30 May 2011

MEMBELA ULAMA' PAS

(Presiden Reccep Tayyib Erdogan & Parti AK memperjuangkan Islam bersendirian, tanpa bersekongkol dengan mana-mana elemen anti Islam, apatah lagi kafir harbi)

Salam 2 all.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH teman dapat menulis semula ke blog www.zul4kulim.blogspot ini setelah teman dihalang oleh para pencabul cyber yang menceroboh dan mencabul blog ini sejak kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Jihad untuk kebenaran memang berisiko tinggi, dan bagi segelintir pihak, kebenaran itu perlu dihalang, at all cost. Kebenaran itu kekadang memang pahit, tetapi ia menjadi penawar bagi jiwa yang punya segelintir iman, insyallah.

Teman mengambil kesempatan ini untuk mengulas komentar yang dibuat oleh Ms. Joceline Tan yang disiar dalam akhbar The Star hari ini bertajuk "Tok Guru Has His Favorites (Tok Guru Ada Calon Pilihan)". Pada teman apa yang disebut sebagai suatu analisa oleh Joceline merupakan satu penghinaan kepada para ulama' didalam PAS. Pada teman ianya hanyalah satu komentar yang ditulis dan diolah begitu rupa untuk mengangkat dan berkempen bagi kumpulan Anwarinas yang sedang kelemasan, dan diwaktu yang sama memperlekeh dan memperkolotkan para ulama' didalam PAS.

Teman sebenarnya kerap membaca komentar dan tulisan Joceline. Teman tidak begitu kisah bila ada komentar dan tulisan Joceline yang memperlekeh UMNO atau Barisan Nasional samada secara halus atau secara tidak langsung. Memang kekadang bagus juga UMNO dan Barisan Nasional dikritik supaya ia tersedar dari diulit mimpi indah dan mengasyikkan, didalam dunia complacent mereka. Tetapi bila Joceline memperlekeh dan memperkolotkan para ulama' dalam PAS, teman tidak boleh biarkan ia berlalu begitu sahaja! Saperti yang selalu teman sebut, I am a Muslim first, all others are second. Bila Joceline memilih untuk mempertikai para ulama' didalam PAS, beliau telah cross the line.

Dalam komentarnya, Joceline, dengan berlapikkan nama Tok Guru yang kononnya membela Anwar Ibrahim menulis "his remarks, coming just a week before the party polls, was immediately read as a campaign bid for the Erdogans in the party – the group seen as staunch allies of Anwar. Moreover, the leading Erdogan in PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, was there beside Nik Aziz at the ceramah that night. Dr Dzulkefly does not have the grassroots reach, but he is a formidable intellectual who has Nik Aziz’s ear.

The Erdogans are very involved – some say too involved – in the politics of Anwar. They want to bring PAS away from its conservative, ulama-do­minated politics into the real world. They are for working with DAP and they need Anwar to be around to provide the glue between PAS and DAP.

Anwar’s political survival has become part of their own survival and they have been concerted in condemning the sex video. There are a number of Erdogans vying for the vice-presidency as well as for posts in the central committee".

Ringkasannya, Joceline didalam komentarnya cuba memberi persepsi politik yang mudah. Tok Guru bela Anwar. Kaum Anwarinas didalam PAS mempertahankan Anwar. Anwar diperlukan oleh PAS sebagai jambatan dengan DAP. Dengan cara itu, PAS akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar dan DAP. Oleh itu sifirnya mudah: TGNA + Anwar = Kaum Anwarinas; tolak ulama' dan sokong kaum Anwarinas . Alasannya - PAS perlu dibawa kedunia realiti politik. Dan kaum Anwarinas sahajalah yang sedang berjuang membawa PAS kedunia realiti. Mafhum daripada itu ialah cubaan menggambarkan seolah-olah para ulama' PAS tidak hidup di alam realiti politik. Masih didalam dunia kekolotan dan kejumudan politik!!!

Ini pada teman adalah satu komentar dan analisa yang tidak wajar daripada seorang wartawan kanan. Wartawan sepatutnya membuat analisa yang bebas, dan tidak dilihat berat sebelah. Tetapi membaca tulisan Joceline memberi gambaran beliau mengambil sikap partisan, menyebelahi kaum Anwarinas, berkempen secara halus untuk kaum Anwarinas yang sedang lemas. Apatah lagi komentar saperti ini dibuat tidak beberapa hari lagi pemilihan untuk Jawatankuasa PAS Pusat. Ini satu sikap yang tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi Joceline sudah tentu lebih daripada sedar para ulama' PAS tidak akan membuat apa-apa komen, apatah lagi berkempen secara terbuka untuk sebarang jawatan. Sehingga ianya menimbulkan satu persoalan kepada teman, adakah Joceline ini anti para ulama' didalam PAS?

Dan Joceline menutup komentarnya dengan satu kenyataan yang teman rasa sangat menghina Tok Guru Nik Aziz, bila beliau menyebut:

"But what is crystal clear is that Nik Aziz believes that politics cannot be left entirely to the Almighty to determine and he has no qualms about tweaking the political process now and then.
(Apa yang terang lagi bersuluh ialah Nik Aziz percaya politik tidak boleh diserahkan kepada ALLAH semata-mata untuk ketentuan, dan beliau tiada keraguan untuk memutar proses politiking sekali sekala (untuk tujuan itu)".

Pada teman, adalah satu penghinaan kepada mana-mana umat Islam, apatah lagi yang berlabel ulama' untuk dilabel sebegitu. Mana-mana umat Islam yang punya walau sekelumit iman, apatah lagi seorang ulama' yang tulin, pasti akan dan wajib menyerahkan bulat-bulat kepercayaan dan keyakinan kepada ALLAH untuk segala ketentuan. Ini dinamakan konsep tawakkal dan taqwa. Walaupun Islam menyuruh umatnya berusaha, tetapi untuk menyatakan seorang ulama' mempercayai ketentuan politik tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH adalah saperti mempertikai aqidah seorang umat Islam, apatah lagi seorang yang berlabel ulama' dan Tok Guru!

Pada teman, Joceline wajib meminta maaf kepada para ulama' didalam PAS, kerana memberi gambaran seolah-olah mereka tidak hidup di alam realiti politik. Kedua, Joceline wajib meminta maaf kepada Tok Guru kerana memberi gambaran seolah-olah aqidah Tok Guru tidak mantap dan syumul kepada ALLAH swt. Hormati proses pemilihan PAS yang sedang berlangsung dengan baik mengikut cara dan acuan PAS.

Dan kepada Joceline dan mereka yang sewaktu dengannya, hentikanlah melabel kaum Anwarinas didalam PAS sebagai Kumpulan Erdogan. Ini satu penghinaan kepada Presiden Reccep Tayyib Erdogan. Pada teman, kualiti dan metode perjuangan Islam yang dibawa oleh Presiden Republik Turki itu bagai langit dan bumi dengan Kaum Anwarinas. Jauh sangat bezanya. Kalau mahu sangat memberi mereka perasa Turki, beri sahaja mereka label kaum Attarturk. Tetapi pada teman, lebih baik kekalkan sahaja mereka dengan label kaum Anwarinas.

Kerana bagi kaum Anwarinas ini, qiblat mereka adalah kepada manusia yang dilabel bininya sebagai anugerah tuhan ini. Pemimpin mereka BUKAN Tuan Guru Haji Hadi, tetapi Anwar Ibrahim!


Adios amigos, grasias senor. Jazakallah dan wassalam.

SOKONGLAH PARA ULAMA', TOLAK KAUM ANWARINAS!!!

SAY NO 2 ANWARINAS!!!



Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Jamadil Akhir 1432
30 Mei 2011

10 comments:

izad12 said...

komentar jocelin jika diterjemahkan secara literal mungkin dilihat memperlekehkan sifat dan kepimpinan nik aziz.walaupun demikian jika ditafsirkan komentar beliau sebagai bermaksud nik aziz sanggup mengenepikan prinsip dan sifat islam dalam berpolitik ianya tidak salah malah bertepatan sekali.

kod said...

come on saudara dzul, bukan ke PAS itu parti politik dan orang2 yang bernaung dibawah lambang PAS adalah lambang politik ? Tidak ke caci mencaci itu sudah jadi biasa bagi kalangan mereka yang konon2 ULAMAK. Apa kurangnya n.ajis dan meminjam kata2 saudara (para pak jangoat). Sorry I could not agree with you this time.

Kada,kajang

hida said...

sy sokong!! TOLAK TERUS geng anwar yg sudah terpesong perjuangan utk umat islam & bangsa melayu, SOKONG Ulama!! :-)

hida said...

sy sokong Yb.Zul, TOLAK geng anwar ibrahim & konco2nya yang sudh terpesong dr perjuangan utk umat Islam & bangsa melayu.. SOKONG Ulama!!

Alhamdulillah said...

ada kalanya lebih baik berdiam diri dan muhasabah diri bersengketa dengan golongan kafir yang tidak mengerti apa-apa tentang Islam.

Pada pendapat saya yang sikit ilmu, asalkan dia tidak menghina Allah dan rasulnya...biarkanlah

Seharusnya kita berdakwah, bukan cuba menetang, tunjukkan akhlak yang baik dalam islam

daturaAINnoXia said...

kalo mengata tuhan mencarut..samseng..tolak perpaduan sesama islam..doakan pecah perut utk pemimpin islam (ni yg aku faham utk binasakan seseorang la kalo x silap) dan lain2 "fatwa" yg kontrovesi..
adakah yb setuju dengan dia dan anggap ulama??
maaf la..yb..
sekadar perlukan penjelasan

ezra said...

satu artikel yang baik. terima kasih.

p/s : saya tidak tau apa kepada siapa harus saya mengadu. pohon tuan @ sahabat tuan (Dr Maza) membaca dan memantau hasil tulisan blog berikut. http://mahadaya-asalama.blogspot.com Dia juga punya banyak pengikut di luar yang dikhuatiri boleh mempengaruhi ummat Islam lain. terlalu banyak mpandangan beliau yang saya kira sangat terpesong. suami isteri dibenarkan meliwat la, tukar nahu bahasa al quran macam macam la...pohon ya tuan.

ezra said...

satu artikel yang baik. terima kasih.

p/s : saya tidak tau apa kepada siapa harus saya mengadu. pohon tuan @ sahabat tuan (Dr Maza) membaca dan memantau hasil tulisan blog berikut. http://mahadaya-asalama.blogspot.com Dia juga punya banyak pengikut di luar yang dikhuatiri boleh mempengaruhi ummat Islam lain. terlalu banyak mpandangan beliau yang saya kira sangat terpesong. suami isteri dibenarkan meliwat la, tukar nahu bahasa al quran macam macam la...pohon ya tuan.

simply said...

Nik Aziz pun tolak penyatuan ummah. Lebih suka bersekongkol dengan DAP. Nak berbincang pun tak mahu langsung. Padanlah dikritik supaya orang sedar yang dia ni bukan maksum. Elok juga Ustaz Harun Din ambil alih. Dah lama PAS perlukan kepimpinan ulamak yang sebenar-benarnya.

Unknown said...

Alhamdulillah.. dah lama dah tunggu artikel terbaru..