Salam 2 all.
Saya terkejut dengan kenyataan oleh Dato' Mohd. Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang disiar dalam akhbar The Star hari ini Isnin 07 Rabi'ul Akhir 1431/ 22 Mac 2010 di mukasurat N.49 mengenai gejala kelahiran anak luar nikah dikalangan gadis Melayu beragama Islam.
Menurut perangkaan yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah Anlun yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300. Ini bermakna pada setiap jam, purata 2 orang An-Lun dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam tahun lepas.
Bagi tempoh 2004 sehingga 2009 pula, jumlahnya adalah 74,723. Ini bermakna setiap tahun purata An-Lun yang dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam adalah seramai 14,945 orang. Ini bersamaan dengan purata 2 orang An-Lun dilahirkan setiap jam dalam tempoh tersebut.
Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan! Ini satu isu yang menggerunkan.
Dan persoalan besar yang saya mahu tahu ialah kemana perginya An-Lun ini yang begitu ramai. Saya ada mendapat maklumat ramai dikalangan bayi-bayi tidak berdosa ini dihantar ke rumah perlindungan bukan Islam. Malahan ada maklumat menyatakan bayi-bayi ini diambil sebagai anak anglat oleh orang bukan Islam.
Cuba bayang dalam tempoh 5-7 tahun lagi, bayi-bayi berbangsa Melayu ini akan mendaftar dan bersekolah dengan anak-anak Islam yang lain, bercampur gaul, berkawan dan berteman dengan mereka!. Dengan rupa Melayu mereka, tetapi berlainan agama, saya boleh bayang apa musibah yang bakal melanda bangsa Melayu umat Islam tidak lama lagi! Na'uzubillah min zaalik, moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini.
Saya berpendapat sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan yang lebih holistik dan menyeluruh dalam menangani masalah ini. Kaedah pencegahan dan dan pemulihan yang lebih holistik kita perlu ujudkan.
Sistem pendidikan juga perlu dikaji semula. Kita tidak perlu generasi yang mencapai A++ tetapi akhlaknya runtuh.
Anak-anak Melayu beragama Islam ini sepatutnya didedahkan kepada pengajian berkaitan kejantinaan ini dari awal. Banyak ayat dalam Al Quran dan hadis yang boleh diguna sebagai bahan rujukan untuk pendedahan awal ini.
Walaupun pengetahuan tentang hukum hakam itu penting, tetapi kaedah pendidikan dan tarbiyyah lebih patut diutamakan bagi anak-anak ini. Saya percaya para pakar pendidikan boleh duduk semeja dengan para ulama' dan ilmuan untuk mencari jalan penyelesaian yang membawa menafaat kepada umat Islam, terutama generasi muda masakini.
Diwaktu yang sama, saya percaya kesalahan tidak joleh diletakkan hanya kepada ibu-ibu muda ini sahaja. Saya kasihan melihat bagaimana ibu-ibu muda ini terpaksa berhadapan dengan masalah ini bersendirian. Para agamawan kita pulak lebih suka menghukum daripada menyelesaikan masalah. Ini menyebabkan para ibu muda ini menjadi takut untuk mendekati mereka, sebaliknya samada mengambil tindakan nekad membuang bayi-bayi ini ataupun pergi ke pusat perlindungan bukan Islam yang lebih accomodatif dalam membantu mereka menghadapi masalah ini.
Saya juga merasakan bahawa para jantan-jantan durjana yang mengambil kesempatan daripada gadis-gadis muda ini juga perlu dihukum dengan hukuman yang berat. Selalu kita tengok si ibu muda ini dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan lain-lain, kasihan melihat mereka digari dan diheret ke Mahkamah. Sedangkan jantan-jantan durjana ini terlepas tanpa sebarang tindakan, hanya kerana didalam perundangan sekular, mereka ini tidak melakukan sebarang kesalahan yang diiktiraf oleh undang-undang negara.
Saya percaya sudah tiba masanya kita kembali mengkaji untuk melaksanakn sistem perundangan syariah dalam menghadapi kemelut ini. Kerana saya yakin, bukan sistem syariah itu yang akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi, tetapi keimanan, keyakinan dan ketaatan kita mematuhi perintah ALLAH itulah akan membuatkan ALLAH menimbang untuk menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada kita.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Rabi'ul Akhir 1431
22 Mac 2010
41 comments:
YB Zul patut bawak isu ni ke parlimen.... Minta kerajaan selesaikan.... And by the way apa pandangan Yb Zul tentang isu APCO?
alahai Yang Berbagai-Bagai.. sedap pulak skang ni YB komen pasal an-lun ni.knaper tak hentam DUMBNO??nak kenen2 DUMBNO ker skang ni??hehe..YB pun tau kan yang DUMBNO ni mengamalkan politik sekular,so dioranglah yang bertanggungjawab dalam hal ni..takder pulak para2 arif agama dalam DUMBNO nak mengekang gejala2 sosial kat negara kita ni.mudah jer sy bg contoh.budak2 muda g kelab malam,minum air arak,pastu mabuk.pastu mula ler si lelaki nak antar pompuan balik,si pompuan nak antar laki balik,then nafsu tak tahan,terus zina.orang mabuk ni tak waras sgt pikiran dier.time mabuk ni semua halal.kena pukul pun tak sakit tau..hehe.so conclusion dier senang jer,DUMBNO memerintah,byk kelab malam.dari kelab malam ni la byk gejala soial(salah satu penyebab).so kita lawan lah DUMBNO,tumbangkan diorang PRU ke 13 nanti.yang YB ni per kejadahnya dok kat blok Bebas dlm parlimen tu.bukan bleh membantu pun PR menang PRU ke 13 nanti.bleh ke YB membantu??ketuk kepala,tanya diri sendiri.sy setuju dengan YB kalo nak perjuangkan ISLAM,tapi bagilah adil.jgn kerana perkara2 kecik dalam PKR yg YB tak puas ati,terus nak melenting.saya hentam gak YB dalam komen saya ni tapi at the same time,sy nak bagi nasihat gak.tolongla kami pemuda pemudi Malaysia ke jalan yang lebih baik.walaupun dah jadi YB bebas,jgn hentam PR,hentam DUMBNO k... p/s:penulisan YB harini ni dah semakin baik dari sebelum ni.ulas lah benda2 mcm ni,bukan kutuk PR k.
YB patut ajak Mufti Perak buat road tour keliling Malaysia berhubung masalah anak luar nikah di kalangan Melayu Islam ni.Tak dak penyelesaiannya melainkan kembalik kepada hukum Allah.
Kalau hukuman Zina kena rejam sampai mati @ sebat 100 rotan dikenakan hanya untuk orang Islam..ada masalah ka?
Tak boleh ka YB usul dalam Parlimen supaya Hukuman Hudud dikenakan hanya untuk umat Islam?
Tolong ya YB...Firaun2 kecil tak ada dalam UMNO dan dalam blok BEBAS.
Tang ni aku sokong hang Zul...
YB Zul,
just nak clarify pasal pengiraan purata tu... kalau lebih kurang 14000 kes setahun, purata sehari adalah 14000 kes bahagi dengan 365 hari setahun; 14000/365 = 38 orang sehari, bukannya 2 orang sehari seperti yang ditulis...
walau apa pun, baca 2 orang sehari pun dah cukup merisaukan... kalau 40 orang sehari, lagi laa...
pandai pulak ko cakap....."perundangan sekular"...ko yg sokong parti yg buat undang2 sekular ni yooppppp....
ada parti islam ko bantai....
ayuh apa lagi lu kan satu-satu nya pejuang islam di malaysia ini, ini semua gara-gara PR. ayuh bro..mulalah menyalak bro...
YB, pencegahan lebih baik dari mengubati. saya berharap perkara ini dapat YB usulkan dalam sidang Parlimen.
Salam YB, saban hari berita mengenai kes pembuangan bayi berlaku, sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani sekarang, bila lagi?
AKUM,MAAF LARI TAJUK SIKIT TP NK BG YB TENGOK JAWAPAN N PANDANGAN JAUH SEORANG PEMIMPIN DAN ULAMAK..
Hadi cadang Rukun Negara dipinda
KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama dipinda kepada 'Kepercayaan Kepada Allah' ekoran penerimaan bukan Islam terhadap kalimah Allah.
Beliau berkata, isu kalimah Allah yang tercetus baru-baru ini apabila ada di kalangan bukan Islam mahu menggunakan kalimah itu untuk tuhan mereka perlu diterima secara positif.
''Saya minta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada tuhan kepada percaya kepada Allah.
''Kita terima secara positif apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerang kekeliruan yang timbul itu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di sini hari ini.
Menurut Presiden Pas itu, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memberi penjelasan kepada bukan Islam berhubung makna penggunaan kalimah Allah tanpa perlu memaksa mereka memeluk Islam.
Katanya, di Sarawak misalnya, penganut bukan Islam di sana telah menggunakan kalimah Allah tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada penganut Islam.
''Yang penting penjelasan. Kalau dah timbul salah faham maka dialog antara pemimpin agama boleh dibuat... Inilah peluang untuk berdakwah, bukan bergaduh," ujarnya
Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi melahirkan rasa kesal apabila bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan masih lagi dipinggirkan dalam banyak aspek di negara ini.
Beliau berkata, dalam sektor perniagaan misalnya, boleh dilihat bagaimana banyak syarikat lebih mengutamakan bahasa Inggeris di papan iklan dan papan tanda.
"Tulisan (di papan iklan) dia guna bahasa Inggeris lebih besar, bahasa kebangsaan halus saja.
''Keadaan ini amat berbeza dengan di Thailand. Rakyatnya amat mengutamakan bahasa sendiri dan hanya guna dalam bahasa Inggeris (di papan tanda dan iklan) jika perlu sahaja untuk pelancong," katanya.
Abdul Hadi berkata, orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum lain dalam soal memartabatkan bahasa termasuk tulisan jawi.
"Kita lihat kaum Cina dan India masih memelihara tulisan mereka. Akhbar bahasa Cina, Tamil terus subur berkembang tapi Utusan Melayu (yang menggunakan jawi), hidup segan mati tak mahu," katanya.
Hello `Little Pharoah'
Apakah ko tak de telor utk masuk Umno.. atau Umno tiada telor utk menerima ko..
Kalu tak tau.. cuba tanya si Ezam kotak,si Fairuz, si Zaharin.. mereka tau mcm mana mau `masshhyyukk'..
Ajak sekali si Hassan Ali tu sekali..
Selamat jadi munafik hingga 2013
Babai.. to U Little Pharoah
Greetings in the name of the Almighty be upon you and your family, YB.
"Dan persoalan besar yang saya mahu tahu ialah kemana perginya An-Lun ini yang begitu ramai. Saya ada mendapat maklumat ramai dikalangan bayi-bayi tidak berdosa ini dihantar ke rumah perlindungan bukan Islam. Malahan ada maklumat menyatakan bayi-bayi ini diambil sebagai anak anglat oleh orang bukan Islam.
Cuba bayang dalam tempoh 5-7 tahun lagi, bayi-bayi berbangsa Melayu ini akan mendaftar dan bersekolah dengan anak-anak Islam yang lain, bercampur gaul, berkawan dan berteman dengan mereka!. Dengan rupa Melayu mereka, tetapi berlainan agama, saya boleh bayang apa musibah yang bakal melanda bangsa Melayu umat Islam tidak lama lagi! Na'uzubillah min zaalik, moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini."
YB, I am truly and indeed shocked by your statement and stand on this issue.........Persoalan besar is what must we do to prevent such a thing from happening be it to Muslims, Hindus, Buddists or any other religion or race. Where has society gone wrong and what are the steps to be taken to stop babies born out of wedlock are the things we should be discusing. No doubt this issues has a high percentage amongst Muslims but your reason to correct the situation is very insulting. Is there sufficent basic religious aspects taken into consideration, should we introduce sex-education in schools or should we curb the free acess to the Internet. Firstly we would need to identify the core issues and then work on it.
But, needless to say comments like yours coming from an intelect is simply degrading and of no help at all.
Lastly this is your own statement before we post any comments....plse note "PERKAUMAN"
"Komen yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan"
dOES THIS APPLY ONLY TO THOSE WHO WANNA LEAVE COMMENTS AND NOT THE BLOGGER HIMSELF??????
Peace be with you, YB
assamualaikum.
kepadar azam.krp, apa kurangnya dibawah pemerintahan pr? kelab malam dan judi masih berleluasa di negeri2 lain selain kelantan? malah ada aduan mengatakan benda2 maksiat ni beroperasi lebih masa dari biasa.
silap pas sebab bersekongkol dengan dap dan pkr. berpakat dengan umno x boleh tapi dengan dap dan pkr yg sekular boleh pulak? lu pikirla sendiri...
Harap YB dah kemukakan isu ini di Parlimen. Ini bukan salah UMNO, PKR atau PAS... tapi salah kita semua.
Harap penyokong PR lebih rasional. Hidup ini bukan untuk berpolitik sepanjang masa. Banyak masalah anak melayu Islam di luar sana yang perlu kita selesaikan bersama tanpa mengira fahaman politik. Menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah.
Buat YB, harap ada usaha dari pihak YB untuk menyatukan parti2 politik dan NGO beragama Islam untuk menyelesaikan masalah yang kian membarah ini.
Sejadahburuk,
1. Sebenarnya hanya Kristian Sabah dan Sarawak sahaja yang mahu menggunakan kalimah Allah. Kristian India dan Cina lebih selesa menggunakan God, Lord atau Jesus. Pihak gereja sengaja mahu menuntut penggunaan kalimah Allah di Malaysia sebagai satu usaha halus meng"Kristian"kan umat Islam seperti yang dilakukan mereka di Indonesia.
2. Papan tanda di Malaysia sepatutnya menonjolkan Bahasa Kebangsaan lebih daripada bahasa2 lain. Bahasa mandarin atau bahasa tamil tidak perlu diletakkan di papan tanda / papan jalan. Begitu juga tidak perlu iklan berbahasa mandarin dan tamil di media arus perdana kerana setiap warga negara Malaysia patut menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi.
aku lgi terkejut dengan kau yop!!!dah kena pecat tak nak lg letak jawatan !!!yop pikiaq sendiri la pendapatan yg yop dapat tu!!jgn bg org bandar baru gelar bahlul sudah la!!!
Sy rasa isu An - Lun yg dibawa oleh ZN hendaklah dilihat di luar kerangka politik.. Kita anggap ini isu melayu Islam .Kita anggap ini isu PAS UMNO dan PKR melayu bersama.Sebab ia juga membabitkan akidah.
Jgn lah asyik nak tembak ZN sj.Korang tengok lah blok Politician lain.. Blok Khalid Samad, blok Wee Choo Keong .dll dah basi tak ada isu baru langsung.
Rajin juga ZN menulis mengingatkan kita. Tapi kalau dah anti tu, anti jugak, diorang tengok dari sudut politik jugak! Sekarang bukan masalah dari UMNO tak nak laksanakan hukum Islam.,kalau bagi ke PAS pun tak jalan jugak, semua isu kena tunggu jelingan DAP!
Di Kelantan pun heboh jugak isu Mat Rempit, lebih kurang sama dgn negeri2 bawah UMNO! Jadi elok kita tangani bersama secara positif
Kalau kita asyik menyalahkan orang pun tak selesai isu Anlun ni.
Kita buat cadangan secara praktikal.
1) Hapuskan aktiviti Prom night yg giat dijalankan di kalangan lepasan SPM di hotel2.
2) Hapuskan semua program yg melayu suka sgt berhibur spt AF, M'sian Idol , Superstar LG dan sbgnya.
3) Hapuskan budaya membenarkan anak2 perempuan kita dibenarkan keluar bebas bergaul dgn teman lelaki dan dgn tunang. Bila bebas bergaul , mula lah terlanjur..
4) Haramkan semua perayaan Velentine's DAY di kalangan umat Islam. Perkara ini hendaklah dilihat eksklusif utk umat Islam sj tanpa campurtangan dan kritikan pihak ke 3 terutamanya golongan kafir.
5) Apa nak buat dgn AnLun ni? Kesihan mereka.Pastikan ada lagi Pusat pemeliharaan spt KEWAJA utk membela anak2 malang ini dari jatuh ke tangan kafir dan juga utk melindungi aib mereka.
6) NGO - NGO Melayu Islam ditubuhkan khusus dgn bantuan kewangan, kakitangan terlatih utk mengangani kes ini.
Jgn pulak kita kata akan menggalakan kes An lun lagi. Kalau kita tak buat apa2 lagi teruk kes ni berleluasa!!
Assalamualaikum...Gejala sosial di Malaysia skrg tersangat2lah membimbangkan kita semua. Kebanyakan yg terlibat anak-anak Melayu kita sendiri.Oleh itu saya menyokong sepenuhnya cadangan oleh saudara meor supaya YB bwk isu ini ke parlimen. Bahaskan di parlimen,apakah tndakan kerajaan nk mengatasi??? Usulkan juga spya undang-undang hudud yang sbnrnya dilaksanakan di Malaysia. X payahlah nak tggu PAS memerintah baru nk laksana hudud nie. PAS sndiri masih samar-samar dgn pendirian mereka nk laksanakan huhud nie, terlalu sibuk dgn politik mereka. PAS bknlah pejuang Islam yg sebenar.Kmbli kpd gejala sosial td, mngkin agk mengejutkan bila hudud secara tiba-tiba nk dilaksanakan. Oleh itu, ambillah tindakan perlahan2 menuju ke arah pelaksanaan hudud ini. Kerajaan perlu:
1)Haramkan umat Islam dari memasuki kelab2 malam cnthnya. Tdk ada alasan sbnrnya knpa umat Islam perlu msk ke klb malam. Pengusaha klb malam @ disco yg membenarkan umat Islam msk ke premis mrk patut dikenakan hukuman berat.
2)Penjualan minuman keras dihadkan dari dijual di kedai2 24 jam. Perlu adakan kedai khusus menjual minuman keras nie. Naikkan cukai ke atas minuman keras dan kerajaan perlu tetapkan target dan untuk terus tutup kilang2 membuat minuman keras nie dr bertapak di Malaysia mgkn dlm tmpoh 5 tahun akan dtg.
3)Internet negara kita perlu ditapis spya remaja2 Islam kita mengakses website2 porno. Malaysia perlu contohi China yg menapis kndungan internet.
4)Kuatkan asas-asas Islam di kalangan pelajar2 kita dr sekolah rndh hngga sekolah menengah.
Semoga pembaca-pembaca lain akan tutut beri cadangan-cadangan.
Kepada Dato' Seri Najib, jgn terlepas pandang masalah yg melanda umat Islam skrg ini.Sekian..
itulah nasib bangsa ini, pemimpinnya tidak mahu bersatu, terpaksa mendengar nasihat kaum kafir sahaja...
apakah jadahnya sekiranya pemimpin bersatu...
Pemimpin melayu sekarang tidak menekan soal agama.. itulah puncanya..
baik umno, pas mahupun pkr hanya mementingkan kuasa dan tamak haloba sahaja..
salam YB,
saya bersetuju dengan saranan YB untuk menghukum pesalahlaku lelaki. mereka bukan sahaja berzina, malah telah mengabaikan 2 nyawa ; ibu dan anak. hukuman yang dikenakan seharusnya lebih berat berbanding pesalahlaku lelaki.
Zul,
APCO tu menatang benda. Cuba mu jelaskan sikit. Kalau tak tahu buat buat tahu. Tanya DSAI. Jangan mu senyap je yop. Kalau kamu benar nak melalak , ini lah peluang nye yooooop.
Baru terbukti kamu tu benar2 pejuang Islam. kalau kamu senyap jo. Tok sah lah menyalak lagi.
Tuan Handsome,
Bagi mengelak perkara tak diingini, puteri minta tuan handsome ni tukarlah gambar pasport dalam blog tuan ni dgn gambra baru yg lebih BEBAS kerana dalam gambar tu masih terlekat pin PKR....malu lah kat public.
ma kasih ye
ini lagi kelakar tuan yb..
Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'
sumber: Malaysiakini
Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.
Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.
"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi
Salam YB
Saya amat menyokong pandangan dri YB hal ini hanya boleh diselesaikan dgn pegangan agama islam yg sebenarnya islam. Nape mesti menyalahkan krjaan yang sedia ada .... Mana peranan setiap parti berteraskan islam , ngo dan lain2 lagi pertubuhan yg berteraskan islam. Sedangkan umat belum berakhlak mulia mcm mane nak ubah atau menyelesaikan masalah An-Lun ikut perundangan. Setiap parti berkempen utk kepartian walaupun dlm agenda islam sebagai terasnya. Berapa ramai ulama2 kjaan dan pembangkang mengadakan ceramah tentang akhlak sedangkan hal ini penting untuk ketaatan dan ketakwaan kita terhadap Allah.
Contoh kerajaan kelantan ... kes tidak pakai tudung ... berapa ramai org perempuan kelantan didenda mengikut islam yg tak tutup aurat ..Apa yg kita lihat di kelantan sama di negeri2 lain ada juga perempuan tak pakai tudung ( ramai) kalau kerjaan berteraskan islam sudah tentu kita tak jumpa perempuan tak bertudung di kelantan.PASTI semuanya bertudung. Kalau bab aurat ( tudung) tak dapat selesai mcm mana dgn kes An-Lun lagi sukar. Yang PENTING ajar umat islam sekarang ttg AKHLAK PEKERTI MULIA klam kerana Islam itu kan AKHLAK dan TAKWA
wasalam
Isu2 begini lebih baik utk di kupas dan di bincang bagi semua wakil2 rakyat. Dari pada berbincang dan bertikam lidah ttg cerita personal seseorang.
Teruskan menulis isu2 yg menyentuh tentang ugama islam tanpa berselindung. Dan mari kita mencari penyelesaian.
Thanks Mr Zul
U r the chosen one...
Not by Allah though... but by PDRM.. and the bn/umno regime...
u were planted by the sb of bkt aman to create all kinds of chaos in pr alliance...
u r one hell of a crooked liar zul noordin...
how will u excuse urself when u r called upon Allah our creator?
REPENT zul or u will regret
hmm..penyokong tegar n taksub pkr ni tak hbs-hbs lagi..psycho
yb zul teruskanlah usaha n perjuangan yb.insyaallah akan dipermudahkan..
plg penting kita semua amalkan islam n penguatkuasaan atas perilaku zina perlu dimantapkan..
apa la ko sejadahBURUK.....
ni la manusia,,bila ulamak bagi nas pun x nak dengar,,sapa lagi ko nak dengar...Samy Vellu?..ni la hasil didikan sekular..ada banyak benda yang betul dia cakap,,,,ada nas yg sahih...
Malaysiakini (Mac 24, 10 3:22pm)
Kes Altantuya: Zul dakwa ditawar habuan kaitkan PM, Rosmah.
Zul, apa crita ni ?.. mcm2..
KARIPAP BRTUL LA YOP NIE..ATE NGAPE...
1 ckp 8 nk ikut....
8 ckp x mau ikut....
8 ckp 1 ni penipu...
1 ckp ader maybe 40 lg nk ikut.....
nak percaya yg 1 ke yg 8???
laporan polis dh di buat...
yg bestnya polis percaya yg 1 drpd yg 8.....
blh x tlg highlight Pengerusi PERKASA ader saham judi seperti yg di sebutkan dlm dewan rakyat......
`pejuang melayu` ade saham judi ..
kah kah kah kah.....
hebat jgk katak ni kan......
ZUL4KALDAI dah bersuara..HAHAHAHA..si kaldai..akhirnya hg bersuara d Parlimen..TAHNIAH !! Akhirnya hg mmjadi PENCACAI, SI MUNAFIK,bagus2 Zul4Kaldai..cara pemikiran kaldai hg amat aku kagumi..hg mmg kaldai trbaik yg digunakan oleh UMNO/Bn..x sangka hg si kaldai..PENGKHIANAT mcm hg mmg aku x redha UNDI aku atas hg..
(Kesal kenyataan YB dimanipulasi TV3 Demi Kepentingan golongan tertentu)
Salam, syabas atas keberanian YB yang berani mengenai pendedahan di Parliman hari ini.
Dua isu dibangkitkan YB iaitu isu Altantuya & isu perbicaraan DSAI.
Isu Altantuya yg dibangkitkan YB mendapat liputan meluas tv3 dan Bernama tv. Walaubagaimanapun gesaan YB kepada kerajaan utk menarik balik perbicaraan DSAI di mahkamah sivil atas alasan "sekular" tidak langsung diceritakan dalam tv3 malam tadi.
Tindakan ini telah menyebabkan sebilangan penyokong PR khususnya PAS 'bersangka buruk' kpd YB atas salah faham yg berlaku.
Justeru saya berharap agar YB dapat memperbetulkan kesilapan yg dibuat oleh media arus perdana khususnya TV3 agar kenyataan YB dalam parlimen tidak diperalatkan oleh pihak tertentu demi kepentingan politik golongan tertentu.
Semoga YB dapat menegakkan keadilan di samping meleraikan kekusutan yg ada.
Apa pun syabas & tahniah atas ketelusan YB mendedahkan apa yg sepatutnya di Parlimen tadi.
Selamat Berjuang YB!!!
Assalamualaikum.
Sekadar memberi cadangan kepada YB zul supaya menyuarakan idea saya yang tak seberapa ini kepada pihak2 yang mampu melaksanakannya.
1. Kita bukan sahaja berhadapan dengan masalah anak luar nikah ini, tetapi kita juga menghadapi satu situasi SUSAHNYA UNTUK BERNIKAH. jika kita perasan, zaman ini, kalau tiada RM20k, mungkin susah untuk meminang anak orang, dengan hantarannya, walimahnya, dan mcm2 pembelanjaan lain diperlukan hanya untuk menguruskan hal2 perkahwinan, akhirnya muda mudi lambat kahwin, walhal hati telah bergejolak untuk berkahwin setelah berkawan terlalu lama.
2. Pihak jabatan zakat bolehlah berperanan untuk membiayai pasangan-pasangan muda untuk berkahwin sebagai satu galakan kepada pemuda Islam untuk berkahwin dan menghindari zina. Jika tidak silap saya, pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz ada membuat skim ini, pemuda2 yang ingin berkahwin boleh ambil duit zakat.
3. Organisasi dalam masyarakat seperti JKKK, parti politik, NGO, JK Masjid, jabatan agama dan lain2 boleh juga membuat majlis perkahwinan beramai-ramai untuk satu tempat (seperti yg dilakukan di kuala lumpur dahulu). Misalnya di dalam sebuah kampung atau kawasan perumahan, boleh jadi ada beberapa pasangan akan berkahwin pada tahun tertentu, apalah salahnya pihak ketua kampung/jkkk mengambil inisiatif menyatukan walimah mereka semua sekali secara serentak (boleh jadi majlis akad nikah berasingan, tetapi walimahnya berasingan), ini akan menjimatkan kos, jimatkan tenaga kerja masyarakat (yg kebanyakkannya sudah berumur).
4. Kempen kesedaran - Kita bukan sahaja memerlukan kempen supaya org menjauhi zina, tetapi KITA PERLUKAN JUGA KEMPEN SUPAYA MUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN. Dan kita juga memerlukan kempen supaya MUDA MUDI CEPAT BERKAHWIN agar segala hubungan mereka menjadi halal dan berpahala.
5. Kita juga perlu kempenkan dan meyakinkan kepda masyarakat bahawa orang2 yang berkahwin, Allah akan memberi mereka rezeki! Walaupun hanya bergaji Rm1000 sebulan, insyaAllah ianya mmg cukup membiayaai sebuah keluarga yang hanya suami dan isteri utk permulaan. (Tukang kebun bergaji Rm600 sebulan pun boleh sara anak beranak) - cuma takde la mcm orang kaya , berkereta besar, rumah besar dan lain2, sudah tentu semuanya besederhana.
6.Melonggarkan sedikit perjanjian2 biasiswa pelajar yang melarang pelajar2 berkahwin ketika belajar. Sebenarnya alasan ini tidak begitu wajar kerana ada juga pelajar2 yang ambil master dan PhD memang sudah berkeluarga, tetapi mereka pun mampu meneruskan pelajaran. Juga, pemberi biasiswa boleh juga memberi bantuan kepada pemegang biasiswa yang berkahwin seperti menambah elaun sara hidup, tak banyak pun takpa, dari Rm600 kepada RM800, kalau si suami dan isteri pun dapat biasiswa, RM600 + Rm600, = RM1200, itu pun dah mencukupi sbnarnya. (Sekali lagi sy ingin ulang, TUKANG KEBUN PUN BOLEH BIAYAI KELUARGA MEREKA DENGAN HANYA GAJI RM600 SAHAJA!)
7. Sesungguhnya Islam itu mudah, dan sesiapa yang menyusahkannya pasti akan kalah. Kita telah lihat, masyarakat telah menyusahkan urusan yang sebenarnya mudah disebabkan mereka tidak yakin dengan janji Allah. Semoga ramai pemuda-pemudi kita akan kahwin cepat demi menjaga maruah diri, agama dan keturunan mereka.
Wallahua'lam.
Humaizi,
Lumut, Perak.
Salam YB Zul
Semoga Yb berada dalam keadaan baik, saya ada tengok tv tadi yang Yb telah mendedahkan bahawa ada orang cuba membeli YB supaya memfitnah PM .
Inilah wajah sebanar cara politik petualang bangsat , harap Yb terus dedah rahsia sipetualang bangsat ni
Salam,
Maaf lari tajuk. Maka bermula lah satu siri pendedahan dari Yb?
Yb tahu apa yg Yb patut laksanakan. Teruskan lah perjuangan tu. Jangan tangguhkan hal minta maaf tu. ajal maut ni tidak tentu masanya. Moga Yb sempat minta maaf.
salam YB Zul,
Saya sokong apa yang disarankan oleh yb berkenaan sistem pendidikan sekarang perlu dikaji bagi memberi pendedahan dan juga kesedaran kepada generasi pada masa sekarang sejak di bangku sekolah lagi. Dengan arus permodenan dan gaya kehidupan yang semakin moden mereka amat terdedah dengan gejala sosial dan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral memandangkan tiada langkah2 yang serius dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi perkara tersebut. Lihat saja wujudnya pusat2 hiburan yang kebanyakannya dikunjungi oleh bangsa melayu, penjualan minuman keras dan pergaulan bebas di sana akan mengundang kepada perlakuan seks bebas di mana mereka bebas memilih pasangan masing2 tanpa mengira dosa. Bagi mengelakkan kelahiran anak luar nikah ini seharusnya pencegahan dilakukan dari peringkat awal lagi bukan nya setelah ia terjadi.. Haramkan saja pusat hiburan yang menjadi teras dalam berlakunya masalah ini. Saya sentiasa menyokong apa2 yang baik dari yb supaya dapat memartabatkan agama Islam dan bangsa melayu kita...adiosss..
Zul kau cuba jawab ni pulak.
Kau nie memang pengkhianat!
"Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan, kata Koperal Sirul Azhar Umar.
cara paling senang tukar kerajaan.. langkah pertama tukar mp kulim dulu..
salam yb..
dah bebas ni harap2 yb dpt memberi fikrah2 yg membina dlm parlimen tanpa terikat dgn mana2 pihak.. terutama utk mendaulatkan Islam di negara kita.. moga2 kata2 yb "Islam come 1st, the others come second" dpt yb kotakan..
Dlm soal kalimah "ALLAH" ini harap yb dpt bersemuka sendiri dgn TGHA supaya beliau dpt memberi kefahaman kpd yb kenapa beliau sokong penggunaan kalimah ini utk org bukan Islam.. semoga kekeliruan dpt dileraikan..
sy juga keliru juga pd mulanya kpd PAS boleh terima berkenaan dgn isu ini.. tapi setelah melihat dari suduh yg jauh, maka sy akui ia merupakan satu drpd kunci yg boleh membuka pintu dakwah dgn seluasnya.. selama ini kita berdakwah secara defensif yg kita lihat hasilnya amat tidak memuaskan. Bukan shj kita tdak berjaya menarik org bkn Islam kpd Islam, malah org Islam sendiri lari drpd Islam.. Skrg sudah smpi masanya para pendakwah kita melakukan offensif, menerangkan kpd masyarakat baik yg Islam atau yg bukan Islam siapa "ALLAH".. skrg ummat Islam sendiri ramai yg x kenal siapa Allah..
"Awaluddin ma'rifatullah"
"Awal agama mengenal Allah"
bayangkan kalau 1 malaysia kenal Allah.. Insya'Allah hidayah Allah lebih mudah sampai kpd mereka..
Wallahu'alam..
Pandangan Ahmad Humaizi sy sokong dlm kes An Lun ni, nampak practicallity dlm menangani terutama dlm isu kawin..
Inilah wajar diperjuangkan oleh semua orang melayu tak kira fahaman politik..
Post a Comment