26 March 2011

OMEGA TWEETY-TWEET

(Salinan rekod tweety Anwar pada 21.02.2011-memang tiada lebih 2 1/2 jam)

Salam 2 all.

Teman sangat bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustadz Nasharudin Hassan At-Tantawi yang mencadangkan supaya satu siasatan diadakan untuk memastikan ketulinan dan kesahihan videoklip yang menjadi isu akhir-akhir ini. Teman cukup pasti ini selaras dengan perintah ALLAH didalam surah Al Hujurat yang meminta kita umat Islam menyiasat sesuatu berita bila ianya disampaikan kepada kita, apatah lagi jika berita itu datang dari golongan kafir, munafik dan fasik.

Teman melihat kenyataan dan pendirian Ustadz Nasharuddin ini berbeza dengan para agamawan lain yang lebih berjoget dengan lagu politik dalam isu ini. Macam-macam patwa dah keluar, macam-macam ayat dah diputar, macam-macam hukum dah dikompang; semuanya bernada sempit mencicit bak politikus yang menikus dengan kebenaran! Itu tak masuk para Pak Yangoat yang tiba-tiba muncul sebagai jagoan dengan pelbagai patwa dan hukuman!!!

Isunya mudah sahaja. Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang pakar physio yang tidak dikenali ramai, telah memanggil beberapa orang editor akhbar tempatan (pro kerajaan dan pro pembangkang) untuk melihat satu videoklip di Carcosa Sri Negara pada 21.03.2011. Ianya dibuat dengan begitu sulit, tanpa kecoh. Tujuan beliau satu, untuk mereka menilai sendiri videoklip tersebut. Dan daripada masa beliau menunjukkan videoklip itu, sehingga pukul 05.00ptg, tiada siapa pun tahu siapa pelaku yang menjalankan aktiviti "menyudu" didalam videoklip tersebut. Setakat pukul 05.00pm pada 21.03.2011, hanya 20 orang editor media yang telah melihat video itu, dan mereka langsung tidak menyebut jantan yang terlibat, kecuali menyebut ianya "Jantan-X". Begitulah Datuk Shazly cuba merahsiakan isu videoklip tersebut. Tujuan beliau satu, hanya untuk membuktikan kebenaran.

Tau-tau, dan tak pasal-pasal, manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan membuat kenyataan akhbar kepada satu dunia menafikan "penyudu" dalam videoklip itu Anwar Ibrahim!!! Tiba-tiba isu yang siapa pun tak tau jadi heboh satu dunia. Persoalan besarnya ialah mengapa Anwar tak pasal-pasal melenting dan membuat kenyataan akhbar itu, sehingga kepoh satu alam dibuatnya! Hadis Melayu ada menyebut, "sape makan cili, dia terasa pedas yop!!!" Sebenarnya yang membawa berita pelaku seks didalam videoklip itu ialah Anwar Ibrahim sendiri!

Dan Anwar, semasa menafikan beliau Jantan-X yang sedang menyudu dengan pelacur Cina didalam videoklip itu memberikan tiga sebab mengapa ianya bukan beliau:

1. Pertama, beliau berkata pada masa kejadian beliau sedang sibuk bertweet. Mengikut rekod di videoklip itu adengan "menyudu" oleh Jantan-X dengan pelacur Cina itu berlaku daripada jam 10.23 malam hinga 10.42 malam 21.02.2011. Seorang wartawan akhbar Cina telah membuat sedikit homework dan mendapati rekod tweet Anwar menunjukkan beliau langsung tidak bertweety daripada jam 9.20 malam hingga 11.39 malam pada 21.02.2011. Buktinya saperti rekod yang dikeluarkan diatas!!! Persoalannya, dimana Anwar semasa tempoh tersebut? Dan bila ditanya wartawan Anwar tidak menjawab dan memberi penjelasan.

2. Anwar juga berkata bukti "corrobative" yang dijumpai oleh Datuk Shazly, iaitu seutas jam Omega disimpan oleh Wan Azizah, bini yang menabal dia sebagai anugerah tuhan. Tapi sehingga kini Wan Azizah langsung tidak membuat sebarang kenyataan bahawa jam tersebut berada dengan beliau. Malah sehingga kini Wan Azizah langsung tidak menunjukkan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar ada dalam simpanan beliau. Semasa videoklip tersebut didedahkan, Datuk Syazli menyatakan beliau sepatutnya pergi mengambil jam Omega milik "tokoh pembangkang" yang tertinggal dalam "bilik menyudu" tersebut. Dan Datuk Syazli telahpun menyerahkan jam Omega tersebut kepada pihak Polis. Persoalannya, dimana jam Omega tersebut Kak Zah?

3. Anwar juga berkata Jantan-X didalam videoklip tersebut buka beliau kerana perut beliau kempis, sedangkan Jantan-X berperut buncit. Teringat teman Anwar sendiri selalu mempermainkan isu videoklip VK Lingam dalam ceramah dan kenyataan beliau. "Looks like me, souns likme me, but it's not me..Korek..korek..korek.." kata Anwar dengan ketawa sinis didalam ceramah-ceramahnya mempermainkan videoklip tersebut. Sekarang sudah pulang paku buah keras. "Looks like me, sounds like me...but not my tummy..korek..korek..korek..!!!" Tetapi persoalan yang lebih besarnya ialah, apakah isu perut buncit itu penting. Lagipun setahu teman, Anwar jenis manusia yang selalu memakai "barut" di perut. Kononnya diceritakan pada orang untuk tahan sakit belakangnya. Tetapi sebenarnya adalah untuk membuat perutnya kelihatan kempis. Anwar memang tidak suka orang perut boroi dan buncit. Tak percaya cuba tanya bini yang menabal dia sebagai anugerah tuhan. Pada teman isu buncit atau boroi tidak menjadi hal. Yang penting ialah siapa sebenarnya Jantan-X tersebut!

Teman bersetuju bahawa secara prinsipnya, kita umat Islam tidak sepatutnya mendedahkan aib orang. Sabda Rasulullah saw, "sesiapa yang menutup aib saudaranya, maka ALLAH akan menutup 'aibnya didunia & akhirat". Maka perangai memburukkan orang lain sepatutnya dihindarkan. Apatah lagi memfitnah dan mengutuk tanpa fakta, dan yang lebih teruk berdasarkan dengar cakap orang.

Tetapi Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan sesuatu bahaya atau bencana yang dilakukan, yang boleh memudaratkan umat dan rakyat. Dan mesti ada bukti, bukan sekadar fitnah dan tohmahan. Kita juga dibenarkan, malahan kekadang disuruh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang bahaya atau bencana, serta kezaliman yang boleh menimpa diri sendiri atau orang lain. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam.

Didalam isu ini, sebenarnya Anwar orang yang mendedahkan dirinya apabila membuat kenyataan akhb ar tersebut. Anwar manusia yang memberi gambaran kepada satu dunia bahawa dia seorang berakhlak tinggi, dan layak menduduki takhta Putrajaya. Dia mahu bersemayam di mahkota Putrajaya. Anwar mahu menjadi pemimpin negara ini. Anwar mahui memimpin umat Islam negara ini. Anwar mahu menjadi kahlifah negara ini. Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Yang boleh menentukan itu ialah para pengundi, rakyat negara ini. Persoalannya, tidakkah umat Islam dan rakyat negara ini mempunyai hak untuk tahu siapa sebenarnya manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan! Dan tidakkah menjadi tanggungjawab orang saperti Datuk Syazly untuk mendedahkan siapa dia sebenarnya Anwar. Jangan lupa, Datuk Syazly adalah kawan baik Anwar sendiri. Dan dia telah melontarkan beberapa soalan kepada Anwar, yang sehingga kini Anwar tidak menjawab. Dia ada didalam video tersebut!

Persoalan besar yang ingin teman lontarkan kepada umat dan rakyat, termasuk para pak yangoat yang masih membuta tuli menyembah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan; mengapa tidak benarkan proses keadilan dan kebenaran berjalan. Anwar sendiri telah membuat lapuran polis. Benarkan pihak polis membuat siasatan. Memang kebenaran itu pahit, tetapi kebenaran itu menentukan siapa kita dihadapan ALLAH nanti. Jangan kita ulangi kesilapan Yahudi dan Nasara, yang menutup mata, mulut & telinga mereka kepada kebenaran. Akhirnya mereka menjadi golongan yang dilaknat ALLAH.

Oleh itu, teman rasa eloklah kita semua, terutama para Pak Yangoat sekelian, supaya mengambil dan menrima nasihat Ustadz Nasharuddin Tantawi, biarlah perkara ini disiasat, dan biarlah kebenaran itu terbongkar juga akhirnya. Dan apa juga kebenaran itu, hendaklah kita terima walaupun pahit. Kerana kita kena ingat, dihadapan ALLAH nanti, tiada siapa pun yang boleh membantu kita; samada Jantan-Y atau Jantan-X!!!

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
21 Rabi'ul khir 1432
26 Mac 2011

25 March 2011

JAHIL JINGGAY DIAKHIR ZAMAN

(Lambang Annuit Coeptis-Mata Satu kumpulan pro Yahudi Zionis)*

Salam 2 all.

Dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda di akhir zaman kita akan berhadapan dengan satu fitnah dahsyat, yang mana ujiannya terlalu besar untuk dihadapi. Antaranya fitnah Dajjal al masih. Dan sebagai persediaan, Rasulullah berpesan supaya kita membaca dan menghafal 10 ayat pertama Surah Al Kahfi (dan setengah riwayat menyebut ditambah dengan 10 ayat terakhir Surah AlKahfi-wallahua'lam).

Surah Al Kahfi, ayat 1-10 menyebut, "Segala puji bagi ALLAH yang menurunkan Al Quran kepada hambaNya dan Dia tidak menjadikannya bengkok. Sebagai bimbingan yang lurus, supaya dia mengancamkan sesuatu azab yang langsung dari sisiNya, dan supaya menggembirakan bagi orang-orang yang beriman, yang beramal soleh. Sesungguhnya untuk mereka adalah balasan yang baik. Dalam keadaan mereka akan tinggal didalamnya selama-lamanya. Dan supaya diancamnya orang-orang berkata bahawa ALLAH mempunyai anak. Tidak ada pada mereka tentang itu suatu ilmu pun dan tidak pula daripada nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. Maka apakah barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan Al Quran ini? Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan pula apa yang diatasnya tanah rata lagi tandus. Apakah kamu mengira bahawa orang yang mendiami gua dan mempunyai raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan. Ingatlah tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung kedalam gua lalu mereka berdoa, "wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami".

Ayat-ayat ini boleh kita rumuskan saperti berikut:

1. Al Quran itu kitab yang jelas tidak ada keraguan sedikit pun padanya. Ianya lurus, langsung tiada bengkok, dan tidak ada putar poosing. Yang lurus itu Al Quran, yang bengkok itu manusia. Sebab itu kalau mahu melihat Islam tulin, lihat kepada Al Quran, jangan lihat kepada manusia. Zaman kita ini sudah ada manusia yang walau nampak hebat dengan pakaian dan ketrampilan 'arabia dan saperti agamawan yang hebat, tetapi hati dan jalan mereka bengkok lagi membengkokkan. Mereka golongan yang sanggup membengkokkan dan memutarbelit ayat-ayat Al Quran demi kepentingan dunia yang sempit!

Rasulullah saw pernah bersabda, "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum (atau kumpulan) yang terdiri daripada orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek fahaman agamanya). Mereka banyak menggunakan khairul bariyyah, iaitu firman ALLAH dan hadis Rasul, tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar daripada Islam saperti anak panah yang lepas dari busurnya. Dimana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat". (Hadis riwayat Bukhori Muslim dipetik didalam kitab "Peringatan di Akhirul Zaman" mukasurat 7).

2. ALLAH melaknat golongan yang mengatakan ALLAH mempunyai anak (lihat Surah Maryam: 88-98). Ini adalah golongan Kristian (yang mendakwa ALLAH punya anak bernama Jesus dengan kefahaman triniti, danYahudi yang juga mendakwa ALLAH ada anak). Dia akhir zaman nanti, bila munculnya Dajjal, dia akan mendakwa sebagai Tuhan, dengan beberapa kelebihan yang diberi ALLAH kepadanya guna menguji manusia. Kelebihan yang ada pada Dajjal semuanya bersifat duniawi, saperti habuan, kedudukan dan lain-lain. Dan ramai yang akan terpengaruh dengannya. Kita hari ini mungkin mendakwa tidak akan terpedaya, sebab kita rasa dah hebat. Tetapi sebenarnya ujian itu sudah pun terkena kepada kita, cuma kita menjadi pekak, bisu dan buta tidak menyedari kita terkena ujian itu.

Contohnya bila segelintir kumpulan missionary Kristian menuntut hak untuk mengguna nama ALLAH sebagai tuhan triniti iaitu tuhan bapak, tuhan anak & ruh suci. Yang paling malang, ada segelintir Pak Yangoat diantara kita yang terpengaruh dan menyokong tuntutan ini. Alasan mereka kerana ini hak mereka yang telah mereka gunakan lama. Lagi pun dalam Al Quran ALLAH pun bagi, putar golongan ini. Yang lebih teruk, ada Pak Yangoat yang dakwa ALLAH Tuhan seluruh manusia, maka apa salahnya kristian guna!

Teman jawab dengan rujuk kepada hadis diatas tadi, dan teman jawab dengan tegas MEMANG ALLAH TUHAN SELURUH MANUSIA, TETAPI TIDAK SEMUA MANUSIA MEMPERTUHANKAN ALLAH YANG SATU! Tugas kita umat Islam bukan meredhai tuntutan syirik ini, apatah lagi beriya-iya menyokong mereka, tetapi tanggungjawab kita ialah memperbetulkan syirik kabir ini! Ingat, golongan yang memanggil ALLAH punya anak adalah golongan yang sangat dikutuk dan dilaknat ALLAH, ini termasuk mereka yang menyokong kumpulan kristian yang mahu mengguna nama ALLAH dengan fahaman triniti tuhan bapak, tuhan anak & ruhsuci!!!

3. Sebenarnya kefahaman mereka bahawa ALLAH ada anak itu adalah satu pendustaan yang jelas. Dan mereka sebenarnya tidak tahu hujung pangkal mengapa mereka mahu guna nama ALLAH sebagai nama tuhan triniti mereka. Bila ditanya, mereka akan jawab kami dah guna ni sejak zaman tok nenek kami. Bila ditanya dari mana sumber mereka dapat, mereka akan kata mereka impot daripada seberang buku dan kitab mereka yang tercatat nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka yang disyirikkan. Ternyata mereka tiada hujah lain selain daripada ini amalan yang sudah beratus tahun diamalkan. Yang peliknya kalau dirujuk balik dalam kitab asal mereka, termasuk versi bahasa Inggeris, nama ALLAH langsung tidak tercatat. Malah para ilmuan mereka, termasuk paderi Kristian di benua Eropah khususnya mengutuk mereka yang mahu mengguna nama ALLAH sebagai tuhan kristian. Jelas betapa jahil muraqabnya puak-puak ini. Dan yang lebih "Jahil Jinggay" ialah mereka yang ada Al Quran & Hadis Rasulullah saw tetapi turut terpedaya dan bukan sahaja menyokong, malah menyesatkan umat Islam lain untuk turut sama menyokong!!!

4. Dan ALLAH memperingatkan kita bahawa ALLAH akan jadikan habuan & kedudukan didunia ini sebagai ujian bagi manusia termasuk umat Islam. Sebab itu Rasulullah pernah bersabda, "aku khuatir kelak kamu nanti akan diuji dengan kekayaan". Kerana kalau diuji dengan kesusahan, kita mungkin masih boleh mengingati ALLAH. Tetapi bila diuji dengan kekayaan, habuan & kedudukan, kita mungkin tumbang. Lihat sahaja sahabat Nabi saw sendiri, Tsa'labah. Dan hari ini, ramai diantara kita sedang diuji. Cahaya gemerlapan takhta Putrajaya terlalu kuat memikat kita. Kilauan mahkota Putrajaya terlalu menaksubkan segelintir dikalangan kita. Maka akhirnya serban kemana, jubah kemana. Teman tengok di Parlimen sendiri, para agamawan, ustad dan penceramah yang malu nak pakai kopiah didalam Dewan. Tak style lah berkopiah serban yop, kata seorang ustad yang suatu ketika dulu hempok rimbok meja sampai patah kaki meja kata kapior orang yang bersekongkol dengan kapior!!! Hari ini dia bertakbeer menyokong kapior harbi. Malah ada antara mereka sanggup mati tahan dada untuk kapior harbi ni yop!!! Begitulah kuatnya ujian duniawi yang sedang kita hadapi sekarang ini!

5. Sebab itulah ALLAH berpesan kepada kita contohi para pemuda Al-Kahfi tersebut. Dalam keadaan begitu ramai yang sudah sesat dan berpaling daripada jalan Al Quran & Sunnah, walaupun mereka melabel diri mereka kumpulan Islam, namun bersyukurlah kita kalau kita termasuk dalam golongan yang terlalu sedikit, sebagaimana tujuh pemuda Al-Kahfi tersebut. Dan pohonlah keampunan kepada ALLAH, dan mintalah rahmat dan petunjukNya. Sebab itulah Rasulullah berpesan, selain daripada menghafal dan mengamalkan sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, bacalah juga satu do'a selepas tahayyat akhir tetapi sebelum salam, dengan do'a ringkas saperti berikut: "Allahhumma inna a 'uzubika min 'aza bil qobr, wamin 'azaa bijahannam, wamin fitnatil mahya wal mamat, wamin fitnati al masihi Dajjal - Ya ALLAH, aku mohon perlindingan daripada fitnah kubur, dan fitnah jahanam, dan fitnah hidup & mati, serta fitnah Al Masih Dajjal".

Begitulah serba sedikit coretan teman mengenai pesan Rasulullah saw tersebut. Pesan ini adalah untuk diri teman sendiri dan mereka yang mahukan Islam yang sebenar. Sememangnya Rasulullah saw telah bersabda, bahawa diakhir zaman ini ujian sangat besar bagi mereka yang benar-benar mahu mengikut Al Quran dan Sunnah, "malah sesiapa yang mahu memegang Islam diakhir zaman adalah saperti memegang bara api", dan "barangsiapa yang mahu mengikut Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah akan kelihatan saperti asing & pelik, dan akan diasingkan oleh kumpulan yang ramai, tetapi berbahagialah golongan yang sedikit itu", mafhum daripada hadis Nabi Muhammad saw.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan dan petunjuk kepada kita semua. Doa teman untuk diri teman dan kesemua mereka yang masih cintakan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah, "moga ALLAH menjauhkan kita daripada termasuk golongan Jahil Jinggay ini!!!". Amin!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
20 Rabi'ul Akhir 1432
25 Mac 2011

*Rasulullah saw menyebut bahawa Dajjal Al Masih itu bermata satu dan mempunyai tanda "Kaf-Fa-Ro" didahinya. Itulah juga lambang kumpulan pro-Yahudi Zionis iaitu Illuminati & Freemason - dengan lambang "Annuit Coeptis - All-Seeing Eye" dan slogan "Novus Ordo Seclorum - Masa Harapan Baru".

VIDEOKLIP PANEH!!


(Video paneh: "looks like me, sound like me..but not my tummy")

Salam 2 all.

Kepada semua pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, termasuk Alif yang mendapat 9A, tahniah di ucapkan. Jadikan kejayaan itu sebagai permulaan kepada kejayaan mendatang. Dan jangan lupa memanjatkan syukur kepada ALLAH. Bagi Alif, usahakan supaya cita-cita menjadi Aircraft Design Engineer tercapai insyallah.

Bagi yang tidak mencapai kejayaan cemerlang atau gagal, jangan putus asa. Insyallah jadikan kegagalan itu sebagai asas memperkuatkan tekad untuk berjaya dimasa akan datang.
Hiburkan hati dengan videoklip diatas. Jangan risau itu bukan videoklip Jantan-X..hehehe ;))
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
18 Rabi'ul Akhir 1432
24 Mac 2011
Nota: tabik spring kepada pencipta/ pengolah semula videoklip diatas. Hebat mike yop!!!

22 March 2011

JANTAN-X : ISUNYA D.N.A!

(Dia interbiu Saiful, dia bagi keje Saiful, dia bayar gaji Saiful, dia bawak Saiful ke Hong Kong, Bangkok & Singapura, dia didakwa "kunyitkan" Saiful- YAB Dato' Sri Najib yang salah?)

Salam 2 all.

Kelihatan ramai yang syok sembang cerita videoseksual Datuk T sejak semalam. Malahan ada yang menyatakan teman sendiri tekah membuat pertuduhan keatas manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan melalui kenyataan yang disiarkan oleh televisyen! Na'uzubillah, begitu bebal dan pendek aqal manusia zaman kini!

Teman telah membuat kenyataan jelas didalam blog semalam, yang terang-terang teman katakan kita semua perlu berhati-hati. Ini isu besar. Teman tak pernah kata pun Jantan-X tu Anwar, apatah lagi menuduh dia Jantan-X yang "menyudu" dalam videoseks itu. Sebenarnya kenyataan teman kepada media ialah, "mengikut kenyataan rakan-rakan yang sudah melihat videoklip tersebut, memang sah orangnya!" Cuma media siarkan bahagian "memang sah orangnya", tapi ayat awal tak keluar. Alhamdulillah dan nasib baik teman sudah buat kenyataan melalui penulisan di blog sebelum siaran tivi keluar, yang jelas membuktikan pendirian teman dalam isu ini.

Tapi malangnya ada segelintir badut ingusan mana tak tahu, yang baca kenyataan teman pun tak, terus main terkam hanya kerana dengar kenyataan ditelevisyen. Dengar cerita dulu sampai nak buang tivi, tak mahu dengar dah. Kapior lah, pasik lah!!! Tapi rupanya percaya gobloq jugak! Bacalah dulu kenyataan teman sendiri yop. Yang mike nak pergi dengar tivi sahaja buat apa, kenyataan teman terang tertulis didalam blog. Nak kata bodoh dia sekolah, nak kata sekolah cakap macam orang terencat aqal..gobloq dong!!!

Sebenarnya tiada siapa pun yang membuat apa-apa kenyataan mengaitkan Anwar dengan video seks itu. Semua media, termasuk pro pembangkang tak sebut langsung nama manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan ini sebagai Jantan-X tersebut. Tau-tau dia sendiri bukak pekung dengan buat kenyataan akhbar menafikan dia Jantan-X dalam videoseks tersebut. Takde angin takde ribut, yang mike nak melenting tak tentu pasal tu apa ke he yop! Yang si bini pun, tengok video tu pun tak lagi nak melenting pasal apa. Tengoklah dulu, kot mike boleh cam "sudu" Jantan-X tu!!!

Apa yang teman musykilkan ialah kenapa Anwar begitu cepat dan tangkas menafikan. Jantan-X dalam videoseks tersebut. Siap bukak baju nak tunjuk perut lagi. Siap buat repot polis lagi. Anwar Berahim buat repot polis? Aik, kata tak percaya polis, polis jahat, polis jeles, polis dengki, polis pukul, polis itu polis ini. Anak pompuan dia siap tuduh ni negara polis lagi! Tiba-tiba dengan langkah bak Hang Buah dia berpencak membuat repot polis! Dengar cerita ramai polis menangis kerana terkejut Anwar repot polis minta polis siasat!! Ini tanda kiamat dah dekat ke yop?!

Kalau Anwar begitu tangkas & cepat bak kilat membuat penafian Jantan-X dalam videoseks tu bukan dia (walaupun takde sape tuduh dia pun) sampai bukak baju tunjuk perut, teman cabar Anwar buatlah penafian airmani DNA Jantan-Y dalam dubur Saiful dengan memberikan sampel setitik darah dia!!! Berani Anwar? Ke nak pegang patua Sheikh Karpal PooSingh tak boleh bagi DNA???

Sebenarnya inilah isu besarnya. Isu DNA. Ini muslihat politik kotor untuk mengalih isu DNA. Rakyat mahu tahu siapa Jantan-Y itu. Ulama' PAS nak tahu! Ahli PAS pun nak tahu! Ustad PAS pun nak tahu! Dan seluruh rakyat mahu tahu kenapa Anwar liat dan susah sangat nak bagi sampel darah untuk DNA dia? Apa yang dia takut sangat?

Dan teman maklumat sahih Anwar paling takut kerana sudah ada desakan daripada ulama' dan akar umbi PAS yang memberi katadua supaya Anwar serahkan darahnya untuk ujian DNA, dengan amaran jika tidak diberi mereka akan desak PAS kaji balik hubungan dengan Anwar dan Pakatan syaitan dengan DAP! Itu yang Anwar ketar lutut yop!

Kalau tidak, apa ke hal Anwar tiba-tiba nak mengaku dia bukan Jantan-X dalam videoseks itu. Sekali lagi teman nak tegaskan, tidak ada sesiapa pun yang menuduh Jantan-X itu Anwar. Dia sendiri yang buka pekung mengaku! Siap tunjuk perut yop!!! Ini kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni!!!

Dengan membuka pekung dia bukan Jantan-X, teman tahu Anwar cuba meraih simpati rakyat, sekaligus menutup isu DNA airmani yang bertakung dalam dubur Saiful. Sebenarnya Anwar sudah jem giler. Dia dah tak tahu nak jawab dan putar macam mana lagi isu DNA ini. Dia sudah kekeringan kelentong dan kelentang. Teman kenal sangat Anwar ni yop! Jadi isu Jantan-X dalam videoseks ini cukup menguntungkan Anwar! Apa lagi yop, dia putar abis lah isu ni. Apatah lagi esok 22 Mac 2011, Mahkamah akan buat keputusan tentang permohonan Pendakwaraya untuk sampel darah Anwar diserahkan buat ujian DNA. Isu videoseks ini jalan keluar yang terbaik untuk Anwar!

Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan.

Macam dalam kes Saiful. Dia yang interbiu Saiful. Dia yang bagi kerja kat Saiful. Dia yang bayar gaji Saiful. Dia yang bawak Saiful ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura. Dia yang yang didakwa "mengunyitkan" Saiful. Tup..tup..YAB Dato' Sri Najib yang salah. Cakap tu biarlah pakai otak sikit yop. ALLAH bagi otak bukan suruh buat sup, tapi suruh berpikior yop oi!!! Pakailah otak tu sikit.


Pada teman, isu videoseks ini adalah masalah peribadi diantara Datuk T dengan Anwar. Biar mereka selesaikan. Samada videoseks tu tulin ke, atau palsu ke, ori ke, Petaling Dtreet ke, atau memang Jantan-X itu Anwar ke, itu bior dema setel sama dema yop. Dan Anwar pun dah buat repot polis, biar Polis siasat. Kalau betul terbukti Jantan-X itu Anwar, biar pihak berkuasa ambil tindakan.

Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!!

OK yop, ada mengarti kah itu semua? Pokok pangkalnya, isu besarnya ialah bukan siapa Jantan-X dalam videoseks itu, tetapi siapa Jantan-Y yang "mengunyit" Saiful dan menakungkan airmaninya dalam karung Saiful! Jawapannya ada pada Anwar Ibrahim. Hanya dengan setitik darah, kebenaran & keadilan pasti akan terbukti.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
17 Rabiu'l Akhir 1432
22 Mac 2011


*Gambar Mr T dari the A-Team. Dia belum dapat Datuk lagi yop, kalau tak agaknya dia akan difitnah sebagai Datuk T ;))

21 March 2011

VIDEO-KLIP LAGI!

(Video "Pak Yangoat Yang Terlampau"-tiada kena mengena dengan videoklip ini ;)

Salam 2 all.

Hari ni riuh di Parlimen dan media cyber mengenai satu videoklip yang didakwa sebagai adengan seksual seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur muda Cina. Video tersebut dikatakan dirakam secara sulit di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menurut orang yang menemui video tersebut, dikenali sebagai Datuk T, beliau menjumpai rakaman videoklip tersebut selepas disuruh oleh pemimpin pembangkang itu untuk naik ke bilik hotel itu mengambil jam beliau yang tertinggal. Dalam mecari jam tersebut, beliau menjumpai alat perakam video itu yang mengandungi adengan seksual pemimpin tersebut.

Videoklip itu mengambil masa beberapa minit, dengan segmen pertama menunjukkan pemimpin tersebut memasuki bilik hotel berkenaan dengan seorang wanita (disyaki seorang pelacur Cina) diiringi seorang lelaki. Segmen kedua menunjukkan pemimpin tersebut diberikan layan oral oleh wanita tersebut. Ini diikuti dengan segmen adengan "menyudu" dalam pelbagai posisi sehingga ke segmen "tembakan ke muka wanita tersebut". Segmen akhir menunjukkan pemimpin itu ke bilik sebelah kemungkinannya tandas. Keseluruhan adengan mengambil masa dalam 17 minit.

Kata seorang rakan yang menonton videoklip tersebut, "kalah Chua Soi Lek yop!". Kalah dari segi kecepatan dan kepantasan adengan yop!!! Takde "muqaddimah", takde "starter", terus "tomahawk missile" je yop! Kata kekawan yang tengok "200%" mamat tu yop!!!

Kita sebagai umat Islam mengambil pendirian bahawa dalam perkara berat saperti ini, kita mesti hati-hati. Kena periksa dahulu kesahihan videoklip itu. Beberapa persoalan yang berbangkit ialah:

1. kenapa penama yang dikatakan "Datuk T" itu memilih untuk mendedahkannya kepada para editor akhbar dan wartawan dahulu?
2. siapa Datuk T tersebut, mengapa perlu identitnya dirahsiakan?
3. mengapa tiada lapuran polis dibuat?
4. kenapa mereka yang mendedahkan videoklip itu begitu berhati-hati, dengar kata siap pakai cermin mata hitam dan wartawan yang memasuki bilik tempat ditayangkan itu langsung tidak dibenarkan membawa walaupun pen; kena pakai robe lagi?
5. bagaimana videoklip ini boleh muncul setelah sebulan kejadian (iaitu 21.02.2011 sekitar 10 mlm).

Kedua, teman nasihatkan semua pihak supaya berhati-hati. Teman khuatir ianya mungkin satu perangkap sahaja. Setakat yang teman kenal, puak-puak ni mampu berbuat apa sahaja. yop, takat baut video palsu kira celah gigi je yop! Kalau satu dunia pun dema boleh bohong dan kelentong, takat tambah setahil lagi bukan masalah yop. Ini adalah puak-puak yang terdesak. Setelah pemimpin mereka kantoi mengenai isu DNA, dan dalam keadaan mereka tidak ada sebarang jawapan, tiba-tiba muncul videoklip ini. Kemungkinan ianya satu sandiwara yang direkayarsa dengan begitu teliti tidak boleh ditolak. Mereka boleh cipta videoklip ini, dan mereka pulak nafikan! Nggak ada masalah dong!

Cuba bayang kalau semua orang dok bercakap mengenai videoklip ini, semua suratkhabar dok tumpu dan buat ulasan masing-masing, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen dok bercakap mengenainya; hilanglah tumpuan rakyat kepada isu DNA. Mereka sekarang ini sangat tertekan dengan isu DNA. Mereka sudah tidak ada jawapan. Mereka mati kutu cara terbaik nak putar belitkan cerita DNA ini. Jadi cara terbaik ialah dengan merekayarsa dan menipu dengan cara licik ini..alihkan tumpuan rakyat daripada isu DNA. Lebihkurang satu decoy lah yop!

Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti videoklip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang. Teman cukup yakin selepas ini dema akan pukoi kompang dan gendang sekuat mungkin bahawa ini semua fitnah tajaan kerajaan. Mungkin dema yang buat, lepas tu dema kata orang lain buat. Eleh yop, putarbelit ini dah ujud sejak zaman Goebel, Menteri Propaganda Hitler. "Reka satu pembohongan, besar-besarkan pembohongan itu". Itulah pepatah Goebel yang dicatat sejarah!

Nasihat teman kepada semua supaya berhati-hati. Sikap kita mudah sahaja. Kita tidak tahu apa pun tentang videoklip ini. Oleh itu kita minta supaya Datuk T, atau sesiapa juga yang terlibat, supaya membuat lapuran polis. Kemudian biar pihak berkuasa membuat siasatan dan kajian, termasuk dari segi pembuatan video dan lain-lain. Jika ianya tidak benar, maka pihak yang bertanggungjawab hendaklah dikenakan tindakan yang tegas termasuk pertuduhan jenayah. Malahan pihak polis sudahpun boleh bertindak kerana "Datuk T" tersebut melakukan satu kesalahan jenayah, "kerana memiliki satu video lucah". Dan kepada sesiapa yang rasa dirinya "teraniaya", eloklah buat lapuran polis, supaya siasatan terperinci boleh dibuat.

Namun, jika siasatan polis dan pihak berkuasa mendapati videoklip itu betul, dan melibatkan pemimpin tersebut, maka tindakan mengheret beliau dengan pertuduhan jenayah hendaklah diambil. Bukan susah, dapatkan sahaja pelacur itu dan lelaki yang mengiringi pemimpin tersebut ke hotel tersebut. Dan jangan lupa siasat juga Datuk T itu. Kalau sempat, cari DNA mereka yang terbabit.

Dan kepada pemimpin tersebut, jika benarlah videoklip itu membabitkan pemimpin tersebut, teman paling kasihan ialah kepada ahli keluarga beliau. Isterinya telah mengisytiharkan lakinya sebagai ...dot...dot...dot! Rakyat termasuk segelintir pak jangoat dah terpercaya dan terpedaya dengan mainan politik pemimpin ini. Kepada sang isteri, jika benar sang suami terlibat, sudah sudah lah tu. Mike tahu teman pun tahu apa yang mike tahu. Dah tiba masanya sang isteri menasihatkan sang suami supaya bertaubat, dan berundurlah. Demi maruah keluarga, isteri, anak-anak, agama, bangsa dan negara!

Kalaulah benar pemimpin itu yang didalam videoklip tersebut, beliau sepatutnya mengambil langkah berani untuk mengakui kesalahan dan bertaubat. Berundurlah daripada politik. Letaklah jawatan. Eloklah pergi jauh-jauh buat muhasabah diri. Jangan sampai video ini terdedah kepada umum. Eloklah ditutup keaiban dan kejijikan tersebut. Kalau tak mau pergi ke Mekah, pergi ke Tibet pun tak apa. Bertaubatlah! Kalau Dato' Seri Chua Soi Lek, seorang bukan Islam pun berani mengaku berbuat kesalahan dan menebusnya dengan meletakkan jawatan Menteri, dan berundur untuk bermuhasabah; inikan pula kita yang yang beragama Islam!

Tetapi setakat yang teman kenal puak-puak ni yop, dema akan dengan cepat memutar-belit cerita ini dan dakwa ianya rekaan Kerajaan. Silap-silap YAB Dato' Sri Najib akan ditohmah mendalangi videoklip ini. Mungkin juga UMNO/ BN difitnah menaja videoklip itu. Teman tidak akan terperanjat kalau ditohmah-fitnah kata videoklip itu membabitkan pelakon yang di upah. Mungkin RM2 juta kot. Almaklumlah dema ni suka bebenor dengan angka RM2 juta ni yop. Cuma malang YB Gobala saja ada kureng sikit, difitnah RM1.4 juta. Lekeh betoi ye yop!

Dan yang paling teman takkan terkejut kalau mereka berkata, "it looks like him, sound like him, but it must be his genie who was paid RM2 million by UMNO/ BN to pretend as the leader!!". Kasi alihbahasa sikit, teman takkan terkejut kalau mereka berkata, "lelaki itu suara saperti dia, muka macam dia, tapi itu adalah Jin dia yang menyamar setekah dibayar RM2 juta oleh UMNO/BN". Dema ni boleh buat apa aje yop!!!

Adios amigos, grasais senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
16 Rabi'ul Akhir 1432
21 Mac 2011

*Nota: Anwar Ibrahim sebentar tadi membuat kenyataan akhbar menafikan beliau "Lelaki-Y" didalam videoklip tersebut, walaupun sebenarnya tiada siapa pun yang membuat tuduhan ianya Anwar. Makan cili terasa podeh ke yop!


20 March 2011

DUNIA YANG NAZAK?

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan artikel tulisan Hafizahril Hamid bertajuk "Dunia Dipenghujun Zaman" yang disiarkan didalam sisipan M2 akhbar Mingguan Malaysia hari ini.


Bila membaca tulisan beliau, teringat teman kitab "Bila Kiamat Tiba" tulisan Sheikh Abu Ali Al Banjari An Nadwi. Peperangan yang tidak sudah, pemberontakan di tanah arab, gempa di timur, barat dan tanah arab, dan banyak lagi tanda-tanda yang sudah muncul. Apakah kita sudah sampai ke penghujung. Kalau mengikut kalendar kaum Maya, dunia berakhir pada 21.12.2012 (ingat cerita "2012").
Kalau mengikut Nostradamus, kita akan bungkus tak lama lagi. Planet Nibiru akan muncul tahun depan, setelah munculnya komet Haley 1996 dahulu!
Kita umat Islam tidak disuruh, dan tidak wajib percaya dengan semua tilikan dan spekulasi, namun disana banyak hadis Rasulullah saw yang memberikan kita gambaran tanda-tanda akhir zaman, kemunculan Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa; yang akhirnya diikuti dengan Ya'juj & Ma'juj serta kiamatnya dunia yang kita kenal.
Apa yang penting bagi teman ialah satu persoalan besar yang perlu kita jawab dengan jujur kepada diri sendiri: apakah kita bersedia? Are we ready? Enjoy the article yop!
Wallahua'alam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
15 Rabi'ul Akhir 1432
20 Mac 2011
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Petikan artikel tulisan Hfizahril Hamid di M2, Mingguan Malaysia 20.03.2011)
Dunia penghujung zaman?

Oleh Hafizahril Hamid

KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
--------------------------------------------------------------------------------
TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.

Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.

Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.

Planet Nibiru

Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.

Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.

Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

Kod rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Islam

Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Tsunami Jepun

Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan.

18 March 2011

TumPAS JUGA AKHIRNYA!

(Bila agaknya nak menjadi Abdul KY Lee ni yop)

Salam 2 all.

Teman antara orang paling kecewa dengan keputusan Kerajaan Kelantan mengkaji pengharaman judi loteri. Kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Kelantan melalui Setiausaha Akhbar beliau Ahmad Fadhli Shaari semalam menyatakan bahawa kerajaan negeri akan meminta Penasihat Undang-Undang Negeri untuk mengkaji pengharaman tersebut.

Kenyataan ini dibuat tidak beberapa hari selepas manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan mengkritik Tok Guru Nik Aziz mengenai pengharaman tersebut, dengan meminta Tok Guru merujuk kepada kepimpinan Pakatan termasuk DAP yang menentang keras tindakan Kerajaan Kelantan yang mengharamkan judi loteri di Kelantan. Yang lebih malang, kritikan dan teguran Anwar itu dibuat dalam sidang akhbar yang dihadiri juga oleh segelintir kepimpinan PAS & DAP.

Tok Guru Nik Aziz membuat kenyataan untuk mengkaji pengharaman judi loteri tersebut setelah mengadakan pertemuan dengan kepimpinan DAP & PKR di Kota Bharu. Semalam Karpal, Pengerusi DAP menyelar tindakan Kerajaan Kelantan dan memberi amaran akan mengambil tindakan penentangan jika Kerajaan Tok Guru meneruskan pengharaman tersebut (lihat kenyataan dibawah).

Kajian pengharaman judi loteri ini memberi persepsi dan gambaran seolah-olah jika Pakatan pembangkang menjadi Kerajaan, semua dasar dan perlaksanaan syariat dan undang-undang Islam hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat anggukan, perkenan dan "patwa" daripada kepimpinan DAP!!! Na'uzubillah!!!

Walaupun teman berharap dan berdoa moga Tok Guru Nik Aziz akan istiqomah mempertahankan Islam, namun teman faham dengan kedudukan Tok Guru Nik Aziz. Beliau berada didalam keadaan tersepit dan terkepit. Tok Guru telah "dikunyitkan" oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan yang disanjung tinggi oleh Tok Guru sendiri.; malah Tok Guru pernah berharap semoga Anwar menjadi Perdana Menteri bagi beliau!!

Dan lebih malang tindakan Tok Guru yang cuba melaksanakan hukum Islam itu tidak dipertahankan oleh segelintir kepimpinan PAS yang lain. Jadi apa pilihan yang ada pada Tok Guru, kalau orang yang Tok Guru angkat sebagai calon Perdana Menteri beliau sendiri dan segelintir kepimpinan parti beliau sendiri bukan sahaja tidak mempertahankan beliau, malah mendesak beliau untuk mengkaji pengharaman tersebut. Teman mengasihani Tok Guru, dan memahami dilema beliau.

Teman percaya ramai ulama', ilmuan, para ustad, dan ahli akar umbi PAS sangat sedih dengan perkembangan ini. Ini kerana selama ini ada dikalangan mereka begitu lantang memaki hamun dan menyumpah seranah orang lain dalam isu judi, arak dan lain-lain. Lihatlah semasa isu judi bola Piala Dunia, maki hamun dema naik ketor lutut kita dengor yop. Sampai ada yang memunafikkan dan mengkapiorkan orang lain, hanya kerana tidak bersetuju dengan isu judi bola itu, walaupun sebenarnya Kerajaan belum pun buat keputusan. Dan ternyata mereka silap, bila YAB Dato' Sri Najib mengambil tindakan tegas mengharamkan judibola tersebut. "Kini pulang paku buah keras. Paku dulang paku serpih, ngata orang mike yang lebih yop".

Kisahnya macam orang tengok bola lah yop. Bila duduk dekat bangku stadium tu memerhati perlawanan bola, mike dengar sendiri maki hamun sumpah seranah penonton yang menyaksikan. Semuanya tak kena. Semua kena ikut cara dema. Sebab dema seronoklah tengok bola sambil makan kacang minum air tebu. Cuba suruh dia turun padang pakai jersi tengok, silap-silap berpeluh pitam sebelum referee tiup wisel permulaan lagi!

Sebenarnya inilah realiti politik yang sedang dihadapi oleh umat Islam didalam negara ini. Semuanya kerana gara-gara kita tidak mengerti bersatu suara didalam berhadapan dengan isu yang menjadi kepentingan umat Islam. Lihat sahaja isu bibel versi Bahasa Indonesia. Amat malang bila PAS dan PKR turut mendesak Kerajaan menarik balik larangan kemasukan bibel tersebut, walaupun ianya sesuatu yang bukan sahaja mencabul Perlembagaan, malahan menghina Islam dan umat Islam!

Sebagaimana Kerajaan Tok Guru Nik Aziz tiada pilihan terpaksa mengkaji semula larangan judi loteri di Kelantan, begitulah Kerajaan Dato' Sri Najib Razak tiada pilihan melainkan terpaksa mengkaji semula kemasukan bibel Indon ini. Walaupun mereka berdua, Tok Guru dan YAB PM, cuba mempertahankan Islam dan maruah umat, namun ketiadaan perpaduan dan satu suara dikalangan umat Islam sendiri akhirnya menyebabkan yang tewas ialah umat Islam.

Persoalan besarnya ialah mengapa kita umat Islam, Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat & Satu Aqidah; tetapi gagal menjadi Satu Umat dengan Satu Suara walaupun bila berdepan dengan serangan musuh Islam.

Tepuk dada tanya imanlah yop. Teman sudah cuba sedaya upaya mengikut kemampuan teman untuk bersuara. Teman istiqomah dan konsisten dalam hal ini. Teman tahu ianya tidak cukup; tetapi jika teman perlu berperang dengan mana-mana kafir dan munfaik hipokrit yang menentang Islam, teman akan lakukannya walaupun berseorangan yop. Itu sumpah teman kepada ALLAH, itu janji teman kepada Rasulullah saw.

Semoga ALLAH menyelamatkan aqidah kita yop!!! Gempa di Timur dah belaku, gempa di Barat dah berlaku, hanya tinggal gempa di Tanah 'Arab aje yop; walaupun pemberontakan sudah pun berlaku sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw sebagai tanda-tanda akhir zaman!!! Na'uzubillah!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
14 Rabi'ul Akhir 1432
19 Mac 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran media portal pro-pembangkang Malaysian Insider hari ini 19.03.2011)

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

March 19, 2011

SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal (gambar), yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’ selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

17 March 2011

1-MALAYSIA

(Bersama Sheikh Dr. Yusuf Islam melawat Parlimen Malaysia semalam)

Salam 2 all.

Hari ini teman membangkitkan isu konsep 1-Malaysia didalam Parlimen melalui Soalan Lisan. Soalan teman, yang disenaraikan dalam no.2, berbunyi saperti berikut:

a. adakah Kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1-Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai; dan

b. adakah Kerajaan bercadang membuat re-branding kepada konsep saperti Malaysian-First dengan prinsip "Negara DiDahulukan, Rakyat DiUtamakan" dimana setiap rakyat mendahulukan negara dan Kerajaan pula mengutamakan rakyat dalam semua dasar dan perancangan.

Agak mengejutkan kerana soalan teman itu dijawab sendiri oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Namun kalangan di Parlimen menyatakan kesediaan YAB Dato' Sri Najib menjawab sendiri soalan ini menunjukkan kesungguhan beliau dalam isu berkaitan konsep 1-Malaysia (sila lihat dibawah untuk intipati jawapan YAB Perdana Menteri)

Sebenarnya teman mengemukakan soalan ini atas beberapa sebab.

1. Konsep 1-Malaysia ini telah dikelirukan, kekadang sehingga ke peringkat begitu serius. Contohnya iklan Hari Raya yang cacamerba, iklan Lebai Santa. Sambutan 'ibadah 'eidulfitri dengan Tok Lebai kayuh basikal terbang macam santa dengan bunga lotus dan pelita. Rojak habis sehingga ke peringkat menghina Islam.

2. Kekadang, iklan televisyen itu sehingga menjadi "plastik". Contohnya iklan dimana 3 sekawan Melayu, Cina & Punjabi ke warung rakan mereka seorang India. Pakej 1-Malaysia cantik punya. Siap order teh-tarik 1-Malaysia. Bila si melayu minta tolong rakan punjabinya dengan kata "kita kan kawan", terus sipunjabi jawab "siapa kata kita kawan, kita adik beradik". Aisey yop, kot ya pun nak bodek janganlah over sangat. Satu senario yang tak realistik langsung..satu plastik!

3. Konsep 1-Malaysia ini juga telah melahirkan terlalu banyak persepsi. Contohnya bagi kalangan orang Melayu, 1-Malaysia bermaksud tiada lagi sekolah aliran Cina, Tamil dan lain-lain contohnya. Bagi bukan Melayu pula, 1-Malaysia bermakna tiada lagi hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 patut dihapuskan. Samarata, samarasa!

Begitulah kekeliruan dan cacamerba yang lahir akibat kekeliruan terhadap konsep 1-Malaysia. Dan teman menyatakan kepada YAB Perdana Menteri bahawa Konsep 1-Malaysia telah gagal melahirkan warganegara dan rakyat yang sayang dan cintakan negara.

Contohnya masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih memburuk-burukkan negara semasa berada diluar negara. Malahan ada yang sampai berbohong. Semasa teman ke beberapa negara contohnya di Washington, New York menghadiri Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu, lawatan kerja di Turkey dan lain-lain. Teman terperanjat mendengar dari beberapa pemimpin negara tertentu yang jelas telah dibohongi dengan beberapa fakta yang tidak betul, sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan dan negara kita.

Sedangkan yang teman hairan, mengapa kita tidask boleh mengambil YBM Tengku Razaleigh Hamzah, yang tidak pernah memburukkan negara semasa berada diluar walaupun beliau pernah ada krisis besar dengan mantan PM sehingga negara hampir pecah dua! Beliau berlawan didalam negara, sehingga UMNO pernah diisytiharkan haram. tetapi bila YBM Ku Li berada diluarnegara, beliau tetap mempertahankan negara dan kepimpinan negara.

Selanjutnya kenapa kita tidak mengambil contoh daripada bekas Presiden Israel Moshe Kastav ataupun Perdana Menteri Itali Berlusconi, yang walaupun berhadapan dengan tuduhan merogol atau punya hububngan sulit dengan gadis bawah umur, mereka melawan di Mahkamah negara masing-masing. Kita tidak pernah pulak mendengar Kostav atau Berlusconi berkempen keluar negara meminta bantuan Amerika atau Australia, apatah lagi Yahudi (walaupun Kostav adalah Presiden Israel sebuah negara Yahudi).

Jadi rumusannya, teman mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya Kerajaan mengkaji semula konsep 1-Malaysia ini supaya bersesuaian dengan konsep "Malaysian-First", dengan prinsip "Negara DiDahulukan, Rakyat DiUtamakan".

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Rabi'ul Akhir 1432

17 Mac 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Jawapan YAB Perdana Menteri kepada isu diatas)

Ada pihak bimbang kejayaan 1Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerimaan rakyat yang semakin meningkat terhadap gagasan 1Malaysia menyebabkan ada pihak bimbang dan sentiasa mencari muslihat untuk menimbulkan penafsiran yang berbeza serta mengelirukan mengenainya.

Perdana Menteri berkata, pihak tersebut juga akan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelitkan fakta, mengaburkan perkara yang jelas dan menggelapkan yang terang demi mewujudkan modal politik yang boleh ditabur kepada rakyat.

"Sudah tentu kejayaan gagasan 1Malaysia kurang disenangi oleh pihak tertentu yang hanya memikirkan manfaat politik yang dapat diraih apabila berlaku persengketaan dan perselisihan faham antara kaum.

"Golongan ini tidak perlu dipedulikan, yang jelas sebilangan besar rakyat menerima 1Malaysia sebagai konsep yang mengeratkan talian muhibah di kalangan semua kaum selain menyemarakkan semangat cinta kepada negara. Inilah matlamat utama gagasan ini diperkenalkan," katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai.

Perdana Menteri menambah, sejak pelancaran gagasan 1Malaysia sebaik sahaja beliau mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, penerimaan rakyat terhadap gagasan itu amat memberangsangkan.

"Pada peringkat awal ada pihak yang cuba memanipulasikan 1Malaysia bagi mewujudkan polemik demi kepentingan politik mereka, namun dengan penjelasan yang terperinci di pelbagai peringkat, penerimaan yang amat baik jelas kelihatan di kalangan rakyat," katanya.

Menjawab soalan tambahan Zulkifli yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat penjenamaan 1Malaysia kepada konsep Malaysian-First dengan slogan 'Negara Didahulukan, Rakyat Diutamakan', Perdana Menteri berkata, penjelasan lebih terperinci mengenai 1Malaysia perlu diberi keutamaan.

"Saya anggap walaupun kita telah banyak beri penjelasan dan penerimaan pun semakin ketara, tetapi penjelasan demi penjelasan perlu diberikan supaya kita sampai ke satu peringkat di mana gagasan ini difahami sepenuhnya," katanya.

Perdana Menteri berkata, pemahaman terhadap 1Malaysia perlu dihubungkaitkan dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' iaitu prinsip yang boleh membawa kekuatan kepada negara.

Menjawab soalan tambahan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah kerajaan bagi menghadapi pihak-pihak yang mahu menjejaskan perpaduan negara, Najib berkata, golongan itu tidak dapat dielakkan.

"Dalam sebuah masyarakat yang begitu kompleks, memang akan ada masalah. Sebab itu kita ada 1Malaysia iaitu nilai yang boleh dihayati setiap rakyat untuk mengurangkan masalah antara kaum," katanya.

16 March 2011

HARGA SETITIK DARAH!

(Saiful mengadu DiNayaAnwar - bersama ibu tercinta di Baitullah)

Salam 2 all.

Mike semua sedar atau tidak, hanya dengan setitik darah, Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang, dan impian Anwar nak bersemayam di Putrajaya boleh tercapai. Hanya dengan setitik darah yop! Sebab itu teman semakin hairan dengan sikap berdolak-dalik manusia yang ditabal bininya sendiri yang membantah kepada permohonan Pendakwaraya supaya beliau memberikan darah beliau untuk dibuat ujian DNA sebagai perbandingan kepada DNA-Lelaki Y daripada airmani yang ditemui didalam dubur Saiful Bukhori Azlan. Peluang sudah terbuka luas untuk Anwar sekarang. Tetapi hairan bin ajaib teman nengok Anwar seolah-olah tidak berminat dengan haq dan kebenaran! Atau apakah semuanya demi politiking yang melampau sahaja?

Pertama yang kita semua perlu faham, tidak saperti kes dahulu (1998), kali ini DNA-Y yang ditemui adalah berdasarkan sumber DNA yang jelas iaitu airmani seseorang. Sumber DNA yang ditemui dalam dubur Saiful ialah airmani seseorang! Sedangkan didalam kes terdahulu (ingat lagi kes tilam), sumber DNA atas tilam itu tidak dapat disahihkan oleh pakar kimia Lim Kong Boon. Beliau hanya tahu diberikan 13 keratan tompok daripada tilam, dan menguji sumber DNA nya. Beliau sendiri tidak tahu secara sahih dan pasti sumber DNA itu. Dan bila ditanya mana sampel-sampel ujian utnuk DNA itu, beliau memberitahu telah memusnahkannya.

Itu adalah antara sebab mengapa mendiang YA Datuk Augustine Paul meminda pertuduhan kerana tiada bukti jelas apa sumber DNA tersebut diatas keratan tilam berkenaan. Dan kita perlu ingat kesan tompok diatas tilam itu berusia 5 tahun (kejadian 1993) semasa diuji (ujian 1998)!!

Tetapi didalam kes sekarang, sumber DNA didalam dubur Saiful itu dikenal pasti sebagai airmani seseorang. Masih fresh harum lagi yop, baru berusia 2 hari (liwat 26.06, pemeriksaan 28.06). Yang mengesahkannya adalah beberapa orang pakar perubatan, doktor, pakar forensik dan pakar kimia. Tak silap teman kesemuanya 5-7 orang pakar. Mereka ini semua adalah professional dan tidak kenal satu sama lain. Mustahil mereka boleh berpakat, dan tidak ada sebab mereka mahu berpakat. Dan kesemuanya mengesahkan sumber DNA itu adalah airmani seseorang dilabel sebagai Lelaki-Y.

Persoalan yang menjadi isu ialah siapa lelaki Y itu. Ada orang mendakwa airmani itu disumbat didalam dubor Saiful. Persoalannya siapa yang menyumbatnya? Pastilah ada seseorang, yang menyumbatnya; tak mungkin airmani itu boleh berjalan sendiri kot yop. Dan airmani akan berada didalam dubur seseorang (atau alat sulit wanita) hanya dengan satu cara sahaja, iaitu dengan perantaraan "spitol-air".

Dan tidak mungkin ada mana-mana pihak boleh memasukkan air mani Anwar kedalam dubur Saiful. Pertama mereka perlu dapatkan airmani itu dari Anwar. Kecuali Wan Azizah meminjamkannya kepada mana-mana orang, mustahil ada orang lain boleh dapatkannya! Takkan nak tuduh Wan Azizah pakat dengan Saiful kot? Dan Anwar sendiri mengesahkan dia tidak ada beri sampel airmani dia kepada sesiapa pun untuk ujian DNA atau apa-apa ujian, walaupun semasa ditahan polis.

Kedua, ada orang dakwa polis menggunakan DNA lama dalam kes 1998. Samada yang bercakap ni biol ataupun tak sekolah. Pertama, sampel DNA tahun 1998 telah pun dimusnahkan oleh ahli kimia Lim Kong Boon. Kedua, kalau betullah ada sampel DNA tu, dah kering lama dah pun yop. Sedangkan airmani yang ditemui didalam dubur Saiful adalah "barang fresh", mengikut kata pakar baru berusia beberapa hari. Jadi dakwaan ini ternyata tidak menasabah, apatah lagi menasarawak!

Pokok ceritanya, bagi Mahkamah untuk mengetahui identiti tuanpunya airmani didalam dubur Saiful itu yang dilabel sebagai Lelaki-Y, maka Mahkamah perlu mendapatkan DNA perbandingan. Kita boleh uji airmani seluruh lelaki yang ada di Malaysia ini untuk DNA perbandingan tersebut, tetapi kita mulakan dengan Anwar dahulu. Sebabnya mudah, Saiful mengadu Anwar yang "mengunyitkan" beliau. Maka sebab itulah pemberian sampel darah untuk ujian DNA oleh Anwar sangat penting.

Penting bukan kerana hendak membutikan Anwar "mengunyitkan" Saiful, tetapi penting kerana nak membuktikan yang hak dan kebenaran. Ada dua kemungkinan akan berlaku jika Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA perbandingan tersebut.

Jika ujian darah itu mendapati DNA Anwar menyamai DNA Lelaki-Y tersebut, ada kemungkinan Anwar akan bercuti panjang di Sg. Buloh Resort, mungkin lebih daripada 9 tahun. Kerana ketepatan ujian DNA adalah 99.95% benar dan betul.

Tetapi kalau ujian darah itu mendapati DNA Anwar tidak sama dengan DNA Lelaki-Y tersebut, maka bukan sahaja beliau mungkin dibebaskan daripada pertuduhan, silap-silap Kerajaan Barisan Nasional boleh tumbang yop. Kerana rakyat akan terus hilang kepercayaan!!!

Nah, kalau Anwar benar-benar yakin dia tidak "mengunyitkan" Saiful, tidakkah ini peluang terbaik untuk Anwar bukan sahaja untuk membersihkan namanya, malah untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional!?


Tak payah tipu-tipu, tak payah bohong-bohong, tak payah kelentong-kelentang, tak payah putar poosing, tak payah jual nama YDP Agong, tak payah lelong nama Panglima Angkatan Tentera, tak payah sogok Ahli Parlimen, tak payah kejor MP BN sampai ke Taiwan, tak payah pilihanraya, tak payah tiru Mesir atau Libya, pendekkata tak payah buat apa pun. Teman cukup yakin jika DNA itu tidak benar, rakyat sendiri akan bangkit menuntut Kerajaan dibubarkan. Malah tidak keterlaluan teman katakan rakyat sendiri akan mendokong Anwar dan diarak dari Mahkamah Jalan Duta ke mahkota Putrajaya!!! Bukankah itu jalan singkat ke Putrajaya; yang diidam-idamkan sangat oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan!!!

Tapi risikonya besar yop. Jika DNA itu benar, teman cukup yakin bukan sahaja rakyat, para pak jangoat sendiri akan mendokong dan arak Anwar daripada Mahkamah Jalan Duta ke Penjara Sg. Buloh. Silap-silap haribulan mau Karpal pun tumpang sekaki yop!

Pendek story yop, semuanya terletak ditangan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini. "To give or not to give - that's the question!"

Cuma teman nak landing dengan bertanya kepada segelintir pak jangoat yang berkiblatkan kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini; tidakkah terdetik sedikit pun dihati kecil mike nak mintak Anwar supaya berikan setitik aje darahnya untuk ujian DNA itu. Apa yang susah sangat. Setitik darah yang boleh menentukan kebenaran dan kepalsuan, setitik darah yang menentukan syurga atau neraka bagi pengikutnya. Pikior-pikiorkanlah yop. Janganlah kita menjadi golongan 'summum buqmum umyum fahuum - Kaum PBB - Pekak, Bisu & Buta!

Pada teman Anwar tidak sepatutnya berselindung disebalik teknikaliti dan peruntukkan undang-undang. Anwar tidak sepatutnya menyorok disebalik jubah Karpal. Iya, Mahkamah akan membuat keputusan; mungkin Hakim akan suruh, mungkin Hakim akan tolak. Itu hak Hakim dan Mahkamah untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh ganggu, apalagi mengacau prosiding Mahkamah.

Tetapi Anwar perlu ingat, Mahkamah Rakyat juga sedang menanti. Dan Mahkamah Rakyat hanya pentingkan haq dan kebenaran.

Cuma teman nak kabornya, umat dan rakyat sudah mula heran, kenapa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini liat dan susah sangat nak bagi setitik darah kebenaran itu. Ada rahsia besar yang nak disembunyikan ke?

Dan jangan lupa Mahkamah ALLAH juga sedang menanti, dan Mahkamah ALLAH juga berpaksikan kepada haq dan kebenaran! Pikior-pikiorlah yop; ALLAH bagi otak bukan suruh buat lauk masak lemak cili api, tapi untuk digunakan!!!

Hanya setitik darah
bisa mengubah arah
samada semakin parah
atau mahkota meriah
rakyat makin marah
umat makin resah
mengapa liat susah
menitik sebutir darah!

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
10 Rabi'ul Akhir 1432
16 Mac 2011

15 March 2011

FUDZAIL-CERPEN INTERKOK

(Kok Yangoat..bila aku punya turn nak berkok-kok darrr)

Cerpen : InterKok *

Oleh Mohd. Fudzail Mohd. Nor

1. Kok Zumma

Semua ini adalah dari perbualan yang didengari dan pengalaman secara langsung. Bukan dari laman WikiLeaks mahupun mana-mana blog. Bukan dari pihak ketiga. Boleh dikelaskan sebagai prima facie. Segalanya adalah kebetulan. Sesuatu yang ditakdirkan akan berlaku. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan dari merempuh kehidupan tidak harmoni satu keluarga kelas menengah di kota raya.

Bukan keluarga 69 yang lucu dan sinis. Bukan keluarga Kennedy yang menjadi keluarga "diraja" di Amerika. Bukan keluarga elit di kalangan senarai orang paling kaya. Bukan mana-mana kerabat yang glamor.

Sekadar sebuah keluarga yang tiba-tiba menjadi sebahagian dari perjalanan demokrasi. Mungkin satu teater yang tidak semena-mena menjadi pecah panggung kerana lebih hebat dari drama bersiri Korea dan Indonesia di TV.

Begitulah yang terjadi diluar jangkaan. Fakta lebih aneh dari fiksyen. Fiksyen pun tidak sehebat fakta kerana kehidupan adalah sebuah teater yang penuh dengan luar jangkaan dan kadang-kadang lebih tidak logik. Dan dia, ditakdirkan menjadi sebahagian dari konflik keluarga yang turut mempengaruhi ramai manusia marhaen.

"Saya mempunyai bukti semua salah laku Kok Zamin, abang kandung yang tidak mengaku saya sebagai adiknya sendiri kerana kepentingan politik dan mempertahankan mentor yang bertaraf dajal."

Suara Kok Zumma memecah suasana. Bergetar dengan nada kemarahan. Wajahnya memaparkan kebencian. Melepaskan segala yang menjadi lava dari gunung berapi dalam gua dirinya. Dengan usia empat puluhan dan masih sahaja belum berkahwin, masih anak dara, Kok Zumma cuba menonjolkan sedikit kegedikan aura wanita anggun. Keinginan untuk menjadi wanita pertama negara sudah lama terbenam, dan sisa-sisa impian masih terpancar dari gaya pembawaan, berpakaian jenama dan designer label mengerlap-ngerlip. Itulah dia, wanita berani yang perasan bertaraf mujahidah agung abad ini.

"Kok Zamin bukan sahaja menjadi alat kepada Sheikh Kok, alat politik, kadang-kadang alat melepaskan nafsu serakah, malah isterinya juga sebahagian dari pakej konspirasi terhebat abad ini. Mereka adalah pengkhianat bangsa yang boleh menjahanamkan negara kalau berkuasa!"

Kok Zumma sudah tidak boleh bersembunyi lagi. Mahu melepaskan semuanya dari dalam kelambu ke dalam seluar dalam. Cerita sensasi yang boleh menjadi tajuk besar di mana-mana tabloid dunia. Cukup sensasi sehingga boleh melariskan jualan mana-mana tabloid, apalagi dengan wajah Kok Zumma yang kadang-kadang menjadi ludahan para mereka yang tidak faham perjuangan sucinya.

Para wartawan yang hadir berkelip- kelip mendengar pembocoran rahsia selanjutnya dalam sebuah keluarga yang seakan siri Simpson. Cuma bezanya berkisar pada adik beradik yang berlainan arah dalam semua segi dan hala tuju. Hatta dalam membicarakan sesuatu yang berkaitan dengan hal-hal rahsia keluarga.

Maka Kok Zumma terasa lega, amat berpuas hati di sidang media yang menjadi lebih sensasi kerana bukan sahaja pelbagai dokumen di paparkan, malah segala carut marut yang dilontarkan sesama adik beradik.

"Saya tidak akan berhenti memperjuangkan kebenaran selagi Kok Zamin dan mentornya Sheikh Kok terus memperdaya bangsa, terus hidup dalam pembohongan dan penipuan. Mereka adalah munafik yang mesti ditentang habis-habisan, selagi nyawa bernafas, saya akan terus membongkar amalan luar tabie para pengkhianat ini!"

Bergema suara Kok Zumma mengakhiri sidang media tergempar di sebuah hotel lima bintang.

"Untuk maklumat lanjut, terkni dan sensasi, sila ikuti Twitter, Facebook, Youtube dan blog saya!"

Para wakil media terus menggempur dengan pelbagai soalan. Kok Zumma terus juga melayan kerana peluang untuk muncul di semua media perdana adalah promosi dan publisiti yang boleh membawa banyak bisnes baru. Kalau tidak musuh atau peminat baru.

Kok Zumma bertukar menjadi mata mesra sehingga setiap yang hadir mula merasakan dialah wanita luar biasa dekad ini yang mesti diberi sokongan kerana dialah penyelamat agama, bangsa dan negara dari konspirasi setan anggota lain keluarga Kok.

2. Kok Zawan

Katanya tidak mahu jadi stereotaip. Dia telah banyak melakukan perkara-perkara yang luar biasa dalam dunia hiburan. Misi dan visi dalam perjuangan yang membawa dia ke persada pentas dunia hiburan bertaraf nasional. Walau masih tidak ke mana-mana untuk ke peringkat asia tenggara, Kok Zawan tahu yang dengan apa yang telah dilakukan, dia sepatutnya telah lama bergelar datuk. Walau mungkin dianugerah datuk paling rendah dalam kelasnya, Kok Zawan tahu yang dia adalah material seorang datuk.

Semua orang tahu yang dia berani begitu meneroka dimensi baru dalam persembahan TV realiti. Kepopularan yang memungkinkan dia boleh dianggap satu ikon dan idola semasa. Keceluparannya dalam memberi komen, melebihi taraf Simon Cowell dalam program American Idol.

"Sundal!"

Sepatah komen Kok Zawan melalui Twitter.

Pelbagai komen menerpa dari sepatah kata yang sudah sinonim dengan lenggok bahasa Kok Zawan. Itulah Kok Zawan. Celuparnya sudah bertaraf antarabangsa. Komen-komen yang berisi makin hamun, carut marut dan lucah menjadikan dia lebih popular. Suka atau benci, itulah Kok Zawan, penghibur superstar.

Siapakah yang sundal?

"Kakak aku!" Jawab Kok Zawan selamba di sebuah pusat karaoke eksklusif untuk para jantan istimewa sahaja, seperti yang diiklankan.

"Kau cakap kakak kau Kok Zumma itu sundal?" Tanya teman baiknya, Kok Zanil. Keduanya kadang jadi seteru, bergaduh di TV, Twitter, blog dan dalam drama yang mereka terbitkan bersama. Bermaafan di program hari raya dan sambung bergaduh sebagai promosi yang sensasi. Itulah publisiti terbaik untuk meramaikan penonton dan menaikkan rating. Penaja berebut-rebut dan mereka jadi jutawan sebagai idola remaja masa kini dan boleh meminta bayaran setimpal di mana-mana pertunjukan, sama ada untuk amal atau untuk kaut untung semata-mata.

"Sundal kelas pertama, buat malu bangsa mahu saman adik beradik berbilion ringgit!"

Kok Zawan dengan kegedikan bercakap dengan tangan berpusing lembut. Dia pernah berkali-kali berlakon sebagai mak nyah dan tidak pernah menafikan yang dia adalah seorang mak nyah. Dia bangga sebagai mak nyah kerana baginya, utuk apa jadi hipokrit, jadi munafik dalam dunia yang terbuka. Tidak perlu bersembunyi dengan berlakon seperti orang biasa.

Lagipun dia sudah bertaraf ikon dan idola nasional, menjadi ikutan ribuan anak-anak muda yang dahagakan mentor dalam dunia globalisasi dan penuh dengan saingan produk import. Siapa tidak kenal Kok Zawan dan Kok Zanil sebagai tokoh penghibur dan budaya.

Bak pendekan ciri-ciri komputer, WYSIWYG, iaiatu What You See is What You Get!

"Semua itu adalah lakonan semata-mata. Badan sendiri penuh najis jijik, lesbian tak guna. Mahu bisnes lah itu. Selepas lama senyap sebab kenyang dengan projek, tiba-tiba kembali dengan modal sama, jatuh miskin apa! Memang sundal!"

Sambung Kok Zawan sambil matanya sesekali menjeling ke skrin TV yang menyiarkan protes rakyat Mesir. Dia pernah menyokong Hosni Mubarak kerana katanya pemimpin diktator kadang lebih baik dari demokrasi. Pendapat yang dia tidak pernah tarik balik walau jutaan rakyat Mesir bangkit memprotes berhari-hari di Dataran Tahrir, setelah 30 tahun bawah rejim diktator.

Kaki rasuah

"Tidak betul ke tuduhan Kok Zumma pada abang kau si Kok Zamin itu? Malah dahulu kau sokong Kok Zumma? Habis-habisan kau membantai Kok Zamin dan Sheikh Kok sebagai kaki rasuah, malah teroris!"

Kok Zawan tergelak. Kemudian terkekeh sendiri, seperti lakonan mak nyahnya walau pernah mengaku jantan sebenar yang belum mahu kahwin.

"Siapa kata aku ubah pendirian? Dahulu aku sokong Kok Zumma sebab masa itu memang aku rasa dia betul. Sekarang aku yakin dia tidak betul. Kenapa selepas berbelas tahun mahu tunjuk bukti-bukti baru. Apa bukti-bukti boleh direka-reka?"

Kok Zanil sama ketawa. Kedua-duanya saling berpelukan sambil menikmati jus. Memulakan sesi karaoke dengan lagu Maher Zain, MasyaAllah.

"Kok Zamin itu memang sah biseksual ke?"

Kok Zanil bertanya kembali dalam kesamaran bilik karaoke. Sesuatu yang tiba-tiba mengasak jiwa Kok Zanil kerana dia pernah berkahwin, sudah ada anak-anak sebelum mengenal dirinya yang sebenar. Jantan yang sukakan jantan. Kok Zanil teringat isteri Kok Zamin, kakak ipar Kok Zawan iaiatu Kok Zamzi yang berkawan baik dengan bekas isterinya. Dia pernah mengsyaki sesuatu kerana mereka kelihatan terlalu mesra. Walau tidak pernah terbukti, mungkin itulah proses usia yang penuh kekeliruan dalam kegawatan dunia material.

Kok Zawan menjeling manja. Menunjukkan wajah sedikit cemburu. Memang hatinya selalu cemburu dalam usia meningkat dan pelbagai pilihan yang ada di kalangan "ahli-ahli" muda persatuan sosial atas talian mereka yang semakin bercambah melalui Facebook.

Dan Kok Zanil segera mengusap rambut Kok Zawan yang didandan oleh seorang pendandan ternama. Yang sama-sama bertaraf jantan. Sama-sama menjadi sebahagian dari budaya semasa, jantan suka jantan. Trend abad ke 21 yang menjadikan kehidupan semakin meriah di sebuah negara majmuk dan menghampiri sebuah negara maju.

"Jangan kau nak goda abang aku itu, mentang-mentang dia bakal jadi pemimpin besar, apa kamu ada niat dan mahu jadi wanita pertama?"

Kok Zawan menampar-nampar Kok Zanil dalam suasana yang boleh menjadi sebahagian dari adegan sensasi filem pecah panggung, sebagai pasangan romantis yang serasi untuk siri komedi, Hantu Kok Zimah Kahwin Zombie!"

3. Kok Zamin

Dia telah hampir ke kemuncak hierarki politik parti. Kalau silap haribulan, boleh jadi ketua menteri. Begitulah yang berada di fikiran Kok Zamin sebaik disahkan sebagai timbalan presiden. Cuma, bila-bila masa sahaja mentor politiknya boleh masuk penjara kerana pelbagai pertuduhan di mahkamah dan luar mahkamah. Dari kes luar tabie, kes pengkhianat, kes perisik CIA, kes ejen Yahudi ke kes terorisme.

Begitupun, dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Politik adalah persepsi dan persepsi adalah penting. Semuanya tidak mustahil dalam politik. Dia tahu semua itu, dalam politik, matlamat menghalalkan cara dan cara tidak pernah terbatas. Sama ada halal, haram, sunat, makruh, harus mahupun melanggar undang-undang, selagi ada kemahuan, selagi itu ada ruang untuk manipulasi.

"Bagaimana dengan kemunculan semula Kok Zumma? Ada strategi baru?" Sheikh Kok perlahan bertanya di ruang pejabat parti.

"Selain Kok Zawan yang memberikan sedikit ruang untuk bernafas, kita terperangkap dengan strategi kitar semula musuh!"

Kok Zamin masih terdiam. Dia telah membayar saguhati pada Kok Zawan untuk membeli sokongan. Adik bongsu yang pernah berpatah arang. Berputus hubungan adik beradik kerana pegangan dan pendirian politik terlampau. Kafir mengkafir dan memurtadkan sesama bangsa.

Sheikh Kok dan Kok Zamin telah lama mengukir hubungan, seakan adik beradik. Apa sahaja milik Kok Zamin adalah milik Sheikh Kok, bak kata Kok Zumma, termasuk isteri.

"Semakin banyak yang terbongkar dan akan terbongkar, sama ada melalui WikiLeaks, pembocoran oleh mereka yang meninggalkan parti dan tentunya musuh-musuh itu yang tidak akan berdiam diri. Kita perlu strategi baru yang lebih efektif kerana mungkin ramai kalangan kepimpinan yang mula meragui perjuangan kita, terutama apabila kita tidak dapat lagi mempertahankan diri secara siber!"

Kok Zamin melepaskan suaranya. Dalam dirinya ada kekeliruan setelah melalui pelbagai kejutan dan pelbagai peristiwa semenjak bernaung bawah kepimpinan Sheikh Kok. Semenjak merasa kekuasaan dalam pemerintahan, disingkirkan dan mahu kembali menapak ke kekuasaan. Pahit getir, suka duka, pahit manis dan kekayaan yang dikumpul belum cukup selagi belum mencapai impian sang mentor, Sheikh Kok. Mereka sama-sama mahu ke kemuncak walau apa cara pun.

"Apa strategi baru? Mereka boleh kitar semula strategi, kenapa tidak kita?"

"Kita sudah masuk tahun 2011, abad baru, dasawarsa baru, banyak strategi sudah menjadi lapuk. Lihat warga Mesir dan Tunisia bangkit melalui jalinan sosial atas talian. Walau majoriti penyokong alternatif bersama kita, musuh ada pilihan lain dan mereka mungkin belajar dari apa yang telah berlaku untuk memastikan tidak berulang di sini!"

Kok Zamin tidak mahu meneruskan kata-kata kerana tidak mahu mengulang perbualan kitar semula. Dia ada sesuatu yang lebih besar dan penting mahu disampaikan.

"Saya baharu sahaja menerima maklumat terkini dari Kok Zawan!"

Suara tegas Kok Zamin menyebabkan Sheikh Kok tersentak dalam melihat kertas-kertas pertuduhan yang akan membawa dia kembali ke mahkamah, menyambung perbicaraan yang telah berjaya dilambat-lambatkan. Strategi yang berhasil untuk memastikan dia tidak kembali ke penjara, tidak kembali menjadi banduan. Sesuatu yang cuba dielakkan dalam usia semakin tua, walau dia tahu yang tidak boleh menang dan dibebaskan.

"Adik beradik kami, keluarga Kok yang lain telah kembali bersatu, kali ini selain saya dan Kok Zawan, semua akan menyokong Kok Zumma, mereka menerima bayaran jauh lebih tinggi dari yang kita tawarkan untuk menutup mulut!"

Suasana menjadi sepi dan menyeramkan seketika. Seakan ada latar muzik dari filem-filem seram tempatan. Latar muzik yang kadang-kadang tidak kena pada tempatnya.

Sheikh Kok menyandarkan diri, merenung jauh. Menembusi dinding. Debaran semakin kencang. Wajah semakin menghitam. Bayangan penjara dan kehilangan sokongan merempuh kewarasan. Walau tidak mahu membayangkannya, dia tahu yang waktunya semakin hampir untuk pilihan terakhir.

"Tidak bolehkah kita dapatkan dokumen-dokumen yang ada pada Kok Zumma dan bakar seperti mereka yang membakar Interlok?" Kok Zamin menggeleng.

"Semua dokumen rahsia kita telah diberikan kepada polis!"

Sheikh Kok pun menghela nafas. Percaturan politik, persepsi dan perang psiko serta pelbagai perancangan, sama ada untuk jangka pendek atau jangka panjang menemui jalan buntu. Berita mengenai semakin ramai ahli dan pengikut yang keluar dan belot sudah semakin kerap untuk terus dalam keadaan penafian dan berlakon yang tiada apa-apa berlaku.

"Gerakan opsyen terakhir kita!'

Kok Zamin mengangguk. Hanya mereka berdua tahu untuk bila terpaksa menekan butang kecemasan dan terjun paracut. Kalau perlu, tidak lagi boleh lari ke mana-mana kedutaan untuk perlindungan politik sebagai gimik yang pernah memberi simpati. Pembohongan sudah lama terbongkar dan kalau diulang boleh menjadi cerita humor yang tidak kelakar langsung.

Mereka perlu segera mencari jalan, seperti bekas presiden Tunisia Zainal Abidin Ali, atau Shah Iran, lari ke mana-mana negara yang sudi menerima dan memberi suaka politik. Perang sesama keluarga porak peranda Kok boleh menjahanamkan segala yang dirancang rapi bersama sahabat-sahabat dari Washington dan Tel Aviv. Bertahun-tahun merancang dan melaksana, akhirnya realiti menyambar dan memusnahkan impian sang mentor dan protege.

"Cis! Kita tewas dalam perang saraf InterKok!!

Mohd. Fudzail Md. Nor
Dubai
*Cerpen ini disiarkan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 13 Mac 2011. Bagi yang berminat dengan penulisan saudara Fudzail Md. Nor, sila layari www.fudzail.blogspot dan dapatkan cerpen terbaru beliau "Trilogi Aoteroa".