30 March 2010

KUASA POLITIK & KUASA AGAMA

Salam 2 all.

Saya lampirkan tulisan sahabat saya Al Fadhil Dr. Asri Zainul Abidin bertajuk "Kuasa Politik & Kuasa Agama" yang disiarkan di lamanweb MalaysiaKini bertarikh hari ini mengenai persoalan, isu dan ciri-ciri kepimpinan mullah. Kebetulan pula saya baru mengupas tentang ciri kepimpinan ulama' semalam.

Saya sangat tertarik dengan petikan yang beliau rujuk daripada Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Saya dapati kupasan beliau sangat bernas dan nas-nas dan dalil-dalil yang sangat mantap lagi meyakinkan. Semoga ianya akan dapat memberikan satu suntikan baru kepada kita yang mengimpikan suatu pemerintahan berteraskan kepada Al Quran & Sunnah insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

15 Rabi'ul Akhir 1431

30 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan daripada tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang disiarkan di MalaysiaKini bertarikh Isnin 30.03.2010)

KUASA POLITIK & KUASA AGAMA

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis.


Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa.

Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan.

Begini...

Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa dirinya adalah jelmaan Tuhan, atau dia merupakan Tuhan. Jika tidak pun, ramai pemimpin tanpa mengira jenis agama, bangsa dan negara cuba menguasai upacara agama, atau menguasai orang agama. Mengapakah hal ini berlaku?

Sebenarnya, politik adalah penguasaan terhadap rakyat. Penguasaan yang paling kuat adalah apabila seseorang pemimpin berjaya menguasai kepercayaan, jiwa dan perasaan rakyat. Sehinggalah apabila 'iman rakyat' dikuasai olehnya, dia bererti benar-benar menguasai rakyat. Mengaitkan diri pemimpin dengan 'Tuhan' atau 'pegangan agama' adalah faktor terkuat untuk rakyat taat dan setia tanpa berbelah bahagi terhadap seseorang pemimpin.

Sebab itu, ramai pemimpin tanpa mengira agama akan mengaitkan dirinya dengan agama tertentu apabila dia dapati pengaruhi agama tersebut kuat menguasai rakyatnya. Dakwaan diri sebagai 'tuhan' atau 'jelmaan Tuhan' adalah termasuk dalam usaha menguasai jiwa dan perasaan rakyat atau menguasai 'iman rakyat'.

Begitulah juga penonjolan ciri-ciri agama seperti membawa orang agama menyokong atau berdoa atau berdampingan dengan sesebuah kepimpinan politik itu kadangkala atas tujuan sedemikian. Maka, sikap pemimpin atau raja menonjolkan unsur-unsur agama atau hubungannya dengan ahli-ahli agama mempunyai berbagai andaian; boleh jadi atas kesedaran dan kecintaan serta ikhlas kepada agama atau 'Tuhan', tetapi boleh jadi juga ada tujuan yang membabitkan agenda penguasaan politiknya.

Orang Agama

Rentetan dari itu, kita hendaklah sedar bahawa seseorang yang diberikan kepercayaan oleh orang ramai disebabkan faktor agama, dia sebenarnya telah memiliki sebahagian daripada kuasa penguasaan terhadap orang lain. Ertinya, dia mempunyai sebahagian 'penguasaan politik' atau kuasa yang menyebabkan orang lain hormat, patuh dan menurut arahannya.

Maka jangan hairan jika ada orang agama yang bersaing antara satu sama lain seperti mana orang politik bersaing. Jangan hairan jika ada imam yang 'senior' tidak mahu memberi laluan kepada 'imam junior' di sesebuah masjid yang hanya berada di hulu kampung. Walaupun kadangkala tiada elaun yang tinggi yang dibayar, namun 'pengaruh politik agama' amat besar harganya bagi seseorang yang terbiasa dengan kuasa penguasaan ke atas orang lain. Itu jika di hulu kampung, bagaimana pulak jika membabitkan tempat, atau wilayah yang lebih besar?

Maka janganlah hairan, jika tanpa keikhlasan iman golongan agama juga akan bertarung dan jatuh menjatuh sama seperti orang politik. Bukan kerana perbezaan idea, tetapi kerana 'kemaruk kuasa' seperti mana yang berlaku kepada ramai orang politik yang tidak bersandarkan wahyu. Mereka pun akan menghapuskan apa sahaja yang boleh mengikis penguasaan mereka. Kata Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): "Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya" (al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala, 7/262).

Justeru itu juga, kita melihat bukan sedikit golongan agama yang cuba mendampingi pemerintah atau raja. Perdampingan mereka itu boleh jadi kerana keikhlasan untuk menerapkan nilai-nilai agama dan keadilan demi kebaikan rakyat, tetapi boleh jadi juga kerana tujuan untuk menguatkan penguasaan mereka terhadap masyarakat dan rakyat.

Perkongsian dan pertarungan kuasa

Sepertimana politik boleh menjadi saluran mendapat kemegahan, sanjungan, kekuasaaan dan harta, demikianlah agama. Maka sepanjang sejarah, bukan sedikit kita melihat dua kelompok ini berpakat untuk menguatkan antara satu sama lain. Tujuannya; sama ada demi mematuhi perintah agama, ataupun demi mengukuhkan cengkaman mereka ke atas orang lain.

Begitulah juga kita melihat kedua kuasa ini; kuasa politik dan kuasa agama kadangkala bersaing dan bertarung antara satu sama lain. Boleh jadi pertarungan itu disebabkan kuasa politik merasakan kuasa agama bersaing pengaruh terhadap rakyat, ataupun kuasa agama merasakan kuasa politik telah berperanan merentasi sempadan yang sepatutnya dikawal oleh pengaruh agama.

Maka kerja sama atau pertarungan antara dua kuasa ini boleh jadi atas asas menegakkan kebenaran dan keadilan di mana kuasa agama cuba mencegah kezaliman kuasa politik seperti para nabi menentang pemerintah yang zalim di zaman mereka.

Ataupun, kuasa politik cuba mencegah kezaliman atas nama agama seperti kebangkitan Eropah menentang kuasa gereja atau Pemerintah Inggeris yang menghapuskan beberapa amalan agama yang zalim di India seperti sati yang membakar hidup-hidup isteri bersama suami yang mati.

Islam Dan Pemerintah

Islam juga menyatakan pemerintah adalah khalifah yang bertanggungjawab terhadap menegakkan agama dan bersiasah dengan panduan agama. Namun, Islam menjadikan keadilan dan kebenaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas.

Pemerintah tiada kuasa mutlak atau dianggap maksum (infallible). Pemerintah sentiasa terdedah kepada kritikan dan pembetulan. Ini terbukti dalam teksal-Quran dan al-Sunnah serta amalan Khulafa al-Rasyidin yang menegaskan prinsip ini.

Membetulkan pemerintah apabila salah adalah satu tanggungjawab. Islam tidak menyatakan semua perbuatan pemerintah itu divine atau diredhai Allah. Islam tidak menyatakan taatlah apa sahaja yang disuruh oleh pemerintah. Sebaliknya, Allah menyebut: (maksudnya) "Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya" (Surah al-Nisa' 59).

Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat". (Surah al-Nisa: 58).

Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara 'membabi buta' (blind imitation). Antaranya, sabda Nabi s.a.w: "Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Islam dan ulama

Islam tidak pernah memaksumkan ulama. Seperti mana orang lain, ulama terdedah kepada salah dan silap. Sebab itu adanya istilah ulama al-suk atau ulama jahat yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri sehingga menggadaikan kebenaran. Bahkan al-Quran mensifatkan ulama jahat seperti anjing dalam Surah al-'Araf ayat 75-76.

Ulama dilarang mengampu pemerintah atas kesalahan atau bersekongkol dengan mereka atas kezaliman. Sehingga Nabi s.a.w memberi amaran: "Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi, ia dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah dan ulama

Pemerintah dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip keadilan dan kemaslahatan rakyat. Bukan kepentingan diri ataupun puak tertentu semata sehingga meminggirkan prinsip kepentingan umum. Pemerintah di suruh bersama ulama jujur demi memastikan mereka sentiasa berada atas landasan yang redhai Allah bukan untuk menguatkan cengkaman kuasa kedua kelompok itu. Sabda Nabi s.a.w: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang diselamatkan Allah". (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Inilah Perbezaannya...

Jika gabungan pemerintah dan golongan agama itu jujur, maka natijahnya akan ditegakkan kebenaran, keadilan dan kerahmatan kepada rakyat. Pemerintah akan tunduk kepada agama dan ulama akan bebas daripada kepentingan lantas rakyat menikmati keadilan. Sebaliknya, jika tujuannya untuk cengkaman kuasa, kita akan mendapati kedudukan kedua golongan bertambah selesa sedangkan rakyat bertambah resah.

Di dunia Islam, ada mufti-mufti yang berjenama besar, tetapi gagal untuk menasihati pemerintah mereka dengan tegas agar jangan bersekongkol dengan Israel yang menzalimi rakyat Palestin. Lihat apa yang Mesir, Jordan dan negara-negara lain lakukan terhadap nasib rakyat Palestin yang terkepung di sempadan mereka. Ketika golongan agamawan makan mewah di meja bersama penguasa, rakyat Palestin di sempadan mati kebuluran!!

Di negara kita juga mesti dilihat keadaan mana yang berlaku. Umpamanya, jika peraturan agama pencetakan atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!

Apabila sesebuah buku diharamkan tanpa alasan melainkan 'panel kurang selesa' atau 'panel agama merasa keliru' maka itu ke arah negara primitive dan kepentingan kuasa. Namun jika dilarang dengan asas-asas ilmiah yang dibahas secara ilmu dan adil, maka itu prinsip Islam!!

Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya..

Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...

Nota pengarang: Dr Mohd Asri - bekas mufti Perlis - adalah lulusan sarjana mudanya Universiti Jordan dalam bidang bahasa Arab dan syariah, sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengajian Islam. Beliau seterusnya mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafahnya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan tesisnya berhubung sebab wurud (terbitnya) hadis

20 comments:

Unknown said...

Kesian Dr.Asri, la ni kebanyakan penganut islam telah terpecah belah dengan "school of thought" guru masing2. ASHABIAH ke??????? Tok sah ambil kira (SUNI VS SYIAH).

Sebab SYIAH dan confirm2 keluar dari landasan QUR'AN dan SUNNAH.

Wahai manusia2 Yang orang marah sangat kat wahabi ni, bukalah minda sikit. Rujuklah kepada ajaran Muhammad Abdul Wahab. Kitab2 nya banyak bersepah2. Kalau dah baca, rujuk, semak barulah Kommen.

Tapi tak hairan pun!!!!! Sebab saya rasa kitab Al-Um pun tak pernah baca. Tapi mengaku mazhab Syafi'i. Malulah sikit........

Ingat Syahadah kita!!!!! Allah SWT kemudian Muhammad SAW. Jadinya jangan ingakar kepada perintah ALLAH SWT dan jangan membuat dusta akan perkataan dan perbuatan rasulNya. Takut2 terkeluar dari akidah. Sebab kita akan bertuhankan tok Imam Kita.

Kembalilah kepada Al-Qur'an dan Sunnah (Sebenar2nya). Tinggalkan "Thoghrut". Semaklah "USUL FIQH"(dalam bab Syariat). Tinggalkan yang ragu2 (tak da dalil) buat yang ada dalil. Kerena sebaik2 perkataan sesudah kalam Allah adalah perkataan Rosul, Sebaik2 perbuatan selepas apa yang diperintahkan Allah adalah perbuatan Rasul kemudian Sahabat dan Sahabat kepada Sahabat. Lain pada tu tok sah lah ikut. Tak salah pun.... Sebab takut2 jadi pendusta kepada rasul.

Kalau nak jadikan contoh, Jadikalan Umar Al-Khatab sebagi contoh tauladan. Tok sah lah Umar Ibnu Aziz.(It sounds rude to Umar Ibnu Aziz). Tetapi yang baik pada kita belum tentu baik disisi Allah dan yang buruk menurut pandangan kita belum tentu buruk disisi Allah.

Moderate Muslim said...

Dr Asri maksudkan tokoh2 politik dan Tok2 Guru PAS ke? Menyindir nampaknya. Ulamak UMNO tak ada macam tu kan? Kelirulah kita, Dr Asri ni sokong siapa? Ini bukan soal sunni atau wahabi, ini soal ulamak dalam politik. Nampaknya Dr Asri ni orang akademik pun tidak, orang politik pun tidak, tak tau orang apa/ pecah belah umat Islam yalah nampaknya.

rahimi said...

Fauziah
Sila baca betul2 tulisan beliau bagi saya Dr Asri tidak menyebelahi mana2 pihak tapi nasiblah siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.
Begitulah nasib ulama di Malaysia nie bila mereka mahu berkata atau berhujah luar dari kotak mula suara2 sumbang akan menghukum sebab dasar kepartian semata2.
Bagi saya Dr Asri tidak menyindir sesiapa malah beliau cuba menegur mana2 kepimpinan dalam kerajaan mahupun pembangkang.Wallahualam.

superLaRaT said...

Dari perenggan pertama hingga kedua akhir, Dr Asri menghentam kiri dan kanan. Segala peluang yg tidak pernah diberi oleh "Utusan" digunakan sepenuhnya dlm "MalaysiaKini"...cuma saya bersetuju perenggan terakhir... "Kita tidak takutkan prinsip Islam ditegakkan, kita takut nama agama digunakan untuk cengkaman kuasa dan kerjasama 'pintar dan putar' antara kedua kelompok ini untuk kepentingan masing-masing! Marilah kita nilai dengan teliti apa sebenarnya yang sedang berlaku...". Untuk UMNO dan PAS renung-renungkan lah. Untuk PKR, terjun sajalah dgn labu-labunya. ""SELAMAT BERPOLITIK DR ASRI".

Asrul Putrajaya said...

Dr asri berjuang dengan cara menghemtam orang..ramai orang sakit hati..itu memang cara mereka.

era dr asri ni tak lama..

percayalah

Abi Qalam said...

Salam,

Pandangan saya terhadap pandangan Dr Asri ialah penilaian beliau tidak melambangkan unsur kesederhanaan dan sangka baik yang merupakan pakaian 'Ulama. Kesederhanaan yang dimaksudkan ialah kaedah beliau mengutarakan sesuatu isu hanya tertumpu membuktikan teori kepincangan dari sudut pemikiran beliau tanpa langkah yang lebih menggambarkan Ulama' iaitu membentangkan "PENAWAR" kepada masalah yang dibangkitkan. Ini sebenarnya adalah essence kepada seseorang Ulama'.
Dan, kaedah beliau pula boleh dipersoalkan dengan cara beliau mengolah pandangan yang dilontarkan itu boleh difahamkan sebagai emosi marah dan kecewa, padahal kaedah Ulama' ialah meluruskan kesilapan dengan menyelidik puncanya dan menawarkan kaedah penyelesaiannya yang sesuai dengan syariat kerana kasih dan sayang yang diikatkan oleh ukhuwwah seperti dicontohkan oleh Allamah Al Murabbi Sayyid Muhammad Al Alawi.
Manakala dari sudut pandangan beliau yang tidak bersikap sangka baik, sungguhpun beliau menagih sikap tersebut terhadapnya, boleh dibuktikan dengan penyuaraan yang disangkanya 'double standard' terhadap isu-isu seperti kemaksuman Ulama', Raja, dan sudut pandangnya terhadap hubungan pemerintah-ulama'. Hubungan antara pemimpin dan ulama' sangat jelas telah di 'established' kan dengan protokol dan saluran yang tertentu, dan apakah kerana saluran ini terlindung daripada pandangan awam, maka perlu memusnahkan saluran ini dan beralih kepada akhbar mahupun media bebas yang lain supaya rakyat awam maklum dan masuk campur? Padahal beliau sendiri pun faham yang tindakan ini boleh mengundang masalah lain yang lebih besar pula..
Saya bersetuju dengan pendapatnya, Ulama' bukan maksum.. tetapi saya lebih menyakini Ulama' yang terdidik dengan sistem pendidikan Ulama' tradisional berbanding yang lain.

Rumusannya pada saya, sungguhpun beliau sendiri membenci politik didalam agama, nampak gayanya sekarang beliaulah juga antara pemain politik agama yang terunggul..

Allahua'lam

tokgaru said...

Kpd Is dan Fauziah.

Awat pi kata lagu tu dkt dr asri. bila tulis sikit benda yg baik tentang umno, hangpa dah anggap dia nakkan habuan dari umno.

Hangpa tau tak. dr asri dia berkata benda yang betul. tak kan pada tubuh umno tu tak dak langsung benda yang baik.

Aku ni walau pun tak suka kpd Pas. meluat kpd PKR. benci kpd DAP. tapi bukan 100%. hak yg baik aku terima baik.

Kalu ada orang tulis puji Pas, puji PKR, puji DAP kerana depa memang orang sebelah PR. aku tak melenting. itu hak depa.

Kalu aku nak jawab pun aku bagi hujah yang membuatkan si penulis tadi berfikir dan membuat pertimbangan.

Cara hangpa sangat loklark dan tak beradap. apa lagi lah kpd sorang yang kaita panggil ulamak. OK ????

tokgaru said...

Kpd Dr Asri

Saya jadi pening lah dengan islam ni. dulu waktu masih kanak2 pun saya dah islam dah tapi tak pening apa2. tapi la ni bila dah masuk peringkat dah boleh pikiak dan boleh nilai. kemudian bila dah boleh tengok warna warni pemahaman dan pengamalan islam oleh penganut2 di seluruh dunia. saya lagi bertambah pening.

Apa tidaknya. yang saya faham " islam adalah agama perpaduan. semua sembahyang mengadap kiblat yang sama. semua sembah tuhan " Allah " yang satu. semua mengucap 2 kalimah syahadah yang sama ". semua setuju menerima pakai rukun iman yang 6 dan rukun islam yang 5. pada saya setakat tu saja lah yang kita boleh bagi tau dunia bahawa " islam is religion of unity " dengan bangganya.

Tapi bab2 lain. kita sebenarnya berpecah. dan rasanya tak kan boleh bersatu sampai bila2. kalu ada yang kata pendapat saya ini " over " dan " menyesatkan ". tak apa itu hak anda untuk berkata begitu.

Kita tak habis2 berbalah. puak sunni tak boleh terima pandangan puak wahabi. begitu juga sebaliknya. pengikut imam 4 ( shafie, hanafi, hambali dan maliki )fanatik kpd imam masing2 saja. tak boleh suka2 nak ikut imam mana yg dia suka.kalu tempat tu shafie tak boleh nak suka2 ikut cara hambali. begitulah sebaliknya.

Dan soalan akhir saya. harap dr jawab lah. " Apakah tuhan Allah menjadikan manusia yang memilih islam itu hidup perpecah belah dan bercakaran sesama sendiri sampai bila2.

Perbandingan. penganut yahudi tak ramai. negeri mereka pun tersangatlah kecil. tapi kekuatan mereka ya Allah !!! .. umat islam tak kan mampu hendak berlawan secara beradap .. yang kita mampu pun setakat bertempik macam sang gajah bertempik didalam hutan. mereka hari2 sembelih umat islam di pelastin .. maka kita pun bertempik lah. mereka serang dan ceroboh negara islam yang berjiran .. lagi kuat kita bertempik. mereka serang, tawan dan hancurkan negara islam lain .. satu dunia umat islam bertempik sehingga menjadi gegak gempita.

SETAKAT TU SAJA LAH YANG KITA MAMPU BUAT WAHAI SEDARA2. ITU PUN KIRA OKAY DAH TU KERANA SETIDAK2NYA IA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK BERBUAT APA2 LANGSUNG.

manies said...

Kepada Is.

Jika tidak ada bukti jangan sebarangan menuduh. Apabila golongan ulama mengkritik bukan dari pihak kita oooo ulamak ni ulamak pulusss... Cuba perhatikan apa yg ditulis.

Jika terdapat peranggan2 yang anda tidak setuju sila berhujah. Jangan mudah nak cop ooo kantung dah kering. Apa bukti.

Jangan sebab tulisan anda ini anda miskin diakhirat nanti. Jika anda tidak bersetuju nyatakan apa yang anda tidak setuju. Bukan merepek tak tentu hala.

Ia memang Dr Asri rapat dengan orang2 UMNO seperti Shahidan pada masa yang sama Dr Asri baik dengan kepimpinan Pas dan PKR. Cuba selak balik artikel beliau di Utusan atau rujuk di web site beliau.

Ada artikel beliau menegur UMNO dan ada artikel beliau menegur PAS dan PKR. Cuma ubah mind set bila beliau atau sapa saja tegur UMNO oooo ulama tu sokong PAS jika ulama tu tegur PAS oooo ulama tu sokong UMNO.

Pleaaasee laa jangan la all the time asyik politiking je. Cuba judge dari sudut teks teguran tersebut tanpa ada prejudis. Jika betul terima jika tak betul jangan terima.

Untuk zul4kulim hang memang aku tak setuju dari sudut membuat laporan polis terhadap MP Shah Alam. Too much.

Macam aku komen dlm entry sebelum ini agama kena berhujah dengan nas dan dalil. Bukan ikut kepala otak hang dengan buat laporan polis.

Agama bukan paksaan tetapi penerangan. Jika hang tak setuju dengan alasan yang hang ada itu hang punya pasal laaa... Orang lain ada hujah dia juga.

Hang tanya Dr Asri camna nak jadi pendakwah. Belajar beb bab tu dulu. Ni buat orang lari je..

Kesian kat Hj. Ghani. Selalu dia backup hang la ni dia pun bengang gak.


MaM

Jeepers Creepers said...

Dr Asri memang tidak menyebelahi mana mana pihak. Dia cuma menegur sesiapa yang buat salah. Terpulanglah pada kita semua nak ambil iktibar atau tidak.

anakkulim said...

tak heran...kalau tak sebelahi diaorang...memang tak betul...sekarang pun YB Zul tak betul...

manies said...

To tokguru,

Bro hang jgn pening2. Kalau Nabi saw dlm hadith yg memang terkenal kata Islam akan terpecah kepada 73 golongan hang nak kata apa. Nabi kata Islam yang akan terpecah. Dlam byk2 berpecah2 tu satu je yang acceptable.

anjang / uda said...

Salam Sdara Dr Mohd Asri, semoga Allah melindungi saudara.

Sbelum kes sdara ditahan di S'ngor DE, saya amat mengkagumi saudara. Saya bersyukur kerana Allah Maha mengetahui akan hambanya. Selepas kejadian trsebut saya mula meragui saudara. Seseorang yg berstatus dr falsafah gagal menahan diri dari bersikap bongkak. Saya ulangi beberapa kali menonton video penahan sdara dan saya cuba menidakkan bahawa sdara seorang yg bongkak. Malangnya lagi kuat hati saya berkata bahawa sdara memang takbur atas nikmat yg diberikan Allah. Tak perlu saya jelaskan mengapa. Saudara dr falsafah lebih maklum.

Ini petikan artikel saudara...
"Di negara kita juga mesti dilihat... ...atau selainnya dibuat dengan ditegaskan 'tidak boleh mengkritik mufti' atau sultan atau majlis agama, maka itu untuk cengkaman kuasa. Jika dimasukkan 'tidak boleh menghina Allah dan Rasulullah, itu untuk Islam dan kebenaran!!! Setiap pihak terdedahkan kepada kesilapan dan penilaian, sehingga Abu Bakr dan Umar membenarkan diri mereka dikritik, bagaimana ada kelompok yang tidak boleh dikritik!!"

Pernahkah sdara mengkritik Istana semasa menjadi mufti di Perlis? Saya sudah tahu jawapan saudara. "Saya pernah beberapa kali mengkritik istana, tetapi tidak dihebohkan kerana menjaga maruah saudara se agama." Wow.. baguslah tu.. hebat sekali.

Lihat lagi petikan artikel saudara.
"Jika yoga diharamkan kerana ada unsur bagai menyembah, tetapi dalam masa yang sama 'adat menyembah raja sehingga merangkak' direstui golongan agamawan, maka itu kepentingan! Jika doa dibaca buat pemimpin dan sultan dimasukkan unsur mengampu dipuja sultan dan raja dalam doa sehingga hilang rasa rendah diri di hadapan Allah maka itu kepentingan 'sambungan jawatan'! Demikianlah seterusnya..

Merangkak?? Belum pernah saya lihat. Kecuali menghesut, itu pun adat sempena pertabalan sultan di negeri-negeri yg mengamalkannya.

osane. #bersambung#

Pacifist said...

salam dr org awm,
sy berpendapat dr asrilah yg menambah perpecahan kerana mewujudkan golongan ketiga selepas BN dan PR.sepatutnya dia sbg 'ulama' kena memihak kpd golongan yg mahu mendaulatkan Islam.beliau tentu tahu parti mana yg konsisten mempertahankan Islam sejak awl penubuhannya.jgn kerana seorg dua tidak betul,habis semua tidak sempurna.kalau setakat mahu mencari kesalahan,sy sebagai org awam pun boleh.beliau tentu tahu dgn kuasa politiklah,baru polisi2 islam boleh diterapkan,@ beliau berharap pemimpin negara akan mempersembahkan kuasa kpd beliau dan setetusnya mengangkat beliau sebagai amirul mukminin?kenapa beliau seolah2 membenci politik? sedangkan kita mahu para ulama meluruskan ideologi politik.adakah beliau tidak nampak selepas tragedi 1998 ramai ulama tampil ke persada politik?@pun beliau terpengaruh dgn gerakan politik suku,agama suku.
-pada sy tiada kesudahannya beliau menghentam kedua-dua pihak sedangkan kita tahu pihak mana menuju kearah kesempurnaan.
-buat YB zulkifli,dulu sy kagum dgn anda kerana sentiasa kedepan kerana mempertahankan Islam,alasan anda keluar dr pakatan adalah sesuatu yg remeh,sedangkan isu tersebut masih menjadi perselisihan faham antara ulama dunia.anda telah keluar dr gabungan yg cuba memacu malaysia kearah yg lbh baik.apapun sy berharap anda sentiasa dlm rahmatNya

tokgaru said...

Terima kasih kpd Manies.

Kalu nabi dah bgtau kita akan pecah kpd 73. kenapa para ulamak islam diseluruh dunia tak ambil tindakan untuk elak perpecahan. tok sah pi jauh la. kita nak tanya para ulamak islam di malaysia ni pun dah cukup.

Apa depa buat ? yang aku nampak depa ni sebenarnya duk tambah bagi jadi lebih teruk lagi. ulamak ni kata fahaman ulamak tu tak betui. yg betui adalah fahaman dia. yang makin pening ni orang yang macam aku ni la. awat depa rasa pecah 73 tak cukup kut. kena bagi pecah banyak lagi mungkin sampai jadi 730,000 supaya pakat dapat sorang satu. sebab nabi nak pilih satu saja. so nasib lah siapa yg dipilih oleh nabi.

Slogan retorik " islam agama perpaduan " atau " islam is religion of unity " ...

BBEETTOOOOOOOOIIIIIII KAAAAAA....?

manies said...

tO tokguru,

Ketika Nabi saw mengungkapkan Islam akan berpecah kepada 73 golongan ditujukan kapada umat islam yang akan berlaku pada masa akan datang. Dengan kata lain setelah kewafatan Nabi saw.

Apa tugas kita. Beriman kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Ini bermakana perkara itu akan berlaku.

surah an-Najm, ayat 3-4, yang bermaksud:"Dan dia (Nabi Muhammad SAW) tidak berkata (sesuatu yang berkaitan Islam) menurut kemahuan hawa nafsunya (atau pendapatnya sendiri). Segala yang diperkatakannya (dituturkan dan disampaikannya) tidak lain hanyalah wahyu (dari sisi Allah) yang diwahyukan kepadanya".


Seperti kata saudara, kenapa ulama tidak melakukan sesuatu. Ulama pun terbahagi kepada 2. Ulama yang baik yang ikhlas dan ulama yg jahat (suk).

Ulama melakukan tugas mendidik, memberi ilmu, menegur tetapi segala hidayah milik Allah.

tokgaru said...

Alahai Manies

Aku rasa jawapan hang ni macam lagu

katak oh katak, kenapa kau panggil hujan
macamna tak panggil hujan sebab ular nak makan aku.

sebab ulamak pun berpecah, maka kita pun kena turut berpecah jugalah ????

antara kita berdua. boleh jadi dua dua betoi. dan boleh jadi dua dua pun salah. takdak siapa menang dan takdak siapa pun yang kalah.

manies said...

tok guru,

maksud aku kita pun x sure mana ulamak ikhlas mana ulamak jahat. Jadi bila sampai orang awam tu yg parah brooo.

satu golongan ikut ulamak ni satu golongan lagi ikut ulamak yg lagi satu. Dua kata2 dia betul. mike nak kata apa?

kerana itu mike kena hayati kalam Allah dan hadith Nabi saw. sebagai panduan.

Jangan semua ikut logik akal.

tokgaru said...

Manies

Hang bagus laa. hang respon juga. at least kita boleh kongsi tukar pemikiran.

Ulamak ni pada aku lebih kurang macam pemandu yang akan pandu dan bawa kita menuju ke distinasi yg kita hajati.

Dalam hidup, kita nak mendapat keredaan illahi. semua orang memang itulah yang diharapkan. dalam nak mencapai target itu kita mengharapkan ulamak sebagai juru pandu. dan juru pandu pula ada bermacam style.

Hang dengan aku. Kita sama2 nak pi KL. sama2 akan bertolak dari alor setar. kita berdua kena berada di bangunan KLCC tepat jam 10 pagi besok. kenderaan apa kita nak guna tidak ditentukan oleh pihak pengajur.

Aku pilih naik kapal terbang. di sini juru pandu yang akan bawa aku untuk ke KL adalah pilot kapal terbang tu. aku bertolak dari alor setar jam 7 pagi dan aku terpaksa turun di KLIA. dari KLIA aku kena ambil teksi pula untuk ke KLCC.dan hang tak boleh kondem aku dan kata cara aku tak betul sebab pakai banyak duit. hang tak boleh kata aku bodoh.

Hang pilih naik keretapi. turun di KL Central. dari KL central ambil teksi pi KLCC. hang bergantung kpd pemandu train untuk tiba di KL. hang terpaksa bertolak dari Alor Setar kul 7 mlm kemarin. dan aku tak boleh kata apa2 dekat hang.

Yang penting kita berdua dapat berjumpa dengan penganjur tepat jam 10 pgi. Itulah matlamat asas kita berdua.

Boleh faham kut maksud aku.

Muhammad said...

Majlis Maulidur Rasul SAW & Haul Al-Syeikh Abd Qadir Al-Jilani (Masjid Negara) : http://wp.me/piAx4-1A6, Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-1zt