(Mungkin nanti Hasan Ali tidak dbenarkan hadir separuh mesyuarat kerana dianggap penyebok oleh DAP & segelintir pak jangoat)
Salam 2 all.
"Dia ada political-mental block kot! Sumbat betoi!!". Itulah rumusan beberapa rakan apabila membaca kenyataan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Pakatan pembangkang yang mengumumkan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Ahmad Khusrin Munawi hanya boleh dibenarkan hadir separuh mesyuarat Exco, dan tidak boleh hadir separuh lagi! Dia ingat ni politik Mat Nispu gamaknya. Pada teman, ini kerja gila babi, babi gila pun tak buat kerja macam ni!!
Pertama, jelas pemimpin PKR ni memang tidak tahu memerintah, apatah lagi menjadi Kerajaan. Sebab bahasa pentadbiran dan pengurusan pun dia tak tahu nak bezakan. Ada perbezaan dengan politikus yang membentuk kerajaan dan para pegawai Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik yang mentadbir & mengurus Kerajaan. Politikus datang dan pergi, hari ni MB esok bibi je. Tetapi pegawai kerajaan tetap disitu. Siapa juga Kerajaan, itulah polisnya, itulah cikgunya, itulah bombanya, itulah askarnya. Tak pernah berlaku kerajaan bertukar parti, tiba-tiba jadi polis UMNO, atau polis PAS, atau polis PKR! Sistem pengasingan kuasa inilah yang boleh menjadi timbang-tara, "check & balance" bagi mana-mana Kerajaan. Kalau ikut orang parti, memang semua jawatan hendak disumbat dengan ahli parti sahaja. Maka yang bukan ahli parti akan dianak-tirikan dan diketepikan. Ini perkara asas dalam mana-mana Kerajaan. Politikus membentuk Kerajaan dan membuat dasar, professional mentadbir & mengurus Kerajaan dan melaksanakan dasar. Pure & simple. Tetapi ini pun orang saperti Khalid buta tak nampak?
Kedua, tiap pegawai & kakitangan Kerajaan disyaratkan mengangkat sumpah rahsia. Sumpah ta'at setia hanya kepada Raja yang memerintah. Sumpah kerahsiaan kerja & tanggungjawab kepada Perdana Menteri atau Menteri Besar. Dengan sumpah kerahsiaan itu, tiap pegawai dan kakitangan Kerajaan adalah tertakluk secara rasmi kepada Kanun Kesiksaan dan Akta Rahsia Rasmi. Jika mereka mendedahkan atau membocorkan apa-apa perihal yang diklasifikasikan sebagai rahsia, maka mereka boleh dikenakan pendakwaan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara.
Maka isu kerahsiaan langsung tidak timbul dalam perkara ini. Ambil contoh Kerajaan PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20 tahun. Tidak pernah ada masalah contohnya Penasihat Undang-Undang Negeri (yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara Persekutuan) membocorkan rahsia. Begitu juga dinegeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan BN, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri tidak semestinya penyokong Kerajaan. Malah ada yang terang-terang menyokong parti pembangkang. Tetapi tidak pernah pulak berlaku pembocoran rahsia minit mesyuarat dan lain-lain.
Ketiga, persoalan besar yang timbul ialah mengapa mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor mesti dibuat dalam dua bahagian. Sedangkan kedua-duanya adalah diklasifikasikan sebagai rahsia. Jadi Datuk Khusrin yang telah mengangkat sumpah kerahsiaan boleh hadir mesyuarat Exco bahagian pertama yang sememangnya sudah rahsia, tetapi tidak boleh hadir mesyuarat bahagian kedua yang juga rahsia. Ini menimbulkan tandatanya kepada rakyat, apa yang nak dirahsiakan sangat oleh MB & Exco Kerajaan pembangkang ini dalam mesyuarat bahagian kedua. Dah jadi mesyuarat rahsia-secret pulak dah! Yang kita tahu nak buat mesyuarat rahsia-secret ni perompak penyamun aja, macam penyangak dalam cerita Nujum Pak Belalang yang bermesyuarat rahsia dalam Bukit Tunggal - "satu untuk engkau, sepuluh untuk aku"!!
Adakah mereka merancang untuk melakukan perompakan dan perampokan hasil mashul negeri Selangor dalam mesyuarat rahsia-secret ini? Adakah mereka merancang untuk menyamun pasir Selangor ini? Atau menubuhkan lebih banyak rumah urut dan pelacuran haram? Atau adakah mereka nak bincangkan isu pita kamera video yang ditemui dalam bilik pejabat MB? Adakah agenda mesyuarat terlalu sensitif sehingga nak dibuat dalam mesyuarat rahsia-secret ini? Atau mereka nak berbincang samada nak buat repot polis yang sampai hari ini tak buat-buat mengenai penemuan kamera video tersebut?
Persoalannya ialah mengapa perlu ada dua mesyuarat rahsia, satu rahsia rasmi, satu rahsia-secret tak rasmi? Tak rasmi kerana SUK tidak ada untuk mencatat minit mesyuarat. Siapa yang akan minitkan mesyuarat rahsia-secret itu? Sedangkan semua minit mesyuarat dan keputusan mesyuarat Exco mana-mana Kerajaan Negeri perlu diambil tindakan dan susulan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Siapa pula yang nak laksanakan semua keputusan itu? Adakah Khalid bercadang nak buat kerajaan dalam kerajaan. Kalau itu rasionalnya, tak pelik satu hari nanti kalau ada ahli Exco PAS yang tidak dibenarkan hadir kerana mungkin Exco PKR dan DAP nak bincang bagaimana nak bagi kedai serbanika jual arak! Ringkas cerita..ini kerja BA..WAU..DOH!!
Keempat, tindakan Khalid ini adalah jelas suatu penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor. Apa yang jelas, Datuk Khusrin telah mengangkat sumpah ta'at setia tidak berbelah bagi kepada Tuanku Sultan. Tak pulak dengar Tuanku titah supaya Datuk Khusrin angkat sumpah setengah-separuh ni. Jadi tindakan menghalang Datuk Khusrin menghadiri mesyuarat rahsia-secret ini memberi gambaran yang menghina Tuanku Sultan, yang telah memperkenan dan menerima sumpah ta'at setia daripada Datuk Khusrin. Seolah-olah Khalid dan Kerajaan Pakatan pembangkang ini mempertikai perlantikan dan perkenan keatas Datuk Khusrin oleh Tuanku Sultan.
Kelima, tindakan Khalid ini jelas menghina dan memperlekeh para pegawai dan kakitangan Kerajaan khususnya daripada Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik. Perkhidmatan yang selama ini terkenal dan jelas sikap profesional mereka dihina dan disepak terajang saperti anjing kurap oleh Khalid. Teman teringat dahulu semasa Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada seorang Pegawai Daerah, maka melalak dan memekak lah puak-puak ini kononnya ini satu penghinaan kepada pegawai Kerajaan. Memang teman sendiri pun mengutuk perbuatan Khir Toyo tersebut. Tetapi kini apa yang mereka perlakukan kepada Datuk Khusrin lebih teruk daripada memberi penyapu, kerana mereka menyapu terus seorang pegawai kerajaan!
Akibat daripada peristiwa "pemberian penyapu" oleh Khir Toyo itu, Kerajaan BN tumbang di Selangor. Teman cukup yakin perbuatan "menyapu" terus Datuk Khusrin ini akan membawa kepada tumbangnya Khalid serta juak-juaknya di Selangor, insyallah! Teman cukup yakin rakyat Selangor pelbagai agama dan bangsa sudah muak dengan "politik labu-laba" yang dimainkan oleh Pakatan pembangkang ini, dan pasti rakyat Selangor akan menyapu mereka saperti sampah tidak lama lagi!
Oh ya, mike tanya kenapa tajuk artikel ini "Politik Labu-Laba"? Kerana bila ada mesyuarat rahsia-secret ini, dimana SUK yang sudah angkat sumpah kerahsiaan pun tidak boleh hadir, sudah tentu lah ada laba habuan yang nak dilabukan secara rahsia, secara sulit, takkah begitu yop??! Satu untuk mike, seribu untuk teman yop!! Tepok perut tanya selera lah yop!
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
07 Rabi'ul Awal 1432
10 Februari 2011

5 comments:
Salam YB, minta YB komen peraturan oleh Petronas di KLCC yang tidak membenarkan pengunjung pakai skirt pendek atas lutut. Pihak Malaysian Insider ada keluarkan artikel pasal isu ini.Lihat MSN news today, komen2 pembaca saya rasa daripada bukan Islam kut, sebab semua menentang.
MB Selangor jangan cari gaduh dengan anggota pentadbiran. Yang ni pantang larang mana-mana ahli politik. Mana Datuk Hassan Ali? Senyap jee.. inikah perjuangan menegakkan kebenaran demi Islam namanya?
PAS lebih baik berpisah daripada pakatan pembangkang, atau ia akan dihukum dengan teruk oleh rakyat. Tengok lah nanti, kemungkinan untuk kerajaan Kelantan tumbang pun dah ada.
Asalam Ustaz...
Memetik Khutbah Jumaat di Bandar Utama mengingatkan jangan terlalu taksub dengan kebangkitan rakyat Mesir, sebaliknya perlu diteliti dengan halus adanya agenda halus Israel Raya sehingga tebing Sg Nil.
salam 4 all,
YB Bro, Tahniah diatas penulisan YB, tepat & betul. Kita lihat dua negeri yg diperintah PR, semuanya kalut dan berserabut. Di Sgor, MBnya bengap @ mungkin masa bagi PC dia diapit betina Kapir dan betina melayu terlupa kot Dr Hassan bercakap bagai manusia lupa dgn ALLAH . Moga allah beri petunjuk dan hidayah pada malaun2 ini dan kalau tak reti lagi petunjuk allah ini lebih baik kaji diri bermuhasabah dgn dosa yg dicipta sendiri . Di PPinang pula sikapir laknat ini pula sdg bertepuk tgn dan lompat sampai bumbung tgk dan lihat org melayu bergaduh dan berkelahi sesama sendiri.ada seorg tu mengaku ahli pas skg PR masa PRU 12, menyesal & sbgnya. nasi dah jadi bubur dulu mati2 maki BN@UMNO lani baru sesal alhamdulillah setidak2nya allah dah bagi petunjuk pada dia.
Lagi satu pasaiapa malaun lahanat yg ada tak minta kerajaan siasat kapir terjun flat dan sekolah, kes sama dgn sikafir terjun dari bangunan SPRM , buang masa , memang perangai depa sama ada problem terjun mati selesai kes.
YB,
Byk post sgt berkualiti..tpi tidak nmpk sebarang komen...adakah pengunjung terlalu kurang..jika demikian bagus siarkan di FB supaya rakyat lebih cepat dapat maklumat yg tepat...tq
Post a Comment