03 August 2011

TAHNIAH KU LI

(Keengganan Anwar beri sampel DNA menimbulkan keraguan besar kepada PAS; dan video Mat CD menjadi paku terakhir keranda politik Anwar)

Salam 2 all.

Teman dok ingat bulan-bulan pose ni tak berminat sangat nak tulis hal-hal politik kepartian ni. Tapi perkembangan terbaru berkenaan pelawaan kepada YB Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li untuk mengetuai pakatan pembangkang BiaDAPP (DAp-Pkr-Pas) memberi satu dimensi baru kepada politik tanah air. Teman cukup yakin Ku Li sedang tersengih meleret melihat namanya kini terpancar terang dalam kemelut politik negara.

Apa pun pertama sekali teman ucapkan tahniah kepada Ku Li atas pelawaan tersebut. Ini membuktikan bahawa kot mana dema berputar pun, bila tiba bab kepimpinan, kaum biaDAPP tetap memerlukan orang UMNO juga untuk memimpin mereka.

Buktinya, dalam menghadapi UMNO/ BN bagi pilihanraya 1990 dan 1995, PAS dan DAP terpaksa melantik Ku Li melalui Parti Semangat 46 untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk PAS-DAP tidur sekatil. Memang jelas PAS-DAP tidak boleh bekerjasama sesama mereka. Begitu teruknya hubungan PAS-DAP ini, hingga Ku Li terpaksa menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah untuk bersama PAS, dan Gagasan Rakyat untuk bersama DAP. Dan yang paling banyak menerima menafaat kepimpinan bekas UMNO ini pada masa itu ialah PAS, yang berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1990. Tetapi sejarah melihat bagaimana PAS mengkhianati Ku Li, dan akhirnya ia berpecah dan Ku Li kembali kepangkuan UMNO.

Bukti kedua ialah apabila berdepan dengan UMNO/ BN bagi pilihanraya 1999, sekali lagi PAS dan DAP terpaksa mengambil pemimpin UMNO untuk menjadi pemimpin dan gam kanji untuk melekatkan mereka. Maka calon mereka pada masa itu ialah manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan - Anwar Ibrahim. Sekali lagi PAS mendapat menafaat daripada pakatan luar tabi'e itu apabila mendapat banyak kerusi Parlimen dan Presiden PAS Allahyarham Ustadz Fadhil Noor berjaya menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah berpurnama madu sebanyak dua pilihanraya, teman dapat membaca bahawa kepimpinan PAS mula merasakan Anwar sudah mula menjadi beban dan liabiliti kepada PAS, dan tidak membawa apa-apa menafaat kepada mereka. Pilihanraya 2004 menyaksikan PAS hampir hanyut dengan kerusi Parlimen yang terlalu sedikit. Manakala dalam PRU 12 pada tahun 2008, walaupun mendapat penambahan kerusi, namun PAS menjadi rakan tercorot dalam pakatan pembangkang dan muncuk sekadar lembu yang dicocok hidung oleh Anwar & biaDAP; dan yang paling mendapat menafaat ialah parti cauvinis biaDAP. PAS dapat melihat bahawa game-plan Anwar yang sanggup menjual agama dan bangsa sendiri sudah mula memakan tuan. PAS is the biggest loser dalam percaturan ini, kerana vote-base PAS ialah orang Melayu.

Ini ditambah pula dengan skandal liwat dan videoklip manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Teman cukup yakin pemimpin PAS bukan bodoh. Keengganan Anwar menyerahkan sampel darah bagi ujian DNA untuk membuktikan bukan airmaninya dalam karung kunyit Saiful menimbulkan kegelisahan dan keraguan dikalangan pemimpin PAS khususnya para ulama' dan ustad-ustad. Dan videoklip Mat China-Doll @ Mat CD menjadi paku terakhir memahat keranda politik Anwar. Sebenarnya sudah ramai kalangan ulama' dan ustad PAS sudah melihat videoklip tersebut dalam diam-diam. Ada yang baru tengok 2-3 minit dah mula urut dada sesak nafas. Ada yang berani menonton sampai ke adengan kondang-kondi, dan tidak lain yang keluar daripada mulut mereka selain menyumpah seranah Anwar, "celaka hang Anwar, hang tipu kami Anwar oooiiii. Hang baguih punya enjut, kami pulak yang kena hamput!!!".

Paku terakhir keranda politik Anwar sudah mula dipahat. Sebab itu teman tidak terkejut mendapat maklumat ada kepimpinan PAS menemui Ku Li secara rahsia & sulit. Mereka tahu jika mereka memasuki PRU 13 membawa bersama excess-baggage Anwar, maka mereka akan kehilangan vote-base Melayu mereka. Ditambah dengan kesilapan kaum Anwarinas menjadikan Ambeega Sreenavasan sebagai khalifah mereka dalam himpuan haram Koonyet-2, sehingga PAS dimomokkan dengan singkatan Pengikut Ambeega Sreenavasan! Ini semua mengerikan para ulama' dan ustad-ustad PAS. Mereka perlu lakukan sesuatu untuk memastikan vote-base Melayu mereka tidak hilang. Maka Anwar menjadi kambing hitam bagi PAS sekarang ini. Walaupun akan dilihat sebagai satu pengkhianatan, namun bagi PAS yang penting sekarang ialah survival politik mereka bagi menghadapi PRU 13. Ramai daripada mereka sudah seronok sedap merasa menjadi YB dan MB/ Exco; dan mereka tidak mahu kehilangan itu semua.

Sebab itu teman tidak hairan ada kepimpinan PAS mula melihat kearah Ku Li. Siapa lagi yang boleh berdepan dengan jentera gergasi UMNO melainkan orang UMNO sendiri. Besi memerlukan kayu untuk menebang batang pokok. Dan Ku Li dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah veteran UMNO, masih ada penyokong dan simpatisan, apatah lagi dikalangan Melayu liberal dan dan punya agenda sendiri.

Diwaktu yang sama, PAS masih mahu meraih sokongan bukan Melayu dan para kafir yang telah mereka semai beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana PAS tahu mereka juga tidak mahu kehilangan sokongan bukan Melayu dan kafir yang seronok melihat PAS bersedia tidur sekatil dengan cauvinis biaDAP; sehingga sanggup membakulsampahkan perjuangan menubuhkan negara Islam yang menjadi jampi-mentera PAS selama ini. Ku Li dilihat sebagai gam kanji yang boleh melekatkan cauvinis biaDAP dengan PAS.

Diwaktu yang sama, Ku Li juga boleh menjadi gam-kanji bagi golongan Melayu liberal, saperti Zaid Ibrahim dan Parti Kita yang ditubuhkannya. Juga golongan liberalis lain termasuk dari golongan profesional dan lain-lain.

Dan mereka tahu Ku Li juga mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau tak masakan Ku Li berani mencabar Tun Mahathir dalam pemilihan 1988 yang menyaksikan UMNO berpecah dan berkubor. Dan untuk menghadapi gergasi UMNO/BN dibawah pimpinan YAB Dato' Sri Najib, Ku Li akan dilihat sebagai orang yang paling layak. Kerana Ku Li adalah rakan Allahyarham Tun Abdul Razak, bapa YAB PM sekarang. Takkan anak nak lawan kawan bapak kot. Begitulah perkiraan dan sipir politik PAS sekarang.

Persoalannya, adakah Ku Li bersedia menjadi kuda tunggangan PAS sekali lagi? Ku Li politikus yang sudah matang; beliau kenal bebenor PAS ni yop. Apatah lagi pernah tidur sekatil hampir 10 tahun dengan mereka. Dengan pengalaman sebegitu rupa, teman cukup yakin Ku Li akan mengatur langkah dengan lebih bijak.

Itulah sebabnya Ku Li tidak terus menerima pinangan PAS. Sebaliknya beliau mengambil sikap berhati-hati. Beliau menubuhkan badan bukan kerajaan dengan nama Amanah. Beliau turut di apit oleh para politikus yang punya nama besar walaupun sudah menjadi tukun dan dinasour politik negara. Ku Li tahu kalau beliau membuat "political move" sekarang dengan menyertai pakatan pembangkang biaDAPP, sudah pasti karier politik beliau akan berakhir serta-merta. Pasti jentera UMNO/BN akan menyembelih beliau sehingga khatam 18, sedangkan pilihanraya tidak tahu bila kerana mandat kerajaan sekarang hanya berakhir pada April 2013.

Dengan menubuhkan sebuah NGO, Ku Li akan terus menikmati posisinya sebagai veteran UMNO; sudah pasti UMNO tidak akan menyembelih "orang" mereka sendiri. Dengan kedudukan istimewa sebagai veteran UMNO, Ku Li boleh mengatur langkah dengan lebih selesa tanpa risiko kena sembelih. Malah kedudukan itu akan memberikan beliau "imuniti" dan ruang nafas yang cukup selesa untuk bergerak. Teman cukup yakin dari kedudukan itu, Ku Li akan boleh menghentam dan mengkritik kerajaan dengan lebih uummph! Bayangkan veteran UMNO menghentam parti UMNO sendiri. Jika ia dilakukan dengan cara strategik dan konsisten, teman cukup yakin Ku Li akan dilihat sebagai hero. Mungkin juga akan ada dikalangan pimpinan UMNO/BN akan turut serta beliau, terutama dari kalangan mereka yang punya kepentingan dan agenda tersendiri.

Jadi persoalannya, bila Ku Li akan buat keputusan menerima pelawaan mengetuai pakatan biaDAPP ini? Teman punya firasat, Ku Li akan hanya umum penerimaan pelawaan itu (jika beliau memilih untuk menerimanya) atas dua faktor:

1. setelah Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful. Ini kerana sabitan itu akan menjadi alasan terkuat PAS untuk menyembelih Anwar Ibrahim, kerana sudah ada pengesahan perundangan. Itulah kata-kata para ulama; dan kepimpinan PAS pun, iaitu mereka akan mengkaji semula kerjasama politik dengan Anwar jika ada sabitan oleh Mahkamah. Dan semua orang tahu, dengan keengganan Anwar memberikan sampel darah untuk ujian DNA, dan cara pembelaan alibi Anwar yang sangat diragui kerana ujudnya DNA airmani Anwar dalam karung kunyit Saiful, maka kemungkinan besar Anwar akan disabitkan dengan kesalahan meliwat stafnya sendiri Saiful. Dan kali ini hukumannya pasti melebihi 9 tahun penjara, kerana dalam sabitan lepas Anwar sudah ada rekod sabitan jenayah dan hukuman 9 tahun penjara. Bila disabitkan kelak, Anwar akan hilang semua "moral gorund" untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang. Ditambah dengan videoklip Mat CD. Teman tidak akan terkejut kalau diwaktu itu PAS sendiri akan mengeluarkan patwa baru menghentam Anwar. Jangan lupa PAS pernah lakukannya tahun 1997 apabila mempatwakan Anwar dengan label Al Juburi yop!!!

2. Apabila Ku Li yakin pilihanraya umum semakin hampir. Sebagai seorang berpengalaman, Ku Li tidak akan terjun sekarang dalam keadaan Kerajaan ada mandat hampir 2 tahun lagi. 2 tahun adalah satu masa yang lama dalam politik. Untuk bertahan selama 2 tahun, Ku Li perlukan dana dan stamina yang besar. Pada usia 76 tahun, Ku Li perlu menyimpan stamina dengan cukup. Sebab itu beliau akan menunggu sehingga semua isyarat pembubaran Parlimen terserlah. Buat masa ini, YAB Dato' Sri Najib tidak ada sebab langsung untuk membubarkan Parlimen. Beliau pun baru berusia 58 tahun, satu umur yang masih kuat dan bertenaga untuk berdepan dengan apa juga ranjau politik yang mendatang.

Apa pun, yang jelas daripada pelawaan kepada Ku Li ini ialah Anwar sudah hilang kelayakan untuk terus mengetuai pakatan biaDAPP. Mesej jelasnya ialah PAS (termasuk cauvinis biaDAP) sudah hilang kepercayaan kepada Anwar. Khusus bagi PAS, persekongkolan berterusan dengan Anwar, orang yang dilihat sanggup menggadai agama dan bangsanya, ditambah dengan skandal liwat dan videoklip Mat CD, akan hanya menghakis sokongan Melayu-Muslim kepada PAS; apatah lagi dengan ujudnya kaum Anwarinas yang dilihat lebih berqiblatkan Anwar sebagai sembahan politik mereka, sehingga mengheret PAS bertuankan kafir harbi la'natullah Ambeega sebagai khalifah mereka. Ramai dikalangan ulama' dan ustad PAS sangat kecewa bila singkatan P.A.S. dimomokkan sebagai Pengikut Ambeega Sreenavasan.

Bagi UMNO dan BN, jika Ku Li menyertai pakatan biaDAPP ini, janganlah risau, Kerana sejarah membuktikan semangat Melayu Ku Li sangat kuat. Teman cukup yakin Ku Li akan membawa pakatan biaDAPP ini, khususnya PAS, kembali keperjuangan UMNO. Ku Li pernah lakukannya dengan berjaya melalui Semangat 46, dan percayalah Ku Li akan melakukannya sekali lagi dengan pakatan biaDAPP ini. Rasional mudah, tidak ada pemimpin Melayu-Islam sanggup diingati sebagai pengkhianat agama dan bangsanya. Dan Ku Li tidak terkecuali yop!

Apa pun, UMNO patut berbangga kerana walaupun dimaki hamun dan dicerca 24 jam 7 hari seminggu oleh pakatan biaDAPP ini, tetapi bila terdesak perlukan pemimpin, orang UMNO jugak yang dicari oleh pakatan biaDAPP ini!!!

Dan bagi yang tidak percaya PAS sanggup mengkhianati Anwar; ingatlah kalau jampi mentera PAS untuk menubuhkan negara Islam sanggup mereka bakulsampahkan dengan patwa terbaru "rupenya negara Islam tak ada dalam Quran", maka apa pun PAS boleh lakukan. Pokok pangkalnya, PAS bukanlah satu agama, tetapi hanya sekadar sebuah parti politik yang juga punya nafsu mahu menduduki takhta kekuasaan. Jangan lupa PAS pernah menghukum Anwar dengan label Al Juburi walaupun tanpa 4 saksi tetapi cukup sekadar tuduhan seorang benggali biaDAP. Bak kata penganut fahaman politik machiavelli, "tidak ada kemustahilan didalam politik, semuanya bisa dong!!".

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
03 Ramadhan 1432
03 Ogos 2011

6 comments:

penarik said...

tepat

Taufiq Mubarak said...

Amat bersetuju dengan ayat yang bermaksud DAP dan PAS tetap memerlukan orang UMNO sebagai ketua atau pemimpin mereka untuk kepentingan politik pembangkang.
Kalau UMNO ditolak oleh PAS, apa bezanya Ku Li ? Apakah Ku Li lebih Islam dari UMNO ?

zainalsamsudin said...

salam YB, satu artikal yg baik syabas.....

Gerek Basikal said...

Walaupun banyak bersetuju dengan tuan, tapi saya tak fikir Ku Li akan membawa mereka kepada UMNO semula

dakder said...

Ya teruskan lagi pembongkaran kepalsuan dalam perjuangan parti pembangkang ni. Dulu beria-ia nak perjuangkan negara Islam bila orang anwarinas dah berkuasa dalam parti terus jer bubarkan negara ISlam. Apa lah punyer perjuangan.

Panglima Perang Cyber said...

saya pun macam tu juga malas nak tulis politik bulan pose ni.


tetapi tangan saya gatal juga tak tahan tengok pembohongan depa yg makin teruk di bulan ni.


ingat nabi kita pun berperang bulan posa.

makna posa tak halang kita terus jihad lawan penjahat penjahat yg menipu dulu kini dan selamanya.



takbirrr !



p/s - saya berbesar hati jika blog saya dapat dipautkan di blog YB yang saya kagumi.

blog saya : http://penembak-tepat.blogspot.com

tq