11 August 2010

VIVA AL GAZA

Salam 2 all.

Alhamdulillah misi Majlis Perunding Pertubuhan Islam (MAPIM) seramai 44 anggota telah selamat sampai ke bumi Gaza tepat jam 2.40 tengahari Rabu 29 Sya'ban 1431 bersamaan 10 Ogos 2010. Sebaik sampai saya sempat bersujud syukur di bumi bertuah ini.

Bagi yang berminat mengikuti perkembangan misi ini, saya masukkan banyak entri melalui tweeter yang boleh di link didalam blog ini.

Memang tidak dapat digambarkan perasaan anggota misi semasa berjaya menjejak kaki ke bumi Gaza ini. Sebenarnya cara betul menyebut namanya ialah Ghozzah. Ramai yang sebak, ada juga yang menitiskan airmata kesyukuran. Setelah melalui segala kesusahan, panas terik, keadaan yang tidak menentu, dan serangan zionis di selatan Gaza, maka kejayaan melepasi sempadan dan memasuki Gaza adalah satu kemenangan tersendiri.

Buat makluman semua, ada dua lagi Ngo Malaysia yang berada di Gaza untuk Ramadhan ini. Iaiatu Kumpulan Putera 1Malaysia dan Perdana Global Peace Organization (PGPO) yang dinaungi Tun Mahathir.

MAPIM dianggotai oleh pelbagai Ngo dan individu. Antaranya ialah Cikgu Azmi (Teras), Ustadz Gani Shamsudin (Syura Malaysia). Pengurus misi adalah sdr Zakaria, bekas pengurus bolasepak Selangor. Turut ada didalam misi ini 3 Ahli Parlimen iaitu YB Zuraida (Ampang), YB Mat Kasim (Kuala Kedah) dan saya. Juga seorang ADUN iaitu YB Yunos (Sijangkang). Tak lupa ialah sahabat saya Ust Nor Ali Musa Al Talibani (bekas pengurus bola Perak). Sahabat saya sdr Mohd. Fudzail dan sdr Hakim Husin dari Alumni NZ juga turut serta dalam misi ini.

Insyallah beberapa program telah diatur untuk kami laksanakan. Misi MAPIM ini dipecahkan kepada 9 kumpulan, dimana tiap kunpulan mempunyai tasking masing-masing. Kumpulan saya diberi tanggungjawab memantau isu hak kemanusiaan dan menubuhkan jaringan networking dengan badan-badan dan pertubuhan serta individu tertentu di Gaza.

Saya mempunyai tasking khas untuk mengenal pasti jaringan networking dan kolej dan pusat pendidikan tertentu untuk menyenaraikan pelajar-pelajar di Gaza yang berpotensi dihantar belajar ke Malaysia dan negara lain untuk mengikuti pengajian dan ijazah berbentul teknikal dan vokasional saperti senibina, kejuruteraan awam dan lain-lain bagi membolehkan mereka kembali ke Filistin dan membangunkan negara mnereka sendiri insyallah.

Waktu di Gaza ini berbeza 6 jam kebelakang dengan Malaysia. Sekarang musim panas sedang kemuncak. Kami berpuasa hampir 18jam kerana waktu suboh disini ialah 3.30 pagi, dan magrib jam 8 mlm. Dengan segala macam kekurangan. Bekalan elektrik di Gaza hanya lapan jam sehari. Bekalan air oun tengok nasiblah yop. Kadang ada, kadang buka bunyi angin aje.

Tapi dari pengamatan saya, umat Gaza perlukan kemerdekaan dan kebebasan. Ini untuk membolehkan mereka membangun dan membina negara dan rakyatnya sendiri. Saya tengok kalau mereka boleh menggali terowong yang beratus jumlahnya menyeberangi sempadan Gaza-Rafah, ada yang panjangnya lebih satu kilometer. Mereka disekat dari laut dan darat ditimur oleh rejim Zionis, hanya tinggal pintu Rafah dari Mesir.

Alhamdulillah setelah peristiwa Mavi Marmara Flotilla, Mesir telah membuka pintu Rafah hampir tiap hari dan perjalanan keluar masuk dipermudahkan bagi rakyat Gaza. Kami juga diberi kerjasama yang sangat baik oleh Kerajaan Mesir. Malahan perjalanan kami diiringi oleh tentera Mesir hinggalah ke sempadan Rafah. Tidak lupa saya nak sebut keberanian pegawai-pegawai kedutaan Malaysia iaitu En. Saiful, En. Shaharudin dan En Iskandar yang mwngambil risiko tinggi mengiringi kami hingga ke dalam kawasan buffer Rafah/ Gaza. Malahan kedutaan kita telah membantu sehingga kami diberi surat kebenaran oleh Kerajaan Mesir. Malahan kedutaan Malaysia Mesir telah mnenyediakan talian 24jam untuk sebarang keberangkalian, dan menyiapkan pelan evakuasi sekiranya kami perlu dikeluarkan dari Gaza. Kepada para pegawai kedutaan Malaysia Mesir, terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan dan keperihatinan yang diberikan.

Insyallah saya akan cuba update blog dari masa ke semasa.

Sekian salam dari Gaza.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
01 Ramadhan
11 Ogos

No comments: