28 January 2015

RAMPAS PASPOT ANWAR?


Apakah 10 Feb 2015 akan menebus maruah seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat oleh majikannya Anwar Ibrahim?
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada pemberitahuan Mahkamah Persekutuan bertarikh 26.02.2015 memaklumkan 10.02.2015 untuk keputusan kes rayuan Anwar Ibrahim yang disabit dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Ibrahim telah disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 377B oleh Mahkamah Rayuan pada 07.03.2014 dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Anwar untuk penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan tidak mengenakan syarat supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya. Ini membolehkan Anwar untuk terus keluar-masuk negara tanpa sebarang sekatan atau halangan!

Kebiasaannya dalam memberikan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman, Mahkamah akan memerintahkan syarat antaranya jaminan dan paspot diserahkan kepada Mahkamah. Tujuannya ialah untuk mengelakkan seseorang yang telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman daripada melarikan diri.

Mengapa didalam kes ini tiada sebarang perintah sedemikian saya pun tidak pasti. Adakah Pendakwaraya tidak membuat sebarang permohonan? Atau Mahkamah sendiri yang menimbangkan tiada keperluan memandangkan status pesalah yang antara lain adalah sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia? Wallahua'lam!

Apa pun, saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvavin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar. Alvavin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.
Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvavin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia. Dan kita menghadapi masalah besar untuk mendapatkan perintah ekstradisi keatas kedua-duanya!

Atas alasan itulah saya mendesak supaya paspot antarabangsa dan semua kemudahan perjalanan antarabangsa Anwar dihalang serta merta sementara menunggu keputusan rayuan pada 10.02.2015.
Saya tidak menuduh Anwar akan melarikan diri, atau merancang untuk melarikan diri. Malahan ada kemungkinan beliau mungkin terlepas dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 10.02.2015 ini. Atau mungkin sahaja Mahkamah Persekutuan mensabitkan kesalahan dan menghukum beliau denganhukuman selayaknya.

Itu terpulang kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusannya pada 10.02.2015 nanti.

Apa yang penting ialah kehadiran Anwar pada 10.02.2015 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada pagi 10.02.2015 untuk menerima keputusan Mahkamah hendaklah dipastikan.
Dan mengambil iktibar kes Alvavin dan Sirul, saya mencadangkan supaya paspot Anwar dirampas dan kemudahan perjalanan antarabangsanya disekat sementara menunggu keputusan pada 10.02.2015 atas alasan berikut:

1. Berbeza dengan Alvavin dan Sirul, Anwar adalah seorang pesalah yang telah pun disabitkan dengan satu kesalahan jenayah berat dan dihukum penjara 5 tahun dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan;

2. Keputusan dan penghakiman Mahkamah Persekutuan pada 10.02.2015 ini adalah merupakan proses kehakiman yang terakhir dan muktamad dan tiada lagi sebarang proses kehakiman selepas itu;

3. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan termasuk kebarangkalian Anwar mungkin berada diluar bidangkuasa Mahkamah dan pihak berkuasa Malaysia pada atau sebelum 10.02.2015 kerana:

a. Anwar sendiri pernah membuat kenyataan sebelum ini bahawa ada beberapa rakannya yang merupakan pemimpin politik negara asing yang menawarkan beliau untuk mendapatkan perlindungan konon atas dakwaan beliau dizalimi melalui suatu konspirasi Kerajaan Malaysia;

b. Anwar pernah pada 28.06.2008 melarikan diri dan berlindung dirumah TYT Duta Turki selepas mendapat tahu Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis;

c. Pada umur 67 tahun, sekiranya hukuman 5 tahun penjara itu dimuktmadkan ianya adalah sesuatu yang sangat berat bagi Anwar kerana beliau hanya dijangka dibebaskan daripada menjalani hukuman pada tahun 2020 diwaktu berumur 72 tahun. Saya yakin kemungkinan untuk menghabiskan usia di penghujung nyawa ini didalam penjara adalah satu mimpi ngeri bagi Anwar;

d. Kita perlu faham bahawa sekiranya Anwar berada dinegara yang tidak menjadikan homoseks dan/atau seks sama jenis sebagai kesalahan jenayah maka kemungkinan untuk mendapat sebarang perintah ekstradisi adalah sangat sukar, jika tidak mustahil. Dan antara negara yang berkenaan adalah seperti Belanda, Australia, United Kingdom, India, Turki, Indonesia dan beberapa negara lagi;

e. Dan jika Anwar berada di negara yang tiada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, maka permohonan untuk ekstradisi adalah hampir mustahil.

Oleh itu, saya mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:

1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;

2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;

3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;

4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;

5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;

6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.

Semoga peristiwa Sirul Azhar Umar, Alvavin Tan dan lain-lain tidak berulang.
JUSTICE-4-SAIFUL

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Rabi'ul Akhir 1435
28 Jan 2015

No comments: