Perang Salib Moden bermatlamatkan 3G - Gospel, Gold & Glory - Penyebaran risalah kristianisasi, merampok kekayaan umat Islam & kemenangan kristian atas Islam! |
RUMUSAN
Jelas daripada perbincangan panjang lebar diatas, penggunaan perkataan atau istilah Allah
oleh penganut kristian hanyalah sekadar soal penterjemahan perkataan
'God' dalam bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Ianya bukan soal agama,
iktikad atau kepercayaan mereka.
Dalam
konteks itu, jaminan kebebasan beragama yang diperuntukkan didalam
Artikel 3 dan Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan tidak relevan dan
tidak terpakai langsung dalam kemelut penggunaan perkataan atau istilah
Allah oleh penganut kristian. Sebaliknya ianya hanyalah soal bahasa,
soal linguistik.
Persoalannya ialah pendakyah kristian telah, samada secara sengaja atau dalam keadaan jahil, menterjemahkan perkataan God kepada Allah. Ini adalah satu kesalahan dan kesilapan penterjemahan. Perkataan atau istilah yang lebih tepat bagi perkataan God ialah Tuhan bukannya Allah.
Pendakyah kristian cuba menegakkan benang basah mempertahankan hak menterjemahkan secara salah perkataan God kepada Allah menggunakan pelbagai alasan dan helah. Antaranya kononnya orang arab kristian juga menggunakannya.
Kalaupun
benar orang kristian arab menggunakannya, ia digunakan dalam bahasa
arab. Kalau merea mahu gunakan perkataan Allah sebagaimana kristian
arab, maka mereka perlu dan wajib menggunakan bahasa arab sepenuhnya,
bukan hanya ambil cebis-cebis. Contohnya kristian arab menggunakan
perkataan Yasu bila merujuk kepada Jesus. Mengapa pendakyah kristian disini tidak bertegas mahu guna perkataan YasuI dalam menterjemahkan perkataan Jesus ke bahasa Melayu? Mengapa hanya mahu terjemah perkataan God kepada Allah, tidak Jesus kepada Yasu?
Lagipun, perkataan God ada tercatat didalam kitab bible dalam bahasa asal Jesus iaitu Adonai, Eli, Eloi atau Elohim. Mengapa pendakyah kristian disini tidak mahu gunakan perkataan-perkataan ini bila menterjemah perkataan God ke bible versi bahasa Melayu?
Kedua, pendakyah kristian menghalalkan penterjemahan perkataan God secara salah kepada perkataan Allah kononnya atas alasan mereka telah lama menggunakannya. Konon cerita terjemahan secara salah perkataan God kepada Allah dalam versi bahasa Melayu bermula sejak abad ke 16>
Kita
semua tahu bahawa abad ke 16 merupakan permulaan serangan dan
penaklukan negara umat Islam oleh penjajah Eropah beragama kristian
terutamanya daripada British, Sepanyol, Belanda dan Portugis. Mereka ini
adalah negara yang membentuk pasukan tentera salib yang berperang
dengan umat Islam selama hampir 300 tahun di abad ke 11, 12 dan 13
sehinggalah ditewaskan oleh Almarhum Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang
berjaya membuka semula Kota Baitul Maqdis dan membebaskan Masjid
Al-Aqsa.
Dendam
kesumat tentera salibiah ini berkekalan sehinggalah mereka berjaya
menumbangkan Kerajaan Islam Andalusia yang memerintah di bumi Sepanyol
pada tahun 1492. Sejak tumbangnya Kerajaan Islam Andalusia dan lemahnya
pemerintahan khilafiah akibat persengketaan dan perpecahan sesama
sendiri, dan negara-negara umat Islam sudah hilang perlindungan
Khalifah; maka bermulalah ekspedisi penyerangan dan penaklukan keatas
bumi umat Islam.
Dan
siri serangan dan penaklukan yang membawa kepada penjajahan ini
didasarkan kepada Matlamat 3G - Gospel, Gold & Glory.
Gospel sebagai penyebaran agama kristian, Gold untuk mengaut hasil masyhul dan kekayaan umat Islam, dan Glory sebagai kemenangan keatas agama Islam dan umat Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam Perang Salib.
Pengakuan mangsa dakyah kristianisasi |
Bermakna penterjemahan perkataan God kepada Allah
dalam bible versi bahasa Melayu adalah satu strategi pendakyahan
gerakan kristianisasi yang dilakukan secara unilateral semasa era
penaklukan dan penjajahan kuasa kristian Eropah dalam mencapai matlamat
3G mereka!
Oleh itu, desakan pendakyah kristian dibumi Malaysia kini untuk hak menterjemahkan perkataan God kepada Allah dalam
bahasa Melayu bukan sahaja tidak ada kena mengena dengan soal
penganutan atau pengamalan agama kristian; bukan sahaja ianya adalah
satu kesalahan penterjemahan dari segi bahasa dan linguistik; malah yang
lebih besar, ianya sebenarnya merupakan satu agenda gerakan
kristianisasi sebagai penerusan kepada Perang Salib yang bermatlamatkan
3G itu tadi.
Dan
mereka tidak akan berhenti. Mereka akan gunakan Mahkamah, mereka akan
gunakan forum antarabangsa, mereka akan gunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, mereka akan gunakan forum Sidang Hak Asasi Kemanusiaan, mereka
akan gunakan tekanan ekonomi dan perdagangan, mereka akan gunakan
politik, mereka akan gunakan sistem demokrasi, dan mereka akan gunakan
pelbagai cara dan helah untuk mencapai matlamat mereka memurtadkan umat
Melayu-Islam.
Pendakyah-pendakyah
kristian ini nampak kelemahan sistem pilihanraya berdemokrasi kita;
iaitu kebergantungan parti-parti politik dan calon-calon kepada undi,
termasuk undi daripada mereka dalam menentukan kemenangan dan membentuk
Kerajaan. Dan mereka tahu jika mereka dapat menguasai parti yang
menyokong atau mirip kepada tuntutan mereka, maka cita-cita mereka untuk
bukan sahaja memurtadkan umat Melayu-Islam, malah menukar negara ini
daripada negara Islam kepada negara kristian akan berjaya.
Sebab
itu kita mendengar pendedahan oleh bekas aktivis kanan DAP saudara
Razali Rahman bagaimana adanya upacara sumpah di Pulau Pinang melibatkan
paderi-paderi dalam dan luar negara untuk menubuhkan sebuah negara
kristian.
Sebab
itu kita melihat sendiri bagaimana para pastor, paderi (dalam dan luar
negara) dan gereja terlibat secara langsung dengan aktif dalam kempen
Pilihanraya Negeri Sarawak dan dalam PRU-13 lepas.
Sebab itu kita mendengar kisah yang didedahkan oleh seorang pendakwah Melayu-Islam Ustaz Muhammad Al-Amin yang terjumpa Deklarasi Negara Pelangi yang
ditinggalkan oleh rombongan penganut kristian daripada Malaysia yang
menyentuh mengenai PRU-13 dan pembentukan kerajaan semasa beliau membawa
rombongan menziarahi Masjid Al-Aqsa.
Saya
percaya dan yakin para pendakyah kristian ini akan terus menerus
mencetuskan pelbagai isu dan mehnah melibatkan penggunaan kalimah Allah
dan lain-lain untuk memberi gambaran bahawa Kerajaan BN pimpinan UMNO
ini sebagai zalim dan menganiaya kaum minoriti kristian di Malaysia;
manakala pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS yang sudah duduk dibawah tapak
kaki mereka sebagai alternatif terbaik untuk membentuk Kerajaan
Persekutuan dalam PRU-14 nanti.
Bagi mereka, strategi besar sekarang ialah govern those who govern.
Mereka gagal menguasai atau mempengaruhi kerajaan dan pimpinan UMNO,
maka pilihan terbaik mereka ialah menguasai dan mempengaruhi pembangkang
DAP-PKR-PAS.
Sebab
itu saya melihat senario ini dengan satu kegusaran. Kalau Kerajaan
UMNO-BN hampir tumbang dalam PRU-13 akibat tsunai Cina, apakah Kerajaan
UMNO-BN akan tumbang dalam PRU-14 akibat tsunami kristianisasi?
Na'uzubillah min zalik.
Namun kita umat Islam wajib ingat amaran Allah didalam Surah Al-Baqarah 2:120, 'sesungguhnya
Yahudi dan Kristian adalah musuh kamu yang sekali-kali tidak akan redha
dan setuju dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut kehendak
dan cara kehidupan dan agama mereka'.
Tetapi Allah memberikan kita jalan keluar dengan meneruskan firman, 'katakanlah kepada kuffar ini bahawa cukup Al-Quran sebagai petunjuk yang benar bagi kami'. Maka kita wajib berpegang kepada Al-Quran, yang antara lain menyeru kita supaya 'wa'
tasimu bihablillah hijami'aa, walaa tafarroquu - bersatulah kamu dengan
berpegang kepada tali Allah (iaitu Al-Quran), dan janganlah kamu
bercerai berai'.
Tetapi njika enggan dan ingkar, Allah memberikan amaranNya, 'jika
kamu memilih untuk bersama dan mnuruti kuffar Yahudi dan Kristian ini,
walaupun setelah datang kepada kamu peringatan daripada Al-Quran, maka
perbuatlah sedemikian (iaitu turutilah kamu kuffar Yahudi dan Kristian
ini), namun ingatlah Allah tidak akan lagi membimbing dan memimpin kamu'.
Ya
Allah, persaksikanlah bahawa sesungguhnya aku telah pun menyampaikan
amaran dan peringatan Mu. Peliharalah iman dan aqidah diriku, anak-anak
dan isteriku, ibu ku, kaum keluargaku, dan seluruh umat Islam yang masih
lagi beriman dan bertaqwa kepada Mu, yang masih mengharapkan belas
ihsan, rahmat dan kasih sayang Mu, yang masih mendombakan petunjuk dan
hidayah Mu. Masukkanlah kami kedalam golongan yang berjiwa tenang,
masukkanlah kami dalam golongan yang meredhaiMu dan Kau meredhai kami,
masukkanlah kami dalam golongan hambaMu, dan masukkanlah kami dalam
SyurgaMu. Ameen ya robbal 'aalameen.
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Rabi'ul Awal 1435
17 Januari 2014
No comments:
Post a Comment