Saya mengalu-alukan titah Tuanku Sultan Selangor yang menasihatkan mereka yang menyalahgunakan masjid sebagai pentas politik kepartian yang sempit supaya menghentikannya. Saya kira ini adalah nasihat yang sangat kena pada tempat dan masanya. Ini kerana saya melihat gejala menyalahgunakan masjid untuk tujuan politik kepartian yang sempit termasuk di platform ceramah, kuliah dan khutbah akhir-akhir ini makin menjadi-jadi.
Saya pernah sendiri mendengar seorang khatib merangkap pengerusi masjid merangkap pimpinan sebuah parti politik yang menggunakan khutbah Jumaat tempat menghentam dan memfitnah lawannya tanpa sedikit pun perasaan malu kepada ALLAH, mengguna bahasa maki hamun dan fitnah yang tiada batasan agama.
Malah pernah saya menghadiri satu ceramah dimana seorang penceramah berkopiah serban memaki hamun seorang ilmuan Islam yang lain hanya kerana didakwa tidak sealiran mazhab dengan beliau. Sehingga ilmuan tersebut diisytiharkan beliau sebagai sesat!! Na'uzubillah. Mentang-mentang sudah menguasai surau masjid, habis diguna platform masjid surau untuk agenda politik kepartian yang terlalu jumud dan sempit.
Memang Islam dan politik tidak boleh dipisahkan, tetapi menggunakan Islam sebagai landasan perjuangan politik kepartian yang terlalu taksub juga tidak dibenarkan, kerana ianya akan membawa kepada perpecahan. Dan inilah yang berlaku sekarang.
Saya masih ingat lagi peristiwa yang berlaku beberapa tahun lepas kepada seorang penceramah dan pendakwah bebas di utara negara yang sangat dihormati dan terkenal cara dakwahnya yang diterima ramai. Hanya kerana beliau hadir dalam satu forum yang dikatakan dianjur oleh sebuah badan politik, habis beliau dimaki hamun dan diberi gelaran dengan pelbagai macam label.
Sehingga bukan sahaja ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau disurau masjid dibatalkan, malah sehingga ada yang membuang kaset dan kitab yang beliau ajar! Dan yang paling malang, pendakwah tersebut langsung tidak diberi peluang untuk memperjelaskan keadaan atau membela diri. Hukuman terus dijatuhkan tanpa sedikit pun menurut landasan dan nilai-nilai yang diajar oleh Islam. Dan yang lebih teruk, keputusan mengharamkan pendakwah itu berceramah dibuat berdasarkan keputusan politik kepartian, bukan berlandaskan syariat dan hukum hakam Islam. Begitu ketaksuban politik kepartian yang sedang berlaku sekarang.
Saya sangat berharap kita dapat mengambil sebagai contoh ulama'-ulama' dan pendakwah pendakwah hebat saperti YB Tuan Guru Haji Hadi Awang, Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, YB Ustadz Nasharudin Mat Isa, YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Sahibul Fadhilah Dr. Abdullah Yasin, Ustadz Hussein Yee, Dr. Asri Zainul Abidin, Ustadz Dato' Shamsuri Ahmad dan ramai lagi yang menjadikan masjid dan surau sebagai medan dakwah dan menyebarkan Islam tanpa perlu berpolitik kepartian yang sempit. Walaupun ada diantara mereka adalah ahli parti politik, tetapi jarang benar kita nak mendengar mereka menggunakan majlis kuliah dan ceramah mereka di masjid surau untuk agenda parti politik mereka. Itulah namanya pendakwah yang sebenar dan ikhlas dengan agamanya.
Sebab itu, saya berpendapat nasihat dan titah Tuanku Sultan Selangor tersebut sangatlah kena pada masa dan tempatnya. Apa yang malang titah Tuanku Sultan telah diputarbelitkan dan didakyah sebagai agenda politik golongan tertentu, sedangkan ianya memang titah Tuanku Sultan sendiri yang saya percaya sangat khuatir dengan gejala politik kepartian yang makin melampau dimasjid dan surau di Selangor ini khususnya.
Semoga nasihat dan titah Tuanku tersebut akan membawa menafaatnya kepada kita semua. Saya menyeru diri saya dan saudara seagama dengan saya semua supaya kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita punya satu Tuhan, satu Nabi, dan satu Kitab; mengapa kita menjadi begitu sukar untuk menghayati "Satu Islam: Aqidah di Dahulukan, Syariat Dimartabatkan"! Dan semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua dalam perjuangan memartabatkan Islam insyallah.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
14 Jamadil Awal 1431
29 April 2010
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Selangor tak alu pemimpin salah guna masjid | ||
|
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.
Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.
"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.
Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."
Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Menurut baginda, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang bercerama di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya.
Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.
"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.
24 comments:
Salam..
Tahniah YB, kerana keberanian menyatakan yang bagi pendapat YB..
Sebelum ini tak puas-puas lagi YB mendodoi dan membodek PM, saya rasa YB belum habis lagi tugas dengan PM, tup-tup dah pi bodek Sultan pulak,,
Satu-satu YB..., jangan gelojoh.. walaupun membodek itu satu daru tugas dan tanggungjawab YB.
Saya setuju dengan YB.
Kalau zaman Rasulullah dan Khulafa Ar-Rashidin dulu kita boleh terima akal.
Masalah sekarang, bukan sahaja mereka menggunakan platform mimbar sebagai pentas politik, tetapi mereka juga turut menghina dan maki hamun orang lain.
Tambahan pula syang mereka kutuk dan keji itu orang Islam juga.
Kenapa tidak mereka gunakan mimbar untuk merapatkan ukhwah, cari jalan penyelesaian untuk Perpaduan Ummah?
Ini sepatutnya yang jadi agenda utama, bukan asyik menyalahkan orang lain.
Islam adalah tunjang kepada politik, tetapi politik tidak boleh dijadikan asas kepada Islam
Saya hairan kenapa ramai ustaz2 di luar sana kecoh nak cakap parti diorg tu yg lebih Islam dr parti lain
Adakah ustaz tersebut mampu menilai tahap keislaman orang lain?
Memang tinggi sangat2 la tahap keislaman ustaz tersebut, sedangkan Rasulullah pun tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum seseorang itu munafik atau tidak.
Hebat dari Rasulullah lagi ustaz tersebut.
Entah2 lepas nie ustaz tu ngaku jadi imam mahdi kot? xpun jadi ayah pin ke 2?
hahahahaa
ish jadi menyampah lah dgn u nie zul. tak paham ker kata tok guru nik aziz? bila masa politik dan islam tuh berasingan? bila masa nabi kata masjid tuh tempat ibadat & tempat mengeratkan silaturaahim sahaja? u nie betul ker dah jadi sebegini jauh dari cahaya kebenaran?.. insaflah saudara! atau berhenti aja pura2, masukklah ajalah parti yg awak nak sgt tuh...
salam YB..
politik di dalam masjid,maaflah saya ni jarang juga ke masjid,sibuk..pada saya yang berlaku seperti ini kebanyakan di negeri pantai timur tu..kebanyakan nya mereka pendakwah yang ekstrim terhadap parti politik..saya pernah tengok video nya,memang jumud,cara seperti itu saya tidak setuju.
politik akan muncul sendiri di masjid,sebab itu memang hukum..seperti contoh di Pulau Pinang,ada dua buah masjid yang sangat berhampiran,masjid batu tak silap saya..sebuah masjid sunyi hanya beberapa orang makmum(masjid UMNO),
sebuah lagi meriah dengan bermacam2 aktiviti(masjid PR)..
berpolitik dalam masjid amat UMNO takuti kerana ia akan merapatkan silaturrahim sesama jemaah,dan sekali gus akan melemahkan UMNO..ini berkaitan dengan cara pemikiran,umat islam di negara ini tidak wajar ketinggalan
Bodo betul la YB cabut ni..Yang hang cakap politik atas masjid tak apa ? Yang Umno anjur bacaan yasin dan solat hajat di masjid KKB untuk memenangkan abang hang ..Kamalanathan tu ok ke ngok....tu sbb ana tak sokong hang sekarang...sbb hang dah jadi bodo ....Kumo bodo sbb kamu :
1. Tok guru kata lain UMNO,UTUSAN TV3 kata lain -kamu percaya -tok guru kata cakap politik atas masjid boleh, yang tak boleh cakap soal kepartian la bodo...
Ngkau ni semakin ngok la...yang kamu makin hamun orang spt. firaun tu tak apa...
Daulat Tuanku.
Saya menjujunjung titah Tuanku.
Kita semua wajib menjaga kesucian mimbar. Zaman Rasulullah S.A.W. & Khulafa Ar-Rashidin dulu teguran dibuat dgn penuh hikmah lagi berilmu. La ni nafsu mengawal diri.
Baru Jumaat lepas saya saksikan mimbar digunakan utk melemparkan fitnah. PRK HS tengah hangat waktu tu.
Khatib bijak menggunakan kesempatan. Tiada siapa boleh berkata2 bila khatib sedang berkhutbah maka tak boleh mencelah.
Ada beberapa jemaah keluar dewan solat kerana tak mahu mendengar tomahan itu.
Saya tunggu sehingga selesai utk berdepan dgn khatib. Bila ditanya adakah perkara yg bisebut itu betul lagi tepat & khatib adalah saksi? Adakah khatib seorang pakar dlm hal yg disebut?
Khatib terdiam sejenak lalu menjawab bahwa teks disiapkan oleh orang lain.
Apakah hukum kalau kita menyampaikan keburukan orang lain tanpa kita tahu kebenarannya? Apakah hukum menyalahgunakan mimbar?
Saya tidak berparti & takkan berparti.
Wallahualam.
Salam ZN,
Saya rasa jawapan dibawah menjawab persoalan saudara,
"Regardless of what has been said by the politicians,
I would like to know if you really want us to enforce the law.
If that is not the case,I will tell my men to refrain from stopping cars
from being driven suspiciously or illegal racers from taking over the roads." TAN SRI MUSA
salam,
saya setuju dgn pandangan yb, saya harap yb menjadi suara rakyat yang neutral seperti saya yang tidak menyebelah kepada mana2 parti politik, apa yang saya (mungkin ada lagi rakyat yang sealiran dgn saya) mahukan hanyalah kestabilan dan keamanan dalam negara disamping menjunjung syariat Islam.
Berani kerana benar, nyatakanlah walaupun ianya Pahit.
Jazakumullah hukhairan kathira
assalamualaikum,
salam ukhwah buat semua. Buat Pena reformasi, saya setuju dgn saudara bila saudara kata islam dan politik tak boleh dipisahkan. Masalahnya cara berpolitik parti2 politik hari ni sama ker dgn cara yg Rasulullah buat dulu?Rasulullah terkenal dengan budi pekertinya, tidak menghina org lain hatta kaum Yahudi sekalipun. Inikan pula saudara seagama... politik yang mcm itu baru boleh dikatakan tak boleh dipisahkan dengan Islam. Betul Rasulullah x pernah kata masjid untuk solat jer..mcm2 baginda buat kat masjid. Ceramah dan sebagainya... So adakah saudara dah x nampak yg masjid yg ada kat malaysia hari ni juga buat mcm2 kat situ, mcm2 majlis kita anjur kat masjid..mcm2 ceramah kita buat kat masjid..cuma yg x boleh kalau ceramah politik yg melampau jer..yg maki hamun dan seangkatan dengannya... and rasanya Rasulullah juga x pernah anjurkan majlis ceramah politik yg memaki hamun saudara seislam yg lain.. Rasanya kalau ahli politik nak ceramah juga, and kalau dia ceramah pasal kebaikan2 yg telah parti dia buat, rasanya tiada siapa yg nak halang... tapi yg ada sekarang ni ramai yg suka memaki hamun.So jalan selamat, baik jangan bagi pada semua... ini sekadar pandangan saya sahaja.. maaf mana yg silap..sekadar renungan buat semua..
Pi la mabuk....
Ko tak ingat ker masa ko nak jadi calon dulu??sampai kat surau kajang ko cerita politik...
Gilo ko apo ko ni..???
Ya la...
Dulu Lain, Sekarang Lain,
Dulu PR sekarang Baluci BN
Teruskan perjuangan. Tidak perlu gentar dengan tohmahan dan cacian. Jangan letakkan Islam pada sesuatu parti. Islam milik semua. Selagi apa yang kita buat benar, perlu ke dengar percakapan sumbang orang di sekeliling?
Saya nasihati yb supaya terus menjadi pihak yang ketiga yang tidak menyebelahi mana2 parti tetapi harus diingat, bebas bukan bermaksud berada di tengah2, nanti kiri kanan tembak kita...sebaliknya mana yang baik harus disokong, mana yang tidak baik....tegur dulu kemudian baru tentang..
Teruskan perjuanganmu, didoakan moga tabah mengharungi hidup.
Barakallahufik...
salam YB..
kepada adie..yang dimaksudkan berpolitik di masjid bukan bermaksud memaki hamun,malah kalau ustaz/penceramah sebut je perkataan "korupsi" semasa di mimbar akan di cop "berpolitik"..
minda umat islam di negara ini perlu dikembangkan,tidak perlu ditakutkan atau disekat..skop yang terlalu sempit..
siapa yang memaki hamun tu ADIE?sebutkan nama ustaz tersebut?kecuali di pantai timur lah,yang sememangnya ekstrimis PAS lah..
Salam kepada semua
Syabas Yb kerena menyokong titah Sultan Selangor
Amat malang sekali kepada malaun2 yang mengkritik Yb dalam isu ini , harap mereka berhati2 memberi kritikan , Yb Zul hanya menyokong titah Sultan , beliau tiada agenda lain , kenapa ada yang cuba menyindir dan hentam beliau
Perbuatan malaun2 ini begitu memalukan , mereka terlalu taksub dengan pemimpin mereka , sampai ada yang tak setuju dengan titah Sultan.
Kita marah bila orang asing tak hormat pada Sultan kita , tapi kenapa masih ada orang melayu sendiri tak hormat pada Sultan sendiri.Betul la , kalau tak mau ikut cara Selangor , boleh jalan la.
Dulu khalid samad yang kata titah Sultan sebagai Sultan ketinggalan zaman , sekarang ada lagi lagi berani kata sebagai karut.Ini ke pemimpin yang kita sanjungi , harap pemimpin ni taubat la..
kepada mohamned yg berkata saya tidak politik dan tidak akan join politik.tuan ini blog YB zul yg di pilih oleh rakyat yg tidak mahu BN,itu politik namanya tuan.
kenapa yg org melayu masih mengangap semua org melayu tidak cerdik macam umno.
zul,kenapa kau tidak sikit pun rasa malu dgn apa yg kau tulis.kalau tujuan nak bagi penyokong marah,kau silap besar.kami tak marah pun sekarang sebab amat bershukur kepada allah kerana telah awal2 lagi nyahkan kau dari perjuangan kami dari munafik spt kau.
titah sultan dah jadi mcm firman tuhan ka??sampai tak boleh dipertikaikan..firman tuhan yg terang2 melarang berbagai perkara dan menyuruh menegakkan berbagai perkara tapi ramai yg ENGKAR dan DERHAKA!come on la..di padang mahsyar semua kita termasuk yg bertitah akan berjalan tanpa pakaian pun..menunggu utk dihitung!muhasabah lah..
kpd magn...
Selaku org Islam apa hak kita nak label sesuka hati org itu munafik?? Astaghfirullah..kalau benarlah anda membawa Islam, tonjolkan melalui kata2 dan perbuatan anda. Tuhan SAHAJA yang berhak menilai iman dan taqwa seseorang...
ok...
cuba cek pla gambar ni
-->
http://2.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/S9xZFq79HrI/AAAAAAAADbI/TeB06MXUrCg/s1600/2010-04-28_125521.jpg
Sudahlah kau Zul masa kau membela Anuar dulu dimana kau jaja penghujahan kau kalau tidak di masjid dan surau. Poorah kau Zul
Assalam YB,
POHON KOMEN PENDAPAT YB TENTANG ISU NI ..“Block L and Block M had been claimed by Malaysia based on historical facts. Accordingly, Petronas entered into a production-sharing contract with Murphy Oil (Corp) to start drilling to produce oil. It is estimated that the reserves amounted to almost 1 billion barrels.
“Abdullah negotiated with the (Brunei) sultan to get back Limbang in Sarawak. In return, he agreed to surrender the two blocks to Brunei.
“No Petronas representatives were present, only foreign office staff and the foreign affairs adviser to the PM,” charged Mahathir.
TUU..DIAAAA...
Khalid Samad pernah membaca khutbah Jumaat di Masjid Azahariah, Seksyen 18 Shah Alam tahun lalu. Jemaah yang hadir amat kecewa dgn tindakkan beliau yang langsung tidak mengikuti teks yang disediakan oleh JAIS ( Ahli panelnya merupakan Dr Hassan Ali ). Walaupun beliau tidak memaki hamun tetapi menyindir dalam khtubah beliau menyinggung perasaan jemaah yang tidak sealiran. Inilah yang ditegah oleh Duli Tuanku Sultan Selangor. Masjid adalah tempat penyatuan ummah, bukan tempat mencari perbalahan.
YB Zul, saya masih ingat di satu masjid di ampangan seremban, YB zul memberi ceramah yang 80% kandungannya berunsur politik.
Ish...ish...ish...
Kesian jugak saya tengok YB kena hentam yek.
Yang peliknya, bila masa pulak YB cabut dari Pakatan Rakyat? Berita baru ke saya dengar ni?
Setahu saya, YB di PECAT oleh mereka. Sejak bila pulak DIPECAT dan LOMPAT jadi sama maksudnya?
Ke PR ada kamus baru selain Fir'aun baru YB?
Oh ya. Lupa pulak soalan saya tadi.
Saya nak tanya, sama ada YB atau pembaca blog YB ni.
Adakah titah @ arahan @ pendapat Sultan Selangor terhadap penyalahgunaan Masjid dan Surau itu salah?
Apakah sewajarnya, Masjid dan Surau itu digunakan sebagai tempat untuk memaki hamun, mengumpat, membuat dakwaan sombrono, menabur benih-benih benci kepada umat Islam lain, dan mengadu domba?
Adakah Masjid dan Surau tempat beribadat umat Islam itu pernah dijadikan sedemikian pada Zaman Rasulullah S.A.W?
Fikir - fikirkan lah.
Post a Comment