26 March 2010

ALFATIHAH: YB DATO' ZAINAL

Salam 2 all.

Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan salam takziah saya ucapkan atas pemergian Almarhum YB Datuk Zainal Abidin Ahmad, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang meninggal malam semalam.

Kebetulan saya dalam perjalanan ke Kedah setelah selesai sidang Parlimen semalam. Sebaik menerima berita sedih tersebut, saya membuat keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah saya sempat menziarahi jenazah beliau di Batu 9 1/2 Jalan Ceras (bersebelahan dengan carwash berdepan dengan sebuah sekolah). Ramai juga yang hadir, termasuk YB DSAI & DSWA, YB Dato' Dr. Hassan Ali, YB Azmin Ali, YB Dato' Seri Noh Omar dan lain-lain. Ramai juga sahabat dan rakan yang turut kelihatan. Saya juga sempat berjumpa dengan sahabat dan rakan lama yang turut berada disitu. Dan alhamdulillah saya sempat bersama mendirikan solat jenazah untuk Almarhum di Masjid Batu 10 Ceras (orang situ panggil Masjid Kuning, pernah jugalah saya berkhutbah disitu dahulu).

Solat jenazah diimamkan oleh YB Dato' Dr. Hasan Ali, dan doa dibaca oleh sahabat saya Ustadz Hj. Syamsul Firdaus Mohamed Supri (mantan Imam Masjid Saidina 'Umar Al Khattab, Bukit Damansara). Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Kg. Melaka, Batu 9 Ceras untuk dikebumikan sebentar tadi (sebelum solat Jumaat).

Saya mengenali Almarhum sebagai seorang yang sangat lembut, sangat pendiam, jarang bercakap, cukup kuat tersenyum, tetapi mempunyai idea yang sangat bernas dan memberangsangkan. Beliau juga semasa sidang Parlimen selalu memastikan dia akan mendirikan solat apabila masuk sahaja waktunya (macam jugak YB Mohsin - Bagan Serai).

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PKR khususnya, dan negara umumnya. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan sangatlah dihargai. Saya selalu bergurau dengan Almarhum, kalau Pakatan Rakyat memerintah, beliau sepatutnya menjadi Menteri Pelajaran kerana pengalaman dan kepakaran beliau sudah pasti akan memberi satu sumbangan besar kepada dunia pendidikan negara.

Saya berdoa kepada ALLAH agar memasukkan Almarhum dalam golongan yang soleh, dijauhkan daripada siksa kubur dan api neraka. Semoga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan meneranginya dengan segala rahmat dan rahimNya, dan memasukkan Almarhum dalam golongan Ahlul Jannah. Semoga ALLAH juga memberikan kesabaran kepada keluarga Almarhum yang sedang menghadapi ujian dan dugaan yang besar ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1431
26 Mac 2010

#############################################

(Petikan daripada lapuran MalaysiaKini bertarikh Jumaat 26.03.2010)

MP Hulu Selangor selamat dikebumikan
Mar 26, 10 11:36am

Jenazah Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melaka, Jalan Cheras.Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor itu meninggal dunia jam 9.27 malam tadi akibat barah otak.Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar; Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

19 comments:

Unknown said...

ceh tidak malu sungguh kamu zul,
saya perhatikan cuma 2 atau 3 kerat saja yg menegur saudara malah saya yg berada di tepi saudar sempat mendengat ustaz tu tanya bila nak dapat kereta baru dan saudara menjawap perdana sahaja.

saya sebagai ahli qariah masjid di situ akan pastikan saudara tidak akan di panggil lagi berceramah atau berkhutbah di masjid kuning itu.

hentikan pembohongan saudara di alam maya.kami akan terus bongkar pembohongan anda.

Unknown said...

Zul,
"macam jugak YB Mohsin - Bagan Serai)"
Bila lagi Zul dan katak-katak yanglain nak ikut langkah Almarhum YB Datuk Zainal Abidin Ahmad?
Lagi cepat lagi bagus.
Cuba bayangkan jumlah duit yang akan ficurahkan kepada rakyat KBB ddan lain lain.Rakyat akan mendapat manfaat kalau ada PRK.
Pertimbangkanlah,semoga terbuka pintu hati katak2 untuk ikut jejak Almarhum YB Datuk Zainal Abidin Ahmad.yang Jelapang itu Kafir tak mungkin akan terbuka pintu hatinya.

TheInsider said...

apelah magn ni,yb zul sampaikan ucapan takziah sahaja,kenapa perlu marah2?
Innalillah hiwa inna ilai hiroji'un. Kepada keluarga arwah,semoga banyak2 bersabar.

Unknown said...

Salam semua.
Itulah penyokong tegar, tak boleh terima langsung. Ingatlah hidup kita ni macam roda sekali diatas sekali dibawah. masa kita diatas intai2lah orang dibawah dan masa kita dibawah jengok2lah orang dibawah. Siapalah tuan nak tentukan itu nak tentukan ini.

Norhamizah Satar IJA said...

YB,
Pagi tadi saya pun menziarahi Almarhum. Saya nampak ramai orang yang datang tidak mengira parti politik. Dan juga saya nampak LIM KIT SIANG hadir. Baguslah......

jie9159 said...

Yeop, masa kau bertelagah dlm PKR, aku sokong kau. Masa kau kena pecat, aku sokong kau. Sekarang ni......goodbye. Adios Amigos, politically, kau dah hangus.

Abi Qalam said...

Salam,

Allah.. bila lah hangpa ni nak sedaq dari sandiwara politik ni.. Sampai ucapan takziah pun hangpa maki.. astagfiruLlah..

TheInsider said...

kenapa perlu gelarkan yang tak baik kepada saudara2 seagama kita?walaupun berlainan ideologi. Cuba kita ingat,dr chua jui meng keluar dari BN dan masuk pembangkang. Sama dgn Datuk Zaid Ibrahim dan etc. adakah mereka digembar-gemburkan sebagai katak?
Jagalah lidah kita saudara-saudara seAgama.

Moderate Muslim said...

YB Zul, jangan pedulikan komen negatif dan hentaman puak di atas ni, adakah hendak ziarah mayat pun mereka masih sampai hati nak umpat YB? Inilah peribadi hina yang menjadi pak turut parti yang telah sdra tinggalkan itu. Malah amat sedih saya baca, doa orang yang meminta supaya sdra dan ahli2 yang lompat parti itu "mengikut" Allah Yarham itu. Inikah sikap orang Islam yang sebenarnya? Saya syorkan YB baca komen dalam blog : profismail.blogspot com yang memberikan sedikit analisa tentang kegawatan politik ini. Selamat berjuang YB, semoga Allah memperlihatkan kebenaran untuk kita semua.

mawar said...

Syabas YB Zul,

Alfatihah untuk YB Dato Zainal...dalam suasana sedih atas kematian. ..ada manusia yang saya kira penyokong PAS disini meluahkan perasaan benci sesama Islam..kalau ya pun simpanlah dulu.

kanot said...

YB Zul, selamat maju jaya dlm menjawab soalan dlm kubur nnt atas apa yg telah YB lakukan.

"setiap dari kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yg kamu diamanahkan"-hadis

Saya amanahkan YB utk jadi wakil rakyat mewakili PR. Tp skg YB dah khianati amanah saya sebagai pengundi kulim.

Saya ucapkan selamat maju jaya kpd YB dlm menjawab pertuduhan di hari perhitungan di padang masyhar kelak atas pengkhianatan YB terhadap amanah saya. Good luck!

Black said...

Bila hatred & extremism wujud dikalangan ahli,maka Party Bermata Satu secara automatiknya telah diDajjalkan tanpa disedari.. Bersesuaian dgn motto Dajjal -Pecah & Perintah.. Betui dak Zul?? Anyway, I'm glad hang tak mudah diDajjalkan..macam ahli PKR & PAS yg lain..

wan zakreen said...

zul yang bebal..suka berbohong..memalukan keluarga..

kadiology said...

salam YB saya komen tentang apa magn cakap bila ustad yang tegur YB bole memerli 'bila nak beli kereta baru'? ustad tu ustad syamsul kan? camni la YB. ustad ni TAKSUB anwar tahap dewa. beberapa tahun lepas masa zaman reformasi tengah hangat, ustad syamsul ni baca khutbah masjid di sayidina omar al khatab. dia tak ikut text tu saya tak heran, tapi dalam mimbar dia boleh kata 'orang tu buat haji gimik'. kebetulan masa tu yang pergi haji tun dr mahathir. saya tak pastilah 'orang' yang di maksudkan itu ialah tun, tetapi memadai la dengan menuduh 'orang tu' pi haji buat haji gimik saya anggap tu satu fitnah, tak kesah la siapa 'orang' yang di maksudkan tu. atas mimbar tak habeh habeh dengan 'di zalimi' saya heran gak macam mana rakyat yang kena zalim ni boleh overweight (makan terlebih la kot) dan boleh plak berkhutbah di masjid sama selama beberapa tahun tanpa apa apa tindakan. wahhh zalim sungguh kerajaan ni mengalahkan kerajaan zimbabwe. ni lah jadiknya kalau terlalu taksob pada anwar. sampaikan YB sendiri pon dah kena perli semata mata kerana tak bersetuju dengan anwar.

YB, saya teringat masa PRK kuala terengganu yang meninggal tu orang UMNO. kalau YB baca TKO ramai orang bersorak keriangan. siap boleh cakap orang tu bakal masuk neraka, semata mata dia UMNO. tapi bila datuk dr zainal pula meninggal, saya ajak YB cuba jenguk forum.mykmu.net dan lihat macam mana pulak bebudak UMNO yang di tuduh jahat2 belaka ni memberikan al fatihah kepada Allahyarham.

al fatihah kepada Allahyarham.

Unknown said...

irfan
saudara tidak faham dengan apa yg saya nak katakan.saya tidak sentuh pasal zul datang tetapi isu lain.so dont speculate,my question is to zul,he should know what i,m saying.i was there.memang dia tak tahu malu,tak perlu saya detailkan di sini.pencacai yg menyokong zul di sini tidak kenal dia langsung atau org umno yg memang suka isu zul buat hal ini untuk melemahkan pakatan.
tanyala pada yg kenal dia.

Pemuda Melayu Islam said...

Dajjai sungguh penyokong pembangkang xkira tempat langsung nak maki org,ruangan utk takziah pun depa nak hentam,moga Allah Ta'ala buka pintu hati depa agar jgn terlampau nak bermusuh sesama islam,itulah klu terlalu taksub dan dimomokkan ngan fatwa2yg menghalalkan cara,rasa2nya depa ni lg teruk dr puak khawarij ni.Insaflah be a good moslem.

cincin hitam said...

hahahahahaha...lawak...islam gadoh ngan islam....teruskan2..lg kawan seislam ku....moga2 kita semua dilanda bala dr Allah atas perbuatan kita nie...teruskan2 lg..."inilah melayu..ditegur x berkesan...baik kita sama2 kena bala"

Anonymous said...

zol mangkuk hayun,

ko zol mmg bercelaru .. ckp x serupe bikin... makhlok perosak ...aku dgr cite ko kedekut pahit ..

kalo MP jenis cm ko ni .. xyah nak sebuk la .. 1 malaysia dah taw ko sape ..mmg jenis x malu ... cume yang sokong umno je yg dok petahan ko ..

lan63 said...

yb zul, inilah kehidupan dunia..apabila tak sehaluan, bermacam-macam makian dikeluarkan, sehinggakan blog ucapan takziah pun, digunakan untuk memaki hamun...apa la itu orang maki-maki..kecik kecik tak mau mati, gunakanlah suara anugerah TUHAN itu pada kebaikkan..manalah tahu tengah syok2 maki hamun tiba2 jadi bisu..alangkah ruginya..