05 August 2011

GENGGAM BARA API!

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

28 comments:

Wak Long Man said...

BEST SGT BILA BACA ARTIKEL YB.
SEMOGA KITA DAPAT KEMBALI KEPADA ISLAM YANGSEBENAR2NYA ISLAM. INSYALLAH

Jeepers Creepers said...

selain isu gereja ini, perlu juga difikirkan kenapa ada umat islam yang miskin terpaksa meminta bantuan daripada pihak gereja..dimana bantuan atau peruntukkan zakat untuk mereka ini?

ini juga sebenarnya menjadi punca murtad dikalangan umat islam.

Unknown said...

Sebab itu setiap orang Islam mesti ada keyakinan yg amat tinggi didalam diri mereka.itulah benteng yg kukuh dan tidak sama sekali dapat ditembusi oleh penyangak2 agama.Manakah dikatakan ALLAH didalam pemikiran manusia itu,contohnya kita cungkil pemikiran Nabi SAW berfikir tentang Allah SWT.Apakah Tuhan yg difikirkan Nabi SAW itu serupa dan sama seperti engkau fikirkan.Kita kena tanyak pak ustad atau kiyai atau ketua gereja,macamna mereka memikirkan Tuhan.seandainya Tuhan yg difikir oleh Nabi SAw itu tidak sama dan serupa seperti yg anda sedang fikirkan maka anda bukanlah penyembah Tuhan yg disembah Muhamad!Begitu juga pemikiran sang kristen itu,sama ke tidak?pokoknya mereka bikin promo Rumah Allah apa saja,tiada guna kalau tidak kenal Allah seperti mana Allah itu dikenal.Nama Allah semua orang pandai sebut,budak2 pun pandai cakap,orang2 kafir pun pandai sebut; tetapi kenalkah mereka akan Allah itu?kalau memikirkan Allah itu sama dan serupa seperti Nabi2 dan org2 soleh fikirkan itulah kebenaran yg hakiki.

SyedAbuSayyaf said...

Assalamualaikum kepada YB Zul,

Teruskan perjuangan, Tegakkan kebenaran... Umat Islam Malaysia perlu bersatu menghadapi musuh2 Islam yg memang nak sangat sangat lihat ISlam di bumi Melayu ni jatuh....

harap YB Zul akan terus menentang kafir2 ni dan saya akan sentiasa menyokong perjuangan YB Zul....

mohon izin YB untuk saya pautkan blog YB di blog saya.. Terima kasih..

basry said...

slogan baru:

UNDI PAS, BELUM TENTU MASUK SYURGA

Hakim Hamid said...

Tabik kepada Tuan Zul atas pendirian tegas ini... setiap usaha murni menegakkan agama Allah pasti akan mendapat tentangan. Pendirian kukuh Tuan Zul dalam memperjuangkan Islam dan akidah umat Islam seharusnya mendapat sokongan seluruh umat Islam yang sayangkan agama.

Dot said...

"Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar"

meleleh airmata ambo membaca baris2 ini YB! sedih sgt krn pemimpin Islam dihina oleh puak2 pas sendiri!! habis dah ka tok2 alim dlm pas hingga apa yg dato hassan perjuangkan sanggup diketepikan demi dap kafir harbi??? apa juak2 pas nak belit kali ni? dato hassan ali tak Islamik? dato hassan ali tak faham aspirasi pakatan? go to hell!!

Dot said...

YB,

tindak tanduk puak2 kristian yg didokong oleh dap semakin melampau sekarang ni. kita tak pernah persoalkan kegiatan agama mrk tetapi mrk sentiasa ingin mencemar kesucian agama kita dgn mempersendakan segala amalan islam yg suci...
perkara yg termaktub dlm perlembagaan menjadi permainan mrk sekarang. tidakkah kerajaan patut bertindak sblm nasi menjadi bubur?

wadironi said...

Assallamualaikum,

Alhamdulillah ...muga ada kelantangan dan ketegasan Muslim utk sama sama bangkit dan mewarnai persekitaran negara ini demi hak mutlak Islam .

InsyaAllah//

Anjang1980 said...

Amin ya Rabbal Alamin.. Semoga Allah memberikan kita kekuatan menentang yang mungkar..

Bingai @ Bangang said...

tahniah YB,
Semoga YB Dan YB Hassan Ali meneruskan perjuangan!

ahli umno said...

Di mana PAS yang selama ini mendaulahkan Daulah Islamiyah....apakah projek memurtadkan umat Isalam wujud dalam manifesto Negara Berkebajikan Ala Hadi Awang??? Sedar dan insaflah wahai pemimpin PAS yang fi quluubikum maradun pazadakumullahu maradha.....kamu lah yang taaghut sebenar benarnya......tepuk dada tanyalah Iman

Arm Ibrahim said...

Teringat saya ketika bertugas disebuah syarikat takaful pada tahun2 90an dahulu.Seperti biasa bulan ramadan akan diisi dengan tazkirah2 oleh ustaz2 jemputan dan banyaknya ustaz2 yang dijemput itu adalah condong ke arah bulan putih dipagari langit hijau. bagi kita yang ikhlas nak mendengar & mencari ilmu, kita tapis ajelah...lagipun ustaz2 tu akan kata yang baik datang dari Allah yang tidak baik datang dari dirinya sendiri kan...

Satu propaganda parti yang diselitkan adalah kejayaan menarik masuk Dr Hassan Ali, penceramah, moderator dan birokrat terkenal ke dalam parti PAS. Tipikal ceramah2 PAS...maka dikeudarakan ayat-ayat Quran atau hadis-hadis yang memberi maksud kejayaan mereka adalah kejayaan Islam, satu hadis yang dipetik berkenaan kisah Hassan Ali ini adalah:

oleh al- Thabraniy dari ibnu Mas’ud dan Anas ra. bahwasanya Nabi SAW bersabda:

اللهم أعز الإسلام بأحب الرجلين إليك: بعمربن الخطاب أو بأبي جهل بن هشام

“Ya Allah, muliakanlah Islam ini dengan salah seorang dari dua orang yang lebih Engkau cintai ; “Umar ibn Khatthab atau Abu Jahal bin Hisyam”. Ternyata yang lebih dicintai oleh Allah adalah Umar ra.”

Maka ada ustaz PAS menyamakan ini seperti doa oleh mereka agar dimasukkan samada Hassan Ali atau Fadzillah Kamsah;memang hebat aura kedua penceramah & pakar motivasi ini. Dipendekkan cerita, maka jelas Hassan Ali lebih 'disayangi' Allah utk masuk PAS, begitulah inti ceramahnya....

Kini, siapakah Dr Hassan Ali di dalam PAS?

Agentmaid Tony said...

PAS BODO

nonbal said...

Tahniah!, YB (orang kampung) diatas coretan ni. memang sangat 'terandas' kata orang Baling.
(Zainol, Baling)

Mahyudin said...

terima kasih atas infomasi ini..

alfa4M said...

Sedih dan pedih melihat dan mendengar agama islam dan penganutnya dizalimi oleh dajal2 dan petualang agama,bangsa dan negara.Kemana perginya exco Selangor beragama islam sanggup biarkan YB Hassan Ali(pembela Islam) dilanyak habis2an oleh musuh islam.Begitu juga pemimpim PAS yg lain membisu semata2 kerana gilakan sekelumit kuasa,harta dan kekayaan duniawi.Umat islam diMalaysia hari ini amat malang dek kerakusan kalkatu PAS/PKR yang mengejar cahaya untuk kePutrajaya,mujur BN diterajui oleh UMNO masih berkuasa untuk mempastikan kesucian agama Islam terpelihara.Apa akan jadi seandainya Putrajaya bertukar tangan pada kalkatu2 tersebut.Mungkin azan pun tak akan berkumandang/kedengaran lagi dibumi yang tercinta ini saperti diselatan tanah air.Wahai semua umat Islam yang berfikiran waras dan sayangkan keharmonian,marilah kita rapatkan saf,kuatkan keimanan,tegakan keadilan dan pertahankan perlembagaan negara hingga ketitisan darah yang terakhir.Hairan bin ajaib suara minoriti menguasai majoriti.Bertaubatlah sebelum terlambat.Kepada YB Hassan Ali jangan takut kepada golongan kafir harbi itu,tentang mereka habis2an, kami akan bersama memikul tanggungjawab kerana allah.Kedua,tinggalkan politik kepartian itu yang dilihat lebih teruk dan hina jika dibandingkan dgn parti yang pernah dikafirkan oleh mereka sebelum ini.

Admin said...

cam tu le org islam dalam PAS. masa aku jadi penyokong pas tuh, fuhhh.. memang kuat ttg islam, tapi pas join pakatan ( masa ni jugak le aku keluar pas ) hancuss. ikut telunjuk org.

kepada ahli pas, fikir le bebaik. mana lebih penting? agama ke politik?

--
admin
papagedebe.blogspot.com

abghani said...

habis madu sepah di buang...kesian hasan ali

Klone said...

Salam n greetings YB,

Perkara ini terjadi apabila ada pihak yang komen dan buat press statement tanpa berfikir dengan otak kurniaan Allah.

MB Selangor minta maaf tergesa-gesa BEFORE listening to JAIS reasoning. MCA, MP of Shah Alam, a few Selangor excos condemn JAIS lawful enforcement actions. All these people commented hurriedly before JAIS can explain (which they dont have too under the law).

These people in fact do not understand Article 11 of the Federal Constitution. The freedom is subjected to Clause (4). The formula has been thought and agreed by our leaders : Islam is the official religion of the federation, all must respect this but on the same time others can go on with their religious affair EXCEPT propagating their religion to muslims.

YB, saya berharap sangat YB sebagai seorang peguam, tolong ulas sedikit tentang Artikel 11 ini supaya pembaca faham toleransi yang dibenar dan dipersetujui semua!

Wassalam!

Anonymous said...

Saya masih ingat ketika YB dipecat daripada PKR kerana mempertahankan nama Allah, pengundi-pengundi YB daripada puak puak kafir menyalak marahkan YB.
Mereka mengeluarkan statistik dalam malaysiakini membuktikan bahawa YB menang kerana undi mereka. Mereka marah kerana YB tidak sanggup mengadai maruah dan agama YB setelah mereka mengundi YB.
Terima kasih kerana YB memilih Allah daripada undi.
Kini Hasan Ali berada dipersimpangan yang sama. Semoga beliau membuat pilihan yang tepat.

Afif Farhi said...

Setuju 100% dengan hujah yang YB berikan... Semoga Allah membantu kita menghalang agenda tersirat kafir harbi ini daripada terus meracuni pemikiran dan jatidiri anak2 muslim Malaysia... Ameen...

Teruskan perjuangan YB...

Nazlee said...

Assalamualaikum YB,

Bagi pandangan saya YB, perkara ini jelas perlu dilihat pada agenda serbuan tersebut, saya percaya tindakan JAIS berdasarkan siasatan dan pemantauan. Tambahan pula serbuan tersebut dilakukan di gereja dan terdapat org islam di dalamnya sambil mengaku diserahkan bible dalam versi melayu.

Jelas bagi saya berlakunya cubaan berdakwah dan ianya bertentangan dengan Al Quran & As Sunnah juga selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian tindakan JAIS seharusnya dipuji kerana menegakkan Al Quran & As Sunnah juga secara langsung mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang melarang penyebaran agama lain selain Islam kepada Muslimin & Muslimat di Malaysia.

Wassalam.

Sultan Saladin said...

Bro...dulu gue fanatik dengan PAS...selalu follow PAS Ceramah kat Sgor..zaman 90an..tapi zaman 2008-2011 nie gue nampak "something wrong" dgn PAS nie...gue respect YB Hassan Ali..sanggup tinggalkan kedudukan dalam GOMEN menyertai dan terajui PAS akhir 90an..untuk menegakkan ISLAM kat Sgor....ceramahnya berkobar2..untuk tingkatkan islaman diSgor,,,,berbanding MB Khalib Ibrahim & YB Khalib Samad...jauh sekali broo...depa nie patut respect YB Hassan Ali...orang lama berpolitik berbanding Ronnie Liu...DAP yang akademik nya sekolah Cina jee...ingatlah PRU 13..PKR,PAS,DAP dgn izin ALLAH & doa -doa orang yang kene zalim..akan tumbang kat Sgor....anak saudara Sultan Saladin

fazrulnoor said...

YB, tolong comment entry yang ditulis oleh Dr Asri dalam blog beliau berhubung isu yang sama..saya nak dengar comment YB

Pawi said...

As salam YB Zul,
Sudah sekian lama saya mengikuti tulisan saudara YB. Cuma kali ini saya tertarik utk memberi pendapat. Actually, pada saya kita tak perlu takut dgn "ancaman" Kristien. Saya sendiri sebagai rakyat biasa pernah berdepan dgn pendakwah rumah ke rumah Kristien. FYI, saya tinggal di salah satu kondo di Pulau Mutiara. Pertama kali mereka bertanya sama ada saya muslim atau tidak. Setelah saya mengaku saya Muslim, mereka hanya meminta diri. Kali kedua pula pendakwah ini bukan rakyat tempatan.Tp mereka dtg dr Korea. Mereka tidak bertanya agama saya, sebaliknya mereka terus berdakwah. Secara diam, saya tertarik dgn method mereka.Cara mereka sungguh halus. Walau bagaimana pun, semasa mereka berdakwah, berlaku aktiviti soal jawab dan hujah menghujah. Alhamdulillah, mereka tak mampu menjawab hujah saya yg paling asas dan terpaksa menarik diri lebih awal. Saya bersyukur pada tuhan kerana saya dikurniakan ilmu utk berhujah (actually sebnarnya saya byk kali berdoa pada tuhan agar dikurniakan peluang utk berdepan dgn tablig Kristien). Sy tidak mengatakan yg ilmu saya tinggi. Ilmu yg ada pada saya adalah asas semata-mata. Namun dgn ilmu asas itu, saya mampu membuat tablig Kristien itu merah padam dan terpaksa mengundurkan diri. Apa yg cuba saya bagitau adalah setiap Muslim patut mempunyai asas ilmu utk berdepan dgn tablig Kristien. Suatu sistem atau anjakan khas perlu dilakukan agar setiap Muslim diajar dgn "ilmu asas" dlm menghadapi pentablig Kristien. Sebenarnya, Islam adalah amat kuat utk berdepan dgn Kristien. Islam adalah sempurna dr sebarang kelemahan dan jika Muslim faham "asas ilmu", insya'allah, sedikit demi sedikit gereja akan berubah menjadi Masjid dan penganut Kritien akan berubah menjadi Muslim.
Berkaitan dgn apa yg berlaku di S'ngor, sy amat berduka cita dgn perkembangan tersebut. Muslim tak perlu memohon maaf.Since saya org luar dlm politik, ada baik say tidak memberi komen dlm perkara ini.
Namun begitu, apa yg cuba saya kata adalah, setiap Muslim harus mempunyai ilmu asas dlm permasalahan Islam dan Kristien. Dan jika itu berlaku, insya'allah setiap Muslim akan mempunyai antibodi yg cukup kuat dalam mempertahan diri dan iman.

NasiLemak Kopi O said...

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!...kami umat islam tetap teguh dibelakang pejuang-pejuang yg mempertahankan AQIDAH umat islam...

Kami berdoa supaya para MUNAFIQIN-MUNAFIQIN yg bertopengkan agama agar kembali kepangkuan Iman dan ISlam ...AMINNN

NasiLemak Kopi O said...

ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!ALLAHUAKBAR!!!..KAMI PARA MUKMININ AKAN SENTIASA MENYOKONG TEGUH DIBELAKANG PEMBELA AQIDAH ISLAM...

Tahniah YB..teruskan PERJUANGAN...JANGAN BERUNDUR WALAU SELANGKAH ...MAJULAH KEDEPAN...HAPUSKAN KEBATILAN WALAU DENGAN JIWA DAN RAGA KITA..