UCAPAN BAHAS TITAH DIRAJA (6)
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010
ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BHARU
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE 12 2010
RUMUSAN
Saya berharap titah Baginda Tuanku semasa merasmikan sidang Parlimen baru-baru ini dapat di ambil secara serius. Terlalu banyak aktiviti politiking yang melampau sekarang sehingga fokus utama kita untuk menjaga dan memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat terabai.
Dato’ YDP, kemakmuran dan pembangunan negara akan hanya dapat dillaksanakan dan dicapai jika negara berada dalam keadaan aman dan stabil. Oleh itu menjadi tanggunjawab kita semua, saperti titah Baginda YDP Agong, untuk bersama-sama menjaga keamanan dan kestabilan negara.
Tidak ada salahnya kita berpolitik. Dan tidak ada salahnya pembangkang menegur dan mengkritik Kerajaan, jika Kerajaan melakukan sesuatu yang mungkar atau boleh menjejaskan kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara. Malahan tidak ada salahnya untuk Pembangkang bercita-cita untuk menumbangkan pemerintah dan menjadi Kerajaan.
Tapi lakukanlah ia dengan cara yang berakhlak dan bertamaddun, dengan berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Matlamat tidak sepatutnya menghalalkan cara. Politik itu hanyalah alat, Islam itu matlamat. Politik itu hanyalah alat; tetapi keamanan, kestabilan, kesejateraan, kemakmuran dan kebajikan rakyat dan negara itulah matlamat. Janganlah kerana kerakusan kuasa, kita berubah menjadi pengamal politik ayam itik. Moga ALLAH memelihara negara & rakyat daripada segala musibah dan bencana.
Saya pohon menyokong.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu
Khamis
09 Rabi’ul Awal 1431
24 Mac 2010
****************************************************************
*Nota: ini adalah Bahagian(6) daripada 6 bahagian ucapan yang saya sampaikan dalam Bahas Titah DiRaja yang disampaikan di dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu 09 Rab’ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010. Bahagian dimana berlaku pencelahan atau lain-lain insiden yang direkod didalam Hansard tidak saya siarkan. Untuk butiran penuh, sila lihat Hansard Parlimen di laman web www.parlimen.gov.my
5 comments:
salam..
saya sokong..
1. Saya tengok saudara ni semakin pelik.
2. Mula-mula saya sokong sangat saudara berpendirian tegas dengan isu kalimah Allah yang ingin digunakan oleh orang kafir.
3. Tetapi semenjak dua menjak ni, saya tengok perangai saudara semakin menjelikkan.
3. Tau kenapa, kenapa dari dulu saudara tidak mengeluarkan isu ditawarkan duit yang lumayan untuk mendapatkan pengakuan rosmah dan najib ketika berada dalam PKR lagi?
4. Tindakan saudara yang cuba membersihkan imej Nazri, Najib, Rosmah. Saya tidak mengatakan ketiga-tiga mereka bersalah, tetapi kenapa baru sekarang baru nak bersihkan. Kenapa tudak dulu ketika saudara bersama PKR?
5. Tindakan saudara ini sebenarnya banyak merugikan UMNO daripada menguntungkan. Sebab kebanyakan rakyat akan dapat menilai tindak-tanduk saudara yang bagi saya amat menjengkelkan. Reverse Psychology yang saya dapat lihat ialah Anwar Ibrahim yang akan mendapat untung @ Political Mileage.
6. Adakah ini satu bentuk perang saraf juga untuk melumpuhkan UMNO, saya pun tidak tahu.
7. Hanya saudara yang tahu tindakan saudara tersebut.....dan saudara akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT.
Zul,
Hang tu kaki kelentongla!!!
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis
--------------------------------------------
Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w
telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.
"Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang."
- Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh,rusuhan dan perubahan muka. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita"
-Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak
baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan
keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim.
Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga
Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada
yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"
- Riwayat Ahmad
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin
dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang
yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang
yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
- Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di
antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja."- Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan
muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang".
Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman
akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2
yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu
sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu"
- Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum
datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar."
- Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2"
- Sahih Muslim
Assalammualaikum, sy menyokong tindakan YB Zul dan sy pasti lebih ramai yg menyokong tindak tanduk YB Zul dari yang menkeji YB sungguhpun yg menkeji lebih ternampak dalam komen-2 yg diberikan.
Post a Comment