03 April 2010

AL JANNAH

(Gambar menunjukkan Dzehnnet Abdurakhmanova @Jannah Abdul Rahman bergambar bersama suaminya yang sudah terbunuh tahun lalu, Magomedov)

Salam 2 all.

Perasaan sedih, berbaur marah dan terkilan membaca berita tentang kisah Dzhennet Abdurakhmanova, gadis dari Rusia yang dikatakan salah seorang yang terlibat dengan tindakan menjadi pengebom berani mati dalam serangan keatas sebuah stesyen keretapi di Moscow baru-baru ini.

Dalam bahasa kita, Dzhennet Abdurakhmanova disebut Jannah Abdul Rahman, iaitu syurga hamba ArRahman. Moga Allahyarhamah diberi ganjaran syurga oleh ALLAH swt.

Apa yang sedih adalah apa yang mendorong seorang gadis muda saperti Jannah bertindak nekad sebegitu. Kita diberi maklumat suaminya Umalat Magomedov juga telah dibunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia. Saya percaya ianya ada berkaitan dengan isu untuk mendapatkan pembebasan mereka untuk mendapat kemerdekaan bagi negara mereka untuk kembali kepada Islam.

Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan kita, kerana mereka ini adalah pejuang yang mahukan kemerdekaan negara mereka setelah lama dibawah penjajahan komunis Rusia. Dan kita kini tahu bagaimana saudara-saudara kita yang hidup tertindas, dianiaya dan dizalimi selama duduk dibawah pemerintahan komunis. Apakah suatu dosa besar bagi mereka mahu kembali kepada kehidupan Islam yang sebenar!

Ditengah kehidupan umat Islam ditimpa fitnah maha hebat, sehingga ada yang sudah menjadi keliru dengan perjuangan Islamnya. Yang dahulu haram kini halal. Yang dulu tak boleh kini boleh. Yang dahulu dosa kini tidak mengapa. Namun dalam keadaan itu, masih ada segelintir pejuang Islam yang masih mahu berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar saperti saudara kita di tanah-tanah jajahan Rusia ini.

Dan yang paling terkilannya, umat Islam yang hampir 2 billion tidak mampu berbuat apa-apa melihat saudara mereka dizalimi, dianiaya dan ditindas. Malah yang lebih parah, mereka yang berjuang ini diberi pelbagai macam label, ada yang menuduh mereka bunuh diri, ada yang dakwa tindakan mereka ini memberi nama buruk kepada Islam, ada yang kata mereka ini menjadi barua dan agen Yahudi dan macam-macam lagi. Sedangkan yang mereka perjuangkan hanyalah untuk kembali semula kepada Islam yang sebenar. Benarlah sabda Rasulullah saw, "akan datang suatu masa nanti kamu yang mahu memegang Islam, akan memegangnya saperti mengenggam bara api!".

Saya mendoakan semoga apa yang mereka lakukan diberi keberkatan dan rahmat oleh ALLAH swt. Moga ALLAH mengampunkan segala kelemahan mereka. Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan hidayahNya kepada semua mereka yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

20 Rabiu'l Akhir 1431

05 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada lapuran AFP bertarikh 03.04.2010)


Balu muda militan pengebom Moscow


MOSCOW 2 April - Pasukan penyiasat Rusia mengenal pasti identiti seorang daripada dua pengebom berani mati wanita yang melakukan serangan ke atas stesen kereta api bawah tanah di Moscow, sebagai remaja berusia 17 tahun yang juga balu kepada seorang militan Caucasus.

Akhbar harian Kommersant hari ini melaporkan, pengebom itu dikenali sebagai Dzhennet Abdurakhmanova, malah ia turut menyiarkan gambar remaja itu yang mempunyai muka kebudak- budakan.

Dalam gambar bersama arwah suaminya, Umalat Magomedov yang menyaksikan kedua-dua mereka memegang pistol, Abdurakhmanova dilihat memakai tudung.

Akhbar sama memetik penyiasat di Dagestan sebagai berkata, Magomedov merupakan seorang militan Dagestan yang maut dalam satu operasi khas tahun lalu.

Masih belum jelas sama ada pasangan itu telah berkahwin secara rasmi kerana dalam gambar tersebut Magomedov dilihat tidak memakai cincin.

Kommersant dalam pada itu melaporkan, Abdurakhmanova turut mempunyai nama keluarga lain iaitu Abdulayev.

Menurut laporan Kommersant , Abdurakhmanova datang dari daerah Khasavyurtovsky di Dagestan dan bertemu Magomedov semasa berumur 16 tahun selepas dia menghubungi pemberontak melalui internet.

Kommersant memberitahu, identiti Abdurakhmanova dikenal pasti melalui gambarnya.

Penyiasat Rusia percaya Abdurakhmanova bertanggungjawab di atas serangan berkembar pertama Isnin lalu yang mengorbankan 39 nyawa.

Kommersant melaporkan, pihak penyiasat masih belum mengenal pasti identiti pengebom kedua, namun satu sumber mengenal pasti pengebom itu sebagai wanita Chechnya bernama Markha Ustarkhanova, juga isteri kepada seorang militan Caucasus. - AFP

10 comments:

Ampun Tuanku said...

itu di rusia.di malaysia apco takde nak ulas ke?

N@biL said...

yes 1st..!!!!hahah

adey said...

salam yb zul..

Saya merasa terharu dan sedih bila membaca dan mendengar berita berkenaan dengan saudara se-ISLAM kita di seluruh dunia yang sentiasa ditindas di negara mereka sendiri. Walaupun begitu mereka cuba untuk bangkit dan mempertahankan ISLAM sehingga ke titisan darah yang terakhir tanpa mengenal takut kepada pemerintah dan di hati mereka hanya takut kepada ALLAH serta sayangkan ISLAM. Biarlah nyawa menjadi taruhan asalkan syiar ISLAM dapat ditegakkan di bumi ini daripada melihat ISLAM dihina dan menjadi hamba kepada yahudi dan juga kristian..

Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana umat ISLAM di Malaysia masih lagi hidup aman dan damai walaupun terdapat beberapa pihak yang sering menwujudkan sentimen bagi memecahbelahkan keharmonian ini. Adalah baik kiranya kita semua umat ISLAM bersatu dalam memperjuangkan ISLAM tidak kiralah berlainan fahaman politik supaya agama ISLAM dipandang tinggi oleh agama lain... Usahlah berbalah kerana ia hanya akan merugikan kita sendiri. Sesungguh ISLAM itu amat INDAH saudara2ku..

Al-Faqir said...

Pejuang Islam yg perbagai version:

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.”(Ash-shaff:10-12)

Saya rasa terpanggil untuk menyatakan betapa manusia hari ini yang bergelar pejuang telah tersasar daripada matlamat asal memperjuangkan agama Allah swt yakni Islam.

Hari ini Islam dikecam dan dihina begitu hebat sehingga Islam = penganas. Kenapa hal ini berlaku?kenapa hal ini timbul?kenapa tuduhan ini terus menerus berlaku dalam masyarakat kita yang telah pun rosak dan ditambah lagi dengan gelaran baru iaitu pengganas.

Kita melihat di serata dunia hari ini seperti di Iraq, Mesir, India, Afghanistan, Iran, Jakarta, Amerika Syarikat (US), London dan lain-lain telah berlakunya pembunuhan yang dikaitkan dengan individu Islam. Adakah ini benar atau tidak?kita tidak pasti. Adakah benar orang yang sanggup melakukan serangan berani mati itu adalah individu Muslim yang benar beriman dengan Kitab Allah iaitu Quran atau itu semua propaganda musuh Islam. Jika benar individu muslim yang terlibat maka malangnya mereka ini. Kenapa sanggup melakukan serangan tersebut ke tempat orang awam yang lansung tidak berdosa dan tidak ada kena mengena dengan konspirasi menghancurkan Islam. Apakah mereka tidak membuka Quran di mana darah-darah orang bukan Islam yang tidak berdosa (kaitan dengan konspirasi menghancurkan Islam) ataupun orang awam biasa (bukan tentera) atau kanak-kanak atau orang tua adalah haram dan salah di sisi agama? Apakah mereka tidak tahu atau buat-buat tidak tahu atau kerana mengikut hawa nafsu ammarah?

bersambung di:
http://catatanhamba.blogspot.com/2009/09/jihad-jalan-allah.html

tokgaru said...

Kpd Adey (6.4.10/00.03)

Saya kurang setuju kalu hang kata tindakan pengebom berani mati tu sebagai " cubaan untuk bangkit mempertahankan islam "

Maaf. aku terpaksa kata " itu bukan satu bentuk perjuangan yang bijak. itu tindakan orang yang bodoh dan tak waras "

Pada aku tindakan itu tak ubah seperti " membunuh diri ". dan orang yang meletupkan dirinya dan menggelarkan dirinya sebagai pejuang berani mati syahid (konon2 nya) tidak mati shahid, melainkan mati katak jer selain daripada berdosa besar kerana (1) membunuh diri (2) membunuh orang yang tak ada kena mengena.

Banyak dah kita mendengar dimerata tempat didunia ini. para pejuang islam berani mati ini mengambil tindakan serupa itu sebagai satu cara untuk melawan penindasan dan kekejaman bukan islam keatas umat islam. dah ramai yang terkorban " mati katak ".

Baik. satu soalan aku nak tanya kpd hang dan juga mereka yang masuk blog ini.

" Adakah selepas beberapa siri serangan oleh pengebom berani mati yang terdiri daripada pemuda dan pemudi islam yang rela syahid (konon nya) kerana memperjuang dan mempertahankan islam, maka pihak2 musuh islam terutamanya Yahudi sudah mula merasa gerun dan gentar untuk meneruskan tindakan menekan, menindas, menyerang dan membunuh umat islam seperti yang berlaku di pelastin dan di lain2 negara islam yg sedang bergolak ?"

Hendaknya ada diantara anda yg sedia berkongsi pendapat dengan saya dalam perkara ini.

reformis said...

sedih bila dgr kisah diorang ni nak tegakkan islam sampai jadi pgebom brani mati,tapi kita kat malaysia ni xda halangan pon xleh nk tegakkan islam pasal melayu islam yghalang tuk pembentukan negara islam.tu yg aku terkilan tu..knapa umno jd gtu???bantu la pas tgakkan syiar islam...yg yb zul plak duk tentang pas lg teruk..tulis pasal rusia bleh tp dok bela umno kt cni..bkn nk tlg pas tuk tgakkn islam..harap nama je islam blajar syariah tp...

Siapalah aku said...

Salamun alaik Tuan YB,

Apakah benar apa yang didakwa oleh exco Kedah Lim Soo Nee mengenai berita ini...

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2010/04/zulbabwe-terkincit-dalam-pampershe-he.html

Minta penjelasan... sebagai rakyat kami perlu mengetahui perkara sebenar...

mohd lutfi said...

Bayangkan andai serangan bom itu mengorbankan anak isteri kita sendiri. Apa yang kita rasa apabila kita kehilangan orang yang kita sayang kerana ada pihak yang kononnya atas nama jihad meletupkan bom di tempat awam. Islam tidak pernah menghalalkan tindakan sekejam ini. Menyiksa seekor kucing pun haram dalam Islam, apatah lagi membunuh ratusan orang awam.

Reza Pahlavi said...

Semua ini berlaku kerana tentera Rusia sendiri sudah membunuh bukannya ratusan tetapi puluh ribuan orang awam di bumi Chechnya. Bukannya sekali malah berkali-kali, pada zaman Imam Shamil sekitar tahun 1840-1860, selepas Perang Dunia Kedua dan pada dua perang Chechnya pada tahun 1994-1996 dan 1999 sehingga sekarang.

Pengebom berani mati sudah kehilangan anak isteri (dalam kes ini, keluarga dan suami) masing-masing akibat kekejaman tentera Rusia yang mungkin kurang sedikit daripada kaum Serb yang serumpun (sama-sama Slav) dan seagama (Kristian Ortodoks) dengan tentera Rusia. Tidak hairanlah dalam keadaan 'we got nothing to lose', mereka sanggup meletupkan diri di kawasan orang awam Rusia, kerana tentera Rusia pernah membunuh orang awam Chechnya (yang pastinya 'tak ada kena mengena') tanpa perlu meletupkan diri .

Yang anehnya tiada pula pemimpin agama Kristian dari Malaysia yang mengecam tindakan 'brothers in Christ' mereka semasa tentera Rusia sedang mengganas.

Semoga Allah menerima kesyahidan Dzhennet Abdurakhmanova dan Markha Ustarkhanova.

والعزّة للّه ولرسوله والمؤمنين

Zalizan said...

huiyoo..
hang kat negara lain hang kisah..
ni bapak angkat hang sekarang ni dok ambil puak zionis israel jadi consultant apa cerita..

mulut sudah kena sumbat ka?
berapa juta?
huluq2 no