21 October 2013

LA TAHZAN

And to ALLAH belongs the dominion of the heavens and the earth, and ALLAH has power over all things. Verily, in the creation of heavens and earth, and in the alternation of night and day, there are indeed signs for men of understanding, (that is) those who remembers ALLAH (always, and in prayers) while standing, sitting,, and lying down on their sides, and think deeply about the creation (saying): O ALLAH! You've not created (all) this without purpose, glory to You! (Exalted are You above all that they associate with You as partners or sons). Give us salvation from the torment of the Fire! (Ali-Imran 3: 189-191)
Salam 2 all.

Al-Quran is full of miracles. Apart from being words of ALLAH, it is also medicine for the soul. In time of despair and needs, sorrow or sadness when there is no other place to turn to - we can always turn to Al-Quran.

La Tahzan - dont't be sad!

The following verses are testimony to the psychological wonders of Al-Quran: 

1-Why am I tested?

Surat Al-Ankabut: 2-3: “Do people think that they will be left alone because they say; "We believe," and not be tested. And indeed We tested those who were before them. And ALLAH will certainly make it known the truth of those are true, and will certainly make it known the falsehood of those who are liars, althoughALLAH knows all that before puttong them to test.”

2- Why I don't get my wishes?

Surah Al-Baqarah: 216: “Maybe you may dislike what is ordained unto you, and it maybe what you dislike a thing which is good for you, and that you like a thing which is bad for you. ALLAH knows but you do not know.”

3- Why this heavy burden?

Surah Al-Baqarah: 286: “ALLAH burden not a person beyond his scope and ability.”

4- How to overcome the sadness?

Surah Al-Imran: 139: “So do not become weak, nor be sad, and you will be superior in victory if you are indeed true believers.”

5- I could not take it anymore!!!!!

Surah Yusuf: 87: “never give up on ALLAH's Mercy. Certainly no one despairs of ALLAH's Mercy, except the people who disbelieve."

6- How do I face the test of life?

Surah Ali-Imran: 200: “O ye who believe! Endure and be more patient (then your enemy).”

7- So what is the answer?

Surah Al-Baqarah: 45-46: ”And seek help in patience and solah, and truly, it is extremely heavy and hard except for Al-Khashi'un (ie the true believers in ALLAH - those who obey ALLAH with full submissions, fear much of His Warnings (hell),. They are those who are certain that they are going to meet their Lord, and that unto Him they are going to return.”

8- So who is going to help me?

Surah Ali-Imran: 173: “ALLAH alone is sufficient, and He is the best Disposer of affairs for us.”

Please spread this wonders of Al-Quran to all mankind, and see how ALLAH's rewards multiply back to you.

May ALLAH blessed all of us with His Mercy and Guidance.

Zulkifli Noordin
Kuala Lumpur
Monday
16 ZulHijjah 1434
21 Oct 2013

TRANSFORMASI UMNO

Lawatan Presiden UMNO, Dato' Sri Najib & Datin Sri Rosmah berserta anak-anak ke Gaza pada hari Selasa 10 Rabi'ul Awal 1434 bersamaan 22 Januari 2013 membuka pintu harapan kepada umat Palestin.
Salam 2 all.

Saya memanjatkan syukur kehadrat ALLAH swt atas limpah kurnianya UMNO, parti keramat bangsa Melayu telah berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab melakukan proses pemilihan barisan kepimpinan dengan baik dan sempurna.

Ini adalah bukti transformasi politik yang dilaksanakan telah diterima baik oleh ahli akar umbi UMNO.

Sebenarnya ini adalah kejayaan ahli akar umbi UMNO yang berjaya membuktikan kematangan politik yang tinggi.

Transformasi ini telah memberikan ahli akar umbi UMNO ruang untuk bersuara, dan mereka telah menterjemahkan suara mereka didalam bentuk pemilihan yang baru berlalu.

Buat pertama kali dalam sejarah politik negara, barisan kepimpinan UMNO dipilih secara langsung oleh ahli akar umbi. Tiap ahli kini boleh berbangga bahawa pemimpin mereka yang duduk di Majlis Tertinggi UMNO adalah pilihan ahli sendiri; tiap ahli ada saham dalam pemilihan yang baru berlalu!

Sebenarnya tiada istilah menang atau kalah dalam pemilihan UMNO kali ini. Ianya adalah persoalan memikul amanah dan tanggungjawab.

Kepada mereka yang baru diberi mandat oleh ahli, saya ucapkan tahniah, dan bersyukurlah. Jauhi sikap takbur, angkuh, sombong dan meninggi diri kerana itu adalah sifat iblis dan syaitan.

Sebaliknya, pastikan amanah yang diberi dipikul dan dilaksanakan dengan sempurna demi untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara.

Jangan sesekali menganggap amanah itu sebagai jambatan untuk habuan, kedudukan atau jawatan, tetapi adalah satu amanah yang perlu disempurnakan dan akan dipertanggungjawabkan kelak.

Kepada mereka yang tidak terpilih dalam pemilihan ini, sumbangan saudara/ saudari tetap diperlukan dan pasti akan dihargai oleh UMNO.

Saya yakin suara dan sumbangan saudara/ saudari akan tetap diberi tempat dan perhatian kepimpinan didalam perjuangan UMNO.

Tiap ahli UMNO semua peringkat sebenarnya berada didalam satu keluarga besar UMNO. Tiada istilah menang atau tewas bagi mana-mana calon. Yang menang ialah UMNO kerana berjaya dalam transformasi politik disaat yang mencabar ini. Tiap ahli UMNO semua adalah pemenang.

Oleh itu sudah tiba masa tiap ahli merapatkan saf dan bersatu dalam perjuangan. Ukhwah & kesatuan yang berteraskan kepada perjuangan membela agama, bangsa & negara adalah sumber kekuatan UMNO.

Dalam memastikan kesatuan dan perpaduan parti semakin mantap, saya turut mahu mencadangkan kepada kepimpinan UMNO khususnya Dato' Sri Presiden supaya melantik Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai anggota lantikan Majlis Tertinggi UMNO.

Saya percaya suara akar umbi mahu melihat Datuk Paduka Mukhriz diberi ruang dan peluang untuk menduduki barisan saf kepimpinan UMNO, dan perlantikan beliau pasti akan lebih memperkasakan UMNO insyallah.

Saya juga berharap dan berdoa agar kepimpinan UMNO yang ada kini terus memastikan perjuangan untuk memartabat dan memperkasakan bangsa Melayu dan agama Islam terus diberi keutamaan; sambil tidak melupakan tanggungjawab memastikan hak dan kebajikan kaum dan agama lain dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Semoga ALLAH terus merahmati dan memberkati perjuangan UMNO demi untuk agama, bangsa dan negara.

Amin Ya Rabbal 'Aalamin.


Wallahua'lam dan Wassalam.


Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
15 ZulHijjah 1434
20 Okt 2014

18 October 2013

KALIMAH KUFUR

 
Kalimah ALLAH dalam pelbagai tulisan

Salam 2 all.

Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.

Semuanya akibat mempolitikkan isu ini. Ada yang terlalu ghairah nak mencari populariti, walau bergelar agamawan dan ilmuwan dengan ijazah berjela sampai PhD pun ada; tetapi tenggelam dalam kesyirikan dan kekufuran. Mereka bukan sahaja syirik dan kufur, malah mensyirikkan dan mengkufurkan pengikut dan penyokong mereka, na'uzubillah.

Antara isu dan persoalan yang mereka bangkitkan untuk menghalalkan kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH adalah seperti berikut:

1. 'Arab kristian dah lama pakai!

Tiba-tiba semua orang jadi pakar bahasa 'arab. Siap dengan segala analisa dan kupasan, tanpa sedikit pun menyedari bahawa bahasa 'arab dan bahasa Melayu sangat berbeza.

Dalam bahasa 'arab, terjemahan bagi perkataan 'god' ialah 'allah'. Ini kerana sejak Adam a.s lagi, perkataan god yang diketahui mereka ialah allah.
Kalimah ALLAH dalam bahasa arab ditulis seperti berikut: الله

Dalam bahasa arab, mereka tidak membezakan antara nama am (common noun) dengan nama khas (proper noun) melalui tulisan, berbeza dengan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Bagi kita orang Melayu, kita boleh membezakan antara nama am dengan nama khas melalui tulisan, walaupun ejaan dan bunyinya sama. Contohnya:

Perkataan 'bush' dengan 'Bush'.

Apa perbezaan antara kedua perkataan ini?

Ejaan dan bunyi sama sahaja. Tetapi bila melihat tulisan perkataan 'bush', kita orang Melayu terus faham itu adalah 'nama am' bermaksud semak.

Tetapi bila melihat tulisan 'Bush', kita tahu itu nama khas, nama orang, nama bekas Presiden Amerika!

Bahasa Melayu membezakan 'nama am' dengan 'nama khas' melalui penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Tetapi dalam bahasa arab, tidak ada perbezaan penulisan perkataan.
Perkataan nama khas 'Allah' dan nama am 'allah' ditulis sama sahaja iaitu:  الله

Orang arab bila melihat tulisan itu mereka faham. jika yang menyebutnya bukan Islam, mereka faham itu terjemahan nama am bagi perkataan 'god'. Atau dalam tulisan rumi, mereka faham 'allah' itu ialah ganti nama am perkataan 'god'.

Tetapi bila yang menyebutnya Muslim, orang Islam, mereka faham itu nama khas bagi God; atau lebih tepat dalam tulisan rumi bahasa Melayu 'ALLAH'.

Itulah perbezaannya. Ini namanya 'uruf al-balad. Kefahaman setempat. Apa yang difahami di Arab tidak sama dengan apa yang difahami di Malaysia. Walaupun perkataan itu sama. Bila orang arab sebut haram, itu mereka faham sebagai Mekah atau Masjid Nabawi. Tetapi orang Melayu faham lain.

Bila orang Indonesia sebut 'Bapak Anuar membutuhkan Pak Khalid', orang Indonesia faham Bapak Anwar memerlukan Pak Khalid. Tetapi bagi Melayu Malaysia, itu maksudnya Bapak Anuar meliwat Pak Khalid (perumpaan sahaja tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang hidup apatah lagi yang dah padam)!

Lain padang, lain belalang. Lain tempat, lain kefahamannya. Itulah 'uruf al-balad.

Sebab itu kita tidak boleh kata memandangkan kristian arab pakai kalimah 'allah', maka kristian Malaysia sini pun boleh pakai. Bagi orang arab, ini persoalan bahasa. Bagi kita ini soal aqidah, nama ketuhanan.


2. Jadi apa nama tuhan yang diguanakan oleh arab kristian?

Sebab itu bila kita tanya orang kristian arab apa nama tuhan dia, mereka tidak akan sebut 'ALLAH'. Sebaliknya mereka akan sebut seperti berikut:

بِاسْمِ الآبِ وَالاِبْنِ وَالرُّوحِ الْقُدُسِ

Atau dalam tulisan rumi ditulis seperti berikut: Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus; Dengan nama Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Kudus; In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit!

Dan orang arab kristian tidak menggunakan nama 'Jesus' sebaliknya mereka menggunakan perkataan Al-Masīḥ atau أَلْمَسِيح  atau Yasu - iaitu terjemahan perkataan atau Yeshua dalam bahasa Hebrew.

Jadi kita orang Melayu tidak sepatutnya keliru atau dikelirukan dengan hujah sesat menyatakan memandangkan kristian 'arab boleh pakai kalimah allah, maka kristian Malaysia pun boleh guna! Itu adalah pendapat yang sesat lagi menyesatkan!


3. Kenapa kristian tidak terjemah gantinama 'god' dengan perkataan lain?

Itulah yang menjadi persoalannya sekarang. Perkataan 'god' dalam Bahasa Inggeris sepatutnya dan betulnya bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu ialah dengan menggunakan perkataan 'tuhan', bukan 'allah'.

Kita orang Melayu tidak terjemah perkataan 'God The Father, God The Son & God The Holy Spirit' dengan 'Allah Bapak, Allah Putra & Allah Roh Kudus'.

Kita tahu itu tidak betul. Sepatutnya diterjemahkan dengan betul ke Bahasa Melayu dengan perkataan 'Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Tuhan Roh Kudus'. Itu baru betul!

Atau mereka boleh terjemah menggunakan perkataan Hebrew iaitu Eli atau Eloi atau Elohim (semuanya bermakna 'god' dalam bahasa Hebrew dan memang digunakan dalam Kitab Perjanjian Lama sehingga sekarang). Maka ia akan jadi 'Eli Bapak, Eli Putra & Eli Roh Kudus'.

Kenapa mereka berdegil mahu terjemah perkataan 'god' dengan menggunakan kalimah ALLAH saya pun tidak tahu! Adakah mereka mempunyai agenda tersirat?
Tetapi kalau ikut pendedahan majalah mereka sendiri Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka meemahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.


4. Habis macam mana kristian nak nyanyi lagu Negeri Kedah?

Ada yang lebih teruk berhujah, kalau macam tu kristian dan non-muslim lain tidak boleh lah menyanyikan lagui negeri Kedah!!!

Lirik Lagu Kebesaran Negeri Kedah

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata

Saya sampai menggelengkan kepala bertanya, awat lah hangpa boleh jadi bengong sampai macam tu?

Jawapannya mudah sahaja. Dalam konteks lirik lagu Negeri Kedah diatas, kalimah ALLAH dalam lirik ALLAH selamat Sultan Mahkota itu membawa maksud ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu.

Sesiapa pun yang menyanyi lirik lagu itu faham, atau kena faham ianya membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu! Ia tidak pernah bermaksud, dan tidak diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Tiga Dalam Satu, Allah Triniti, Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Suci!!!

Bukan...bukan...bukan!!!


5. Lencana Polis, Askar macam mana?

Ada juga memberi hujah yang kurang cerdik; habis polis bukan Islam pakai lambang atau lencana ada kalimah 'ALLAH' macam mana?

Sekali lagi, seperti soalan lagu Negeri Kedah, kalimah ALLAH yang tertera di lencana polis, tentera atau mana-mana di Malaysia ini membawa maksud ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu. Ia tidak pernah bermaksud, atau diniatkan sebagai Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga Dalam Satu, atau Allah Bapak, Allah Putra & Allah Ruh Kudus!!!

Samada yang memakai lencana tertera kalimah ALLAH itu bangsa Melayu, Cina, India, Punjabi, atau beragama Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sikh atau Tao; maksud kalimah ALLAH dilencana atau lambang polis, tentera dan lain-lain itu ialah ALLAH-Hu-Ahad, ALLAH Maha Esa, ALLAH Yang Satu!


6. Dalam Al-Quran kafir sebut kalimah ALLAH!

Ini hujah yang cukup popular dikalangan peliwat democrazy dan para parasit pelesit dan yang sewaktu dengannya!

Mereka akan mencemek bibir sambil berkata, Allah sendiri berfirman dalam Al-Quran seperti berikut:

'Dan sesungguhnya jika engkau (Muhammad) bertanya kepada mereka (kafir dan musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan(untuk faedah makhluknya)?. Sudah tentu mereka akan menjawab ALLAH. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan ALLAH dan memtauhi perintahNya?'.
Al-Ankabut: 29-61 (rujuk juga Al-Ankabut: 29:63-66)

Maka bertempiklah para peliwat democrazy dan parasit pelesit dengan penuh ketakburan! Tengok, ALLAH sendiri kata kafir guna kalimah ALLAH dalam menjawab soalan yang ditanya!

Dalam ayat-ayat seperti ini, kalimah ALLAH digunakan dalam bentuk rubbubiyah; dalam bentuk sifat. Sifat ALLAH sebagai pencipta langit, sifat ALLAH sebagai pencipta bumi, sifat ALLAH sebagai penurun hujan, sifat ALLAH sebagai pemberi nyawa, sifat ALLAH sebagai pencipta matahari, bulan, bintang, cakrawala, lembu, unta, dan macam-macam lagi sifat ALLAH.

Kalau non-Muslim hendak menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk rubbubiyah, pakailah. Kita tidak ada masalah. Cuma jaga adab dan syarat penggunaan. Seperti jangan pakai dalam toilet, jangan pakai sambil nak beli nombor ekor, jangan guna masa nak berliwat atau berzina, jangan pakai masa nak makan babi, dan lain-lain syarat seperti yang ditetapkan syara'.

 
7. Habis tu, kenapa kita larang kristian gunakan kalimah ALLAH?

Kita menentang kristian di Malaysia ini guna kalimah ALLAH kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i'tiqad atau aqidah.yang syirik dan kufur!

Iaitu mereka mengatakan ALLAH itu Allah-Hus-Salis, Allah Triniti, Allah Tiga-Dalam-Satu, Allah Bapak, Allah Anak & Allah Ruh Kudus.

Mereka telah, samada dengan sengaja atau tidak, telah menyalahgunakan kalimah ALLAH!
Mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah ALLAH yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud yang mensyirikkan, bahawa kalimah ALLAH itu adalah Allah-Hus-Salis, Allah Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.
  1. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu. “Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang kedunia ini”.
  2. Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa kearah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju kesana, kita akan tahu bahwa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;
  3. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah TUHAN, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama Nya saja”;
  4. Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;
  5. Risalah menyebut “Rencana Allah Untuk Menyelamatkan Kita Dari Dosa Ialah Dengan Mengutus Anaknya Yang Tunggal”;
  6. Risalah menyebut “Yesus Adalah Allah Dalam Bentuk Manusia”;
  7. Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
  8. Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
  9. Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
  10. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
  11. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
  12. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
  13. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
  14. Tajuk lagu “Allah Peduli” dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, Sebab Allah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;
  15. Tajuk lagu “Harapan Bangsa” dengan lirik menyebut “Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor.

Sedangkan ALLAH telah berfirman dengan cukup jelas didalam Al-Quran:

"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata 'Sesungguhnya ALLAH ialah Isa Al-Masih ibnu Maryam'. Pada Isa Al-Masih sendiri berkata,'Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhanmu, bahawa sesiapa yang menyengutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, maka ALLAH pasti mengharamkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka. Sesungguhnya tiada seorang pun penolong bagi kaum yang zalim. 

Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata,'Bahawasanya ALLAH ialah satu daripada tiga tuhan.' Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti daripada apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang yang kafir antara mereka akan dikenakan azab yang pedih".
Surah Al-Maidah:72-73

Jadi bagi kita umat Islam ini adalah soal aqidah! Ini soal keimanan! Ini soal kepercayaan! Ini soal perintah ALLAH!

Atas sebab itulah kita menentang! Itu sebabnya kita melarang! Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar habuk pun dalam isu ini!


8. Kalimah ALLAH bukan hakmilik mutlak orang Islam!

Memang benar kalimah ALLAH bukan milik umat Islam. Kalimah ALLAH bukan milik Nabi Muhammad saw. Kalimah ALLAH bukan milik UMNO. Kalimah ALLAH bukan milik PAS. Kalimah ALLAH bukan milik Mahkamah!

Betul...betul...betul!!!

Jadi siapa pemilik kalimah ALLAH?

Jawapannya mudah.

Pemilik kalimah ALLAH ialah ALLAH sendiri!

Dialah Pemilik mutlak kalimah itu. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi kebenaran siapa yang boleh menggunakannya. Dan hanya Dia yang berhak mutlak memberi syarat penggunaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan cara penggunaaannya. Hanya Dia yang berhak mutlak menentukan deskripsi kalimah itu! Hanya Dia - ALLAH swt!!!

Dan Dia telah menegaskannya dengan cukup jelas tanpa sebarang keraguan sedikit pun didalam Al-Quran:

Katakanlah bahawa (kalimah) ALLAH itu (bermaksud) Maha Esa (Yang Satu);
(Dan sifatnya ialah) kepada ALLAH tempat segala sesuatu bergantung;
Dia ALLAH tidak beranak, atau diperanakkan;
Dan tidak ada sesuatu apapun yang setara atau sekufu dengan ALLAH! 
Al-Ikhlas: 112:1-4

Jadi Pemilik Mutlak kalimah ALLAH telah menegaskan bahawa kalau mahu mengguna kalimah ALLAH persilakan tetapi mesti merujuk kepada empat syarat iaitu Dia hanya Satu; Dia tempat bergantung segala makhluk; Dia tidak ada anak; Dia tidak ada sekutu!

Sebaliknya bila kristian mahu mengguna kalimah ALLAH ia berubah menjadi bentuk syirik dan kufur seperti berikut:

Katakanlah bahawa ALLAH itu Tiga-Dalam-Satu;
Kami bergantung kepada Jesus (untuk penebus dosa dan lain-lain);
Bahawa ALLAH ada anak bernama Jesus;
Bahawa Ruh Suci (malaikat) itu sekutu dan setara dengan ALLAH;

Maka jelas sejelas-jelasnya bahawa maksud yang dibawa oleh kristian dalam penggunaan kalimah ALLAH adalah bercanggah sama sekali dengan maksud yang Pemilik kalimah ALLAH itu sendiri nyatakan!


Rumusan: jadi apa pendirian kita?

Pendirian kita umat Islam ialah berpegang semula kepada Al-Quran. Dan jelas didalam Al-Quran ALLAH menyebut:

Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171).

Tugas dan tanggunjawab kita umat Islam ialah bukan dengan bersekongkol atau bersetuju atau meredhai perbuatan mensyirikkan ALLAH yang boleh membawa kepada kekufuran ini. Jangan kita beriya-iya punya nak sokongan dan undi mereka sampai sanggup menggadai aqidah dan keimanan, konon bertaqqiyah untuk mendapatkan kuasa.

Tak boleh. Kita bukan syiah yang sanggup dan boleh bertaqqiyyah, walau dalam soal aqidah!

Kita ahli sunnah wal jamaah patutnya cukup jelas pendirian dan pegangan kita. Tidak perlu kita bersorok-sorok, main aci-aci bukak pintu semata-mata kerana gila undi, gila kerusi! Sampai bangga dipanggil Mat Gereja!!!

Tugas dan tanggunjawab kita pertama ialah dengan mencegah kekufuran, kesyirikan dan kemungkaran besar ini. Kerja kita ialah memperbetulkan penyalahgunaan kalimah ALLAH ini. Maknanya kita kena turun padang. Pergi jumpa dengan mereka, terutama penganut kristian. Malah ini merupakan satu peluang untuk kita melaksanakan tugas Rasulullah saw - DAKWAH!

Beritahu mereka dengan jelas; kalimah ALLAH yang kamu gunakan itu sebenarnya dan sepatutnya membawa maksud ALLAH Tuhan Yang Satu, ALLAH yang kita bergantung sepenuhnya kepada dia (bukan makhluk atau patung atau haiwan dan lain-lain); bahawa ALLAH itu tidak ada anak dan tidak ada bapak; dan ALLAH itu tidak ada yang sama setaraf dan sekufu dengan dia!

Nah, itulah kerja dan tugas kita. Jangan cakap sahaja, keluar dan laksanakannya. Kata Nabi saw, baalighul anni walau aayah - sampaikan daripada ku walau sepotong ayat!

Semoga ALLAH swt memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita, memelhiara keimanan dan aqidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah mengharungi zaman fitan ini insya ALLAH!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
13 ZulHijjah 1434
18 Okt 2013

16 October 2013

KUFFAR PEMBELIT 64

Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung (An-Nisaa' 4: 171)

Salam 2 all.

Benarkah dakwaan segelintir missionary dan peliwat democrazy bahawa keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Kerajaan dan melarang kristian daripada menggunapakai kalimah ALLAH bercanggah dengan Surah Ali-Imran: 64?

Nampak gaya segelintir yang telah diliwat otaknya sengaja tidak mahu dan tidak mengerti menghormati keputusan Mahkamah yang tidak menyebelahi mereka. Kalau keputusan Mahkamah memihak kepada mereka, maka mereka akan melolong betapa Mahkamah kini bebas dan pro-pembangkang. Tetapi jika tidak menyebelahi mereka, mereka akan melalak mengutuk Mahkamah sebagai barua dan agen UMNO dan BN!

Terbaru mereka mendakwa Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan Kerajaan melarang kristian menggunapakai kalimah ALLAH telah menjadi balaci UMNO. Malah mereka mendakwa UMNO sekarang sudah menjadi 'Almighty UMNO' kerana mengatasi Al-Quran sedangkan kata mereka Al-Quran sendiri membenarkan kristian, seperti juga Islam, boleh menggunakan kalimah ALLAH.

Dan mereka merujuk kepada Surah Ali-Imran: 64 dengan memetik seperti berikut, 'Say (O Muhammad): (O people of the scriptures (Jews and Christians)! Come to a word that is just between us and you, that we worship none but ALLAH'. Didalam Bahasa Melayu disebut, 'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH!'.
Sebahagian ayat 64 Surah Ali-Imran

Memang sesiapa yang membaca petikan ayat seperti diatas akan terpengaruh; ya tak ya, ALLAH sendiri berfirman kalimah ALLAH boleh diguna oleh Islam, Yahudi dan Kristian; jadi mengapa mereka dilarang daripada menggunakannya?

Untuk menjawab soalan ini, saya merujuk selang tujuh ayat iaitu Ali-Imran: 71, dimana ALLAH menempelak golongan ahli kitab (Yahudi & Kristian) dengan firman Nya, 'O people of the scriptures (Jews & Christians)! Why do you mix truth with faslehood, and conceal the truth while you know?'. Dalam Bahasa Melayu ia bermaksud 'Wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Mengapa kamu mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kamu menyembunyikan kebenaran?'
Surah Ali-Imran: 71

Putar belit dan berbohong, cuba untuk menyesatkan kita!

Dan itulah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh segelintir diantara mereka, dengan memetik hanya sebahagian daripada ayat 64 Surah Ali-Imran, dan menyembunyikan sebahagian daripadanya.

Dan tujuannya jelas. Ini disebut sendiri oleh ALLAH dalam ayat 69, 'Some of the people of the scriptures (Jews & Christians) wish to lead you astray. But they shall not lead astray anyone except themselves, and they perceived not'. Bermaksud 'segolongan ahli kitab ingin menyesatkan kamu. Padahal sesungguhnya mereka tidak menyesatkan melainkan diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedari'.
Surah Ali-Imran: 69

Adalah jelas mereka cuba meliwat ayat Al-Quran dengan hanya membaca sekerat sahaja ayat 64 Ali-Imran, dan menutup sebahagian yang lain. Sedangkan kalau dibaca sepenuhnya, ayat 64 sebenarnya menempelak Yahudi dan Kristian. Dan jika dibaca sehingga ayat 80, sebenarnya ALLAH bukan sahaja mengutuk mereka, malah mendedahkan  pekung dan niat busuk mereka.

Di ayat 78, ALLAH mendedahkan, 'And verily, among them is a party who distort the Book with their toungues (as they read), so that you may think it is from the Book, but it is not from the Book, and they say, 'This is from ALLAH', but it is not from ALLAH, and they speak a lie against ALLAH while they know it' bermaksud 'Dan sungguh diantara mereka niscaya ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca kitab, agar kamu menyangka yang mereka baca itu sebahagian daripada kitab, padahal itu bukan daripada kitab dan mereka berkata 'Itu dari ALLAH', padahal itu bukan dari ALLAH. Mereka mengatakan hal yang dusta terhadap ALLAH, padahal mereka mengetahui'.

Surah Ali-Imran: 78

Cubaan mereka adalah untuk berbohong dan memutarbelitkan ayat 64 dengan menyembunyikan sepenuhnya ayat itu konon untuk menunjukkan ALLAH menyatakan kalimah ALLAH boleh diguna oleh Islam dan Kristian! Betulkah? Mari kita perhatikan sepenuhnya ayat 64:

'Say (O Muhammad): 'O people of the Scripture (Jews and Christians)! Come to a word that is just between us and you, that we worship none but ALLAH (Alone), and that we associate no partners with Him, and that none of us shall take others as lords besides ALLAH'. Then if they (the Jews and Christians) turn away, say, 'Bear witness that we are Muslims'.

'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH, dan kita tidak mempersekutukan Nya dengan sesuatu pun, dan bahwa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain ALLAH. Jika mereka berpaling maka katakanlah, :Persaksikanlah bahawa kami orang Muslim!'. 
Surah Ali-Imran: 64

Adalah jelas ayat 64 bukan sahaja tidak membenarkan mereka menggunakan kalimah ALLAH, malah menempelak mereka yang cuba menyengutukan kalimah ALLAH dengan seseorang atau sesuatu!

Dan itulah sebenarnya yang dilakukan oleh kristian zaman ini! Mereka menyengutukan Tuhan dengan seseorang dan sesuatu; mereka mendakwa ALLAH ada anak bernama Jesus, dan ada sekutu bernama Holy Spirit! Dan mereka cuba menamakannya dengan ALLAH The Father, ALLAH The Son & ALLAH The Holy Spirit; ALLAH Bapak, ALLAH Putra & ALLAH Ruh Suci!

Dan ALLAH memerintahkan Nabi Muhammad saw (dan kita umat Islam, supaya memperbetulkan amalan syirik dan kufur ini dengan mengajak mereka kembali menyembah ALLAH Hu-Ahad, ALLAH Yang Satu, dengan menyeru mereka bahawa;

'He is ALLAH, The One. He is ALLAH the Self-Sufficient Master, to whom all creatures need. He begets not, nor was he begotten. And there is none co-equal or comparable unto Him';

'Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH, Tuhan tempat meminta segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang sekufu setara dengan Nya'.

Surah Al-Ikhlas

Dan jika mereka, Yahudi dan Kristian, tidak mahu mengangkat syahadah pengakuan bahawa ALLAH itu Maha Esa, maka kita umat Islam disertu supaya berkata kepada mereka:

KAMI ADALAH MUSLIM. KAMI MENYEMBAH HANYA ALLAH MAHA ESA!

Dan kita diseru memberi amaran kepada kaum kristian:

'O people of the scripture (Jew and Christian)! Do not exceed the limits in your religion, nor say of ALLAH but the truth. The Messiah 'Isa (Jesus), son of Maryam (Mary), was (no more than) a Messenger of ALLAH and His word, ("Be!" - and he was) which he bestowed on Maryam (Mary) and a spirit (Ruh) created by Him. So believe in ALLAH and His Messengers. Say not: "(ALLAH is) Three (Trinity)!" Cease! (it is) better for you. For ALLAH is (the only) One Ilah (God), Glorified is He (Far Exalted is He) above having a son. To Him belongs all that is in the heavens and all that is in the earth. And ALLAH is All-Sufficient as a Disposer of affairs'.

'Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama mu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap ALLAH kecuali yang benar. Sungguh, Al Masih 'Isa putra Maryam itu adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimah Nya yang disampaikan Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari Nya. Maka berimanlah kepada ALLAH dan Rasul Nya dan janganlah kamu mengatakan "(ALLAH itu) Tiga (triniti)". Berhentilah (dari berkata sedemikian). Itu lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci dia dari (tohmahan) mempunyai anak. Milik Nya apa yang ada di langit, dan apa yang ada di bumi. Dan cukuplah ALLAH sebagai Pelindung'.
 Surah An-Nisa' 4: 171

Dan jika mereka masih terus mahu mensyrikkan ALLAH, dan bersikap kufur, maka ALLAH berfirman:

'Say (O Muhammad) to these musyrikin dan kaafiruun: "O Al-Kaafiruun (disbelievers in ALLAH, in His Oneness, in His Angels, in His Books, in His Messengers, in the Day of Resurrection, and in Al-Qadr)! "I worship not that you worship, nor will you worship that which I worship; And I shall not worship that which you are worshipping, nor will you worship that which I worship. To you be your religion, and to me my religion (Islamic monotheism)';

'Katakan (wahai Muhammad), "Wahai orang-orang kafir (yang ingkar tidak percaya ALLAH, kepada keesaan ALLAH, kepada Malaikat Nya, kepada Kitab-Kitab Nya, kepada Rasul utusan Nya, kepada Hari Kebangkitan, kepada Qada' & Qadar)!. "Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untuk mu agama mu, untukku agama ku'.

Surah Al-Kaafirun

Saya menyeru kepada semua umat Islam, tidak kira apa fahaman politik dan patar-belakang kita, berpeganglah kepada tali ALLAH, dan bersatu-padulah dibawah ukhwah Islamiyyah. Puak kafir, musyrikin dan munafiq sedang menyerang kita dari segala penjuru; dan segala arah. Ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw kepada kita akan berlaku di akhir zaman, di zaman fitnah.

Kita sedang melalui zaman itu sekarang. Kita sedang mengharungi fitnah itu sekarang!

Janganlah kita menjadi seperti ahli kitab Yahudi dan Nasara, yang telah diberitahu melalui Rasul, Nabi dan utusan-utusan ALLAH melalui wahyu, kitab dan peringatan. Namun mereka menolak kebenaran itu bila ia datang; dan mereka menjadi kufur, syirik dan sesat!

Al-Quran ditangan kita, Hadis Nabi saw bersama kita; segala kitab peringatan ada di pundak kita. Mengapa kita meilih untuk menolaknya? Mengapa kita memilih untuk bersekongkol dengan kebatilan, kekufuran, kesyirikan dan kemunafikan?

Kembalilah ke jalan ALLAH! Kembalilah kepada Al-Quran.

Kepada kaum kafir, we know what you are up to! Don't think we Muslim are stupid fools, although you have succeeded in making a fool from some of us who are plainly stupid!

Please remember Al-Quran is not a comic book like Doraemon comic! Al-Quran is not a story book! Al-Quran is Al-Quran! There is strict discipline in reading it! Don't do to Al-Quran what you did to your own book! Please, we know what you know, we know what you may not know! For ALLAH is All-Knowing!

And we say to you:

Lakum dii nukum waliyadiin!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
11 ZulHijjah 1434
15 Okt 2013

14 October 2013

ALLAH HU AHAD

Para peguam sujud syukur diperkarangan Istana Kehakiman selepas keputusan
 ALLAH Maha Besar, Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH
ALLAH Maha Besar, bagi ALLAH segala kepujian

ALLAH Maha Besar, - sungguh Maha Besar
Dan kepujian bagi ALLAH sebanyak-banyaknya pagi dan petang
Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH
Tiada kami sembah melainkan Dia
Ikhlas bersih hati kami beragama bagi Nya
Walaupun kafir tidak suka,
walaupun musyrikin tidak suka
walaupun munafiqun tidak suka

Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH Yang Satu
 Benar janji Nya, menolong hamba Nya
Menguatkan tentera Nya
Mengalahkan semua gabungan kafir dengan sendiri Nya

Tiada Tuhan disembah melainkan ALLAH
Dan ALLAH itu Maha Agong
Dan bagi ALLAH jua segala kepujian

Salam 2 all.

Hari ini Isnin 09 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 14 Oktober 2013 adalah hari wuquf Arafah. "Tidak ada haji melainkan Arafah" - sabda Rasulullah saw. Berjuta umat Islam berhimpun serentak di padang pasir yang panas dan kering kontang di Arafah. Tidak ada perhimpunan jutaan manusia seumpama Arafah.

Dan sepanjang masa mereka melaungkan kalimah tauhid, dipanggil takbir raya di negara ini. Takbir yang mempunyai sejarah daripada kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah saw menentang kafir. Takbir yang memuji ALLAH, takbir yang mentauhdikan ALLAH!

Dan alhmadulillah, takbir itu bergema di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman pagi tadi, dilaungkan oleh umat Islam yang berkumpul menunggu keputusan kes kalimah ALLAH.

Mereka datang dari jauh. Dari Kedah, dari Pulau Pinang, dari Sabah, dari Johor, dari Terengganu dan pelbagai tempat. Mereka datang daripada Perkasa, daripada Perkid, daripada ISMA, daripada Muafakat, daripada Pekida, daripada Pembela, daripada kalangan pelajar IPT, daripada pelbagai badan dan NGO Melayu-Islam. Ada antara mereka dalam keadaan berpuasa sempena hari wuquf.

Mahkamah mula bersidang tepat jam 09.30 pagi di Kamar 5, Aras Bawah, Mahkamah Rayuan Malaysia. Ruang tempat awam penuh sesak dengan para pemerhati terutama daripada umat Islam. Terdapat segelintir daripada kumpulan non-Muslim yang dapat duduk dengan aman selamat didalam Mahkamah. Ramai juga wartawan dalam dan luar negara.

Tempat duduk peguam juga penuh dengan wakil Peguam Negara, peguam-peguam Majlis Agama & MACMA, peguam pemerhati badan pertubuhan Melayu dan Islam.
 
Juga kelihatan peguam-peguam bagi pihak Titular Archbishop, peguam pemerhati semua badan pertubuhan bukan Islam. Agak pelik kerana gabungan 'peguam ahzab' terdiri daripada peguam pertubuhan pelbagai agama tetapi bersatu dalam isu terhadap umat Islam.

Mereka terdiri daripada peguam mewakili perubuhan Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Tao, pertubuhan gereja dan lain-lain! Walaupun berlainan tuhan, berlainan kepercayaan, berlainan sembahan, berlainan agama; tetapi mereka boleh bersatu menentang Islam!

Sebaik sahaja pengerusi sidang YA Hakim Dato' Sri Haji Apandi Haji Ali masuk bersama YA Hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato' Mohd. Zawawi Salleh, suasana Mahkamah menjadi sunyi sepi, bak kata orang, kalau jarum jatuh pun pasti berbunyi.

Setelah pengenalan semua para peguam dibuat, YA Dato' Sri Apandi memulakan sidang dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peguam dan pihak yang terlibat. Yang Arif menyatakan bahawa ketiga-tiga mereka telah membuat keputusan sebulat suara, tetapi masing-masing Hakim mempunyai alasan penghakiman bertulis sendiri.

Demi menjimatkan masa, YA Dato' Sri Apandi menyatakan beliau akan membaca intipati penghakiman beliau; manakala penghakiman bertulis beliau yang penuh serta YA Dato' Aziz dan YA Dato' Zawawi akan diberikan kepada semua peguam; dan orang awam boleh mendapatkannya melalui laman sesawang Mahkamah di www.kehakiman.gov.my.

YA Dato' Sri Apandi memulakan dengan menyatakan bahawa isunya dihadapan Mahkamah ialah samada budibicara yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri dalam mengeluarkan perintah larangan terhadap Titular Archbishop KL daripada menggunakan kalimah ALLAH didalam penerbitan berkala mereka The Herald sah dan berkuatkuasa.

Itu sahaja isunya. YA menyatakan bahawa tugas Mahkamah bukan untuk menentukan samada keputusan Menteri itu betul atau tidak, tanggungjawab Mahkamah hanya untuk menentukan samada keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa dan budibicara dibawah Akta Percetakan & Penerbitan; dan samada ada elemen salahguna kuasa, melampaui kuasa atau niat tidak baik.

Yang Arif menyatakan ketiga-tiga elemen itu langsung tidak ada. Malahan Akta Percetakan & Penerbitan memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengenakan sebarang syarat atau larangan dalam memberikan apa-apa permit penerbitan kepada mana-mana pihak.

Tetapi penghakiman YA Dato' Sri Apandi yang paling menarik kesemua pihak bila beliau menegaskan bahawa 'penggunaan kalimah ALLAH tidak pernah dan bukan sebahagian daripada intipati integral kepercayaan dan perlaksanaan agama kristian. Mahkamah mendapati agak pelik mengapa pihak kristian berkeras mahu menggunakan kalimah ALLAH!!!".
 
Tepat jam 09.50pagi, YA Dato Sri Apandi merumuskan bahawa "kami dengan ini membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak Perayu dan dengan ini membatalkan keseluruhan penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 30.12.2009, dan dengan ini pelarangan penggunaan kalimah ALLAH terhadap Titular Archbishop Kuala Lumpur melalui penerbitan The Herald adalah kekal berkuatkuasa. Memandangkan kesemua pihak bersetuju kepada kos, maka Mahkamah mengarahkan tiada kos dikenakan kepada mana-mana pihak".
 
Semasa YA Hakim Dato' Sri Apandi membaca keputusan saya sudah memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang berkumpul diperkarangan melalui sms. Sebaik sahaja keputusan selesai, terdengar gema takbir ALLAH Hu Akbar...ALLAH Hu Akbar...ALLAH Hu Akbar diluar.

Para peguam yang mewakili kumpulan Islam, yang kebanyakannya juga sedang berpuasa sunat hari wuquf, berpandangan sesama sendiri. Ada yang menitiskan airmata, ada yang menadah tangan syukur, dan ada yang tunduk bertafakkur. Masing-masing merasakan satu bebanan yang maha besar dan berat terangkat dengan dengan keputusan itu.

Sebaik tamat sidang, kami para peguam semua keluar daripada Kamar Mahkamah 5 yang terletak di aras bawah. Kami terus bergerak bersama-sama menuju kepada jemaah yang ramai sedang menunggu di perkarangan. Sebaik sampai, kesemua peguam berbaris dan membuat sujud syukur kepada ALLAH swt. Saya yang kebetulan turut sama bersujud terdengar laungan takbir yang gegak gempita, dan ada antara jemaah yang menangis teresak-esak waktu itu!

Ketua para peguam, saudara Datuk Zainul Rijal Abu Bakar kemudian memberi ucapan ringkas, mengucapkan terima kasih kepada para jemaah yang hadir dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi, walaupun jauh datangnya dan esok Hari Raya Haji, namun sanggup berkorban datang memberi sokongan. Beliau diikuti oleh peguam utama saudara Hanif Khatri yang memberi sedikit penjelasan tentang penghakiman tersebut.

Teman kemudian turut berucap menyatakan ini adalah hadiah hari wuquf yang sangat istimewa. Kesatuan ukhwah umat Islam pelbagai latarbelakang telah memberi kekuatan kepada para peguam. Kita bersyukur dengan kemenangan ini.

Namun teman mengingatkan bahawa pihak Titular Archbishop Kuala Lumpur mempunyai hak untuk merayu dalam tempoh 30 hari. Teman mengingatkan para jemaah bahawa ini hanya kemenangan sementara, kerana ada lagi satu proses rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan. Lalu teman menyeru semua supaya terus istiqomah dalam perjuangan, dan jangan mengharapkan parti politik untuk membela kita. Mereka punya agenda politik yang membataskan mereka untuk bersama kita.

"Kita umat Islam mesti bergantung antara satu sama lain. Kita jangan mengharapkan parti politik untuk membantu kita kerana keterbatasan politik kepartian mereka. Hari ini, keputusan Mahkamah ini membuktikan kita umat Islam boleh melakukan sesuatu dengan kemampuan kita sendiri. Ingatlah pesan ALLAH dalam Surah Al-Baqarah:120 bahawa sesungguhnya mereka kristian ini tidak akan berdiam diri. Mereka akan terus cuba berusaha memesongkan kita untuk mengikut agama dan cara kehidupan mereka. Hanya keimanan yang mantap dan ukhwah perpaduan antara kita sahaja yang boleh menentang mereka".

Begitulah antara lain intipati ucapan teman.

Teman juga mengingatkan jemaah bahawa usaha kumpulan ini tidak terhenti disini. Teman ingatkan bahawa pada 24 Oktober ini, semasa semakan berkala isu hak asasi manusia bagi Malaysia oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland dalam UPR; badan-badan pertubuhan bukan Islam di Malaysia sebanyak 52 NGO telah bersatu menubuhkan satu kesatuan dinamakan COMANGO untuk mendesak PBB supaya menerima tuntutan mereka, antaranya penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian di Malaysia!

Perhimpunan hari ini ditutup dengan doa munajat yang diketuai oleh sahabat saya saudara Ustaz Masridzi Sat, Pengerusi Pertubuhan Perkid Malaysia. Doa munajat yang panjang itu benar-benar menusuk hati qalbu para hadirin. Teman lihat kenderaan-kenderaan yang lalu turut berhenti mengaminkan doa yang dibaca. Ramai yang menangis semasa takbir eidul adha dilaungkan.

Dan ALLAH menutup majlis itu dengan menurunkan hujan rahmat tepat jam 11.30 pagi.

Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita; dan memantapkan ukhwah kesatuan dan perpaduan kita semua insyallah, ameen ya rabbal 'aalameen!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
09 ZulHijjah 1434
14 Oktober 2013

Peguam bagi Menteri Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia
Suzana binti Atan, Dr. Arik Sanusi bin Yeop Johari, Munahyza binti Mustafa, Andi Razalijaya bin A.Dadi & Shamsul bin Bolhassan

Peguam bagi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu
Mubashir bin Mansor, Dato’ Zainul Rijal bin Abu Bakar, Nur Syazwani binti Rosli & Damian Kiethan

Peguam bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Abdul Halim bin Bahari, Azril bin Mohd Amin & Mohd. Fasha Musthafa

Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Melaka
Mohd. Adli bin Ithnin

Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Johor
Ikbal bin Salam

Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Kedah
Nawal binti Hanin, Abdul Rahman & Siti Razasah binti Abd. Razak

Peguam bagi Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
Mohamed Haniff bin Khatri Abdullah, Mohd. Tajuddin bin Abd. Razak,
Mohd. Adzly Ab Manas

Peguam bagi Majlis Agama Islam Negeri Selangor
TanSri Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Abdul Rahim bin Sinwan & Ridha Abadah bin Subri

Peguam Pemerhati bagi pertubuhan -pertubuhan Islam-Melayu
Tuan Hj. Radzi bin Mustafa, Dato’ Zulkifli bin Noordin

Peguam Titular Archbishop Kuala Lumpur
Porres Royan, S.Selvarajah, Benjamin Dawson, Annou Xavier

Dan beberapa Peguam Pemerhati bagi pertubuhan-pertubuhan Non-Muslim

11 October 2013

MEMILIH PEMIMPIN

Keberanian Najib menjejakkan kaki ke bumi Gaza berjaya memperkasa ukhwah Islammiyyah
 Salam 2 all.

Petubuhan politik bangsa Melayu yang terbesar didunia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malay National Organisation (UMNO) sedang melalui proses pemilihan pimpinan semua peringkat. Dan buat pertama kalinya pemilihan pemimpin terutama peringkat nasional dibuat melalui pengundian semua perwakilan peringkat cawangan.

Ini bermakna semua perwakilan cawangan ke Mesyuarat Bahagian berhak mengundi. Caranya ialah dengan tiap perwakilan cawangan mengundi di Bahagian masing-masing untuk memilih pimpinan peringkat Bahagian dan Nasional. Tiap pengundian diperingkat Bahagian akan dikira di Bahagian itu sendiri (dengan kehadiran pemantau) dan keputusan itu dikira sebagai satu undi mewakili Bahagian tersebut.

Kemudiannya kesemua keputusan pengundian kesemua 191 Bahagian UMNO seluruh Malaysia akan dijumlahkan, barulah keputusan peringkat nasional akan ditentukan.

Bermakna kali ini kepimpinan UMNO peringkat Kebangsaan akan dipilih melalui undi akar umbi secara langsung. Ini satu transformasi politik yang sangat baik kerana bukan sahaja suara akar umbi dihargai dan mempunyai kuasa penentu, ianya juga dijangka dapat mengelakkan politik wang. Ini kerana dengan jumlah perwakilan cawangan hampir 200,000 yang layak mengundi, hampir mustahil seseorang calon itu mampu untuk membayar pengundi.

Ini berbeza dengan cara dahulu dimana hanya perwakilan Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO, iaitu sekitar 2,000 orang yang menentukan kepimpinan.

Apapun tahniah kepada UMNO atas keberanian melakukan transformasi politik yang real dan memenuhi kehendak suara akar umbi.

Pemilihan kepimpinan sangat penting, samada didalam UMNO mahupun dimana-mana parti politik. Terlebih-lebih lagi didalam UMNO kerana sesiapa juga yang menerajui kepimpinan UMNO akan menjadi kepimpinan negara; yang akan menentukan dasar dan halatuju negara ini. 

Sebab itu saya nasihatkan ahli UMNO supaya memikirkan semasak-masaknya dalam membuat pemilihan, kerana kesilapan memilih akan mengundang padah yang lebih besar terutama dalam menghadapi PRU-14 nanti.

Ada dikalangan calon yang cukup popular dikalangan UMNO, tetapi ditolak oleh rakyat. Disinilah ahli akar umbi UMNO perlu bermuhasabah dan merenung jauh; apakah kriteria yang kita gunakan untuk memilih seseorang pemimpin?

Pemimpin ini umpama seorang gembala; a leader is a shepherd!

Gembala maknanya dia bukan empunya apa yang dia pimpin. Dia sekadar menjalankan tanggungjawab memelihara gembalaannya sebagaimana yang diarah dan ditetapkan oleh empunya gembalaan itu. Dia juga punya tanggungjawab, akauntabiliti dan pertanggungjawaban!

Seorang pemimpin harus sedar jatidiri dan asal usulnya. Sebagaimana seorang manusia perlu sedar dia hanyalah seorang hamba kepada Maha Pencipta. Dan dia adalah seorang khalifah yang dilantik untuk mentadbir dunia ini.

Seorang pemimpin UMNO perlu sedar dia dipilih oleh ahli UMNO. Dia ada di puncak kerana UMNO. Sebab itu dia perlu sedar pertanggunjawaban dia kepada UMNO. Dia perlu tahu apa dia perjuangan UMNO, dan apa yang perlu dia capai.

Untuk menjadi pemimpin UMNO seseorang itu harus sedar apa itu UMNO?

UMNO adalah sebuah parti yang ujud kerana orang Melayu. Tanpa Melayu tidak ada UMNO!!!

Dan Melayu itu cirinya wajib Islam. Tanpa Islam tidak ada Melayu!!!

Maka sifir politiknya ialah UMNO mesti dan wajib memperjuangkan Islam dan Melayu!!!

Oleh itu perjuangan UMNO yang harus disedari oleh pemimpin UMNO ialah untuk dan bagi kepentingan orang Melayu dan Islam. Ini tidak bermakna kita menafikan, apatah lagi menganak-tirikan kepentingan dan kebajikan penganut agama atau kaum lain; atau menjadikan mereka warga kelas kedua. Tidak sama sekali.

Ia sekadar bermakna kepentingan dan kebajikan bangsa Melayu dan agama Islam mesti diberi keutamaan oleh kepimpinan UMNO; terutamanya dalam memenuhi 7 Wasiat Raja-Raja Melayu dan peruntukkan Perlembagaan dan undang-undang. 

Oleh itu, ahli UMNO wajib menolak mana-mana calon yang tidak meletakkan perjuangan memartabat dan memperkasa bangsa Melayu dan agama Islam. Apatah lagi mereka yang malu dan tiada keberanian meletakkan kepentingan Melayu dan Islam sebagai keutamaan perjuangan. 

Ini juga bermakna perwakilan wajib menolak pemimpin-pemimpin yang korup, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menjalani kehidupan maksiat dan mungkar. Ini adalah jenis kepimpinan yang akan menjahanamkan UMNO; merosakkan bangsa Melayu!

Percayalah, apabila kita meletakkan Islam dan bangsa Melayu sebagai kriteria utama ciri-ciri pemilihan mana-mana pemimpin, ALLAH akan memberi rahmat dan keberkatan Nya.

Soalnya bukan samada pemimpin yang hendak dipilih itu boleh membawa UMNO memenangi PRU-14 atau tidak, tapi soalnya ialah samada mereka boleh membawa UMNO kepada keredhaan ALLAH swt.

Dan apabila kita mendapat keredhaan ALLAH, nescaya ALLAH akan membuka pintu kejayaan dari segala arah dan pelusuk, termasuk daripada sumber yang kita sendiri pun tidak jangka!

Selamat menjalani proses pemilihan esok 07 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan 12 Okt 2013.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adioa amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
06 ZulHijjah 1434
11 Okt 2013

10 October 2013

TUNTUTAN LUAR TABI'E

Pakatan Luar Tabie melahirkan Politik Songsang
Salam 2 all.

24 Oktober 2013 ini sekali lagi maruah dan kedaulatan Malaysia akan dicabar.

Pada 24 Oktober ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (atau dikenali sebagai UNHRC - United Nation Human Rights Commission) akan mengadakan semakan rekod hak asasi manusia bagi Malaysia dipanggil UPR - Universal Periodic Review (Semakan Berkala Sejagat) yang akan diadakan di Geneva, Switzerland.

Dalam semakan ini, HRC akan menilai rekod hak asasi manusia Malaysia terutamanya dalam soal pencabulan atau pelanggaran yang didakwa dilakukan atau berlaku, dan mengarahkan supaya ianya diperbetulkan atau di ambil tindakan susulan.

Persoalan besar kita ialah apakah kayu pengukur yang digunakan oleh HRC dalam membuat semakan dan penilaian tersebut. Hak asasi manusia daripada kacamata siapa? Daripada kayu ukur Islam? Daripada kayu ukur barat? Daripada kayu ukur fahaman liberal dan kebebasan mutlak? Daripada kayu ukur kristian?

Dalam membuat semakan dan penilaian ini, HRC akan berpandu kepada beberapa lapuran yang diterima termasuk daripada Kerajaan Malaysia dan badan-badan berkepentingan atau badan-badan penyibuk seperti NGO-NGO termasuk NGO-NGO dalam negara dan asing.

Apa yang berlaku ialah beberapa badan-badan NGO di Malaysia telah mengujudkan sebuah badan dikenali sebagai COMANGO - Coalition of Malaysian NGOs (Pakatan NGO-NGO Malaysia) dan mengemukakan memorandum kepada HRC untuk mendesak Malaysia menerima beberapa tuntutan mereka.

COMANGO mendakwa mewakili 54 pertubuhan NGO Malaysia, memberi gambaran seolah-olah ianya mewakili suara majoriti rakyat Malaysia. Sedangkan hakikatnya, hanya beberapa kerat sahaja daripada NGO tersebut yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, dan ada antaranya adalah badan yang tidak berdaftar; atau dalam ertikata lain petubuhan haram.

Diantara NGO yang menganggotai COMANGO ialah:

1. Suaram - sebuah pertubuhan haram yang tidak pernah berdaftar dengan ROS;

2. SIS Forum - sebuah syarikat yang menggunakan label Sisters in Islam tetapi tidak berdaftar dengan ROS (tetapi berdaftar dengan SSM);

3. Tenaganita - sebuah badan yang diketuai oleh Irene Fernandez seorang yang sangat pro-pembangkang;

4. PT Foundation - atau nama sebenarnya Pink Triangle;

5. Seksualiti Merdeka - sebuah badan yang mahu menganjurkan festival berkaitan seks bebas dan mendapat sokongan kuat daripada Majlis Peguam;

Sebenarnya kita pun tidak tahu jumlah sebenar keahlian badan-badan ini. Ada antaranya hanyalah syarikat yang berdaftar dengan SSM, yang mungkin ahli lembaga pengarahnya mungkin 10 atau 20 kerat sahaja.

Juga ada antara badan yang dinamakan sebagai anggota COMANGO ialah seperti Jawatankuasa Kecil Civilrights bagi Pertubuhan Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur. Hanya sebuah jawatankuasa kecil! Macam Jawatankuasa Kecil Jamuan bagi Persatuan Penduduk Kampung Hussein Lempoyang! Makna kata kalau sesuatu pertubuhan atau persatuan itu ada 12 jawatankuasa kecil, boleh dilonggok semua jawatankuasa kecil itu secara berasingan; memberi gambaran seolah-olah ada banyak badan yang menganggotainya!

Selain badan dan pertubuhan dalam Malaysia, Memorandum terhadap Malaysia turut menerima sokongan daripada beberapa badan asing seperti:

1. Amnesty International;

2. Dignity International;

3. Human Rights Watch;

4. Becket Fund for Religious Liberty;

5. International Commission for Jurist;

Ini adalah antara badan asing yang sentiasa mencampuri urusan dalaman sesebuah negara dan dipercayai mendapat pembiayaan dana asing dan ada yang membiayai beberapa individu dan pertubuhan dalam negara ini.

Selain daripada gambaran konon COMANGO ini mewakili begitu banyak pertubuhan seolah-olah mewakili suara majoriti rakyat Malaysia, tuntutan mereka juga adalah sangat bercanggah dengan perundangan negara dan norma kehidupan rakyat Malaysia.

Diantara tuntutan mereka ialah:

1. Membenarkan Murtad - mendesak Malaysia menerima Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil & Politik (International Covenant on Civil & Political Rights - ICCPR). Antaranya tuntutan yang memberikan hak kepada seseorang untuk "menganut dan mengamalkan apa-apa agama atau kepercayaan, termasuk menukar atau menggantikan agama atau kepercayaan itu, termasuk tidak mahu mempunyai agama atau apa-apa kepercayaan".

Ini secara langsung bercanggah dengan syariat Islam, bercanggah dengan Perlembagaan dan undang-undang negara. Ringkasnya ia membenarkan murtad!

2. Amalan Seks Songsang & Luar Tabi'e mereka juga mendesak Malaysia menerima dan mengiktiraf SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity (Hak Pengenalan Jantina & Orientasi Seksual). Ini termasuk LGBTIQ - iaitu hak pengenalan identiti diri melalui orientasi seksual seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Inter-sex & Queer-Person (merangkumi kaum pengamal seks songsang seperti Lesbian, Homoseks, Bapuk, Pondan, Pengkid, dll). Ini juga bermakna penghapusan Seksyen 377 Kanun Kesiksaan yang menjadikan seks songsang termasuk liwat sebagai jenayah yang boleh dihukum.

3. Nikah Songsang - Malaysia juga didesak menerima Prinsip-Prinsip Yogjakarta dimana dalam perhimpunan beberapa NGO hak asasi tanpa batas di Jogja, mereka mendesak perkahwinan songsang sama jenis jantan-jantan & betina-betina diiktiraf; bermakna Kerajaan dan rakyat Malaysia bukan sahaja wajib menerima dan mengiktiraf nikah songsang ini, malah kena terima ia sebagai sebuah institusi perkahwinan yang sah; termasuk mereka boleh mengambil anak angkat, pelepasan cukai pasangan dan macam-macam lagi hak yang biasa diberi kepada pasangan suami-isteri yang sah!

4. Penghapusan Jenayah Syariah - mereka juga mempersoalkan peruntukan undang-undang jenayah syariah seperti khalwat, zina, minum arak dan lain-lain yang didakwa sebagai mencabul hak individu dan menganggu urusan peribadi seseorang. Oleh itu mereka mendesak peruntukkan seperti ini dimansuhkan atau dipinda;

5. Kebebasan & Kesamarataan Agama - isu pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dijadikan sandaran sebagai bukti konon Malaysia mengamalkan diskriminasi agama. Begitu juga isu penjagaan anak-anak bagi ibu bapa bukan Islam yang memeluk Islam. Dan yang peliknya, isu pelarangan fahaman syiah juga dibangkitkan sebagai bukti amalan diskriminasi agama oleh Malaysia!

6. Penghapusan Dasar Afirmatif Bangsa Melayu - mereka mendesak Malaysia menerima Perjanjian Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman (International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimintaion - ICERD). Jika ini diterima, Dasar Ekonomi Baru akan menjadi haram. Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera akan menjadi haram!

7. Artikel 153 Perlembagaan Di Hapuskan - mereka mendakwa bahawa Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan adalah rasis dan bersifat perkauman. Mereka juga mendakwa Artikel 153 dijadikan sebagai 'alat politik'. Kesan daripada ini ialah sebarang dasar atau perlaksanaan yang dibuat dibawah Artikel 153 adalah dianggap rasis dan perkauman dan mesti dihentikan.

RUMUSAN

Kita dapat melihat betapa merbahayanya gerakan yang cuba menekan Malaysia, sebuah negara umat Islam tetapi didesak menerima amalan hidup dan gaya kebebasan tanpa batas mengikut kayu pengukur manusia bernafsu haiwan dan kebinatangan.

Mereka mahu kita menerima gaya dan cara hidup yang lebih hina daripada haiwan!

Sebab itu kita mendesak Kerajaan dan keseluruhan umat Melayu-Islam supaya bangkitlah daripada dibuai kelenaan mimpi empuk. Aqidah kita diserang, agama kita dihina, bangsa kita dinista, cara kehidupan kita disita, warisan kita sedang dibinasa; bagaimana mungkin seorang yang mengaku Melayu-Islam masih boleh terus lena dan leka.

Adalah wajib kita semua bersatu dan bangkit menentang kemungkaran besar ini.

Stand up and be counted before ALLAH! Be a Soldier of ALLAH - Lasykar ALLAH!

Bagi pertubuhan-pertubuhan Melayu-Islam, kami telah menubuhkan sebuah badan dinamakan Muslim-UPRo For Malaysia atau singkatan MuslimUPRo. Dan kami akan menghantar 17 orang perwakilan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri sidang tersebut. Memang jumlahnya sedikit tetapi itu yang termampu dilakukan dengan pembiayaan sendiri.

17 anggota perwakilan ini akan diketuai oleh seorang peguam saudara Azril Mohd. Amin daripada PPMM  dan terdiri daripada mereka yang ada latarbelakang guaman, siasah, syariah, isu hak asasi kemanusiaan dan lain-lain. Antara badan yang membentuk MuslimUPRo ialah ISMA, Pertubuhan Muafakat, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan lain-lain.

Kami mengharapkan agar umat Islam mendoakan  kejayaan perwakilan MuslimUPRo ini insyallah.

Semoga ALLAH memelihara aqidah dan keimanan kita, dan memberikan kita kekuatan ukhwah dan istiqomah insyallah. Ameen.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
05 ZulHijjah 1434
10 Okt 2013

* Nota: NGO-NGO Melayu-Islam akan menghantar 17 perwakilan (dengan perbelanjaan sendiri) ke sidang UPR di Geneva, Switzerland pada 24 Okt 2013 ini terdiri daripada wakil Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat, ISMA, juga wakil Majlis Agama Islam.

* Layari www.azrilmohdamin.com dan www.akarimomar.wordpres.com untuk butir-butir lebih terperinci berkaitan UPR dan Comango ini.

* Sila layari dan 'like' https://www.facebook.com/muslimupro