25 January 2014

DEBAT MUSIBAT?

pic of lucifer  - An unsuspecting businessman is about to shake hands with the devil  - JPG
"Dan ada antara manusia berkata, 'kami beriman kepada Allah, sesungguhnya kami hanya ingin membuat kebaikan. Sebenarnya mereka bukanlah orang beriman, dan mereka cuba menipu Allah dan orang beriman. Sebenarnya mereka hanya menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari. Dalam hati mereka ada penyakit. Sesungguhnya mereka adalah pembuat kerusakan. Dan apabila diberitahu kepada mereka, berimanlah kepada Allah dan janganlah membuat kerusakan. Dengan angkuh sombong mereka berkata, adakah kami akan beriman macam mereka ini (orang beriman) yang kurang berakal. Dan bila mereka kembali kepada syaitan dan iblis pemimpin mereka, mereka berkata sesungguhnya kami hanya memperolok-olokkan orang yang beriman itu. Allah akan memperolok-olokan mereka, dan membiarkan mereka terus dalam kesesatan, kerana mereka membeli kesesatan dengan petunjuk; dan itulah perdagangan yang tidak beruntung, dan mereka tidak akan beroleh sebarang petunjuk". Mafhum dan maksud Surah Al-Baqarah 2: 08.-16
Salam 2 all.

Saya mendesak supaya cadangan mengadakan debat isu 'Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dari Sudut Undang-Undang' yang dijadualkan Isnin 27 Jan 2014 di Shah Alam dibatalkan serta merta kerana ianya satu perbuatan tidak berfaedah dan tidak sewajarnya diteruskan kerana:

1. Undang-undang begitu jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain daripada cara yang ditetapkan Islam. Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di semua negeri termasuk Selangor, dibaca dengan Artikel 3 & 11 Perlembagaan Persekutuan sudah terlalu jelas, dan hanya orang jahil sahaja yang tidak akan memahaminya;

2. Titah Tuanku Sultan Selangor, bersama dengan titah Tuanku YDP Agong, Tuanku Raja Muda Perak berserta pendirian Majlis Raja-Raja Melayu jelas melarang penggunaan Kalimah Allah oleh selain Islam;

3. Keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam dalam kes tuntutan The Herald adalah jelas dan sepatutnya dihormati semua pihak;

4. Fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1988 cukup terang dan jelas bahawa kalimah Allah adalah persoalan aqidah dan ketuhanan dan hanya boleh digunakan sebagaimana yang ditetapkan Islam sebagai nama Tuhan Yang Esa, bercanggah dengan fahaman kristian mempercayai ketuhanan tiga dalam satu dengan berteraskan konsep anak tuhan;

5. Ketetapan Majlis Syura' PAS pada 13.01.2013 dan pendirian jelas Timbalan Mursyidul Am PAS & bekas Ketua Dewan Ulama PAS yang menetapkan bahawa kalimah Allah adalah soal aqidah dan tidak boleh digunakan selain yang ditetapkan Islam.

Berdasarkan fakta-fakta diatas, saya berpendapat meneruskan Debat tersebut adalah satu penghinaan terhadap titah Tuanku Raja-Raja Melayu, melanggar peruntukkan undang-undang dan Perlembagaan Negara, menghina keputusan Mahkamah Rayuan, dan memperlekehkan Majlis Fatwa dan ketetapan Majlis Syura' PAS.

Ianya juga tidak membawa apa-apa faedah dan keuntungan bagi umat Islam kerana kelihatah begitu janggal dan bodoh bagi umat Islam bertekak sesama sendiri untuk mempertahankan tuntutan kristian yang bercanggah dengan aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Kita akan hanya menjadi bahan ketawa kepada orang bukan Islam.


Sekiranya ada mana-mana pihak masih bertegas dan berdegil mahu membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah, katakanlah kepada mereka ketegasan yang jelas - Lakum diinukum waliyadeen - untuk mereka agama dan kefahaman mereka, untuk kita agama dan kepercayaan kita!

Oleh itu, saya menyeru pihak penganjur debat tersebut supaya membatalkan serta merta cadangan debat tersebut. Dan saya menasihatkan para panelis dan peserta supaya menarik diri daripada meneruskan cadangan menersukan debat tersebut.

Saya juga mendesak pihak berkuasa samada JAIS, atau pihak Polis mengambil tindakan samada menurut Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 (memandangkan venue debat dibuat didalam Negeri Selangor) ataupun Seksyen 298A Kanun Kesiksaan sekiranya debat itu diteruskan.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
23 R'Awal 1435
25 Jan 2014

No comments: