Salam
2 all.
Pelik bin ajaib!
Di hari Karpal Singh menggantung sendiri semua jawatan termasuk sebagai Pengerusi DAP kerana sabitan kesalahan jenayah menghasut, di hari yang sama Anwar Ibrahim yang disabit dengan kesalahan jenayah meliwat stafnya Saiful memfailkan borang bertanding jawatan Presiden PKR menentang Wan Azizah isterinya sendiri?
Sandiwara
terbaru ini sekadar memperkuatkan lagi persepsi bahawa
PKR adalah parti anak-pinak hanya dengan matlamat untuk memperjuangkan
kepentingan keluarga mereka. Itu sahaja!
Pada saya, pengumuman
pembangkang bahawa Anwar akan menentang Wan Azizah bagi jawatan Presiden PKR sekadar
susulan daripada Sandiwara Kajang yang dipersembahkan dengan hebat baru-baru
ini.
Skrip
yang bermula dengan kerusi DUN Kajang dikosongkan kononnya untuk membolehkan
Anwar bertanding menjadi ADUN Selangor dan MB berakhir dengan Wan Azizah isterinya yang
juga Presiden PKR menjadi YB dan calon untuk MB Selangor!
Yang
ternganga ialah Azmin Ali.
Walaupun
adalah pepatah Melayu berkata tidak
mungkin dipatuk ular dua kali, namun nampaknya kali ini Azmin mungkin terkena
patuk sekali lagi.
Skrip
terkini bermula setelah pengumuman Azmin untuk mencabar Wan Azizah untuk jawatan
Presiden, namun semuanya hangus semalam apabila Anwar mengumumkan akan mencabar
Wan Azizah dan mengemukakan borang pencalonan jawatan Presiden PKR.
Akhirnya
Azmin yang dianggap sebagai anak emas Anwar membuat keputusan mempertahankan
jawatan Timbalan Presiden dengan dicabar oleh orang kanan Wan Azizah, Tan Sri
Khalid Ibrahim, dan dua orang kanan Anwar iaitu Saifuddin Nasution dan Tianchua.
Pada
saya, ini adalah mainan politik licik mereka yang mahu menyekat Azmin daripada
mencabar Wan Azizah bagi jawatan Presiden; kerana dalam apa keadaan pun insurans politik & talian hayat-politik terbaik dan terbukti berkesan bagi Anwar ialah Wan
Azizah.
Azmin memang anak emas Anwar, tetapi Azizah lebih boleh dipercayai.
Jadi untuk memastikan Azmin tidak mencabar Wan Azizah, diberitakan bahawa Anwar menawarkan diri konon untuk lawan Azizah dalam keadaan ada kemungkinan Anwar tidak layak bertanding akibat sabitan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat Saiful.
Saya cukup yakin mereka akan beritahu Azmin 'don't worry, let Anwar fight Wan Azizah, you fight Khalid'.
Tetapi sebenarnya mereka tidak mahu kedudukan Wan
Azizah dicabar.
Dalam keadaan sekarang bila kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden sudah terjamin, saya cukup yakin dalam kepala otak mereka sekarang pasti sedang mencari jalan keluar, 'a politically covenient way out'.
Dan
dalam konteks inilah saya nampak para pencatur politik PKR akan memperkudakan ROS & KDN sebagai
kambing hitam.
Mereka menjangkakan ROS atau KDN akan buat kenyataan menegaskan Anwar tidak layak bertanding sebab sudah ada sabitan jenayah; sama seperti apa yang telah dibuat oleh Karpal Singh semalam yang mengumumkan penggantungan jawatan sebagai Pengerusi DAP kerana sabitan denda RM4,000-00 kerana menghina dan menghasut kedudukan Tuanku Sultan Perak.
Saya
pun agak hairan mengapa Karpal mahu membuat kenyataan tersebut semalam
29.03.2014 sedangkan dia disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
pada 11.03.2014, iaitu lapan belas hari yang lalu.
Lagipun,
kedudukan Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP masih lagi dipertikaikan akibat
aduan oleh ahli DAP kepada ROS mempertikaikan Mesyuarat Agong Khas DAP,
mengakibatkan ROS tidak mengiktiraf kedudukan semua perlantikan CEC DAP termasuk
Karpal Singh. Ini menjadikan pengumuman Karpal Singh itu lebih bersifat retorik
politik.
Lagiun Karpal masih didalam proses rayuan ke Mahkamah Rayuan!
Ini
menimbulkan syak kepada saya bahawa ada political
ploy yang sedang dirancang. Mungkin Karpal sendiri tidak menyedari sandiwara terbaru ini!
Karpal adalah peguam Anwar Ibrahim. Jika Karpal
mengambil tindakan menggantung dirinya sendiri daripada jawatan Pengerusi DAP
akibat sabitan jenayah, adalah sangat pelik jika Karpal tidak menasihatkan Anwar anakguamnya supaya jangan
bertanding jawatan Presiden PKR akibat sabitan jenayah meliwat stafnya Saiful?
Adakah pencatur politik pembangkang sedang memancing ROS untuk membuat kenyataan menghalang Anwar daripada
bertanding jawatan Presiden PKR?
Jika itu berlaku, saya cukup yakin mereka akan segera ambil peluang dan menuduh 'Najib & BN zalim kerana menggunakan jentera kerajaan untuk menghalang demokrasi dalam PKR. Anwar bukan jenis takut bini, tapi ada orang yang menggunakan jentera Kerajaan untuk halang Anwar'.
Saya yakin inilah skrip mereka nanti jika ROS atau KDN campurtangan.
Sebab itu saya menasihatkan ROS atau KDN supaya tidak terjebak ke dalam sandiwara politik terbaru pembangkang ini.
Lagi pun soal kelayakan banduan mahu bertanding jawatan parti sementara proses rayuan berjalan masih kabur dan belum ada kata putus jelas daripada mana-mana Mahkamah.
Apa pun ROS hanya boleh bertindak jika ada aduan rasmi daripada ahli berdaftar PKR dan selepas pemilihan berlangsung. Sebab selagi pemilihan belum berlaku, Anwar belum lagi melanggar apa-apa peraturan ROS. Setakat menghantar borang pencalonan bukanlah suatu kesalahan undang-undang pertubuhan!
Pada saya elok kita biarkan sandiwara ini berterusan.
Saya cukup yakin apa pun akhirnya nanti Anwar akan menarik diri sebelum pemilihan.
Dan para pencatur pembangkang akan berselindung disebalik kenyataan lebih kurang seperti berikut:
"Anwar telah dinasihatkan oleh peguam bahawa dia tidak boleh bertanding jawatan
Presiden kerana sabitan hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat stafnya Saiful.
Ini semua adalah muslihat Najib & BN menghalang proses demokrasi yang.
subur didalam PKR. Sesudah menghalang Anwar daripada bertanding dalam PRK
Kajang, kini Anwar dihalang melaksanakan demokrasi dalam parti sendiri!".
Sebab itu saya menasihatkan ROS & KDN supaya tidak terperangkap dan diperkudakan dalam sandiwara politik terbaru ini.
Apa pun saya bersimpati kepada Azmin Ali. Sudahlah impian menjadi MB terbantut akibat mainan politik licik dalaman PKR; sekarang harapan Azmin untuk mencabar Wan Azizah turut terhalang sekali lagi kerana mainan licik sandiwara politik machiavelli ini.
Saya berharap Azmin akan segera sedar daripada sandiwara ini dan menolak pakatan Anwar-Azizah sebelum bertambah parah.
Once bitten, twice shy! You have been bitten
many times my friend!
Dan kepada media arus perdana, saya rasa mungkin sudah tiba masanya semua media tidak memberi sebarang liputan kepada sandiwara politik pembangkang ini. Kekadang disebabkan liputan media arus perdana menjadikan sandiwara seperti ini satu bahan sensasi.
Apa kata kali ini buat 'total media black-out'. Jangan ada sepatah pun keluar berkenaan pembangkang terutamanya berkenaan proses pemilihan PKR ini. Kita tengok nanti apa jadi. Saya cukup percaya silap haribulan kemungkinan kerusi mesyuarat perwakilan pun akan jadi kosong!
Give it a try yop!
Wallahua’lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli
Bin Noordin
Ahad
28
Jamadil Awal 1435
30
Mac 2014
No comments:
Post a Comment