15 May 2013

FIRST PAST THE POST

Jah..aku menang badminton final lawan Najib. Aku dapat 59 mata, Najib 45 je!!! Yey yey aku menang! Errmm..Bang Non, Jah fenin ni! Najib menang 2 set, hang menang satu set je. Macam mana Bang Non kata menang pulak ni! Bang Non ni sihat ke? Dah, gi makan ChinaDol sebijik!

Salam 2 all.

Nampak gaya Anwar masih dok meroyan keliling bandar menghasut rakyat yang sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang PRU-13 dan dia yang patut jadi PM. Antara alasannya ialah pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat undi terbanyak, atau dipanggil undi popular.

Ramai jugak rupanya yang sama meroyan macam Anwar dok percaya kelentong dia.

Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!

Maknanya dema tak faham sistem pilihanraya first past the post yang Malaysia telah diamalkan sejak PRU-1 lagi, yang sama saperti diamalkan oleh banyak negara maju dan moden termasuk Britain dan lain-lain.

Apa makna 'first past the post'?

Maknanya siapa yang dapat kerusi 112 yang pertama dalam PRU akan menjadi Kerajaan Malaysia dan ketuanya Perdana Menteri. Sempoi kan? Senang je nak faham!

Pasal apa?

Pasal Parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Separuh daripadanya ialah 111. Kalau BN 111, pembangkang DAP-PKR-PAS 111, itu namanya 'hung Parliament' - Parlimen tergantung. Dua-dua tidak menang dan tidak kalah. Tapi mana-mana parti dapat 112, iaitu lebih satu daripada lawannya, dia dikira menang dan jadi gomen!

Ada faham yop?

Kita tidak gunakan konsep 'undi popular' sebab kedudukan geo-politik kita tidak sama. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen 108 Shah Alam contohnya, keluasan geografinya kecil tetapi padat, iaitu sebanyak 100,076 pengundi.

Pengundi luar bandar contohnya Parlimen 188 Silam hanya ada 51,590, separuh daripada di Parlimen Shah Alam. Tetapi kawasan geografinya terlalu luas!

Walaupun jumlah pengundi tidak sama, tetapi nilai kerusinya tetap sama - iaitu satu kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen!

Jadi kenyataan Anwar menyatakan pembangkang menang PRU-13 kerana undi popularnya lebih walaupun sedikit kerusi adalah satu kenyataan yang bodoh lagi memperbodohkan rakyat!

Kita ambil contoh begini.

Dalam Final Badminton Piala All-Malaysia diantara Najib -lwn- Anwar, keputusannya saperti berikut:

Set 1: Najib 21 - Anwar 19;

Set 2: Anwar 21 - Najib 3;

Set 3: Najib 21 - Anwar 19.

Mike semua tahu dalam game diatas, juaranya ialah Najib yang menang 2 set menewaskan Anwar yang menang 1 set. Itulah peraturannya, first past the post. Najib melepasi post 2 set, sedangkan Anwar 1 set.

Tapi apa kata kalau Anwar melalak satu kampung kata dia menang sebab jumlah mata poin dia 59, sedangkan Najib 45 mata poin.

Nampak, mike pun dah tersenyum senget. Kalau Anwar kata dia menang, dan mengajak satu kampung pergi berlarak ke jalanraya untuk tuntut kemenangan, tentu mike akan cari wad kosong di Hospital Mental Tanjung Rambutan untuk masukkan Anwar dan para penyokong dia, betul kan yop?

Jadi ringkasnya, janganlah perbodohkan diri sendiri dengan mengikut manusia desperado dan bodoh; yang dek kerana terlalu gila meroyan nak ke Putrajaya, sampai sanggup memperbodohkan rakyat!

Bagitahu Anwar kita tidak sebodoh dia; tolak Anwar seratus satu peratus yop!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Rejab 1434
16 Mei 2013

*Ilustrasi badiminton diatas adalah daripada idea kreatif blogger www.rbfonline.net

13 May 2013

ABC - ASAL BUKAN CAUVINIS

(Papa Foo..itu malai sulah kay-o kah? Aiya Ah Cheng, lu sulah mintak lia tuhan punya nama, lu tengok dia olang sulah galo-galo, kila okay ma!)

Salam 2 all.

"Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur"

Petikan daripada buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Itulah amaran dan peringatan seorang negarawan dan Bapa Kemerdekaan Malaysia empat puluh empat tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj!

Ramai anak muda daripada Gen-Y tidak mengetahui sejarah sebenar yang menyebabkan tercetusnya peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Malah ramai yang tidak tahu peranan yang dimainkan parti cauvinis, rasis dan extremis DAP yang bersifat pelampau perkauman.

Dan ramai yang tidak tahu Ketua Pemuda DAPSY semasa itu adalah Lim Kit Siang!

Yup..Lim Kit Siang, rakan sekatil sebantal Anwar Ibrahim sekarang!

Tahun 1969 adalah tahun pilihanraya umum. DAP dan kaum cauvinis lain memainkan isu perkauman anti-Melayu yang cukup tebal.  Antaranya ialah:

1. mempertikaikan peruntukkan hak istimewa orang Melayu didalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan;

2. mempertikai status bangsa Melayu sebagai anak watan dan pribumi negeri yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu;

3. membuat tohmahan liar bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan dan kaum Cina diketepikan, terutama di sektor awam;

Keputusan PRU 1969 pada 10.05.1969 menunjukkan Pulau Pinang tumbang, Parti Perikatan (kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional) hampir tumbang di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen terutama di bandar tumbang kepada DAP dan kaum cauvinis.

DAP dan kaum cauvinis mengadakan perarakan kemenangan pada 11.05.1969 dan 12.05.1969; sama saperti yang dibuat sekarang dalam Road-show 505.

Dalam perarakan 1969 itu, mereka melaung-laungkan slogan Malai-si..Malai-si!

Saya boleh bariskan pelbagai maki hamun, carutan dan caci nista oleh penyokong DAP dan kaum cauvinis lain terhadap bangsa Melayu pada masa itu. Untuk yang berminat mengetahui butir terperincinya, bacalah kertas putih Lapuran Mageran 06.10.1969 dan buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Hari ni, 13 Mei 2013, adalah ulangtahun ke 44 peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Malai-si! Mati Melayu!

Hari ini, setelah 44 tahun berlalu, nampaknya laungan Malai-si; slogan Melayu-mati sudah mula kelihatan ada kebenarannya!

1. Apabila ada Melayu-Islam yang sanggup kalimah ALLAH Tuhannya digadaikan atas nama politik setelah didesak oleh Lim Guan Eng..apakah itu bukti Melayu dah mati?

2. Apabila ada suara sumbang dikalangan orang Melayu-Islam sendiri yang rela bangsanya diberi kebebasan menukar ke agama lain dan murtad..apakah itu bukti Melayu dah mati?

3. Apabila ada Melayu-Islam yang sanggup meludah muka bangsanya sendiri yang mahukan perpaduan hanya kerana perbezaan politik..apakah itu bukti Melayu dah mati?

4. Apabila ada pengkhianatan dikalangan bangsa Melayu-Islam yang sanggup menikam bangsanya sendiri daripada belakang dengan bersekongkol dengan parti cauvinis rasis yang ekstremis..apakah itu bukti Melayu dah mati?

5. Apabila ada orang Melayu-Islam tidak berani mendekati pertubuhan Melayu-Islam tetapi tidak sedikit pun berasa janggal untuk bersama dengan pertubuhan bukan Melayu..apakah itu bukti Melayu dah mati?

6. Apabila bercakap dan mempertahankan hak Melayu-Islam menjadi satu kesalahan dan dosa besar dalam negara ini..apakah itu bukti Melayu dah mati?

Sedangkan kalau dilihat kedudukan pasca PRU-13..bangsa Melayu-Islam sebenarnya menguasai Parlimen.

UMNO ada 88 kerusi, PAS 21 dan PKR Melayu ada 15!

Maknanya keseluruhan Ahli Parlimen Melayu-Islam adalah berjumlah 124. Jumlah ini sahaja sudah cukup untuk bangsa Melayu-Islam membentuk sebuah Kerajaan Malaysia secara majoriti mudah yang selesa! 

Sepatutnya umat Melayu-Islam hidup kuat, hebat, dan gagah perkasa selepas PRU-13!

Tetapi mengapa Melayu-Islam kelihatan lesu, defensif dan saperti sudah mati!

Kerana tidak ada kesatuan! Tidak ada perpaduan! Tidak ada ukhwah! 

Sedangkan kita bangsa Melayu-Islam punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat & Satu Aqidah!

Mengapa kita tidak boleh menjadi Satu Ummah? 

Semasa kempen PRU-13 di Shah Alam, saya dituduh menghina tuhan dan agama Hindu. Akibatnya umat Hindu bersatu menolak saya walaupun saya sudah memohon kemaafan; nampaknya amalan manipom-marapom & maru perevi tidak diberikan kepada saya!

Sebaliknya Anwar dan konco-konconya yang jelas menghina ALLAH dan umat Melayu-Islam, satu sikap dan pendirian yang jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura' PAS, namun umat Melayu-Islam tidak bersatu menolak mereka; malah lebih malang masih ada yang terus menyokong, mengundi dan memenangkan Anwar dan para konco parasitnya!

Apakah slogan parti Lim Kit Siang pada 13 Mei 1969 sudah menjadi realiti? Apakah bangsa Melayu-Islam benar-benar sudah mati?

Apakah kata hikmat Laksamana Hang Tuah tidak Melayu hilang didunia sudah luput ditelan zaman? Tepok dada tanyalah hati dan jiwa masing-masing yop!

Apa pun, umat Melayu-Islam wajib mendesak parti Lim Kit Siang DAP memohon maaf secara terbuka kepada umat Melayu-Islam khasnya, dan rakyat Malaysia amnya atas dosa dan keangkuhan sikap cauvinis, rasis dan ekstremis mereka yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13.05.1969.

Sehingga hari ini, setelah 44 tahun berlalu, parti Lim Kit Siang DAP tidak pernah memohon maaf.

Malah lebih teruk daripada itu, Lim Kit Siang menjadi semakin angkuh selepas DAP memperolehi 38 kerusi Parlimen dalam PRU-13!

Hari ini Lim Kit Siang meneruskan sikap cauvinis, rasis dan ekstremisnya dengan memaki hamun YAB Perdana Menteri dengan label "Syaitan".

Dato' Sri Najib, Perdana Menteri yang telah diberi mandat oleh rakyat Malaysia dengan 133 kerusi dalam PRU-13 dimaki-hamun dengan gelaran "Syaitan" oleh Lim Kit Siang; penasihat DAP yang pada tahun 1969 adalah Ketua Pemuda DAPSY!

Dan yang paling malang, kali ini Lim Kit Siang dan DAP mendapat sokongan segelintir Melayu haprak yang begitu rakus menjadi saperti kalkatus haus tergila-gilakan Putrajaya!

Sebab itu saya letakkan tajuk tulisan ini sebagai ABC - Asal Bukan Cauvinis!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
03 Rejab 1434
13 Mei 2013

11 May 2013

ANWAR TERUS MEROYAN!

(Bang Non, awat dok meroyan lagi tu! Udah-dah lah tu. Malu lah kat cucu tu. Jah dan fenin ni..fenin! Azmin pun dah ngamuk sakan ni..fenin..fenin)
Salam 2 all.

Anwar terus membohongi diri sendiri dan rakyat Malaysia!

Jangan lupa pembohongan Anwar mengenai konspirasi 16 Sept 2008 selepas keputusan PRU-12 pada bulan Mac 2008. Tetapi rakyat hanya menyedari pembohongan tersebut pada 16 Sept 2008, iaitu 6 bulan selepas PRU-12!

Tetapi kali ini pembohongan Anwar disedari rakyat hampir serta merta selepas PRU-13!

Apa buktinya?

Sebelum PRU-13, Anwar telah berjanji akan berhenti daripada berpolitik jika tewas dalam PRU-13. Malah Anwar siap menyatakan akan menjadi pensyarah jika kalah dalam PRU-13.

Dan ternyata rakyat telah menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang dalam PRU-13!

Malah rakyat telah memberi mandat baru dan jelas kepada Dato' Sri Najib untuk meneruskan usaha transformasi yang dibawanya dibawah Gagasan 1-Malaysia.

Kecuali segelintir kaum cauvinis yang terpedaya dengan mainan politik kotor dan sempit Anwar dan DAP, rakyat Malaysia jelas mahukan politik wasatiyah yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri dan menolak politik sempit dan perkauman yang dibawa Anwar dan DAP!

Ternyata sekali lagi rakyat dibohongi oleh politik putar belit Anwar yang enggan mengiktiraf keputusan rakyat menolak politik auta yang dibawanya!

Bukan sahaja Anwar tidak mau berhenti dan menjadi pensyarah saperti yang dia sendiri janjikan, malah dihasutnya segelintir kaum cauvinis supaya turun ke jalanraya setelah dia ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya!

Sebab itu saya mendesak Anwar supaya menghentikan tindak tanduk politik ingusan dan kebudak-budakan yang dimainkannya dengan terus memainkan sentimen anti-SPR dan mempertikaikan keputusan PRU-13.

Tindak tanduk Anwar ini adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengundi yang telah memberi mandat baru kepada Dato' Sri Najib & BN untuk terus memerintah Malaysia.

Sikap Anwar juga adalah satu jenayah demokrasi kerana tidak mengiktiraf kehendak dan pilihan rakyat majoriti!

Kalau Anwar benar-benar ikhlas dalam tuntutannya, beliau wajib mendesak supaya pembangkang DAP-PKR-PAS menolak keputusan PRU-13 dan jangan mengangkat sumpah sebagai Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Anwar juga wajib desak semua wakil rakyat pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menolak kemenangan mereka dan jangan mengangkat sumpah bila Dewan bersidang nanti! Malahan Anwar sepatutnya mengarahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang DAP-PKR-PAS supaya mengosongkan kerusi masing-masing kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang dikendalikan oleh SPR!

Malahan saya mencabar Anwar supaya menolak keputusan kemenangan dia sendiri dan mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta merta.

Jika tidak, sikap Anwar mempertikai keputusan PRU13 hanyalah retorik politik kosong oleh seorang politikus kalkatus yang kecewa sedang meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat rakyat telah menolak politik sempit dan cauvinis pembangkang DAP-PKR-PAS dan sekaligus meranapkan nafsunya hendak ditabalkan sebagai calon PM ke 7!

Saya juga mendesak SPR supaya segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar melalui perintah injunksi Mahkamah supaya mengarahkan Anwar berhenti daripada terus memfitnah SPR dan keputusan PRU13.

Pihak polis juga wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat Anwar kerana kesalahan fitnah jenayah dan meletakkan SPR dan sistem pengurusan pilihanraya Malaysia dalam keadaan dipertikai dan dicurigai!

Dan rakyat Malaysia juga harus bangkit menentang jenayah demokrasi dan penghinaan terhadap kita oleh Anwar dan konco-konconya daripada DAP dengan memberi sokongan penuh dan padu kepada Kerajaan BN dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib!

Apa pun, tahniah kepada Ustaz Haji Hadi Awang yang telah menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka dan meneruskan kehidupan. Eloklah Ustaz Hadi menasihatkan Anwar supaya berhenti daripada terus mempertikai kehendak rakyat menolak dia dan pembangkang!

Dan kepada Anwar, sudah-sudahlah tu! Berhentilah meroyan! Malu kat anak cucu dok tengok tok dok buat perangai macam budak-budak ingusan!

Adios amigos, grasias senor.

Wassalam dan Wallahua'lam.

Zulkifli Noordin
Sabtu
01 Rejab 1434
11 Mei 2013

13 April 2013

TANGAN-TANGAN JAHANAM!


A picture speak a thousand words
Gambar menterjemah seribu bahasa

 Mike nampak kekembaran dema?
Sepusat sepusing,
Apakah ada dalang asing?

Kata Nujum Pak Belalang
Kalau tak nampak apa dalam balang
Memang soheh mike anak...ha..ha..ha..rimau ;)

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
03 Jamadil Awal 1434
13 April 2013

1. Gambar 1 - lambang tangan menggapai 'Demi Rakyat' PKR!
2. Gambar 2 - lambang tangan menggapai pergerakan 'Human Rights' sedunia!
3. Gambar 3 - lambang tangan menggapai pergerakan seks bebas Yahudi!
4. Gambar 4 - lambang tangan menggapai Konvensyen PKR 2011!

12 April 2013

13 JAHANAM!



(Pakatan Luar Tabi'e yang melahirkan Politik Songsang)

Salam 2 all.

Demam pilihanraya semakin menjadi-jadi. Pengumuman pembubaran Parlimen oh Dato' Sri Najib pada 03.04.2013 lepas dan pengumuman oleh SPR pada 10.04.2013 bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 20.04.2013 dan pengundian pada 05.05.2013 menghangatkan suasana.

Lima tahun sudah berlalu sejak PRU 12 pada 08 Mac 2008 yang menyaksikan buat pertama kalinya BN kehilangan 2/3 majoriti dan lima negeri turut tumbang iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor! Kejatuhan Selangor adalah sesuatu yang langsung tidak terduga samada bagi BN apatah lagi pembangkang DAP-PKR-PAS!

Kini mandat PRU-12 untuk BN telah tamat pada 28 April 2013, iaitu lima tahun daripada sidang pertama Dewan Rakyat. Sejak 03.04.2009. BN yang diterajui oleh Dato' Sri Najib Razak, seorang pemimpin dinamik dan berwawasan telah berjaya meyakinkan rakyat supaya memberi mandat kepada Kerajaan pimpinannya untuk meneruskan Agenda Transformasi Negara berteraskan kepada prinsip "1-Malaysia: Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan".

Najib Tun Razak kini dikenali sebagai "Bapa Transformasi Negara". Repot kad prestasi Najib bagi tempoh empat tahun sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara telah dibentangkan, dan mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada rakyat! GTP, NKRA, BR1M, KR1M, MR1M, PR1SMA, BL1M dan banyak lagi dasar beliau menjadi buah mulut rakyat. Dan yang lebih penting, tiap Janji DiTepati! Malah sudahpun dilaksanakan!

Tapi manusia yang diwar-warkan sebagai calon terbaik pembangkang DAP-PKR-PAS untuk menjadi calon PM, bukan sahaja gagal, malah kata Tun Daim Zainuddin dan masuk "tarikh luput kegunaan"! Malah kata Tun Daim, tokoh korporat dan akitek pembangunan kewangan dan ekonomi negara, kalau diminta pilih antara Najib dengan Anwar, dia pasti akan memilih Najib kerana "Anwar is zero on economy".

Anwar yang sedang menghadapi masalah akhlak dan peribadi yang serius sehingga diberi gelaran Biseksual oleh rakan tenisnya Datuk Nallakarupan, termasuk pendedahan videoklip ChinaDoll oleh rakan baiknya Datuk Eskay, diikuti pendedahan videoklip Raja Goyang yang menggemparkan negara di www.rajagoyang380.com; dan kini pembongkaran videoklip PapaHomo oleh PapaGomo! 

Malah tagline untuk PRU-13 sudah menjadi PapaGomo -versus- PapaHomo!


Ini diikuti dengan penolakan secara terbuka ahli akar umbi PAS untuk menamakan Anwar sebagai calon PM bagi pembangkang DAP-PKR-PAS, malah diberitakan Majlis Syura PAS sendiri telah memutuskan menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang!

Keangkuhan Anwar tidak mahu menerima keputusan Majlis Syura PAS yang menolak penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian saperti yang dituntut oleh Guaneng pada 25.12.2012 dan dipersetujui oleh Hadi Awang, Anwar & Kitsiang pada 08.01.2013 menyebabkan ramai golongan agamawan dan ahli akar umbi PAS mula mempertikaikan kredibiliti Anwar.

Ini ditambah dengan kesombongan Karpal Singh mencabar Majlis Syura PAS supaya menarik balik keputusan pada 13.01.2013 dan menerima akur keputusan yang dipersetujui pada 08.01.2013 oleh Hadi, Anwar & Kitsiang menambahkan kemarahan golongan agamawan dan ahli akar umbi PAS!

Dan kemarahan agamawan dan ahli akar umbi PAS makin bertambah apabila Datuk Nik Aziz yang menandatangani keputusan Majlis Syura PAS pada 13.01.2013 bersama Dato' Dr. Haron Din bukan sahaja tidak mempertahankan keputusan itu semasa menziarahi Karpal Singh pada 27.03.2013, malah bertindak menyambut harijadinya ke 82 dirumah Karpal pada hari Taipusam!

Sudah mula kedengaran perpecahan didalam PAS, malah sudah ada suara yang secara terbuka mendesak supaya PAS mengkaji semula persekongkolan dengan DAP-PKR dengan tujuan untuk berpecah supaya PAS boleh berjuang bersendirian kepada perjuangan asal untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud- qisas & ta'zir yang ditongsampahkan atas hasutan para anwarinas dan parasit yang terlalu gila mengejar Putrajaya!

Penyokong dan pendokong pembangkang  menghadapi dilema untuk berdepan dengan PRU-13. Apatah lagi segala muslihat dan konspirasi yang dirancang tumbang dan kecundang didepan mata. Daripada isu Lahad Datu, kepada matinya Balasubramaniam, kelihatan apa sahaja yang cuba dimuslihatkan pembangkang tidak menjadi; malah ada yang dipatahkan dengan bantuan ALLAH!

Dalam keadaan kekalutan dan cacamerba ini, pembangkang perlu mereka dan mencipta suasana yang boleh mengelirukan rakyat! Apa rancangan itu! Dan yang klasiknya, perancangan dan konspirasi ini didalangi oleh hanya beberapa elemen dan dalang yang ramai ahli, penyokong dan pendokong pembangkang sendiri tidak ketahui!

Teman diberitahu ada elemen dan dalang dikalangan penyokong dan pendokong pembangkang sudah ada perancangan untuk melakukan 13 perkara berikut sebelum, semasa dan selepas PRU-13:

1. mereka merancang memujuk Anwar untuk mengangkat sumpah menafikan kes liwat Saiful, videoklip ChinaDoll, videoklip Raja Goyang dan videoklip PapaGomo! Tetapi sumpah itu sebenarnya tidak mengikut syara', sekadar sumpah politik untuk diputarbelitkan. Teman diberitahu lafaz sumpah yang dicadang mereka ialah saperti berikut:

"Demi ALLAH, saya tidak melakukan perkara yang difitnah oleh UMNO dan Barisan Nasional". 

Setelah sumpah ini dibuat, mereka akan spin kononnya Anwar sudahpun bersumpah, sedangkan sumpah itu sebenarnya bukan sahaja tidak mengikut hukum syara', malah tidak membawa apa-apa makna; kerana UMNO tidak pernah memfitnah apa-apa pun terhadap Anwar.

Tetapi juak-juak pembangkang ini akan memutar-belit sumpah tersebut; malah ada agamawan dikalangan mereka yang akan "mengislamkan" sumpah tersebut dengan segala nas dan hujah! Malah akan ada antara mereka akan menyamakan Anwar setaraf dengan apa yang dihadapi oleh Nabi Yusuf a.s. dan Saidatina 'Aishah r.a!

2. Tidak cukup dengan memperkaldaikan beberapa agamawan, teman diberitahu mereka merancang mencipta satu risalah ataupun surat kononnya ditulis dan ditandatangani oleh Dr. Yusof Al-Qardawi menggunakan kepala surat "Al-Iitihad Al-'Alami Lil Ulama' Al-Muslimin - Persatuan Ulama Islam Sedunia".

Kononnya dalam surat itu, Dr. Yusuf Al-Qardawi melahirkan simpati dengan "segala fitnah" yang dihadapi oleh Anwar; dan beliau kononnya menyamakan fitnah itu sama saperti yang dihadapi oleh para Nabi, sahabat dan keluarga Rasulullah saw!

Lebih mengejutkan, surat itu kononnya mengandungi sokongan terbuka Dr. Yusuf Al-Qardawi untuk seorang biseksual menjadi Perdana Menteri!

Sedangkan Dr. Yusuf Al-Qardawi telah menghantar surat khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib bertarikh 17 Zul-Qaedah 1433 memuji beliau sebagai pemimpin Islam yang hebat dan komited terhadap perjuangan Islam.

"We have always found you among the first and at the forefront in supporting just and human causes, the issues of Palestine and Jerusalem among it" - begitu ayat surat Dr. Yusuf Al-Qardawi sebagai Pengerusi Al-Quds International Institution kepada YAB Dato' Sri Najib.

Dan ini terbukti dengan keberanian Dato' Sri Najib menjadi pemimpin non-Arab pertama didunia menziarahi Gaza pada 22.01.2013 dalam keadaan mereka masih mengalami trauma akibat serangan zalim daripada rejim zionis Israel.

Dan paling mengejutkan, surat yang kononnya ditulis oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi sepanjang 5 mukasurat turut memuji persekongkolan Anwar dengan DAP sebagai satu persekongkolan yang menepati syara', sama saperti sunnah Rasulullah saw; na'uzubillah min zalik!

Dan surat itu mengandungi seruan Dr. Yusuf Al-Qardawi kononnya supaya umat Islam dan rakyat Malaysia menyokong dan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 dan mengangkat Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, na'uzubillah!!!

Dan teman dimaklumkan mereka bercadang mengolah surat tersebut dalam bentuk buku risalah kecil dan mencetak dalam sejuta naskah tersebut dalam versi bahasa Arab dengan ditandatangani kononnya oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan terjemahannya dalam Bahasa Melayu untuk disebarkan semasa kempen PRU-13 terutama dikalangan ahli PAS dan pengundi Melayu-Islam!

3. Teman juga diberitahu bahawa mereka merancang mencipta satu suasana kecoh dimana kononnya akan berlaku cubaan konon untuk membunuh atau mencederakan Anwar. Yang teman terperanjat, mereka bersedia melakukan adengan tembak-menembak! Atau sekurang-kurangnya adengan bersenjata! Mereka akan buat kenyataan provokatif konon nyawa Anwar sedang diancam!

Jalan ceritanya lebihkurang dalam satu perhimpunan atau majlis rapat umum yang dihadiri pimpinan pembangkang, satu insiden termasuk kemungkinan tembak menembak (termasuk menggunakan mercun dan lain-lain) akan berlaku. Target mereka bukan Anwar sebenarnya. Tetapi orang lain, malah kemungkinan mangsanya ialah pemimpin lain.

Kejadian ini nanti akan digunakan sebagai spin untuk mencetuskan suasana huru hara dan kemarahan rakyat. Apatah lagi sekarang dalam keadaan Sabah baru sahaja diserang oleh pengganas subversif asing, dan hampir pasti sekarang ia didalangi oleh pihak-pihak tertentu dalam negara ini.

Dan teman tidak akan terkejut kerana Datuk Eskay pernah menyatakan beliau pernah diminta mengadakan hubungan dengan puak pemisah Selatan Thai! Apa tujuan hubungan itu? Hanya Eskay sahaja boleh menjawab dan mendedahkan dalang yang terlibat.

Tetapi jangan lupa Kerajaan Suharto tumbang kerana gara-gara tembak-menembak yang menyebabkan 6 orang perusuh jalanan terbunuh; Kerajaan General Pervez Musharraf tumbang akibat insiden tembak-menmbak dan pembunuhan Benazir Bhutto; Kerajaan Ferdinand Marcos juga tumbang akibat insiden tembakan dan pembunuhan Senator Benigno Aquino! 

Jangan lupa insiden pengawal peribadi dan eskot Anwar menunjukkan pistol dalam satu insiden di Melaka baru-baru ini! Dan jangan lupa pembangkang dakwa konon ada orang nak tembak Anwar semasa Saiful buat lapuran polis dia diliwat Anwar sehingga Anwar cabut lari ke Kedutaan Turki. Dan jangan lupa dakwaan pembangkang konon ada cubaan nak rosakkan kereta Anwar supaya berlaku kemalangan. Dan jangan lupa dakwaan pembangkang konon Anwar nak kena bunuh dengan racun semasa dalam penjara!

4. Mereka juga sedang memujuk beberapa orang bekas pegawai Jabatan Kehakiman & Perundangan serta pegawai polis yang terlibat didalam kes Saiful Bukhori Azlan. untuk membuat pengakuan dan surat sumpah menyatakan bahawa dakwaan Saiful tersebut hanyalah fitnah dan rekaan semata-mata. Malah ada antara mereka akan ditawarkan habuan yang lumayan untuk menyatakan mereka diarah oleh Dato' Sri Najib sendiri supaya mengada-adakan dan mereka tuduhan liwat Saiful ini.

Oleh itu jangan terkejut jika ada sesiapa dikalangan pegawai JKP atau PDRM (termasuk mungkin yang sudah pencen) tiba-tiba muncul membuat pengakuan dan surat sumpah sedemikian!

Cuma yang kita jangan lupa ialah Saiful Bukhari Azlan sudahpun mengangkat sumpah laknat mengaku Anwar Ibrahim telah meliwat beliau pada 26.06.2008. Dan sumpah itu dipersaksikan oleh ayah beliau sendiri Azlan dan Ustaz Romlan Porigi, Imam Masjid Wilayah! Dan sehingga kini Anwar enggan mengangkat sumpah saperti Saiful walaupun telah dicabar beberapa kali.

5. Teman juga diberitahu mereka sedang merancang membuat kejutan semasa kempen PRU-13 dengan menunjukkan sebuah jam Omega yang menjadi bahan dalam kes videoklip ChinaDoll. Saperti diketahui umum, jam tersebut diperolehi oleh Datuk Eskay, rakanbaik Anwar semasa insiden di bilik adengan.kondang-kondi tersebut ChinaDoll. Malahan jam tersebut sudahpun diserahkan oleh Datuk Eskay kepada pihak polis.

Pada awalnya teman diberitahu mereka merancang merasuah pihak berkuasa untuk menyerahkan jam tersebut. Jika gagal, mereka bercadang menggunakan jam yang hampir sama dengan jam Omega yang sudahpun mereka beli sebagai plan alternatif jika tidak dapat jam Omega yang asal.

Jam tersebut akan didedahkan mereka berdekatan dengan masa pengundian untuk mengaburkan mata rakyat kononnya Anwar dan Wan Azizah telah difitnah; konon selama ini mereka berdiam diri tidak mahu menunjukkan jam tersebut konon untuk menjaga nama Datuk Eskay; konon mereka sudah tidak ada pilihan tetapi terpaksa mendedahkan jam tersebut disaat akhir konon kerana mereka khuatir rakyat akan terpengaruh dengan video ChinaDoll tersebut!

6. Tidak cukup dengan itu, mereka juga sedang memujuk beberapa orang pegawai Jabatan Kehakiman & Perundangan dan polis yang terlibat dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya untuk membuat pengakuan bahawa mereka diarah menutup fail dan membuang keterangan yang kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah terlibat.

Malahan teman diberitahu akan ada usaha dibuat untuk memujuk, dan mungkin juga mengugut mereka yang sedang atau pernah bekerja dengan pejabat PM untuk mengaitkan Dato' Sri Najib/ Datin Sri Rosmah dengan pembunuhan Altantuya!

Malah teman diberitahu mereka sedang cuba mencari jalan untuk mendapatkan pengakuan palsu kononnya daripada Cif Inspektor Azilah Sadri dan Koperal Sirul Azhar kononnya mereka menerima arahan daripada Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah sendiri.

Cubaan mereka untuk menggunakan Balasubramaniam yang kembali disaat hampir pilihanraya untuk membuat tuduhan palsu terhadap Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah nampaknya dibantutkan oleh ALLAH.

Tidak berapa hari mengangkat sumpah, akhirnya Balasubramaniam mati akibat serangan sakit jantung. Ada juga yang mendakwa Bala mati akibat termakan sumpah sendiri; malah ada yang mendakwa Bala mati akibat tekanan pembangkang yang mahu beliau meneruskan dengan tuduhan palsu terhadap Dato' Sri Najib & Datin Sri Rosmah. Apapun teori mereka, yang pastinya Bala sudahpun mati!

Cuma teman ingin mengingatkan bahawa temanlah peguam yang membela Cif Inspektor Azilah Sadri diperingkat awal kes tersebut. Dan pada masa itu teman adalah peguam Anwar Ibrahim, dan adalah seorang pemimpin PAS!

Kalaulah benar dakwaan mereka Dato' Sri Najib terlibat, sudah pasti Cif Inspektor Azilah, Koperal Sirul mahupun Balasubramaniam akan memberitahu teman. Dan kalau mereka beritahu sudah pasti teman akan gunakan pengakuan mereka!

Tetapi hakikatnya tidak ada! Malahan teman tanya mereka sendiri dan mereka bukan sahaja menafikan Dato' Sri Najib atau Datin Sri Rosmah terlibat; malahan mereka menafikan sama-sekali terlibat dalam pembunuhan Altantuya!

Dan teman sendiri melakukan penyiasatan dan mendapati pada hari pembunuhan 19 Oktober, Datin Sri Rosmah Mansor telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di Menara Tabung Haji (kebetulan ianya bulan Ramadhan). Mana mungkin Datin Sri Rosmah terlibat sedangkan bukti jelas beliau berada di Menara Tabung Haji bersama ratusan hadirin termasuk anak-anak yatim. Begitulah jijik dan kotornya mainan politik haiwan pembangkang!

7. Dan yang paling jijik dan kotor, teman diberitahu mereka sedang berusaha memujuk ahli keluarga dan rakan baik Datin Sri Rosmah, termasuk yang pernah bekerja dengan Datin Sri Rosmah untuk membuat pengakuan kononnya Datin Sri Rosmah seorang yang "Queen Control", "Najib dok bawah telunjuk Rosmah", "Rosmah yang buat keputusan untuk Najib", "Rosmah mencampuri urusan kerajaan", "Rosmah beri kontrak dan tender kepada kawan-kawan dia".

Pendek cerita, semuanya tak baik sahaja pasal Rosmah ni. Dan mereka akan buat videoklip, footage, buku kecil dan lain-lain bahan sebaran semasa kempen PRU-13 untuk menyebarkan kononnya "pengakuan" ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan Datin Sri Rosmah untuk memburuk-buruk dan mengaibkan Datin Sri Rosmah!

Yang dema tak cerita ialah kebaikan Datin Sri Rosmah yang begitu banyak berjasa dan memberi sumbangan untuk kebaikan dan pembangunan negara. Teman boleh ceritakan satu kisah yang teman tahu sendiri iaitu semasa ada rakyat Malaysia ditahan di Mesir atas dakwaan terlibat dengan keganasan.

Pelbagai cara digunakan oleh Kerajaan untuk membantu tahanan tersebut tetapi gagal. Datin Sri Rosmah telah menggunakan hubungan baik beliau dengan First Lady Suzzane, isteri kepada Presiden Hosni Mubarak untuk membebaskan tahanan tersebut. Tak berapa hari, tahanan tersebut dibebaskan!

Begitu juga keberanian Datin Sri Rosmah mengiringi PM melawat Gaza yang sedang mengalami trauma berperang dengan rejim zionis Israel! Tidak pernah dalam sejarah pemimpin negara luar melawat Gaza bukan sahaja bersama isteri malah dengan anak-anak sekali!

Teman tengok sendiri kesabaran Datin Sri Rosmah bukan sahaja mengiringi PM, malah ketabahan beliau menaiki kenderaan yang melalui perjalanan yang sukar dan penuh cubaan bersama anak-anak Gina dan Ashman tanpa sedikit pun komplen dan mengeluh, walaupun dipanas terik matahari.

Dan apa yang pembangkang fitnahkan disini? Mereka memfitnah Datin Sri Rosmah membazir wang rakyat dengan membeli cincin USD$24juta, bersamaan dengan RM72,000,000! Konon siap ada dokumen kastam lagi. Inilah yang dikatakan bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut!

Datin Sri Rosmah adalah isteri Perdana Menteri Malaysia. Kalau takat nak bawak cincin masuk, dia boleh pakai aje cincin tu kat jari bawak masuk melalui Kompleks Bunga Raya, siapa nak periksa?

Tapi namanya pembangkang, kalau tidak tipu, fitnah, bohong, putarbelit; bukan pembangkang Malaysia namanya tu yop!

8.  Bercerita tentang video ChinaDoll, Raja Goyang, PapaHomo dan lain-lain masalah seks songsang yang dihadapi Anwar, teman diberitahu mereka sedang merancang mengupah seorang untuk menjalani pembedahan plastik (mungkin disebuah negara jiran) untuk menyerupai rupa Anwar Ibrahim. Pelakon upahan ini dikatakan akan muncul dalam masa kempen PRU-13 dengan membuat pengakuan bahawa orang didalam video itu ialah dia bukannya Anwar.

Modus operandi nya adalah saperti berikut. Mereka merancang membuat satu videoklip menunjukkan adengan "politikus terlampau". Lelaki dalam video tersebut adalah seorang yang mirip muka Anwar. Videoklip itu dicadang disebar dengan memberikannya kepada bloggers pro-UMNO; atau mereka akan ujudkan satu lamanweb konon pro-UMNO.

Setelah video tersebut tersebar dan kecoh, "pelakon upahan" yang sudah menjalani pembedahan plastik itu akan "muncul" membuat pengakuan sebenarnya lelaki dalam video itu adalah beliau. Teman difahamkan semua ini akan dilakukan disebuah negara jiran, dan dilakukan melalui video footage. Selepas itu mereka akan spin kononnya semua video lain iaitu ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo adalah palsu semata-mata!

Mike rasa ini mustahil? Cuba fikir balik yop. Semasa video ChinaDoll didedahkan oleh rakanbaik Anwar sendiri Datuk Eskay, seorang balaci tegar Anwar mengaku telah pergi ke sebuah negara jiran dan menjalani "make-over" untuk menjadikan rupanya saperti wajah Allahyarham P.Ramlee; semata-mata untuk tunjukkan konon pelaku adengan kondang-kondi ChinaDoll adalah orang yang menyerupai Anwar!

Looks like me, sound like me...but not my tummy...yummy...yummy...yummy!!!

9. Teman juga mendapat maklumat mereka sedang membuat beberapa keping gambar dan videoklip adengan seks menggunakan digital-filming dan digital-photo yang kononnya melibatkan beberapa pemimpin pembangkang.

Kemudian mereka akan memberikan videoklip tersebut kepada bloggers pro-UMNO atau mengujudkan lamanweb konon pro-UMNO. Sedangkan videoklip tersebut dibuat dengan cara yang mudah dipersoalkan oleh mana-mana pembuat film. Ianya akan dibuat dengan mengandungi beberapa cacat cela yang terlalu mudah untuk dikesan.

Modus operandi mereka mudah! Bila gambar dan videoklip rekaan mereka sendiri tersebar, mereka akan cepat-cepat spin kononnya dibuat oleh UMNO. Kemudian beberapa tokoh pembuat filem akan diminta menganalisa gambar dan videoklip rekaan tersebut.

Apabila tokoh-tokoh ini membuat kenyataan ianya palsu, superimpose dan lain-lain, mereka akan spin konon semua videoklip dan gambar yang benar-benar melibatkan pemimpin pembangkang saperti ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo adalah palsu.

Kalau rakyat tidak percaya pun, sekurang-kurangnya mereka akan ragu-ragu. Bagi mereka, itu sahaja sudah satu kejayaan!

Mike ingat itu mustahil? Jangan lupa pengakuan seorang pemimpin pembangkang sendiri yang mengaku telah mencipta satu gambar super-impose konon menunjukkan Najib sedang makan dengan Altantuya! Gambar itulah yang dema dok spin konon bukti Najib bukan sahaja kenal Altantuya, malah konon telah membunuh Altantuya!

10. Menurut sumber yang cukup sahih, mereka sedang berusaha keras memujuk wakil rakyat dan pemimpin pembangkang yang sudah meninggalkan pembangkang DAP-PKR-PAS selepas PRU-12 untuk membuat u-turn dan membuat pengakuan mereka sebenarnya 'melompat parti' kerana dibayar oleh Najib & UMNO. 

Teman diberitahu mereka bersedia membayar habuan yang cukup lumayan untuk tujuan itu.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga akan menggunakan taktik kotor dengan mengugut wakil rakyat/ pemimpin tersebut bersama keluarganya untuk membuat u-turn. Malah yang memeranjatkan teman, sumber memberitahu mereka bersedia mencipta dokumen, gambar atau videoklip palsu yang akan mengaibkan wakil rakyat atau pemimpin tersebut termasuk anak isteri mereka!

Semua itu dibuat dengan  tujuan memujuk atau memaksa wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin tersebut membuat pengakuan kononnya mereka keluar atau lompat parti kerana dibayar oleh Najib dan UMNO!

Jadi mike jangan terkejut kalau tiba-tiba akan ada gambar lucah, videoseks atau dokumen palsu kononnya melibatkan wakil rakyat atau pemimpin yang tidak lagi bersama pembangkang DAP-PKR-PAS muncul tiba-tiba. Dan jangan terkejut kalau ada wakil rakyat atau bekas pemimpin pembangkang tiba-tiba buat surat sumpah dan pengakuan konon mereka dibeli dan dibayar oleh Najib dan UMNO untuk keluar parti!

11. Bukan setakat itu sahaja, selepas Parlimen dibubarkan, terutamanya semasa tempoh kempen dan pada hari pengundian, mereka bercadang mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Teman diberitahu khusus pada hari pengundian, mereka merancang untuk membuat kekecohan ditempat pembuangan undi. Antaranya mereka akan mempersoalkan nama pengundi yang ada didaftar pengundi. Ada yang akan membuat pengakuan konon mereka tidak dapat mengundi kerana kononnya dah ada orang mengundi menggunakan nama mereka.

Penggunaan dakwat mengundi akan dipergunakan sepenuhnya oleh mereka untuk menimbulkan kekecohan. Mereka akan mencalit dakwat keatas jari beberapa kerat penyokong mereka sendiri. Ada dua senario yang akan berlaku.

Pertama, jika nama pengundi balaci mereka ditolak oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM), mereka akan buat kecoh konon orang UMNO/BN yang mencalit dakwat di jari mereka sebelum masuk ke saluran mengundi sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengundi!

Senario kedua ialah jika KTM tidak menolak atas alasan nama pengundi itu belum dipotong, Polling Agent/ Counting Agent (PACA) mereka akan buat kecoh konon orang itu sudah mengundi dan nak mengundi kali kedua - konon pengundi hantu!

Mereka juga akan mendesak KTM mengeluarkan kertas undi secara random dan bukan berturutan, kononnya nombor siri yang ada pada kertas undi boleh mengesan nama pengundi dan calon mana yang dia undi. Bila KTM menolak, mereka akan buat kecoh. Mereka akan menengking dan meninggikan suara.

Malah mereka akan bertindak secara kekerasan fizikal. Ini semua dibuat bukan sahaja untuk menimbulkan kekecohan, tetapi juga untuk menakutkan pengundi untuk datang mengundi, terutamanya kaum wanita. 

Kemudian mereka akan ambil gambar dan sebarkan melalui twit, facebook dan lain-lain konon ada pengundi hantu, atau penyokong mereka tidak dibenarkan mengundi konon kerana jari sudah didakwat!

Pokok pangkalnya, tujuan mereka adalah menimbulkan kekecohan dan pergaduhan semasa proses pembuangan undi. Mereka akan menggunakan media cyber saperti twit, facebook dan lain-lain untuk menyebarkan maklumat palsu konon penyokong mereka tidak dibenarkan mengundi, KTM tidak mengikut peraturan dan macam-macam lagi dengan niat supaya seluruh negara akan kecoh dan huru-hara!

Ini akan menyebabkan proses pengundian akan terbantut dan terganggu. Malah UMNO/ BN akan kehilangan banyak undi kerana kebanyakan penduduk kampung dan wanita terutamanya akan menjadi takut untuk pergi ke tempat membuang undi.

Kemudian selepas zohor, mereka akan mula menghantar mesej melalui media cyber twit, facebook, sms dan lain-lain kononnya mereka sudah menang dibeberapa kerusi mengikut bacaan di barong panas dan PACA mereka di Pusat-Pusat Pembuangan Undi. Taktik ini adalah untuk mengelirukan orang ramai. Juga untuk memberi keyakinan kepada pengikut mereka supaya berhimpun disebelah petang untuk meraikan kemenangan kononnya!

Jadi mike boleh bayang apa akan jadi bila berita kekalahan mereka datang satu persatu! Apatah lagi pemimpin mereka tumbang satu demi satu! Dan negeri pembangkang Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor bungkus! Pengikut mereka sudah tentu tidak akan percaya, dan ini memudahkan pemimpin mereka menyalakan api kebencian untuk mencetuskan rusuhan!

Tidak cukup dengan itu, mereka bercadang mencetak kertas undi palsu dan kotak pembuangan undi sama saperti SPR. Tujuannya mereka akan buang kertas undi palsu dan kotak itu ke tong sampah dan merata tempat dengan tujuan nak menunjukkan konon SPR berkonspirasi dengan BN untuk membuang kertas-kertas undi yang menyokong pembangkang, dan membawa masuk kotak undi baru untuk memberi undi kepada BN.

Semua ini dilakukan dengan menggunakan sepenuhnya media cyber melalui twit, facebook dan lain-lain. Jadi mike boleh bayang betapa kecoh dan huru-haranya PRU-13 nanti!

Modus operandinya mudah. Bila ini semua berlaku, ketelusan dan integriti SPR dan sistem pilihanraya kita akan dipersoalkan. Dengan bantuan barua-barua mereka dikalangan NGO dan lain-lain badan termasuk pemantau pilihanraya kononnya, mereka akan menjadikan ianya satu isu supaya rangkaian badan antarabangsa yang menyokong mereka akan menekan SPR dan Kerajaan Malaysia. Ringkasnya, kemenangan besar BN yang hampir pasti dalam PRU-13 nanti akan dipersoalkan!

12. Lebih menggerunkan, teman diberitahu mereka merancang untuk berhimpun selepas tamat tempoh mengundi. Pengikut-pengikut mereka akan dikerah supaya mengepong Putrajaya, Bangunan Parlimen, Angkasapuri, stesyen televisyen utama saperti TV3, RTM dan lain, Bangunan SUK di semua ibu negeri, Seri Perdana dan Rumah Kediaman Rasmi semua Menteri Kanan dan Menteri Besar.

Malah lapangan terbang antarabangsa dan utama saperti KLIA, Subang, Bayan Lepas dan lain-lain juga akan dikawal dan lain-lain institusi dan bangunan Kerajaan kononnya bila diisytiharkan menang, mereka mahu halang pemimpin UMNO dan BN lari dan menghalang daripada fail-fail dibawa keluar dan dibuang!

Diwaktu yang sama, pemimpin utama pembangkang akan berhimpun bersama pengikut mereka sekitar selepas magrib di hadapan Istana Negara di Jalan Duta siap dengan baju Melayu bersamping. Ini konon untuk memberi keyakinan kepada pengikut mereka yang pembangkang sudah menang dan bersedia untuk angkat sumpah malam itu juga. Semua pemimpin peringkat negeri juga akan diminta berhimpun dihadapan Istana Tuanku negeri masing-masing untuk tujuan yang sama terutamanya Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor serta Sabah!

Pada masa yang sama, pengikut dan penyokong pembangkang akan dikerah berhimpun ditempat-tempat ikonik saperti Dataran Merdeka, Masjid Negara, Stadium Merdeka, dan tempat-tempat ikonik peringkat negeri; konon dengan alasan untuk meraikan kemenangan terutama di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah!

13. Mereka juga merancang jika mereka menang PRU-13 walaupun dengan majoriti mudah 112 kerusi, mereka akan mengusulkan satu sidang tergempar Parlimen Malaysia menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, iaitu untuk menjemput Singapura menyertai semula Malaysia.

Artikel 12 ialah peruntukkan dimana Parlimen Malaysia boleh, dengan melalui satu Akta, menjemput mana-mana negara asing menyertai Persekutuan Malaysia. Dan menggubal sesuatu Akta hanya memerlukan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen, bukannya 2/3!

Jangan lupa Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan selepas PRU-12 bahawa dalam keadaan tsunami dan suasana politik yang sudah berubah, dalam keadaan BN hilang 2/3 majoriti dan hilang 5 negeri, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia!
Mike tahu Singapura ada 87 kerusi Parlimen!

Jika Singapura menerima jemputan pembangkang dan menyertai Malaysia, secara automatik mereka akan ada tambahan 87 kerusi. Bermakna pembangkang akan ada 199 kerusi, kurang 8 kerusi untuk 2/3 majoriti!
Dan mike boleh bayang apa akan berlaku kepada negara ini? Kepada bangsa Melayu? Kepada hak istimewa Melayu? Kepada kedudukan Islam? Kepada kedudukan Raja-Raja Melayu?

RUMUSAN 

Teman masih ingat lagi kenyataan pembangkang semasa bersama dengan dema dahulu:

Pembangkang tidak akan dapat kuasa melalui politik pilihanraya, tetapi kita mesti dapatkan kuasa melalui politik jalanraya!

Kita rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan ;pembangkang yang sudah desperado kerana melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin lama semakin merosot! Program-program mereka langusung tidak mendapat sambutan walaupun dihadiri oleh nama-nama besar mereka.

Percakaran dalam diantara mereka makin parah!

Perebutan kerusi sesama mereka makin parah. Demonstrasi dan bantahan makin menjadi-jadi. Ada ahli yang sudahpun isytihar keluar parti beramai-ramai. Malah ada ahli parti yang mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon bebas!

Putrajaya semakin jauh! Mahkota kuasa makin kelam. Rakyat kata pergi, kubor kata mari!

Sebab itu teman berpesan kepada rakyat semua agama dan kaum, ketepikan sentimen dan kepentingan masing-masing. Marilah kita bersatu dibawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib untuk terus melaksanakan Agenda Transformasi yang sedang beliau lakukan dibawah Gagasan 1-Malaysia: Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan dengan slogan Janji DiTepati!

Undi BN Undi Keamanan! Undi BN Undi Keharmonian! Undi BN Undi Kemakmuran!

Undi Pembangkang Undi Kehancuran!

Undi Pembangkang Undi Pembohongan!

Undi Pembangkang Undi Kepalsuan!

Selamat Menyambut PilihanRaya Ke 13!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Jamadil Akhir 1434
11 April 2013

05 April 2013

MENGHIDUPKAN IFC?


Akan datang suatu zaman dimana berjuang untuk Islam itu saperti memegang bara api yang panas; Islam akan dianggap asing, yang berjuang untuk Islam dianggap orang asing, jumlahnya terlalu sedikit. Beruntonglah mereka yang termasuk golongan yang sedikit itu!



Salam 2 all.

Semasa Ambiga Sreenavasan dan Bar Council memperjuangkan penubuhan Interfaith Commission - Suruhanjaya Antara Agama pada tahun 2006; yang antaranya mendesak semua manusia, termasuk orang Melayu diberi kebebasan memilih agama termasuk murtad berdasarkan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia, umat Islam-Melayu UMNO-PAS dan semua NGO bangkit bersatu menentang penubuhan IFC sehingga ianya gagal!

Semasa Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar Ibrahim membuat kenyataan di premis Gereja Full Gospel Tabernacle Subang Jaya pada 03.11.2012 bahawa orang Melayu juga patut diberi kebebasan memilih agama, memberi makna orang Melayu yang ditafsir menurut Artikel 160 Perlembagaan sebagai wajib Islam boleh murtad; dia di apit oleh pemimpin kanan PAS! Umat Melayu-Islam terutama UMNO dan beberapa NGO bangkit bersatu menentang; tetapi PAS tidak!

Persoalannya: apakah perbezaan perjuangan Ambiga untuk IFC yang dahulu ditentang hebat oleh PAS dan UMNO; dengan kenyataan Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim yang tetap ditentang oleh UMNO tetapi PAS langsung tidak membantah, malah ada yang mempertahankan Nurul Izzah?

Siapa yang istiqomah dalam perjuangan? UMNO atau PAS?
Adakah cukop sekadar melabel diri dengan jenama Islam maka sudah dijamin masuk syurga?

Aamantu billah summastaqeem - beriman lah kepada ALLAH dan istiqomah lah!

Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha kalimah ALLAH digadai!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Islam dihina!
Mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS bermakna redha Melayu dihina!

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

Wallahua'lam dan wassalam!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
24 Jamadil Awal 1434
05 April 2013

04 April 2013

ALHAMDULILLAH!

Parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!
Bila wadah bercanggah dengan aqidah; wajib kita menolak wadah & pertahankan aqidah!

Salam 2 all.

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tepat jam 11.30 pagi Rabu 03.04.2013 bersamaan 22 Jamadil Awal 1434, maka tamatlah tempoh Parlimen ke 12 setelah pengumuman rasmi dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak mengenai pembubaran Parlimen yang sudah diperkenan oleh Tuanku YDP Agong pada sebelah pagi.

Tepat dengan pengumuman itu, maka tempoh teman sebagai Ahli Parlimen P-018 Kulim Bandar Baharu juga turut berakhir dengan rasminya. Mulai hari ini, teman adalah rakyat biasa yang akan menjalani kehidupan biasa insyallah.

Ada juga yang bertanya apa yang teman nak buat selepas ini?

Agaknya dema lupa teman seorang Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya. Teman juga adalah seorang Peguam Syari'e. Dan teman adalah seorang peguam kanan  yang telah menjalankan amalan guaman selama lebih daripada 20 tahun. Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan, teman dah layak jadi Hakim Mahkamah Tinggi yop!

Oleh itu, teman bercadang untuk kembali menjalankan amalan guaman sebagaimana dahulu. Mungkin teman akan aktifkan semula firma guaman teman, atau menubuhkan perkongsian. Apa pun, sebagai peguam insyallah teman mempunyai beberapa pilihan dan alternatif meneruskan karier guaman.

Teman juga bercadang untuk aktif semula dalam NGO sebagaimana dahulu, terutama NGO yang terlibat dalam hal-hal misi kemanusiaan dan juga yang khusus berkaitan dengan menjaga hal ehwal dan kepentingan Melayu-Islam insyallah.

Teman juga bercadang kembali menjalankan misi dakwah yang tergendala buat sementara. Dengan masa yang ada, insyallah teman akan mengatur semula program misi dakwah yang merupakan aktiviti teman sebelum menjadi wakil rakyat.

Apa pun, teman mengucapkan ribuan  terima kasih kepada rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang telah memberi kepercayaan kepada teman sejak 08.03.2008 sehingga hari ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat.

Teman menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata berlaku kesilapan dan kesalahan, apatah lagi kelemahan selama teman menjadi wakil rakyat. Al maklumklah, sebagai Ahli Parlimen yang baru buat pertama kalinya, banyak kelemahan dan kesilapan yang sudah pasti teman lakukan.

Apatah lagi kesilapan teman bersama dengan pembangkang yang hanya mengamalkan "Politik NATO - No Action Talk Only".

Teman berharap rakyat tidak mengulangi kesilapan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 akan datang. Rakyat boleh menilai sendiri bagaimana undi yang diberikan disia-siakan dengan "Politiking 24 Jam" pembangkang DAP-PKR-PAS, langsung tidak ada apa-apa perancangan untuk pembangunan dan kebajikan rakyat dan negara.

Yang ada hanya politik adu domba, fitnah-memfitnah, pembohongan, putar belit, tuding jari mencari kesalahan orang lain -  tapi mereka sendiri tidak ada apa pun yang bermenafaat untuk rakyat dan negara yang dilakukan. Malah dok bergaduh sama sendiri berebut jawatan, kedudukan dan habuan!

Kepada mereka yang terpilih menjadi calon dalam PRU-13 tidak lama lagi, teman ucapkan selamat dan semoga berjaya.

Kepada rakyat Malaysia, gunakanlah hak mengundi itu dengan sebaik-baiknya. Janganlah mengundi kerana emosi, atau sentimen sempit dan jumud. Janganlah ulangi kesilapan PRU-12 dengan memberi undi kepada pembangkang DAP-PKR-PAS!

Berikanlah kepada pembangkang DAP-PKR-PAS isyarat yang jelas; rakyat Malaysia tidak redha,tidak setuju dan menolak sepenuhnya politik cauvinis, ekstremis, perkauman, anti-agama, pelampau dan jumud yang mereka amalkan! Tolak mereka, jangan beri satu undi pun kepada calon DAP-PKR-PAS!

Ingatlah, parti itu hanyalah wadah, Islam itu aqidah! Islam itu bukan parti, dan parti itu bukan agama! Jangan kerana taksub kepada wadah, sehingga kita menggadaikan aqidah!

Apabila wadah bercanggah dengan aqidah, adalah wajib bagi kita menolak wadah dan mempertahankan aqidah!

Kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh gadai, kalau kalimah ALLAH pun mereka boleh politikkan; cuba bayang apa yang mereka mampu buat!

Apa yang pasti, teman akan mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU-13 ini nanti insyallah!

Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah kelemahan teman sendiri; tapi yang burok semuanya daripada pembangkang DAP-PKR-PAS!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
23 Jamadil Awal 1434
04 April 2013