Sumpah Laknat Saiful Bukhori Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan
Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
"A'uzubillahi
minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi,
Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri
Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
Jika
saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah
S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada
Allah S.W.T sehingga ke kiamat.
Wallahualam.
Saya tertarik dengan dakwaan segelintir pasrasit dikalangan pembangkang bahawa Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan hudud dengan mengambil contoh pertuduhan liwat oleh Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar Ibrahim.
Mereka mendakwa konon Saiful wajar dikenakan pertuduhan qazaf dibawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).
Mereka mendakwa kegagalan Saiful mengemukakan 4 orang saksi sepatutnya menyebabkan bukan sahaja Saiful wajib dikenakan hukum hudud qazaf, malah pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim di bawah Seksyen 377B (dibaca dengan Seksyen 377A Kanun Kesiksaan) wajib digugurkan atau ditarik balik; dan hukuman penjara 5 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 07.03.2014 lepas dibatalkan!
Pada saya, ini adalah hujah paling dangkal dan menggambarkan golongan yang langsung tidak memahami undang-undang; malah menunjukkan mereka langsung tidak membaca. Ringkasnya, ini adalah hujah paling bodoh daripada golongan jahil muraqqab!
1. QAZAF
Apa sebenanrnya pengertian qazaf mengikut undang-undang?
Seksyen 41 Akta 559 memperuntukkan seperti berikut:
Seksyen 41 Qazaf - Kecuali didalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain dengan tuduhan zina tanpa mengemukakan empat (4) orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan kesalahan (qazaf).
Adalah jelas Seksyen 41 merujuk kepada tuduhan zina!
2. ZINA
Dan apa sebenarnya pengertian zina mengikut undang-undang?
Seksyen 2 Akta 559 menafsir zina sebagai "persetubuhan diantara leleaki dengan perempuan tanpa nikah".
Jadi hukum qazaf hanya boleh dikenakan terhadap seseorang yang menuduh seseorang lelaki Islam lain dengan tuduhan melakukan persetubuhan dengan seorang wanita yang bukan isterinya yang telah dinikahi dengan sah disisi hukum syarak.
Persoalannya, adakah para pasrasit ini menganggap Saiful Bukhari Azlan seorang perempuan? Kecuali tahap kebodohan mereka sudah sampai ketahap muraqqab melampau, adalah jelas Saiful adalah seorang lelaki dan bukannya perempuan.
Oleh itu, undang-undang qazaf seperti peruntukkan Seksyen 41 Akta 559 tidak terpakai bagi pertuduhan meliwat terhadap Anwar Ibrahim.
3. UNDANG-UNDANG HUDUD PAS
Apa yang peliknya ialah, kaum pasrasit ini dengan sengaja memutarbelitkan hukum tanpa membaca dan cuba pula mahu memperbodohkan orang lain.
Sedangkan undang-undang hudud ciptaan PAS sendiri pun begitu jelas menyatakan qazaf hanya untuk tuduhan zina sahaja, tidak termasuk liwat!
Cuba kita lihat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS semasa menjadi Kerajaan Terengganu.
Seksyen 7 Enakmen Hudud PAS memperuntukkan bahawa "Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat (4) orang saksi lelaki terhadap seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina".
Dan didalam Seksyen 12 Enakmen Hudud PAS, dinyatakan dengan jelas "zina ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan pasanagna suami isteri...".
Jelas Seksyen 7 dan Seksyen 12 Enakmen Hudud PAS sama dengan Seskyen 41 dan Seskyen 2 Akta 559 diatas.
Dan peruntukkan yang sama boleh dilihat didalam Enakmen Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Kelantan yang digubal oleh Kerajaan PAS Kelantan!
4. LIWAT BUKAN ZINA
Samada didalam Akta 559 Wilayah Persekutuan, mahupun Undang-Undang Hudud PAS Kelantan atau Terengganu, apa yang jelas ialah sabitan kesalahan qazaf hanya boleh dikenakan terhadap orang yang menuduh seseorang Islam lain dengan tuduhan zina, iaitu melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan yang bukan isterinya yang dinikah secara sah mengiktu hukum syara'!
Saiful tidak pernah menuduh Anwar melakukan persetubuhan dengan mana-mana wanita yang bukan isterinya. Dan Saiful sendiri bukan seorang wanita!
Saiful mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah meliwatnya pada 26.06.2008 disebuah kondominium. Malah Sumpah Laknat Saiful yang dibuat pada 14.08.2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, dan kemudiannya di ulangi di hadapan Ka'bah di Masjidil Haram Mekah pada 09.04.2012 adalah sangat jelas, yang lafaznya adalah seperti berikut:
"Pada hari ini, Khamis 13 Sya'ban 1429, bersamaan 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan (Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687) dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:
"A'uzubillahi
minas syaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi,
Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri
Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
Jika
saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah
S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada
Allah S.W.T sehingga ke kiamat.
Wallahualam".
Adalah jelas tuduhan Saiful terhadap Anwar Ibrahim tidak termasuk didalam kategori qazaf samada mengikut Akta 559 Wilayah Persekutuan mahupun Undang-Undang Hudud PAS Kelantan dan Terengganu.
Saya pun tidak pasti dimana para pasrasit ini mendapat wahyu mendakwa tuduhan Saiful termasuk didalam qazaf. Agaknya mereka terlalu taksub dan terpengaruh dengan Kitab Jinggay ciptaan mereka sehingga bukan sahaja menjadi bodoh, malah cuba memperbodohkan orang lain!
5. LIWAT SUKA SAMA SUKA
Satu perkara yang saya mahu sebut, dan saya cabar para pasrasit ini menyatakan pendirian mereka tentang kenyataan rasmi Presiden Majlis Peguam Christopher Leong pada 09.03.2014 dilaman sesawang Majlis Peguam yang menegaskan bahawa 'the Malaysian Bar is deeply troubled by the conviction and sentence of five years imprisonment of Anwar Ibrahim by the Court of Appeal, for what was essentially consensual sex between two adults'.
Majlis Peguam, yang merupakan penyokong kuat pembangkang menegaskan dengan jelas bahawa perbuatan liwat diantara Anwar dan Saiful adalah atas dasar suka sama suka.
Agak menghairankan sehingga kini para pasrasit ini memilih untuk menjadi syaitan bisu tanpa sebarang komen terhadap kenyataan Majlis Peguam ini? Adakah para pasrasit ini bercadang mahu mengenakan pertuduhan qazaf terhadap Christopher Leong dan Majlis Peguam berdasarkan Kitab Jinggay mereka?
Berhentilah daripada terus menjadi bodoh dan memperbodohkan orang lain!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
24 Jamadil Awal 1435
26 Mac 2014
No comments:
Post a Comment