08 August 2010

KURANG AJAR!

Salam 2 all.

Saya melihat akhir-akhir ini Dato' Seri Chua Soi Lek, Presiden baru MCA makin mirip ke arah sikap cauvinis dan prejudis terhadap Islam dan umat Islam.

Kenyataan beliau semalam di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang adalah satu lagi bukti betapa dangkalnya pemikiran beliau.

Kenyataan beliau sebelum ini mengenai isu penyalahgunaan kalimah ALLAH, diikuti dengan kenyataan beliau mempertikaikan isu Islam diantara UMNo-PAS jelas menunjukkan arah pemikiran beliau yang tidak ada bezanya dengan DAP mahu pun Gerakan.

Malahan saya melihat akhir-akhir ini pimpinan politik bukan Islam-Melayu gemar memainkan isu menyentuh Islam ataupun hak istimewa Melayu untuk meraih sokongan bukan Islam-Melayu. Seolah-olah menjadi satu kegilaan dikalangan mereka menjadikan "Islam bashing" sebagai "political lifeline" untuk mereka. Daripada parti Guan Eng, kepada parti Koh Tsu Koon, sekarang menular kepada Soi Lek, "Islam bashing" ini dah jadi satu favorit past-time untuk mereka.

Saya memberi amaran kepada pimpinan politik bukan Islam-Melayu ini, tidak kira dari parti mana mereka, supaya jangan cuba bermain dengan api! Jangan tutup kelemahan kamu dengan menjadikan kami umat Islam sebagai "political punching bag" kamu.

Kami umat Islam memang diajar supaya sentiasa menghormati orang lain, termasuk bukan Islam. Tapi janganlah sikap tolak ansur kami dan kesabaran kami diambil kesempatan sehingga kamu bersikap kurang ajar dan biadap terhadap kami. Kerana bila kesabaran kami melangkaui garisan tolak ansur menasabah, kamu pasti akan menyesal dengan kebodohan dan kebiadapan kamu itu.

Saya mendesak supaya Soi Lek supaya menghentikan serta merta sikap cauvinis dan "Islam bashing" tersebut. Saya juga mendesak pimpinan UMNo sebagai parti utama BN mengambil tindakan segera terhadap Soi Lek. Dan saya juga mendesak Soi Lek supaya segera meminta maaf kepada umat Islam dan mengambil langkah tidak mengulangi sikap cauvinis dan bodoh tersebut.
Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Kaherah
Sabtu
25 Sya'ban 1431
07 Ogos 2010

No comments: