27 January 2012

GENOSID-POLITIKO HALUS TERHADAP INSTITUSI ISLAM MELAYU & RAJA-RAJA?

Salam 2 all.

Islam diserang; Melayu diganyang; Raja-Raja disepak terajang!

Itulah gambaran ringkas suasana sosio-politik semasa yang sedang bergolak di Malaysia! Suasana yang jika tidak ditangani dengan tegas dan sewajarnya akan membawa kepada "genosid-politiko" secara halus terhadap insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja (IMR); yang akan membawa kepada hilangnya institusi IMR - Islam-Melayu & Raja-Raja dibumi yang tercatat dalam sejarah sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

Ini membawa kepada persoalan besar yang menjadi topik bualan rakyat termasuk umat Islam iaitu apakah kesan terhadap kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya dan Malaysia amnya setelah pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali dan pengambilan-alih portfolio Islam daripada PAS yang kini hanya diberi portfolio Adat Resam Melayu, Belia & Sukan, sehingga akronim PAS disamakan sebagai Parti Adat & Sukan!

Setelah dihina di Pulau Pinang tanpa sebarang portfolio mahupun jawatan, PAS diaibkan di Selangor dengan hilangnya portfolio Islam dengan pemecatan tokoh pemimpin Melayu-Islam Datuk Dr. Hasan Ali. Bak kata beliau, merampas portfolio Islam daripada PAS sama saperti menjadikan PAS sebuah parti tanpa kaki & tangan. Bemakna PAS dah menjadi kudong dan dikudongkan, saperti sebijik timun. Bergolek pun luka, menggolek pun luka. Begitulah PAS hari ini diperlekeh oleh rakankongsi pakatannya!

Dan apabila seorang pemimpin Melayu-Islam membuat kenyataan bahawa institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang diancam di Selangor & Malaysia”, maka kaum cauvinis dan rasis biaDAP dan para politikus parasit melatah tak tentu pasal, sehingga menuduh kegagalan Kerajaan mengambil tindakan terhadap beliau membuktikan kononnya Kerajaan menggalakkan percambahan fundamentalism, ekstremism dan terorisma Melayu-Muslim!

Begitu takut dan gentar cauvinis biaDAP dan para politikus parasit ini dengan kebangkitan dan ketegasan umat Melayu-Muslim mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja sehingga dicadangkan supaya pejuang saperti itu dilarang menjejak kaki ke bumi Selangor!

Begitulah demokrasi dan kebebasan bersuara yang dikompang oleh kaum parasit ini. Bila kena batang hidung mereka, dengan segera hak demokrasi dan kebebasan bersuara yang mereka lalakkan siang malam dibenamkan dengan label ektremism, fundamentalism & terorisma!

Pada teman, sebenarnya kegagalan Kerajaan bertindak tegas terhadap para parasit pelampau cauvinis dan rasis inilah yang menyebabkan bertambah bercambah dan dan membiak fahaman radikal yang ekstrim dan biaDAP, yang secara sistematik, terancang dan halus memperlekeh, mempertikai dan cuba melemahkan dan menghapuskan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja!

Sedangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja diberi tempat yang mulia dan gah didalam Perlembagaan Persekutuan sendiri. Malah, dalam hal ehwal Islam-Melayu & Raja-Raja, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen yang berbentuk diskriminatori yang positif; iaitu memuliakan dan memartabatkan kedudukan dan hak keistimewaan Islam-Melayu & Raja-Raja diatas dan mengatasi segala yang lain!

Artikel 3 memperuntukkan “Islam agama Persekutuan”. Tidak ada Perlembagaan dalam dunia ni yang meletakkan Islam sebagai agama negara kecuali Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sebab itu adalah satu kesilapan kalau disebut Islam agama rasmi, sebab kalau ada yang rasmi, maknanya ada yang tidak rasmi. Perlembagaan sebut “agama Persekutuan”, maknanya “agama Negara Malaysia ini ialah Islam”.

Kalau mengikut tafsiran ini, bermakna semua dasar, polisi dan perlaksanaan pemerintahan, pengurusan dan pentadbiran negara Malaysia ini samada dari segi ekonomi, politik, perundangan, kehakiman, ketenteraan, hubungan diplomatik, hal ehwal luar negara, sukan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain mesti dan wajib berteraskan Islam!

Sama saperti seseorang yang mengaku Islam, segala kelakuan, peribadi, akhlak dan perbuatannya mesti selaras dan bersamaan dengan Islam; dari hal makan minum, kekeluargaan, pekerjaan, persaudaraan, jiran tetangga, dan banyak hal lain dalam kehidupan mesti dan wajib berteraskan Islam. Maknanya kalu seorang mengaku Islam tetapi mengaku kafir harbi saudaranya, maka jelas dia tidak mengamalkan akhlak dan peribadi seorang Islam, walaupun dibungkus serban dikepalanya, ditutup jubah ditubuh badannya!

Kedudukan Islam sebagai agama Negara Malaysia diperkuatkan dengan Artikel 3 (2) yang memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agong, dan Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi Persekutuan dan Negeri masing-masing, dan “segala hak, keistimewaan, kedaulatan dan kuasa” Tuanku Raja-Raja Melayu keatas agama Islam tidak tersentuh dan tercacat oleh apa-apa unsur pun”.

Atas peruntukkan inilah Tuanku Raja-Raja Melayu berkuasa mutlak menentukan perlantikan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam, termasuk pada pandangan teman siapa yang berhak memegang portfolio Hal Ehwal Islam di negeri masing-masing, walaupun terdapat persepsi salah dikalangan sesetengah pihak bahawa hanya Menteri Besar berhak menentukan penyandang portfolio Hal Ehwal Islam.

Begitu juga Artikel 11 (4) memperuntukkan bahawa tiada sebarang kerja pendakyahan boleh dibuat terhadap umat Islam. Malah ianya boleh dikanunkan sebagai kesalahan jenayah yang boleh dikenakan tindakan penal di Mahkamah sivil! Sebab itu pada pandangan teman, isu pendakyahan ini bukan bidangkuasa Jabatan Agama, sebaliknya ianya adalah dalam bidangkuasa dan bidangtugas Polis DiRaja Malaysia, mungkin dengan bantuan pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Berdasarkan peruntukkan ini, pihak berkuasa, termasuk PDRM & pihak berkuasa Islam berhak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap non-Muslim dan institusi mereka saperti gereja dan lain-lain untuk menguatkuasakan peruntukkan Artikel 11 (4) ini. Sebab itu teman berpendapat tindakan JAIS dalam menyiasat Gereja DUMC mengenai aduan dakyah kristianisasi terhadap umat Islam bukan sahaja diperbolehkan, malahan menjadi tanggungjawab Perlembagaan untuk mereka mengambil tindakan. Bagi golongan yang mempertikaikan kuasa dan bidangkuasa itu bermakna mereka mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan!

Artikel 12 Perlembagaan berkaitan dengan pelajaran memperuntukkan bahawa “adalah sah bagi Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-instusi Islam (persekolahan, pembelajaran, pendidikan, IPTA, IPTS dan lain-lain) atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu”.

Pendek cerita, Kerajaan Pusat & Negeri boleh, dan dibenarkan mengeluarkan perbelanjaan untuk membiaya dan menyelenggara persekolahan dan institusi pendidikan & pembelajaran berkaitan Islam. Ini adalah peruntukkan Perlembagaan. Dan kalau diperhatikan, tiada sebarang peruntukkan diberikan untuk perbelanjaan dan pembiayaan sekolah-sekolah dan institusi-institusi pembelajaran dan pendidikan yang selain daripada Islam! Maknanya bagi sekolah-sekolah & institusi aliran lain, tidak ada tanggungjawab Kerajaan membantu dan membiaya mereka. Dan apa jua bantuan dan dana yang diberikan selama ini untuk institusi persekolahan, pendidikan dan pembelajaran non-Muslim bukan kerana hak Perlembagaan, sebaliknya hanyalah semata-mata atas ehsan dan budibicara Kerajaan Persekutuan.

Manakala Artikel 74 dibaca dengan Jadual 9 Senara II Perlembagaan memperuntukkan sebuah Mahkamah khas untuk membicarakan hal ehwal umat Islam dalam perkara yang dimaktubkan saperti perkahwinan, perceraian, harta pusaka, amanah, waqaf dan banyak lagi. Dan dibaca bersama Artikel 121 (1A), Mahkamah sivil tidak boleh samasekali mencampuri urusan Mahkamah syariah ini.

Begitu istimewa institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, Artikel 160 memperuntukkan bahawa bangsa Melayu itu wajib beragama Islam! Kalau seseorang Melayu itu murtad, menjadi bukan Islam maknanya dia bukan lagi Melayu. Sebab itu orang Melayu yang murtad hendaklah dianggap terbatal kedudukan dia sebagai bangsa Melayu. Ini penting kerana Perlembagaan hanya memberikan hak dan kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu yang beragama Islam, saperti yang dimaktubkan dibawah Artikel 153.

Malahan, semua Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri-Negeri Beraja memperuntukkan bahawa jawatan Menteri Besar dan tiga jawatan turus utama negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam!

Dan begitu istimewa kedudukan Islam didalam Perlembagaan, dalam keadaan darurat diisytiharkan menurut Artikel 150, walaupun Yang DiPertuan Agong dan Parlimen dengan kuasa yang diberi boleh menggubal, menggantung, memansuhkan dan meminda apa-apa undang-undang, namun “Islam, hukum syarak dan adapt istiadat Melayu” langsung tidak boleh disentuh!

Berdasarkan ringkasan diatas, dapatlah dilihat betapa Perlembagaan Persekutuan itu memartabatkan, memuliakan, dan menobatkan kedudukan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dengan kedudukan yang tinggi lagi istimewa. Oleh itu, sebarang pencerobohan, pelanggaran, serangan dan kemungkaran terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja adalah satu penderhakaan dan bughah yang perlu ditentang oleh semua lapisan rakyat yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks itulah apa yang berlaku di Selangor dan negara Malaysia ini sejak Mac 2008 merupakan satu serangan secara sistematik dan halus terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja oleh para parasit yang langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Daripada sikap memperlekehkan dan mempermainkan lagu Negara Ku, kepada penghinaan terhadap Jalur Gemilang, mempersoalkan azan, kepada isu mempertikai institusi Raja-Raja Melayu, membawa kepada berjoget-robek di surau masjid, kepada agihan daging korban oleh para kaafirun harbiyun, sehingga kepada usaha dakyah terhadap umat Islam dan penglibatan secara aktif para pastor, missionary dan gereja dalam gejala murtad umat Islam, membawa kepada pemecatan Datuk Hasan Ali dan perampasan portfolio Islam daripada PAS; genosid politik terhadap insitusi dan syiar institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor khususnya, dan Malaysia amnya memang sedang berlaku secara sistematik dan terancang secara halus!

Dan dalam isu murtad contohnya, kita melihat penglibatan gereja dan para pastor secara aktif terhadap orang Melayu. Daripada kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi Melayu pertama dengan nama Father Joshua Jamaludin disebuah gereja di Petaling Jaya, kepada murtadnya Nor Aishah Bukhori dengan nama kristiannya Aishah Felicea, diikuti murtadnya Azlina Jailani dengan nama kristian Lina Joy, hingga kepada isu terbaru dakyah kristianisasi melibatkan gereja DUMC, jelas membuktikan penglibatan secara langsung dan aktif segelintir pendakyah pastor dan gereja-gereja.

Pendedahan seorang ahli tegar parti DAP, saudara Razali mengenai usaha penubuhan Negara Kristian dan sumpah para pastor di Pulau Pinang yang mengadakan perhimpunan meraikan kemenangan beberapa calon DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 jelas membuktikan penglibatan secara langsung para pastor dan gereja dalam politik kepartian dinegara ini.

Malah lebih memeranjatkan, saudara Razali mendedahkan, melalui keterangan, dokumen dan videoklip mengenai upacara sumpah para pastor mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kristian! Tahniah kepada saudara Razali yang akhirnya menemui kewarasan aqidah apabila beliau meletakkan Islam lebih utama daripada politik kepartian. Tetapi keberanian itu dibayar dengan harga yang mahal apabila beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman, sehingga terpaksa menyembunyikan diri dan diletakkan dibawah kawalan keselamatan!

Bayangkan seorang Melayu-Muslim terpaksa bersembunyi dan berlindung dibawah kawalan keselamatan hanya untuk mempertahankan dan membela agamanya yang diserang dan cuba dirobek oleh anasir-anasir subversive, ekstremis dan pelampau yang biaDAP dalam negara umat Islam ini!

Dan kemuncaknya yang dapat disaksikan oleh seluruh umat dan rakyat negara ini apabila Exco Hal Ehwal Islam yang juga tokoh pimpinan Partai Islam SeMalaysia, YB Datuk Dr. Hasan Ali dipecat oleh partinya sendiri dan digugurkan daripada jawatan Exco bagi portfolio Hal-Ehwal Islam hanya kerana dia cuba mempertahan dan membela institusi Islam-Melayu & Raja-Raja di Selangor Darul Ehsan!

Dan yang paling malang, pemecatan beliau oleh partinya langsung tidak menurut adab dan peraturan Islam. Beliau langsung tidak diberi notis tunjuk sebab, apatah lagi membela diri ataupun bersuara dalam isu pemecatannya. Semuanya dibuat dengan begitu pantas, dan yang kelakarnya ada segelintir dikalangan mereka ini masih mahu mendabik dada bongkak menyatakan merekalah parti Islam yang lebih Islam daripada orang lain!

Adalah sesuatu yang paling malang, apabila genosid politik terhadap institusi Islam-Melayu & Raja-Raja ini berlaku dengan sokongan dan dokongan segelintir parasit politikus kalkatus yang rakus dikalangan bangsat Melayu yang mengaku Islam; dan mereka bertopengkan Islam untuk membantu kaum parasit biaDAP dan cauvinis menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, hanya untuk memuaskan nafsu serakah mereka mahu menduduki mahkota Putrajaya yang pernah mereka bersumpah dan berikrar mahu lelong dan gadaikan!

Perlu diingat inilah golongan yang sama yang apabila meletus isu murtad Jamaludin Osman menjadi paderi dengan nama Father Joshua Jamaludin tahun 1986, menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bertindak Anti-Kristian dan mengadakan satu demonstrasi dipanggil “Himpunan Menentang Kristianisasi” di Sitiawan, Perak pada 29 Oktober 1987! Himpunan yang dibantah keras oleh parti DAP, rakan sekongkol PKR & PAS sekarang! Betapa ironisnya

Malah ada antara mereka menjadi Nujum Pak Belalang apabila membuat satu ramalan dalam ucapan pada 07 Ogos 1987 dalam satu program di Parit Amal, Johor dengan meramal “seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya tahun 2000”!. Malah mereka mendakwa pada masa itu 66,000 orang Melayu sudahpun murtad!

Namun setelah lebih 30 tahun berlalu, apabila tokoh pimpinan PAS, Dr. Hasan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam Selangor sendiri mengambil tindakan terhadap kegiatan gereja DUMC kerana cubaan mendakyah dan memurtadkan orang Islam, dia ditentang habis-habisan. Dan apabila beliau mengadakan Himpunan Selamatkan Aqidah Umat di Stadium Shah Alam, dia dihalang dan ahli partinya dilarang daripada menyertai himpunan itu, walaupun baru beberapa bulan sebelum itu mereka menghalalkan penyertaan dalam satu himpunan haram, walaupun diketuai oleh seorang kafir yang pernah diisytiharkan musuh Islam yang harbi!

Dan yang paling memeranjatkan, ada segelintir dikalangan mereka pula pada hari ini muncul sebagai kaum yang bermati-matian mempertahankan gereja dan kaum kristian. Ramalan mereka pada tahun 1987 bahawa Malaysia akan dikristiankan pada tahun 2000, menjadi kenyataan apabila mereka sendiri rupanya yang mempertahankan institusi kristianisasi ini, sehingga ada antara mereka bukan sahaja sanggup menjual kalimah ALLAH kepada kristian untuk diguna dalam bentuk trinity yang syirik, malah mereka sanggup mati untuk mempertahankan para kafir harbi yang biaDAP ini! Begitu ALLAH kembalikan fitnah kepada mereka! Na’uzubillah min zalik!

Benarlah kata YB Datuk Dr. Hasan Ali, bahawa pembangkang yang dianggotainya dahulu sudah diresapi oleh racun segelintir para parasit politikus kalkatus yang rakus mahu bermahkota di Putrajaya “at all cost”, sehingga mereka muncul sebagai pelacur politik murahan yang layak ditongsampahkan dalam sejarah kegemilangan dan kebangkitan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara umat Islam Malaysia ini!

Apabila seorang pemimpin yang berjuang mahu membela dan mempertahankan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja digertak dan diugut akan diharamkan daripada menjejakkan kaki ke bumi Selangor Darul Ehsan, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

Apabila seorang Exco yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal Islam bangkit untuk memartabatkan dan menobatkan insitusi Islam-Melayu & Raja-Raja berakhir dengan dipecat dari partinya dan digugurkan daripada jawatannya, maka itu bukti jelas institusi “Islam-Melayu & Raja-Raja sedang terancam” di Selangor Darul Ehsan dan negara Malaysia!

Dan benarlah sabda Rasulullah saw, apabila sesuatu amanah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka nantikanlah kehancuran! Dan kita nampak itu berlaku apabila parti yang melabel diri mereka sebagai Islam tidak diberikan portfolio Islam di Pulau Pinang & Selangor!

Kita sedang menyaksikan satu proses genosid politik secara halus untuk menghancurkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja secara terancang, sistematik dan halus dihadapan mata kita. Kita sebenarnya adalah umat Islam akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah saw yang akan melalui proses kehancuran akibat fitnah besar akhir zaman.

Maka menjadi wajib ‘ain bagi tiap individu umat Islam bangsa Melayu untuk terus bangkit membela, mempertahankan, memartabatkan, menobatkan dan memuliakan semula insititusi Islam Melayu & Raja-Raja dalam negara ini, termasuk di Selangor Darul Ehsan.

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali! Kita memohon dan berdoa kepada ALLAH supaya memelihara iman dan aqidah kita dalam zaman fitan kabir ini!

Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Esa, dan aku naik saksi sesungguhnya Nabi Muhammad saw itu adalah Rasulullah!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Jumaat

04 Rabi’ul Awal 1433

27 Jan 2012

19 January 2012

PARASIT ANWARINAS!

(PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e)
Salam 2 all.

Kepantasan proses pemecatan YB Datuk Dr. Hasan Ali sebagai ahli PAS pada 08.01.2012 diikuti dengan pemecatan beliau sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur & Kemudahan Awam Kerajaan Selangor pada 13.01.2012 sangat menakjubkan! Dan lebih pelik bin ajaib apabila portfolio beliau juga dirobak-robek apabila YB Dr. Ahmad Yunos exco baru dari PAS dilantik menggantikan Dr. Hasan Ali semalam 18.01.2012.

Pada teman, PAS sekadar menggali kubur sendiri apabila memecat Dr. Hasan Ali. PAS sedang mengetuk paku-paku terakhir keranda politik mereka. PAS sedang membaca talqin mereka sendiri!


Ramai ahli PAS khususnya, dan penyokong tegar mereka yang masih terkejut terkejut dengan pemecatan Dr. Hasan Ali, kini terkedu apabila Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Exco PAS hanya diberi portfolio menjaga Adat Resam Melayu, Belia & Sukan. Sedangkan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur & Kemudahan Awam diambil alih oleh Menteri Besar sendiri. Parti Islam disuruh jage adat Melayu, parti Anwar diberi jaga Islam!

PAKATAN BiaDAP-PARASIT ANWARINAS TIDAK MEMPERCAYAI PAS

Jelas daripada strategi ini membuktikan bahawa Pakatan BiaDAP-PKR tidak mempercayai PAS! Walaupun parasit Anwarinas yang bersarang didalam PAS berusaha bersungguh-sungguh untuk memperhamba-abdikan PAS kepada perjuangan cauvinis BiaDAP & PKR, sehingga sanggup menjual Tuhan, agama dan perjuangan Negara Islam & hudud mereka, malah mengisytihar diri sanggup mati untuk kafir harbi, namun itu semua tidak cukop untuk memuaskan nafsu serakah kaum cauvinis ini. Mereka mahu perjuangan Islam ditalqinkan dan dikebumikan sedalam-dalamnya sehingga tidak bangkit lagi didalam PAS!

Faktor tidak percayakan PAS ini sudah mula sejak dari awal lagi. Buktinya ialah apabila YB Ustad Salleh Man, satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang langsung tidak diberi sebarang jawatan atau kedudukan oleh rejim BiaDAP pimpinan Anak Jantan Kitsiang. Walaupun semasa kempen PRK Permatang Pasir umat Islam khususnya ahli PAS diperdaya dengan janji bahawa Ustad Salleh Man akan diberikan jawatan Exco Hal Ehwal Islam & Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Tetapi sehingga kini janji tinggal janji. Sebagaimana penduduk Kg. Buah Pala kini menyedari penipuan janji pemberian geran tanah keada mereka, begitu jugalah ahli PAS di Pulau Pinang masih menagih janji satu-satunya ADUN mereka diberikan jawatan yang dijanjikan. Ada antara mereka mula menyedari bahawa PAS sekadar dikaldaikan sahaja oleh cauvinis BiaDAP & PKR. Yang lebih memalukan PAS, ADUN PKR pulak yang dilantik memegang portfolio Hal Ehwal Islam. PAS terkonteng-konteng tidak berportfolio yop!

PARASIT ANWARINAS MEMALUKAN PAS

Dan yang lebih memalukan, PAS disuruh menjaga Adat Resam Melayu! Sedangkan selama ini parasit Anwarinas dok menyalak siang malam pagi petang memaki hamun orang Melayu sebagai assobiyah! Malah ada agamawan mereka yang mengisytiharkan diri malu mengaku menjadi Melayu. Pulang paku buah keras, hari ini ALLAH memalukan mereka pulak yop! Mungkin tugas pertama mereka ialah mencari surat beranak Hang Tuah, almaklumlah dengar cerita Hang Tuah ni dikatakan mitos yang tak pernah ujud!

Tak cukup dengan jatuhnya aib bagi parasit Anwarinas dengan tercabutnya portfolio Islam daripada PAS, ditambah lag keaiban mereka apabila Khalid Ibrahim sendiri mengisytiharkan diri dia yang paling layak menjaga Hal Ehwal Islam. Kahlid Ibrahim yop!? Manusia yang cukop tak sabar nak melutut maaf dengan pihak gereja apabila tercetus isu dakyah kristian oleh Gereja DUMC, sedangkan lapuran siasatan pun belm diterima daripada JAIS. Dan akhirnya Tuanku Sultan Selangor mengakui hakikat berlakunya dakyah tersebut! Tentu kaum pendakyah kimi tersenyum menyeringai dengan berkubornya Dr. Hasan Ali!

Sedangkan semua ahli PAS tahu tentang hadis Rasulullah saw yang bersabda, tunggulah kehancuran apabila orang bukan ahlinya dilantik memegang satu amanah. Khalid Ibrahim diberi amanah menjaga hal-ehwal Islam di Selangor? Malek PKR diberi amanah menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang? Mr. Bean pun boleh gelak sampai pitam dengar yop! Jangan sampai dema lantik Elizabeth Wong jaga Hal-Ehwal Islam baru mike nak sedar diri yop! Adakah ini petanda permulaan tumPAS dan kehancuran terhemPAS PAS akibat mainan politik parasit Anwarinas? Wallahua'lam!

Pokok pangkalnya, PAS telah dimalukan dan dihina sebegitu rupa! Oleh rakan sekatil sebantal mereka sendiri pulak tu! Sebenarnya, PAS memang telah dimalukan sebelum ini. Iaitu apabila satu-satunya ADUN BiaDAP di Kedah mencabar tindakan menutup pusat penyembelihan babi di Alor Setar, malah dia mengugut membawa BiaDAP keluar daripada kerajaan Pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Akhirnya Kerajaan PAS Kedah terpaksa akur dan menelan balik perintah penutupan itu! Apa lagi yang lebih memalukan selain terpaksa membenarkan pusat penyembelihan babi oleh parti yang mengaku Islam ni yop!

Pada teman, penyingkiran Dr. Hasan Ali sebenarnya adalah kejayaan terbesar cauvinis BiaDAP dalam strategi menguasai PAS melaui parasit Anwarinas yang sudah bersarang didalam PAS. Cauvinis BiaDAP sudah boleh tidor lena di Selangor. Selepas ini tidak akan ada lagi Hasan Ali melakukan serbuan terhadap pusat-pusat kemungkaran & maksiat saperti arak. Para pendakyah kristian pasti tergelak besar hari ini apabila Dr. Hasan Ali dihapuskan. Hilang sudah seorang Salahudin Al Ayobi, yang tinggal hanya Salak-din Al Kuyopi!

Bagi ahli-ahli PAS yang masih punya sedikit keimanan, mereka hanya ada satu pilihan. Iaitu membawa PAS keluar daripada PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini dan kembali berjuang berlandaskan Al Quran & Sunnah. Jika tidak, eloklah PAS menukar nama kepada Parti Adat SeMalaysia, ataupun menjadi sayap Hal Ehwal Adat Resam Melayu bagi parti BiaDAP!

PARASIT ANWARINAS MENGHINA DIRI SENDIRI

Sebenarnya penghinaan dan fitnah yang melanda PAS sekarang ini adalah akibat perbuatan mereka sendiri kerana membenarkan parasit-parasit Anwarinas bermaharajalela menguasai PAS. Akibat tindak-tanduk parasit-parasit Anwarinas ini, PAS sanggup bersekongkol dengan Anwar menghalalkan penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh kristian, walaupun Timbalan Mursyidul Am Dato' Dr. Harun Din mengeluarkan fatwa syirik bagi mereka yang redho dan bersetuju.

PAS membenarkan rumahtangga dan perkahwinan wakil rakyat mereka digadaikan sebagai pajakan politik dengan bai'ah sumpah talaq tiga semata-mata untuk menjaga kerusi dan kedudukan. PAS menghalalkan himpunan bersama kafir, malah mengangkat kafir harbi sebagai kalipah mereka dalam satu himpunan haram. Sebaliknya PAS melarang ahlinya daripada berhimpun bersama Exco Agama Islam mereka sendiri dalam membela dan mempertahankan aqidah umat Islam.

PAS sanggup bersekongkol untuk menabalkan seorang manusia yang sangat buruk akhlak dan perangainya untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia! Malah calon tersebut menganut fahaman pluralisma yang diisytiharkan sebagai satu fahaman yang sesat dan boleh merosakkan aqidah! Dan lebih mengaibkan, calon kalipah pujaan parasit Anwarinas ini juga menyatakan undang-undang liwat sudah lapuk dan tidak relevan!

Penghinaan diri sendiri oleh PAS ini sehingga ke peringkat PAS boleh menolak kepimpinan ulama' saperti Ustadz Nasaruddin Mat Isa, sebaliknya memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden! Dan kemuncaknya PAS boleh memecat seorang tokoh dan aktivis perjuangan Islam saperti Dr. Hasan Ali dan redho menerima portfolio menjaga adat Melayu, dan membenarkan orang yang bukan ahli untuk menjaga hal ehwal Islam.

PAS yang selama ini memfitnah orang Melayu yang membela dan memperjuangkan bangsa Melayu sebagai assobiyyah, akhirnya dimalukan ALLAH dengan fitnah itu kembali kepada mereka, mereka pulak hari ni kena jaga adat resam Melayu! PAS yang selama ini memaki hamun orang Melayu yang bekerjasama dengan non-Muslim sebagai tidak Islamik, malah ada yang sampai dikafirkan.

Tetapi hari ini, mereka bukan sahaja bersekongkol dengan parti cauvinis harbi BiaDAP, malah ada yang sampai isytihar sanggup mati demi membela dan mempertahankan harbi ini! Dan fitnah paling besar melanda PAS apabila mereka mengisytiharkan perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah Negara Islam ditongsampahkan kerana konon ceritanya "Negara Islam" TDAK ADA ada dalam Quran"!!!

Parasit-parasit Anwarinas terpaksa menelan ludah dan kahak yang mereka hamburkan selama ini terhadap bangsa Melayu umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka selama ini!


Akhirnya perkataan "Islam" hanya tinggal label sahaja didalam PAS. Perlembagaan PAS untuk menegakkan Negara Islam hanya menjadi huruf tulisan hiasan untuk keseronokkan membaca. Markas-markas dan pusat-pusat propaganda PAS yang dihias cantik dan indah sejak mendapat sedikit kuasa kini menjadi hambar, sehinggakan pentas ceramah politik mereka dirakusi oleh kaum cauvinis BiaDAP untuk memaki hamun sesama Islam diiring 'takbeer jihat' oleh parasit-parasit Anwarinas!

Para pemimpin, agamawan dan ustad-ustad dikalangan mereka pula sanggup mengeluarkan pelbagai patwa dan "wahyu" yang mengelirukan dan meragukan! Kalau dulu mereka sanggup berjihad dan mati syahid untuk mempertahankan surau papan plywood, hari ni mereka sanggup merampas tanah waqaf khas umat Islam untuk membina supermarket! Malah sampai ada yang mengeluarkan wahyu manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan sebenarnya penyelamat umat akhir zaman setaraf Imam Mahdi! Akhirnya fitnah itu kembali kepada mereka apabila rakan sebantal mereka memalukan para parasit Anwarinas ini dengan titah yang mereka hanya layak menjaga adat resam Melayu sahaja, dan perihal Islam dicabut daripada mereka!

PERINGATAN RASULULLAH SAW

Benarlah sabda Rasulullah saw dalam satu hadis riwayat Baihaqi yang mafhumnya "nanti akan datang satu zaman didalam waktu terdekat dimana Islam itu tidak tinggal melainkan hanya namanya sahaja. Dan tidak tinggal didalam Al Quran kecuali huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid mereka cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulamak mereka adalah antara manusia yang paling jahat diantara manusia yang ada dimuka bumi ini. Dari para ulamak ini akan muncul pelbagai fitnah, dan kepada mereka kembalinya fitnah itu" !!!

Semoga ALLAH memelihara iman dan aqidah kita semua daripada fitnah akhir zaman ini. Semoga sahabat dan saudara kita didalam PAS yan masih ada sedikit keimanan mendapat petunjuk, hidayah dan istiqomah daripada ALLAH demi menyelamatkan aqidah dan keimanan mereka.

Nasihat teman untuk mereka, untuk sekali dalam hidup mike, lakukanlah satu perkara yang haq dan betul. Mufaraqahlah, berpisahlah, tinggalkalah pakatan songsang dan luar tabi'e ini. Hapuskanlah parasit-parasit Anwarinas yang sedang bersarang didalam parti mike. Mereka itu umpama anai-anai yang sedang merosakkan PAS. Mereka hanyalah politikus kalkatus rakus yang bernafsu buas mahukan mahkota kekuasaan Putrajaya, yang mengamalkan politik machiavelli matlamat menghalalkan cara yang mike pernah patwakan sebagai sesat lagi menyesatkan.

AAMANTU BILLAH SUMMASTAQEEM - BERIMANLAH KEPADA ALLAH DAN BERISTIQOMAHLAH!

SELAMATKAN PAS DARIPADA KEHANCURAN!


MENGHAPUSKAN PARASIT ANWARINAS ITU JIHAD!

MENENTANG ANWAR ITU SATU JIHAD!


MEMERANGI BiaDAP ITU SATU JIHAD!


KEMBALI KEPADA AL QURAN & SUNNAH ITU SATU JIHAD!


Adios amigos, grasias senor!

Walahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
25 Safar 1433
19 Januari

09 January 2012

MAHKAMAH ALLAH MAHKAMAH RAKYAT

(Didunia mungkin terlepas, di akhirat tetap akan dibalas)

Salam 2 all.

Mungkin ramai yang terkedu dengan keputusan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah pagi tadi yang melepaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat Saiful. Dengan membaca keputusan sebanyak 3 perenggan, dalam masa tak sampai berapa minit, kes yang mengambil masa lebih 3 tahun untuk dibicarakan, dengan lebih 50 kali penangguhan akhirnya tiba ke penghujungnya.

Pelbagai teori, andaian dan spekulasi muncul didunia cyber; dengan masing-masing pihak membuat rumusan masing-masing.

Bagi yang pro-Anwar dan kaum Anwarinas, mereka meraikan keputusan itu sebagai bukti “Imam Mahdi” mereka tidak bersalah! Tidak pulak terdengar maki hamun mereka Langsung tidak kedengaran tohmahan Hakim “sudah dicucuk hidongnya”. Zikir harian mereka bahawa Mahkamah kena beli juga langsung tidak kedengaran yop! Semua puji belaka! Malah mereka berikrar akan adakan lalakan seluruh negara untuk “membersihkan” manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini!

Bagi yang anti-Anwar, anti kaum Seks Bebas LBGT, ada yang mendakwa ada yang tidak kena dengan keputusan Mahkamah ini! Malah ada yang mendesak supaya Peguam Negara dan seluruh pasukannya letak jawatan serta-merta!

Sebab itulah Saidina Ali berpesan, jangan sesekali kamu membuat keputusan atau mengambil tindakan dalam keadaan marah, emosional! Sebab dalam keadaan itu, pembuat keputusan sebenarnya ialah syaitan & iblis.

Sebab itu sebaik menerima keputusan, pertama sekali teman cuba mendapat pengesahan apa sebenarnya yang diputuskan oleh YA Hakim! Setelah mendapat fakta sebenar, teman mengambil wudhu dan beristikharah. Kemudian teman baca balik rekod perbicaraan kes saperti yang dilapur media dari mula lagi, ditambah dengan beberapa fakta yang teman sendiri tahu, dan juga synopsis kedua-dua kes yang teman buat sebagai peguam melibatkan Anwar terdahulu!

Setelah pekena kopi Baling secawan, menghirup udara segar disini, memohon ALLAH menjauhkan dan membuang segala sifat mazmumah yang ada, dan berdoa kepada ALLAH memberikan petunjuk, barulah teman mula menaip komen ini.

PEMBOHONGAN & PUTARBELIT TERBUKTI!

Pertama, keputusan YA Hakim Datuk Zabidin membuktikan bahawa segala tohmahan, fitnah dan putarbelit pembangkang, kaum Anwarinas dan Koonyet:2 adalah pembohongan semata-mata! Iaitu mereka membuat tohmahan, fitnah dan putarbelit kononnya pertuduhan meliwat Saiful Bukhori Azlan oleh Anwar adalah konspirasi jahat Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Persekutuan! Itulah gendang dan kompang yang dipalu oleh kaum Koonyet:2 dan kaum Anwarinas siang dan malam, pagi dan petang!

Kalau benar saperti tohmahan, fitnah dan pembohongan kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bahawa ini semua satu konspirasi, sudah tentu Mahkamah bukan sahaja akan mensabitkan kesalahan meliwat Saiful terhadap Anwar, malah akan menghukum dia dengan hukuman penjara yang lama!

Tetapi itu tidak berlaku! Malahan YA Hakim membuat keputusan kehakiman melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful. Walaupun teman agak kehairanan kerana keputusan sepanjang tiga perenggan itu hanya mengambil beberapa minit untuk dibaca, tanpa alasan penghakiman yang panjang lebar mengupas segala isu yang berbangkit; namun yang jelasnya tiada sebarang konspirasi atau perancangan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, apatah lagi YAB PM untuk mensabitkan Anwar dengan tuduhan meliwat stafnya Saiful!

Malahan, selepas keputusan kehakiman diumumkan dan Anwar dilepaskan, langsung tidak kedengaran tohmahan, fitnah dan pembohongan mengenai konspirasi itu oleh kaum kaum pembangkang, kaum Anwarinas mahupun Koonyet:2! Sebaliknya pujian melangit diberi kepada sistem kehakiman yang menjadi sasaran fitnah dan tohmahan mereka selama ini! Mahkamah yang adil, permulaan kepada harapan baru, kehakiman yang murni, dan macam-macam lagi pujian yang pasti akan memeranjatkan beruk di Zoo Negara kalau disebut oleh pembangkang sebelum daripada ini!

Cuba mike bayang kalau Mahkamah sabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful. Mike boleh bayang sendiri apa kaum Anwarinas dan Koonyet:2 akan melalak? Pergh..Hakim dah kena beli lah, Mahkamah sundal lah, Hakim pilih masuk neraka lah, akan keluarlah segala macam patwa tok lebai dan ostad mengharamkan Hakim daripada mencium bau syurga, akan berkati-katilah maki hamun sumpah seranah terhadap Dato’ Sri Najib, Datin Sri Rosmah dan lain-lain!

Ni namanya politik dualam yop: kalau kena batang hidung sendiri lain hukum, kalau kena batang hidung musuh dema lain pulak hukumnya yop! Dalam bahasa mat rempit, perangai ni dipanggil cakap tak serupa bikin, dalam bahasa omputeh dipanggil hipokrit, dalam bahasa syara’ dipanggil..eh, mike tau sendirilah yop..berkembar dengan Abdullah bin Ubay ler!

Kalau ikut teori konspirasi kaum Anwarinas dan Koonyet:2, yang berkali-kali mempersoalkan kredibiliti dan kewibawaan Mahkamah, maka keputusan Hakim hari ini tidak boleh diterima lah yop? Bukankah itu yang mereka lalakkan selama ini! Cuba bayang apa dema kata kalau kita kata keputusan Mahkamah tidak boleh diterima, kita tolak keputusan itu. Pasti mereka akan melalak memaki hamun kita dengan pelbagai label dan tuduhan!

Dan kalau ikut teori kaum Anwarinas bahawa pertuduhan liwat dan perbicaraan di Mahkamah adalah konspirasi Dato' Sri Najib, maka selayaknya mereka semua beratur panjang diluar Seri Perdana di Putrajaya untuk berjumpa, bersalam dan mencium tangan dan kaki Dato' Sri Najib kerana berkonspirasi dengan YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah untuk membebaskan Imam Mahdi dema daripada kes meliwat stafnya Saiful Bukhori! Tak macam tu sepatutnya yop?!

Apapun, keputusan Mahkamah adalah bukti jelas betapa Mahkamah dan Hakim-Hakim di Malaysia ini sebenarnya bukan sahaja bebas, malah mempunyai kredibiliti, integriti dan kewibawaan untu melaksanakan sistem kehakiman dan keadilan yang bukan sahaja mematuhi standard piawaian dunia, malah memenuhi kehendak keadilan sejagat!

LIWAT PAKSA LIWAT RELA?

Kedua, perlu diingatkan bahawa aduan yang dibuat oleh Saiful dan pertuduhan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya terhadap Anwar dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan ialah melakukan liwat melalui “dubur” terhadap stafnya Saiful Bukhori secara paksa! Maka Pendakwaraya mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan elemen-elemen berikut:

  1. mesti ada kemasukan kedalam dubur;
  2. kemasukan itu secara paksa tanpa kerelaan.

Secara peribadi, teman cukop yakin beban pembuktian elemen pertama telah berjaya dibuktikan! Iaitu berlaku kemasukan oleh Anwar kedalam dubur Saiful (penetration of the anus). Ini dibuktikan dengan adanya sampel airmani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Cuma pembuktian elemen kedua dikatakan menimbulkan keraguan Sebab itulah Karpal Singh membangkitkan isu samada Saiful dipaksa? Sedangkan kata Karpal Saiful pergi sendiri ke kondominium itu, dia membawa bersamanya pelincir KY Jelly, dia mempunyai peluang untuk lari keluar tetapi tidak berbuat sedemikian, dia tidak menjerit atau meminta pertolongan, dia boleh duduk minum kopi bersama Anwar selepas adengan liwat itu, dia tidak terus pergi buat repot polis, dia masih hadir pertemuan bersama Anwar selepas itu; dan lain-lain faktor yang Karpal dakwa tidak membuktikan ujudnya elemen paksaan atau tanpa rela!

Sebab itu ada yang menegaskan bahawa pembuktian yang dikemukakan sekadar membuktikan kegiatan liwat atas dasar suka sama suka antara Anwar dengan Saiful, tetapi tidak ada unsur paksaan atau tanpa kerelaan! Pendek cerita, tidak ada bukti Anwar ‘merogol’ Saiful!

Ini sinonim dengan keputusan Mahkamah Persekutuan tahun 2004 semasa membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar, bila Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa “walaupun kami mempercayai berlaku kegiatan liwat ini, namun bukti mengikut kehendak Akta Keterangan tidak cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan jenayah meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!”.

Apa maksud semua ini? Ini bermakna walaupun terlepas dari segi kehakiman dan perundangan, tetapi dari segi moral, etika dan politik; akhlak dan moral Anwar Ibrahim sangatlah diragui untuk melayakkan dia menduduki kerusi kepimpinan pembangkang, apatah lagi menjadi calon bakal Perdana Menteri untuk negara umat Islam Malaysia ini!

Dan itulah pendirian YB Datuk Dr. Hasan Ali semasa menegaskan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, apatah lagi menjadi calon Perdana Menteri. Kerana kata Dr. Hasan Ali, Anwar mempunyai masalah akhlak dan moral yang serius. Sehingga Dr. Hasan Ali membuat keputusan tidak akan pergi menyertai himpunan untuk mendengar keputusan kes peribadi Anwar hari ini!

Apapun, teman mencadangkan kepada Pendakwaraya supaya membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan untuk mendapat kepastian legal samada kesemua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pertuduhan dibawah Seksyen 377B yang dikemukakan itu sudah dipenuhi. Lagipun pihak Pendakwaraya berhak membuat rayuan. Dan teman cukop yakin rakyat pasti mahukan rayuan dikemukakan, agar proses kehakiman dan keadilan dapat dilaksanakan secara baik.

Dan sekarang peluang terbaik untuk Anwar memberikan sampel darahnya kepada pihak berkuasa termasuk Mahkamah untuk mendapat ujian DNA perbandingan dengan DNA Lelaki-Y yang ditemui dalam dubur Saiful. Anwar tidak sepatutnya lagi berdolak dalik, hadapilah kebenaran. Berikan rakyat hak untuk mendapat tahu kebenaran. Teman cabar Anwar supaya bersikap saperti anak jantan, dan serahkan sampel darahnya untuk ujian DNA!

MAHKAMAH ALLAH & SUMPAH LA’NAT

Ketiga, memandangkan Mahkamah manusia sudahpun membuat keputusan, maka sudah tiba masa Anwar berani berhadap dengan Mahkamah ALLAH pulak yop! Apa maksud Mahkamah ALLAH?

Maksudnya ialah Anwar dan Saiful patut menyerahkan hakikat kebenaran aduan kes Anwar meliwat Saiful ini kepada ketentuan Ilahi!

Saiful sudah berbuat sedemikian dari awal lagi. Setelah mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin memberikan nasihat kepada kedua-dua Saiful & Anwar supaya membuat sumpah mubahalah, maka Saiful tanpa sedikit pun keraguan terus mengangkat sumpah “Wallahi, Watallahi, Wabillahi, saya Saiful Bukhori Azlan dengan ini bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur saya. Jika saya berdusta, maka la’nat ALLAH akan turun keatas saya dan keluarga saya”.

Maka teman cabar Anwar supaya berbekalkan keputusan Mahkamah sivil itu, dia sepatutnya tidak lagi berdolak-dalik untuk melakukan sumpah mubahalah saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri itu.

Malah teman mencabar Anwar, berserta dengan Saiful, mengadakan solat hajat perdana bersama ribuan jemaah lain untuk memohon petunjuk dan hidayah daripada ALLAH, menadah tangan bersama-sama supaya ALLAH menunjukkan diantara Anwar dan Saiful; siapa yang benar, siapa yang salah dan berbohong. Dan kepada yang bersalah dan berbohong itu, diminta ALLAH menurunkan la’nat kepadanya! Doanya mudah, iaitu tuan Imam hendaklah berdoa lebihkurang saperti berikut:

“Ya ALLAH ya Rahman, kami datang kepada Mu Ya ALLAH, dengan segala kelemahan, kerendahan diri dan kekerdilan kami, kejahilan dan kebodohan kami, kami memohon kepada Mu Ya ALLAH supaya memberikan petunjuk dan hidayah kepada kami tentang permasalahan aduan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhori Azlan, yang mengadu dia diliwat oleh Anwar Bin Ibrahim, dengan memasukkan zakarnya kedalam dubur Saiful; walhal Anwar Bin Ibrahim menafikan dia ada berbuat sedemikian!

Maka dengan kebesaran nama mu Ya ALLAH, dengan lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, kami , termasuk Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhori, memohon petunjuk dan hidayah daripada Mu, tunjukkanlah kepada kami, didunia ini, dengan seberapa segera mengikut ketentuan masa Mu Ya ALLAH, siapa diantara Saiful & Anwar ini yang bercakap bohong Ya ALLAH!

Dan kami memohon kepada Mu Ya ALLAH, berilah petunjuk dan hidayah Mu itu dengan menurunkan la’nat dan bala kepada penama yang berbohong tersebut; dengan cara la’nat dan bala yang bersesuaian mengikut kehendak dan ketetapan Mu, agar jelas kepada kami siapa yang berbohong diantara keduanya. Ameen Ya Robbal ‘alamin”.

Syaratnya kedua-dua Saiful dan Anwar mesti hadir dalam solat hajat perdana tersebut. Siapa sahaja yang berkelayakan boleh menjadi Imam dan membacakan doa tersebut. Samada Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Tan Sri Harussani Zakaria, Dr. Asri Zainul Abidin atau mana-mana individu lain yang difikirkan layak dan sesuai.

Selepas mengadakan solat hajat dan memohon doa saperti diatas, maka kita serahkanlah kepada ALLAH untuk memberikan ketentuan dan taqdir Nya, insya ALLAH!

Kepada Anwar, bersujud syukurlah kerana ALLAH masih memberi mike peluang kedua. Second chance! Bertaubatlah, dan kembalilah kepada kehidupan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah! Tinggalkanlah perjuangan peribadi untuk memuaskan nafsu mike nak menjadi Perdana Menteri. Mike memang sudah tidak layak memimpin negara umat Islam ini. Gunakanlah kesempatan masa yang ada ini untuk bermuhasabah dan membuat persediaan ke alam kepastian: alam mati! Mike pun sudah berada di umur “subsidi”, umur yang Rasulullah saw sebut sudah layak masuk pencalonan ahli barzakh, umur yang pepatah Melayu sebut “rumah kata pergi, kubor kata mari”. Sudah-sudahlah tu, pergunakan peluang dan ruang yang ALLAH beri sebaiknya!

Kepada Saiful, ketewasan didunia bukan bermakna kegagalan selama-lamanya. Jangan lupa, pembalasan diakhirat menunggu mereka yang menzalimi dan menganiaya mike. Kesabaran itu kunci ketenangan. Perbanyakkan doa dan munajat kepada ALLAH Yang Maha Esa, pohonlah kekuatan dan petunjuk kebenaran kepada Nya. Ingat pesan Rasulullah saw, tidak ada hijab dengan ALLAH untuk doa orang yang dizalimi. Berdoalah, kerana doa itu senjata orang muqmin!

Kepada rakyat Malaysia, walaupun Mahkamah perundangan sudah membuat keputusan, namun Mahkamah Rakyat juga punya kuasa yang tersendiri. Masih belum terlewat untuk Mahkamah Rakyat membuat keputusan dan menghukum si durjana. Gunakanlah kuasa itu sebaiknya. Kembalikanlah maruah dan harga diri rakyat dan negara ini! Lakukanlah yang ma'ruf, cegahlah kemungkaran! Pastikan si durjana dihukum sebaiknya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Suara rakyat suara keramat. Hak rakyat hak yang tidak boleh digugat! Satu undi penentu masadepan agama, bangsa dan tanahair tercinta ini!

Dan kepada rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian, keputusan Mahkamah ini sebenarnya membuktikan bahawa Kerajaan Malaysia dibawah kepimpina YAB Dato' Sri Najib adalah Kerajaan anak jantan. Kerana ini adalah Kerajaan yang tidak mahu "berperang" dengan pembangkang didalam PRU 13 dengan Imam Mahdi pembangkang didalam penjara! Malah Anwar dan juak-juaknya kaum Anwarinas & Koonyet:2 diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk berkempen dan berceramah sampai 'pecah kerongkong'! Jangan ada yang menggatal nak kata hak demokrasi mereka dicabul, sebab sang pencabul pun diberi ruang dan peluang berdemokrasi!

Cuma malangnya slogan mereka ialah DemoKrazy4DemoKerusi!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahualam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

15 Safar 1433

09 Januari 2012

08 January 2012

HASAN ALI TumPAS!

PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e;
Perjuangan amar mungkar nahi ma'ruf
Yang halal jadi haram, yang haram jadi halal
Peliwat Islam ditatang, pejuang Islam ditendang!

Salam 2 all.

HamPAS PASti tumPAS! PAS sedang menggali kubor politik mereka sendiri! Hari ini, berjuang untuk Islam adalah dosa besar didalam PAS! Membela Islam adalah kesalahan tidak terampun bagi PAS! Perjuangan Dr. Hasan Ali memartabatkan Islam, menyeru kepada yang ma’ruf, mencegah kemungkaran, membela aqidah umat, melaksana kehendak syariat dikatakan bercanggah dengan dasar parti yang mengaku berjuang untuk Islam; malah menyelimutkan diri dengan jubah-serban Islam! Pelik Bin Ajaib!!!

Itulah rumusan paling layak diberi kepada parti yang mengaku sebagai Parti Islam SeMalaysia! Pemecatan tokoh pejuang dan aktivis gerakan Islam, YB Datuk Dr. Hasan Ali sebentar tadi membuktikan apa yang telah teman sebut banyak kali. Perjuangan Islam yang dilaungkan PAS hanyalah retorik politik yang penuh hipokrit!

Pemecatan Dr. Hasan Ali sebenarnya membuktikan:

1. Retorik perjuangan Islam sebagai prinsip perjuangan PAS adalah hipokrit dan pembohongan semata-mata! Seluruh dunia mengenali Dr. Hasan Ali sebagai seorang yang konsisten dengan prinsip perjuangan memartabat, menobat dan mempertahankan Islam, Melayu & Institusi DiRaja!

Kesediaan Dr. Hasan Ali mengetuai pergerakan Himpunan Selamatkan Aqidah hasil daripada tindakan biaDAP segelintir pastor dan gereja mendakyah kristianisasi kepada umat Islam telah menyedarkan umat Islam bangsa Melayu akan kritikalnya kedudukan Islam & Melayu dalam negara ini! Beliau baru sahaja mengetuai Himpunan Umat Islam semalam di Stadium Tertutup Paroi, Negeri Sembilan yang dihadiri ribuan umat Islam dari pelbagai latarbelakang social & politik! Namun perjuangan Dr. Hasan Ali sangat tidak disenangi oleh kepimpinan parti rasis & cauvinis biaDAP dan kaum liberal & penganut pluralisma didalam dan luar pakatan biaDAP-PKR-PAS!

2. Pengisian perjuangan Islam yang dilaungkan oleh PAS jelas langsung tidak diamalkan! Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang membela diri? Adakah Dr. Hasan Ali diberi hak mempertahankan diri? Adakah Dr. Hasan Ali diberi peluang memperjelaskan pendirian dan perjuangan serta tindakan dia?

Apa yang kita tau, mesyuarat peringkat PAS Pusat sebentar tadi sekadar membuat pengundian tanpa bahas mahupun Dr. Hasan Ali dipanggil tunjukkan sebab dan membela diri! Islam mengajar kita prinsip asas keadilan Islam mewajibkan seseorang diberi peluang membela diri sebelum sebarang tindakan diambil!

3. Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan cengkaman kaum Anwarinas didalam kepimpinan PAS adalah mutlak! Baru semalam kenyataan Azmin Ali, Timbalan Presiden dan orang kanan Anwar mendesak Dr. Hasan Ali dikenakan tindakan tegas disiarkan. Ini kerana dua hari lepas, Dr. Hasan Ali mempertikaikan tindakan Anwar mengadakan demonstrasi jalanan untuk membebaskan dia daripada tuduhan meliwat stafnya Saiful.

Dr. Hasan Ali menegaskan Anwar tidak sepatutnya mengheret rakyat kedalam kemelut masalah peribadi dan akhlak dia sendiri! Malah Dr. Hasan Ali mempertikaikan kelayakan Anwar menjadi pemimpin pembangkang dan calon PM pakatan biaDAP-PKR-PAS kerana punya masalah akhlak dan moral yang buruk! Ketegasan Dr. Hasan Ali membuatkan Azmin Ali, anak emas Anwar melenting dan marah! Dan kemarahan Azmin Ali diterjemahkan tak sampai 24 jam dengan pemecatan Dr. Hasan Ali sebentar tadi!

4. Pemecatan Dr. Hasan Ali membuktikan perjuangan retorik Negara Islam, perlaksanaan syariat dan undang-undang Islam sudahpun berkubur didalam PAS! PAS sekadar membuktikan ia adalah parti poltitik biasa yang sudah dipenuhi oleh politikus kalkatus yang rakus mahukan kuasa , kedudukan dan jawatan. Dr. Hasan Ali dilihat penghalang kepada matlamat mendapatkan Putrajaya! Maka dihalalkan cara yang cukup jijik dan kotor; pejuang Islam yang sepatutnya sinonim dengan parti Islam dicantas dan dibuang demi memenuhi nafsu serakah mahukan kuasa!

5. Yang halal menjadi haram, yang haram menjadi halal! Himpunan Umat Islam yang diketuai oleh Dr. Hasan Ali dilarang; himpunan bersama kafir harbi dan untuk menyelamatkan manusia paling buruk akhlaknya dihalalkan! Malah diisytiharkan sebagai jihad perhimpunan untuk menyelesaikan masalah moral dan akhlak seorang pemimpin yang sudah rosak!

Teman cukup yakin bangsa Melayu umat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya akan dapat melihat sandiwara dan opera yang dimainkan oleh kaum pembangkang yang sudah gila kuasa ini! Pokok pangkalnya, kalau tokoh pemimpin dan pejuang tulin mereka sendiri dicantas dan dipecat hanya kerana mempertahankan perjuangan Islam, apakah tidak mungkin mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memenuhi nafsu berkuasa!

Teman yakin tindakan PAS yang dikuasai kaum Anwarinas ini akan memakan diri. Ramai ahli dan penyokong PAS sudah mula meragui nilai perjuangan Islam sebenar PAS! Respon yang teman tengok sendiri dilaman FB dan twit membuktikan segalanya. Pendokong dan penyokong tegar PAS, yang selama ini konsisten dalam memaki hamun dan bersumpah seranah atas apa sahaja isu yang teman bangkitkan, tiba-tiba terkedu bisu tidak bersuara melihat depan mata dema bagaimana parti yang mereka taksubi selama ini sudah dilacurkan!

Kenyataan salah seorang penyokong tegar PAS dilaman FB dan twit teman mewakili suara hati dan luahan perasan mereka, bila dia berkata:

“Ana mratapi pmecatan DHA!Tndkn terburu2 PAS mmecat DHA sbaik shj mnrima desakan AA (Azmin Ali) mmbuka mata/minda ana bhw PAS sbnrny dh jauh brubah!”.

Teman percaya selepas ini akan akan tindak-balas daripada golongan pro-Islam didalam PAS. Teman cukop yakin para ulama’ tidak akan berdiam diri! Teman cukop yakin aktivis yang sayangkan agama akan bangkit membela Dr. Hasan Ali. Dan teman cukop yakin kaum Anwarinas akan terus mencengkam kuasa mereka dengan memecat golongan ulama’ dan aktivis pejuang Islam didalam PAS demi memastikan nafsu impian mereka ke Putrajaya tercapai.

Teman yakin selepas ini akan ada lagi para ulama' dan aktivitis pejuang Islam akan dikenakan tindakan! Teman tidak hairan jika selepas ini mangsa kerakusan mereka seterusnya ialah Ustadz Nasharudin Mat Isa, Ustadz Nasarudin Hassan Tantawi, Ustadz Datuk Harun Taib, mungkin juga Ustadz Nik Abduh Nik Mat. Malahan jika Dato' Dr. Haron Din, ulama' besar yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS dilihat menjadi batu penghalang mereka untuk mencapai impian ke Putrajaya, sudah PASti beliau juga akan disembelih tanpa ehsan!

Kaum Anwarinas ini hanya membuktikan satu perkara dengan pemecatan Dr. Hasan Ali. Iaitu mereka sudah gila kuasa. Sebab itu kita semua wajib menghancurkan mereka. Memerangi kaum Anwarinas ini adalah jihad, menghancurkan mereka adalah jihad.

Kita bukan gila kuasa, tetapi kita mahu menghalang orang gila daripada berkuasa!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam & Wassalam!

Zulkifli Bin Noordin

Ahad

14 Safar 1433

08 Januari 2012

04 January 2012

TALQIN 901

(Alahai Jah! Kain kapan aku dah siap lum Jah! Dema nak talqin dah tu!)

Salam 2 all.

Teman melihat betapa terdesak Anwar akhir-akhir ini bila melihat depan matanya "Bukit Segambut kata pergi, Sg Buloh kata mari"! Talqin buat karier politik Anwar semakin kuat bergema! Paku terakhir keranda kerier politik Anwar sudah mahu dipasak!

Tarikhnya makin dekat. Keputusan Mahkamah yang dijadualkan pada 09 Jan 2012 ini, hanya tinggal 3-4 hari sahaja lagi. Anwar tahu kali ini kalau kena hukum, dia akan meringkok dalam penjara sekurang-kurangnya 10-12 tahun penjara. Dengan umur sudah mencapai 65, campur 10-12 tahun dalam penjara, Anwar tahu kalau tidak mati pun, dia akan reput dalam penjara!

Sudah pasti Anwar kini berada dalam ketakutan yang teramat sangat. Putrajaya yang dimimpikan, Sg. Buloh yang mendatang!

Sebab itu Anwar lancarkan kempen terdesak dia: Bebas 901! Teman menerima maklumat daripada rakan dalaman PKR yang esok Khamis 05 Januari 2012 Anwar akan panggil semua wakil rakyat (MP & ADUN) Pakatan biaDAP, PKR & PAS berhimpun di Hotel DePalma, Ampang untuk memberi penerangan tentang kes dia meliwat Saiful! Seorang pensyarah undang-undang dengar khabarnya akan membentangkan kertas kerja mengenai kedudukan politik Anwar dari segi undang-undang!

Sebab ramai yang sudah mula persoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri dia. Tambahan apabila ada kenyataan dalam Mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka!

Masadepan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap! Gerhana penuh politik Anwar sudah berlaku! Talqin untuk Anwar sudah mula dibaca! Paku terakhir keranda politik Anwar sudah diketuk!

Sebab itu Anwar mahu rakyat membela dia di mahkamah jalanraya. Sebab itu mahasiswa dan pelajar juge diheret sama untuk membela dia dijalanraya. Saya mahu dibela di Mahkamah Jalanraya, begitu lalakan Anwar! Anwar tahu dia tidak akan menang dalam pilihanraya, maka dia perlu mendapat kuasa melalui politik jalanraya!

Persoalannya, adakah wajar rakyat, pelajar, mahasiswa dan lain-lain diheret dan diperdaya untuk membela Anwar di jalanraya, kononnya di Mahkamah Jalanraya?

JAWAPANNYA TIDAK WAJAR! TIDAK PATUT!

Kerana apa? Disini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar dijalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir keatas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soalbalas Pendakwaraya dipatahkan!

Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada videoklip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan airmani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan!

Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan dalam kandang saksi!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar?

Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah!

Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998!

Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang!

Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar? Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini?

Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain?

Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan?

Kenapa Haji Hasanudin, tuanpunya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah!

Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar.

Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju!

Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat lapuran polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu! Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful.

Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun!

Kali ini DNA airmani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA airmani dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM!

Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful!

Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar!

Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia!

Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH!

Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri.

Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi.

Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah! Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut!

Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop!

Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Terkedu ChinaDOLL nampak belalai,
digenggam geram ditiop kuyop,
Kalimah ALLAH dah pun dema gadai,
Mahkamah ALLAH dema takutlah yop;

Dalam kondo belalai belayar,
depan belakang lubang digali,
Anwar bernafsu nak ke Putrajaya,
tapi Sg Buloh makin menghampiri;

Bebas 901 rekaan Anwar

Mahkamah jalanan menjadi medan

Umat dah tahu rakyat dah sedar

09 Januari Anwar wajib ditalqinkan!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu
10 Safar 1433 / 04 Januari 2012

15 December 2011

RES IPSA LOQUITOR!



Salam 2 all.

Dalam bahasa undang-undang tort, ada satu prinsip dipanggil res ipsa loquitur - the thing speak for itself. Sesuatu perkara itu memperjelaskan dirinya sendiri. Dalam bahasa pasar, mike tengok sendirilah yop!

Itulah yang dibuktikan oleh videoklip diatas (ihsan dari www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com). Kata orang, gambar menceritakan seribu makna. Kalau tengok video diatas, rumusannya tidak lain tidak bukan - Anwar Ibrahim memang kaki pembelit, pembohong & putar alam.

Mike bayangkan yop; teman yang jadi loyer dia selama bertahun-tahun, dan teman antara loyer yang kerap menziarahi dia semasa dalam Penajara Sg. Buloh pun boleh kena kelentong begitu lama, dok ingat dia sakit belakang sampai tak boleh bangkit.

Kekadang sampai macam nazak lakonanannya yop. Sampai teman boleh menitik air mata berceramah menceritakan kesakitan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan ini! Rupenya teman pun kena 'kencing' juga selama ni oleh pelakon terbaik dunia ni yop!!!

Kalu mike rasa susah nak percaya cuba mike tanya senior lawyer Zainur Zakaria, salah seorang peguam utama Anwar bersama teman dalam kes '98, juga bekas Presiden Majlis Peguam yang berkorban membela Anwar sehingga dihukum penjara 3 bulan! Cuba tanya kenapa dia cabut lari daripada menjadi loyer Anwar!

Padanlah Dato' Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru menegaskan dalam Parlimen, Anwar Ibrahim ini 'raksaksa pelbagai wajah - multi faceted monster'.

Kata orang, ketok kepala tanyalah otak sendiri yop! Mike semua sekolah tinggi-tinggi, kalau rela untuk terus dikelentong dan diperlembukan oleh Anwar yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ni, ikut suka mike lah yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
20 Muharram 1433
14 Dis 2011

13 December 2011

DOKUMEN LUAR TABI'E!

(PoLut @ Politik Luar Tabi'e pimpinan MaLut @ Manusia Luar Tabi'e melahirkan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e menghasilkan 'DoLut' @ Dokumen Luar Tabi'e)
Salam 2 all.

Ahad lepas 15 Muharram 1433 bersamaan 11 Dis 2011, bersamaan dengan peristiwa gerhana bulan, Haji Hadi melancarkan "DOKUMEN NEGARA KEBAJIKAN", satu lagi retorik manifesto kaum Anwarinas dalam menghadapi PRU13 nanti. Dokumen yang sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah ni dijadikan modal terbaru kaum Anwarinas untuk mencapai nafsu serakah mereka ke Putrajaya!

Persoalan pokoknya ialah, bolehkah Dokumen Negara Kebajikan ini dipercayai!? JAWAPANNYA JELAS: TIDAK BOLEH & WAJIB DITOLAK!!!

Jangan lupa pada 12 Nov 2003, dalam menghadapi PRU ke 11, kaum Anwarinas mengemukakan "DOKUMEN NEGARA ISLAM" yang dilancarkan juga oleh Haji Hadi! Tujuannya masa itu adalah antara lain untuk menentang konsep "ISLAM HADHARI" yang dibawa oleh YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diterima baik oleh bukan sahaja umat Islam dalam dan luar negara, malah oleh bukan Islam. Ini dapat dilihat dalam ucapan-ucapan penerimaan oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PBS, dan lain-lain. Malah ianya diterima diperingkat antarabangsa sebagai satu gagasan yang dapat memartabatkan Islam dipersada dunia.

Pembangkang kini tertekan dengan pendekatan "Islam Wasathiyah" yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri yang bertindak dan menjadi pemangkin kepada konsep Gagasan 1-Malaysia dengan penekanan kepada dasar "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan".

Konsep yang mengamalkan dasar Islam yang sederhana yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam bangsa Melayu. Konsep ini bukan sekadar retorik politik, malahan telah dipraktikkan dan dilaksanakan dengan pelbagai program dan projek saperti "Klinik 1-Malaysia", "Kedai Rakyat 1-Malaysia", "Bantuan Rakyat 1-Malaysia", "Perumahan Rakyat 1-Malaysia" dan pelbagai lagi.

Konsep 1-Malaysia berteraskan "Islam Wasathiyah" ini telah meletakkan Islam sebagai agama tauhid yang praktikal dan kontemporari! Malah konsep ini diterjemahkan dengan cara simbol mengangkat syahadah! DAN sebenarnya, Konsep 1-Malaysia adalah bukti "kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat dan umat", dilaksanakan atas teras "Islam Wasathiyah!". Ringkasnya, inilah Konsep Negara Kebajikan yang praktikal dan realistik!

Berbalik kepada "Dokumen Negara Kebajikan PAS", isu utama yang teman sebut ialah soal kebolehpercayaan! Betulkah mereka ini, atau ianya sekadar satu lagi "gorengan politik" untuk menyedapkan telinga mendengar dan membuaikan nafsu machiavelli mereka?

Teman menegaskan bahawa ini semua adalah sekadar retorik politik! Malahan ianya langsung tidak boleh dipercayai dan wajib dicampak didalam longkang sahaja!

Cuba ingat apa yang Haji Hadi dan pimpinan PAS sebut semasa pelancaran "Dokumen Negara Islam" pada 12 November 2003. Kalau mike lupa, biar teman ingatkan semula apa yang dijanjikan didalam "Dokumen Negara Islam":

"Konsep 'Membangun Bersama Islam' akan digarap dan dihayati untuk membina Negara Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup"

(lihat Dokumen Negara Islam cetakan pertama Oktober 2003).

Dan cuba lihat kembali ucapan Haji Hadi semasa melancarkan "Dokumen Negara Islam" tersebut:

"Dengan terbitnya dokumen Negara Islam ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam; malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikit pun untuk menubuhkan Negara Islam.

Sesungguhnya kewajipan menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajipan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kaedah fiqh yang ma'ruf".

Satu janji dan ucapan yang bisa memukau golongan yang mudah terpukau.!!!

Tapi tengok apa yang terjadi setelah mereka bersekongkol dengan parti cauvinis dan rasis biaDAP, dan atas persekongkolan luar tabi'e dan songsang itu mereka diberi ALLAH sedikit habuan kuasa dan kedudukan serta jawatan!

MEREKA SENDIRI YANG MENOLAK, MEMBUANG & MENTONGSAMPAHKAN 'DOKUMEN NEGARA ISLAM' & 'PERJUANGAN NEGARA ISLAM MEREKA'. Alasan mereka kononnya "Negara Islam" TIDAK disebut didalam Al Quran!!!.


Dalam Muktamar Agong PAS 2011, hanya lapan tahun selepas pelancaran "Dokumen Negara Islam", Haji Hadi membuat u-turn politik dengan pusingan 360 darjah membuang perjuangan menegakkan Negara Islam dengan kenyataan berikut":

"Kita mulakan dengan perlaksanaan negara kebajikan, itu (negara kebajikan) ada dalam Quran. Dia (Al Quran) tak sebut Negara Islam, dia (Al Quran) sebut Negara Kebajikan!!!".

Dalam satu nafas sahaja, tiba-tiba Dokumen Negara Islam dicampak kedalam longkang atas alasan "
tidak ada didalam Al Quran!!!" Mereka yang janjikan Negara Islam, mereka yang reka Dokumen Negara Islam, tiba-tiba mereka sendiri yang mencampak, membuang & mentongsampahkan "perjuangan Negara Islam" dan "Dokumen Negara Islam" mereka!!!

Dan sekarang mereka rekayarsa pulak satu kitab baru dilabel sebagai "Dokumen Negara Kebajikan". Hanya untuk mengatasi Konsep Islam Wasathiyah yang menjadi teras Gagasan 1-Malaysia "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Di Utamakan"!

Persoalannya ialah, kalau mereka boleh buat u-turn pusingan 360 darjah membuang 'Dokumen Negara Islam' atas alasan tidak ada didalam Al Quran dan menggantikannya dengan 'Dokumen Negara Kebajikan', apakah yang akan menghalang mereka nanti untuk membuang 'Dokumen Negara Kebajikan' dan menggantikannya dengan dokumen negara entah apa kejadah lagi!?

Dan setelah berpuluh tahun ujud, setelah bertahun-tahun diberikan peluang menjadi Kertajaan Negeri, setelah diberi habuan menjadi YB-YB dan Ahli Parlimen, adakah yang mereka mampu lakukan hanya dengan sekadar mendatangkan buku dan dokumen sahaja? Dari 'Dokumen Negara Islam', kepada 'Buku Jinggay', kepada 'Dokumen Negara Kebajikan', dan entah apa lagi selepas ini.

Adakah nanti bila parti biaDAP berkuasa, mereka akan melancarkan pulak buku 'Dokumen Negara Cauvinis', dan jika sosialis berjaya, mereka lancarkan pulak 'Dokumen Negara Kominis'. Dan apa jadi kalau Anwar Ibrahim ditabal sebagai PM (na'uzubillah), adakah Haji Hadi akan lancarkan 'Dokumen Negara Sodom', 'Dokumen Negara Liwat', 'Dokumen Negara ChinaDOLL'?

Ringkasnya yop, 'Dokumen Negara Kebajikan' ini hanya membuktikan satu perkara. Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup menjadi parasit dan pelacur politik kalkatus murahan semata-mata untuk menghalalkan matlamat mereka untuk menduduki kerusi kekuasaan Putrajaya demi memenuhi nafsu serakah mereka. Jangan lupa yop, inilah kaum yang sama nak menjual dan melelong Putrajaya tidak berapa lama dulu!

Ketuk kepala, tanyalah kepala otak masing-masing yop. Berapa lama nak kena tipu dan dibohongi dengan putarbelit kaum ini yop!

Semoga ALLAH memelihara iman, aqidah dan akhlak kita semua yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
18 Muharram 1433
13 Oktober 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin melancarkan buku Negara Berkebajikan: Tawaran Pas di pekarangan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam.

Buku setebal 59 muka surat itu menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh parti berkenaan bersama-sama parti pembangkang lain sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

Dalam buku itu, Pas memperincikan 10 agenda iaitu mewujudkan kerajaan beramanah, masyarakat penyayang, ekonomi mampan, pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan cekap, kebajikan langsung, keluarga harmoni, pekerja produktif, kemudahan prasarana berkualiti dan pemeliharaan alam sekitar.

Buku itu merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Abdul Hadi yang bertajuk Konsep Asas Negara Berkebajikan yang telah dilancar sebelum ini.

Kedua-dua buku berkenaan adalah susulan daripada ucapan dasar beliau dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-57, Jun lalu yang bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan'.

Sebelum ini, 10 agenda berkenaan telah digunakan semasa kempen pilihan raya umum 2008 dan inti pati itu turut dimasukkan ke dalam dokumen polisi pihak pembangkang yang dikenali sebagai Buku Jingga.