25 November 2014

AKTA HASUTAN - MEMPERKASA TIANG SERI NEGARA

Aiya Ah Foo...itu 13 Mei cauvinis otak kominis cakap malai-si kira hasutan ke?
Salam 2 all.

Akhir akhir ini terdapat usaha gigih lagi terancang oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948. Bertopengkan perisai hak asasi kemanusiaan, mereka mendakwa kononnya Akta Hasutan kononnya mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin dibawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan!

Apakah benar Akta Hasutan mengekang dan menyekat kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan?

Apakah perkara yang diperkatakan sebenarnya oleh yang kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini yang dikatakan menyekat kebebasan bersuara mereka?

Secara umumnya, kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini membangkitkan dan mempermainkan isu-isu berikut:

1. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu; contohnya dalam isu kalimah Allah, bible versi bahasa Melayu, isu cubaan pemurtadan umat Islam oleh gereja, isu pembentukan kerajaan negeri Perak, kontroversi perlantikan MB Selangor dan lain-lain;

2. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan keistimewaan Islam didalam negara ini seperti peruntukkan untuk masjid-masjid dan institusi pendidikan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah, kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan dan kuasa Mufti-Mufti dan lain-lain;

3. mempersoal, memperlekeh, dan kekadang menghina kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti termaktub didalam Perkara 152 termasuk kedudukan sekolah-sekolah vernakular; malahan sampai ke peringkat mempertikai kedudukan Kerajaan Melayu yang memerintah negeri-negeri dan peringkat Persekutuan.

HASUTAN & PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sebenarnya isu-isu yang dibangkitkan dan dipermainkan oleh kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini seperti yang tercatat diatas dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 10 (2) (a). Walaupun Perkara 10 umumnya memberikan hak kebebasan bersuara kepada mana-mana warganegara, namun hak itu tertakluk kepada hak Parlimen

mengenakan apa-apa sekatan yang didapati perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan” dan dalam menentukan kepentingan keselamatan Persekutuan, Parlimen boleh dibawah Perkara 10 (4)

meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukkan Bahagian 3, Perkara 152, 153 atau 181 berhubung dengan apa-apa jua”.

Apakah perkara-perkara tersebut?

1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;

2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;

3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;

4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu;


KONTRAK SOSIAL DAN AKTA HASUTAN

Sebenarnya kesemua empat perkara diatas adalah asas kepada termetrainya apa yang disebut sebagai kontrak sosial.

Apakah dia yang dikatakan kontrak sosial?

Kontrak sosial adalah persefahaman dan perjanjian diantara bangsa pribumi Melayu dengan kaum imigran Cina dan India yang dibawa penjajah British ke Persekutuan Tanah Melayu, atau lebih dikenali sebagai Malaya sebelum kemerdekaan dicapai.

Sebelum penjajahan oleh barat termasuk British, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya sebenarnya adalah terdiri daripada 9 buah Negeri-Negeri Berdaulat yang diperintah secara mutlak oleh tiap seorang Raja-Raja Melayu di negeri masing.

Negeri-negeri tersebut ialah Kedah (Pulau Pinang dan Perlis termasuk didalamnya), Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor-Riau-Singapura, Pahang, Trengganu dan Kelantan (termasuk Selatan Siam).

Apabila penjajah British menjajah kesemua negeri-negeri Melayu berdaulat ini, dan setelah tumbangnya gagasan Malayan Union, maka terbentuklah sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu; namun tiap-tiap Raja Melayu masih berdaulat dan memerintah negeri masing-masing dengan bangsa Melayu sebagai anak pribumi.

Semasa era penjajahan British, mereka membawa masuk tenaga buruh daripada negara Cina dan benua India sebagai imigran untuk membantu penjajah British dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah serta aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya.

Imigran Cina dan India ini pada masa itu sebenarnya adalah buruh ekonomi yang dibawa masuk oleh penjajah British tanpa sebarang jaminan kerakyatan atau kewarganegaraan, malah terus menjadi anak jajah British.

Apabila perundingan kemerdekaan sedang dilakukan, timbul persoalan apa status kaum imigran Cina dan India yang dibawa masuk sebagai tenaga buruh ekonomi British? Dan bagaimana pula kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan hak bangsa pribumi Melayu sendiri didalam Persekutuan Tanah Melayu?

Pihak British enggan mengambil imigran yang terdiri daripada kaum Cina dan India untuk menjadi rakyat dan warganegara British! Sebaliknya British mencadangkan supaya Raja-Raja Melayu dan pribumi bangsa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ini menerima kaum imigran Cina dan India ini sebagai warganegara dan rakyat Malaya!


7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Sebagai asas kepada rundingan ini, maka Raja-Raja Melayu telah menggariskan perimeter perundingan dan perbincangan, dengan mengeluarkan satu titah yang kini dikenali sebagai 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, iaitu:

1.  Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2.  Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3.  Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4.  Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU  memerintah negara ini;

5.  Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6.  Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7.  Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


KONTRAK SOSIAL – QUID PRO QUO

Hasil rundingan inilah lahirnya apa yang disebut sebagai kontrak sosial – perjanjian beri-memberi; iaitu quid pro-quo, iaitu:

Kaum imigran Cina dan India diberikan hak kerakyatan dan kewarganegaraan dan sebagai pulangan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa Islam dan hak anak pribumi bangsa Melayu termasuk kedudukan bahasa Melayu, tanah simpanan Melayu dan Rejimen Askar Melayu akan dimaktubkan didalam Perlembagaan Persekutuan!

Mengambil iktibar peristiwa 13 Mei 1969, dan bagi menjamin keempat-empat perkara asas teras negara ini tidak dipertikaikan sampai bila-bila oleh mana-mana pihak, maka Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan 1948 digubal untuk memastikan keempat-empat perkara ini dilindungi!

Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut – seditious tendency itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu:

1. Bahagian 3 – perkara berkaitan kewarganegaraan;

2. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;

3. Perkara 153 – kedudukan hak istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak termasuk perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya;

4. Perkara 181 – kedaulatan, kekuasaan, kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu.


PENGAKUAN TOKOH-TOKOH CINA & INDIA

Tokoh-tokoh dan pimpinan kaum Cina dan India sangat terharu dan terkejut dengan sikap bertolak ansur yang tinggi dikalangan bangsa Melayu; sehingga sanggup memberikan dan berkongsi kerakyatan dengan mereka. Kita hanya perlu menilai kata-kata tokoh-tokoh tersebut untuk menunjukkan betapa terharunya kaum Cina dan India menghargai pengorbanan besar bangsa Melayu itu.

Petikan kata-kata daripada tokoh kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin yang telah menyatakan pada  30 April 1969:

“Orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.

Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.

Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain”.

Manakala ini adalah petikan kata-kata daripada tokoh kaum India, mendiang Tun VT Sambanthan yang telah menyatakan pada 01 Jun 1965:

“Kita telah memenangi pilihanraya 1955 dengan majoriti yang sangat besar. Kemudian kita memperolehi kebebasan dalam tempoh dua tahun. Dalam tempoh itu, kita perlu berbincang soal kewarganegaraan dan beberapa perkara lain. Dan apa yang orang Melayu lakukan - memandangkan kita bercakap mengenai soal perkauman - apakah yang dilakukan oleh kepimpinan orang Melayu? Mereka mendapat sokongan 88% pengundi. Apakah yang mereka lakukan mengenai soal kewarganegaraan?

Kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Kampuchea sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.

Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.

Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum immigran? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini”.


BUKTI PERLUNYA AKTA HASUTAN

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 membuktikan betapa bahayanya apabila perkara-perkara yang disebut didalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, kontrak sosial dan empat sendi teras negara dipertikaikan atau dipersoalkan – sehingga membawa kepada rusuhan kaum yang belum pernah terjadi didalam negara ini.

Didalam Lapuran Mageran bertarikh 06 Okt 1969, jelas disebut bagaimana dalam kempen Pilihanraya 1969, kaum cauvinis yang menyusup didalam DAP dan Gerakan telah memainkan isu perkauman antaranya:

1. mempertikai Perkara 153 Perlembagaan berkaitan hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak;

2. mempertikai status bangsa Melayu sebagai pribumi Tanah Melayu ini;

3. tohmahan bahawa bangsa Melayu mendapat keistimewaan dan kaum Cina diketepikan, termasuk dalam sektor perkhidmatan awam.

Malah dengan lebih biadap kaum cauvinis dan pelampau perkauman ini telah melaung-laungkan slogan malai-si; mati-Melayu dan kata-kata Mao Tze Dhong hutang darah bayar darah.

Dan mereka akan memaki hamun bangsa Melayu dengan kata-kata mencarut, lucah dan melampau seperti Melayu sakai, pigi masuk hutan, Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa, sekarang kita cina kontrol, kita hentam lu sekarang kita ada kuasa, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau, buang sama polis Melayu, KL sekarang cina punya, semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis, butoh Melayu, ini negeri bukan Melayu punya, kita mau halau semua melayu, Melayu sudah jatuh MARA boleh keluar, Melayu balik kampung MARA kasi habis, apa polis Melayu boleh buat kita raja dan pelbagai lagi maki hamun terhadap bangsa Melayu (rujuk Lapuran Mageran 06.10.1969).

Malahan pada waktu itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Tanah Melayu dan Bapa Kemerdekaan memberi amaran kepada kaum cauvinis dan pelampau perkauman supaya tidak mempersoal Perkara 153 Perlembagaan.

Malah Almarhum Tunku menegaskan bahawa ‘jika mereka terus mempertikai Perkara 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur’.

Dan kita dapat melihat dengan mata kepala sendiri apa yang terjadi dalam perstiwa berdarah 13 Mei 1969!

Sebab itulah Akta Hasutan bukan sahaja perlu dikekalkan, malah perlu ditambah baik dengan memasukkan peruntukkan berkaitan melindungi dan memartabatkan agama Islam dan institusi berkaitan dengannya!


KEDUDUKAN AKTA HASUTAN MASAKINI

Ada pihak yang mempertikaikan kedudukan Akta Hasutan kononnya sudah lapuk dan tidak digubal mengikut Perlembagaan – it’s unconstitutional dakwa mereka!

Hujah mereka mudah! Akta Hasutan digubal tahun 1948; manakala Perlembagaan Persekutuan digubal pada tahun 1957! Bermakna Akta Hasutan mendahului Perlembagaan!

Bagi mereka yang buta undang-undang, ditambah mempunyai sikap prejudis dan daya kebodohan tahap tinggi, maka dengan mudah mereka boleh diperdayakan dengan hujah sebegini!

Adakah dakwaan itu betul?

Seperti yang saya sebut diatas, kesahihan dan keabsahan Akta Hasutan 1948 adalah terletak dibawah Perkara 10 (2) dan 10 (4) Perlembagaan Persekutuan. Malah ini telah disahkan dengan jelas oleh Mahkamah didalam dua kes iaitu Madhavan Nair & Anor –v- Pendakwaraya [1975] 2 MLJ 264 dan kes Pendakwaraya –v- Karpal Singh (mendiang).

Malahan dalam kes terbaru Mat Shuhaimi bin Shafiei –v- Pendakwaraya (Mahkamah Rayuan Malaysia 2014), dimana kedudukan, kesahihan dan keabsahan Akta Hasutan dipertikaikan, Mahkamah Rayuan dengan jelas menegaskan bahawa,

walaupun Akta Hasutan 1948 adalah undang-undang pra-merdeka, namun ianya adalah sebuah undang-undang yang sah dan kekal sah sehingga ke hari ini. Keabsahan Akta Hasutan 1948 terletak kepada provisi Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa, kesemua ‘undang-undang yang ada (sebelum kemerdekaan termasuk Akta Hasutan) hendaklah, sehingga dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang berkuasa berbuat sedemikian itu dibawah Perlembagaan ini, terus berkuatkuasa pada dan hari selepas Hari Merdeka.

Dan perlu diingatkan bahawa Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan yang melindungi 4 teras tiang seri negara itu sebenarnya digubal pada 10 Ogos 1970 melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Khas) Ordinan 45, 1970 (P.U (A) 282/1970) atas usaha Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969!

Jadi tohmahan dan fitnah yang menyatakan perlindungan keatas empat tiang seri negara dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan sebagai peninggalan penjajah jelas membuktikan kejahilan dan kebodohan pihak yang membuat tohmahan tersebut!


RUMUSAN

Tindakan biadap segelintir kaum cauvinis, pelampau perkauman dan kini ditambah dengan ekstremis agama mutakhir ini membuktikan bukan sahaja Akta Hasutan wajib dikekalkan, malah wajib diperkasakan dengan penambahbaikan beberapa peruntukkan.

Kita melihat bagaimana peristiwa berdarah 13 Mei 1969 meletus hanya kerana segelintir kaum cauvinis dan pelampau perkauman mempertikaikan hak dan kedudukan istimewa bangsa Melayu seperti yang diperuntukkan Perkara 153 Perlembagaan.

Kini kita melihat bukan sahaja hak dan keistimewaan bangsa Melayu dipertikaikan, malah kedudukan Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu turut dipertikai, diperlekeh malah dihina antaranya seperti berikut:

1. tuntutan pendakyah kristian terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bentuk yang telah difatwakan sebagai syirik menurut aqidah Islam. Pihak The Herald telah mengemukakan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak tuntutan mereka dan akan didengar pada 21 Januari 2015, manakala Sidang Injil Borneo telah diberi kebenaran oleh Mahkamah Rayuan pada 01 Okt 2014 untuk mencabar keputusan KDN melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian dalam apa bentuk sekalipun;

2. mencabar kedudukan Mahkamah Syariah melalui kaedah ‘pintu belakang’ menggunakan peruntukkan sivil di mahkamah sivil termasuk dalam kes rebutan jenazah, hak jagaan dan hadhanah anak-anak saudara baru, dan mutakhir pada 07 Nov lepas mempertikai Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan pelarangan terhadap maknyah, bapuk dan pondan memakai pakaian seperti perempuan;

3. mempertikai dan memperlekeh undang-undang melarang pemurtadan terhadap umat Islam, malah menuntut supaya umat Islam dibenarkan murtad;

4. mencabar kedaulatan, kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu termasuk dalam kes perampasan bible versi bahasa Melayu yang mengandungi istilah dan kalimah yang dilarang oleh Enakmen syariah negeri-negeri, isu pemurtadan umat Islam, kuasa dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu menentukan perlantikan Menteri Besar dan pembentukan Kerajaan negeri;

5. mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan isu berkaitan kewujudan dan penubuhan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa selain bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar;

6. mencabar dan mempertikai hak istimewa bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak seperti yang dimaktubkan didalam Perkara 153 Perlembagaan termasuk soal biasiswa, institusi pengajian tinggi, kuota perjawatan, pelesenan, permit dan pelbagai lagi hak dan keistimewaan bangsa Melayu dan pribumi Sabah & Sarawak;

7. mencabar, memperlekeh dan menghina secara konsisten dan terancang institusi teras dalam negara ini seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri, Parlimen Malaysia termasuk Dewan Undangan Negeri, Rejimen Askar Melayu DiRaja, Suruhanjaya Pilihanraya, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Mahkamah dan badan kehakiman negara, institusi Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain institusi teraes lagi sehingga menimbulkan kebencian rakyat dan orang ramai terhadap institusi-institusi ini.

Sebenarnya banyak lagi tindak-tanduk, kenyataan, perlakuan dan lain-lain tindakan yang dilakukan oleh kaum cauvinis, pelampau perkauman dan ekstremis keagaaman yang bukan sahaja berbentuk hasutan yang mencabar empat teras sendi negara yang dimaktubkan didalam 7 Wasiat Raja-Raja Melayu, kontrak sosial, Perlembagaan dan Akta Hasutan, malah ianya boleh meruntuhkan sendi, teras dan warisan negara ini jika ianya tidak dibendung segera.


CADANGAN PENAMBAH-BAIKAN AKTA HASUTAN

Sebab itu sekali lagi saya mencadangkan bahawa bukan sahaja Akta Hasutan perlu dikekalkan, malah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau undang-undang preventif seumpamanya perlu dikembalikan. Penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah menyebabkan kepincangan ketara dalam penguatkuasaan dan pengukuhan keadaan keharmonian dan ketenteraman awam dalam negara ini.

Penghapusan Akta Hasutan akan memperlengkapkan kehancuran keharmonian antara agama dan kaum dalam negara ini.

Selain daripada pengembalian semula ISA atau penggubalan undang-undang preventif seumpamanya, saya mencadangkan penambah-baikan kepada Akta Hasutan dengan perkara berikut:

1. meminda Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan memasukkan peruntukkan tambahan seperti berikut iaitu:

Seksyen 3 (1) (f) memperuntukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut (seditious tendency) itu adalah apabila ada mana-mana pihak cuba mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif mana-mana perkara berikut iaitu (kekalkan yang sedia ada) termasuk:

Perkara 3 (Islam agama Persekutuan), Perkara 8 (4) (c) (kedudukan orang asli), Perkara 8 (4) (f) (kedudukan Rejimen Askar Melayu DiRaja), Perkara 11 (4) (penyebaran agama bukan Islam), Perkara 12 (peruntukkan dana bagi institusi Islam), Perkara 121 (1A) (bidangkuasa Mahkamah Syariah), Jadual 9 Senarai II (bidangkuasa Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah Syariah dalam hal ehwal Islam) , dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

2. meminda Seksyen 114 (g) Akta Keterangan dengan peruntukkan ‘Mahkamah hendaklah membuat andaian/rumusan bahawa adalah merupakan satu perbuatan menghasut menurut peruntukkan dibawah Akta Hasutan jika ada mana-mana pihak yang cuba mempersoal, mempertikai dan/atau menghina apa-apa perkara, hak, status, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif berkaitan Bahagian 3, Perkara 152, Perkara 153, Perkara 181, Perkara 3, Perkara 8 (4) (c), Perkara 8 (4) (f), Perkara 11 (4), Perkara 12, Perkara 121 (1A) dan/atau Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang atau enakmen yang diperbuat dibawahnya”;

3. meminda hukuman bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan dengan ‘hukuman penjara mandatori tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 25 tahun' bagi sabitan kesalahan dibawah Seksyen 3 (1) (f) Akta Hasutan.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
02 Safar 1436
25 November 2014

No comments: