10 August 2011

GEREJA MURTAD!


(Sijil Baptism Azlina Jailani oleh Church of Our Lady Fatima, Brickfield bukti jelas pembabitan gereja memurtadkan umat Islam di Malaysia)

Salam 2 all.

Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani 'ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!

Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la'natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?

Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman. Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!

Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. Hari ni dema rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulin saperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan biaDAP dan para kafir harbi la'natullah. Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama dema nak hijack yop, dema nak JAIS jumpa dema terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS! Malah kaum Anwarinas ni siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi yop. Dulu dema maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini dema maki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad! Tak ke gila punya kerja namanya ni yop. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ni kalau tak maki-hamun UMNO dan PM sehari dema boleh kena demam kura yop!

Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang teman ada yop. Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.

Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik "untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa "Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.

Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.

Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ialah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar yop!

Teman perturunkan apa yang disebut didalam sijil tersebut:

Certificate of Baptism:

This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.

In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit

Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God's Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.

Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira

Stamp of Church:

Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL


Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W). Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.

Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.

Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kaafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bilamana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut. Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersama beliau yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas didalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, bukan kepimpinan Haji Hadi.

Dan pilihanraya 2008 menyaksikan buat pertama kalinya umat Islam berpecah. Perpecahan ini memberi ruang kepada kaum kafir melaui parti cauvinis dan rasis biaDAP untuk menjalankan peranan yang akhirnya umat Islam kehilangan cengkaman kuasa politik Melayu-Muslim. Kelesuan, kedayusan dan kebaculan umat makin menjadi-jadi. Ini terbukti bila berlaku beberapa insiden dan isu, yang kemuncaknya ialah tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam bentuk triniti mendapat sokongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas, yang berhempas pulas menyokongnya. Dan kaum kafir khususnya parti cauvinis biaDAP tahu bahawa perpecahan umat Islam sudah parah, kerana ada dikalangan mereka bersedia menjual agama mereka, termasuk kalimah ALLAH demi untuk memenuhi impian rakus politikus kalkatus ke Putrajaya!

Mutakhir bila isu bible versi Bahasa Indonesia muncul, tanpa perlu puak kafir kristian bersusah payah, kaum Awarinas yang beriya-iya menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa indonesia. Sehingga akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam terpaksa tunduk dan memberi kebenaran tersebut, kerana pihak kafir kristian dan sekutu mereka menyatakan kalau PAS dan PKR benarkan, kenapa UMNO nak halang pulak! Sehingga berita palsu dibawa ke peringkat Pope di Vatican bahawa kaum kristian dizalimi dan dianiaya serta di"persecute" oleh Kerajaan Islam Malaysia! Maka kaum kafir tahu bahawa cengkaman mereka keatas segelintir umat Islam sudah sempurna; hanya tinggal masa untu dilaksanakan agenda syaitan mereka menumbangkan kerajaan pemerintahan umat Islam dalam negara ini.

Kelesuan, kebaculan, dan kebisuan segelintir umat Islam terbukti bila isu murtad Nor Azman Beginda terbongkar baru-baru ini. Nor Azman Beginda, adalah saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . Beliau juga adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak. Kisah murtadnya Nor Azman terbongkar apabila timbul isu anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Kalau murtadnya Aishah pada tahun 1997 menjadi isu besar sehingga ramai yang bertakbeer mahu berjihad, namun terbongkarnya isu murtad Azman dipandang sepi, malah ramai yang dahulunya mujahidin tiba-tiba menjadi syaitan PBB - pekak, bisu & buta.

Tiba-tiba, perancangan ALLAH pun bermula. Tanpa disangka-sangka, sedang umat Islam menjalani 'ibadah puasa tahun ini, tercetus isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan. Kegiatan yang diselimuti dengan program bantuan kemanusiaan dan makan-makan, secara halus mereka memasukkan dakyah mereka. Tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dihebohkan sebagai satu "serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja".

Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggemparkan, isu itu diputar sebagai satu tindakan mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Tekanan dikenakan terhadap Menteri Besar yang dengan bangangnya telah mengambil sikap apologetik dan menuntut maaf kepada kaum kafir ini walaupun belum mendapat lapuran penuh insiden tersebut. Dikalangan kaum Anwarinas muncul jaguh-jaguh kampung merimbuk meja memaki tindakan JAIS.

Alhamdulillah, ALLAH membuka hati YB Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Hasan Ali untuk bangkit mempertahankan tindakan JAIS dan membela maruah Islam. Tindakan berani Datuk Hasan Ali telah menukar habis spektrum isu ini. Pendedahan berani Datuk Hasan Ali bahawa memang terdapat bukti kegiatan mendakyahkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut mengejutkan umat Islam. Walaupun dimaki-hamun oleh kaum Anwarinas, walaupun Presiden yang besar serbannya tidak menyokongnya, walaupun diserang bertubi-tubi oleh kaum kafir, Datuk Hasan Ali langsung tidak gentar, malah mengeluarkan kenyataan tegas dan jelas: saya rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat Islam!!!

Kenyataan itu disambut oleh umat Islam. Sokongan kepada Datuk Hasan Ali dan JAIS bertambah hari demi hari. Akaun facebook yang dibuka untuk membela Datuk Hasan Ali mencapai jumlah mengejutkan, sudah hampir 20,000 orang menyatakan sokongan terhadap Datuk Hasan Ali hanya dalam beberapa hari. Sokongan yang melangkaui batasan politik kepartian. Dan berita mengejutkan apabila Ketua Dewan Ulama' PAS, Ketua Pemuda PAS dan beberapa tokoh ulama' menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Hasan Ali. Insyallah Ramadhan ini akan membawa semangat Badar kepada umat Islam yang semakin lesu dan layu akibat mainan politiking melampau segelintir politikus kalkatus yang rakus ke Putrajaya.

Hari ini terbukti memang benar terdapat kegiatan cuba mendakyahkan umat Islam dalam acara di Gereja Methodist itu. Bukan itu sahaja, terkini terbongkar kisah rupanya gereja Methodist itu adalah gereja haram. Ianya tiada kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang hanya meluluskan pembinaan sebuah pusat komuniti bukannya gereja. Kita mendesak supaya MBPJ dan Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menyita dan menutup gereja tersebut tanpa sebarang dolak dalik lagi!!! Teman semakin yakin janji ALLAH itu benar, dan ALLAH akan memenangkan umat Islam akhirnya!

Ingatlah, isu dakyah gereja Methodist ini bukan isu politik, bukan isu kepartian, bukan isu UMNO-PAS. Tetapi ini adalah isu umat Islam, dan umat Islam mesti bersatu. Ketepikan semua sentimen politik, buang semua assobiyah kepartian. Kita umat Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat. Marilah kita bersatu dibawah ukhwah Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah!!!

Diatas rakusan melapah aqidah
umat bangkit bersatu wadah
semangat Badar mari diserlah
sinar Ramadhan membawa barakah

Tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, kami ikhlas beragama kepada ALLAH, walaupun kafir ahzab tidak menyukainya. ALLAH itu Benar, ALLAH akan mebantu kita menghancurkan kafir ahzab yang bersatu, dan meletakkan musuh-musuh Islam dibawah tapak kaki umat Islam. ALLAHUAKBAR WALILLAHHILHAMD!

MEMPERTAHANKAN AQIDAH ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JUGA JIHAD!!!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Ramadhan 1432
11 Ogos 2011

48 comments:

Dr Hujimy said...

لَآ اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِؕ

wie_cobain said...

teruskan perjuangan YB...kami saudara islam tetap sama2 berjuang menegakkan agama Allah...the real takbir..Allahuakhbar..ack

wie_cobain said...

teruskan perjuangan YB...kami saudara islam tetap menyokong dan sama2 menegakkan agama Allah...

3viL X eIjI said...

Assalamualaikum tuan.

Sebenarnya sudah agak lama saya ingin menulis di ruangan komen ini. Namun ianya terbatas atas dasar hormat yang tinggi terhadap tuan. Namun atas kejadian yang berlaku baru - baru ini akhirnya menjadi kekuatan untuk saya menzahirkan apa yang terbuku di hati saya.

Saya membesar dengan mendengar kaset - kaset ceramah tuan. Walaupun saya cuma baru berusia 13 tahun pada tahun 1997 namun saya sudah tahu betapa besarnya makna hidup sebagai seorang Islam.

Mendengar ceramah tuan dan seorang lagi ustaz Kamal Ashaari ( Kalau tak silap saya ) menjadi sumber ilmu dan benteng akidah.

Takkan pernah saya lupakan ketika saya, rakan - rakan sekolah dan makmum solat Jumaat yang lain melakukan solat jenazah Ghaib untuk Arwah saudara seIslam kita berketurunan india yang dibunuh kejam bersama ahli keluarganya pada tahun 1999. Imam Haslin membaca khutbah tentang akidah dengan begitu lantang sehingga tanpa sedar kami menitiskan ari mata. Tapi itu dulu...

Namun pada masa kini, akidah dipandang enteng. Jika pada masa itu permohonan murtad sudah menimbun, apalagi pada masa sekarang?

Namun persoalannya, adakah usaha kita sebagai umat Islam cukup untuk menghalang agenda jahat kristian ini?

Semestinya tidak cukup, dengan umat melayu Islam yang berpecah belah, tidakkan mungkin kita mampu mengekang kemaraan musuh2 Islam ini.

Saya teringat kata - kata saudara di dalam kaset ceramah bahawa gerakan kristianisasi ini seperti semut hitam di atas batu hitam. Kita tidak sedar... Dan apa kata kita guna cara yang sama. Bukan dengan cara mengugut atau menunjukkan kita lebih hero dari semua orang.

Bila orang bukan Islam memijak - mijak akidah kita, kita marah. Kita melatah. Tapi bila orang Islam sendiri yang mempersenda Islam, kita tak berbuat apa - apa. Kenapa ini berlaku? Apa yang kita perjuangkan sebenarnya?

Bila zampai akhir zaman, senjata yang ada pada kita cumalah doa. Dan kita semua hendaklah berpegang dengan Islam yang betul. Semoga kita semua mampu menjadi askar - askar jihad yang berjuang untuk fisabilillah. Bukan untuk kepentingan pihak - pihak tertentu.

Akhir kata dari saya, terima kasih atas didikan tuan. Maafkan atas kata - kata jika ada yang menyinggung atau mengguris hati. Siapa pun kita di dunia, kita cuma hamba Nya.

Assalamualaikum
Arif

Drakulla said...

Terbaik!

amirul iman said...

salama.syabas untuk Datuk zul Nordin.kita sebagai umat Islam,akan bersama-sama memelihara agama suci ini.jangan biarkan musuh-musuh Islam mengambil kesempatan diatas perpecahan Melayu skrg ini.Teruskan perjuangan Datuk n Saya akan berdiri di belakang Datuk utk bersama berjihad ke jalan Allah.Allahuakbar!

~astalavista~ said...

saya amat berbesar hati dengan adanya penulisan sebegini dari pihak tuan yang saya kira boleh menjadi asas penerangan kepada yang tidak faham akan isu sebenar kes-kes murtad di negara kita. amat sedih sekali perkara sebegini berlaku di dalam Malaysia, negara yang kita cintai. maruah dan agama kita dijual dengan sewenang-wenangnya. saya menyokong penuh tindakan tuan untuk membongkar lebih banyak lagi bukti tentang murtad supaya kita boleh bersama-sama berdakwah dan memperbetulkan akidah umat islam lain yang semakin lama semakin terpesong. mohon untuk share artikel berguna tuan untuk rujukan saya dan rakan-rakan.

anti bohmau said...

ambo sokong setiap kenyataan YB di sini. memang melayu Islam sekarang berada dlm keadaan goyah krn perpecahan yg ketara...

parti politik kononnya memperjuangkan Islam ada yg membelakangkan Islam bila berpolitik. bunyi iya-ya hendakkan Islam hanya muncul bila dekat2 nak mengundi...masa tu la sentimen Islam dimanipulasi habis2an. jika tidak ianya hanya berlegar2 dlm serban mrk shj krn takutkan kafir dap! adn puak2 yg gemar mengkafirkan sesama Islam GAGAL bertindak terhadap kafir harbi yg giat memurtadkan umat Islam di depan batang hidung mrk!!

arizmaya said...

tepat sekali YB
isu mutakhir ini memang menyiat-niat hati nurasi umat islam di negara ini. Sebagai seorang muslim, saya amat kecewa sekali dengan pendirian Pas Pusat yang selama ini mendabik dada sbg pembela agama Islam dalam menangani isu ini.
Nyata mereka bukan Pas yang pernah kita kenal.

Mudah2an.. isu ini ada hikmahnya bagi kita semua kerana yang haq itu akan tetap akan mengatasi yang batil.

affatsum said...

as_Salaaamu'laikum YB..

teruskan bersama nusrah Allaaah atas tuan dan ummat Islam.

perjelaskan kaedah yang patut diambil..

wakdanial said...

allahuakbar!!!!

seek uncle om said...

tiba masanya parti tolak tepi...Allah Maha Besar!

p3nd3car said...

ALLAH'HUAKBAR!!!

ALLAH'HUAKBAR!!!

ALLAH'HUAKBAR!!!

sayangEzyana said...

masyallah......

mengigil saya membacanya...wpun saya masih kurang ilmu agama tetapi sebagai org Islam sy umpama ingin sama berjihad menentang isu murtadkan org melayu islam ini.

benar kata YB, kita satu umat, satu Tuhan, satu Nabi, satu Kitab dan satu Kiblat dan seharusnya kita bersatu di bawah satu agama..

kita golongan rakyat sedar,tetapi bagaimana dengan golongan pemimpin yang masih kuat egonya dengan fahaman politik mereka, adakah mereka sedar atau buat2 tidak sedar..

saya menyokong segala usaha YB serta pejuang tulin melayu islam di bumi Selangor Darul Ehsan..Dr. Hassan Ali..

moga Allah swt memudahkan segala usaha kalian berdua..

Norlela Ibrahim

Lebai Muda said...

Masya-Allah Artikel yang bersemangat, sebenarnya semua Ummat Islam harus lakukan kerja yang sebenar, iaitu Amar Makruf Nahi Munkar, kita hari ini terlalu cintakan dunia,kuasa, pengaruh dan pangkat. Semua itu memabukkan. Di tanah arab mereka bermusuhan kerana asobiyah Kabilah, hingga berbunuh-bunuhan, tapi di Malaysia asobiyah Parti... Ingatlah sahabat2 semua, kita akan tinggalkan dunia ni, brape tahun sangat kita akan hidup.. sibukkanlah diri dengan Usaha atas Iman dan Amalan, sepatutnya bila jadi macam ni umat Islam semua kena turun padang.. Saya rasa Puak Anwar tetap akan membela tindakan gereja, kerana mereka(kristian) yang sokong dia terlalu ramai, tambah2 lagi di Sabah dan Sarawak. Sekian

Zulfikar Hazri said...

berdiri bulu roma baca tulisan YB..

nampaknya, Islam telah jadi murah bila Pakatan Rakyat melelongnya semata2 untuk ke putrajaya..

Kita mintak supaya presiden pas dan PKR membuat pendirian secara rasmi terhadap isu ni..

jangan jadi bacul!

han solo said...

Hasan Ali memang tak nak jadi MB Selangor.
Zul Noordin pulak memang pejuang Islam yang sejati

Yearrrrriittttteee

isminailofar said...

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum...

Tuan yang saya hormati,

Saya yang daif ini sesungguhnya berdukacita lagi terkilan di atas apa yang sedang menimpa umat Melayu -Islam sekarang ini.

Tiada apa yang boleh saya buat, selain dari merayu para pembaca blog ini untuk berdoa sempena Ramadhan al-Mubarak ini.

Setiap kali iftar ( buka puasa ) atau sahur, kita berdoa agar segera diturunkan pemimpin yang dijanjikan Allah untuk menyelamatkan kita semua. Mudah-mudahan dengan kehadiran pemimpin itu, Islam akan kembali dimartabatkan, dan dihormati serta digeruni lawan.

Wallahu'alam.

Ismi' Nailofar

AFTERDARK said...

good article.. even though you also ought to be shy now for your involvement with PKR since 1997. In fact you're exco of Bar Council for year 2006-2007.

On the other hand, you have since turned your way around.. and that's good. Similarly a lot of pro-reformasi bloggers in 1997-1999 are now blogging for UMNO and against Pakatan Haram

I just wish you all haven't committed that stupid mistake in the first place.

amru said...

Kupasan yang sangat baik dan komprehensif..

Moga diberkati-Nya YB Zul.. InsyaAllah..

Wsalam

Mr, fOODS said...

allahuakbar...

kiff2011 said...

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR..biar putih tulang,jgn putih mata.

Mohamed Nizar Adnan said...

saya setuju dengan tulisan tuan. Tahniah, Allahu Akhbar!

Remy said...

Assalamualaikum Datuk..

Pertama sekali saya memang menyokong segala usaha yang dilakukan oleh semua pihak di negara ini untuk mencegah isu murtad dikalangan umat Islam. Walau apa pun fahaman politik, sebagai umat islam, kita harus bersatu untuk mencegah gejala yg sangat2 keji ini. Memang tidak dinafikan pembabitan gereja dalam usaha memurtadkan org Islam (of coz la..nak murtad kat gereja la.. takkan kat kedai basikal kot.. hehehe ) Bagi saya sebagai orang Islam (walaupun takde la baik sgt.. tapi alhamdulillah masih tahu asas agama.. dan insyaAllah semoga Allah menjauhi dari bala murtad ni), pihak berwajib 'WAJIB" memikirkan satu cara dan jalan utk mengelakkkan Murtad dikalangan umat islam ini terus berleluasa. Bagi saya.. yang utama harus dikaji adalah apakah punca umat Islam ini murtad? adakah kerana kurang asas agama? desakan hidup? atau lain lain.. harus di teliti satu persatu dan buat perancangan (bukn rancang saja tapi harus laksana) untuk "tackle" masalah ini dari awal.. root cause (kata org putih).. kalau dapat tackle root cause insyaAllah.. takde la terjadi pokoknya..
Dari pemerhatian saya yang tak berapa pandai agama.. dan tak berapa pandai bab politik. punca murtad ni
1) Asas agama yg rendah (walaupun ada yg belajar agama tinggi tp tetap murtad - so kena tgk apa 2nd factor plak)
2) Desakkan hidup (kesulitan hidup tanpa ada perhatian dari masyarakat dan pihak berwajib - dengan mudah kaum kafir cucuk jarum dgn keperihatinan mereka)
3) Cinta / Hati & Perasaan (lemah dengan pujuk rayu pasangan bukan Islam)
4) Mengejar Kemewahan
5)Kurang perhatian / terabai (especially bagi golongan muallaf, golongan remaja liar, dll)
6) Pergaulan bebas (terpengaruh dengan rakan, start dengan cuba2 .. terus masuk perangkap)
7) DLL
8) DLL

Mungkin ada byk lagi yg sy belum nampak. Tapi setakat hari ini dari sudut pandangan saya yg diatas adalah punca segala masalah. Tumbuhnya kelab2 malam bersepah2, terutama di KL menyumbang ke arah gejala murtad. Please somebody do smething dalam hal ni. Tak dinafikan ..saya juga pergi ke kelab malam, pusat karoeke... dari sini saya nampak semua benda2 ni.. kalau tak ada kawalan .. hurmm punahh.. berapa ramai orang2 melayu islam yang melacurkan diri?? berapa ramau orang melayu islam yang jadi GRO di pusat karoeke? berapa ramai pula org melayu islam yang jadi bar tender di kelab? berapa ramai orang melayu islam yang jadi waiter di kelab2? berapa ramai umat melayu islam yang jadi DJ di kelab2? berapa ramai ahli muzik orng melayu islam yang bekerja di kelab2?? Sedih.. sadis... terhina... maluu... bila nampak semua ni.. terhina bila sahabat saya seorang Cina dtg cerita " aiyo kawan tadi malam arr saya dapat itu amoi melayu punya.. haiyoo.. manyak syiok woo.. sulah mabok..wa bawak balik rumah.. wa hantam sama dia"... maluu.. saya sangat maluu dan rasa terhina.. kaum melayu di perlakukan begitu...
Datuk ..sebagai org yang boleh bersuara di parlimen, harap dapat usulkan, kurangkan la hiburan malam, dan gesa pihak berkuasa lebih memantau pusat2 hiburan.. rumah2 urut.. dll lagi.. mintak datuk tolong yang ini..
Lagi satu... peroslan yg dah lama nak tanya kat Datuk?? kenapa dulu datuk boleh terpedaya dengan PKR???? sambai bertanding atas tiket PKR??
Wassalam

melayubagan said...

ALLAHUAKBAR...
INILAH AKIBATNYA KERANA KELALAIAN KITA SENDIRI.... LEBIH BERPOLITIK HINGGA LUPA BAHAWA ISLAM ITU BERSAUDARA..

Blackman said...

Allahu Akhbar, saya bersamamu YB..

Hatihitam

umat islam said...

ASTARFIRRULLAHAL'AZIM..apa nak jadi dgn org islam zaman sekarang?seprti mahu mengulangi zaman jahilliah...demi politik sanggup mempersendakan agama yang mulia ini.diorang x belajar ke tentang larangan mempersendakan agama??setahu saya kalau orang islam yang mempersendakan islam hingga memecah belahkan perpaduan sesama manusia..dia akan menjadi murtad dgn tersendiri...bertaubatlah wahai seagama dgn ku..walaupun aku x satu bangsa dgn melayu..tapi aku dapat beza yang mana baik dan yang mana buruk..sementara ramadhan masih ada...beramallah..

uri said...

Allahuakbar! allahuakbar! Allahuakbar!

Tak Pe Je said...

As salam. Org duk tuntut nak murtad, guna hak kebebasan beragama dlm Perlembagaan ikut Perkara 11. Islam tu kan hak Allah. Sejak bila pulak umat-Nya ada hak nak murtad? Perkara 3 Perlembagaan dah terang2 bgtau Islam agama bg Persekutuan. Jadi, org Islam tak bleh guna Perkara 11 sebab Hukum Syarak kata tak boleh murtad. Perkara 3 dah cover bab tu.. Itu la yang saya paham. Wallahu a'lam.

izzishop said...

salam yb..terperanjat saya membaca kerana kurang tahu pasal kes murtad nie. Yang sy tahu pasal lina joy je upanye banyak lagi kafirun. Mcm ni laa didlm setiap kaum mesti ada bisikan rasis dan ketuhanan, cuma kita je x paham bahasa mereka. Itu yg menjadi jihad pada mereka, sbg contoh stu manggis keje di satu syarikat, 10 org melayu x tahan dgn rasis manggis akhirnya berhenti keje. 1 sepet baru mula keje terus naik pangkat, 10 org melayu tunggu bertahun nak naik pangkat. 1 melayu buka kedai sepet dan manggis x takan beli kat kedai melayu(kecuali kedai makan je diorang masuk) so perlu ada bisikan jihad dlm kelas agama atau persatuan org melayu. Dunia nak akhir zaman tapi kalau org melayu di tindas,miskin,cetek ilmu mcm mana nak beramal di masjid dan kelas agama sebab masa penuh dgn overtime, rasuah , pangkah bisnes sesama melayu. Kesimpulannye elok yb atau sesiapa shj yg membaca , dijadikan masjid sebagai tempat unite peniaga, korporat, ulama, student, it hacker ,politikus menubuhkan satu ngo menggantikan ngo yg sedia ada. Seperti di berada di mekah sama rata, tiada pangkat. Tugas mereka menghantar bantuan, memberi makanan, memberi cermah sulit di sekolah, berdakwah, mempromosi islam di internet, mengumpul dana membina complex melayu , dan mempunyai kod rahsia pertubuhan. Umpama cerita james bond dan kgb atau young n dangeros sebab tu ramai yg melayu suka ,, kalau salah kenapa cerita kl gangster rating pecah panggung. Insyallah niat yg baik mungkin pengikut tak salah guna kuasa. Berjihad. Sebab melayu zaman skrg dah tak pecaya sapa2 . Baik pas atau umno kalau ckp apa pon x kan pecaya. Mesti ada satu pertubuhan hq nye di masjid, tegas, putih, bersih
,bermatlamat, iq celik. Kalau di zaman dahulu cina mempunyai banyak grup kongsi,tujuannya adalah untuk menjaga hak , keselamatan dan keturunannya dari tindasan org british, dan pemerintah melayu. Akhirnya skrg
mereka bangsa paling berjaya. Sekian, wasalam

Yazreen Yazeed Ya'acob said...

salam YB..izinkan saya copy dan paste post ni utk kita kongsikan..insyaAllah, ALLAH SWT membantu kita, hamba- hambanya..ameen

tokgaru said...

YB Datok Zul

Mungkin masa anda tulis artikel ini KPP Nasrudin Hasan masih lagi menyokong tindakan JAIS.

Tapi tak lama selepas itu dia dah buat U Turn, katanya utusan malaysia berniat mahu melaga2kan dia dengan pucuk pimpinan Pas.

Terus terang saya kata, saya sangat keciwa, saya meragui status ulamak atau ustaz yang mereka pakai.

suasih said...

Syabas Dato zul..moge segala perjuangan suci Dato diberkati Allah...Allahuakbar!!!!!!!!!

mat benut said...

Syukur Alhamdulillah! kalau ada ramai lagi orang2 seperti YB itu kan lebih baik. Yang penting nya sekarang umat islam am nya harus lebih peka & berwaspada. Terutama sekali pihak kerajaan harus lebih aktif teropong nya untuk membasmi & memantau perkara2 yang boleh mengugatkan ugama & negara. Jangan ashekan economi saja, semua mahu sama membangun. Wassalam.

Serial Worker said...

susah la bang nak begerak sebab banyak graduan graduan yg belajar dekat ipta semua bangang2...

nak bersatu macamana kita.

penah satu "rebel" yg lulusan diploma itm segamat menyokong israel sebab pada dia tak pandang pada agama/warna kulit.

ini lah graduan2 yg kebanyakkan menyokong perjuangan anwar/human rights dan lain2.

orang melayu ni nak jumpa yg pandai susah..lagi banyak yg bodoh. tengok pada pemimpin pun kita dah tau.

bercakap yg benar selalu bang nanti pelan2 ramai yg sedar

Serial Worker said...

teruskan bercakap benar moga pelan2 ramai yg sedar.

kerajaan dah banyak buat silap bang. nak buat macamana.

bayangkan bdk2 itm yg baru grad yg freshie lagi semua dah kena saiko..

itu lah bdk melayu. becakap inggeris 2 3 patah dia rasa dia terer.

pemimpin melayu pun sama je. banyak buat silap. kalau ada keluangan boleh ke kita buka puasa sama.

slamat bepuasa :)

meo188 said...

MEMPERTAHANKAN AQIDAH ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JUGA JIHAD!!!

SUPPORT BLOG INI JUGA JIHAD!!

semenyih said...

Assalamualaikum wrwt,
Sebenarnya kes kumpulan Kristian hendak murtadkan Muslim memang sudah lama di Malaysia, sejak tahun 70an lagi as far as I know kerana saya pun telah diajak pergi ke perjumpaan youth activity group oleh rakan sekolah masa saya umur belasan tahun lagi in the 70s.Kami hanya tahu menahu yang perjumpaan tersebut ialah perjumpaan agama Kristian apabila mereka asyik bercakap tentang Jesus dan bible serta bertepuk tangan dan menyanyi. Alhamdullillah, kami diajar asas Islam dirumah dan disekolah jadi pengajaran itu hanya menguatkan lagi kepercayaan kami pada Islam.
Beberapa tahun lalu,seorang kawan saya telah diminta melakukan kerjakerja teknikal disebuah gereja di PJ.Katanya, dia ternampak seorang selebriti wanita Melayu disitu tengah bersamasama menyanyi dan bersembahyang.
Marilah kita ketepikan fahaman politik kita dan bersatu sebagai umat Islam kerana yang akan hancur kalau kita bercakaran sesama sendiri ialah akidah anak cucu kita.Kurangkanlah program berunsurkan hiburan seperti nyanyian,dansa,tahyul etc yang akan hanya menghancurkan lagi minda generasi muda.Penuhilah aktiviti untuk remaja di masjid masjid...Islamic rap ke, bawa pergi camping,ajar Calligraphy, IT,web design,Arabic classes,painting,swimming,horseriding,archery,repair kereta,memasak, karate classes... whatever skills that will be useful to them and at the same time will feed their brains and keep them off the streets and make them feel a sense of belonging within the Muslim community.We have to use another approach to pull the kids into the mosque, just like the churches are pulling the kids into theirs with lively activities.We need to ensure that our kids understand whatever that is recited in the prayers and the doa,bukan setakat meng'amin'kan saja doa yg dibacakan oleh imam.Adakah kita faham makna surah yang dibacakan oleh imam semasa kita berterawih? How do we concentrate when we do not know what is being recited?These are all the nitty gritty bits that we need to iron out.Maybe we need to look at how Muslim communities abroad imbibe the Islamic way of life to their youths.
By this recent murtad issue, Allah in His infinite mercy has shown us the revelation of things to come if we continue to be divided along political lines. Let us heed this and not let 'nasi menjadi bubur'.

BloggerHowtt said...

Orang Islam kena bersatu lupakan semangat Kepartian. Bab-bab pasal Islam ni kena pertahankan. Baru lah betul tugas sebagai pemimpin

Jaya said...

Datuk Hassan Ali kalau keluar jadi Bebas confirm dia pukul habis parti lain time pilihanraya, kita tidak mahu boneka ditarik hidung yang kononnya menjadi pemimpin...Hidup Islam!

KalaJengking said...

SYABAS & TAHNIAH YB !!
Teruskan usaha untuk menggempur mereka yang cuba merosakkan minda orang melayu dan menyedarkan masyarakat islam kita yang minda keislaman mereka semakin terhakis dek permainan politik sempit warga durjana !!

KalaJengking said...

Teruskan usaha murni YB menyedarkan umat islam di negara tercinta ini !!

Unknown said...

yb, terima kasih atas perkongsian maklumat..sebagai islam memang kewajipan kita menghalang perkara ini terjadi...so langkah pencegahan adalah amat perlu MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..para pemimpin yang berkuasa ni boleh la perkuatkuasa kan undang2 islam...nampaknya di malaysia ni perkara asas islam pon masih tak terpakai ...camne nak buat pencegahan yang berkesan..rata-rata pemimpin yang patot jadik contoh pun masih tidak mengamalkan islam yang syumul..contoh menutup aurat yg basic tu pun bnyk lagi tak terbuat camnooo

Mlang said...

semuanya bermula dengan agenda memecahkan orang melayu dgn kelainan pendapat politik. Bagi orang melayu kita, hanya kuasa yang boleh membela nasib kaum kita kerana yg lain memang kita tiada. Bila melayu berpecah kuasa kita jadi lemah, pak kaduk mula naik junjung.

Apa yang lebih penting adalah utk melayu islam bersatu.Kalau setakat bersatus melayu sahaja, kita masih tak akan kemana secara keseluruhannya.

MonaLessa said...

Tuan YB..Negara kita kena ada pemimpin seperti zaman para pemimpin KHULAFA ar-RASIYIDIN mesti maju Malaysia ni.Moden tapi masih berpaksikan Islam!!Islam yang sebenar..berlandaskan Al-Quran dan sunnah. :)

khalid kamaruddin said...

salam ... saya mmg gram dari dulu smpai skrg.. tak habis2 propaganda org bukan islam nie.. tpi yang syng kenapa org melayu nie buta ea.? saya baru berusia 23 tahun dan masih muda.. tidak berpelajaran tinggi .. tetapi boleh fikir mana yang baik dan buruk untuk org melayu dan islam.. harap2 atas usaha dan doa semua dapatlah yang terbaik.. saya sokong usaha tuan.. khalid

Islam Addin said...

salam,
saya x mahu komen pnjang2. sy x suka pihak tuan menuduh PAS mengambil kesempatan. cube ambil contoh di Negeri Kelantan, murtad adalah sifar. saya bkan anak kelantan. sy jga bkan di phak PAS mahupun Kerajaan. tetapi sy x suke dgn cara pemerintahan kerajaan. byk unsur2 negatif yg kerajaan tidak ambil peduli

nazrirasdi said...

salam,isu berkaitan soal akidah adalah isu besar sejak isu natrah di singapura lagi.isu ini ada dua perkara yang patut dilihat oleh kita semua.1)pemerintah 2)media disebabakan semasa isu natrah,singapura dibawah pemerintahan penjajah dan media yang menbuat provokasi melampau maka jadilah keputusan yang berat sebelah itu tetapi dimalaysia sekarang pemerintahnye adalah orang melayu dan beragama islam dan undang undang islam hasil peristiwa natrah menjadi pelindung kepada isu ini tidak dibincangkan secara meluas menjadikan isu ini semakin panas mengapa kita harus memikirkan cara lain selain cara yang ada ditangan kita (pemerintah islam/undang undang shariah)cuba tanya hati kecil kita adakah kita ikhlas dalam memberi pandangan atau kita mengharapkan sesuatu balasan.