10 March 2010

ALFATIHAH: SYAIKHUL AL AZHAR


Salam 2 all.

Innalillah hiwa inna ilai horojiun dan salam takziah saya ucapkan ata s pemergian Almarhum Syeikh Mohamed Sayyed Tantawi, Mufti Besar Al Azhar sebentar tadi di 'Arab Saudi. Beliau dipercayai diserang sakit jantung semasa penerbangan. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinatul Munawwarah. Moga ALLAH melimpahkan rahmatNya ke atas Almarhum dan menganugerahkan beliau keampunan. Moga ALLAH juga memberikan kesabaran kepada ahli keluarga Almarhum.

Alfatihah.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
24 Rabi'ul Awal 1431
10 Mac 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan berita daripada Berita Harian Online bertarikh 10.03.2010)

Ulama Sheikh Mohammed Sayed Tantawi meninggal dunia serangan jantung

KAHERAH: Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, meninggal dunia selepas serangan jantung hari ini, ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi. Agensi berita MENA, berkata Sheikh Mohammed, Imam Besar Al-Azhar (kedudukan tertinggi dari segi pembelajaran Islam Sunni), berada di Riyadh bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Televisyen Mesir berkata, tokoh kontroversi Mesir yang meninggal dunia pada usia 81 tahun itu, mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia. Sejurus selepas Sheikh Mohammed disahkan meninggal dunia, televisyen di Mesir mula menunjukkan rakaman video masjid Al-Azhar sambil diiringi muzik suram. Anaknya, Amr Tantawi, berkata berita bapanya meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.
"Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," katanya. - AFP

16 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Al fatihah....

kehilangan besar untuk pendokong Ahli Sunnah.

Ini bukti Allah mahu jenazah beliau dimakamkan di baqi.

lin said...

Salam,
saya dan suami telah lama ikuti perkembangan anda dari tahun 1998.Bagi saya anda lah pejuang agama dan bangsa yang sebenar.Dalam doa,saya sentiasa berdoa anda dipanjangkan umur dan dilindungi Allah selalu.Alhamdulillah akhirnya anda seperti kami juga.Saya mula menjauhkan diri dari Pas bila ia bergabung dgn DAP.pemikiran anda dan saya adalah sama,kenapa UMNO,PAS dan PKR tidak mahu mengalah dan bergabung?Susah sangat kah untuk berkorban?Kita boleh bertolak ansur dgn org lain,tapi kenapa tidak boleh bertolak ansur demi agama dan bangsa.Sebab itulah hingga kini umat Islam tertindas.Perpecahan menguntungkan or lain.Kini doa saya telah termakbul utk anda,saya berdoa agar umat Islam bersatu juga suatu hari nanti dan saya berpeluang menyaksikan ini dihayat ini.Moga ramai lagi yang berprinsip seperti anda,soal agama dan bangsa tiada kompromi walau dgn sahabat baik.Itu juga prinsip saya ditempat kerja.
Sekali lagi,moga anda diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkn semua urusan.Amin

Shairon said...

Salam..
YOP ZUL,tukar topik pulak ke?ate teman tengok idak sesape pun dalam PR melayan YOP ZUL..
dah "piraun kecil" menyangkut "badut ingusan" pulok..
kah kah kah..

takpe,nanti teman tanye masalah YOP ZUL ni pade cikgu teman,die pakar masalah identiti ni..
boleh le teman bagi nasihat pakar pade YB YOP lopeh ni
Kah kah kah..

hidup mesti rock beb,rock!!
kah kah kah

REGARD

safiq said...

alfatihah...

ag said...

apa kata kau letak jawatan sebagai mop kulim sebab 65% kau dapat dtg dr kafir.

Sound of Malaysia said...

amat laku di kaca TV 3 Suku dan media-media pencacai kerana beliau adalah `badut' politik buat Umno. Badut ini akan terus beraksi untuk menghiburkan orang walaupun wajah badut dihias dengan berbagai rupa yang lucu lagi menghodohkan. Selaku Badut, beliau harus berani untuk terus dipermain dan dipersendakan oleh mereka. Kita juga boleh tumpang ketawa dengan gelagatnya itu. Kesihan dia.

Makmal Komputer SK Ceneh Baru ditubuhkan pada 2005 di sebuah blok khasnya sendiri. Terdapat lebih 40 buah komputer yang ditempatkan di 2 bilik berasingan. said...

aduh. alangkah bertuahnya kalau dapat dikebumikan di bumi para anbiya. Amin!

Abi Qalam said...

Salam YB,

AL Fatihah.. Ya Allah, kurniakanlah bagi guru kami ini kemuliaan.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..

Lebarkan ukhuwwah sesama muslim, RasuluLlah dah ikat kita dengan persaudaraan, jangan akita putuskan dek kerana parti dan politik..

Anang said...

Salam. Al-Fatehah utk Sheikhul Al-Azhar. Doakan semoga roh beliau aman di kalangan para ambia'. Nak respon pada 'ag' & yang sewaktu dgnnya, serabut betul hangpa ni. Tak habis2 suruh kosongkan kerusi MP K/BB. Hangpa nak masuk calon ka. Ni nak habaq, non-muslim kat K/BB tak sume buat tafsiran & rumusan psl Zul mcm hangpa. Zul bukan nak memusuhi agama lain, tetapi nak tegakkan hak agama Islam. Hampeh betul pala hotak hangpa ni. Ada brani bg respon?

Irfan said...

lin..saudari memang amat benar,dan saya amat bersetuju dengan anda.

lan844 said...

penyokong zul..org umno@bebas?kalau PRU nanti masih undi zul sbg parti bebas?atau undi calon umno sendiri?la ni berapi hangpa ampu zul..x habis habis dgn bodek puak umno ni..zul hang pun tau camna perjanan dlm umno..sebab tu hang join PKR dulu..hang sentiasala berdoa agar dikuatkan iman supaya tak tergoda nanti..kuatkan semangat zul..kuat zul!! yes..!!gunakan segala kuntau yg hang ada..ishh!!aku pun dh x tau nak respect hang la..sori zul..

lan844 said...

salam tuan makmal komputer...apa punya belit punya nama..
camna nak jadi macam para anbiya?kita bukan tarafnya..hanya YB ZUL yang nampak ada tokohnya..

lan844 said...

anang..tolong jawab soalan ni..hang orang umno @penyokong kuat Zul..hang tanya diri sendiri..hang akan undi zul kalu dia bebas?sebab tu dia kena bertanding semula anang oi!!baru kita tau hang ni umno ka bebas?x faham faham lagi..?

OSMAN DOL said...

Selama-lamanya saya menyokong perjuangan anda. Pilihlah wadah yang sesuai. Sudah tepat anda membuang PKR yang memperjuangkan dan cita-cita kotor seseorang. Kalau bersumpah takut nak beri kerjasama dengan polis pun takut. Apahal, berani kerana benar tapi dia takut kerana salah. Teruskan perjuangan anda untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Assalamualaikum.

The Way I See It said...

Al Fatihah untuk Sheikh Al Tantawi,

Untuk pencacai PKR yang kutuk hang Zul dalam posting ni, memang sahih dah jadi kapiq!!

Depa dah jadi anjing kapiq laknatuallah. Jadi bro Zul teruskan perjuangan hang.

Mampuih pi lah kat Cyber Trooper PKR laknatuallah..

Ramla 1192 said...

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

(al-Bukhari)

Semoga roh arwah senatiasa dicucuri rahmat Allah. Al FAtihah.