16 June 2014

HORMATI PENDIRIAN MAIS

Bukti jelas bagaimana pendakyah kristian menyalahgunakan kebebasan yang diberikan Perlembagaan, dan menyalahgunakan bibel versi bahasa Melayu untuk tujuan dakyah dan pemurtadan!
Salam 2 all.

Saya merujuk kepada pendirian Pengerusi MAIS YBhg Dato' Setia Mohamad Adzib Bin Mohd. Isa yang memutuskan MAIS tidak akan mengembalikan semula 300 naskhah bibel versi bahasa Melayu yang mengandungi perkataan-perkataan yang bercanggah & melanggar Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam (Enakmen Anti-Dakyah) Selangor.

Pada saya pendirian yang diambil oleh MAIS adalah betul dan berlandaskan undang-undang.dan  tidak bertentangan dengan pendirian Peguam Negara.

Ini kerana Peguam Negara hanya menilai kes tersebut dari aspek untuk menentukan samada suatu pertuduhan jenayah sibil boleh dibawa atau tidak berdasarkan kuasa Pendakwaraya dibawah Artikel 145 Perlembagaan.  Peguam Negara menyatakan tiada pendakwaan akan diambil terhadap penerbitan dan penyebaran bibel tersebut atas alasan antaranya ianya tidak "menjejaskan keselamatan negara".

Saya sendiri tidak bersetuju dengan pendirian Peguam Negara tersebut kerana isu bibel versi bahasa Melayu ini bukan soal 'keselamatan negara'. Ianya soal pelanggaran Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah.

Setakat hari ini, Enakmen Anti Dakyah Selangor tersebut masih merupakan satu undang-undang yang sah dan berkuatkuasa di Negeri Selangor. Walaupun Pendakwaraya menyatakan tidak akan membawa sebarang pertuduhan jenayah terhadap pihak yang berkaitan, namun ini tidak menghalang MAIS melalui agensi penguatkuasaan dan pendakwaannya JAIS membawa pertuduhan atau prosiding di Mahkamah Syariah untuk perintah sewajarnya.

Apa pun, tindakan Kerajaan Negeri PKR-DAP-PAS Selangor memaksa MAIS mengembalikan bibel tersebut kepada Persatuan Bibel Malaysia sama seperti mengarahkan polis mengembalikan eksibit kes jenayah kepada seorang tertuduh.

Kerajaan Negeri tidak berhak dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau bidangkuasa untuk mengarah, memerintah ataupun memaksa MAIS untuk memulangkan bibel-bibel tersebut. Sama seperti Kerajaan tidak ada kuasa mengarah atau memaksa Polis mengembalikan sebarang barang kes jenayah kepada mana-mana tertuduh!

Apa pun keadaan, yang jelas ialah bibel versi bahasa Melayu tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang jelas melanggar dan bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti Dakyah.

Oleh itu menurut undang-undang, bibel-bibel ini adalah barang bukti didalam siasatan dan proses pendakwaan atau tindakan perundangan oleh pihak berkuasa.

Selagi proses penyiasatan atau pendakwaan tidak selesai, selagi itu barang bukti mesti disimpan atau ditahan oleh pihak berkuasa iaitu MAIS.

Dan jika penyiasatan atau pendakwaan selesai sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab MAIS melupuskan barang bukti tersebut mengikut proses perundangan yang sedia ada termasuk memohon kepada Mahkamah yang berbidangkuasa untuk melupuskan barang bukti tersebut mengikut arahan dan perintah Mahkamah tersebut.

Sebarang arahan berbeza daripada mana-mana pihak lain termasuk pihak kerajaan atau pihak berkuasa lain akan dilihat sebagai mencampuri urusan perundangan dan kehakiman.

Oleh itu saya menyokong penuh pendirian MAIS dan mendesak semua pihak yang lain supaya tidak mencampuri atau cuba mempengaruhi urusan MAIS ini yang jelas sah dan mengikut undang-undang yang sah.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
18 Sya'ban 1435
16 Jun 2014

No comments: