|
Sesungguhnya (Muhammad) kami telah kurniakan kepadamu kebaikan yang tidak terkira banyaknya (didunia dan diakhirat);
Oleh itu dirikanlah solat dan berkorbanlah;
Sesungguhnya mereka yang mengejek dan membenci kau, merekalah yang terputus!
|
Salam 2 all.
Sabtu 12 Rabi'ul Awal 1436. Hari yang umat Islam seluruh dunia menyambut dan memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. Baginda lahir pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah, tahun sempena serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah keatas kota Makkah.
Bermakna sudah 1476 hijriah sejak Rasulullah saw dilahirkan di Kota Makkah. Dan Rasulullah juga wafat pada tarikh yang sama iaitu 12 Rabi'ul Awal. Sebagai peringatan sampingan, Rasulullah wafat dikala berumur 63 hijriah, bersamaan dengan 61 masihi. Saja saya ingatkan ini kerana ada antara kita masih keliru umur wafat Rasulullah saw yang sebenarnya.
Sempena memperingati Maulidur Rosul 1436 ini, saya ingin memetik firman Allah didalam surah Al-Kausar, yang bermaksud:
1. Sesungguhnya (Muhammad) kami telah kurniakan kepadamu kebaikan yang tidak terkira banyaknya (didunia dan diakhirat);
2. Oleh itu dirikanlah solat dan berkorbanlah;
3. Sesungguhnya mereka yang mengejek dan membenci kau, merekalah yang terputus!
Mengikut riwayat, surah ini diturunkan diwaktu Rasulullah saw berada dalam kesedihan yang amat sangat kerana kewafatan anakanda Baginda bernama Ibrahim. Inilah anak lelaki Rasulullah yang terakhir wafat.
Akibat daripada itu, kaum musyrikin Makkah mengejek Rasulullah dengan panggilan 'al-abtar' - bermakna putus!
Putus disini bermakna tiada lagi nasab (waris) lelaki dari sebelah Rasulullah saw. Bagi masyarakat Arab zaman itu, ketiadaan nasab lelaki, samada kerana tiada anak lelaki ataupun anak lelaki mati merupakan sesuatu yang mengaibkan kerana apabila seseorang tiada nasab anak lelaki, ataupun anak lelaki yang ada telah meninggal dunia, maka terputuslah nasab keturunan bagi dia. Ini kerana keturunan kita akan diingati melalui nasab bapanya.
Contohnya Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib.
Walaupun Nabi mempunyai anak perempuan iaitu Fatimah yang mempunyai anak Hasan dan Husein, namun anak itu dinasabkan kepada bapanya iaitu Hasan Bin Ali Bin Abu Talib Bin Abdul Mutalib; nama Nabi Muhammad tidak ada dalam nasab itu.
Itu maknanya abtar - terputus.
Ejekan kaum musyrikin kepada Nabi setelah kewafatan Ibrahim ialah manusia tidak akan lagi mengingati Rasulullah saw nanti kerana putusnya nasab anak lelaki Rasulullah saw. Ini antara faktor yang menyebabkan Nabi bersedih.
Namun Allah menghiburkan hati Rasulullah saw dengan menngingatkan Nabi bahawa Baginda telah, sedang dan akan diberi nikmat manusia mengingati Baginda dengan begitu banyak, dan nama Rasulullah saw tidak akan terputus daripada ingatan manusia hingga ke akhir zaman.
Dan Allah meterikan itu dengan Surah Al-Ahzab:56 dengan firmanNya, "sesungguhnya Allah dan para Malaikat bersalawat keatas Nabi, wahai orang beriman, bersalawatlah keatas Nabi dan ucapkanlah salam dan sejahtera keatasnya'.
Dan terbukti apa yang difirmankan Allah bahawa nikmat memperingati Nabi tidak akan terputus, malah begitu banyak sekali manusia memperingati Rasulullah saw. Contohnya:
1. Sehingga ke hari ini, seluruh manusia masih menyambut hari ulangtahun Rasulullah saw pada tiap 12 Rabi'ul Awal walaupun Nabi sudah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun hijriah lamanya. Saya percaya tidak ada manusia yang masih disambut harijadinya walaupun telah lama tiada kecuali Rasulullah saw. Subhanallah!
Cuba bayang kalau kita jemput kawan-kawan kita untuk majlis menyambut harijadi moyang kita yang dah meninggal 100 tahun lepas. Pasti orang akan kata screw kita dah longgar, "dah gila agaknya mangkuk ni dok sambut harijadi moyang dia!", begitu kawan-kawan akan mengejek kita. Tapi kalau ada masjid atau pihak yang melarang kita daripada memperingati dan menyambut Mauliddurosul - majlis mengingati kelahiran Rasulullah saw, kita akan kata mereka dah gila agaknya! Subhanallah!
2. Tiap hari tiap umat Islam yang mukallaf wajib mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, bersamaan dengan 17 raka'at, iaitu waktu Suboh, Zohor, Asar, Magrib dan Isya. Dan tiap kali solat itu, kita wajib menyebut tasyhud pada rokaat kedua dan menjadi rukun pada rokaat terakhir. Cuba bayang, waktu suboh kita ingat Rasulullah pada tasyhud roka'at kedua, manakala waktu zohor, asar dan isya pada tasyhud roka'at kedua dan keempat, dan diwaktu magrib pada tasyhud roka'at kedua dan ktiga. Bermakna tiap hari wajib bagi kita umat Islam mengingati Rasulullah dengan ucapan tasyhud sebanyak sembilan kali! Subhanallah!
Cuba cari adakah mana-mana manusia, samada yang hidup mahupun yang mati, yang diingati oleh manusia lain dengan ucapan dan doa salam sejahtera sebanyak sembilan kali sehari siang dan malam tanpa henti? Dan Nabi Muhammad saw kita ingati sebanyak sembilan kali sehari semalam tiap hari tanpa gagal walaupun Baginda telah pergi meninggalkan kita 1,400 lamanya! Ajaib bukan! Subhanallah!
3. Dan bayangkan umat Islam hari ini berjumlah hampir 2 billion! Kalau hanya separuh sahaja pun yang mukallaf, bayangkan 1,000,000,000 manusia mengingati Rasulullah saw sebanyak sembilan kali sehari! Bermakna Rasulullah saw diingati sebanyak 9 billion kali sehari! Bermakna 63 billion seminggu! Bermakna 270,000,000,000 sebulan! Bermakna 3,285,000,000,000 trillion setahun! Subhanallah, Nabi Muhammad saw diperingati manusia sebanyak hampir 3.3 trillion kali dalam tempoh setahun! Subhanallah!
4. Tiap kali azan, mu'azzin wajib menyebut syahadah keatas Nabi saw - aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah! Begitu juga waktu iqamah! Bermakna dalam sehari mu'azzin akan menyebut nama Nabi sebanyak 10 kali sehari. Dan bayangkan berapa billion yang mendengar ucapan syahadah mu'azzin itu dan turut mengulanginya? Trillion tiap hari!!! Subhanallah!
5. Dan tiap kali selepas azan, kita disunatkan membaca doa khusus keatas Nabi saw
Wahai Tuhan yang Empunya seruan yang telah disempurnakan.
Kurniakanlah kedudukan yang tertinggi kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad saw, dan maqam yang terpuji yang Engkau janjikan padanya. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji!
Cuba bayang berapa billion manusia mendoakan untuk Nabi pada tiap kali selepas azan. Dan bayangkan dalam sehari lima kali azan, berapa billion yang akan mendoakan Nabi Muhammad saw dengan doa yang sebegitu cantik! Dalam seminggu? Dalam sebulan? Dalam setahun? Trillion doa akan diucapkan oleh umat Islam yang mukallaf kepada Nabi Muhammad saw sebaik sahaja azan selesai dikumandangkan!!!! Subhanallah!!!
6. Pada tiap hari Jumaat, adalah menjadi rukun dalam khutbah untuk salawat keatas Nabi disampaikan oleh khatib. Tidak sah khutbah, dan tidak sah solat Jumaat yang didirikan, jika khatib tidak mengungkapkan salawat kepada Rasulullah saw!
Cuba bayang, adakah mana-mana manusia yang diingati oleh manusia lain dengan ungkapan doa sejahtera serentak seluruh dunia? Solat Jumaat dilaksanakan hampir serentak diseluruh dunia bagi para jemaah yang mempunyai waktu solat Jumaat yang serentak!
Di Malaysia sahaja berapa banyak masjid dan surau yang mendirikan solat Jumaat serentak! Dan bayangkan Nabi Muhammad saw diingati secara hampir serentak oleh seluruh umat Islam di Malaysia pada waktu solat Jumaat! Subhanallah!!!
7. Dan berapa ramai anak-anak lelaki umat Islam yang diberikan nama Muhammad, sebagai nama tunggal atau pangkal nama mereka. Di Britain dan Amerika Syarikat, dua buah negara kristian, nama Muhammad dilaporkan sebagai nama paling banyak didaftarkan bagi anak-anak yang dilahirkan! Subhanallah!
Dan apa jadi kepada mereka yang mengejek dan mencemuh Rasulullah saw, mendakwa Rasulullah saw akan dilupakan manusia, yang nama dan warisan Nabi saw akan abtar - terputus?
Siapa yang masih ingat Abu Jahal? Bukan sahaja tidak ingat, malah bekas tapak rumah Abu Jahal katanya sekarang sudah menjadi kawasan tandas awam diluar Masjidil Haram!
Siapa yang masih ingat Abu Lahab?
Tiada manusia yang mengingati Abu Lahab walaupun sama kafir dan kufur dengannya!
Kecuali umat Islam; itupun dalam keadaan kita melaknat dia kerana Allah melaknat Abu Lahab didalam Surah Al-Lahab - Binasalah kedua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia! Tidaklah memberi faedah kepadanya hartanya dan apa yang diusahakannya. Akan masuklah dia kedalam api neraka yang menyala-nyala. Dan isterinya, pembawa kayu bakar, yang dilehernya ada tali dari sabut!
Apakah tujuan saya mengupas tajuk ini?
Pertama, untuk membuktikan kebenaran Al-Quran. Allah sendiri yang berfirman bahawa Nabi Muhammad bukan sahaja tidak akan terputus atau dilupakan, malah akan diperingati dengan begitu banyak. Dan ini telah terbukti didepan mata kita sendiri. Oleh itu, ia wajar menguatkan lagi keimanan kita kepada Al-Quran sebagai wahyu daripada Allah swt;
Kedua, ini membuktikan apabila Allah (dan Rasulullah saw) berjanji, maka janji itu benar dan tidak akan dimungkiri. Allah memberikan pelbagai janji dan jaminan didalam Al-Quran. Kita sepatutnya wajib meyakini bahawa janji Allah itu benar, janji Allah itu tidak akan dimungkiri, dan janji Allah itu pasti akan ditunaikan;
Ketiga, ini membuktikan kerasulan Nabi Muhammad saw itu benar. Janji Allah kepada Rasul Nya adalah benar. Maka oleh itu yakinilah janji Allah kepada kita manusia juga benar!
Keempat, sebagai peringatan dan amaran kepada mereka yang 'memutuskan' hubungan dengan Al-Quran dan Rasulullah saw, dengan mengingkari dan menolak Islam. Menjual kalimah Allah, menolak persaudaraan dengan sesama umat Islam, menjadikan sesama Islam sebagai musuh, seronok bersekongkol dan bersaudara dengan kafir harbi, mengangkat peliwat dan pemaksiat sebagai pemimpin, menolak hukum Allah, bersekongkol dengan pejuang homoseks, sodomi, lesbian, seks sama jenis dan macam-macam lagi kemungkaran dan maksiat!
Kelima, sebagai tazkirah dan peringatan kepada mereka yang mengejek dan mencemuh kita yang berjuang mahukan Islam dan kehidupan cara Al-Quran, mengejek dan mencemuh kita yang menolak kafir harbi, yang mahukan daulah Islam, yang menentang kafir mensyirikkan kalimah Allah, kita yang berperang dengan mereka yang redha dan mahukan kehidupan homoseks, lesbian, seks sama jenis; bahawa kamu yang mengejek dan mencemuh kami nanti yang akan dilaknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia yang tunduk beriman kepada Allah dan taat kepada perintah Rasulullah saw! Na'uzubillah min zaalik!
Selamat menyambut Mauliddorosul 1436!
Allah humma solli 'ala Muhammad, wa'alaa aalii Muhammad!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos. grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Rabi'ul Awal 1436
03 Januari 2015
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kelebihan berselawat
1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
- Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan
pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada
hari kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita
umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya
kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga.
Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong
kita di akhirat nanti.
Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :
- Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya,
barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan
oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan
keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "
3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Rujukan :
- Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat
kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa)
dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " Rujukan :
- Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "
4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Rujukan :
- Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia
(Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari
ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan
menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh
darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."
5. Mendapat ketenangan jiwa
Rujukan :
- Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."
6. Mendapat rahmat dari Allah
Rujukan :
- Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "
7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Rujukan :
- Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah
mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga
puluh untuk dunia. "
8. Digembirakan dengan syurga.
Rujukan :
- Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "
9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Rujukan :
- Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari
kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"