02 November 2012

LOMPATAN LUAR TABI'E!

(Awat si kalipah anak Kitsiang pi buat undang-undang anti-lompat Bang Non? Macam mana nak mintak MP BN lompat macam ni! Tak merasa lah nak dok Seri Perdana macam ni! Fenin..fenin!)

Salam 2 all.

Dunia sedang melihat satu amalan politik hipokrit paling melucukan berlaku di DUN Pulau Pinang semalam! Anak jantan Kitisiang, yang juga kalipah yang dinobatkan oleh oleh kaum pasrasit telah mengusulkan undang-undang anti-lompat parti dan diluluskan oleh DUN dengan 2/3 majoriti!

Dibawah undang-undang ini, mana-mana wakil rakyat yang melompat iaitu menukar parti adalah dianggap terbatal kedudukannya dan kerusi yang disandangnya dianggap dikosongkan, serta satu pilihanraya kecil wajib diadakan!

Bukan orang lain, melainkan Karpal Singh, Pengerusi DAP sendiri telah membuat bantahan kerana undang-undang tersebut adalah batal dan tidak sah kerana bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan memilih mana-mana aliran politik kepada mana-mana warganegara Malaysia termasuk wakil rakyat!

Jadi persoalannya ialah, kalau dah jelas undang-undang anti-lompat ni bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, mengapa Kerajaan DAP meluluskan juga undang-undang ini, bercanggah dengan pendirian Pengerusi mereka sendiri yang juga seorang peguam veteran yang terkenal!

Pada teman, amalan pembangkang ini jelas satu hipokrit politik yang sangat memualkan, satu bukti amalan politik "cakap tak serupa bikin", satu amalan politik putar belit "lu buat dosa, wa buat takpa"!

1. Kalau benar pembangkang ikhlas dengan prinsip anti-lompat parti, mengapa mereka memilih berdiam diri semasa YB Datuk Nasarudin (ADUN BN-Bota) melompat parti daripada BN kepada PKR? Bukan sahaja mereka berdiam diri, malahan mereka bertakebeer dan bersorak meraikannya sebagai satu kemenangan politik dengan pesta dan ceramah merata tempat! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

2. Begitu juga apabila Ahli Parlimen Tawau & Sepanggar melompat keluar daripada BN dan memilih menjadi Bebas tetapi menyokong pembangkang. Lompatan mereka disambut dengan takebeer dan pekikan kegembiraan oleh kaum Pakatan Songsang ini? Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

3. Terbaru, apabila YB Lajim Ukin dan YB Wilfred melompat keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas tetapi menyokong pembangkang, bukan sahaja kaum pakatan Luar Tabi'e ni tidak membantah, malah mereka bertakebeer dan bersorak ramai-ramai meraikan lompatan ini! Malah Ketum dan kepimpinan  Pakatan Songsang ini hadir bersama meraikan lompatan ini! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

4. Dan dunia tidak akan lupa pembohongan 16 Sept 2008, dimana Anwar dek kerana kegilaan nak ke Putrajaya melalui pintu belakang berusaha mendapatkan lebih 30 Ahli Parlimen BN melompat keluar! Sampai terhegeh-hegeh mereka membontoti wakil rakyat BN ke Taiwan! Yang akhirnya terbongkar agenda 16 Sept adalah pembohongan semata-mata! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

5. Dan jangan lupa semasa dipecat oleh UMNO pada 02 Sept 1998, Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dipilih atas tiket Barisan Nasional dalam PRU ke 9 pada tahun 1995! Tidak pulak kedengaran mana-mana kaum songsang ni yang mendesak Anwar mengosongkan kerusi Permatang Pauh! Malah Anwar terus memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan menerima elaun dan habuan! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah!

Sebenarnya, teman cukup yakin anak jantan Kitsiang ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia tahu rakan-rakan sekatil dia didalam Pakatan Luar Tabi'e ini tidak mempercayai dia. Ini terbongkar apabila pendedahan rakaman mesyuarat PKR Negeri Pulau Pinang dimana dengan jelas Mansor Osman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mempersoalkan kepimpinan Guan Eng.

Sangat jelas ayat Mansor Osman memberi deskripsi politik anak jantan Kitsiang ini, "Guan Eng ni very Cocky, Arrogant & Tokong"! Cukup sinonim dengan label Kerajaan CAT yang dilaungkan Guan Eng!

Dan mengapa Mansor bercakap begitu! Kerana Guan Eng mendesak untuk DAP bertanding di 22 kerusi dalam PRU 13, iaitu tambahan 3 daripada 19 yang mereka ada. Dan tiga kerusi itu adalah milik PKR!

Dan kenapa Guan Eng mahukan 3 kerusi itu. Mansor Osman sendiri menjawabnya; "kerana dia mahu DAP menjadi Kerajaan sendiri. Kerana dengan 22 kerusi sudah cukop untuk Guan Eng membentuk Kerajaan Negeri DAP! Jadi dia tidak perlukan kita (PKR & PAS) nanti!".

Nah, itulah rahsia sebenar mengapa Guan Eng terhegeh-hegeh mahukan undang-undang anti-lompat! Bukan sebab prinsip. Tapi sebab takut hilang kerajaan!

Dan kenapa dia takut? Sebab dia tidak percayakan rakan sebantal sekatil dia sendiri!

Pada teman, undang-undang anti-lompat ciptaan Guan Eng ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada PKR dan PAS! Sebenarnya DAP tidak percaya kepada mereka!

Macam mana DAP nak percaya yop! Semua rahsia Anwar ada dalam poket Karpal Singh! Orang yang mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat, tau-tau jadi loyer membela Anwar dalam kes liwat pada tahun 2008!

Mike ingat Karpal Singh tu bodoh ke yop? Udah berpuloh tahun dia jadi loyer dan ahli politik! Orang yang cukop istiqomah menentang penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & takzir! Ungkapan "over my dead body" masih segar dalam ingatan kita!

Mike ingat Karpal Singh nak percaya dengan kaum pasrasit ni! Tengok tindakan DAP di Kedah yang membantah dengan ugutan kepada Kerajaan PAS Kedah apabila PAS cuba nak laksanakan perobohan pusat penyembelihan babi, pengharaman pusat hiburan bulan Ramadhan dan yang terbaru pengharaman papan-iklan lucah; semuanya dibantah dengan keras oleh DAP! Dan akhirnya Kerajaan PAS terpaksa tundok akur dengan kehendak DAP!

Teman tak tau lah apa yang ada dalam benak otak kawan-kawan kita di PAS ni? Berapa lama nak kena hina dengan DAP & PKR!

Tengok sajalah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang layan satu-satunya ADUN PAS YB Ust Saleh Man (Permatang Pasir). Ni lah satu-satunya ADUN PAS! Patut kalau dah satu pakatan, berilah satu jawatan Exco kepada PAS, paling koman mangkuk pun Exco Agama Islam, pase dema parti Islam! Tapi langsung tak diberi! Sebaliknya diberi kepada Malik Kasim daripada PKR!

Begitu juga di Selangor. YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam yang cuba menerapkan peraturan dan nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, akhirnya dipecat oleh PAS pun tak ikut cara Islam. Dah lah tak beri notis, surat tunjuk sebab tak bagi, sampai bela diri pun tak diberi peluang! Mesyuarat pun tak panggil! Tau-tau kena pecat!

Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat anak sesiapa? Adakah Hasan Ali makan ais-krim dalam jamban? Adakah Hasan Ali bagi kaunseling kat bini kawan jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali main anak patung China-Doll? Adakah Hasan Ali derhaka kepada mak-bapak dia?

Tidak..tidak..tidak!!!

Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah murtad! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah arak! Dosa Hasan Ali kerana tidak menyokong penzina & peliwat! Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat!

Atas dosa itu Hasan Ali dipecat; tanpa notis, tanpa tunjuk sebab; tanpa peluang bela diri!

Dan yang paling mengaibkan, jawatan Exco Agama Islam Selangor tidak diberi kepada mana-mana baki 7 ADUN PAS, sebaliknya diambil alih oleh Khalid Ibrahim daripada PKR sendiri. Tak cukop dengan penghinaan itu, PAS diberi jawatan Exco dengan portfolio antaranya menjaga 'Adat Resam Melayu'! Portfolio Islam langsung tak ada yop!

Dan yang paling lucu, ada kaum pasrasit dan ularmak ni tak tau nak beza antara lompat dan pecat! Dema desak Hasan Ali letak jawatan ADUN dan kosongkan kerusi Gombak Setia sebab kononnya dia lompat parti! Samada kaum pasrasit ni dah sampai ke tahap kebangangan yang melampau, ataupun tahap kebodohan dema dah sampai tak boleh di ajar!

Sebab itu yop, teman tegaskan bahawa undang-undang anti-lompat yang kononnya dibuat atas prinsip demokrasi menghalang wakil rakyat memilih fikrah dan wadah politik yang sesuai dengan perjuangan mereka sebenarnya bercanggah dengan amalan demokrasi itu sendiri! Asas kepada demokrasi ialah hak bersuara, hak memilih!

Kalau wakil rakyat itu merasakan bahawa parti yang diwakilinya sudah mengkhianati perjuangan, parti yang diwakilinya sudah tidak amanah, parti yang diwakilinya sudah terasar jauh daripada perjuangan asal; maka adalah hak wakil rakyat itu untuk menukar wadah demi kesinambungan perjuangan beliau!

Kerana di akhir kalam, wakil rakyat itu yang bertanggungjawab dihadapan ALLAH! Masa itu parti tak boleh tolong dia! Pemimpin tak boleh tolong dia! Siapa pun tidak boleh membantu dia! Hanya aqidah, prinsip dan amalan dia yang boleh membantu dia didalam lubang kubor yang gelap itu! Itulah hakikat yang sebenarnya yop!

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Wallahua'lam & wassalam!

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
17 Zulhijjah 1433
02 Nov 2012

24 September 2012

Salam 2 all. Alhamdulillah setelah begitu lama menjadi mangsa pencabul cyber, laman blog teman telah dapat dipulihkan. Syabas dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus cuba menghidupkan semula laman blog ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa semua, akhirnya laman www.zul4kulim.blogspot.com berjaya dipulihkan. Insyallah teman akan mula menulis semula di laman ini. Memang selama beberapa bulan ni rasa dedar juga tak dapat menulis kat blog ni. Facebook pun kena hack. Tinggal twitter je yop, itu pun ada cubaan nak sabotaj tetapi tak berjaya. Satu peringatan teman untuk semua, ada cubaan untuk mengujudkan laman Facebook & Twitter menggunakan nama dan identiti teman. Dan dilaman-laman tersebut, pencabul cyber ni menulis perkara-perkara yan merepek dan mengarut, termasuk mencarut dan lain-lain, kononnya ditulis oleh teman. Tujuannya tak lain tak bukan cuba nak merosakkan kredibiliti teman. Harap mike semua berhati-hati dengan pencabul cyber ni. Teman memang menerima hakikat banyak cubaan untuk sabotaj laman blog ini dan laman FB & Twitter teman. Dengar kate para parasitus kalkatus rakus macam cacing kepanasan dengan blog teman ni yop. Kebenaran itu memang menyakitkan! Apa yan teman cuba tulis adalah menceritakan kebenaran; mendedahkan kepalsuan, pembohongan dan putarbelit para parasit ini dengan politik matlamat menghalalkan cara hanya untuk memenuhi nafsu menduduki takhta Putrajaya (yang pernah mereka cuba nak lelong). The pen is mightier then sword. Tetapi teman juga selalu memperingatkan diri bahawa terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata burok padahnya! Apapun, kebenaran perlu diperjuangkan, kebatilan wajib dicegah. Kepada ALLAH kita berserah, semoga ALLAH memberikan petunjuk & hidayah, dan memelihara aqidah & keimanan kita. Dan semoga ALLAH sentiasa memberikan rahmat dan pengampunan kepada kita semua. Amin. Adios amigos, grasias senor. Zulkifli Bin Noordin Isnin 08 Zulqaedah 1433 24 Sep 2013

26 March 2012

SAMAN KARPAL!

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.

Apa yang menarik perhatian teman ialah pendedahan mereka diikuti dengan cabaran supaya Anwar menyaman mereka jika ianya tidak betul. Malah ada yang mencabar supaya Anwar membuat sumpah mubahalah, mahupun sumpah la'nat untuk menafikan pendedahan mereka.

Isu ini penting kerana Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Dia nak jadi pemimpin negara. Kalau Anwar setakat nak jadi Presiden Kelab LBGT teman tak peduli pun. Kalau Anwar setakat nak jadi Pengerusi Badan Kebajikan Mak Nyah Sedunia teman tak kisah. Tetapi Anwar nak jadi PM! Dia nak memimpin umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini! Jadi soal moral, akhlak, integriti dan kewibawaan Anwar sangat penting. Kalau calon menantu pun kita sangat berkira akhlaknya, inikan pulak calon Perdana Menteri yang diwar-warkan oleh pakatan pembangkang.

Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Bukan itu sahaja, Karpal tetap konsisten mempertikaikan kredibiliti Anwar. Ini terbukti apabila pembohongan 16 Sept terbongkar, Karpal adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi pemimpin dan Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat dan mengundur diri daripada politik.

Tetapi yang peliknya sampai hari ni Anwar tidak pernah menyaman Karpal. Sedangkan pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Kerajaan mengambil tindakan, menyebabkan pihak polis membuat siasatan, menyebabkan pihak pendakwaraya mendakwa Anwar, dan membawa kepada Tun Dr. Mahathir memecat Anwar. Pendekkata, pendedahan Karpal lah yang menyebabkan Anwar tersungkur.

Jadi adalah sangat tidak logik bagi Anwar jika dia langsung tidak mengambil tindakan terhadap Karpal. Amat tidak masuk aqal bagi Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah. Amat menghairankan Anwar tidak menyaman Karpal.

DAN yang paling tidak masuk akal, bukan sahaja Anwar tidak mengheret Karpal ke Mahkamah, malahan Anwar melantik Karpal menjadi peguamnya di Mahkamah dalam kes yang sama jenisnya iaitu meliwat stafnya sendiri!

Pada teman, sebelum nak menyaman Datuk Nallakarupan, sebelum nak menyaman Datuk Eskay Shazryl, sebelum nak menyaman Umi Hafilda, teman cabar Anwar supaya menyaman Karpal Singh!

So Anwar, the ball is in your hand! Now let us see whether you have the balls to sue Karpal Singh that leads to your disgraced and downfall.

Adios amigos, grasias amigos!

Wallaha'alam & wassalam!

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Jamadil Awal 1433
26 Mac 2012

14 March 2012

PANGKAH ISLAM?

Salam 2 all.

Teman menerima satu pertanyaan yang kerap juge teman dengar dibangkitkan. Soalannya berbunyi "bolehkah kita memangkah atau mengundi untuk UMNO yang tidak menerima Islam? Mengapa kita tidak mengundi PAS yang mahukan Islam?".

Satu soalan yang mengandungi "self-contradiction", dan dibuat berdasarkan andaian dan persepsi semata-mata.

Untuk menjawab soalan diatas, teman kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Islam kah parti yang redho kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian dlm bentuk triniti?

2. Islam kah parti yang mengamalkan sumpah talaq tiga terhadap bini sendiri demi menjaga kerusi, jawatan dan kedudukan?

3. Islam kah parti yang dah buang perjuangan Negara Islam dengan alasan rupanya Negara Islam tiada dalam Al Quran?

4. Islam kah parti yang bersetuju tidak mahu menubuhkan Negara Islam dengan rakan sekutunya?

5. Islam kah parti yang bersetuju tidak menjadikan hudud dasar dalam pemerintahan bersama sekutunya?

6. Islam kah parti yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi?

7. Islam kah parti yang menghalang perhimpunan bersama umat Islam?

8. Islam kah parti yang menghalalkan perhimpunan haram diketuai kafir harbi?

9. Islam kah parti yang memecat exco agamanya tanpa diberi peluang bela diri?

10. Islam kah parti yang memecat exco agamanya yang mahu mempertahankan aqidah umat Islam dan menjaga syariat?

11. Islam kah parti yang menyokong orang yang "menyokong sebarang usaha untuk menjaga keselamatan Israel"?

12. Islam kah parti yang mengangkat sebagai pemimpin penganut fahaman pluralisma yang menyamakan semua agama sama termasuk Islam, Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi dan lain-lain?

13. Islam kah parti yang menjadikan manusia yang tersangat buruk akhlak dan perangainya sebagai calon Perdana Menteri?

14. Islam kah parti yang menjadilkan komunis saperti Mat Indera sebagai idola dan dinobatkan sebagai hero dan wira negara?

15. Islam kah parti yang mengutuk polis dan pasukan keselamatan termasuk anggota Balai Polis Bukit Kepong yang terkorban mempertahankan negara sebagai pengkhianat dan barua penjajah?

Dan banyak lagi kita boleh bariskan disini. Persoalan pokok ialah janganlah kita keliru diantara agama dengan parti, diantara aqidah dengan wadah. Kita kena tahu bezakan agama Islam dengan parti yang melabel diri sebagai Islam.

Adakah mike sanggup memangkah parti yang menegaskan "aku lebih sanggup tidor sebantal dengan Karpal Singh daripada berjemaah satu saf dengan Hasan Ali!!!"?

Ingatlah yop, Islam itu Aqidah, parti itu hanyalah wadah!

Kalau 15 perkara diatas dilakukan oleh mana-mana parti politik, kita bukan sahaja wajib menolaknya, malah ianya adalah satu jihad memerangi, menentang dan mencegah mereka! Wajib bagi kita TIDAK MEMANGKAH mereka dalam mana-mana pilihanraya termasuk PRU13!

Walaupun mereka melabel diri mereka Melayu atau Islam! Walaupun mereka berjubah berserban! Walaupun mereka menjanjikan kita syurga!

Persoalannya, adakah UMNO melakukan semua itu? Atau sebaliknya PAS yang sudah dikuasai para parasitus kalkatus yang rakus! Ketuk kepala tanyalah otak sendiri yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
21 Rabi'ul Akhir 1433
14 Mac 2012

09 March 2012

TEMBERANG LAGI!

Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.

Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.

Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.

Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat.

Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.

Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!

Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya:

1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang!

Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar!

2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan!

Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!

3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!

Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?

4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik!

Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!

5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut!

Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.

Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop!

Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!

ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2012

29 February 2012

AL-YAHUD WAL DAJJAL

Salam 2 all.

Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar Ibrahim:

"samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” saperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!

Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.

Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua?

Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi!

Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki!

Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi!

Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata:

“UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”.

Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus. Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN!

Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut?

Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop?

Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap! Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci!

Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan!

Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa!

Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!

Pada teman, keengganan Anwar mematuhi kata-dua Majlis Syura PAS itu jelas bahawa dia bukan sahaja tidak menghormati PAS, malah ianya satu penghinaan besar kepada seluruh parti PAS! Kerana Majlis Syura adalah badan tertinggi didalam PAS, bertanggungjawab memastikan PAS terus berada dilandasan Islam!

Bagaimana PAS mahu mendabik dada terus menyatakan ia parti yang memperjuangkan Islam kalau rakan sekongkol sekatil sebantal PAS pun menyokong semua usaha menjaga keselamatan rejim zionis Israel! Kaum yang dila’nat oleh ALLAH & Rasulullah saw!

Ketuk kepala tanya otak mike sendirilah yop!

Kalau para parasitus kalkatus rakus ini menggunakan sedikit sahaja otak yang ALLAH beri, tentu mereka akan bertanya satu soalan yang cukup mudah:

MENGAPA ANWAR IBRAHIM LIAT SANGAT SUSAH NAK TARIK BALIK KENYATAAN MENYOKONG ISRAEL YANG DISIARKAN OLEH WSJ ITU?

Apa yang susah sangat? Tarik aje balik, dan desak WSJ siarkan kenyataan penuh dan jelas yang dia menarik balik kenyataan menyokong Israel itu! Apa yang susah sangat.

Jelas sudah tentu ada “belalai sebalik China-DOLL” dengan keengganan dan sikap keras kepala yang Anwar tunjukkan tetap mempertahankan kenyataan menyokong Israel itu! Mesti ada sebab yop! Tak perlu jadi pakar nuklear nak paham benda mudah macam tu.

Tapi apa nak kata, kenyataan pakar nuklear pun para parasit tolak. Bila pakar nuklear negara yang juga Ahli Parlimen PAS (Ulu Langat) YB Dr. Rosli Che Mat menegaskan bahawa kilang Lynas sebenarnya selamat, dema perlekehkan! Dema lebih percaya dan taqsub kepada kenyataan parasit putar-alam yang memfitnah kilang itu merbahaya!

Bak kata pepatah, Dr. Rosli berhujah dengan fakta para parasit perlekehkan, kaki-putar punya auta mereka bertakbeer sakan! Sohih ni kerja giler babi yop, babi giler tak buat kerja macam ni!

Jadi keengganan Anwar menarik balik kenyataan menyokong zionis Israel itu tentu ada sebab muslihatnya. Walaupun rakan sekatil sebantal memberi kata dua suruh tarik balik langsung manusia yang diisytihar setaraf Imam Mahdi ni tak peduli!

Takkan sekadar manusia anugerah tuhan ni tunjuk gambar bersama dengan pemimpin Hamas untuk menopengkan pendirian pun sampai ada parasit yang pitam terpegun! Bertakebeer sampai naik urat kerongkong!

Takkan sampai rendah tu IQ mike yop!

Takkan baru kena putar konon cerita kapal Israel berlabuh di pelabuhan Kelang maka kisah sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel terus dipadam. Teruk bebenor IQ mike yop.

Cuba mike tanya satu soalan, siapa Menteri Kabinet yang meluluskan kebenaran untuk kapal Israel berlabuh tu. Kalau mike jumpa jawapan tu yop (yang jawapan tu mike takkan jumpa dalam Harakah), pasti mike akan kata, kena kecing lagi kita nampaknya!!!

Dan kalau mike tanya semua soalan berikut dibawah, dan menggunakan kewarasan aqal yang telah ALLAH berikan (yang sudah makin terhakis daripada para parasitus ini), tentu jawapannya cukup jelas:

ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI!

  1. Mengapa Anwar liat sangat nak memberi sampel darah untuk ujian DNA yang boleh menyelesaikan segala pertuduhan dia meliwat Saiful?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak membuat sumpah mubahalah yang akan menyelesaikan segala isu perbuatan liwat dia terhadap Saiful;
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Saiful yang mengadu dia diliwat Anwar kalau benar ianya fitnah?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menunjukkan jam Omega yang akan merungkai segala soalan serius mengenai videoklip China-DOLL?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman rakanbaik dia Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip “China-DOLL” tu?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menarik balik kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan negara zionis Israel?
  1. Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Wall Street Journal kalau benar mereka telah salah membuat lapuran itu?

Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya:

1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH?

2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy?

3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk?

4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT?

5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama?

6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud?

7. Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam?

Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak “Mengapa” dan “Kenapa” yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja:

ANWAR WAJIB DITOLAK!

ANWAR WAJIB DIBUANG!

Kepada ahli akar umbi, pendakwah, ustad dan para ulama yang masih ada sedikit keimanan, teman nasihatkan diri teman dan mike semua, yang sudah tu sudah-sudahlah! Tidak ada manusia yang maksum langsung tidak membuat kesilapan.

PAS sudah membuat kesilapan siasah bersekongkol dengan Anwar dan parti cauvinis BiaDAP!

PAS sudah membuat kesilapan membiarkan kaum Anwarinas menguasai parti!

Jangalah sampai mike "mempertuhankan siasah" dan membuat kesilapan aqidah!

Sebagaimana kita diajar didalam solat jemaah, apabila Imam membuat kesalahan rukun, maka wajiblah kita bermufaraqah! Apabila ada jemaah satu saf dengan kita membawa najis, wajib dia dimufaraqahkan!

Maka wajiblah bagi PAS hari ini bermufaraqah daripada Anwar dan BiaDAP! Berjuanglah bersendirian atas bendera Islam! Berjuanglah dengan keyakinan ALLAH akan membantu kita jika kita membantu Islam!

Ternyata segelintir pimpinan PAS sudah tidak mampu berbuat sedemikian! Ternyata kaum parasit dan Anwarinas yang bersarang dalam PAS begitu dayus untuk mengambil tindakan!

TAPI MIKE AHLI AKAR UMBI BOLEH!

YAKINLAH MIKE BOLEH!

DAN ALLAH AKAN MEMPERBOLEHKAN MIKE!

BANGKITLAH WAHAI HAMBA ALLAH!

BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!

Ingatlah! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri! Janganlah kerana siasah, maka tergadai aqidah! Lakukanlah perubahan! Lakukanlah islah!

Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakumm – bantulah agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Rabu

07 Rabi’ul Akhir 1433

29 Februari 2012

26 February 2012

BELI UNDI RM52.7 JUTA?

(Bang Non, sapa bayaq pengundi Kulim Bandaq Baru RM52 juta tu? Jah dah naik fenin dok pikiaq duit RM52 juta tu! Jah kompius ni..kompius!)

Salam 2 all.

Alkisah tersebut cerita seorang Parasit melawat sebuah hospital mental. Dilihatnya seorang pesakit mental menghulurkan tali pancing dalam sebuah baldi yang kosong. Lalu Sang Parasit menyapa Sang Mentalis, “banyak dapat ikan hari ni yop!?”.

Sang Mentalis tersenyum sinis lalu mengherdik Sang Parasit dengan berkata, “mike giler ke yop, mana ada ikan dalam baldi kosong ni!!!”.

Pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu ada 52,127 orang. Untuk membayar tiap pengundi RM1,000-00 seorang, sekurang-kurangnya kena ada RM52,127,000-00! Bukan kecik anak tu yop, kena ada RM52 juta ringgit!

Itu pun ada parasit yang percaya fitnah konon teman membayar RM1,000-00 seorang kepada pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menang dalam PRU 12 pada 08 Mac 2008 dulu. Pada teman, mempercayai fitnah teman bayar RM52.7 juta kepada pengundi Kulim Bandar Baharu sama macam mike percaya Anwar meliwat Lim Kit Siang yop!

Yang kelakarnya, inilah parasitus yang menyatakan akan lebih percaya berita yang dema terima daripada syaitan daripada mempercayai berita dari Utusan atau TV3! Sampai dema buat kempen boikot dan bakar akhbar Utusan dan hemPAS peti TV!

Inilah parasitus yang mengangguk sakan kepada patwa yang kata VCD Datuk Eskay yang begitu terang dan jelas hanya sekadar “besi sejuk” dan tidak boleh jadi saksi! Videoklip yang punya terang macam tu dema tolak tak mau caya, takkan berita kat kertas dema nak caya yop?

Tapi rupanya dema ni pengamal politik dualam jugak! Bila semalam keluar berita konon teman bayar 52,127 pengundi Parlimen Kulim Bandar Baharu sebanyak RM1,000-00 seorang menjadikan jumlah RM52 juta semasa PRU 12 lepas, dengan segera para parasitus ini melalak dan berkokok sakan! Seolah-olah "besi sejuk" dah jadi bukti tanpa sebarang keraguan!

Lalakan dan kokokan para parasitus ini sudah pasti membuatkan Sang Mentalis tersenyum sinis yop! Dah 4 tahun berlalu baru nak sebar fitnah yop..isyk..isyk!!

Soalan yang para parasitus patut tanya ialah, mana datang dan mana dia duit RM52 juta tu? Teman pun tak pernah nampak! Kalau betul ada, nak juga teman tanya para parasitus ni dimana duit tu! Nak juga teman tengok besar mana lori yang bawak duit berguni-guni banyaknya tu!

Dan teman nak tau juga datang mana duit RM52 juta tu. Nak juga teman tanya Wan Azizah atau Anwar atau sapa-sapa dalam PKR kalau-kalau dema ada dengar cerita sapa yang bayar RM52 juta tu? Kalau ada, teman nak tau juga dari mana datangnya duit RM52 juta tu. Jangan duit tu datang dibawa dengan kapal Israel yang berlabuh kat Pelabuhan Kelang udah yop, naya teman!

Takkan Wan Azizah atau parti dia yang keluar duit RM52 juta tu yop. Kalau dema sanggup melabur RM52 juta untuk menangkan teman, takkan dema pecat teman pulak yop! Tak masuk akal! Kompius Sang Mentalis dibuatnya nanti!

Takkan parti Wan Azizah yang bayar RM52 juta tu. Sebab kalau betul, tentu dema bayar juga pengundi di kawasan Parlimen yang lain. Ada 222 kerusi Parlimen yop. Takkan parti Wan Azizah sanggup bayar RM52 juta kali 222 kerusi Parlimen = RM11,544,000,000-00!!!

Mak datok, RM11.5 billion ringgit. Boleh bina sebijik lagi Menara Kembar Petronas KLCC tu yop! Boleh bina sebijik lagi Putrajaya! Tak payah dema letih-letih nak rebut Putrajaya kalau macam tu yop!

Tapi yang nyata, pengundi di Kulim Bandar Baharu tentu tersenyum sinis. Sebab dema pun tak pernah terima duit RM1,000-00 seorang, apatah lagi nak tengok lori membawa berguni-guni duit berjumlah RM52 juta tu.

Dan yang jelas, pengundi Kulim Bandar Baharu pasti berasa sangat terhina dengan fitnah mereka dibayar untuk mengundi teman. Kerana dema tahu dema mengundi dan memenangkan teman bukan pasal duit, tetapi kerana prinsip perjuangan. Dan mereka tau mereka tidak menerima atau mengambil sesen pun daripada teman!

Jadi kepada para parasit yang tengah galak melalak tu, tolong berikan senarai nama dan nombor kad pengenalan serta nombor telefon para penerima RM1,000-00 tu yop sebab teman nak tanya cukop ke tak cukop RM52 juta tu!!

Oh ya, jangan lupa bagi nama drebar lori yang bawak duit RM52 juta tu yop, sebab teman nak tau dia hantar kemana duit tu ;)

Tapi bak kata Sang Mentalis tadi, buat penat je melayan orang yang buat keje giler khinzir ni yop! Sebab khinzir giler pun tak buat keje macam tu yop!

Mike fenin yop? Mike kompius? Jangan mike tanya "mana RM52.7 juta tu yop?". Takut nanti Sang Mentalis herdik kata "mike giler ke, mana ada lori bawak RM52.7 tu yop!!!".

Adios amigos, grasias monsieur!

Wallahua’lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Ahad

04 Rabi’ul Akhir 1433

26 Feb 2012