06 March 2010

JANGAN ULANGI SEJARAH SILAM


Salam 2 all.

Pada bulan Disember 1950, hakim bukan Islam telah membicarakan kes Natrah. Umat Islam menegaskan kes itu melibatkan isu agama Islam, mengenai kemasukan ke Islam dan perkahwinan cara Islam. Tetapi golongan bukan Islam mendakwa ianya bukan isu agama Islam, tetapi isu mengenai penjagaan kanak-kanak. Akhirnya Natrah dimurtadkan! Umat Islam terhina dan terluka akibat kes tersebut sehingga hari ini.

Pada bulan Disember 2009, hakim bukan Islam membicarakan kes kalimah ALLAH. Umat Islam menegaskan kes itu melibatkan isu agama Islam, mengenai hakikat ketuhanan ALLAH yang Maha Esa. Tetapi golongan bukan Islam dan sekutu mereka mendakwa ianya bukan isu agama Islam, tetapi isu mengenai istilah dan hak perlembagaan. Akhirnya kalimah ALLAH disyirikkan! Umat Islam terhina dan terluka sehingga kini.

Isnin lepas 15 Rabi’ul Awal 1431/01 Mac 2010, panel Lembaga Disiplin PKR yang bukan Islam mahu membicarakan saya membabitkan isu kalimah ALLAH. Saya menegaskan ini adalah isu membabitkan agama Islam. Tetapi golongan Fira’un-Fir’aun Kecil menyatakan ini isu disiplin, bukan isu agama Islam. Saya tidak akan membiarkan sejarah penghinaan terhadap Islam diulang semula!

Saya kesal dengan kenyataan YBhg Dato’ Seri Presiden dan YB Setiausaha Agong PKR semalam yang menolak permohonan saya supaya dibicarakan oleh Lembaga Disiplin yang terdiri daripada orang Islam. Kenyataan mereka bahawa isu dihadapan Lembaga Disiplin tersebut tidak melibatkan agama Islam sekadar mengulangi sejarah jijik dan keji masa silam. Kalau dahulu ianya dilakukan oleh golongan bukan Islam, kini ianya dilakukan oleh orang Islam sendiri!

Pertuduhan yang dikenakan terhadap saya ialah untuk menunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana membuat lapuran polis terhadap YB Khalid Samad berkaitan isu kalimah ALLAH. Ini berkaitan kenyataan akhbar YB Khalid yang menyatakan enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah ALLAH sudah ketinggalan zaman dan ianya digubal kerana kefahaman orang Islam terlalu lemah sehingga perlu dilindungi oleh enakmen tersebut. Pada saya ini adalah satu jenayah terhadap Islam dan umat Islam, satu penghinaan melampau yang tidak boleh diterima oleh sesiapa juga umat Islam yang mempunyai walau sekelumit iman.

Sudah tentu dalam pembelaan saya perlu mempertahankan pendirian saya mengenai isu kalimah ALLAH dan mengapa saya sehingga mengambil tindakan drastic membuat lapuran polis. Sudah tentu saya akan membuat rujukan kepada dalil Al Quran, hadis Rasulullah dan pendapat ‘ulama muktabar dan lain-lain sebagai sandaran kepada tindakan tegas saya. Ini melibatkan soal aqidah, syariat dan agama Islam yang hanya boleh dihayati, diinsafi dan difahami oleh mereka yang beriman dan Islam.

Atas dasar itulah saya telah melalui 3 surat bertarikh 16.02, 25.02 dan 27.02 meminta supaya ahli panel Lembaga Disiplin terdiri daripada orang Islam. Saya memang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan mana-mana Lembaga Disiplin tersebut untuk mempertahankan pendirian saya, saya sedikit pun tidak gentar apatah lagi mengelak berdepan dengan mereka. Sebab itu saya hadir pada kedua-dua tarikh perbicaraan yang ditetapkan walaupun Fira’un-Fira’un Kecil didalam PKR dan sekutunya menyebarkan fitnah saya tidak akan berani hadir!

Tetapi Fira’un-Fira’un Kecil ini telah membariskan ahli panel yang terdiri daripada dua penganut tegar Kristian dan seorang penganut Hindu, dengan hanya seorang Islam disitu. Saya difahamkan ahli panel kelima, seorang Muslim telah mengundurkan diri kerana tidak boleh menerima komposisi Lembaga Disiplin yang majoritinya bukan Islam.

Saya bukan tidak menghormati ahli panel tersebut, jauh sekali anti bukan Islam. Tetapi saya percaya penganut Kristian sudah tentu akan membantah jika orang Islam yang membicarakan mereka mengenai kepercayaan dan agama Kristian mereka. Saya percaya penganut Hindu sudah tentu akan membantah jika orang Islam yang membicarakan mereka mengenai kepercayaan dan agama Hindu mereka. Saya percaya penganut Budha sudah tentu akan membantah jika orang Islam yang membicarakan mereka mengenai kepercayaan dan agama Budha mereka. Seorang Muslim hanya boleh dibicarakan oleh Muslim yang lain mengenai soal aqidah, syariat dan agama Islam. Itulah prinsip keadilan sejagat yang diterimapakai oleh seluruh manusia yang sivil dan bertamaddun!

Bagaimana mungkin Fira’un-Fir’aun Kecil ini boleh menghadapkan saya kehadapan panel Lembaga Disiplin bukan Islam untuk membicarakan saya dalam isu mengenai aqidah, syariat dan agama Islam! Ini adalah satu penghinaan besar terhadap saya dan umat Islam. Ini satu kemungkaran yang melampaui prinsip-prinsip keadilan, kerana seseorang mempunyai hak untuk dibicarakan oleh mereka yang sekufu dengannya. “One should be tried only by one’s own peers!”.

Namun ternyata Fira’un-Fir’aun Kecil ini tidak menghormati sensitiviti dan aqidah umat Islam. Kes ini menelanjangkan tembelang mereka sebenarnya. Umat Islam perlu sedar bahawa laungan mereka untuk mempertahankan kedudukan Islam dan kedudukan istimewa umat Islam dan institusinya saperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar retorik politik murahan yang palsu lagi menyesatkan.

Sejak sebelum menjadi Ahli Parlimen, saya konsisten dan istiqomah dalam isu mempertahan dan membela Islam dan institusinya di Malaysia. Saya menentang usaha memurtadkan umat Islam termasuk kes murtadnya Nor ‘Aishah Bukhori pada tahun 1997. Saya membantah keras cubaan menghalalkan murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy, termasuk mengkritik keras Majlis Peguam dihadapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2006. Saya menegur tegas tindakan Majlis Peguam mempertikaikan isu kemasukan ke Islam pada tahun 2008. Saya membawa banyak usul ke Parlimen dalam usaha memartabat dan memuliakan Islam didalam Perlembagaan Persekutuan. Pendirian dan perjuangan saya konsisten dan istiqomah dalam mempertahan, membela dan memuliakan dan memartabatkan Islam.

Fir’aun-Fir’aun Kecil ini tahu bahawa saya pasti tidak akan tunduk dan menerima untuk dibicarakan dihadapan panel bukan Islam dalam isu membabitkan aqidah, syariat dan agama Islam. Maka mereka melakukan perancangan jahat membariskan panel bukan Islam untuk membicarakan saya. Saya mengambil langkah yang paling terhormat dan bertamaddun yang sepatutnya di ambil, iaitu melangkah keluar dan walk out.

Saya telah menulis kepada Setiausaha Agong supaya merujuk perkara ini kepada MPT PKR untuk dikaji semula, dengan memansuhkan Lembaga Disiplin bukan Islam yang ada dan melantik suatu Lembaga Disiplin yang terdiri daripada orang Islam, dan saya bersedia pada bila-bila masa yang menasabah untuk berdepan dengan mereka.

Saya berbuat sedemikian untuk memberi mereka peluang memperbetulkan kemungkaran besar yang telah mereka lakukan. Saya difahamkan MPT PKR telah dipanggil bersidang petang ini Sabtu 20 Rab’ul Awal 1431 / 06 Mac 2010 untuk mengkaji tuntutan saya. Saya meletakkan harapan dan keyakinan bahawa pihak MPT akan menerima tuntutan saya dan membentuk panel yang baru. Pada saya ini adalah ruang terakhir yang boleh saya berikan. Jika mereka masih berkeras, maka saya mungkin tiada pilihan lain selain daripada mengkaji semula kedudukan saya didalam PKR dan melihat opsyen serta pilihan yang ada kepada saya untuk tindakan selanjutnya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Rabi’ul Akhir 1431
06 Mac 2010

12 comments:

along7275 said...

piraaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..............................sembang kuat............dulu aku respek gile kat yb zul.......ala apa payah jumpak aje pertahankan diri................jangan dok sembang kuat.........piiiirrraaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........

Wak Long Man said...

Salam , saudara YB Zulkifli Noordin;

saya begitu amat bangga dengan ketegasan saudara dlm mempertahankan kalimah ALLAH Yang Maha ESa..
Sesungguhnya kita telah berikrar dgn penuh keikhlasan bahawa "SESUNNGUHNYA AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH"
Jadi pada saya dgn Kalimah Tauhid ni jelas jika ISLAM yang sebenar2nya ISLAM , kalimah HAQ ni untuk umat ISLAM. Tolonglah , jangan sampai anak, cucu kita tidak tahu membezakan Yang HAQ dan Yang Bathil.

tamingsari said...

YB Zul.

Apabila prinsip perjuangan parti dan sikap kepimpinan tertiinggi bersalahan dgn akidah dan tiada tanda mengubah pendirian, maka pilihan yg ada ialah bersama mempertahankan akidah supaya tdk bersubahat dgn kekufuran pemimpin.

Selagi Sdr.Anwar tetap berpendirian sama dlm soal kalimah Allah, selagi itulah YB. bersubahat dgnnya. Fikir panjang2 dan buat keputusan atas nama Allah.

Biarlah kita dihina dan dicaci oleh rakan taulan tetapi disisi Allah kita dimuliakan.

harunn said...

Salam

Saya turut simpati ketas apa yang terjadi kepada YB Zul
Ternyata umat Islam sekarang lebih memebtingkan polotik dari agama mereka

Harap Yb terus terang siapakah itu firaun2 haram jadah tu

siapakah sebenar petualang disebalik apa yang berlaku dalam parti ini

wham said...

YB;

tuan penasihat menyatakan tindakan keluar parti adalah proses pembersihan dari daki. Saya rasa lebih baik jadi daki daripada duduk dekat lubang n*jis.

anakwatan said...

kalau betoi nak jaga islam banyak lagi benda dan perkara yg patut dan wajib bagi YB pertahankan,awat isu ni pulak yang YB dok kalut sangat,mgkin sebab umno pun sama2 perjuangkan isu kalimah ni, memang sah ada agenda tersembunyi antara YB dengan umno yg hendak disorokkan kepada pengetahuan umum,dari persepsi saya lah apa yang saya faham tentang isu kalimah ini adalah permainan umno yg sengaja menbiarkan hakim cina mengendalikan kes ini dari mula dulu ini adalah peluang utk umno mainkan isu utk menarik sokongan org melayu bahawa umnolah pejuang jati islam dan PR ni hanya ikut telunjuk DAP, huh....pandai sungguh pelakun2 opera ni melakunkan watak2 yg diberikan termasuklah YB sendiri yg memang ada perancangan awal dgn dato aziz kadiaq, banyak sangat ka yg umno bagi duit sampai sanggup hilang taat setia, kalau setakat tak cukup duit nak boh minyak motor besaq YB tu tak yah lah cari umno ,saya pun boleh bagi.

anakwatan said...

kalau betoi nak jaga islam banyak lagi benda dan perkara yg patut dan wajib bagi YB pertahankan,awat isu ni pulak yang YB dok kalut sangat,mgkin sebab umno pun sama2 perjuangkan isu kalimah ni, memang sah ada agenda tersembunyi antara YB dengan umno yg hendak disorokkan kepada pengetahuan umum,dari persepsi saya lah apa yang saya faham tentang isu kalimah ini adalah permainan umno yg sengaja menbiarkan hakim cina mengendalikan kes ini dari mula dulu ini adalah peluang utk umno mainkan isu utk menarik sokongan org melayu bahawa umnolah pejuang jati islam dan PR ni hanya ikut telunjuk DAP, huh....pandai sungguh pelakun2 opera ni melakunkan watak2 yg diberikan termasuklah YB sendiri yg memang ada perancangan awal dgn dato aziz kadiaq, banyak sangat ka yg umno bagi duit sampai sanggup hilang taat setia, kalau setakat tak cukup duit nak boh minyak motor besaq YB tu tak yah lah cari umno ,saya pun boleh bagi.

adrian said...

greetings of the Almighty be upon YB and your family.
Here again, YB, you seem to be getting your facts and history wrong.
Please understand what you are being charged for.....not whether the use of the kalimah "Allah" by non Moslems are rite or wrong but for reporting a fellow PR member for his stand on the use of the term.
It is indeed sad and disappointing that as a learned person, you, choose to divert the charge to what your stand is.
Return,please, return to the path....it would be sad that someone like yourself can be hoodwinked into the situation.
Peace be upon you, YB

-thethinker- said...

bro , hang bicara pasai keadilan , hang bicara pasai agama , hang bicara pasai prinsip...

bole hang tolong komen , apa nak jadi pada fitnah yg hang buat pasai perarakan maulidur rasul oleh kerajaan P.Pinang ?? amboi , lepas baling tangan , hang sembunyi tangan hor.. buat fitnah pandai , mengaku salah ... tak pernah dalam kamus hidup.

seet said...

I suggest why don't you storm the disciplinary panel with all yr racist supporters and burn the place down? You did that to the bar council meeting and they didn't arrest you. You must be above the law since you are an MP? Surely all people who are muslims are not fit to judge you is it? Talk about loading the dice...

seet said...

Obviously walked out of the disciplinary meeting because u have no balls to meet them. If you want to defend Islam, please be prepared to die for it.

Shairon said...

Salam YB rempit..

anda telah menunjukkan MUSLIM lemah,MUSLIM ini bangsa terhina..

saya sebagai muslim merasa amat terhina kerana kenyataan satu demi satu dari saudara langsung tidak menunjukkan saudara mempunyai akal..

syabas terhadap perjuangan besar anda,perjuangan tetapi hasilnya haprak..kalimah kemana apa pun kemana..

nak jadi muslim yang bijak,mestilah pandai menilai yang mana tersurat dan yang mana tersirat,yang mana permainan musuh dan yang mana perjuangan..yang mana kawan dan mana lawan..

bukannya musuh ajak bertumbuk,terus bertumbuk..
k?