29 April 2010

TAHNIAH KTMB


SELAMAT...penumpang wanita kini tidak perlu bimbang gangguan seksual melalui pengasingan gerabak khas komuter untuk mereka.

(Kelihatan penumpang wanita yang selesa dengan koc khas wanita KTMB)

Salam 2 all.

Alhamdulillah akhirnya usul yang telah saya bawa beberapa kali di Parlimen berkaitan dengan perlaksanaan koc khas untuk wanita akhirnya menjadi kenyataan. Saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan KTMB yang telah melaksanakan "Koc Khas Wanita" bagi perkhidmatan komuter mulai semalam. Saya telah menulis panjang berkenaan perkara ini dalam entri di blog ini bertajuk "Koc Khas Wanita" bertarikh Jumaat 17 Rabi'ul Awal 1431 bersamaan 02 April 2010.

Semoga usaha murni kearah menerapkan nilai Islam dalam cara hidup umat ini akan diberi keberkatan oleh ALLAH. Apa yang lebih membanggakan ialah wanita-wanita bukan Islam juga mengalu-alukan dasar baru KTMB mengadakan koc khas ini. Moga-moga dengan cara itu, mereka akan lebih menghargai nilai kehidupan menurut syariat Islam, dan insyallah akan lebih mendekati Islam dan moga terbuka hati mereka untuk menerima cahaya dan petunjuk Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
14 Jamadil Awal 1431
29 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada akhbar Harian Metro bertarikh Khamis 02.04.2010)

'Kami lega'

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

2010/04/29

KUALA LUMPUR: Pengguna komuter terutama wanita boleh menarik nafas lega berikutan pelaksanaan sebuah gerabak dikhaskan untuk golongan itu mula beroperasi, semalam.

Penumpang, Shahirah Mohd Shariff, 24, berkata pengasingan gerabak boleh mengelak berlaku gangguan seksual terhadap penumpang wanita terutama dalam keadaan sesak pada waktu puncak.


“Sebelum ini, rakan baik saya pernah diraba seorang lelaki ketika berhimpit-himpit dalam tren dan pengalaman ngerinya itu membuatkan saya trauma menggunakan perkhidmatan ini.


“Bagaimanapun, saya lega kerana gerabak khas wanita disediakan dan kini saya boleh ke tempat kerja tanpa perlu berasa bimbang kejadian sama berlaku,” katanya.


Bagi Aishah Omar, 42, dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, peluang warga emas, wanita mengandung dan yang membawa anak kecil mendapat tempat duduk lebih cerah.


“Pendekatan KTM ini sangat bertepatan berikutan ramai rakan wanita yang merungut tidak selesa kerana terpaksa bersentuhan dengan lelaki jika tren terlalu sesak selain pengalaman melihat sendiri seorang gadis diraba warga asing,” katanya.


Pekerja swasta, Ruby Hanim Sohana Ariffin, 45, pula menyifatkan pengasingan itu memberi kemudahan kepadanya malah dia kini tidak perlu berebut dan berdiri lama dalam tren berikutan bilangan penumpang berkurangan kerana gerabak itu tidak mempunyai penumpang lelaki.

Bagi seorang penumpang, Nor Amirruddin Nordin, 24, pengasingan gerabak itu langkah tepat bagi mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku.

“Ia memberi kelebihan kepada wanita kerana mereka tidak perlu bimbang bersentuhan dengan berlainan jantina. Begitu juga lelaki kerana tak semua antara kami selesa jika terpaksa berhimpit dengan wanita,” katanya.


Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat merah jambu ditampal di setiap cermin tingkapnya dan kain rentang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan itu dibuat di beberapa stesen.


“Bagaimanapun beberapa penumpang lelaki agak keliru dan ada masih menggunakan gerabak khas itu hari ini (semalam),” katanya mengiringi wartawan membuat tinjauan, semalam.


Mohd Hider berkata, ia akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk melatih orang ramai mematuhi arahan kerana pihaknya akan selaraskan peraturan baru itu dimulai laluan dari stesen Sentul ke Port Klang dahulu.

Katanya, tempoh percubaan akan dilakukan selama seminggu untuk mendapatkan reaksi orang ramai mengenai pengasingan gerabak itu manakala operasi gerabak wanita bagi laluan Rawang ke Seremban dijangka dilaksanakan 15 Mei ini.

19 comments:

Anonymous said...

baru hari ini saya mendengar coach untuk wanita,dan saya berpendapat cadangan ini amat bagus,saya tidak menyangka is akan dilaksanakan.sebagai wanita saya insyaallah akan lebih yakin dengan keselamatan saya sewaktu menggunakan perkhidmatan KTMB ini..

Unknown said...

Bravo, syabas YB. Memandangkan kejayaan YB, saya teramat sangat hendak melihat perkara-perkara ini dilaksanakan di Malaysia dengan pertolongan YB:
1) Menghapuskan penjualan arak di 7Eleven dan Speedmart di seluruh negara (kita tolong PAS sikit)
2) Restoran yang mengaku beragama Islam hendaklah ditutup semasa bulan Ramadhan. Yang menjadi masalah selalunya restoran mamak, kerana restoran Melayu memang selalunya tutup. Saya pernah berdiri di sebuah stesen LRT yang membolehkan saya melihat aktiviti yang berlaku di sebuah kedai mamak di Keramat pada bulan puasa. Saya melihat selama lebih kurang satu jam. Apa yang saya lihat amat membuatkan saya marah. Tidak putus-putus orang Melayu datang dan membungkus sarapan pagi dari kedai tersebut. Kedai mamak itu membantu orang Melayu Islam tidak berpuasa.
3) Restoran fast food seperti KFC juga perlu ditutup semasa bulan puasa. Saya pernah membuat pemerhatian bahawa kemudahan drive thru digunakan oleh orang Melayu untuk membeli makanan. Mereka kurang malu sebab tak berapa nampak kehadiran mereka.
4) Menghapuskan Visa On Arrival (VOA) bagi warga Cina. kebanjiran warga Cina di negara ini amat membimbangkan. Selain menjadi pelacur, mereka juga mudah untuk menyamar menjadi warga dan akhirnya tidak mustahil mereka boleh mendapatkan IC. Bagi setiap pelajar Cina yang "hilang" dari kolej yang mereka hadiri, kolej tersebut harus dikenakan kompaun yang tinggi, dan pengambilan pelajar dari Cina dihentikan. Kita tidak mahu kolej-kolej swasta ini bertindak sebagai tiket untuk "pelajar" ini bermastautin di Malaysia.

Sekian YB. Terima kasih. I know you can do it.

Supar Yop said...

Setuju pendapat Rakyat , terutamanya tentang kawalan terhadap kemasukan rakyat China.Dah dapat jadi rakyat Malaysia, esok2 diorang lah bertempek kami rakyat Msia , kami ada hak, inilah tanah tumpah kami..lebih baik sekat siang - siang

Unknown said...

Alhamdulillah wassyukurillah.

Tahniah kpd semua yg mencadang, merancang & melaksanakan inisiatif ini. Kecil tapi penuh bermakna.

Teruskan perjuangan YB.

Unknown said...

saya bersetuju dengan pendapat rakyat.. cuma masalah melarang penjualan arak kat 7 eleven dulu.. renungkan apa yang berlaku di Shah Alam sedikit masa dulu.... renung-renungkan.. ada pihak nak larang manakala pihak yang satu lagi yang "sekapal" tak setuju.. entah ler...

Anonymous said...

Salam.

Tahniah kepada KTM, tahniah kepada YB, dan juga tahniah kepada rakyat.

Semoga kita semua mendapat kebaikan.

Syeikh YB said...

ingatkan ada artikel APCO.takde ke?

AuntieYan said...

Salam YB,

Tahniah atas kejayaan usul tuan itu. Kini wanita terutamanya gadis-gadis akan lebih selesa dan selamat dengan adanya coach berasingan ini.

Pasal penjualan arak di 7-11 tu, Alhamdulillah, di tempat saya (Bandar Baru Bangi)tidak ada arak dijual di 7-11. :-)

aka777 said...

Salam,

Rujuk kepada isu Rakyat ttg warga China: -

1. Banyak dah dengar istilah "baby doll" yg mana perempuan warga China berkahwin dgn warga tempatan.

2. Menteri MCA cukup takut dgn cadangan Kementerian Sumber Manusia supaya kaum Cina menggaji maid dari negara China.

3. Telah di war2 bahawa mereka telah beramai-ramai didatangkan dari negara China utk "diMalaysiakan". Sama seperti pelarian atau pendatang dari Sri Lanka dan India, dtg ramai2 utk "diMalaysiakan". Siapa boleh mereka?

Unknown said...

Asalamualaikum Y.B

Syukur Alhamdulilah akhirnya usaha ini berjalan juga.

Saya berharap agar YB mencadangkan pada Parlimen masalah lambakan doktor lelaki di Hospital atau wad bersalin.

Bagi saya ini adalah perkara asas dalam pembentukan ummah di Malaysia.

Ini bukan soal darurat atau tidak. Ini persoalan mengenai Islam.
Jangan kita terlalu mempermudahkan Islam sehingga semua benda dipermudahkan.

Ini adalah mengenai aurat besar pada wanita. Cuba bayangkan ketika wanita muslim sedang sakit hendak bersalin.

Ia terpaksa mendedahkan aurat terbesarnya pada sesiapa saja yang ada di wad bersalin tak kira pada doktor lelaki atau wanita.

Cuba bayangkan aurat besar tersebut yang selama ini ditunjukkan pada suami sahaja dan pada hari hendak bersalin ditujukan pada semua yang ada di wad tersebut.

Ini tak termasuk kes doktor pelatih praktikal yang mengerumuni katil wad bersalin ketika pesakit nak bersalin.

Akhirnya kehormatan isteri kita yang dijaga terpaksa dipertontonkan juga pada mereka yang ada di wad tersebut.

Antara prosedur dari memeriksa "jalan" dengan jari dilakukan oleh doktor lelaki dan dibantu oleh jururawat sehingga selukan mengambil uri dan proses menjahit dilakukan oleh doktor lelaki.

Kita hanya mampu menatap apa yang dilakukan tanpa daya usaha disebabkan tiada wang yang banyak untuk menghantar isteri kita ke klinik swasta.

Etika kedoktoran dalam Isam tidak diamalkan.'

Bagaimana pula dari segi psikologi wanita bersalin yang disambut oleh doktor lelaki berkali kali. Suami tolong peka sedikit benda ini. Ia merasa sentuhan dari lelaki lain ketika hendak bersalin walaupun kedaan sakit.

Adakah ini dikatakan fitnah terhadap wanita di akhir zaman. Wanita Islam terpaksa menunjukkan auratnya dikala ia tidak mampu mengubahnya disebabkan ketiadaan wang.

Adakah ini penghinaan terhadap wanita?

Saya juga hairan kenapa dalam hal yang asas begini ngo ngo wanita tidak bantah. Adakah mereka rela, tidak malu atau terlepas pandang atau bagi mereka "aurat besar" tersebut bukannya aurat yang perlu dijaga.

Unknown said...

Tahniah la YB..sejak 'dibuang' dari PKR ni nampaknya pandangan semakin didengari oleh kerajaan!
tolong bawak usul agar hanya doktor wanita sahaja yg ditugaskan dibilik bersalin..ini amat penting utk menjaga kehormatan khususnya para wanita muslimah kita..YB kan pejuang Islam tulen, tentu YB amat2 sensitif dgn perkara mcm ni..bravo YB!

JADE said...

Yop Yang Bohong...hang tu ahli parlimen KBB la...mai balik Kulim ni tengok masalah rakyat...mangkuk hayun!!! Yang dok kira pasai komuter tu takdak kena mengena secara langsung dengan orang KBB...baik hang jadi Pegawai Khas kementerian la lagi baguih!!!

xull said...

Assalamualaikum..

KOC WANITA XRELEVAN...

Ini sebab.. kalo semua penumpang lelaki yg ada dipindahkan ke bhgian depan n belakang... Jadila super Sardin. Kami bayar sama harga.. kenapa kami yg xdpt layanan yg adil?

Penat2 balik kerja.. pergi ke KTM.. lepas tu masa nk tunggu KTM.. tmpt duduk penuh.. Yg ada utk pempuan je. Xkisah lah...

Bila Tren sampai... Yg tengah2 utk pempuan je. Laki xleh masuk. Abes tu.. kalo yang lelaki xleh bcampur duduk kat tgh... kena la duk depan n blakang je. Bygkan kalo peak hours.. ramai penumpang lelaki... suma duduk berhimpit. Pempuan je duduk lapang. Kat tempat depan n blakang pun still ada pempuan gak.. so camne? ADIL ke? Relevant ke?

KALO nak teruskan kempen ni.. try dulu naik Komuter time peak hours. Baru leh pk. Jgn men buat kempen.. pk utk kbaikan je.. Benda ni xpraktikal.


1 cdgn utk KTMB... tolong tmbah gerabak anda sebelum cuba utk buat kempen ni. Kempen ni bagus dari segi teori.. tapi praktikalnya? X SESUAI

JADE said...

Yang Bohong Zul, jangan lupa usulkan semua pengangkutan awam sediakan bahagian khas untuk lelaki dan wanita...bas, teksi, beca, kereta, basikal, kapalterbang dll.

JADE said...

Yang Bohong Zul, jangan lupa usulkan semua pengangkutan awam sediakan bahagian khas untuk lelaki dan wanita...bas, teksi, beca, kereta, basikal, kapalterbang dll.

aka777 said...

To Danish,

'Darurat' adalah jawapan yg paling mudah. Saya rasa majoriti parti politik, NGO akan jawab begitu atas alasan: -

1. Kurang tenaga pakar sakit puan dikalangan wanita.

2. Tenaga pakar wanita banyak berkhidmat di sektor swasta. Bukan semua mampu mendapat khidmat swasta.

3. Doktor lelaki bersifat 'profesional'. Tiada 'perasaan' semasa situasi begitu.

4. Kebanyakan wanita Islam skrg pun 'liberal' dan beranggapan no 1 dan no3.

Langkah2 untuk mengatasi: -

a. Peluang biasiswa kpd sektor kritikal ini utk beliawanis Islam.

b. Pendedahan awal di peringkat sekolah menengah kpd pelajar muslimah ttg kritikalnya tenaga pakar ini.

c. Tenaga pakar muslimah skrg kena tukar nawaitu. Nawaitu utk menjaga kehormatan sesama muslimah yg kurang berkemampuan mendapat rawatan di swasta.

d. Nawaitu muslimah keseluruhan juga kena ubah. Bab ini jgn liberal sgt. Tak semua doktor lelaki ada sifat no.3 kat atas.

e. Nawaitu suami pun kena ubah. Kerja kuat utk isteri tercinta. Bagi kat isteri perkhidmatan terbaik dalam apa sahaja, bukan tau 'buat' aje.

Mlatkovic said...

khakkkk ptuihhhh!!!
kat Kulim orang naik Komuter agaknya.
Hebat betoi orang Kulim naik Komuter nk pi market.
Pasni suruh buat LRT plak kt Kulim sampai ke Sg Petani. Boleh la pi jalan2 sana.
Baguih betoi YB Kulim nie, otak Geliga.
Sian aku dok Kuala Nerang, tak dak Komuter.
Tapi Komuter ada kena mengena dgn APCO dak? Manatau kalau ada kena mengena dgn APCO plak..
A - Aku
P - Perak naik (bukan negeri Perak)
C - Commuter
O - Oiiii...

~~redmaria~~ said...

lawak betul dgr komen dari mlatkovic dgn jade 70 nih.. manusia dari spesies yg mna pun aku x thu...nk slhkn mak bapa diaorg dah bsar2...nk kta tak sekolah thu plak menaip...ada ilmu tpi x blh nk pkai..itu jerlah yg korang bljar dri pemimpin korang.. nk myumbang utk ngra.. pakai x lah kot...ckp sja lbih...tpi haprak...bguslah dah dpat asingkan laki dan prmpuan tuh...itu pun x blh nak pk...

Azhar Suhaimi said...

Salam YB.

Saya amat berharap YB dapat utarakan permasalahan penumpang KTM di dewan rakyat kepada Kementerian Pengangkutan. Saya dah letih kerana mcm tiada tindakan diambil.

Di Utusan pun tulisan saya dah pernah keluar http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Di Aduan Rakyat pun dah pernah keluar. Tapi seolah-olah tiada tindakan oleh Kementerian Pengangkutan. Harap YB dapat bawa perkara ini.

PS : Harap YB dapat emel kepada saya email address YB. Ada banyak perkara yang saya ingin utarakan. Terima kasih.