24 September 2012
Salam 2 all.
Alhamdulillah setelah begitu lama menjadi mangsa pencabul cyber, laman blog teman telah dapat dipulihkan. Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus cuba menghidupkan semula laman blog ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa semua, akhirnya laman www.zul4kulim.blogspot.com berjaya dipulihkan.
Insyallah teman akan mula menulis semula di laman ini. Memang selama beberapa bulan ni rasa dedar juga tak dapat menulis kat blog ni. Facebook pun kena hack. Tinggal twitter je yop, itu pun ada cubaan nak sabotaj tetapi tak berjaya.
Satu peringatan teman untuk semua, ada cubaan untuk mengujudkan laman Facebook & Twitter menggunakan nama dan identiti teman. Dan dilaman-laman tersebut, pencabul cyber ni menulis perkara-perkara yan merepek dan mengarut, termasuk mencarut dan lain-lain, kononnya ditulis oleh teman. Tujuannya tak lain tak bukan cuba nak merosakkan kredibiliti teman. Harap mike semua berhati-hati dengan pencabul cyber ni.
Teman memang menerima hakikat banyak cubaan untuk sabotaj laman blog ini dan laman FB & Twitter teman. Dengar kate para parasitus kalkatus rakus macam cacing kepanasan dengan blog teman ni yop. Kebenaran itu memang menyakitkan! Apa yan teman cuba tulis adalah menceritakan kebenaran; mendedahkan kepalsuan, pembohongan dan putarbelit para parasit ini dengan politik matlamat menghalalkan cara hanya untuk memenuhi nafsu menduduki takhta Putrajaya (yang pernah mereka cuba nak lelong).
The pen is mightier then sword. Tetapi teman juga selalu memperingatkan diri bahawa terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata burok padahnya! Apapun, kebenaran perlu diperjuangkan, kebatilan wajib dicegah.
Kepada ALLAH kita berserah, semoga ALLAH memberikan petunjuk & hidayah, dan memelihara aqidah & keimanan kita. Dan semoga ALLAH sentiasa memberikan rahmat dan pengampunan kepada kita semua. Amin.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
08 Zulqaedah 1433
24 Sep 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment