Assyahid Saidina Ja'afar Abi Talib At-Tayyar sanggup mempertahankan bendera perang sehingga dipancung kaki dan tangannya! Islam mengajar kita menghormati bendera negara lain. |
KUALA LUMPUR 21 Jan - Para penyokong pembangkang dilihat mengamalkan
politik rimba apabila bertindak memalukan negara dengan membakar
bendera Jepun sebagai tanda protes larangan masuk pemimpin partinya
Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara matahari terbit itu.
Bekas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata, amalan tersebut bukanlah budaya rakyat Malaysia dan tindakan mereka sangat memalukan negara di mata antarabangsa.
"Kita mengutuk keras tindakan ala rimba dan politik kehaiwanan yang dibawa oleh mereka ini," katanya kepada wartawan RakyatNews dalam temubual eksklusif di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan kumpulan pro-pembangkang membakar bendera Jepun dihadapan bangunan keduataanya di Jalan Stonor, ibu negara, pagi tadi.
Himpunan tersebut dihadiri kira-kira 20 peserta dan penyokong pembangkang yang turut bertindak memijak bendera tersebut.
Menurut Zulkifli, kumpulan kecil ini tidak mewakili seluruh rakyat Malaysia namun perkara memalukan seperti ini harus dipandang serius dan mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas.
"Kerajaan Malaysia harus bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat. Kerajaan juga mesti mengeluarkan satu kenyataan jelas bahawa insiden pembakaran bendera Jepun tersebut tiada kaitan dengan Malaysia," ujarnya.
Jelas Zulkifli, sekatan Jepun terhadap Anwar tidak melampaui mana-mana batas perundangan ekoran negara tersebut mempunyai hak untuk menghalang sesiapa sahaja dari memasuki negaranya mengikut syarat yang ditetapkan mereka.
"Setakat Anwar ini 'ikan bilis' sahaja. Orang yang lebih hebat seperti Sir Paul McCartney dan Paris Hilton juga pernah dilarang masuk (ke Jepun).
"Tindakan (Jepun) terhadap Anwar bukanlah sesuatu yang diluar tabi'i," katanya lagi.
Zulkifli kemudiannya menyoal tujuan sebenar Anwar ke Jepun sungguhpun parti pimpinannya kini bergolak terutamanya di Selangor dimana beliau bertindak sebagai Penasihat Ekonomi negeri perlu menyelesaikan konflik antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
"Selesaikan masalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini berkaitan tentang perebutan jawatan antara Azmin dan Khalid sehingga menyebabkan dua penjawat awam menjadi mangsa disebabkan perebutan politiking mereka.
"Sebagai Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor, tidak wajar dia (Anwar) pergi berjalan di luar negara dalam keadaan parti dan negeri di mana dia menjadi penasihat menghadapi krisis," katanya lagi.
Nota: lapuran ini telah di edit oleh moderator. Harap maklum

No comments:
Post a Comment