09 March 2010

TARIK DIRI SEBAGAI PEGUAM SYARIE

ZULKIFLI NOORDIN & ASSOCIATES
ZULKIFLI BIN NOORDIN LL.B (Wellington)
____________________________________________________________
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA ADVOCATES & SOLICITORS PEGUAM SYARIE

Ruj. Kami : DSAI/MTSWP/QAZAF
Ruj. Tuan : MTSWP-14100-099-0012-2010

Selasa: 23 Rabi’ul Awal 1431 / 09 Mac 2010

Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekuatan
Jalan Damansara
Kuala Lumpur Fax: 03-22740136/ POS

Tuan

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH W.P
PERMOHONAN NO: 14100-099-0012-2010
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM –v- SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN DLL

Perkara diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa berdasarkan kedudukan mutakhir yang sedia dimaklumi, saya tidak bersedia meneruskan perwakilan mewakili YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim bagi kes permohonan di atas. Saya dengan ini memaklumkan menarik diri dan terhenti daripada mewakili dan/ atau bertindak sebagai peguam syarie YB Dato’ Sei Anwar Bin Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Dilampirkan sesalinan Borang MS 8 untuk tindakan lanjut pihak tuan. Oleh itu, saya pohon kebenaran pihak tuan untuk kemaafan tidak hadir pada sebutan kes ini yang dijadualkan pada hari Rabu 24 Rabi’ul Awal 1431 / 10 Mac 2010.

Sekian untuk perhatian dan tindakan lanjut pihak tuan.

Yang benar

(ditandatangani)
Zulkifli Bin Noordin

s.k
1. Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi
2. Tetuan Zainul Rijal & Associates
3. YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
BORANG MS 8

AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998
(Seksyen 38)
________________________________________________________

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
DI WILAYAH PERSEKUTUAN DI KUALA LUMPUR

PERMOHONAN NO: 14100 – 099 – 0012 – 2010

ANTARA

DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM …PEMOHON

DAN

1. SHAMSUDDIN BIN HUSSAIN
Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan

2. DATO’ HJ. CHE’ MAT BIN CHE’ ALI
Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

3. MEJAR JENERAL DATO’ HJ. JAMIL KHIR BAHAROM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri …RESPONDEN

NOTIS PENARIKAN DIRI PEGUAM SYARIE
Kepada Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

AMBIL PERHATIAN BAHAWA saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.

Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010

(ditandatangani)
………………………
(Peguam Syarie)


Kepada:

1. Peguamcara Pemohon Tetuan Kamar Ainiah, Raziff & Zashidi

2. Kepada Responden-Responden melalui Peguamcaranya
Tetuan Zainul Rijal & Associates




NOTIS ini dikeluarkan ZULKIFLI BIN NOORDIN daripada Tetuan Zulkifli Noordin & Associates di Tingkat 7, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur

45 comments:

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

pengkhianat..

aman said...

Hurry!!!!!!!!!!!!!!!!!!

czackPY said...

sudah terang lagi bersuloh. Selamat jalan semuga berjaya di dalam parti umno

harunn said...

Salam

Baguih Yb Zul , saya sokong penuh tindakan Yb , biar dia rasa , baru dia tau langit tinggi rendah , biar la dia cari mana2 peguam yang nak bela dia , cari la karpal singh atau mana firaun2
ini balasan orang yang lupakan kulit
Saya pasti Yb tahu banyak rahdia nuar ni , kalau boleh Yb bongkar kasi ajar sama dia

syabab musafir kasih said...

Teruskan perjuangan. Meletakkan agama lebih dari parti adalah perjuangan yang paling betul. Apabila parti tidak kira PAS, PKR, UMNO meletakkan parti lebih penting dan mulia dari agama...jadi ini patut ditentang habis-habisan. Agama didaulatkan, parti dikemudiankan.

Tan Loo Ley said...

Syabas kepada harunn..marah bebenaor deme yer pada DSAI....berapa banyak DSAI berhutang dengan deme..nampak marah sangat tu...

Bawak-bawaklah bertenang ingat akan kejadian kita.....tak kanlah sampai nak peluk umno sampai ke liang lahad kot

Ampun Tuanku said...

zul nordin yang saya kenal :
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25417:zul-nordin-yang-saya-kenal&catid=93:editor-harakahdaily&Itemid=138

harunn said...

Hello Brader Tan Loy Ley
Nuar tak pernah berhutang apa 2 dengan saya , saya pun tak berhutang dengan dia , dulu tahun 1998 saya memang sokong dan simpati kat dia , sejak kebelakangan ni dia nampak lain macam , banyak menginggung perasaan orang melayu - komunis dia kata baik , untuk menjaga hati dap , apa dap cakap semua betul

Untuk pengetahuan , saya bukan sokong umno sepenuhnya , ini bukn isu umno ke apa , ini isu agama Islam

Bila sesiapa yang berjuang untuk Islam tak kira parti mana , tak kira sapa dia , saya akan support penuh

Ada paham ka...

akabas said...

Harakah ni jgn percaya kan sgt... saat Tun Dr M kritik kerajaan BN dibawah Pak Lah, bukan main melangit memuji Tun Dr M, tp saat Tun Dr M masuk semula Umno lihatlah layanan harakah pada beliau.. Hipokrit politik berlabel islam..

Fauziah said...

Saya simpati dengan sdra YB Zulkifli. Saya harap gangguan fizikal dan mental yang YB lalui akan mulai reda, dan YB dapat bertenang, lapangkan fikiran, tak usah ingatkan segala tekanan dan pengkhianatan yang dilakukan mereka terhadap YB. Allah bersama YB. Saya syorkan YB rehat sekejap dari politik, tetapi bagi panduan dan iktibar kepada orang politik, khususnya orang2 yang kelihatan ikhlas, jujur, sensitif, berlagak seperti pemimpin besar, warak, beragama dan sebagainya, sedangkan di dalamnya kosong, penuh noda. Tak usahlah bela kejahatan, kemungkaran. Semoga Allah bersama YB.

Fauziah said...

YB eloklah tarik diri dari membela orang yang jelas bernoda dan kotor. Jengan membela kemungkaran, walau pun di luar kelihatan warak, beragama, berwibawa, pemimpin agong. Allah telah membuka hati YB dan pandangan YB kepada kebenaran, tidak kira sesiapa, YB tetap dengan pendirian yang istiqamah dan penuh taqwa. Memang sukar nak dapat orang seperti YB, yang ikhlas demi perjuangan kerana Allah. Semoga Allh bersama YB.

azman man said...

Salam , YB Zulkifli Noordin

Ini keputusan yang YB ambil berdasakan senario terkini. Tapi yang pastinya tindakan ini perlu diambil krn DSAI sudah tak perlukan YB makanya YB tak perlu bersusah payah utk mewakili beliau dalam Mahkamah Syarie.. Teruskan agenda YB untuk agama , bangsa dan negara
Diharap YB tenang dan tabah dgn cacian dan kejian dri mrk yg masih lena dibuai mimpi2 indah dlm PKR.
Kalau mcm ini konsep PARTI di Msia pantang ditegur , dianggap pengkhianat ..... hancur negara krn pemimpin bagai lembu dicucuk hidung dn akhirnya kebathilan akan berkuasa penuh YANG HAQ terkubur lesu.
Wassalam
Teruskan perjuangan mu
Terima kasih krn membuka minda dn mata kami utk terus menilai siapa yg sebenarnya pemimpin.

anakkulim said...

Macamtulah peguam melayu..... Yang hangpa tau camana nak masyuk lebih. Bila dah kena tekan gelabah laa... Moga lebih berjaya saudara Zul. Elok laatu... Tak penah nampak muka pun kat KBB. Anda tak akan peduli pun kata kata orang bawahan. KUNUN dah bjaya la tu. Pemikiran anda telah dikuasai. Perancangan anda juga telah dijangka.Kita tunggu peranan peguam tersohor(blajaq kat oversea wooo) lepaih ni.

anakkulim said...

Eloklatuu.... Yb
Mmg tak penah nampak muka pun kat KBB. Sibuk pasai kes di mahkamah ka? Lagi satu, mmg peguam melayu prangai camni ka.. bekokok ja lebih. Sama ja mcm saudara fairus. Dapat ofer lebih kot atau kena tekan ngn umno.Fikiran anda telah dikuasai dan perancangan anda juga telah dikuasai....

harris nasril said...

sorry to say that.. your article sangat2 emo dan tak profesional..

shah said...

utk harun dan mana2 yg menyokong zulkifli tu xyah lah sokong buta tuli.dia guna agama utk kepentingan sendiri.telunjuk lurus kelingking berkait.jgn tertipu dgn dia...ingat camna melaka jatuh dan singapura hanyut.klau x bukan org yg camni sapa lagi..

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara YB Zul,

Apa pun langkah tuan seterusnya jangan lupa harga diri, maruah dan hemah hidup.

Jangan juga lupa bahawa disamping cakap dan kata kita Allah menjadi saksi apa pun dalil dan hujah kita.

Hujah dunia boleh dicari dan direka namun hujah Allah akan menjelma juga.

Elakan bercakap lebih kerana ia akan mengundang silap. Selain dari Allah, hanya tuan seorang tahu samada tuan dipihak yang benar!

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara Zul,

Boleh tuan beri penjelasan mengenai komen Zulkifli Sulong dalam blog kedahlanie.blogspot.com

Itu pasal maruah tu, kena jelaskan. Boleh kah manusia sehebat saudara dilaporkan sebagai tidak bercakap benar!! (pembohong lah tu)

Jangan buat diam aje..ini soal maruah peguam Islam macam saudara.

ucok said...

Salam YB Zul,

Saya ingin ucapkan syabas atas tindakan YB keluar dari PKR. Ke mana arah YB selepas ini, YB sendiri tentu lebih maklum.

Tujuan komen saya ini adalah sekadar menyatakan rasa gelihati melihat gelagat kepimpinan PAS akhir-akhir ini. Organisasi itu sendiri sudah tiada jatidiri, sekarang bagai lalang ditiup angin. Barangkali rasa yakin dapat berkongsi tampuk di Putrajaya semakin menebal sehingga putih & hitam sudah tak dapat dibezakan.

Saya berpendapat sekiranya PAS kembali kepada pendirian mereka seperti di zaman pra September 1998, dan tidak bersekongkol dengan PKR,DAP mahupun UMNO; amat tidak mustahil untuk melihat PAS berjaya mencatatkan kemenangan yang besar dalam pilihanraya akan datang.

PAS perlu mengkaji semula percaturan politiknya. Rakyat & penyokong sedang memerhati.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam YB ZUL4 Kulim.

Syabas !! GMC bersama sama YB menentang puak-puak kapiaq harbi ini!!

Kemana arah YB hanya allah swt yang menentukan rezeki bkan puak-puak sekutu kapiaq harbi yang sanggup menadah rezeki bersama DAP.

ali said...

tahniah atas pendirian yb terhadap perkara tersebut,lani yb pon dah bebas,tenangkan fikiran melancong mana dulu,adiosss

TAMING SARI said...

Salam YB...

Tinggalkan saje badut dan beruk2 ini...

Mereka nie dah parah dengan pemujaan anwar.

Tahniah YB sudah nampak dan mahu beralih...

Allah sudah buka jalan kepada YB untuk berjuang di jalan yang benar.

Salam

MDZ said...

Ingat Pembalasan Allah bagi mereka yang pentingkan 'perut' dari AgamaNya

kadok said...

Teman petik dari Malaysian Insider punya komen....

peguam utama anwar? ye ke?

ketika jadi peguam anwar pada 1999 dan tahun-tahun berikutnya, adakah tuan-puan mendengar si zul berhujah di mahkamah. setakat dalam ingatan saya tak ada.

ketika mahkamah (persekutuan) masih dalam sidang dan hakim membacakan penghakiman membatalkan pensabitan liwat terhadap anwar, zul nordin meninggalkan bilik mahkamah dan muncul di hadapan para penyokong anwar untuk mengumumkan anwar dibebaskan. peguam jenis apa yang tidak sabar-sabar keluar mahkamah sebelum mahkamah tamat bersidang semata-mata nak jadi 'orang pertama' memberikan khabar anwar bebas. malah zul nordin dilapor mencabut badge "bebaskan anwar" dari bajunya dan berkata, "kita tak perlukan benda ini lagi!"

zul memang lawyer. tapi terlebih loyar buruk dan gilakan publisiti...

AHMAD said...

Salam YB Zul.
Terlebih dahulu saya mendokan agar YB Zul sekeluarga diberkati Allah SWT hendaknya. Apa yg terjadi pada YB tidaklh dpt saya ulas dan kupas disini kerana saya berpendapat YB lebih tahu apa yg sebenarnya berlaku dlm PKR. Saya mengambil pendekatan utk tidak berpihak kepada mana2 pihak walaupun sebenarnya saya mempunyai pandangan dari sudut kaca mata saya berkenaan dengan senario politik yg melanda Pakatan Rakyat secara am nya dan PKR khususnya. Terus terang saya jelaskan pada YB disini, saya bukanlah penyokong kpd mana mana parti politik baik UMNO, Pas ataupun PKR malahan jauh sekali DAP. Saya tidak pernah mendaftar dengan mana mana pertubuhan politik. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah ketinggalan dari mengikuti senario politik negara bermula dari tahun 1997. Dan sekali lg ingin saya nyatakan pada YB Zul, saya mempunyai pandangan saya sendiri ttg UMNO, Pas dan PKR. Biarlah ianya hanya berlegar dlm kepala saya sahaja. Cuma disini, saya ingin menyatakan pada YB bahawa saya sangat menyokong perjuangan YB Zul dlm mempertahankan Islam. Biarlah apapun yg diteriakkan oleh mereka mereka di luar sana pada YB samada menggelarkan YB sbg PENGKHIANAT, AGEN UMNO, TALI BARUT atau apa sahaja istilah yg mereka guna pakai utk membenci atau mencaci YB, saya percaya di luar sana begitu ramai individu ataupun rakyat malaysia khususnya melayu islam yg mengharapkan WUJUDNYA pejuang seperti YB Zulkifli Nordin. Saya tidak memandang YB dr sudut kepartian yg YB dokong atau junjungi. Saya hanya memandang kepada keutamaan dan keseriusan YB dlm menjunjung tinggi maruah dan kesucian ISLAM. Percayalah YB, Allah tidak pernah mungkir dgn janjinya. Sekiranya kita benar benar IKHLAS dgn apa yg kita perjuangkan ke jalanNYA, Insyaallah kita di pihak yg akan diberkati dan dirahmatiNYA. Atas dasar kesucian ISLAM, saya menyokong penuh dgn pendirian dan ketegasan YB apabila dipecat drp parti PKR. Sehingga di akhir2 bait ini, saya berkata pada diri saya sendiri bahawa saya tetap bersama YB diatas dasar perjuangan YB untuk ISLAM. Akhir kata, harap YB bertenang dlm menghadapi manusia2 yg mungkin sedikit emosional terhadap YB.. Saya doakan agar YB Zul masih dapat menanganinya dgn baik dan banyakkan beristighfar.
Wassalam

nash said...

salam Yb,

Sekarang ni puak Pkr dan PAS akan mula menyerang peribadi Yb,memang biasa reaksi sebegini dibuat bila tidak sehaluan lagi dengan mereka.UMNO juga turut dipersalahkan diatas tindakan pemecatan saudara dari PKR.Namun begitu penarikan diri YB dari mewakili DSAI sebagai peguam syarie memang tepat pada masanya.Mungkin selepas ini YB akan dapat melondehkan pula temberang serta belang sebenar DSAI sebagai pembuka mata puak PKR yang terlampau fanatik seolah DSAI ini manusia suci bak malaikat.Kes liwat ke atas Saiful akan terus dilewatkan untuk menutup aibnya,jika beliau dipihak benar mengapa harus takut...bersumpah dengan nama Allah s.w.t lagilah beliau tidak sanggup.

Teruskan perjuangan YB!

Amir Khurairah said...

Yay! The right choice!

wénkt said...

Salam,

Tahniah. Perjuangkan agama!

Ahmad bin Abdullah said...

Assalamualaikum...

apabila saudara cakap tentang firaun-firaun kecil, apakah maksudnya? benarkah ada pihak yang mahu menjatuhkan Islam di sini? Perkara ini perlu jelas kerana jika benar, generasi akan datang dalam bahaya...dan wajib ada pihak membuat sesuatu...

kusdo_88@yahoo.com

Brahim Nyior said...

Sedap beno mike berbahasa Peghak yer? Lama dah tak dengor mike cakap Peghak..

Aje yang ye nyer...

Yang penting, mike pegang pada prinsip.. Kalu rasa beno, buat, jangan hangat-hangat taik ayam, yop!

Sulhairil Hafiz Bin Haji Sulaiman said...

Salam

Syabas YB telah melakukan tindakan yang tepat krn Y sendiri sedia maklum siapa dia DSAI

Semoga Allah SWT merahmati usaha murni dan perjuangan YB

jehe said...

kalu demo ado teloq sila la kosong kerusi parliment sbb demo dulu menang ats kerusi PKR rayuan petisyen UMNO dulu pn demo g ngejas dengan NAJIB..biar la rakyat tempat demo bt pilihan lgpun org tempat demo tahu blako dh perangai hudoh demo..

rusydan said...

YB zul.

sebenarnya macma mana YB zul boleh wakili anwar dalam isu qazaf ni pun saya pelik. qazaf ialah tuduhan dari pihak ke3 ke atas orang lain melakukan zina.

pertama, dalam kes saiful, individu tersebut mengakui DIRINYA di liwat. dia tidak menuduh orang lain. tetapi membuat pengakuan yang dirinya sendiri di liwat.

keduanya, isu ini adalah isu LIWAT, bukannya ZINA. tambahan pula ini adalah perbuatan antara lelaki dan lelaki, dan satu pihak mendakwa dia tidak rela di perlakukan sedimikian. sama ada betul atau tidak dia rela atau paksa, itu biar mahkamah tentukan. apa pon point saya ialah, tuntutan qazaf oleh anwar ni memang 'sumbang' dan tak kena.

jadi untuk anwar membuat tuntutan qazaf ini amat pelik dan tidak betul. jadi saya hairan bagaimana YB boleh mewakili anwar in the first place dalam isu qazaf ni.

YB zul, saya cadangkan YB heart tu heart dengan saiful. pernah tak YB tanya dia, adakah dakwaan dia di liwat itu benar benar berlaku atau sebaliknya? kamon YB, banyak perkara kalau kita TELITI betul betul, kita akan nampak yang anwar lebih terejerumus kepada apa yang di tuduh. YB belajar tinggi, takkan tak nampak lagi perangai anwar tu.

stone said...

Quote from Malaysian Today:

source ...http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30563:sedekah-untuk-zul&catid=18:letterssurat&Itemid=100129

** YB Zul...please jawab dr source tu...TQ.

zubaidi said...

Zul, awak ni jenis cerdik tak boleh nak diikut, bodo tak boleh diajar. maaf lah , bunyi kasar tapi nampaknya begitu lah. Ubahlah sikit perangai kita

Bomoh Malaysia said...

Dah tak jadi peguam anwar...lepas ni boleh jadi peguam pembunuh altantuya la pulak!!

joesh said...

YB Zul yang saya hormati..
tak payah dilayan org2 PR terutama org2 PKR kat KBB yg dah berkira2 nak naik jadi calon PKR kalau ada pemilihan baru..PR nih berlagak sgt..org keluar parti je dicabar letak jawatan MP skali..dioang ingat kalau buat undi sekali lagi confirm diorang menang ke...?jgn risau YB, dengan pendirian YB yang tegas perjuangkan Islam,ramai org melayu yg atas pagar pasti menyokong YB...org2 PR bole keluarkan pelbagai statistik yg tunjukkan ramai yg undi diorang...tapi apa yg tak bole dinyatakan dlm statistik adalah jumlah pengundi atas pagar yang mengundi seseorang/parti atas pelbagai alasan sendiri..yang bole berfikir sendiri dan bukan jadi bangang mcm lembu fanatik pada sesorang/parti...nasihat saya,teruskan khidmat YB sebagai YB...seharusnya selepas ni YB boleh lebih konsisten/cekap utk berkhidmat pada rakyat..tiada lagi isu remeh temeh YB vs PKR di newspaper...lepas ni YB bole terus memperjuangkan hak rakyat dengan lebih telus sebab YB MP Bebas...bole perjuang apa sahaja kepentingan rakyat tanpa perlu ikut telunjuk parti...n saya yakin blok MP Bebas dlm parlimen lepas ni lebih bertaring

Senjaliza said...

Tabik YB Zul,

Zul dipecat bukan kerana jenayah, bukan kerana korup, bukan kerana skandal, bukan kerana perbuatan sodomi. Siapa yang boleh menafikan bahawa Zul juga tidak jadi munafiq kerana kemaruk politik?. ZUL DIPECAT ATAS PRINSIP YANG DITEGAKKANNYA. BUKAN juga kerana berubah KIBLAT!. Cermin diri dulu.

http://senjaliza.blogspot.com/2010/03/mengampu-siapa-kalo-tidak-kemaruk.html

AHMAD said...

salam.. saya setuju dgn saudara rusydan

LABU said...

Salam...

saya menyokong perjuangan Yb yang ingin memartabatkan Islam. Saya berharap Yb jangan pula terkeluar dari landasan kita sebagai seorang muslim apabila memberi kenyataan atau menjawab balik sebarang kritikan terhadap Yb.

anggaplah ini sebagai ujian dari Allah...lalui dan atasi segala ujian tersebut dengan penuh berhemah. Tunjukkan kepada dunia cara sebenar sebagai seorang Islam dalam menghadapi setiap dugaan yang mendatang.

Kita semua sayang Islam, sama2lah kita memartabatkan Islam di mata dunia.

Irfan said...

amat setuju dengan senjaliza.

abu 'iffah said...

Wallahu'alam. ALlah itu maha mengetahui. wassalam.

pratchai said...

Salam YB. tahniah atas kelantangan YB...semoga YB berada di landasan yang benar.....ayoh ramai-ramai kita sertai UMNO...lupakan cerita lama...saya yakin hati kecil YB adalah UMNO.....sebelum ini kami yakin YB hanya bertenggek sebentar di dahan PKR.....marilah kita buka pekong PKR...YB tahu segalanya....(tapi kupiah atas kepala YB kena buka dulu...ganti dengan songkok hitam)...

lyll said...

Sdr seagamaku...
Apapun pergeseran antara tuan dgn keADILan tidak wajar dihubungkaintkan dgn hubung peribadai tuan dgn DSAI atau DSWA
Terima kasih

lyll said...

Sdr seagamaku,

Apapun sbb pergeseran antara tuan dgn keADILan atau PR, jgn ia melibatkan peribadi.

Teruskan profesyional