06 April 2010

SATU LAGI USUL LULUS!

Salam 2 all.

Alhamdulillah satu lagi usul yang saya kemukakan kepada Parlimen semasa bahas titah diraja Rabu 09 Rabi'ul Akhir 1431/ 24 Mac 2010 telah diterima. Ini berkaitan isu "Antara Agama-Inter Religion" yang saya rasa perlu ditangani secara berhikmah dengan penubuhan satu badan konsultatif. Berikut sedutan ucapan saya pada tarikh tersebut (bagi butiran lebih lanjut, sila layari tajuk "Bahas Titah Diraja 3"):

"ISU ANTARA AGAMA (INTER RELIGION)

Dato’ YDP, Baginda Tuanku telah mengingatkan kita dalam titahnya bahawa perpaduan dan saling hormat menghormati antara kaum dan agama menjadi tunjang kekuatan negara yang mesti dipelihara. Titah Baginda, amalan berbaik sangka, saling hormat menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi. Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, dengan penganut agama lain bebas mengamalkan agama dan kepercayaan mereka.

Namun masalah antara agama tetap muncul dan menjadi duri dalam daging bagi keharmonian dan kestabilan negara. Kita umat Islam tidak boleh menafikan masalah yang dihadapi oleh penganut agama lain dalam beberapa isu yang berkaitan dengan Islam. Contohnya masalah kesan kemasukan ke Islam oleh pasangan bukan Islam dan berakhir dengan perebutan jenazah, pertikaian hak jagaan anak atau harta pusaka adalah masalah yang hakiki dan perlu ditangani dengan baik.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya permasalahan ini ditangani dengan dua pendekatan. Pertama, dari segi non-legal, saya mencadangkan satu badan konsultatif diujudkan sebagai satu ‘standing committee’ (dengan izin) terdiri daripada tokoh-tokoh agama dan masyarakat yang mewakili semua pihak yang berkepentingan, dengan tujuan supaya mereka boleh mengadakan perbincangan dengan segera apabila sesuatu isu timbul, dan memberikan cadangan kepada pihak berkuasa pada kadar yang segera untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan apabila berlaku kelambatan menanganinya saperti yang berlaku sekarang".

Saya difahamkan kabinet telah bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan jawatankuasa seumpama ini pada peringkat panel, dan saya juga difahamkan panel ini akan dipecahkan kepada beberapa sub-panel yang mempunyai pengkhususan dalam beberapa isu yang berkaitan.

Apa pun, saya berharap kesediaan kabinet untuk menangani isu ini dengan secara lebih affirmatif dan konkrit akan memberi ruang kepada penyelesaian beberapa isu antara agama yang berbangkit atau yang akan berbangkit.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa

21 Rabi'ul Akhir 1431

06 April 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada Malaysian Insider bertarikh 06.04.2010)


Cabinet moots inter-faith panel to solve disputes

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, April 6 — The Cabinet has finally agreed to form an inter-faith panel to foster religious understanding and harmony disturbed in the past few months by bigots and the controversial “Allah” ruling.

The Malaysian Insider understands the Cabinet, under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had earlier this year appointed Datuk Ilani Isahak to bring religious leaders to the table in an attempt to peacefully iron out conflicts.

The idea for an inter-faith panel was first mooted in the early 1980s but was spiked following objections from Muslim groups such as the Islamic Development Department, better known by its Malay acronym Jakim.

According to sources, the objection was because an inter-faith council would place Islam, the nation’s official religion, on equal footing with the other religions.

Various attempts have been made to revive the idea over the years, but have come up against a wall, until now.

A former Kota Baru MP, Ilani who is now with the religious affairs division in the Prime Minister’s Office (PMO), was handpicked to head the inter-faith panel. She was a member of the National Unity Advisory Panel under the Abdullah administration.

Ilani declined to comment on the issues raised when first contacted by The Malaysian Insider but promised to do so later. She did not specify when.

Religious representatives who have spoken to Ilani told The Malaysian Insider that she is very tactful and sympathetic to the non-Muslim communities on their problems which have been piling up over the years.

Reverend Hermen Shastri, secretary-general of the Council of Churches Malaysia (CCM) greeted the Najib administration’s latest overture with cautious optimism.

He noted that rise of inter-religious disputes pitting Muslims against the non-Muslims in the last few years over a number of issues, most notably burial rights and conversions.

One of the most bitter controversies is the case of kindergarten teacher, M. Indira Gandhi, a Hindu who is battling her Muslim-convert ex-husband, Mohd Ridzuan Abdullah, for custody of their youngest daughter.

While a civil High Court in Perak had earlier this month awarded the mother custody of 22-month old Prasana, a Syariah high court had granted custody to the father.

The inter-faith panel first met last February 12 after a spate of street protests and attacks on houses of worship following the New Year’s Eve High Court ruling over the use of the word “Allah” showed the need for all religious groups to face the problem straight on.

Although the “Allah” issue is before the courts, some 28 religious leaders, including Muslim officials from Jakim and the Institute of Islamic Understanding (Ikim) were present at the first talk to discuss the disputes.

Suggestions were made then to split the main panel into several smaller committees to better manage the disputes, namely: religious conversion; places of worship; burials and cemeteries; proselytisation; and use of religious terminology.

Another idea mooted was to set up an action team comprising respected civic leaders who could immediately step in, in an emergency, to deal with conflicts on the ground.

Malaysian Consultative Council on Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) president Reverend Thomas Philips, said the inter-faith committee will be meeting again today for the Cabinet’s feedback on the various proposals made.

30 comments:

JADE said...

Y.B (Yang Bohong)Zul...hang memang hebat la...hebat kelentong dan penaya orang.

tokgaru said...

Isu perbedaan agama menggugat perpaduan kaum di malaysia khususnya dan perpaduan dunia umumnya.

Ada siapa yang boleh menafikan kenyataan itu ?

Lihat balik kepada matlamat asas setiap agama yang terdapat di muka bumi ini. Ia seolah2 suatu bentuk aturan untuk menjamin keselamatan dan kejahteraan kehidupan manusia di muka bumi ini.

Tolong bgtau saya : Agama mana di bumi ini yang membenarkan penganutnya melakukan perkara2 yang tidak baik (seperti disebut dibawah) kepada kehidupan bermasyarakat dan kehidupan individu itu sendiri.

1. mencuri, merompak dan menyamun.
2. merampas atau ambil harta orang tanpa izin.
3. menipu
4. berzina
5. mengandung anak luar nikah
6. minum arak atau ambil dadah yang boleh memudarat diri.
7. buat niaya kpd manusia mau pun binatang
8. membunuh manusia atau pun binatang tanpa sebab.
9. rogol atau cabul.
10. daannn banyyyyak lagi benda yg tak baik.

Pendek kata semua agama menyeru manusia berbuat kebaikan dan kebajikan. Islam cara islam. Kristian cara kristian. Yahudi cara yahudi.Hindu cara hindu. Budhist cara budhist.

Penganut sama penganut tak ada masaalah. kita boleh bercampur kita boleh berkawan.

Masalah timbul bila tokoh2 atau ketua2 agama ini masuk campur. Dan tokoh2 atau ketua2 agama ni pulak duk bgtau kepada pengikut dia bahawa agama dia saja yg betul dan di terima. Agama orang lain semua tak betul dan tak diterima. Islam kata dia saja yang betul. Kristian juga kata lagu tu. Puak Yahudi pun serupa juga. Budhist juga sama. Hindu pun serupa.

Jadi kita sendiri pun tak tau siapa yang sebenar2nya betul. Kalau macam tu senang saja. Buang agama ? Maka jadilah kita manusia yg hidup tak dak aturan. Macam binatang lah kita kalu macam tu. So jalan tengah yang pasti boleh mendamaikan semua manusia dan mengaman dunia ini adalah:

1. SEMUA MANUSIA PAKAT HIDUP IKUT ATURAN AGAMA MASING2. ORANG ISLAM IKUT ATURAN ISLAM. ORANG KRISTIAN IKUT ATURAN KRISTIAN. ORANG YAHUDI IKUT ATURAN YAHUDI. BUDHIST IKUT ATURAN BUDHIST. HINDU IKUT ATURAN HINDU.
2. HORMAT AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN. NAK SEMBAH ANGIN, NAK SEMBAH PATUNG, NAK SEMBAH BATU, NAK SEMBAH POKOK ITU CARA MASING2. JANGAN KATA APA. Contoh : semua hendak ke KL dan mesti tiba disana jam 900 pagi besok. Mau naik kenderaan apa itu adalah pilihan masing2. Suka bas naik bas. suka teksi naik teksi. Suka keretapi naik keretapi. suka kapal terbang naik kapal terbang. suka motor naik motor. Yang penting jam 900 pagi besok berjumpa di KL.
3. BOLEH KATA AGAMA KITA YANG TERBAIK DAN DITERIMA. TAPI JANGAN DUK KATA AGAMA ORANG LAIN TAK BAGUS DAN TAK DITERIMA.
4. JANGAN DUK TARIK2 ORANG LAIN SUPAYA MASUK AGAMA KITA. KALU DIA NAK MASUK BIAR DIA MASUK DENGAN RELA HATI. KALU DIA NAK KELUAR BIAR DIA KELUAR SEBAB KALU KITA TAHAN PUN TAK GUNA KERANA JASAD DIA SAJA DUK DALAM KELUMPUK KITA SEDANGKAN HATI DIA DAH TAK DENGAN KITA LAGI.

Sangat penting untuk di ingat. Bahawa yang mentadbir alam ini (langit dan bumi) hanya ada satu tuhan saja. Tidak boleh ada dua atau tiga atau lebih ramai lagi. Kalau ramai tuhan akan hancur alam ini, mungkin bumi tak berputar, tak beredar mengeliling matahari, bulan juga mungkin tak mengelilingi bumi dan semua planet tidak bergerak mengikut orbit sehingga berlanggar sesama sendiri.

Siapa tuhan yang satu itu ? Bagi orang islam adalah Allah. Bg yang kristian, yahudi, budhist, hindu dan agama lain mungkin lain sebutannya tapi yang pasti ianya merujuk kepada tuhan yang satu2nya itu lah.

Seruan ini bukan kepada orang melayu saja malah kepada semua bangsa yang terdapat di bumi yang bernama malaysia ini. Biar malaysia menjadi perintisnya, siapa tahu kalu kita berjaya mungkin orang lain juga mau cuba ditempat mereka pula.

Unknown said...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. inilah namanya orang yg buat kerja. kurangkan berpolitik teruskan usaha utk rakyat. bentangkan lebih banyak pendapat bernas di parlimen. jadikan parlimen tempat utk berhujah secara ilmiah bukan macam sarkis. rakyat nak tengok AP buat kerja dgn betul, bukan entertainment. jengok2 kawasan & kejutkan ADUN2 utk jalankan tugas. ini tidak, ADUN tak perform tapi salahkan AP.

MINDAMUDA said...

bro, sila jawab balik isu yag ditimbulkan oleh Soo Nee yang mengatakan bro pernah mintak duit kat dia. Alasan bro kerana pas kwn kulim bandar baharu mintak.Kalau benda ni betoi bermakna bro telah menfitnah pas kawasan kulim bandar baharu.

Carca Merba said...

kalau x betul dakwaan LIM SOO NEE yang mengatakan YB Zul telah meminta wang dari nya untuk PRU yang lepas...sila saman LIM berjuta juta . Kaya o... kalau tak saman...makna bya betul lah.

Andalusia said...

Kepada jade70 ( Mat yg komen kat atas sekali ),

Kau pun hebat jugak .. hebat dok mengutuk & maki-hamun orang. Mungkin itu jer yang kau pandai kot. Semua yg YB buat mesti kau nak kutuk .. macam la kau tu pandai sangat. Kalau kau tu pandai sangat, cuba kau cerita apa jasa yang kau dah buat kat masyarakat. Kalau tak de, elok la kau diam & bagi orang lain buat kerja.

Jgn pulak dok tuduh aku pengampu YB atau BN sb dok komen kau. Itu taktik dah basi laa ..

MymassaVoice said...

Salam YB

Diharap YB dapat membawa syiar dan sinar dakwah dengan lebih berkesan kepada MP dan ADUN PR yang kini sedang lena dalam buaian kuasa dan wang ringgit sehingga sanggup membiarkan maruah agama dan anak bangsa tergadai!

MymassaVoice said...

Salam YB

Diharap YB dapat membawa syiar dan sinar dakwah dengan lebih berkesan kepada MP dan ADUN PR yang kini sedang lena dalam buaian kuasa dan wang ringgit sehingga sanggup membiarkan maruah agama dan anak bangsa tergadai!

dad2twin said...

saudara zul

saya rasakan berikan komen dalam isu penglibatan PM dan kroni2nya tu dengan bangsa yg dilaknat, israel zionis melalu apco worldwide.

manies said...

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2010/04/zulbabwe-terkincit-dalam-pampershe-he.html


http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2010/04/tolak-tawaran-menggegar-iman-tapi-cuba.html

wan nor azirah bt wan omar (192391) said...

kenapa politik sekarang ni kucar kacir sering bergaduh demi menegakkan kebenaran masing-masing
rakyat yang menjadi mangsa...keadaan..

tokgaru said...

Cik Wan Nor Azirah

Yang jadi kucar kacir tu kerana kita rela di bodoh2kan oleh pemimpin2 politik. sebenarnya kita sama kita rakyat tadak apa. kita biasa saja. tapi bila pemimpin duk hasut dan duk kipas tu yang jadi kita sama kita pun turut panas ... silap haribulan boleh terbakar.

Tokgaru memang ahli sebuah parti politik (tak boleh bgtau .. rahsia). tapi waktu undi belum tentu aku akan pangkah calon parti aku. belum tentu aku tak akan pangkah calon parti lawan. sapa aku nak pangkah, aku kena buat analisa dulu. maknanya aku tak boleh dipengaruhi.

Yang aku pentingkan dan beri pertimbangan sebelum undi adalah :

1. adakah negara akan selamat ?
2. adakah kepentingan bangsa akan dipertahankan ?
3. adakah kepentingan agama islam akan terjamin ?

Depa nak janji masuk syurga ka, jadi kaya raya ka, atau janji apa saja ... itu depa punya janji. nak jaga hati depa (kawan2 tukang kempen) angguk ajer la. masa nak pangkah, hanya diri sendiri dan tuhan saja yg tahu siapa pilihan kita.

Okay. lepas ni cik wan boleh tidur nyenyak. boleh fokus kepada benda lain yg lebih berfaedah kepada diri dan keluarga. sementara itu tunggu lah ketibaan PRU13. tapi kalu cik wan boleh mengundi pada PRK Hulu Selangor yang nak mai ni. boleh lah cuba apply cara Tokgaru.

JADE said...

ANDALUSIA...memang Zul tu patut aku kutuk...bukan aku hormat. Dia tak boleh jadi Muslim contoh. Dia bertopengkan Syaitan. Dia menggunakan Islam untuk menghalalkan apa saja tindakan dia asalkan dia dapat apa yang dia nak. Dia tak ikhlas pada aku, salah seorang pengundinya. Aku akan tuntut di akhirat nanti. Engkau orang UMNO ka, orang BN ka, Perkasa ka, itu hang punya pasal. Tak da masa aku nak ambik tahu. Tapi kalau nak kira jasa AKU...tak payah nak jaja la. Aku dah didik beribu-ribu pelajar untuk menjadi modal insan yang baik.

Alhamdulillah, Zul tu bukan salah seorang daripada mereka. Nak kira anugerah...tak payah cerita la. Yang baik aku sokong, yang tak betul...sampai bila tak betul. Yang pasti...Zul memang tak betul sampai bila2 selagi dia disokong oleh orang macam hang yang hipokrit, ego dan bahlul...sokong engkau pasti membawa rebah!!! Insya-Allah

shake said...

merujuk pada komen dad2twin, si zul nie akan terus bisu membisu jer dgn isu APCO tur... pasal aper yer? mmmmmm... lu pikir laa sendiri.... heran k'rajaan skrg nie... org mintak penjelasaan, dia mintak bukti, bila kasi bukti, dia still diam jer... last2 yg mintak penjelasan yg kena tindakan... israel tur... bukannyer negara2 lain... adoooiiii.... si zul yg islam adalah perjuangan utama dia pun membisu gak tanpa beri aper2 komen... mmmmm....

tokgaru said...

Cik Wan

Kita sesama pengikut parti2 politik ni sebenarnya tadak masalah. kita boleh bersama. boleh bercampur.

Kita pengikut mula benci membenci satu sama lain bila mana mereka2 yang menjadi pemimpin (tak kira lah pemimpin kecil atau pemimpin besar, ulamak kecil atau ulamak besar) mula meniupkan dan memainkan sentimen kebencian, kecurigaan dan permusuhan di kalangan kita.

Jika kita nak selamatkan negara kita, bangsa kita dan agama kita. biarlah pemimpin2 yang saya sebut tadi menyalak sepuas2nya. bila letih berhenti lah dia daripada menyalak. apa lagi bila dia menyalak tadak sapa pun yang peduli.

Yang jadi masalah ni sbb ada diantara kita ni pun suka menyalak juga. maka jadi riuh rendah lagi lah.

mrP said...

Tahniah YB,

Inilah tugas hakiki seorang MP.

Lebih wajar bicarakan isu-isu yang memberi impak kepada rakyat dari mengutarakan sesuatu yang amat jelas.

Isu buang anak, media sekadar memberi coverage secara "bermusim" dan kita berbincang tentang kesan/akibat. Tanpa adanya Root-Cause Analysis. Tanpa ada Lesson-learnt. Saya tertanya-tanya musim apakah seleps ini? Mungkin akan diulang semula isu PATI?

Saya cadangkan YB mengkaji keberkesanan konsep pengurusan penyiasatan kemalangan@ Accident Investigation yg diamalkan oleh industri2 terutama O&G.

Saya amat malu menjadi rakyat Malaysia yg MP nya sekadar memiliki kelayakan minima dari segi pendidikan. Akibatnya Parlimen membicarakan usul2 yg lebih retorik. Lebih teruk lagi apabila masing2 mempunyai conflict of interest.

Tahniah YB. Teruskan perjuangan mu dan sentiasa mengutamakan tugas hakiki mu.

Anak Perelih said...

Zul.. pasai kes Darren Khang yg ko dakwa Anwar suruh ko babitkan anak Nazri... ni...
http://headline-news-online.blogspot.com/2009/07/is-nazri-right-in-what-he-is.html


Maca mana news kes pembunuhan tu ada 3 versi..????
http://www.aliran.com/elections/2004/07/darren-kangs-brutal-murder-3-different.html

mrP said...

Tahniah YB,

Inilah tugas hakiki seorang MP.

Lebih wajar bicarakan isu-isu yang memberi impak kepada rakyat dari mengutarakan sesuatu yang amat jelas.

Isu buang anak, media sekadar memberi coverage secara "bermusim" dan kita berbincang tentang kesan/akibat. Tanpa adanya Root-Cause Analysis. Tanpa ada Lesson-learnt. Saya tertanya-tanya musim apakah seleps ini? Mungkin akan diulang semula isu PATI?

Saya cadangkan YB mengkaji keberkesanan konsep pengurusan penyiasatan kemalangan@ Accident Investigation yg diamalkan oleh industri2 terutama O&G.

Saya amat malu menjadi rakyat Malaysia yg MP nya sekadar memiliki kelayakan minima dari segi pendidikan. Akibatnya Parlimen membicarakan usul2 yg lebih retorik. Lebih teruk lagi apabila masing2 mempunyai conflict of interest.

Tahniah YB. Teruskan perjuangan mu dan sentiasa mengutamakan tugas hakiki mu.

joio said...

Y.B tabahkan hati menghadapi..balaci-balaci syaitan yang gila kuasa...yang sedihnya zaman sekarang ini penipu,penfitnah,pelakon politik lebih dipercayai daripada mereka yang berjuang kerana Hak...Agama diperdagangankan demi sekelumit kuasa, Putar Alam dan orang yg mempunyai ciri Munafik menjadi Pujaan,Pembohong dan penipu 16hb Sept menjadi pemimpin parti politik...dan sekarang terdapat barua-barua laknatuaalah DAP dan penjilat DAP seperti lanun PKR dan PAS yang menuduh YB meminta duit dari kafir jahanam...yang best tu...orang islam lebih percaya kafir jahanam dari saudara sesama islam...Al-maklumlah dah gila dok jilat buntut DAP..

Kepada cucu-cucu firaun-firaun ni janganlah berlebih-lebih jilat buntut DAP...nanti tak sedar buntut sendiri kena liwat...berpolitik mengunakan otak dan fakta..janganlah tertipu dengan fitnah dan tipu helah macam Firaun PKR yang sanggup super impose gambar pemimpin islam negara dan mudah dipercayai oleh pengikut-pengikut yang ada otak tapi tak ada akal

Cole said...

Yb...saya amat kecewa dgn tindakan yb.Dulu mmg respect tp now...x d sangka mcm ni.YB tolong jelaskan kenyataan yb Soo Nee @ Saman jika x betul???Ada berani.

JADE said...

Hello Zul@moderator, mana komen aku pada Andalusia semalam tu...tak berani nak publish ka? Memang tak gentleman langsung. Apa2 pun tahniah la Andalusia, YB (Yang Bohong) @ Musang Berbulu Ayam hang tu dah mula dapat apa yg dia teringin selama ni. Boleh ikut PM pi US...pi pula dgn raja katak dari Bayan Baru. Memang terang lagi bsuluh la. 2 2 ekoq Yang Bohong kesayangan hang tu dah jadi balaci besaq dah. Itu la yang depa mau. Dan itu lah juga yang hg mau. Pi US p jumpa dan berkawan pula dgn YB Raba-Raba dari Rompin...elok la tu. Kawan2 dia la ni semua baguih2 blaka. Tinggailah pengundi2 KBB yg dah kna tipu dgn Yang Bohong idola hang tu. Masa kat sana nanti bolehla dia tarbiah sikit geng2 **** supaya jgn tidog dalam kasino...insya-Allah

Az said...

silalah komen hal ni:

http://www.malaysiawaves.com/2010/04/kesah-zul-nordin-minta-duit-sinar.html

siapa yg benar dan siapa yg bohong, kami nak tau jawapannya.

kadok said...

Saam Y.B.(Yang Bohong)

Sedap la kau berpeluk peluk ngan Najib kat Us nanti...
Ku ingatkan Kuda ..rupanya Kuda Belang.......


hahahahhaha.penipu..

Mahadi said...

Salam..Dah memang keje YB...TANGGUNGJAWAB YB....
Eh...mgkn aku x perasan..kat blog ni ada ke di beritahu tentang program YB dgn rakyat setempat...ada kot..mgkn aku je yg x perasan...
Apa2 pun YB itu..yang berkhidmat...Bukan yang berhormat...Dahsyat kita ni kalau jadi pemimpin..besar tanggungjawab kita..esok2...ntah lah..knp lah ye agak2nya..ramai benor nk jadi pemimpin..zaman sahabat dahulu..menggigil ketakutan bila diangkat menjadi khalifah...
Jgn angkat bakul sendiri..segala puji-pujian hanyalah utk ALLAH..Kita ni manusia...memang tak layak pun utk di puji...siapa kita..??? di sisi ALLAH...
Jalankan amanah RAKYAT...

40 said...

tahniah, mungkin juga usul diterima kerana mahu beli jiwa, jangan lupa diri bila di Washington ya $$$$$$$

The Kelantan Times said...

salam zul... (sya lebih selesa memanggil zul tanpa YB kerana saya bertanggapan ia mencemarkan nama YB2 lain yang bersih track recordnya.) Anda sanggup melakukan apa saja untuk melunaskan political-will anda walaupun ia menjijikan. Satu sahaja rayuan saya kepada anda, buang imej islamic yang ada pada anda, tampillah sebagai orang biasa iaitu not-so-islamic profile. anda telah mencemarkan imej muslim2 lain (baca:bersongkok dan berkopiah). penampilan anda sebelum ini tidak harmoni dengan sikap buruk yang anda bawa dan ia akan menambahkan lagi stigma stereotaip non-muslim kepada muslim kerana anda bukan spesis genuine islamic, anda hanya memakai simbolik islamic... tapi hakikatnya sebenarnya anda memang munafiq... kelak pabila anda mati, rakyat akan 'mengenang' tindakan dan tingkahlaku anda zul.. anda hanya dapat dunia.. akhirat tidak semestinya berpihak kepada anda. sekian zul.

lah said...

Salam Jumaat,

Inilah tandanya dunia dah sampai penghujung, dah nak kiamat.
Dulu lain sekarang lain walaupun luaran nampak sama.
Sekarang, nampak mungkar al akbar kecil dan maaruf al akbar terpisah-pisah. Amal maaruf nahi mungkar dan terpisah. Jangan Islam sekular atau Islam carcamarba.Islam Hadhari dah sejuk dah. Tuuu Diaa..Macam-macam ada..

Andalusia said...

Kepada jade70,

Aku tak faham la cara kau tulis .. Cara kau komen ni cuma memalukan para pendidik jer .. kalau benar kau ni seorang pendidik sepatutnya kau harus malu dengan tulisan kau yg bercelaru & sikap kau yang suka mengutuk & menggelar orang dengan macam-macam gelaran bila menulis. Cara kau tulis pun aku dah tahu tahap pemikiran kau, emosi kau yg bercelaru & kemarahan yang tak boleh nak control.

Kalau nak berhujah, berhujah lah secara bijak & profesional bukan dengan emosi. Pakai lah kepala otak kau tu .. jangan letak kat kaki. Lu fikir la sendiri..

Zakir said...

Assalamu'alaikum YB Zul,

Moga berada di dalam kemanisan beriman dan kekhusyukan bersolat.

Berhubung threat yang dibuka ini (Inter religion issues) yang dikhabarkan berjaya diluluskan, timbul difikiran saya, bahawa apabila inter religion committee (atau apa sahaja nama yang bakal diberikan)berjaya ditubuhkan, bukankah ia secara tidak langsung membenarkan penubuhan IFC?

Saya tertarik berkenaan kebimbangan yang ditimbulkan oleh Perkasa dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak sebagaimana disiar dalam Utusan Malaysia 13 April 2010 / 28 Rabiul Akhir 1431 yang antara lain ragu2 keberkesanan pelaksanaan jawatankuasa ini dalam menangani isu2 berkaitan agama terutama agama Islam dan natijah jangka masa panjang ke atas keagungan agama Islam di negara ini. Saya khuatir mala petaka bakal berlaku andai isu2 sebegini tidak ditangani dengan sempurna dan tegas. wallahu a'lam.

Moga YB dianugerahkan kekuatan dalam berdakwah dan melaksana amal makruf nahi mungkar. Assalamu'alaikum!

Mr. K said...

kenapa YB sokong pulak jawatan kuasa antara agama ni? bukan ke sama mcm IFC yang ditentang dlu?

hebat YB ni ingatkan da jadi musuh Anwar rupanya ada rancangan Grand lagi...