah asrama anak yatim ini berteraskan kepada pendidikan Islam.
Insyallah dalam masa terdekat ini saya akan turun ke kawasan ladang di Dublin dan yang berdekatan untuk meninjau masalah masyarakat disana, khususnya masyarakat India. Saya dimaklumkan ada beberapa masalah timbul berkaitan kebajikan mereka, termasuk ada sedikit masalah mengenai kad pengenalan dan lain-lain. Sedih juga mengenag ada diantara mereka masih menghadapi masalah kad pengenalan.
Adios amigos. Grasias.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 Jamadil Akhir 1431
25 Mei 2010
11 comments:
Tuan tolong gerakkan satu usaha untuk memohon bantuan untuk adik Muhammad Danial Hakimi yang memerlukan bantuan perubatan.
Sila HUBUNGI Puan Mas Inzati,ibu kepada adik Danial di no. ini: 017 372 9230 dan terus ke Kg Bukit Lanchong untuk berjumpa sendiri dengan Puan Mas Inzati.
Mohon tuan mengesa wakil rakyat ISLAM terutamanya UMNO dan PAS dan semua insan yang berkemampuan untuk sama-sama membantu Adik Muhammad Danial Hakimi.
Beritahu semua YB jgn sibuk berpolitik tetapi terlupa akan RAKYAT yang susah dan yang memerlukan bantuan.
Saya dan rakan dah berjaya mengumpul RM3,000 untuk adik Danial.
HArap tuan dapat membantu usaha murni ini.
semoga Allah memberkati semua.
Assallammualaikum YB.Pertama ucap takziah kepulangan adik sepupu YB kerahmatullah.Kedua syabas diucapkan kerna YB adalah juga yang berkhidmat.Dalam keadaan sekarang yg banyak berpolitik ala politik warong kopi yang menyeronokan tapi tak mendatangkan hasil bagi rakyat..YB teruskan dgn usaha YB...Saya bukan dari kawasan YB rasa gembira bila YB turun ke padang membantu rakyat.Jangan ikut yb munafiq d Sgor sebelum pru 12 janji berdegar2..beruk pun takut dengar..bila dah ada kuasa,tukar kiblat pulak.
bkr cheras kl
salam...saya berasal dari selama kedah.tahniah saudara masih terus perjuangan hak2 rakyat.saya mohon yb meneliti beberapa perkara di DUN yb.
1.kebersihan dan keceriaan pekan selama kedah.amat perlukan kerjasama Majlis daerah.tetapi amat malang sekali.tiada keindahan yg dpt dilihat.terutama deretan bagunan rumah kaum cina ditepi jlan yg dibiarkan hampir roboh
2.Air.bekalan air yang tiada kesudahannya.memanjangnye tiada air atau air bagai dicatu.sy rasa hampir 25 thn keluarga sy menetap masalah air tidak penah selesai walau pemernthn bertukar tangan.
harap YB mengambil perhatian di atas isu ini.terima kasih
Askm YB,
Tahniah diatas sifat prihatin YB,sy menyokong penuh hasrat/cadangan YB ini terutama untuk golongan miskin. Cuma untuk Klinik 1 Malaysia itu,diharapkan YB mencadangkan klinik kesihatan. Klinik 1 malaysia adalah tidak lengkap dengan peralatan juga tenaga kerja.Mungkin Klinik 1 malaysia adalah suatu kesilapan idea. Ditempat saya Klinik 1 malaysia kosong,orang ramai terus pergi ke hospital kerajaan,atau pun KK(klinik kesihatan).
Saudara Zul, teruskan usaha anda..
Diharap dapat singgah dan bagi komen blog saya mengenai topik ini http://juragan-kritis.blogspot.com/2010/05/kemaman-ibu-negeri-terengganu-yang-baru.html
TQ
salam YB...sy selalu mengikuti perkembangan blog Yb dan salute perjuangan YB...disini sy ada beberapa kemusykilan yg sy harap sangat YB mampu panjangkan ke mana2 pihak...since YB dah sebutkan tadi tentang pembinaan asrama anak2 yatim,sy berasa terpanggil utk minta Yb ulas isu anak2 yatim yang dibiarkan meminta derma dengan menjual kalendar,ubat ubatan dsb di kebanyakan pusat beli belah dan di luar bank.ada juga yg saya terjumpa di stesen minyak.sy berasa sedih sekali YB,bayangkan setiap kali sy ke pasaraya yg sama,ada kumpulan budak2 anak2 yatim ini menghampiri.setiap kali itu jugalah sy tak beli apa yg dijual sebaliknya sy derma dan beritahu "ini utk adik,bkn utk beli brg2 ni"...adik gunakanlah utk belanja adik...tapi YB,kalau setiap kali dtg asyik kena beri sbb kesian,perit juga YB....malah di bank pun sy jumpa,di stesen minyak pun sy jumpa...kebnyakannya maaf ckp YB merupakan anak2 yatim dari rumah anak2 yatim kawasan utara.ada juga dari kawasan lain.sy berasa hairan dan simpati.sy pernah bertanyakan anak2 ini sama ada mrk rela malakukan semua ini dan adakah ianya utk tempoh yg lama?jwpn yg mrk beri sudah tentulah kita maklum,tidak rela sepenuhnya tapi apakan daya ibarat org hidup menumpang,mahu tak mahu terpaksalah.sedih sy mendengarnya dan terbayang bagaimanakah nasib andainya perkara ini menimpa saudara terdekat kita.sy rasa perkara ini pernah dibangkitkan dulu tapi tiada tindakan susulan dan sehingga kini anak2 ini masih "mengemis" di tmpat awam....mohon YB yg bijaksana boleh ulas dan panjangkan isu ini ke pihak yang sepatutnya...wallahuallam
SALAM SEMUA UMAT ISLAM...
KENAPA KERAJAAN LULUSKAN JUDI BOLA NAK KECOH????????????????
JUDI ITU HAK UNTUK ORG BUKAN ISLAM..
KALAU IA DI BUAT OLEH PARTI PEMBANGKANG,GARENTI SEMUA SETUJU,ATAS ALASAN , HAK ORG BUKAN ISLAM.DIA NAK JUDI KE MABUK KE,LANTAKLAH....
MAKA SEMAKIN RAMAI LAH SOKONG PEMBANGKANG.
TAPI BILA KERAJAAN LULUSKAN,MAKA UNTUK MENUNJUKKAN ISLAMIK MEMBANTAH,PANDAI BETUL POLITIK KOTOR MEREKA2 INI.
BUKAN KAH PEMBANGKANG TELAH MENGUSAI NEGERI,KENAPA TAK DITUTUP PUSAT JUDI DAN SEBAGAINYA...
TAKUT HILANG UNDI?????????????
SUSAH SEKARANG INI,UNTUK MEMAJUKAN MALAYSIA ATAS CEBAB POLITIK KOTOR
SEMOGA ALLAH LINDUNGI MSIA
Amin ni ngaji takat darjah berapa agak ? tak paham bidang kuasa kerajaan negeri ngan bidang kuasa kerajaan pusat....ni sy nak bagi contoh : kerajaan negeri kelantan tidak lama dulu menguatkuasakan pemakaian tudung kepada pekerja wanita dipremis perniagaan. Namun ada la sebuah kedai melayu ( kedai gambar ) milik orang UMNO yang nak mencabar peraturan tersebut. Pekerjanya Islam di kedainya tidak memakai tudung. Setelah beberapa kali diberi amarah namun org ni masih degil , maka MPKB telah mengambil tindakan dengan menurunkan Billboard PREMIS TERSEBUT. Namun dengan angkuhnya Barua tersebut telah menyaman Kerajaan Negeri dengan tindakan kerajaan negeri tersebut.....FiKir lah wahai org ...UMNO ...sAya teringat kata-kata Ezam Mohd Noor...cuba tunjuk kepada saya orang yang masuk UMNO tu ikhlas !!!mereka yang masuk umno itu adalah orang yang gila wang, pangkat dll
http://www.youtube.com/watch?v=Yg1IYe970fA
Pertama sekali saya nak tanya. Apsal komen saya kat entri TEPUK DADA TANYA IMAN! tak diluluskan terbit. Ada kata2 kesat/menghasut ke?
tak pasti lagi kalu komen saya ni pun akan dibakul sampah gak.. Hehehe
Klinik 1 Malaysia tak boleh dibuka di mana2. Mana bleh MA bg preskripsi ubat pada pesakit2 serius. Pening demam biasa boleh. Samalah cam kes peguam bukan islam nak jadi peguam syarie..
Kes perpindahan pentadbiran dari BB ke Serdang dah lama dah.Kenapakah Masjid Serdang sedia ada tak dinaikkan taraf? Perlu ke kita buat satu lagi masjid di Serdang? Kalu untuk solat jumaat, rasanya masjid sedia ada masih mampu tampung lagi. Jangan buat masjid bukan atas dasar taqwa.
Soalan saya.
Bagaimana status Pusat Khidmat YB. Masih kat Kulim? Hidup lagi ke?
Perancangan YB hanya untuk Dun BB je. Cite la plak untuk dun Kulim plak.
YB kan baik dengan Kerajaan Persekutuan sekarang. Mintak la depa buat satu U ke kat BB. BB jadi pekan koboi kerna xde aktiviti cam ipt atau kilang2. Tu je...
Salah seorg pengundimu. Mengundi kerana lambang parti bukan individu
Salam YB Zulkifli Noordin...
Saya adalah salah seorang rakyat yg tinggal di dalam Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Ini adalah pertama kali saya mengutarakan komen di dalam ruangan komentar YB. Sebelum ini saya hanya membaca catatan2 di dalam blog YB.
Mengenai cadangan pembinaan Klinik 1Malaysia, ia amat wajar diwujudkan dan saya menyokong 100%. Ini bagi memudahkan rakyat yg berpendapatan rendah mendapat rawatan awal. Tak kira di mana ia didirikan, ia tetap utk rakyat. Bagi mereka berada di dalam golongan berkemampuan yg TIDAK BERSETUJU dgn program ini, jangan la dok pertikai. Bagi mereka yg berpendapatan rendah dan susah, semestinya mereka amat bersyukur sekurang2nya perbelanjaan dapat dijimatkan.
Saya berharap YB perlu memandang serius tentang masalah bekalan air di kawasan Selama yg kerap terputus terutamanya di musim perayaan atau cuti persekolahan. Masalah ini telah belanjutan bertahun-tahun lamanya dan masih belum selesai hingga sekarang.
Memandangkan pusat pentadbiran Bandar Baharu telah dipindahkan ke Serdang, di dapati Pekan Serdang masih lagi mundur macam pekan mati. Sedangkan ia antara laluan utama untuk ke utara dan selatan. Pada waktu malam ia seolah2 hampir sama keadaannya seperti di pekan2 kecil yg berhampiran. Mungkin dgn cara penambahan jumlah penduduk ia akan lebih berkembang seperti daerah2 lain. Antara cadangan saya ialah, mewujudkan kem tentera, kolej/universiti, hospital (belum ada) MRSM dan lain2 lagi.
Apapun sebagai rakyat saya mengucapkan terima kasih kepada YB kerana telah berusaha memohon dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan Kulim Bandar Baharu khususnya kawasan Serdang dan Selama. Mudah-mudahan ia berjaya demi kebaikan rakyat tercinta.
Terima kasih...
Ramainya pelacur yang berjaya diberkas di Kota Bahru Kelantan baru-baru nii...Ramai lagi yang tidak berjaya diberkas kerana sikap tutup mata kerajaan negeri...apa yang dah jadi ni...
Post a Comment