12 August 2011

AL-GHARIB

(PaLut - Pakatan Luar Tabi'e yang kini mula menghancurkan Islam didalam PAS)

Salam 2 all.

Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,

Begitulah sajak nukilan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustadz Nasrudin Hasan Tantawi yang disiarkan diblog beliau www.eperjuangan.com. Sajak yang menggambarkan kekecewaan yang mendalam, tertipu dengan mainan kalkatu politikus rakus yang mengejar nafsu serakah Putrajaya. Sajak yang menggambarkan kekecewaan seorang pemimpin yang meletak harapan tinggi untuk mengisi satu perjuangan, hanya untuk melihat ianya sekadar retorik bak miraj di padang pasir yang terik.

Sajak yang tertulis dalam keadaan PAs khususnya dan umat Islam amnya berhadapan dengan kegawatan serangan terhadap aqidah umat Islam dengan tercetusnya isu cubaan dakyah kristian di Gereja Methodist Damansara Utama. Gereja yang dipertahankan segelintir kaum Anwarinas di kepimpinan PAS yang sudah mabuk kuasa. Isu yang menyebabkan pejuang ikhlas saperti Dr. Hasan Ali menerima kecaman hebat hingga mahu dipecat.

Lalu bangkitlah pemuda berjiwa Islam ini membela sahabat yang dikecam. Ustadz Nasrudin dengan tegas menyatakan bahawa dalam hal aqidah, ia bukan barangan yang boleh dijual beli. Dengan penuh ketegasan, Ustad Nasrudin menyatakan:

Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,.

Kenyataan ini menerima kecaman hebat bukan sahaja dari kaum kafirun rakan sekongkol PAS, malah kaum Anwarinas melontar peluru-peluru majnid menghenyak dan melanyak Ketua Pemuda parti Islam yang mahu membela dan mempertahankan Islam. Seolah-olah sekarang menjadi dosa besar untuk seseorang bercakap tentang perjuangan Islam didalam parti yang mengaku Islam!!!

Lau Ustadz Nasrudin melahirkan kekecewaan beliau dengan kata-kata:

“Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.

Teman berasa cukup sedih melihat para pejuang Islam didalam parti yang mengaku Islam kelihatan terasing dan dipulaukan didalam kelompoknya sendiri. Semuanya gara-gara kerakusan gilakan kerusi oleh segelintir golongan yang terkena penyakit wahan - hubbud dunya wakarohiyatul maut!!! Terlalu cintakan dunia dan takut mati (kedudukan, kerusi dan jawatan).

Tetiba teman dapat melihat kebesaran ALLAH swt, dan kebenaran sabda Rasulullah saw yang menyebut; "Islam bermula sebagai gharib, dan ia akan berakhir sebagai gharib. Apa itu gharib ya Rasulullah. Jawab Baginda saw, "terasing dan dagang!".

Memang itulah hakikatnya hari ini. Memperjuangkan Islam adalah satu dosa besar dimata kaum Anwarinas yang menguasai PAS sekarang. Bercakap tentang memartabat dan menobatkan Islam adalah satu kejelikan yang tidak terampun bagi kaum Anwarinas. Membela aqidah umat dan mempertikai dakyah gereja adalah satu jenayah yang wajib dihukum pecat oleh kaum Anwarinas. Islam menjadi gharib didalam PAS, pejuang Islam menjadi Al-Gharib didalam PAS sekarang ini!

Pejuang ikhlas saperti Dr. Hasan Ali, Ustad Nasrudin Tantawi, Datuk Harun Taib, Dato' Harun Din dan beberapa orang lagi adalah batu penghalang kepada nafsu mereka bertakhta bersama rakan harbi dan cauvinis biaDAP. Cengkaman kaum Anwarinas didalam PAS begitu padat hinggakan segelintir para Ustad dan agamawan didalam kepimpinan PAS hanya mampu mempertahankan serban tetapi perjuangan dipersetan, mereka menjadi syaitan-syaitan bisu!

Kepada Ustad Nasrudin Tantawi, Dr. Hasan, Datuk Harun Taib dan lain-lain pejuang, janganlah kecewa. Sebaliknya bangkitlah menebus kembali maruah perjuangan Islam didalam PAS. Hidupkan semangat Badar, munculkan jiwa 'Umar ibnul Khattab, lahirkan kekuatan Bilal bin Rabbah, keluarkan pedang Khalid Al Walid, tebuslah semula PAs daripada cengkaman para toghut, bebaskan PAS daripada lacuran para wahan, hapuskan kaum Anwarinas didalam PAS.

Semoga perjuangan mike semua dirahmati dan diberkati ALLAH!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Ramadhan 1432
12 Ogos 2011

10 comments:

Anonymous said...

YB. as-Salaaamu'alaikum,

semoga nusrah dan rahmat Allaaah atas tuan, keluarga, keturunan dan seluruh Islam.

perkukuhkan kerohanian.. semoga diberi hikmah Al Quran dan Al Hadith/ As Sunnah Nabi SAW.

maarofkassim said...

Cuma nak tahu. Kalau lah ini berlaku semasa PAS menjadi pembangkang di Selangor apakah tindakan mereka? Adakah mereka akan membela atau mengutuk Menteri Besar semasa?

insan biasa said...

as-salam, Terima kasih kerana masih ada lagi insan yang berjuang untuk Islam yang sebenarnya. Orang Islam dan Melayu di Malaysia perlu bersatu serta merta ...

Tiada lagi UMNO, PAS dan PKR.. yang tinggal hanya ISLAM.. itu yang anak-anak kita akan bawa. Jauhkan permusuhan sesama mereka..

Semoga orang Islam di Malaysia kan bersatu dan boleh duduk semeja walau apapun latar belakangnya.

Kalau kita gagal bermakna anak-anak kita akan merantau keluar dari malaysia untuk mencari sesuap nasi..

Mata Hati Jiwa said...

Sesungguhnya PAS berkiblatkan Kuasa yakni kekayaan.. Sedarlah sedara seagama dengan ku....sedarlah dari ulikkan mimpi syaitan.. Titisan air mata darah tidak ada ertinya lagi andai Islam hancur di tangan Umat Islam sendiri..

penduduk serendah said...

AKIDAH ISLAM sedang menghadapi saat yang Paling Genting dalam sejarah Negara.

Tanpa mengira Parti semua Pemimpin Islam WAJIB Bersatu dan Istihar JIHAD mempertahankan AKIDAH ISLAM.

Saya cadang Saudara Zulkifli Nordin dan Beberapa Pemimpin Islam Tulen mengetuai Gerakan Bebas ini.

Zam said...

Allah Hu Akbar

faizmokhtar said...

Salam YB,

Saya mencadangkan agar pemimpin telus keIslaman menubuhkan sebuah parti Islam yg bersatu dengan UMNO dan memperbetulkan kerajaan dr dalam. Janganlah hanya mencemuh di luar tanpa memberi bantuan memperbatulkan UMNO dr dalam, sesungguhnya mereka juga saudara kita yg perlukan bantuan. Bersatulah, saya yakin ramai lagi umat kita yg pentingkan perpaduan Ugama dan Bangsa.

lalang said...

cakap senang bro nak satukan, hakikatnya manusia dengan nafsu memasing. Sesungguhnya Allah maha merancang, dan perancangan Allah yang sebaik-baiknya.

senyap said...

wahabis rule pas...
hasilnya...jahannam.

saf said...

THE SOURCE is the seed of all. Ini lee Melayu chakap2 , chakap2 , chakap2 ..chakap2 ....chakap2

lepas tu CERAMAH, CERAMAH !. LEPAS TU MAKI ,LEPAS TU BAGI KESEDARAN TAPI TAK PERNAH SEDAR- SEDAR , LEPAS tuu MIMPI , BERKHAYAL . LEPAS TUU BLAME ORANG NII BLAME ORANG ITU ..


AAAAAAHHH BORING ORANG MELAYU NII. SEBAB ITU TAK PERNAH MAJU. KALU TAK ADA ORANG CINA.. MALAYSIA NII MACAM SOMALIA GAKK.

ADVANCE MUSLIM COUNTRY NOT BECAUSE OF MELAYU MUSLIM , BECAUSE CHINESE yang rajin berkerja.