01 April 2010

AMALAN TUGU DIHAPUSKAN


Salam 2 all.

Sejak dari awal menjadi Ahli Parlimen, antara isu utama yang saya perjuangkan adalah untuk menghapuskan amalan kufur dan syirik di Tugu Negara. Ini bersesuaian dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987. Pada tiap kali mesyuarat Parlimen, pasti saya akan masukkan Usul saperti berikut (yang ini saperti yang terkandung dalam Aturan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke 12) iaitu:

"28. PR-1231-U36977
Tuan Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] akan mencadangkan:-
"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan agar Kerajaan Persekutuan
menguatkuasakan keputusan daripada muzakarah Majlis Fatwa
Kebangsaan ke 19 pada 06hb - 08hb. Oktober 1987 dan mengambil
langkah serta-merta memansuhkan dan menghapuskan semua amalan
syirik dan kufur termasuk upacara bertafakur yang diadakan di hadapan
Tugu Negara sempena Hari Pahlawan, Hari Angkatan Tentera, Hari Polis
dan lain-lain hari peringatan atau apa jua upacara rasmi dan semua
langkah yang berkesan dan efektif diambil agar anggota tentera, polis dan
lain-lain orang yang beragama Islam tidak dipaksa dan/ atau diarah
melakukan upacara dan amalan kawad hormat dan/ atau bertafakur di
hadapan Tugu Negara yang telah difatwakan sebagai syirik.
(Perdana Menteri)"

Alasan saya mengemukakan usul ini selain ianya bercanggah dengan syariat Islam, kita menyebabkan puluhan, mungkin ratusan ribu anggota keselamatan terutamanya tentera dan polis terlibat dengan amalan syirik. Bagaimana kita mahu mendapatkan anggota tentera yang berkualiti dan diredhoi serta dibantu ALLAH jika mereka dipaksa melakukan 'amalan syirik sejak puluhan tahun yang lalu. Ramai pegawai dan anggota tentera yang mengadu kepada saya tentang isu ini dan meminta saya membawanya ke Parlimen.

Ramai yang menuduh saya bermimpi disiang hari dan menyatakan bahawa usul saya itu tidak akan diterima oleh Kerajaan. Malahan jarang benar, malahan hampir tiada Usul bukan Kerajaan yang akan dibaca pun di Parlimen. Tetapi saya selalu meletakkan keyakinan bahawa tugas dan tanggungjawab kita hanya melaksanakan apa yang ALLAH perintahkan menurut keupayaan kita, samada ianya tercapai, dilaksanakan atau tidak itu ketentuan ALLAH jua.

Selain membawa isu ini dalam bentuk usul ke Parlimen, saya juga sering mengemukakan soalan bertulis dan membangkitkannya dalam bentuk bahas dan lain-lain. Saya juga mengambil inisiatif berjumpa dengan YB Menteri-Menteri dan pegawai-pegawai untuk meyakinkan mereka supaya amalan ini dihapuskan.

Alhamdulillah saya ucapkan syukur kepada ALLAH kertana akhirnya tercapai juga perjuangan kecil saya apabila Menteri Pertahanan & YB Menteri JPM (Bahagian Hal Ehwal Islam) iaitu YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan YB Senator Datuk (BG) Jamil Khir Baharom telah mengadakan beberap[a siri perbincangan dan mesyuarat membincangkan isu ini.

Akhirnya semalam Kerajaan telah mengumumkan bahawa berkuatkuasa tahun ini, semua acara sambutan Hari Pahlawan yang kebiasaannya diadakan di Tugu Negara akan dimansuhkan dan acara itu ditukar ke tapak baru di Putrajaya (tanpa sebarang tugu atau patung). Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan khususnya YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan YB Senator Datuk Jamil Khir Baharom atas keputusan itu. Saya berharap pihak Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia akan mengambil langkah sama. Insyallah saya akan usulkan kepada YB Menteri Dato' Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Musa Hassan dalam masa terdekat ini, mungkin  juga hari ini semasa peringkat Menteri menjawab Bahas Titah DiRaja.

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
17 Rabi'ul Awal 1431
01 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan daripada akhbar The Star hari ini Khamis 01.04.2010)

National Monument not suitable venue for Warriors Day

WARRIORS Day will not be held at the National Monument as the National Fatwa Council has found the venue unsuitable for the celebration, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Jamil Khir Baharom.

The council found the venue unsuitable because the monument was in the form of human statues, he said.

“The Fatwa Council’s guidelines say that the venue should not have items in the shape of humans, as this can be controversial,” he told reporters at the Parliament lobby.

Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said a Warriors Square would be built on a permanent site in Putrajaya for future celebrations.

“We will not celebrate Warriors Day at the National Monument on July 31. This is to abide by the decision made by the National Fatwa Council,” he said.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Ringkasan sejarah Tugu Negara)

Tugu Negara dibina untuk memperingati askar-askar yang telah gugur dalam mempertahankan negara semasa zaman perang dan darurat pada tahun 1942-1960. Ia merupakan satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa, tiap-tiap satunya empat kali lebih besar daripada orang biasa terletak di atas satu asas yang bujur di tengah-tengah pulau dalam sebuah kolam. Pulau itu berbentuk bujur 130 kaki panjang dan 96 kaki lebar. Asas tugu mula dibina pada Januari 1963 yang disalut dengan batu pejal bergilap yang berwarna zamrud daripada Sweden yang panjangnya 30 kaki, lebarnya 24 kaki dan tingginya 11 kaki 41/2 inci. Perbelanjaan untuk membinanya adalah RM1.3 juta. Tugu Pahlawan ini merupakan tugu terbesar di Malaysia. Di sebelah selatan tembok asas tugu terukir di kiri kanan lambang itu, di mana sebelah kanan adalah tulisan jawi dalam Bahasa Melayu dan sebelah kiri tulisan rumi dalam Bahasa Inggeris.  
Patung-patung gangsa ini mewakili pelbagai Cawangan Pasukan Keselamatan, semuanya memakai pakaian seragam semasa dalam perang. Lima daripada lembaga menggambarkan Pasukan Keselamatan yang beroleh kemenangan. Lembaga yang di atas sekali, satu-satunya yang tiada senjata memegang sebatang tiang bendera yang di hujungnya berkibar bendera Malaysia. Upacara menaikkan bendera diadakan setiap hari di mana tiga orang anggota angkatan tentera meniup bagol lagu Last Post sambil seorang askar akan menaikkan bendera perlahan-lahan. Pada sebelah petang upacara yang sama dilakukan untuk menurunkan bendera itu. Di bawah sekali terdapat dua lembaga terbaring iaitu melambangkan mayat dua orang pengganas komunis.

Bagi menambah keindahan tugu ini, kolam separuh bulat telah dibina di kiri dan kanannya. Di dalam kolam itu, terdapat bunga teratai yang diperbuat daripada timah putih dan hitam dari Selangor dengan pancutan air yang boleh bertukar warna. Kawasan taman di sekeliling Tugu ditanam dengan pelbagai jenis pokok yang terdapat di Malaysia seperti pokok cemara, tembusu, kemboja dan sebagainya. Tugu tersebut lebih menarik lagi dengan adanya air terjun rekaan manusia sepanjang 165m yang mengalir dari atas bukit ke dalam 4 kolam yang pelbagai bentuk.

Tugu Peringatan ini dibina bagi mengingatkan kita kepada perwira-perwira yang telah terkorban mempertahankan tanah air semasa peperangan Dunia Pertama dan Kedua. Idea awal pembinaan tugu ini diusulkan oleh Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat. Ia telah direka oleh pengukir terkenal Amerika Syarikat, Felix de Weldon. Patung tersebut telah dibuat di Itali dan dihantar khas ke negara kita sebaik sahaja ia disiapkan.

15 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, inilah hasilnya bila melakukan sesuatu dgn ilmu & kesabaran. Biar lambat tetapi berhasil. Marilah kita sama2 bersatu demi agama, bangsa & agama.
Tahniah YB & semua yg berusaha kearah menegakkan syiar Islam. teruskan usaha murni ini.

Abi Qalam said...

Salam,

Takbir.. Allahu Akbar..

Ni cara yang tepat nak ketengahkan isu yang pincang.. bukan gedegung gedegang bising dlm media dan internet, tapi hasilnya tak tercapai..

muhammad syafiq said...

salam,

TAHNIAH !!!

TheInsider said...

Alhamdulillah.
Saya menyokong penuh tujuan yb tentang hal ini.memang itu yang patut dilakukan.Semoga ade lagi perkara2 yang wajar dibangkitkan akan yb bangkitkan untuk mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.

Unknown said...

شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّيْنِ مَا وَصَّى بِهِ نُوْحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيْمَ وَمُوْسَى وَعِيْسَى أَنْ أَقِيْمُوا الدِّيْنَ وَلاَ تَتَفَرَّقُوا فِيْهِ

“Dia telah mensyariatkan bagi kalian tentang agama, apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepadamu, Ibrahim, Musa, dan Isa, yaitu:’ Tegakkanlah agama dan janganlah kalian berpecah-belah tentangnya’.” (Asy-Syura: 13)

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا

“Dan berpegang-teguhlah kalian semua dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai.” (Ali ‘Imran: 103)

وَلاَ تَكُوْنُوا كَالَّذِيْنَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُوْلَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيْمٌ

“Dan janganlah kalian seperti orang-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah keterangan datang kepada mereka, dan bagi mereka adzab yang pedih.” (Ali ‘Imran: 105)

RENUNGKAN DGN PENUH KEINSAFAN HAI SAUDARA KU.

encik_roy said...

Komen sikit ttg 1Malaysia dan 1Israel. Jangan tunjukkan IQ tuan hamba setakat isu tugu negara sahaja?

lan63 said...

CARA YB ZUL NI BARU LAH BETUL, TERDAPAT KECACATAN DI DLM SESUATU PERKARA,BAWA KE DALAM PARLIMEN DIBINCANG DAN DIBAHASKAN, BUKANNYA IKUT HATI & NAFSU YANG GILA...MANALAH TAHU ADA KUMPULAN2 YANG TAK PUAS HATI, PERGI LETUPKAN TUGU NEGARA NI, DAH JADI SATU ISU PULAK..FIKIR2LAH YANG BAIK2...

Syeikh YB said...

cuba yb zul semak dgn perlimen kalau ada mana mana yb sebelum ini mengusulkan sedemikian.rasa rasanya yb zul org yang ke 5 memberi usul sedemikian

Mohd Zubir Amry said...

Bagus sekali..
Saya sokong penuh tentang yang nie YB..
Syrik ini tiada diampunkan oleh Allah akan dosanya..nauzubillah..
jgn buat main..
banyak lagi sebenarnya tentang pimpinan BN yang menghalalkan cara..semoga diberi hidayah..
Along Amry

BlueDream said...

salam YB,

apa pla komen YB berkaitan UPCO?

Terima kasih

hafszach said...

Khas Buat Pejuang Islam Seperti Saudara Zulkifli Nordin..

Zul Adakah menyembah Yahudi itu dibenarkan dalam islam..

Di sini kami Rakyat malaysia yg beragama islam meminta pendirian kamu tentang kes APCO..

Jangan hanya pandai berkata2 tentang pekara yg hanya memihak kepada kamu sahaja wahai Zul..

Jutaan rakyat Malaysia yg beragama islam akan memanggil dan mendakwa kamu di padang Mahsyar nanti di hadapan Allah jika sekiranya kamu lari drpd tangung jawab kamu sebagai pemimpin Umat islam dan Ahli Parliment jika kamu tidak mendesak kerajaan memutuskan segala perhubungan persenyawaan haram di antara kerajaan UMNO dgn Yahudi..

Akhirnya UMNO terpaksa juga mengaku yg Najib serta UMNO bersekongkol dgn Yahudi.. wakakaka... !!

Memang Yahudi adalah bangsa yang cerdik dalam dunia ini.. tetapi tak pernah pulak aku dgr ada nas dari Al-Quran dan hadis Rasulullah yg mengatakan umat islam digalakkan belajar dan bersekongkol dgn Yahudi kerana kercerdikkan mereka.. ( kalau ada sila buktikannya Zul )..

" Yahudi dan Nasara tidak akan sesekali menuruti kamu melainkan kamu tunduk kepada mereka "

Ayat di atas amat terang dan jelas mengatakan bahawa Yahudi dan Nasara tidak akan menurut segala kehendak kita melainkan kita tunduk kepada mereka..

Salah satu bukti UMNO tunduk kepada Yahudi adalah dalam meminta bantuan keselamatan serta menstruktur semua pasukan Polis Di Raja Malaysia.. Yahudi meminta segala maklumat tentang sistem serta rangkaian jaringan telekomunikasi dan demografi negara kita dipantau oleh mereka sepenuhnya ( projek ini diterajui oleh bekas General Tentera Yahudi yang membelasah Palastine ). Sebab tu baru2 ini ketua polis negara Musa Hassan berkata beliau tidak mahu ada campur tangan org ketiga dalam pentadbiran tertinggi Pasukan Polis Di-Raja Malaysia..( org ketiga itu adalah general bersara Yahudi ). yang didatangkan khas dari negara Israel serta berfahaman zionist.

Tamadun islam yg pernah menerajui 2/3 dunia selama 1000 tahun dahulu tidak pernah sama sekali menerima pakai segala idea serta bersekongkol dgn Bangsa Yahudi yg cuba puak UMNO manipulasikan sebagai suatu bangsa yg teramat cerdik semata2 utk membenarkan segala hujah UMNO bagi menghalalkan perhubungan serta persenyawaan haram UMNO dgn Yahudi..

Siapa yg dajjal sebenarnya... umat islam yg menentang kesedudukan UMNO dgn Yahudi atau UMNO yg menghalalkan proses persenyawaan UMNO dan Yahudi..

Jika kamu juga berdiam diri bermakna kamu salah seorang dajal kecil yg menghalalkan hundungan persenyawaan haran UMNO dgn Yahudi Zul.. kami akan dakwa kamu di hadapan Allah nanti.

Baca sejarah Mustaffa Kamal At-Tarturk di Turky.. Bagaimana Mustaffa bersama2 Agent yahudi melakukan segala bentuk persenyawaan ideologi, konsep, ketenteraan, kepolisian,perisikkan, pendidikan, perubatan dan kemasyarakatan sehinggakan yahudi tanpa sedar telah berjaya meracuni pemikiran bangsa turki utk menolak sistem kekhalifahan kerajaan othmaniah yang dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid ketika itu..

Yahudi ketika masuk ke dalam pada awalnya cuma kononnya sekadar memberi sedikit bantuan khidmat nasihat sahaja... Tetapi Zul UMNO lebih dari itu bantuan yg diberikan oleh puak2 zionis ni.. hebat betul UMNO ni yerr YB Zul

Banyangkan empayar othmaniah boleh ditumbangkan oleh jarum2 dan racun2 yahudi apalah sgt dgn kerajaan UMNO yg lemah serta dijangjiti oleh Barah Rasuah yg kronik ketika ini..

Aku suka petik ucapat dan kata pemimpin serta penyokong2 UMNO dalam kes APCO ni :

" tak salahkan kalau kita amik sikap positif dari kaum yahudi ni... ... untuk kemajuan umat islam... ..!! "

Ayat2 pemimpin serta penyokong UMNI ini lebih kurang sama jer dgn Ayat mustaffa kamal ketika cuba mempengaruhi masyarakat islam turky apa awal zaman kemasukan agenda yahudi di turki pada awal kurun ke 20 dahulu..

Adakah hujah kamu tentang APCO ini juga sama dgn hujah pemimpin UMNO yang lainnya Zul.. Jwablah wahai pemimpin islam sejati...!!

Anonymous said...

harapan saya tuan akan diberi kekuatan untuk mentarbiah kapada baik.tolong pantau sama ada maseh ATM kita dibekal dengan arak,sebagaimana ditahunx sebelumnya. Tun Mahathir telah menghapuskan dalam pertengahan 80an.

x-reporter said...

Salam YB,

Tahniah atas kejayaan meyakinkan kerajaan untuk menghapuskan amalan-amalan peringkat kebangsaan yang menjurus kepada syirik. Ramai yang terlibat dalam upacara sebegitu dan ramai yang menanggung dosa namun terpaksa buat kerana dasar arahan.

Apabila permohonan YB berjaya, bermakna YB berjaya melepaskan bebab tanggungan dosa ramai penjawat awam. Amat besar jasa usaha YB pada rakyat Malaysia.

Syabas.

lah said...

Salam,
Pening-pening dgn kelaku hang ni Zul..
Sebelum aku jadi peminat murtad dgn hang ni..Bertetusterang, jujur dan ikhlas lah Zul. Hidup ni sekali je..Padam nanti kita akan menyesal tak sudah..

Saya suka lihat dan dengar orang politik cakap dan lakon tapi sukar nak percaya...maleh nak baca semua ni..Baik Baca Al Quran.

Unknown said...

yb zul..hang jangan dok perasan la hang sorang je yg memperjuangkan pasal tugu ni...org dah berdekad dekad perjuangkan...LOL