25 March 2014

ALFATIHAH-4-MH370



AL-FATIHAH BUAT MH 370

Penantian itu suatu penyiksaan
Kebenaran itu suatu kepahitan
Airmata sudah kekeringan
Harapan menjadi igauan
Sesak fikiran memikirkan

Sejak 8 Mac lalu
Aku tertunggu-tunggu
dimana kelibat bayangmu
dimana Kapten kelasi mu
dimana para penumpang mu
lapan belas hari berlalu
menanti dan terus menunggu
Akhirnya penantian itu terhenti
Kebenaran menjelma kini
Kabar sebak sang Perdana Menteri
Kau telah pergi
Di telan gelombang Lautan Hindi
Membawa bersama suatu misteri

Jutaan persoalan!
Tanpa jawapan!

Aku mau tahu
Mana halatuju mu
Mengapa Beijing tidak ketemu
Sebaliknya Lautan Hindi hentian mu
Apakah yang menganggu
Hingga kau tegar membisu

Tiada denyut kecemasan
Tiada pohonan bantuan
Tiada Mayday tiada panggilan

MH 370
Kau pergi membisu
Tanpa bukti di temu
Kami tergamam buntu
Kelu dan kedu

Hanya kami pasrah
Kepada Allah kami berserah
Moga kau terjumlah
Dalam golongan mutma'innah
Jiwa yang tenang
Diredhai dan meredhai

Dimasukkan sebagai hambaNya
Dimasukkan dalam rahmatNya
Dimasukkan dalam syurgaNya

Al-Fatihah buat mu MH370


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
23 Jamadil Awal 1435
25 Mac 2014 

24 March 2014

SELAWAT PENYATU UMMAH

 
 

Salam 2 all.

Kehadiran lebih setengah juta umat Islam dalam program Selawat Perdana : Cinta Allah Cinta Rasul di Dataran Masjid Putrajaya pada hari Jumaat 19 Jamadil Awal 1435 bersamaan 21 Mac 2014 adalah sangat luarbiasa. Para jemaah yang datang daripada pelbagai latar belakang dan fahaman memenuhi ruang dihadapan Masjid sehingga melimpah ke Lebuh Perdana dan persekitarannya.

Program yang dipimpin oleh Sheikh Habeeb Abdul Qodir Asseqaf turut dihadiri oleh Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah bermula daripada sebelum maghrib dengan alunan zikir dan qasidah, diikuti dengan solat jemaah magrib dan isya serta solat hajat khusus untuk operasi mengesan dan mencari pesawat MH370.

Saya melihat kehadiran umat Melayu-Islam begitu ramai tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik membawa satu maksud - bahawa masih ada ruang dan peluang untuk umat Melayu-Islam bersatu dan memantapkan ukhwah - iaitu melalui risalah Islam!

Saya berani menyatakan sedemikian kerana kita melihat keputusan PRK Kajang semalam membuktikan satu perkara - bahawa masyarakat bukan Islam, terutama kaum Cina langsung tidak berubah dari segi sokongan politik kepada pembangkang DAP-PKR-PAS.

Pada saya, kaum cauvinis dikalangan mereka sudah dirasuk dengan momokan bahawa kuasa politik sudah terlalu hampir! Sesudah menguasai ekonomi negara, mereka mahu lebih daripada itu - kuasa politik dan tampuk pemerintahan negara umat Islam ini!

Dan para cauvinis ini mendapat ruang dan peluang itu apabila ada segelintir Melayu yang bersedia menikam kita daripada belakang; mengkhianati perjuangan agama dan bangsa sendiri demi untuk melempiaskan nafsu mahu berkuasa!

Tidak jauh daripada Dataran Masjid Putrajaya, sebuah lagi program dilancarkan di Stadium Kajang iaitu Himpunan Reformasi-2.0, yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah, calon yang memenangi PRK Kajang. Walaupun kehadiran penyokong mereka sangat mengecewakan sekitar 5,000, tetapi jangan kita lupa mereka memenangi PRK Kajang.

Walaupun ada yang mahu menyedapkan hati menyatakan bahawa majoriti yang diperolehi mereka sudah berkurang, tetapi sebenarnya itu sekadar mahu menipu diri sendiri. Kita perlu ingat bahawa jumlah pengundi yang turun sangat berkurangan, sekitar 72%, sedangkan dalam PRU-13 sekitar 88% turun. Pada hemat saya, sebenarnya tiada sebarang perubahan dalam politik kepartian dalam negara - kita masih berhadapan, dan akan terus berhadapan, dengan tsunami politik cina.

Dalam keadaan umat Melayu-Islam sedang lemah daripda segi ukhwah dan keasatuan dalam mennghadapi serangan bertali arus daripada musuh-musuh, kita melihat kaum kafir bersatu teguh menyerang kita dalam isu dan persoalan fundamental seperti aqidah dan akhlak Islamiyyah yang asas.

Contohnya lihat bagaimana gabungan NGO-NGO termasuk yang haram membentuk Comango menyerang kita dengan satu suara satu nada. Walaupun jumlah mereka sedikit, namun suara mereka besar. Sebaliknya kita punya jumlah yang banyak, tetapi bersuara seperti buih dilautan. Lihat artikel terbaru daripada www.akarimomar.wordpress.com dibawah.

Kelak nanti kita akan ditelan bukan sahaja oleh ombak tsunami politik Cina, malah saya tidak hairan kita akan ditelan oleh ombak tsunami salibiah jika kita terus bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri!

Apapun, apa yang penting ialah Selawat Perdana dan PRK Kajang mengajar kita satu perkara: iaitu umat Melayu-Islam perlu bersatu; dan umat Melayu-Islam boleh bersatu dibawah naungan Islam!

Maka usaha kearah penyatuan dan perpaduan ukhwah umat Melayu-Islam perlu dilipatgandakan; dengan menjadikan Islam sebagai tali penyatuan dan perpaduan ukhwah ummah. 

Firman Allah swt - Dan berpeganglah (bersatulah) kamu dengan tali Allah (iaitu Al-Quran), dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dibawah ni'mat Islam.

Ingatlah kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu), lalu Allah menyelamatkan kamu (dengan ni'mat Islam jua). Demikianlah Allah memperjelaskan ayat-ayat Nya, supaya kamu mendapat petunjuk dan hidayah Nya. Dan orang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, serta ta'at kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah Ali-Imraan : 103

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
22 Jamadil Awal 1435
24 Mac 2014

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dipetik daripada www.akarimoar.wordpress.com

Musuh-musuh Islam, Mereka Bersatu

by akarimomar

Memang benarlah bahawa musuh-musuh bersatu dan sentiasa bersama untuk menentang Islam. Tidak kira apa aktiviti, kempen atau perancangan, mereka akan sentiasa merancang untuk menjahanamkan umat Islam.
NGO-Comango-Bersih
Cari perbezaan antara pendokong utama Bersih dengan Comango
Cuba kita lihat satu contoh kecil yang ingin saya bawa di sini. Cuba carikan perbezaan di antara NGO-NGO yang menjadi penganjur utama kepada kempen Bersih dan dan Comango.
Cuma yang sayangnya, kadang-kadang kita sesama kita bertelingkah. Dan ada pula sesama kita yang sanggup bersekongkol menjadi pak turut dalam agenda halus yang dirancang oleh oleh musuh yang sudah nyata ini.
Sudah sampai kita di akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. bahawa kita sudah bagaikan buih sahaja.
Semoga Allah melindungi kita dan anak cucu kita dari bala bencana jika Allah turunkan.
Abdul Karim Omar
23 Mac 2014

21 March 2014

TAZKIRAH KAJANG: NO-2-ANWARIZAH


SAY NO-2-ANWARIZAH



Tanya sama Zizah

mana jam Omega

nanti jawab Zizah

ada kat rumah



Tanya sama Zizah

pasal tak percaya

nanti jawab Zizah

bukan perut dia


LOOKS LIKE ME, SOUNDS LIKE ME…BUT NOT MY TUMMY!!!
Salam 2 all.

Saya menulis ini sebagai peringatan untuk diri saya dan khusus kepada ahli dan penyokong PAS , dan kepada umat Melayu-Islam umumnya, dalam menghadapi PRK Kajang khasnya, dan dalam menilai hubungan dan kerjasama dengan DAP-PKR yang diselindungkan disebalik konsep tahaluf siyasi, dan dalam menilai persoalan survival dan masadepan sosio-politiko umat Melayu-Islam!

Datin Seri Wan Azizah, calon PKR bagi PRK Kajang adalah Presiden PKR, juga isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Bermakna hubungan mereka bukan sekadar politikal tetapi juga hubungan peribadi dan kekeluargaan. Apa juga tindak-tanduk Anwar dan Nurul Izzah adalah mengikat Wan Azizah samada dari segi politik mahupun kekeluargaan

Pada 16.02.2014, Anwar dalam kapasitinya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang membuat kenyataan didalam Gereja Holy Family, Kajang bahawa kristian boleh dan dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini mengulangi pendirian Anwar yang disebut pada 08.01.2013 bersama Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang yang menyokong desakan Lim Guan Eng pada 25.1.2012 agar kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Bermakna ini bukan sahaja pendirian peribadi Anwar, malah pendirian rasmi PKR dan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS.

Sebaliknya Majlis Syura Ulamak PAS telah pada 13.01.2013 membuat ketetapan jelas bahawa ‘kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah kerana ini bukan soal politik tetapi soal aqidah’.

Ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS ini memperkaui kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din yang menegaskan bahawa ‘barangsiapa yang setuju atau redha dengan kristian untuk menggunakan kalimah Allah maka ia termasuk dalam perlakuan syirik’.

Ini bermakna pendirian Anwar dan PKR adalah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura Ulamak PAS.


Percanggahan Antara Majlis Syura Ulamak PAS dan Anwar-PKR

Dalam keadaan itu, saya lontarkan pertanyaan kepada ahli dan penyokong PAS, pendirian mana yang kamu akan patuh dan ikut.

Sudah tentu sebagai ahli PAS, jelas disebut didalam Fasal 7 (3) bahawa ‘Majlis Syura Ulamak diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

  1. menghuraikan, menjelaskan dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukkan didalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya; 
  1. mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan didalam PAS dan mengawasi serta memelihara suoaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS; 
Adalah jelas bahawa ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh ahli-ahli dan pemimpin PAS.

Persoalannya sekarang, mengapa masih terdapat ahli dan pemimpin PAS yang bertungkus-lumus menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang; sedangkan jelas pendirian PKR dalam isu kalimah Allah yang asas dan fundamental membabitkan aqidah sangat bercanggah dengan pendirian dan ketetapan Majlsi Syura Ulamak PAS?

Menyokong dan membantu Wan Azizah dalam kempen PRK Kajang bermakna menyokong dan menerima pendirian PKR bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh kristian, satu pendirian bercanggah bukan sahaja dengan syara’, malah bertentangan dengan Majlis Syura Ulamak PAS!

Menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang termasuk membuka bilik gerakan, menjalankan culaan, menampal poster, memacakkan bendera, menyebarkan risalah dan bahan cetak, meraih undi, memakai t-shirt, mengibar bendera PKR, memberi ruang di markaz dan penempatan PAS dan apa juga perlakuan, perbuatan, perkataan dan lain-lain yang boleh membantu Wan Azizah mendapatkan undi dan sokongan pengundi DUN N.25 untuk memenangi kerusi DUN Kajang!

Sekiranya ada mana-mana ahli dan penyokong PAS membuat sedemikian, bermakna mereka telah membelakangkan dan menghina institusi tertinggi dalam PAS iaitu Majlis Syura Ulamak!

Dan kalau diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din, bermakna menyokong dan membantu Wan Azizah dalam PRK Kajang dengan pengetahuan penuh bahawa PKR menyokong kristian mengguna-pakai kalimah Allah boleh menjerumuskan seseorang itu ke kancah kesyirikan!


PENGHINAAN TERHADAP DATUK SERI HADI AWANG OLEH PKR

Malahan pada saya ahli-ahli dan penyokong PAS sepatutnya sedar bahawa menyokong dan membantu Wan Azizah seumpama menghina Presiden mereka sendiri iaitu Datuk Seri Hadi Awang.

Ini kerana Shamsul Mat Amin, seorang pemimpin PKR negeri Trengganu, yang merupakan calon PKR bagi DUN Bukit Besi didalam PRU-13 telah menyaman Datuk Seri Hadi Awang dan memperolehi penghakiman sebanyak RM2 juta atas dakwaan Hadi menghinanya dengan tuduhan sebagai pengedar pil kuda, menyebabkan PAS memutuskan untuk meletakkan calon menentang beliau dan calon BN di DUN Bukit Besi.

Sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan diambil oleh Wan Azizah mahupun PKR terhadap Shamsul Mat Amin. Malahan sikap membisu Wan Azizah memberi gambaran beliau tidak menghormati langsung Datuk Seri Hadi Awang, sedangkan beliau adalah Presiden PKR dan ketua kepada Shamsul Mat Amin.


10 DALIL MENOLAK WAN AZIZAH DAN PKR

Dan ahli-ahli PAS wajib mendesak Wan Azizah memberikan penjelasan tentang pendirian beliau samada sebagai isteri Anwar Ibrahim atau ibu kepada Nurul Izzah atau dalam kedudukan beliau sebagai Presiden PKR dalam isu-isu fundamental berikut:

1. KALIMAH ALLAH – apakah pendirian Wan Azizah dalam isu kristian mahu mengguna-pakai kalimah Allah? Adakah Wan Azizah berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Umum PKR seperti yang dinyatakan didalam Gereja Holy Family Church, Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah; sedangkan pendirian ini bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang dibaut pada 13.01.2013?

2. SAMAN DATUK SERI HADI AWANG ­– apakah pendirian Wan Azizah dalam kes saman dan penghakiman RM2 juta yang dibuat oleh pemimpin PKR Trengganu dan calon PKR Bukit Besi Shamsul Mat Amin? Jika Wan Azizah bersetuju, ini satu penghinaan terhadap Prseiden PAS dan pengkhianatan terhadap kerjasama politik PAS-PKR. Jika tidak bersetuju, apakah tindakan Wan Azizah terhadap Shamsul Mat Amin; adakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat atau di arah menarik balik saman terhadap Datuk Seri Hadi Awang?

3. PLURALISMA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat di London School of Ecnomics London yang membawa maksud bahawa semua agama adalah sama; apa yang disebut oleh Allahyarham Prof Dr. Uthman El-Muhammaddy sebagai fahaman pluralisma yang boleh merosakkan aqidah. Adakah Wan Azizah bersama sependapat dan sependirian dengan Anwar dalam isu ini?

4. MURTAD LINA JOY - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa ‘Lina Joy (Azlina Jailani) memang patut diberi kebenaran untuk menukar agamanya (daripada Islam ke kristian). Itu adalah haknya’.  Ringkasnya Azlina Jailani patut dibenarkan murtad. Persoalannya, adakah Wan Azizah bersama satu pendirian dengan Anwar dalam isu ini iaitu membenarkan murtad dikalangan umat Islam?

5. NURUL IZZAH DAN MELAYU MURTAD - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang juga anak sulongnya Nurul Izzah Anwar pada 03 Nov 2011 di premis Gereja Tabernacle USJ yang membawa maksud orang Melayu wajar diberi kebenaran untuk menukar agamanya sebagaimana kaum lain. Ringkasnya orang Melayu wajar dibenarkan murtad. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian Naib Presiden PKR yang juga anak kandungnya sendiri?

6. MURTADNYA NOR AZMAN - apakah pendirian Wan Azizah apabila ahlinya bernama Nor Azman Abdullah menukar agama daripada Islam kepada kristian. Nor Azman adalah saksi bagi Anwar dalam kes liwat terhadap Azizan Abu Bakar. Beliau juga adalah calon PKR bagi Parlimen Kapit dalam PRU-11 dan calon PKR bagi DUN Engkili dalam PRN Sarawak 2001. Beliau dilapurkan telah menukar agama dan memakai nama Beginda Anak Minda. Anak Beginda juga terlibat dalam kontroversi membawa sosej babi ke sekolah. Persoalannya, apakah pendirian Wan Azizah dalam isu ini, adakah beliau bersetuju atau sebaliknya?

7. MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat kepada akhbar Wall Street Journal bahawa ‘saya menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini dan berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Uum PKR?

8. BAR COUNCIL & LIWAT SUKA SAMA SUKA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam Malaysia yang mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 07 Mac 2014 mensabitkan Anwar dengan pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara; bilamana Christopher menyatakan bahawa ini adalah kes ‘liwat suka sama suka’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini? Jika ya, adakah Wan Azizah bersetuju dengan amalan seks bebas LGBT? Jika tidak bersetuju, adakah Wan Azizah akan menyaman atau menegur Presiden Majlis Peguam ini?

9. SAKSI ALIBI - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan mengapa beliau tidak hadir sebagai saksi alibi dalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah kerana didalam Notis Alibi kepada Mahkamah, peguam Anwar Ibrahim menyenaraikan Wan Azizah sebagai saksi. Namun Wan Azizah, dan saksi-saksi alibi yang lain telah tidak hadir memberi keterangan ke Mahkamah; menyebabkan pembelaan alibi Anwar gagal dikemukakan. Jadi Wan Azizah bertanggungjawab memperjelaskan kepada ahli PAS dan pengundi DUN Kajang mengapa beliau tidak hadir memberi keterangan dalam kes melibatkan Ketua Umum PKR yang juga suaminya sendiri?

10. JAM OMEGA - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan dimana jam Omega yang didedahkan oleh Datuk Eskay Shazryl. Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Anwar Ibrahim menyatakan jam Omega itu ada dalam simpanan Wan Azizah, dan ini diperakui oleh Wan Azizah sendiri didalam satu sidang media. Namun Datuk Eskay telah mengeluarkan satu videoklip menunjukkan jam Omega itu ada dalam simpanannya, dan beliau telah menyerahkan kepada pihak Polis yang menjalankan siasatan. Isu jam Omega ini bukan satu isu kecil, tetapi melibatkan isu kredibiliti dan kewibawaan; samada Wan Azizah dan Anwar berbohong atau Datuk Eskay yang berbohong. Maka wajib bagi Wan Azizah memberikan penjelasan tentang perkara ini.


RUMUSAN

Berdasarkan fakta-fakta diatas, maka semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan pengundi Kajang umumnya wajib menilai semula dan bertanya satu soalan fundamental: adakah wajar untuk terus menyokong dan memberikan undi kepada Wan Azizah sebagai calon PKR dalam PRK DUN N.25 Kajang ini.

Adakah wajar memebri amanah kepimpinan dan perwakilan kepada Wan Azizah dalam keadaan ada sepuluh (10) dalil yang boleh mempertikaikan kredibiliti dan kewibawaan Wan Azizah sebagai Presiden PKR, sebagai isteri kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, dan sebagai ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar!

Ingatlah firman Allah swt, ‘janganlah kamu condong kepada sesuatu kezaliman, kelak nanti kamu akan disambar oleh api neraka’.


Pisau ditangan kamu, mentimun ditangan kamu, kamulah yang membuat pilihan. Cuma ingat, kamu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah terhadap apa juga perlakuan, perbuatan dan pendirian kamu; walau sebesar zahrah sekalipun.

Dan jangan kamu nanti dihadapan Allah menyatakan ‘saya tidak tahu; kerana kamu telah diperingatkan’


Inilah tazkirah saya buat kamu semua ahli dan penyokong PAS khususnya, dan umat Melayu-Islam umumnya.

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
19 Jamadil Awal 1435
21 Mac 2014

20 March 2014

ANWAR MANGSA KEZALIMAN?

Sumpah Laknat Saiful Bukhori Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan

Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:


"A'uzubillahi minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat.

Wallahualam.


Salam 2 all.

Saya melihat akhir-akhir ini gelagat pembangkang dalam kempen PRK Kajang lebih menumpu kepada persoalan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan terutamanya isu hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Anwar setelah disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful.
Pembangkang didalam ceramah-ceramah, poster, banner, dan bahan kempen membuat dakwaan kononnya BN menggunakan Mahkamah untuk menzalimi Anwar Ibrahim. Dengan sabitan kesalahan meliwat dan hukuman penjara 5 tahun, pencacai-pencacai pembangkang mendakwa ini sekaligus menamatkan agenda Anwar untuk menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan menabalkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Mereka menggunakan slogan 'Keadilan Untuk Anwar' sebagai retorik kempen PRK Kajang.
Apa kena mengena pengundi DUN Kajang dengan masalah liwat Anwar dengan Saiful saya pun tak tahu. Tapi nampak gaya kempen PRK DUN Kajang dah jadi kempen kes Anwar Ibrahim meliwat Saiful; langsung tidak ada kena mengena dengan kepentingan atau kebajikan rakyat Kajang!
Saya sebenarnya tidak berminat untuk membuat komen tentang penyakit sodomi Anwar ini. Pada saya ini masalah peribadi antara Anwar dan pembantu peribadinya Saiful, dan kita serahkan kepada Mahkamah untuk menentukannya.
Namun apabila melihat gelagat pembangkang, terutama dikalangan penceramah-penceramah mereka yang berubah menjadi anjing-anjing salakan mengutuk dan memfitnah Kerajaan BN termasuk YAB PM dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dengan kata-kata mencarut, caci nista dan maki-hamun yang diluar batas manusia bertamadun, saya berasa terpanggil untuk memberi ulasan dan menjawab tohmahan mereka.

Saya mahu menjawab mereka dengan mencabar anjing-anjing salakan pembangkang ini untuk menjawab siapa sebenarnya yang zalim melalui persoalan-persoalan berikut:

1. PEGUAM KARPAL SINGH - Anwar mempunyai hampir 10 peguam mewakili dan membela beliau dalam kes ini. Malah Anwar sendiri yang melantik peguam Karpal Singh bersama anak-anaknya untuk membela beliau dalam kes Saiful. Sedangkan Karpal telah pada 22 Okt 1997 menegaskan didalam Dewan Rakyat bahawa Anwar seorang peliwat dan beliau (Karpal) mendakwa mempunyai bukti kukuh. Dakwaan Karpal ini yang menyebabkan pihak polis menjalankan siasatan yang akhirnya membawa kepada pendakwaan Anwar. Malah dakwaan Karpal  inilah adalah antara punca membawa kepada terbongkarnya skandal homoseks dan seks songsang luar tabi'e Anwar yang menyebabkan Tun Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 02 Sept 1998.

Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri bila melantik Karpal Singh, orang yang menuduhnya seorang peliwat sebagai peguam?
 

2. PEMBELAAN ALIBI - Anwar telah mengemukakan pembelaan alibi (mendakwa beliau tiada ditempat kejadian) dalam menghadapi kes meliwat Saiful. Beliau diberi peluang oleh Mahkamah untuk memberi keterangan untuk membuktikan dakwaan alibi tersebut. Sebaliknya Anwar memilih untuk tidak memberi keterangan lalu menolak peluang membela diri yang diberikan oleh Mahkamah. Tindakan ini juga menafikan hak Pendakwaraya untuk menyoal-balas beliau. Dengan keengganan memberi keterangan, Anwar telah menafikan dirinya sendiri peluang untuk membuktikan kebenaran. Adakah Karpal Singh yang menasihatkan Anwar supaya jangan memberi keterangan?

Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri apabila mengambil pendirian menolak peluang yang diberi Mahkamah dan enggan memberi keterangan untuk membela diri sendiri?

3. SAKSI ALIBI - Apabila mengemukakan pembelaan alibi, Anwar memberikan kepada Mahkamah antaranya 3 nama sebagai saksi untuk membuktikan beliau tidak berada ditempat kejadian. Saksi-saksi tersebut adalah isteri beliau sendiri yang juga calon PKR bagi DUN Kajang iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, pengawal peribadi yang juga adik iparnya Mokhtar dan rakan karibnya (yang juga tuan punya unit kondominium tempat kejadian liwat berlaku) Tuan Haji Hasanudin. Bagaimanapun ketiga-tiga saksi ini langsung tidak datang Mahkamah memberi keterangan. Mereka ini semua rapat dengan Anwar. Mengapa mereka gagal hadir ke Mahkamah untuk memberi keterangan bagi membela Anwar Ibrahim? Adakah mereka tidak mempercayai Anwar?
Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri apabila gagal mengemukakan saksi-saksi alibi yang merupakan ahli keluarga dan rakan rapat beliau sendiri?


4. 60 PENANGGUHAN - Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat oleh majikannya Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008. Keputusan Mahkamah Tinggi dibuat pada 10 Jan 2012. Setelah rayuan dibuat oleh Pendakwaraya dan Mahkamah Rayuan telah mendengar hujah kesemua pihak iaitu Pendakwaraya (yang diwakili oleh Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah) dan Karpal Singh serta anak-anak (yang mewakili Anwar) dan telah membuat keputusan pada 7 Mac 2014. Maknanya kes ini mengambil masa hampir 6 tahun sejak aduan dibuat oleh Saiful kepada Polis pada 26.06.2008. Bukankah ini bukti jelas Anwar telah diberi peluang dan masa lebih daripada mencukupi oleh Mahkamah. Sebaliknya kes ini mencatat rekod penangguhan paling banyak dalam satu-satu perbicaraan, iaitu melebihi 60 kali, dan kebanyakannya atas permintaan Anwar.
Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri apabila asyik memohon penangguhan yang akhirnya melengahkan perbicaraan kes sehingga berlarutan hampir 6 tahun?


5. LARI KE TURKI - Sebaik sahaja maklumat diterima pada 28.06.2008 bahawa Saiful telah membuat lapuran polis mendakwa diliwat oleh Anwar, keadaan menjadi kecoh di Quality Hotel Shah Alam dimana berlangsung Seminar Kepimpinan Wakil Rakyat PKR dimana Anwar dijadualkan memberikan ucapan malam itu. Semua program seminar dibatalkan, sebaliknya perancangan dibuat untuk Anwar melarikan diri ke Turki, yang kemudiannya di ubah untuk mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur atas alasan konon ada cubaan mahu menembak mati Anwar. Dan Anwar pada malam itu dibawa keluar secara rahsia ke Kedutaan Turki. Ini menimbulkan persepsi dikalangan rakyat bahawa Anwar takut dengan lapuran Saiful itu; bak kata pepatah Melayu, 'kalau tidak ada angin, takkan pohon bergoyang'.

Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri dengan menimbulkan persepsi dia bersalah apabila pembangkang membuat dakwaan konon ada cubaan nak menembak mati Anwar menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri untuk mendapat perlindungan di Kedutaan Turki sebaik sebaik sahaja Saiful membuat lapuran polis?


6. DNA - Kemudiannya timbul persoalan bahawa terdapat DNA bersumberkan daripada sperma Anwar didalam anus Saiful sebagai bukti berlakunya perbuatan liwat. Lalu Anwar dinasihatkan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, yang jika terbukti DNA darah beliau tidak sama dengan DNA yang ditemui dalam anus Saiful bukan sahaja akan menafikan dakwaan Saiful, malah mungkin boleh menyebabkan krisis keyakinan terhadap Kerajaan dan Polis yang boleh menggugat, malah mungkin boleh menumbangkan Kerajaan. Sebaliknya Anwar memilih untuk enggan bekerjasama memberikan sampel darah beliau untuk ujian DNA. Ini menimbulkan persepsi ada sesuatu yang hendak disembunyikan!

Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri dengan menimbulkan persepsi cuba menyembunyikan kebenaran apabila enggan memberikan sampel darahnya untuk ujian DNA yang boleh menafikan dakwaan Saiful?
7. SUKA SAMA SUKA - Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam yang merupakan sekutu kuat pembangkang ketika mengulas keputusan Mahkamah Rayuan itu menyatakan berdasarkan bukti dan keterangan yang dikemukakan dalam Mahkamah, jelas bahawa kes liwat Anwar terhadap pembantunya Saiful Bukhari dilakukan 'atas dasar suka sama suka'. Majlis Peguam tidak mempertikaikan kejadian Anwar meliwat Saiful itu berlaku, cuma mereka mempertikaikan kenapa Saiful tidak dituduh bersama Anwar kerana melakukan liwat suka sama suka*. Persoalannya ialah mengapa Anwar tidak menyaman Presiden Bar Council atas kenyataan tersebut? Bukankah Anwar menzalimi diri sendiri apabila melakukan liwat suka sama suka terhadap pembantunya Saiful?
Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri apabila gagal menyaman Presiden Majlis Peguam yang mendakwa perlakuan liwat dia dengan Saiful adalah perbuatan suka sama suka?
 

8. BEBAS DENGAN JAMINAN - Selama perbicaraan berlangsung sejak 2008, Anwar bebas atas jaminan. Malahan setelah dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, Mahkamah memberikan Anwar penangguhan perlaksanaan hukuman penjara tersebut, dan beliau dilepaskan dengan jaminan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai kelak. Diwaktu yang sama, Anwar bebas berjalan kesana kemari, malah boleh pergi keluar negara tanpa sekatan oleh Kerajaan Malaysia. Bandingkan ini dengan apa yang dihadapi oleh saudara Azizul dan isteri yang ditahan dipenjara Sweden tanpa jaminan sehingga hari ini sementara menanti selesai perbicaraan kes mereka di Mahkamah Sweden.

Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri kerana memberi persepsi kepada rakyat yang dia mendapat layanan istimewa kerana masih bebas duduk diluar walaupun telah dihukum dengan hukuman 5 tahun penjara sedangkan rakyat Malaysia di Sweden masih merengkok dalam tahanan walaupun belum dihukum lagi?
 
 
9. SUMPAH LAKNAT - Diwaktu yang sama, Anwar diberi peluang untuk membersihkan namanya melalui sumpah. Saiful Bukhari, atas nasihat mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin telah melaksanakan sumpah laknat pada 14 Ogos 2008 dengan menegaskan beliau diliwat oleh Bos sendiri iaitu Anwar Ibrahim. Saiful mengulangi sumpah tersebut pada 09 April 2012 dihadapan Ka'bah di Masjidil Haram, Mekah. Namun sehingga hari ini Anwar gagal, dan enggan mengangkat sumpah menafikan sumpah Saiful. Bukankah ini peluang terbaik Anwar untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk memberikan petunjuk kebenaran dakwaan Saiful atau dakwaan Anwar dia kononnya mangsa konspirasi Kerajaan.
Jadi tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri kerana enggan dan ingkar membersihkan namany dengan mengangkat sumpah laknat sebagaimana yang telah dua kali dilakukan oleh Saiful?


RUMUSAN

Adalah jelas daripada sembilan (9) fakta diatas bahawa sebenarnya Anwar Ibrahim yang telah menzalimi dirinya sendiri.

Adakah adil bagi rakyat diheret ke kancah masalah peribadi diantara Anwar dengan pembantu peribadinya Saiful Bukhari?

Oleh itu saya mencabar Anwar dan pembangkang untuk menjawab fakta-fakta diatas sebagai menafikan sebenarnya Anwar Ibrahim lah yang telah menzalimi diri dia sendiri. Malah Anwar bukan sahaja menzalimi dirinya, dia juga menzalimi umat Islam dan rakyat negara ini dengan mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau dengan pembantunya sendiri!
Dan saya menyeru rakyat di Kajang khususnya para pengundi DUN N.25 supaya menghantar mesej jelas kepada Anwar Ibrahim dan gerombolan pembangkang bahawa rakyat menolak politik jijik dan kotor ini dengan menolak Wan Azizah, calon mereka yang juga bini Anwar Ibrahim sendiri!
SAY-NO-2-ANWAR!
SAY-NO-2-AZIZAH!
SAY NO-2-ANWARIZAH!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias.


Zulkifli Noordin
Khamis
18 Jamadil Awal 1435
20 Mac 2014

* (Nota: pendirian Majlis Peguam bahawa ini kes liwat suka sama suka adalah jelas salah dan bercanggah dengan undang-undang kerana pertuduhan dibawah Seksyen 377B (yang mesti dibaca dengan Seksyen 377A) Kanun Kesiksaan tidak memerlukan pembuktian samada ianya dilakukan suka sama suka atau secara paksa. Itu adalah peruntukkan Seksyen 377D. Bagi pertuduhan dibawah Seksyen 377B, cukup sekadar Pendakwaraya membuktikan berlakunya unsur liwat. Dan pembuktian bahawa terdapat DNA bersumberkan daripada sperma Anwar didalam anus Saiful sudah cukup untuk memenuhi peruntukkan Seksyen 377B yang dibaca dengan Seksyen 377A. Oleh itu soal perlakuan liwat itu suka sama suka atau paksaan atau Pendakwaraya patut menuduh Saiful juga tidak timbul dan bukan isu kes).

15 March 2014

POLITIK KITAR-SEMULA: SAY NO-2-ANWARIZAH

SAY NO2ANWARIZAH

Tanya sama Zizah

apa pasal Kajang

nanti jawab Zizah

Bang Non dah goyang



Tanya sama Zizah

apa sebab goyang

nanti jawab Zizah

Penjara nak datang

Salam 2 all.

Tindakan Anwar Ibrahim dan PKR meletakkan Wan Azizah sebagai calon untuk PRK DUN N.25 menggantikan suaminya Anwar mengitar semula kisah politik 1999 dan 2008. Pada saya Wan Azizah kekal menjadi politikus kitar-semula yang cuba menghidupkan dan menyambung talian-hayat politik Anwar.


Setelah pemecatan Anwar oleh mantan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun Mahathir) dan UMNO pada 02.09.1998 atas dakwaan amalan seks songsang dan luar tabi'e, Wan Azizah menjadi penyambung talian-hayat politik Anwar apabila ditabal sebagai Presiden PKN-Parti Keadilan Nasional (nama lama PKR) bagi pihak suaminya yang menghadapi pertuduhan meliwat pemandunya Azizan Abu Bakar.

Tahun 1999 juga menyaksikan Azizah diangkat menjadi calon kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-11 menggantikan tempat suaminya Anwar yang pada waktu itu sudah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM untuk memaksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar membuat Akuan Sumpah palsu untuk melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Azizan dan amalan seks songsang dengan isteri orang.

Berbekalkan paluan gendang simpati dan airmata, Wan Azizah menang selesa dalam PRU-11 di Parlimen Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Wan Azizah mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 tahun 2004 juga atas paluan simpati dan airmata, walaupun PKR kehilangan semua kerusi lain yang dimenangi dalam PRU-11.

Pada tahun 2008, setelah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-12 pada 08.03.2008, Wan Azizah sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai isteri setia telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31.07.2008 setelah Anwar menghadapi siasatan meliwat pembantunya Saiful Bukhori Azlan yang mengadu diliwat pada 26.06.2008.

Anwar yang telah dilepaskan daripada menjalani hukuman penjara pada 02..09.2004 telah layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen pada 14.04.2008 setelah tempoh moritorium kelayakan bertanding sebagai bekas banduan tamat.

Dalam menghadapi pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Azlan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang sangat membantu Anwar untuk mempolitikkan kes perbicaraan tersebut.

Sekali lagi isteri tercinta Wan Azizah memainkan peranan untuk menyelamatkan suami tercinta dengan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Dan Anwar memenangi kerusi tersebut dalam PRK P.044 pada 26.08.2008. Maka bergayalah Anwar menghadapi perbicaraan meliwat Saiful sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan meliwat Saiful atas sebab teknikaliti  pada 10.01.2012, setelah melalui proses perbicaraan yang menyaksikan rekod penangguhan lebih daripada 60 kali.

Anwar kemudiannya menghadapi proses rayuan kes meliwat Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan perbicaraan rayuan pada 05-07 Mac 2014. Dan kali ini wakil Pendakwaraya adalah peguam senior dan terkemuka Tan Sri Mohd Shafee Abdullah, yang telah diberikan fiat untuk mewakili Peguam Negara.

Team guaman Anwar tahu peguam veteran Tan Sri Shafee adalah peguam no-nonsense yang begitu fokus dan komited terhadap kes dibawah kendaliannya.

Maka Anwar memasang strategi politik. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa pohon bergoyang, berlaku PRK DUN N.25 Kajang; kerusi yang secara tiba-tiba dikosongkan oleh Lee Chin Cheh, ADUN PKR tanpa sebarang sebab menasabah.

Bukan sahaja Anwar mencanangkan beliau yang akan bertanding dalam PRK Kajang tersebut, malahan Anwar mengompangkan kemungkinan beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Pengumuman mengejut Anwar itu menghadapi rintangan sejak daripada awal lagi.

Perancangan Anwar itu disambut hambar oleh Tan Sri Khalid yang mengumumkan dengan jelas bahawa walaupun beliau akan membantu Anwar dalam PRK DUN Kajang, namun beliau tidak akan melepaskan jawatan MB Selangor.

Ini diikuti dengan kenyataan tegas beberapa kerat pimpinan PAS terutama peringkat negeri Selangor bahawa mereka membantah cadangan Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Dan perancangan Anwar terbantut terus apabila Mahkamah Rayuan, setelah mendengar hujah Tan Sri Shafee Abdullah dan Karpal Singh yang mewakili Anwar selama tiga hari berturut-turut telah pada hari Jumaat 07.03.2014 membenarkan rayuan Pendakwaraya dan mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhori.

Mahkamah Rayuan secara sebulat suara menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar!

Memandangkan undang-undang pilihanraya Malaysia melarang mana-mana orang yang pernah disabitkan apa-apa kesalahan jenayah daripada menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya, maka perancangan Anwar untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang dan menjadi Menteri Besar ternyata gagal.

Dan kerusi DUN N.25 kekal kosong!

Dalam satu political-strike yang sepantas kilat menyambar, Anwar mengumumkan bahawa isteri tercinta Wan Azizah dipilih menjadi calon PKR untuk menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pengundian yang dijadualkan pada 23.03.2014.

Dan setelah selesai proses penamaan calon pada 11.03.2014, kini sah PRK DUN N.25 Kajang pada 23.03.2014 akan menyaksikan pertandingan satu-lawan-satu antara Wan Azizah dan calon Barisan Nasional Chew Mei Fun.

Dan saya yakin Wan Azizah dan PKR akan mengitar semula kempen politik simpati dan airmata, strategi yang cukup menjadi dan berkesan dalam PRU11, PRU-12, dan PRU 13.

Sekali lagi Wan Azizah terpilih memainkan peranan memberi dan menyambung talian-hayat politik, political life-line kepada Anwar Ibrahim.

Saya cukup yakin selepas ini ada keberangkalian besar akan ada political move untuk mencadangkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Malah saya tidak terkejut jika PKR memalu kompang bahawa Wan Azizah akan menjadi wanita pertama yang akan menjadi MB dalam sejarah politik Malaysia.

Maka akan diseru seluruh wanita di Malaysia bangkit menyokong cadangan itu.

Tan Sri Khalid Ibrahim pasti akan berada dalam keadaan tertekan dan political dilemma yang kronik dengan political move terbaru ini jika ianya terjadi.

Bagi Khalid, menghadapi Wan Azizah tidak sama dengan menghadapi gandingan Anwar-Azmin. Wan Azizah kurang moral & political baggage. Lagipun Wan Azizah adalah Presiden PKR, dan dikenali sebagai sekutu rapat Khalid Ibrahim! Mana mungkin Khalid membantah atau menyanggah cadangan untuk Wan Azizah menjadi MB Selangor!

Namun, Tan Sri Khalid bukan seorang yang bodoh. Dia tahu Wan Azizah bersedia berkorban apa sahaja demi menyelamatkan lakinya.

Khalid melihat sendiri bagaimana Wan Azizah sanggup mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk Anwar. Khalid melihat bagaimana Wan Azizah sanggup mengaku kepada dunia yang beliau ada menyimpan jam Omega-Eskay yang dikaitkan dengan skandal videoklip Anwar-ChinaDoll.

Pendek-kata, Khalid tahu Azizah sanggup buat apa sahaja untuk lakinya.

Khalid tahu tidak ada apa-apa yang boleh menghalang Wan Azizah mengosongkan semula kerusi DUN Kajang dan meletakkan jawatan sebagai MB Selangor sekiranya diperlukan oleh Anwar diwaktu yang bersesuaian nanti!

Kalau itu berlaku, Tan Sri Khalid akan tinggal terkonteng-konteng. Wan Azizah letak jawatan, Anwar bertanding dan menjadi MB! Dan Khalid tahu pada waktu itu, tidak ada sesiapa boleh menghalang Anwar untuk kemudiannya memberi laluan kepada Azmin Ali, blue-eyed boy Anwar untuk menduduki kerusi MB Selangor!

Itu akan menjadi mimpi ngeri dan igauan hitam bagi Tan Sri Khalid!

Sebab itu nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, bukalah hati dan jiwa. Lihatlah kepada mainan politik yang cukup manipulatif ini.

Satu sahaja jalan bermaruah dan demokratik yang boleh diambil oleh Tan Sri Khalid, kembalikan mandat kepada rakyat.

Pohonlah perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor diwaktu Tan Sri masih lagi mempunyai kuasa dan kedudukan! Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur!

Diwaktu yang sama, saya cukup kagum dengan kesetiaan dan pengorbanan Wan Azizah dalam mempertahankan dan memberi dan menyambung talian-hayat politik kepada suaminya Anwar.

Kalau bukan kerana pengorbanan dan politik airmata Wan Azizah, saya cukup yakin hayat Anwar sudah lama ditalkinkan dan berkubur!

Anwar sangat beruntung kerana mempunyai isteri seperti Wan Azizah.

Mana nak cari isteri yang masih sanggup mempertahankan suami walaupun berdepan dengan videoklip ChinaDoll yang jelas terpampang dan diperakui 99% tulin dan sahih!

Mana nak cari isteri seperti Wan Azizah yang sanggup mengaku menyimpan jam Omega-Eskay sedangkan Datuk Eskay membuktikan bahawa jam Omega itu ada dalam simpanannya dan telah diserahkan kepada pihak Polis!

Mana nak cari isteri yang sanggup mengosongkan kerusi Parlimen, meninggalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang wanita pertama di Malaysia hanya untuk menyelamatkan dan menyambung talian-hayat politik suaminya Anwar!

Mungkin Wan Azizah akan tertanya-tanya, kalau dia yang duduk terjebak dalam keadaan seperti Anwar, adakah Anwar bersedia melakukan pengorbanan yang sama seperti ang dilakukannya untuk Anwar?

Itu adalah persoalan untuk Wan Azizah tanya Anwar bila mereka sedang melayari bahtera diatas tilam empuk Bukit Segambut!

Tetapi apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat!

Adakah rakyat bersedia untuk kemungkinan berlaku lagi pengosongan kerusi oleh Wan Azizah dimasa hadapan?

Adakah rakyat bersedia untuk menerima apa juga kata-kata dan janji Wan Azizah dalam keadaan rakyat tahu pengakuan Wan Azizah dalam kes jam Omega-Eskay yang bercanggah dengan keterangan Datuk Eskay sendiri!

Adakah rakyat bersedia untuk menerima parti yang mengamalkan pencabulan demokrasi yang melampau hanya untuk kepentingan politik individu tertentu?

Inilah antara persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh pengundi DUN Kajang apabila turun membuang undi pada 23.03.2014 nanti.

Apa yang menguntungkan Anwar tidak semestinya menguntungkan rakyat!

Seruan saya kepada pengundi Kajang, hantarlah isyarat yang jelas kepada Anwar, Wan Azizah, pembangkang DAP-PKR-PAS; bahawa rakyat sudah muak dengan kegiatan dan aktiviti politiking melampau ini.

Sebab itu kempen PRK DUN N.25 Kajang ialah 'SAY-NO-2-ANWARIZAH'.

TOLAK WAN AZIZAH, JANGAN UNDI PKR DALAM PRK DUN KAJANG!

Tanya sama Zizah
mana jam Omega
nanti jawab Zizah
ada kat saya

Tanya sama Zizah
pasal tak percaya
nanti jawab Zizah
bukan perut dia

LOOKS LIKE ME, SOUNDS LIKE ME...BUT NOT MY TUMMY  

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Jamadil Awal 1435
15 Mac 2014