(Pakatan Luar Tabi'e yang melahirkan Politik Songsang)
Salam 2 all.
Demam pilihanraya
semakin menjadi-jadi. Pengumuman pembubaran Parlimen oh Dato' Sri Najib pada 03.04.2013 lepas dan pengumuman oleh SPR pada 10.04.2013 bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 20.04.2013 dan pengundian pada 05.05.2013 menghangatkan suasana.
Lima tahun sudah berlalu sejak PRU 12 pada 08 Mac 2008
yang menyaksikan buat pertama kalinya BN kehilangan 2/3 majoriti dan lima
negeri turut tumbang iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor!
Kejatuhan Selangor adalah sesuatu yang langsung tidak terduga samada bagi BN
apatah lagi pembangkang DAP-PKR-PAS!
Kini mandat PRU-12
untuk BN telah tamat pada 28 April 2013, iaitu lima tahun daripada sidang pertama Dewan
Rakyat. Sejak 03.04.2009. BN yang diterajui oleh Dato' Sri Najib Razak, seorang
pemimpin dinamik dan berwawasan telah berjaya meyakinkan rakyat supaya memberi
mandat kepada Kerajaan pimpinannya untuk meneruskan Agenda Transformasi
Negara berteraskan kepada prinsip "1-Malaysia: Rakyat DiDahulukan,
Pencapaian DiUtamakan".
Najib Tun Razak kini
dikenali sebagai "Bapa Transformasi Negara". Repot kad
prestasi Najib bagi tempoh empat tahun sejak mengambil alih teraju kepimpinan
negara telah dibentangkan, dan mendapat respon yang sangat menggalakkan
daripada rakyat! GTP, NKRA, BR1M, KR1M, MR1M, PR1SMA, BL1M dan banyak lagi
dasar beliau menjadi buah mulut rakyat. Dan yang lebih penting, tiap Janji
DiTepati! Malah sudahpun dilaksanakan!
Tapi manusia yang
diwar-warkan sebagai calon terbaik pembangkang DAP-PKR-PAS untuk menjadi calon
PM, bukan sahaja gagal, malah kata Tun Daim Zainuddin dan masuk "tarikh
luput kegunaan"! Malah kata Tun Daim, tokoh korporat dan akitek
pembangunan kewangan dan ekonomi negara, kalau diminta pilih antara Najib
dengan Anwar, dia pasti akan memilih Najib kerana "Anwar is zero on
economy".
Anwar yang sedang
menghadapi masalah akhlak dan peribadi yang serius sehingga diberi gelaran Biseksual oleh rakan tenisnya Datuk Nallakarupan, termasuk pendedahan videoklip ChinaDoll oleh
rakan baiknya Datuk Eskay, diikuti pendedahan videoklip Raja Goyang yang menggemparkan negara di
www.rajagoyang380.com; dan kini pembongkaran videoklip PapaHomo oleh PapaGomo!
Malah tagline untuk PRU-13 sudah menjadi PapaGomo -versus- PapaHomo!
Malah tagline untuk PRU-13 sudah menjadi PapaGomo -versus- PapaHomo!
Ini diikuti dengan
penolakan secara terbuka ahli akar umbi PAS untuk menamakan Anwar sebagai calon
PM bagi pembangkang DAP-PKR-PAS, malah diberitakan Majlis Syura PAS sendiri
telah memutuskan menolak Anwar sebagai calon PM pembangkang!
Keangkuhan Anwar
tidak mahu menerima keputusan Majlis Syura PAS yang menolak penggunaan kalimah
ALLAH oleh kristian saperti yang dituntut oleh Guaneng pada 25.12.2012 dan
dipersetujui oleh Hadi Awang, Anwar & Kitsiang pada 08.01.2013 menyebabkan
ramai golongan agamawan dan ahli akar umbi PAS mula mempertikaikan kredibiliti
Anwar.
Ini ditambah dengan
kesombongan Karpal Singh mencabar Majlis Syura PAS supaya menarik balik
keputusan pada 13.01.2013 dan menerima akur keputusan yang dipersetujui pada
08.01.2013 oleh Hadi, Anwar & Kitsiang menambahkan kemarahan golongan
agamawan dan ahli akar umbi PAS!
Dan kemarahan
agamawan dan ahli akar umbi PAS makin bertambah apabila Datuk Nik Aziz yang
menandatangani keputusan Majlis Syura PAS pada 13.01.2013 bersama Dato' Dr.
Haron Din bukan sahaja tidak mempertahankan keputusan itu semasa menziarahi Karpal
Singh pada 27.03.2013, malah bertindak menyambut harijadinya ke 82 dirumah
Karpal pada hari Taipusam!
Sudah mula
kedengaran perpecahan didalam PAS, malah sudah ada suara yang secara terbuka
mendesak supaya PAS mengkaji semula persekongkolan dengan DAP-PKR dengan tujuan
untuk berpecah supaya PAS boleh berjuang bersendirian kepada perjuangan asal
untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud- qisas & ta'zir yang
ditongsampahkan atas hasutan para anwarinas dan parasit yang terlalu gila mengejar
Putrajaya!
Penyokong dan
pendokong pembangkang menghadapi dilema untuk berdepan dengan PRU-13.
Apatah lagi segala muslihat dan konspirasi yang dirancang tumbang dan kecundang
didepan mata. Daripada isu Lahad Datu, kepada matinya Balasubramaniam,
kelihatan apa sahaja yang cuba
dimuslihatkan pembangkang tidak menjadi; malah ada yang dipatahkan dengan
bantuan ALLAH!
Dalam keadaan
kekalutan dan cacamerba ini, pembangkang perlu mereka dan mencipta suasana yang
boleh mengelirukan rakyat! Apa rancangan itu! Dan yang klasiknya, perancangan
dan konspirasi ini didalangi oleh hanya beberapa elemen dan dalang yang ramai
ahli, penyokong dan pendokong pembangkang sendiri tidak ketahui!
Teman diberitahu ada
elemen dan dalang dikalangan penyokong dan pendokong pembangkang sudah ada perancangan untuk
melakukan 13 perkara berikut sebelum, semasa dan selepas PRU-13:
1. mereka merancang
memujuk Anwar untuk mengangkat sumpah menafikan kes liwat Saiful, videoklip
ChinaDoll, videoklip Raja Goyang dan videoklip PapaGomo! Tetapi sumpah itu
sebenarnya tidak mengikut syara', sekadar sumpah politik untuk diputarbelitkan.
Teman diberitahu lafaz sumpah yang dicadang mereka ialah saperti berikut:
"Demi ALLAH, saya tidak melakukan perkara yang difitnah
oleh UMNO dan Barisan Nasional".
Setelah sumpah ini
dibuat, mereka akan spin kononnya Anwar sudahpun bersumpah, sedangkan sumpah
itu sebenarnya bukan sahaja tidak mengikut hukum syara', malah tidak membawa
apa-apa makna; kerana UMNO tidak pernah memfitnah apa-apa pun terhadap Anwar.
Tetapi juak-juak
pembangkang ini akan memutar-belit sumpah tersebut; malah ada agamawan
dikalangan mereka yang akan "mengislamkan" sumpah tersebut dengan
segala nas dan hujah! Malah akan ada antara mereka akan menyamakan Anwar
setaraf dengan apa yang dihadapi oleh Nabi Yusuf a.s. dan Saidatina 'Aishah
r.a!
2. Tidak cukup
dengan memperkaldaikan beberapa agamawan, teman diberitahu mereka merancang
mencipta satu risalah ataupun surat kononnya
ditulis dan ditandatangani oleh Dr. Yusof
Al-Qardawi menggunakan kepala surat "Al-Iitihad Al-'Alami Lil Ulama' Al-Muslimin -
Persatuan Ulama Islam Sedunia".
Kononnya dalam surat itu, Dr. Yusuf
Al-Qardawi melahirkan simpati dengan "segala fitnah" yang dihadapi
oleh Anwar; dan beliau kononnya menyamakan fitnah itu sama saperti yang dihadapi oleh
para Nabi, sahabat dan keluarga Rasulullah saw!
Lebih mengejutkan, surat
itu kononnya mengandungi sokongan terbuka Dr. Yusuf Al-Qardawi untuk seorang
biseksual menjadi Perdana Menteri!
Sedangkan Dr. Yusuf
Al-Qardawi telah menghantar surat khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Najib bertarikh 17 Zul-Qaedah 1433 memuji beliau sebagai pemimpin
Islam yang hebat dan komited terhadap perjuangan Islam.
"We have always found you among the first and at the
forefront in supporting just and human causes, the issues of Palestine and
Jerusalem among it" - begitu ayat surat Dr. Yusuf
Al-Qardawi sebagai Pengerusi Al-Quds International Institution kepada YAB Dato'
Sri Najib.
Dan ini terbukti
dengan keberanian Dato' Sri Najib menjadi pemimpin non-Arab pertama didunia
menziarahi Gaza pada 22.01.2013 dalam keadaan mereka
masih mengalami trauma akibat serangan zalim daripada rejim zionis Israel.
Dan paling
mengejutkan, surat yang kononnya ditulis oleh Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi
sepanjang 5 mukasurat turut memuji persekongkolan Anwar dengan DAP sebagai satu
persekongkolan yang menepati syara', sama saperti sunnah Rasulullah saw; na'uzubillah
min zalik!
Dan surat itu
mengandungi seruan Dr. Yusuf Al-Qardawi kononnya supaya umat Islam dan rakyat
Malaysia menyokong dan mengundi pembangkang DAP-PKR-PAS dalam PRU-13 dan mengangkat
Anwar menjadi
Perdana Menteri Malaysia, na'uzubillah!!!
Dan teman
dimaklumkan mereka bercadang mengolah surat tersebut dalam bentuk buku risalah
kecil dan mencetak dalam sejuta naskah tersebut dalam versi bahasa Arab dengan
ditandatangani kononnya oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi dan terjemahannya dalam
Bahasa Melayu untuk disebarkan semasa kempen PRU-13 terutama dikalangan ahli
PAS dan pengundi Melayu-Islam!
3. Teman juga
diberitahu bahawa mereka merancang mencipta satu suasana kecoh dimana kononnya
akan berlaku cubaan konon untuk membunuh atau mencederakan Anwar. Yang teman
terperanjat, mereka bersedia melakukan adengan tembak-menembak! Atau
sekurang-kurangnya adengan bersenjata! Mereka akan buat kenyataan provokatif konon nyawa Anwar sedang diancam!
Jalan ceritanya
lebihkurang dalam satu perhimpunan atau majlis rapat umum yang dihadiri pimpinan pembangkang,
satu insiden termasuk kemungkinan tembak menembak (termasuk menggunakan mercun
dan lain-lain) akan berlaku. Target mereka bukan Anwar sebenarnya. Tetapi orang
lain, malah kemungkinan mangsanya ialah pemimpin lain.
Kejadian ini nanti
akan digunakan sebagai spin untuk mencetuskan suasana huru hara dan kemarahan
rakyat. Apatah lagi sekarang dalam keadaan Sabah
baru sahaja diserang oleh pengganas subversif asing, dan hampir pasti sekarang
ia didalangi oleh pihak-pihak tertentu dalam negara ini.
Dan teman tidak akan
terkejut kerana Datuk Eskay pernah menyatakan beliau pernah diminta mengadakan
hubungan dengan puak pemisah Selatan Thai! Apa tujuan hubungan itu? Hanya Eskay
sahaja boleh menjawab dan mendedahkan dalang yang terlibat.
Tetapi jangan lupa
Kerajaan Suharto tumbang kerana gara-gara tembak-menembak yang menyebabkan 6
orang perusuh jalanan terbunuh; Kerajaan General Pervez Musharraf tumbang
akibat insiden tembak-menmbak dan pembunuhan Benazir Bhutto; Kerajaan Ferdinand
Marcos juga tumbang akibat insiden tembakan dan pembunuhan Senator Benigno
Aquino!
Jangan lupa insiden
pengawal peribadi dan eskot Anwar menunjukkan pistol dalam satu insiden di
Melaka baru-baru ini! Dan jangan lupa pembangkang dakwa konon ada orang nak
tembak Anwar semasa Saiful buat lapuran polis dia diliwat Anwar sehingga Anwar
cabut lari ke Kedutaan Turki. Dan jangan lupa dakwaan pembangkang konon ada
cubaan nak rosakkan kereta Anwar supaya berlaku kemalangan. Dan jangan lupa
dakwaan pembangkang konon Anwar nak kena bunuh dengan racun semasa dalam
penjara!
4. Mereka juga
sedang memujuk beberapa orang bekas pegawai Jabatan Kehakiman & Perundangan
serta pegawai polis yang terlibat didalam kes Saiful Bukhori Azlan. untuk
membuat pengakuan dan surat
sumpah menyatakan bahawa dakwaan Saiful tersebut hanyalah fitnah dan rekaan
semata-mata. Malah ada antara mereka akan ditawarkan habuan yang lumayan untuk
menyatakan mereka diarah oleh Dato' Sri Najib sendiri supaya mengada-adakan dan
mereka tuduhan liwat Saiful ini.
Oleh itu jangan
terkejut jika ada sesiapa dikalangan pegawai JKP atau PDRM (termasuk mungkin
yang sudah pencen) tiba-tiba muncul membuat pengakuan dan surat sumpah sedemikian!
Cuma yang kita jangan
lupa ialah Saiful Bukhari Azlan sudahpun mengangkat sumpah laknat mengaku Anwar
Ibrahim telah meliwat beliau pada 26.06.2008. Dan sumpah itu dipersaksikan oleh
ayah beliau sendiri Azlan dan Ustaz Romlan Porigi, Imam Masjid Wilayah! Dan
sehingga kini Anwar enggan mengangkat sumpah saperti Saiful walaupun telah
dicabar beberapa kali.
5. Teman juga
diberitahu mereka sedang merancang membuat kejutan semasa kempen PRU-13 dengan
menunjukkan sebuah jam Omega yang menjadi bahan dalam kes videoklip ChinaDoll. Saperti
diketahui umum, jam tersebut diperolehi oleh Datuk Eskay, rakanbaik Anwar
semasa insiden di bilik adengan.kondang-kondi tersebut ChinaDoll. Malahan jam
tersebut sudahpun diserahkan oleh Datuk Eskay kepada pihak polis.
Pada awalnya teman
diberitahu mereka merancang merasuah pihak berkuasa untuk menyerahkan jam
tersebut. Jika gagal, mereka bercadang menggunakan jam yang hampir sama dengan
jam Omega yang sudahpun mereka beli sebagai plan alternatif jika tidak dapat jam
Omega yang asal.
Jam tersebut akan didedahkan mereka berdekatan dengan masa pengundian untuk mengaburkan mata rakyat
kononnya Anwar dan Wan Azizah telah difitnah; konon selama ini mereka berdiam
diri tidak mahu menunjukkan jam tersebut konon untuk menjaga nama Datuk Eskay;
konon mereka sudah tidak ada pilihan tetapi terpaksa mendedahkan jam tersebut
disaat akhir konon kerana mereka khuatir rakyat akan terpengaruh dengan video
ChinaDoll tersebut!
6. Tidak cukup
dengan itu, mereka juga sedang memujuk beberapa orang pegawai Jabatan Kehakiman
& Perundangan dan polis yang terlibat dalam siasatan kes pembunuhan
Altantuya untuk membuat pengakuan bahawa mereka diarah menutup fail dan
membuang keterangan yang kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dan Datin Sri
Rosmah terlibat.
Malahan teman diberitahu akan ada usaha dibuat untuk memujuk, dan mungkin juga mengugut mereka yang sedang atau pernah bekerja dengan pejabat PM untuk mengaitkan Dato' Sri Najib/ Datin Sri Rosmah dengan pembunuhan Altantuya!
Malahan teman diberitahu akan ada usaha dibuat untuk memujuk, dan mungkin juga mengugut mereka yang sedang atau pernah bekerja dengan pejabat PM untuk mengaitkan Dato' Sri Najib/ Datin Sri Rosmah dengan pembunuhan Altantuya!
Malah teman
diberitahu mereka sedang cuba
mencari jalan untuk mendapatkan pengakuan palsu kononnya daripada Cif Inspektor
Azilah Sadri dan Koperal Sirul Azhar kononnya mereka menerima arahan daripada
Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah sendiri.
Cubaan mereka untuk
menggunakan Balasubramaniam yang kembali disaat hampir pilihanraya untuk
membuat tuduhan palsu terhadap Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah nampaknya
dibantutkan oleh ALLAH.
Tidak berapa hari mengangkat sumpah, akhirnya Balasubramaniam mati akibat serangan sakit jantung. Ada juga yang mendakwa Bala mati akibat termakan sumpah sendiri; malah ada yang mendakwa Bala mati akibat tekanan pembangkang yang mahu beliau meneruskan dengan tuduhan palsu terhadap Dato' Sri Najib & Datin Sri Rosmah. Apapun teori mereka, yang pastinya Bala sudahpun mati!
Tidak berapa hari mengangkat sumpah, akhirnya Balasubramaniam mati akibat serangan sakit jantung. Ada juga yang mendakwa Bala mati akibat termakan sumpah sendiri; malah ada yang mendakwa Bala mati akibat tekanan pembangkang yang mahu beliau meneruskan dengan tuduhan palsu terhadap Dato' Sri Najib & Datin Sri Rosmah. Apapun teori mereka, yang pastinya Bala sudahpun mati!
Cuma teman ingin
mengingatkan bahawa temanlah peguam yang membela Cif Inspektor Azilah Sadri
diperingkat awal kes tersebut. Dan pada masa itu teman adalah peguam Anwar
Ibrahim, dan adalah seorang pemimpin PAS!
Kalaulah benar dakwaan mereka Dato' Sri Najib terlibat, sudah pasti Cif Inspektor Azilah, Koperal Sirul mahupun Balasubramaniam akan memberitahu teman. Dan kalau mereka beritahu sudah pasti teman akan gunakan pengakuan mereka!
Kalaulah benar dakwaan mereka Dato' Sri Najib terlibat, sudah pasti Cif Inspektor Azilah, Koperal Sirul mahupun Balasubramaniam akan memberitahu teman. Dan kalau mereka beritahu sudah pasti teman akan gunakan pengakuan mereka!
Tetapi hakikatnya
tidak ada! Malahan teman tanya mereka sendiri dan mereka bukan sahaja menafikan
Dato' Sri Najib atau Datin Sri Rosmah terlibat; malahan mereka menafikan
sama-sekali terlibat dalam pembunuhan Altantuya!
Dan teman sendiri
melakukan penyiasatan dan mendapati pada hari pembunuhan 19 Oktober, Datin Sri
Rosmah Mansor telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di
Menara Tabung Haji (kebetulan ianya bulan Ramadhan). Mana mungkin Datin Sri
Rosmah terlibat sedangkan bukti jelas beliau berada di Menara Tabung Haji
bersama ratusan hadirin termasuk anak-anak yatim. Begitulah jijik dan kotornya
mainan politik haiwan pembangkang!
7. Dan yang paling
jijik dan kotor, teman diberitahu mereka sedang berusaha memujuk ahli keluarga
dan rakan baik Datin Sri Rosmah, termasuk yang pernah bekerja dengan Datin Sri
Rosmah untuk membuat pengakuan kononnya Datin Sri Rosmah seorang yang
"Queen Control", "Najib dok bawah telunjuk Rosmah",
"Rosmah yang buat keputusan untuk Najib", "Rosmah mencampuri
urusan kerajaan", "Rosmah beri kontrak dan tender kepada kawan-kawan
dia".
Pendek cerita, semuanya tak baik sahaja pasal Rosmah ni. Dan mereka
akan buat videoklip, footage, buku kecil dan lain-lain bahan sebaran semasa kempen PRU-13 untuk
menyebarkan kononnya "pengakuan" ahli keluarga, saudara dan
rakan-rakan Datin Sri Rosmah untuk memburuk-buruk dan mengaibkan Datin Sri
Rosmah!
Yang dema tak cerita
ialah kebaikan Datin Sri Rosmah yang begitu banyak berjasa dan memberi
sumbangan untuk kebaikan dan pembangunan negara. Teman boleh ceritakan satu
kisah yang teman tahu sendiri iaitu semasa ada rakyat Malaysia ditahan di Mesir atas
dakwaan terlibat dengan keganasan.
Pelbagai cara
digunakan oleh Kerajaan untuk membantu tahanan tersebut tetapi gagal. Datin Sri
Rosmah telah menggunakan hubungan baik beliau dengan First Lady Suzzane, isteri
kepada Presiden Hosni Mubarak untuk membebaskan tahanan tersebut. Tak berapa
hari, tahanan tersebut dibebaskan!
Begitu juga
keberanian Datin Sri Rosmah mengiringi PM melawat Gaza
yang sedang mengalami trauma berperang dengan rejim zionis Israel! Tidak
pernah dalam sejarah pemimpin negara luar melawat Gaza bukan sahaja bersama isteri malah dengan
anak-anak sekali!
Teman tengok sendiri kesabaran Datin Sri Rosmah bukan sahaja
mengiringi PM, malah ketabahan beliau menaiki kenderaan yang melalui perjalanan
yang sukar dan penuh cubaan bersama anak-anak Gina dan Ashman tanpa sedikit pun
komplen dan mengeluh, walaupun dipanas terik matahari.
Dan apa yang
pembangkang fitnahkan disini? Mereka memfitnah Datin Sri Rosmah membazir wang
rakyat dengan membeli cincin USD$24juta, bersamaan dengan RM72,000,000! Konon
siap ada dokumen kastam lagi. Inilah yang dikatakan bodoh tak boleh diajar,
cerdik tak boleh diikut!
Datin Sri Rosmah
adalah isteri Perdana Menteri Malaysia.
Kalau takat nak bawak cincin masuk, dia boleh pakai aje cincin tu kat jari
bawak masuk melalui Kompleks Bunga Raya, siapa nak periksa?
Tapi namanya
pembangkang, kalau tidak tipu, fitnah, bohong, putarbelit; bukan pembangkang Malaysia
namanya tu yop!
8. Bercerita
tentang video ChinaDoll, Raja Goyang, PapaHomo dan lain-lain masalah seks
songsang yang dihadapi Anwar, teman diberitahu mereka sedang merancang mengupah
seorang untuk menjalani pembedahan plastik (mungkin disebuah negara jiran)
untuk menyerupai rupa Anwar Ibrahim. Pelakon upahan ini dikatakan akan muncul
dalam masa kempen PRU-13 dengan membuat pengakuan bahawa orang didalam video
itu ialah dia bukannya Anwar.
Modus operandi nya
adalah saperti berikut. Mereka merancang membuat satu videoklip menunjukkan
adengan "politikus terlampau". Lelaki dalam video tersebut adalah
seorang yang mirip muka Anwar. Videoklip itu dicadang disebar dengan
memberikannya kepada bloggers pro-UMNO; atau mereka akan ujudkan satu lamanweb
konon pro-UMNO.
Setelah video
tersebut tersebar dan kecoh, "pelakon upahan" yang sudah menjalani
pembedahan plastik itu akan "muncul" membuat pengakuan sebenarnya
lelaki dalam video itu adalah beliau. Teman difahamkan semua ini akan dilakukan
disebuah negara jiran, dan dilakukan melalui video footage. Selepas itu mereka
akan spin kononnya semua video lain iaitu ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo
adalah palsu semata-mata!
Mike rasa ini
mustahil? Cuba
fikir balik yop. Semasa video ChinaDoll didedahkan oleh rakanbaik Anwar sendiri
Datuk Eskay, seorang balaci tegar Anwar mengaku telah pergi ke sebuah negara
jiran dan menjalani "make-over" untuk menjadikan rupanya
saperti wajah Allahyarham P.Ramlee; semata-mata untuk tunjukkan konon pelaku
adengan kondang-kondi ChinaDoll adalah orang yang menyerupai Anwar!
Looks
like me, sound like me...but not my tummy...yummy...yummy...yummy!!!
9. Teman juga
mendapat maklumat mereka sedang membuat beberapa keping gambar dan videoklip
adengan seks menggunakan digital-filming dan digital-photo yang
kononnya melibatkan beberapa pemimpin pembangkang.
Kemudian mereka akan
memberikan videoklip tersebut kepada bloggers pro-UMNO atau mengujudkan
lamanweb konon pro-UMNO. Sedangkan videoklip tersebut dibuat dengan cara yang
mudah dipersoalkan oleh mana-mana pembuat film. Ianya akan dibuat dengan
mengandungi beberapa cacat cela yang terlalu mudah untuk dikesan.
Modus operandi
mereka mudah! Bila gambar dan videoklip rekaan mereka sendiri tersebar, mereka
akan cepat-cepat spin kononnya dibuat oleh UMNO. Kemudian beberapa tokoh
pembuat filem akan diminta menganalisa gambar dan videoklip rekaan tersebut.
Apabila tokoh-tokoh ini membuat kenyataan ianya palsu, superimpose dan lain-lain, mereka akan spin konon semua videoklip dan gambar yang benar-benar melibatkan pemimpin pembangkang saperti ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo adalah palsu.
Apabila tokoh-tokoh ini membuat kenyataan ianya palsu, superimpose dan lain-lain, mereka akan spin konon semua videoklip dan gambar yang benar-benar melibatkan pemimpin pembangkang saperti ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo adalah palsu.
Kalau rakyat tidak percaya pun, sekurang-kurangnya mereka akan
ragu-ragu. Bagi mereka, itu sahaja sudah satu kejayaan!
Mike ingat itu
mustahil? Jangan lupa pengakuan seorang pemimpin pembangkang sendiri yang
mengaku telah mencipta satu gambar super-impose konon menunjukkan Najib sedang
makan dengan Altantuya! Gambar itulah yang dema dok spin konon bukti Najib
bukan sahaja kenal Altantuya, malah konon telah membunuh Altantuya!
10. Menurut sumber
yang cukup sahih, mereka sedang berusaha keras memujuk wakil rakyat dan
pemimpin pembangkang yang sudah meninggalkan pembangkang DAP-PKR-PAS selepas
PRU-12 untuk membuat u-turn dan membuat pengakuan mereka sebenarnya 'melompat
parti' kerana dibayar oleh Najib & UMNO.
Teman diberitahu mereka bersedia
membayar habuan yang cukup lumayan untuk tujuan itu.
Tidak cukup dengan
itu, mereka juga akan menggunakan taktik kotor dengan mengugut wakil rakyat/
pemimpin tersebut bersama keluarganya untuk membuat u-turn. Malah yang
memeranjatkan teman, sumber memberitahu mereka bersedia mencipta dokumen,
gambar atau videoklip palsu yang akan mengaibkan wakil rakyat atau pemimpin
tersebut termasuk anak isteri mereka!
Semua itu dibuat
dengan tujuan memujuk atau memaksa wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin
tersebut membuat pengakuan kononnya mereka keluar atau lompat parti kerana
dibayar oleh Najib dan UMNO!
Jadi mike jangan
terkejut kalau tiba-tiba akan ada gambar lucah, videoseks atau dokumen palsu
kononnya melibatkan wakil rakyat atau pemimpin yang tidak lagi bersama
pembangkang DAP-PKR-PAS muncul tiba-tiba. Dan jangan terkejut kalau ada wakil
rakyat atau bekas pemimpin pembangkang tiba-tiba buat surat sumpah dan pengakuan konon mereka
dibeli dan dibayar oleh Najib dan UMNO untuk keluar parti!
11. Bukan setakat
itu sahaja, selepas Parlimen dibubarkan, terutamanya semasa tempoh kempen dan
pada hari pengundian, mereka bercadang mencetuskan kekecohan dan huru-hara.
Teman diberitahu khusus pada hari pengundian, mereka merancang untuk membuat
kekecohan ditempat pembuangan undi. Antaranya mereka akan mempersoalkan nama pengundi
yang ada didaftar pengundi. Ada
yang akan membuat pengakuan konon mereka tidak dapat mengundi kerana kononnya
dah ada orang mengundi menggunakan nama mereka.
Penggunaan dakwat
mengundi akan dipergunakan sepenuhnya oleh mereka untuk menimbulkan kekecohan.
Mereka akan mencalit dakwat keatas jari beberapa kerat penyokong mereka
sendiri. Ada
dua senario yang akan berlaku.
Pertama, jika nama pengundi balaci
mereka ditolak oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM), mereka akan buat kecoh konon orang
UMNO/BN yang mencalit dakwat di jari mereka sebelum masuk ke saluran mengundi
sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mengundi!
Senario kedua ialah jika KTM
tidak menolak atas alasan nama pengundi itu belum dipotong, Polling Agent/
Counting Agent (PACA) mereka akan buat kecoh konon orang itu sudah mengundi dan
nak mengundi kali kedua - konon pengundi hantu!
Mereka juga akan
mendesak KTM mengeluarkan kertas undi secara random dan bukan berturutan,
kononnya nombor siri yang ada pada kertas undi boleh mengesan nama pengundi dan
calon mana yang dia undi. Bila KTM menolak, mereka akan buat kecoh. Mereka akan
menengking dan meninggikan suara.
Malah mereka akan
bertindak secara kekerasan fizikal. Ini semua dibuat bukan sahaja untuk
menimbulkan kekecohan, tetapi juga untuk menakutkan pengundi untuk datang
mengundi, terutamanya kaum wanita.
Kemudian mereka akan ambil gambar dan
sebarkan melalui twit, facebook dan lain-lain konon ada pengundi hantu, atau
penyokong mereka tidak dibenarkan mengundi konon kerana jari sudah didakwat!
Pokok pangkalnya,
tujuan mereka adalah menimbulkan kekecohan dan pergaduhan semasa proses
pembuangan undi. Mereka akan menggunakan media cyber saperti twit, facebook dan
lain-lain untuk menyebarkan maklumat palsu konon penyokong mereka tidak
dibenarkan mengundi, KTM tidak mengikut peraturan dan macam-macam lagi dengan
niat supaya seluruh negara akan kecoh dan huru-hara!
Ini akan menyebabkan
proses pengundian akan terbantut dan terganggu. Malah UMNO/ BN akan kehilangan
banyak undi kerana kebanyakan penduduk kampung dan wanita terutamanya akan
menjadi takut untuk pergi ke tempat membuang undi.
Kemudian selepas
zohor, mereka akan mula menghantar mesej melalui media cyber twit, facebook,
sms dan lain-lain kononnya mereka sudah menang dibeberapa kerusi mengikut
bacaan di barong panas dan PACA mereka di Pusat-Pusat Pembuangan Undi. Taktik
ini adalah untuk mengelirukan orang ramai. Juga untuk memberi keyakinan kepada
pengikut mereka supaya berhimpun disebelah petang untuk meraikan kemenangan
kononnya!
Jadi mike boleh
bayang apa akan jadi bila berita kekalahan mereka datang satu persatu! Apatah
lagi pemimpin mereka tumbang satu demi satu! Dan negeri pembangkang Kelantan,
Kedah, Pulau Pinang dan Selangor bungkus! Pengikut mereka sudah tentu tidak
akan percaya, dan ini memudahkan pemimpin mereka menyalakan api kebencian untuk
mencetuskan rusuhan!
Tidak cukup dengan
itu, mereka bercadang mencetak kertas undi palsu dan kotak pembuangan undi sama
saperti SPR. Tujuannya mereka akan buang kertas undi palsu dan kotak itu ke
tong sampah dan merata tempat dengan tujuan nak menunjukkan konon SPR
berkonspirasi dengan BN untuk membuang kertas-kertas undi yang menyokong
pembangkang, dan membawa masuk kotak undi baru untuk memberi undi kepada BN.
Semua ini dilakukan
dengan menggunakan sepenuhnya media cyber melalui twit, facebook dan lain-lain.
Jadi mike boleh bayang betapa kecoh dan huru-haranya PRU-13 nanti!
Modus operandinya
mudah. Bila ini semua berlaku, ketelusan dan integriti SPR dan sistem
pilihanraya kita akan dipersoalkan. Dengan bantuan barua-barua mereka
dikalangan NGO dan lain-lain badan termasuk pemantau pilihanraya kononnya,
mereka akan menjadikan ianya satu isu supaya rangkaian badan antarabangsa yang
menyokong mereka akan menekan SPR dan Kerajaan Malaysia. Ringkasnya, kemenangan
besar BN yang hampir pasti dalam PRU-13 nanti akan dipersoalkan!
12. Lebih
menggerunkan, teman diberitahu mereka merancang untuk berhimpun selepas tamat
tempoh mengundi. Pengikut-pengikut mereka akan dikerah supaya mengepong
Putrajaya, Bangunan Parlimen, Angkasapuri, stesyen televisyen utama saperti
TV3, RTM dan lain, Bangunan SUK di semua ibu negeri, Seri Perdana dan Rumah
Kediaman Rasmi semua Menteri Kanan dan Menteri Besar.
Malah lapangan terbang
antarabangsa dan utama saperti KLIA, Subang, Bayan Lepas dan lain-lain juga akan
dikawal dan lain-lain institusi dan bangunan Kerajaan kononnya bila
diisytiharkan menang, mereka mahu halang pemimpin UMNO dan BN lari dan
menghalang daripada fail-fail dibawa keluar dan dibuang!
Diwaktu yang sama,
pemimpin utama pembangkang akan berhimpun bersama pengikut mereka sekitar
selepas magrib di hadapan Istana Negara di Jalan Duta siap dengan baju Melayu
bersamping. Ini konon untuk memberi keyakinan kepada pengikut mereka yang
pembangkang sudah menang dan bersedia untuk angkat sumpah malam itu juga. Semua
pemimpin peringkat negeri juga akan diminta berhimpun dihadapan Istana Tuanku
negeri masing-masing untuk tujuan yang sama terutamanya Kelantan, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor serta Sabah!
Pada masa yang sama,
pengikut dan penyokong pembangkang akan dikerah berhimpun ditempat-tempat
ikonik saperti Dataran Merdeka, Masjid Negara, Stadium Merdeka, dan
tempat-tempat ikonik peringkat negeri; konon dengan alasan untuk meraikan
kemenangan terutama di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Johor dan Sabah!
13. Mereka juga
merancang jika mereka menang PRU-13 walaupun dengan majoriti mudah 112 kerusi,
mereka akan mengusulkan satu sidang tergempar Parlimen Malaysia menurut Artikel
2 Perlembagaan Persekutuan, iaitu untuk menjemput Singapura menyertai semula
Malaysia.
Artikel 12 ialah
peruntukkan dimana Parlimen Malaysia
boleh, dengan melalui satu Akta, menjemput mana-mana negara asing menyertai
Persekutuan Malaysia.
Dan menggubal sesuatu Akta hanya memerlukan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen,
bukannya 2/3!
Jangan lupa Lee Kuan
Yew pernah membuat kenyataan selepas PRU-12 bahawa dalam keadaan tsunami dan
suasana politik yang sudah berubah, dalam keadaan BN hilang 2/3 majoriti dan
hilang 5 negeri, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa bukan sesuatu yang mustahil
untuk Singapura menyertai semula Malaysia!
Mike tahu Singapura
ada 87 kerusi Parlimen!
Jika Singapura
menerima jemputan pembangkang dan menyertai Malaysia, secara automatik mereka
akan ada tambahan 87 kerusi. Bermakna pembangkang akan ada 199 kerusi, kurang 8
kerusi untuk 2/3 majoriti!
Dan mike boleh
bayang apa akan berlaku kepada negara ini? Kepada bangsa Melayu? Kepada hak
istimewa Melayu? Kepada kedudukan Islam? Kepada kedudukan Raja-Raja Melayu?
RUMUSAN
Teman masih ingat lagi kenyataan pembangkang semasa bersama dengan dema dahulu:
Pembangkang tidak akan dapat kuasa melalui politik pilihanraya, tetapi kita mesti dapatkan kuasa melalui politik jalanraya!
Kita rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan ;pembangkang yang sudah desperado kerana melihat sokongan rakyat kepada mereka semakin lama semakin merosot! Program-program mereka langusung tidak mendapat sambutan walaupun dihadiri oleh nama-nama besar mereka.
Percakaran dalam diantara mereka makin parah!
Perebutan kerusi sesama mereka makin parah. Demonstrasi dan bantahan makin menjadi-jadi. Ada ahli yang sudahpun isytihar keluar parti beramai-ramai. Malah ada ahli parti yang mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon bebas!
Putrajaya semakin
jauh! Mahkota kuasa makin kelam. Rakyat kata pergi, kubor kata mari!
Sebab itu teman berpesan kepada rakyat semua agama dan kaum, ketepikan sentimen dan kepentingan masing-masing. Marilah kita bersatu dibawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib untuk terus melaksanakan Agenda Transformasi yang sedang beliau lakukan dibawah Gagasan 1-Malaysia: Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan dengan slogan Janji DiTepati!
Undi BN Undi Keamanan! Undi BN Undi Keharmonian! Undi BN Undi Kemakmuran!
Undi Pembangkang Undi Kehancuran!
Undi Pembangkang Undi Pembohongan!
Undi Pembangkang Undi Kepalsuan!
Selamat Menyambut PilihanRaya Ke 13!!!
Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Jamadil Akhir
1434
11 April 2013
No comments:
Post a Comment