Tanya sama Anwar, apa pasal goyang, nanti jawab Anwar, lokap nak datang, Tanya sama Anwar, apa pasal bimbang, nanti jawab Anwar...dah takde jawapan daarr!!! Fenin...fenin!!! |
Saya melihat penyakit meroyan dikalangan penyokong Anwar Ibrahim makin parah disaat-saat akhir sebelum penghakiman esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Ada yang mendakwa Anwar akan bebas sebab ada deal dengan Dato' Sri Najib. Konon dongeng yang dibawa Najib sedang menghadapi masalah dengan Tun M dan memerlukan Anwar untuk menyerang Tun M!
Ada pulak yang bawa cerita konon Najib dah tak boleh handle kepimpinan negara dengan pelbagai masalah yang direka seperti 1-MDB, ringgit jatuh, hasil minyak negara merudum, bajet dah lari alignment, dan macam-macam lagi kisah dongeng dikarang!
Lagi canggih, ada yang dakwa Najib takut hilang kuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, dia perlu berdepan dengan Tan Sri Muhyiddin dan kebangkitan penentangan dalam UMNO, jadi Najib perlukan Anwar untuk menjadi rakan-kongsi untuk mengekalkan kuasa dan jawatan!
Tak cukup dengan itu, ada yang bawak cerita konon kalau Anwar dipenjarakan, BN akan tewas dalam PRU-14, malah dinujumkan pakatan pembangkang songsang ini akan mendapat 60% sokongan rakyat untuk mendapat Putrajaya!
Apa yang saya nampak, Dato' Sri Najib cool dan tenang aje. Malah pada hari keputusan esok, PM ada majlis Himpunan Bersama Ulama-Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada jam 11 pagi. Hanya 1km je daripada Istana Kehakiman. Langsung tidak kelihatan Najib seperti gabra atau menggelabah.
Yang nampak gabra dan gelabah ialah Anwar dan penyokongnya!
Najib tidak perlukan sokongan Anwar. Najib mendapat sokongan solid daripada UMNO dan Barisan Nasional. Kepimpinan Najib lansgung tidak tercabar sikit pun!
Malah rakyat makin gembira kerana penurunan harga petrol banyak membantu meringankan beban rakyat. Dan perang harga yang diisytiharkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri, yang disokong oleh Najib, terhadap pemborong dan peniaga cauvinis yang enggan menurunkan harga barangan memberikan harapan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN memang prihatin dengan masalah dan kebajikan rakyat.
Jadi tidak ada sebab langsung untuk Najib berasa terancam atau gusar. Setakat yang saya tahu, hubungan Najib dengan Tun M sangat baik. Mereka masih kerap bertemu dan berbual mesra. Lawatan Presiden Jokowi baru-baru ini menyerlahkan lagi hubungan rapat Tun M dengan Najib.
Pada saya, orang yang paling ketaq lutut dan gusar ialah Anwar. Ini mungkin malam terakhir dia tidur di kamar nyaman Bukit Segambut. Kemungkinan besar malam esok dia akan memulakan semula kehidupan sebagai banduan di Bamboo River Inn!
Dan paling membimbangkan anasir pro-Anwarinas ini ialah ketegasan kepimpinan PAS yang enggan tunduk kepada kemahuan Anwar dan DAP.
Maklumat dalaman daripada pakatan songsang DAP-PKR-PAS menyatakan ada permintaan supaya PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya turun membanjiri perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya. Dengar ceritanya, kepimpinan PAS menegaskan bahawa ini adalah masalah peribadi Anwar, dia perlu selesaikan mengikut lunas undang-undang tanpa mengheret pakatan pembangkang!
Dan siri-siri road-show anasir pro-Anwarinas untuk menghasut rakyat dan orang ramai turun berdemonstrasi di Istana Kehakiman esok langsung tidak mendapat sambutan. Tidak seperti era Reformasi-1998, dimana rakyat yang turun sehingga tidak muat stadium dan padang. Kali ini, nak penuhkan Dewan Tadika pun payah!
Tersenyum saya mendengar komen seorang sahabat PAS bila mendengar dakwaan anasir pro-Anwarinas bahawa jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menghukum dia ke penjara, pasti pakatan pembangkang akan menang PRU-14 dengan sokongan 60% rakyat.
Dengan sinis dia berkata, 'kalau gitu kita pakat-pakat buat solat hajat malam ini mintak Anwar disumbat ke penjara, sebab tak payah kerja teruk dah, pasti menang PRU-14 nanti'!!!
Apa yang penting sebenarnya yang perlu kita ingat ialah, ini adalah kes jenayah seksual!
Ini adalah kes dimana seorang kakitangan mengadu dicabul kehormatan dengan cara diliwat oleh majikannya! Ini adalah kes dimana Saiful Bukhari, pembantu Anwar Ibrahim mengadu menjadi mangsa pencabulan seksual kerana diliwat oleh bos dia sendiri Anwar Ibrahim!
Saya cukup yakin panel lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan ini akan membuat penghakiman berdasarkan fakta dan undang-undang. Saya cukup yakin mereka tidak akan terpengaruh dengan mainan politik jijik dan kotor pembangkang untuk menekan mereka membebaskan Anwar.
Jangan lupa mangsa dalam kes ini ialah Saiful Bukhari, bukan Anwar! Mangsa ini perlukan hak, maruah dan kebenaran ditegakkan! Dan keadilan menuntut hak, maruah dan harga diri mangsa diberi keutamaan!
Kalau mengikut fakta dan undang-undang, saya tidak nampak ada ruang untuk tidak mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.
Mahkamah Tinggi sendiri langsung tidak mempertikai keterangan Saiful, walaupun digerudi selama sembilan hari oleh para peguam hebat Anwar termasuk mendiang Karpal Singh; Hakim Mahkamah Tinggi tetap menyatakan kredibiliti dan integriti keterangan Saiful tidak tercalar sikit pun.
Berbanding dengan Anwar yang langsung tidak berani memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah dihadapan Hakim; sekaligus menafikan hak Pendakwaraya untuk menyoal balas dan mencabar sebarang dakwaan atau keterangan beliau.
Bukan itu sahaja, kesemua saksi alibi Anwar tidak hadir. Bermakna pembelaan alibi Anwar sudah dicampak sendiri oleh Anwar ke longkang!
Dan yang paling tragis, langsung tidak ada sebarang jawapan bersumpah daripada Anwar didalam Mahkamah bagaimana DNA yang disahkan bersumber daripada airmani dia boleh berada didalam dubur Saiful sedalam 4 cm! Kalau ini bukan penetrasi liwat, saya tidak tahu nak panggil apa lagi benda ini!
Cuma malang para penaksub dan penyokong tegar Anwar gagal menggunakan akal waras untuk menimbang semua fakta ini! Mereka diserang virus taksub yang membutakan mata, hati dan fikiran mereka!
Saya cukup yakin Mahkamah Persekutuan akan menolak rayuan Anwar dan mensabitkan dia dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.
Dan hukuman maksimum dibawah Seskyen 377B ialah 20 tahun penjara!
Dalam kes pertama, mendiang YA Augustine Paul menghukum Anwar dengan hukuman penjara 6 tahun! Dalam kes kedua, Allahyarham YA Arifin Jaka menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara keatas Anwar kerana meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu Wan Azizah!
Adakah kali ini, jika disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah Persekutuan akan menghukum lebih daripada 9 tahun penjara? Wallahua'lam.
Apa pun kita serahkan kepada panel Hakim Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan dan penghakimannya esok.
Kepada Anwar, sudah-sudah lah tu. Bawak-bawaklah bertaubat, sementara Allah masih beri peluang dengan umur yang sudah masuk waktu kubor kata mari, rumah kata pergi ini. Kenang-kenangkan alam barzakh, mampukah kamu berhadapan dengan Allah swt nanti!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 Rabi'ul Akhir 1436
09 Feb 2015
No comments:
Post a Comment