31 May 2010

ISRAEL LA'NATULLAH

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras tindakan rejim haram zionis Israel la'natullah yang telah menceroboh dan menyerang kapal pengangkut bantuan kemanusiaan Flotilla Gaza iaitu Mavi Marmara pagi tadi di perairan antarabangsa diluar Filistin. Setakat tadi, 19 diberitakan terbunuh. Dua orang sukarelawan Malaysia yang juga wartawan dan jurukamera media Astro Awani, saudara Ashwad Ismail dan Shamsul Iskandar Latip turut berada diatas kapal tersebut dan belum diketahui nasib mereka.

Saya berpendapat sudah tiba masanya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras dan tegas terhadap rejim zionis la'natullah ini. Mereka langsung tidak menghormati undang-undang dan peraturan antarabangsa, dan bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan hak asasi kemanusiaan. Ini adalah jenayah kemanusiaan yang jelas dan mesti dikutuk oleh semua bangsa dan negara.

Saya juga berpendapat negara-negara dibawah Pertubuhan Negara Islam (OIC) terutamanya Malaysia segera mengambil peranan untuk meyakinkan dunia barat dan kuasa besar khasnya untuk menghukum negara zionis la'natullah ini, dan membuktikan bahawa rejim Isreal inilah punca kepada ketidakstabilan dunia. Mungkin kata-kata Sheikh Mahmud Ahmadinejad ada kebenarannya, rejim Israel la'natullah ini sepatutnya dihapuskan daripada mukabumi ini!

Saya juga mencadangkan supaya negara-negara dibawah naungan OIC supaya menubuhkan Pasukan Pengamannya sendiri, dan bertindak melindungi negara-negara dan umat Islam yang memerlukan pembelaan khususnya, dan negara lain jika diperlukan. Kita umat Islam sudah tidak lagi boleh mengharapkan badan saperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi dan menjaga keamanan kita umat Islam. Saya pernah mencadangkan ini semasa meletusnya keganasan Israel di Ghozzah tahun 2008 dahulu. Kita perlu menimbang perkara ini dengan serius.

Saya tidak nampak mengapa negara-negara dibawah naungan OIC tidak bileh mengumpulkan bala tentera untuk membentuk pasukan pengaman antarabangsa dan masuk ke bumi Filistin termasuk Ghozzah untuk melindungi dan membela umat Islam dan rakyat Filistin yang dizalimi dan dianiaya tersebut. Kita tidak perlu mendapat keizinan sesiapa. Undang-undang antarabangsa menyebut bahawa mana-mana tentera daripada mana-mana negara boleh masuk kedalam sesebuah negara atas jemputan negara hos tersebut. Sudah pasti kita yakin Kerajaan Filistin bersedia menyambut kedatangan balatentera pasukan pengaman negara-negara OIC.

Saya juga mendesak Parlimen Malaysia mengadakan sidang khas segera untuk membuat usul tergempar mengutuk pencabulan terbaru rejim Israel la'natullah ini. Saya juga mendesak Parlimen supaya menuntut Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih konkrit dan jelas untuk menterjemahkan kemarahan rakyat Malaysia tentang pembunuhan terbaru ini. Saya berpendapat Parlimen perlu mendesak Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif berbincang dengan negara-negara OIC yang lain untuk menubuhkan balatentera pasukan pengaman OIC untuk menjaga keamanan penduduk Filistin. Parlimen juga perlu mendesak Kerajaan menekan kerajaan Amerika, Britain dan dunia Barat untuk memutuskan hubungan diplomatik dan mengambil tindakan keras terhadap rejim Israel ini.


Akhirnya, saya menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia, marilah kita menghidupkan semula semangat jihad fisabilillah dikalangan umat Islam. Mutakhir ini umat Islam semakin lesu dan bisu. Kehidupan duniawi sudah menenggelamkan umat Islam kedalam krisis keimanan yang serius. Harimau-harimau Islam sudah tiada. Mana dia'Umar Ibnu Khattab, hilang sudah Khalid Al Walid, ghaib sudah Ikrimah Abu Jahal, Sallahuddin Al Ayubi hanya tinggal nostalgia sejarah, Sultan Muhammad Al Fateh berkubur tanpa pengganti. Kita perlu melahirkan lebih ramai mujahidin dan syuhada, yang menyintai mati syahid dan syurga. Saya meminta khatib minggu ini menyampaikan khutbah mengenai jihad dan mati syahid, agar umat Islam kembali menjadi singa disiang hari, dan 'abid dimalam hari.

Semoga ALLAH merahmati roh muqminin yang terkorban, dan menjumlahkan mereka termasuk dalam golongan para syuhada dan memberi keampunan kepada mereka, dan meletakkan mereka kedalam syurga yang tertinggi bersama para anbiya.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Isnin
17 Jamadil Akhir 1431
31 Mei 2010

25 May 2010

PEGUAM SYARIE KAFIR?

Salam 2 all.

Saya mempertikaikan cubaan seorang peguam sekular bernama Victoria Jayaseele a/p Martin Jayaraj yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menerima beliau sebagai peguam syarie; dengan tujuan untuk beliau boleh mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Peguam Victoria Jayaseele a/p Martin Jayaraj adalah seorang bukan Islam. Beliau tidak pernah mempunyai aqidah mempertuhankan ALLAH Yang Maha Esa, beliau tidak meyakini Nabi Muhammad saw sebagai Rasulullah, beliau tidak beriman dengan Al Quran dan Hadis; pendek-kata beliau adalah seorang kafir dan bukan Islam! Bagaimana kafir dan bukan Islam saperti ini boleh diterima dan dibenarkan menjadi seorang peguam syarie dan menjalankan amalan guaman syariah di mana-mana Mahkamah Syariah yang undang-undangnya berteraskan Al Quran dan Hadis yang beliau sendiri tidak beriman dengannya!


1. Perlembagaan Persekutuan

Dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang kita 'amalkan, kita meletakkan Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara. Semua kuasa dan bidangkuasa terkandung didalam Perlembagaan. Dari segi sistem kehakiman, adalah jelas Perlembagaan membezakan dua sistem kehakiman didalam negara ini, iaitu sistem kehakiman sekular dan sistem kehakiman syariah. Kedua-dua sistem ini adalah seiring dan setaraf. Itulah yang diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan didalam beberapa kes termasuk kes Azlina Jailani v MAIWP (cubaan untuk mengesahkan murtad dimana Mahkamah memutuskan penentuan murtad adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah). Ini bersesuaian dengan peruntukkan Artikel 121 (yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah sekular) dan Artikel 121 (1A) (yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah).

Dan adalah jelas dan muktamad Mahkamah sekular tidak boleh sama sekali mencampuri atau menceroboh ke bidangkuasa Mahkamah Syariah. Kedudukan ini sudah jelas dan muktamad. Dan saya tidak faham kalau masih ada lagi Mahkamah sekular yang merasakan mereka boleh mencampuri urusan dan bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Oleh itu saya berpendapat adalah suatu penghinaan kepada Perlembagaan dan institusi Mahkamah Syariah untuk sesuatu kes dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dibawa ke Mahkamah sekular untuk diputuskan!


2. Hak Perundangan & Bidangkuasa Samataraf

Kedua, hak dan bidangkuasa berkenaan dengan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal syariah adalah didalam bidangkuasa negeri dan Mahkamah Syariah masing-masing. Ini jelas diperuntukkan dibawah Artikel 74 (2) dan Jadual 9 Senarai ll Perlembagaan Persekutuan. Dan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Parlimen telah menggubal suatu akta dinamakan sebagai Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).

Berkenaan dengan kemasukan dan penerimaan seseorang peguam syarie untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah WP, Seksyen 59 memperuntukkan "MAIWP boleh, dengan kelulusan Yang Di Pertuan Agong, membuat kaedah untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee bagi penerimaan Peguam Syarie" dan "tiada seorang pun selain Peguam Syarie yang berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah (WP) bagi mana-mana pihak..".

Dan MAIWP telahpun membuat suatu kaedah bagi penerimaan seseorang Peguam Syarie bagi Mahkamah Syariah WP, dan diantaranya ialah syarat pemohon tersebut "hendaklah beragama Islam".

Adalah jelas bahawa soal penerimaan dan pendaftaran seseorang Peguam Syarie adalah didalam bidangkuasa MAIWP dan Mahkamah Syariah WP. Hak dan bidangkuasa mengenakan syarat kelayakan adalah hak dan bidangkuasa MAIWP dan Mahkamah Syariah. Dan ia mengenakan syarat seseorang pemohon itu mesti beragama Islam. Oleh itu, adalah salah bagi mana-mana Mahkamah sekular mencerobohi bidangkuasa tersebut, sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan saperti yang dinyatakan diatas.

Selanjutnya, hak dan bidangkuasa mengenakan syarat ini sepatutnya dihormati oleh semua pihak, walaupun kita mungkin tidak bersetuju dengannya; kerana ini adalah undang-undang yang digubal oleh pihak yang berkuasa menggubalnya mengikut Perlembagaan.


3. Perbandingan dengan sistem perundangan lain

Contohnya, undang-undang memperuntukkan seseorang yang berhasrat menjalankan amalan guaman syarie di Malaysia perlu mendapatkan sijil kelayakan amalan guaman syarie daripada kesemua 13 Mahkamah Syariah negeri-negeri. Saya sendiri telah mengusulkan melalui Parlimen supaya syarat ini dipinda dan diselaraskan, namun selagi ianya masih undang-undang semua pihak harus menghormatinya.

Begitu juga bagi seseorang yang ingin mengamalkan khidmat guaman di Mahkamah sekular di Sabah/ Sarawak. Walaupun peguam saperti saya yang berkelayakan untuk menjalankan amalan guaman di Semenanjung, tetapi peraturan tambahan dikenakan untuk Sabah/ Sarawak dimana hanya mereka yang diterima dan didaftarkan di Mahkamah sekular Sabah/ Sarawak sahaja yang boleh berbuat sedemikian walaupun tiada beza dari segi kelulusan antara seorang peguam sivil di Semenanjung dengan Sabah/ Sarawak. Tetapi itu adalah hak Sabah/ Sarawak untuk mengenakan syarat sedemikian walaupun saya sendiri merasakan syarat itu bercanggah dengan semangat dan persefahaman kita sebagai sebuah negara yang satu. Tapi adakah kita berhak mencabar hak dan bidangkuasa Sabah/ Sarawak mengenakan syarat sedemikian. Sudah tentu tidak, melainkan masing-masing Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah/ Sarawak meminda undang-undang tersebut.

Samalah dengan syarat untuk seseorang peguam untuk menjalankan amalan guaman dinegara komanwel lain saperti Britain, India, Australia, Emirat Arab Bersatu, New Zealand dan lain-lain. Walaupun mempunyai kelulusan dan kelayakan yang sama iaitu ijazah LLB dan menjadi seorang Advocate & Solicitor, namun tiap negara berhak mengenakan syarat tambahan seseorang itu mestilah warganegaranya. Samada di Malaysia, Singapura, Australia, Britain, New Zealand, India dan lain-lain, semuanya mengenakan syarat yang sama. Apakah kita boleh mempertikaikan hak negara-negara tersebut mengenakan syarat sebegitu dan mencabarnya di Mahkamah Antarabangsa kononnya iainya suatu diskriminasi! Hanya mereka yang jahil sahaja yang akan berbuat sedemikian!

Rumusannya ialah hak dan bidangkuasa menentukan syarat penerimaan dan pendaftaran kelayakan sesorang untuk menjalankan 'amalan guaman dimana-mana Mahkamah, samada sekular atau sivil, Semenanjung atau Sabah/ Sarawak, Malaysia atau negara komanwel lain adalah hak institusi atau mahkamah tersebut. Samada sekatan kelayakan itu berbentuk akademik, etnik, kenegaraan atau agama; itu adalah hak perundangan institusi atau badan tersebut. Sekiranya ada mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan sebarang sekatan itu hendaklah berusaha meminda undang-undang tersebut samada di Parlimen atau mana-mana badan yang menggubal undang-undang; bukan dengan mencabar atau mempertikaikannya di Mahkamah.


4. Bidangkuasa Bersilang

Sebagai suatu perbandingan, seseorang yang ingin memohon menjadi seorang peguam di Mahkamah sekular hendaklah membuat permohonan tersebut di Mahkamah sekular tersebut. Di Malaysia, permohonan sedemikian hendaklah dibuat ke Mahkamah Tinggi Malaya atau Mahkamah Tinggi Sabah/ Sarawak. Hanya Mahkamah tersebut sahaja yang berhak menentukan penerimaan sesorang peguam di Mahkamah sekular.

Maka meminta Mahkamah sekular memutuskan hak untuk diterima dan didaftar sebagai peguam syarie untuk menjalankan amalan guaman di Mahkamah Syariah samalah saperti mencampuri dan menceroboh bidangkuasa Mahkamah tersebut.

Persoalan yang perlu ditanya, kalau Mahkamah sekular boleh menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi peguam syarie di mana-mana Mahkamah Syariah, maka adakah Mahkamah Syariah berbidangkuasa untuk menentukan kelayakan seseorang untuk memohon menjadi seorang peguam di Mahkamah sekular. Bolehkah seseorang memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak menentukan kelayakan dia menjalankan 'amalan guaman di Mahkamah sekular? Jawapannya jelas, sudah tentu tidak! Jadi adalah tidak menasabah untuk sesebuah Mahkamah sekular menentukan kelayakan masuk seseorang peguam syarie untuk menjalankan 'amalan guaman di mana-mana Mahkamah Syariah!


5. Hukum syara'

Selanjutnya, bagaimanakah seorang bukan Islam mahu menjalankan amalan guaman syarie dan mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah; sedangkan teras kepada sistem perundangan di Mahkamah Syariah ialah Al Quran dan hadis? Apakah mereka mahu menafsir dan mengajar kita umat Islam tentang hal hukum hakam dan perundangan Islam. Bagimana mereka mahu menafsir Al Quran dan hadis Rasulullah.

Asas kepada hukum syara' ialah aqidah, tauhid! Keimanan dan keyakinan kepada hukum ALLAH. Bagaimana seorang kafir yang tidak sedikit pun percaya dan beriman kepada Al Quran dan hadis mahu mengamalkannya di Mahkamah Syariah?

Bagaimana pula dalam keadaan hukum syara' yang bercanggah dengan undang-undang sekular? Contohnya seorang lelaki yang pemabuk dan penjudi tidak layak mendapat hak penjagaan atau hadhanah anaknya, sedangkan dibawah undang-undang sekular, pemabuk dan penjudi tidak menjadi kriteria penentuan hak jagaan anak! Bagaimana wanita yang tidak menurut hukum syara', contohnya keluar rumah tanpa izin suami. Itu menjadi alasan untuk sabitan nusyuz dalam hukum syara', sedangkan ianya bukan isu pun didalam undang-undang sekular. Bagaimana keadaan pembahagian pusaka lelaki dan wanita, yang jelas dan qat'i didalam Al Quran satu bahagian wanita bersamaan dengan dua bahagian lelaki. Ini bertentangan dengan undang-undang sekular. Dan banyak lagi keadaan dimana hukum syara' bercanggah dengan
dan tidak sama dengan undang-undang sekular. Apakah peguam-peguam kafir yang tidak beriman ini akan membawa tafsiran baru kepada hukum syara'?

Saya tidak nampak rasional dan alasan yang menasabah untuk seseorang kafir dan bukan Islam untuk menjalankan 'amalan guaman syarie dan mengendalikan kes-kes syariah di Mahkamah Syariah yang menjadikan Al Quran dan hadis sebagai sumber perundangan; dalam keadaan asas keimanan dan keyakinan serta aqidah yang menjadi tunjang kepada hukum syara' tidak ada pada para peguam kafir dan bukan Islam ini!


6. Rumusan

Saya sebenarnya sangat hairan dan pelik dengan pendirian golongan kafir dan bukan Islam yang ada dalam negara ini. Mereka tidak pernah mengiktiraf Mahkamah Syariah. Sudah beberapa kali kes-kes yang membabitkan hukum syara' dan sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah mereka pertikaikan.

Contohnya kes murtadnya Azlina Jailani yang mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak mahu menukarkan butiran pendaftaran namanya daripada Azlina Jailani kepada Lina Joy kerana murtad selagi tidak mendapat kelulusan MAIWP dan Mahkamah Syariah. Kita menegaskan bahawa kes seumpama itu sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah untuk menentukan kesahihan murtadnya Azlina. Tetapi puak-puak kafir ini bertegas bahawa ianya patut dibicarakan di Mahkamah sekular!

Sebagaimana berlaku didalam kes Mohd. Moorthy Abdullah yang dikatakan meninggal dalam keadaan sudah memeluk agama Islam. Puak-puak bukan Islam bertegang urat menyatakan keluarga Allahyarham Mohd. Moorthy tidak boleh dibawa kehadapan Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah kononnya tidak mempunyai bidangkuasa terhadap non-Muslim!

Begitu jugalah didalam kes S. Shamala banyak lagi kes hak penjagaan anak-anak dimana pasangan masing-masing telah memeluk Islam; apabila ditegaskan isu itu sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah, golongan kafir mendakwa Mahkamah Syariah tidak berhak dan tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan bukan Islam!

Tetapi bila datang kepada isu untuk menjadi seorang peguam syarie, mereka menyatakan mereka berhak untuk didaftarkan dan diterima untuk menjalankan 'amalan guaman syarie di Mahkamah Syariah!! Tidakkah ini suatu sikap hipokrit, double standard?!

Sekiranya timbul sesuatu isu atau keperluan untuk seorang peguam sekular dan bukan Islam untuk hadir di Mahkamah Syariah untuk sesuatu kes atau mewakili kliennya, mereka boleh pada bila-bila masa melantik seorang Peguam Syarie yang bertauliah untuk mengendalikan isu atau kes itu di mana-mana Mahkamah Syariah. Sebagaimana yang berlaku di Mahkamah sekular dilain-lain tempat. Contohnya kalau seorang rakyat Malaysia mempunyai satu kes di Australia, beliau dan peguamnya di Malaysia boleh melantik dan mengarahkan seorang peguam yang mempunyai tauliah di Australia untuk mewakili mereka dan mengendalikan kes mereka dimana-mana Mahkamah di Australia. Ini masalah kecil, beribu Peguam Syarie yang bertauliah, berwibawa dan berkaliber yang mempunyai tauliah untuk menjalankan khidmat guaman syarie dan mengendalikan kes-kes syariah dimana-mana Mahkamah Syariah dalam negara ini.


7. Saranan & Penutup


Saya menegaskan bahawa Mahkamah sekular sepatutnya menolak permohonan untuk mencabar peruntukan perundangan syariah di Wilayah Persekutuan yang jelas meletakkan syarat seseorang itu mestilah beragama Islam sebelum boleh dipertimbangkan untuk emnjadi seorang peguam syarie. Peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara ini adalah jelas bahawa hak dan bidangkuasa penentuan kelayakan penerimaan seseorang sebagai peguam syarie adalah terletak dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Kedua, saya mencadangkan semua negeri yang belum meletakkan pra-syarat sebagai seorang Muslim untuk menjadi peguam syarie supaya segera menggubal undang-undang untuk meletakkan syarat tersebut dengan segera. Penyeragaman dan penyelarasan peruntukan ini disemua enakmen negeri perlu dilaksanakan segera.

Ketiga, saya berpendapat sudah tiba masanya peruntukan Perlembagaan dipinda dengan mengadakan suatu peruntukan yang jelas untuk membezakan bidangkuasa diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah sekular! Kelihatan walaupun Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan yang jelas, dan peruntukan Artikel 121 (1A) telah diadakan, namun masih ada pihak yang kelihatan masih kelabu dan mencabar institusi dan kedudukan Mahkamah Syariah.

Keempat, saya menyarankan supaya pihak badan kehakiman syariah dan sekular segera mengadakan satu dialog dan perbincangan untuk memperjelaskan kdudukan dan bidangkuasa masing-masing kerana masih lagi ada yang keliru dengan kedudukan dan perbezaan bidangkuasa kedua-dua institusi tersebut.

Kelima, saya menyarankan supaya Majlis Raja-Raja supaya memantau perkara pertindihan dan pertikaian saperti ini dan segera mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum keadaan menjadi berlarutan dan isu tersebut diputarbelitkan dan dipolitkkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
11 Jamadil Akhir 1431
25 Mei 2010

KULIM BANDAR BHARU

Salam 2 all.

Alhamdulillah sejak kebelakangan ini saya telah mengadakan beberapa mesyuarat dan perbincangan dengan beberapa agensi dan pihak Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan dan perkhidmatan bagi rakyat Kulim Bandar Bharu.

Pertama, saya telah memohon untuk pembinaan Klinik 1-Malaysia di kawasan DUN Bandar Bharu. Klinik berkonsepkan sama saperti klinik masyarakat ini bertujuan untuk memberi khidmat kesihatan kepada rakyat bawahan khususnya golongan miskin. Perkara ini juga akan dibangkitkan didalam sidang Parlimen akan datang dalam sidang Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua bermula 07.06.2010. Saya juga sedang mengadakan perbincangan dengan rakan di DUN Bandar Bharu untuk mengenal pasti kawasan yang bersesuaian untuk didirikan Klinik 1-Malaysia ini, walaupun saya lebih berminat untuk ianya didirikan di kawasan Selama. Apa pun, saya akan memantau perkara ini dan sebarang tindakan susulan akan saya maklumkan.

Kedua, saya juga telah membuat permohonan untuk pembinaan sebuah masjid baru bagi kawasan DUN Bandar Bharu. Ini adalah kerana pusat pentadbiran daerah Bandar Bharu telah berpindah daripada Bandar Bharu ke Serdang. Saya telah dimaklumkan mengenai kawasan yang bersesuaian yang telah dikenal pasti, cuma peruntukkan untuk pembinaan belum diperolehi. Insyallah saya sedang mengusahakan agar dapat Kerajaan Persekutuan membantu memandangkan kerajaan negeri tiada peruntukkan. Insyallah kita berdoa agar dapat sebuah masjid baru didirikan di Serdang sebagai Masjid utama dibawah DUN Bandar Bharu.

Saya juga telah mengadakan rundingan dengan beberapa orang rakan yang mempunyai asrama dan penginapan untuk anak-anak yatim. Saya telah mendapat tempat untuk beberapa orang anak yatim terutamanya anak-anak perempuan umur lingkungan 3-10 tahun untuk menginap di asrama tersebut yang terletak di Lembah Klang. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat anak-anak yatim yang memerlukan, khususnya bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, sila salurkan maklumat itu terus kepada saya. Saya difahamkan oleh penganjur pembiayaan bagi anak-anak yatim ini termasuk tempat tinggal, makan minum, persekolahan dan lain-lain keperluan. Pendekkata, anak-anak yatim ini akan ditanggung sepenuhnya. Apa yang menarik perhatian saya ialah asrama anak yatim ini berteraskan kepada pendidikan Islam.


Insyallah dalam masa terdekat ini saya akan turun ke kawasan ladang di Dublin dan yang berdekatan untuk meninjau masalah masyarakat disana, khususnya masyarakat India. Saya dimaklumkan ada beberapa masalah timbul berkaitan kebajikan mereka, termasuk ada sedikit masalah mengenai kad pengenalan dan lain-lain. Sedih juga mengenag ada diantara mereka masih menghadapi masalah kad pengenalan.


Adios amigos. Grasias.

Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 Jamadil Akhir 1431
25 Mei 2010

23 May 2010

ALFATIHAH BUAT NAFISAH

Salam 2 all.

Tepat jam 06.35pm Sabtu 08 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 22 Mei 2010, sepupu saya Nafisah Ahmad Tajuddin (atau dikenali dengan nama manjanya Adik sebagai anak bongsu) kembali kerahmatullah setelah menderita penyakit kanser payudara untuk beberapa ketika.

Seluruh keluarga termasuk ayah dan ibu Adik, abangnya Mail, Zuki, Basri dan kakaknya Faizah berserta ibu saya, adik beradik saya dan kaum keluarga terdekat tak lupa suaminya Azahari serta anak-anak semuanya berada disisi Adik semasa beliau pergi buat selama-lamanya.

Saya ada menulis tentang Adik dalam entri "Bila Masa Terhenti" pada hari Jumaat 25 Jamadil Awal 1431 bersamaan 07 Mei 2010. Sewaktu itu, kami dimaklum bahawa Adik punya masa dalam 48-76 jam sahaja untuk hidup. Malahan doktor menyarankan supaya kami membawa Adik balik supaya dia dapat pergi dalam keadaan baik dirumahnya.

Namun kekuatan Adik memang luarbiasa. Setelah beberapa hari dalam keadan nazak, tiba-tiba Adik kelihatan sihat dan cergas. Siap boleh bangun duduk dan mandi, serta makan. Puaslah kami bersembang semasa itu. Macam-macam cerita kami ingatkan kembali, nostalgia semasa kecil di Kg. Batu 42, Carok Bemban, Baling. Kebetulan Adik lahir dirumah yang sama saya dilahirkan. Hari ini kalau ke Baling, kita akan dapat melihat Dewan Sekolah Agama di batu 42, itulah tapak rumah kampung kami. Dan seluruh sekolah itu dahulu kebun getah, tempat keluarga menoreh mencari rezeki.

Sempat juga Adik melahirkan hasrat untuk mengerjakan umrah. Saya segera menghubungi seorang rakan yang sudah bersiap sedia dengan notis 24jam untuk menghantar Adik ke Mekah sekiranya keadaan kesihatannya mengizinkan.

Namun saya masih teringat peristiwa yang berlaku kepada biras saya sendiri. Bilamana dalam keadaan sakit yang tenat, tetiba dia boleh bangun sihat walafiat. Seorang sahabat 'ulama memberitahu bahaw ada kemungkinan itu peluang ALLAH beri untuk mereka yang terpilih untuk menyelesaikan beberapa perkara, dan memohon keampunan dan bertaubat kepada ALLAH dan sesama manusia.

Itulah yang telah dilakukan oleh Adik. Beliau sempat memohon ampun dan maaf daripada kedua ibubapanya dan kaum keluarga semua. Sempat juga dia berwasiat tentang beberapa perkara termasuk sekiranya dia pergi, dia mahu dikebumikan dikampung halamannya di Baling, Kedah. Yang paling sedih melihat Adik memerhati anak-anaknya yang masih kecil, yang sulong anak perempuan bernama Iliyah (13), Ilhan, Irfan dan yang bongsunya perempuan baru berumur dua tahun.

Saya melihat mata Adik merenung masa depan anak-anak kecil ini tanpa ibu yang tersayang.
Pandangan mata Adik yang begitu mendalam dan jauh saya fahami. Mungkin terdetik dihati Adik bagaimana masa depan anak-anak yang masih kecil ini, terutama si bongsu yang masih menyusu. Tanpa saya sedari, airmata saya sendiri turut mengalir berkongsi rasa dengan Adik.

Ada satu waktu suboh dimana sedang orang lain masih tidur, saya tinggal berdua dengan Adik. Banyak perkara yang diluahkan, perasaan hatinya dan kerisauan Adik tentang anak-anaknya. Adik meminta saya menjanjikan kepadanya supaya sentiasa mengingati anak-anaknya, dan menjaga keperluan mereka. Adik juga meminta saya supaya sentiasa mengingatkan anak-anaknya supaya mendoakan dia bila Adik tiada nanti, dan jangan lupakan ibu mereka. Saya telah berjanji kepada Adik yang saya akan tunaikan permintaannya. Adik juga meminta supaya saya melaksanakan ibadah haji ganti buat dia, dan saya berjanji insyallah saya akan tunaikan.

Kesihatan Adik yang kelihatan pulih tiba-tiba menurun minggu lepas. Pada hari Isnin, doktor menasihatkan supaya dilakukan pembedahan untuk membuang air yang telah memenuhi paru-paru Adik. Setelah berbincang, kami sekeluarga bersetuju dengan syarat tidak dilakukan pembiusan menyeluruh, cukup sekadar pembiusan setempat kerana kami khuatir nanti Adik tidak sedar dari pembiuasannya.

Pembedahan berjalan baik, namun kasihatan Adik makin menurun. Adik dipindahkan ke Wad CCU, dan kami tidak dibenarkan melawat Adik untuk membolehkan dia pulih segera. Setelah agak reda, Adik dipindahkan ke Bilik 3, Wad Sutera, Tingkat 7 HUKM. Disitu, keadaan Adik makin serius. Adik sudah tidak boleh bercakap walaupun menyedari dan memahami apa yang kami perkatakan kepadanya.

Dalam pukul 3.50ptg, sedang saya bermesyuarat, saya menerima panggilan yang keadaan Adik makin tenat. Lantas saya terus meninggalkan mesyuarat dan bergegas dengan motor kapcai saya ke HUKM. Perjalanan lebih 20km itu terasa terlalu lambat. Hujan pulak ditengah jalan. Terasa saya mahu terbang saja ke HUKM.

Setiba di Wad Sutera, saya tengok ahli keluarga semua sudah berkumpul. Saya terus menjengah kebilik dan melihat ibu serta kakak Adik sedang melafazkan kalimah La ila ha illallah ketelinga Adik. Adik kelihatan tercungap dengan topeng oksigen. Jelas kelihatan Adik sedang bertarung dengan nyawa.

Setelah selesai mengerjakan solat 'asar, saya terus duduk disebelah Adik. Sebagaimana yang telah saya pelajari, saya mememgang kaki Adik dan saya dapati ianya sudah jatuh lurus dan sejuk. Dari apa yang saya pelajari, saya tahu itu adalah tanda sakaratul sudah bermula. Saya terus membaca surah Yaasin dengan diselangselikan bacaan kalimah La ila ha illallah setiap 2-3 ayat. Sehabis surah Yaasin, saya melihat perut dan dada Adik bergelora, tanda sakaratul sudah hampir dekat. Saya mengulangi surah Yaasin dan diselangselikan dengan kalimah toyyibah, sambil mengambil beberapa titis air kemulut Adik. Kakaknya membasahkan kepala Adik dengan air dan ibunya mengusap belai manja.

Saya ulangi bacaan surah Yaasin kali ketiga dengan diselangselikan kalimah toyyibah. Kelihatan Adik makin kelemahan. Mata Adik mula terbuka sedikit melihat keatas. Dari apa yang saya pelajari, inilah sa'at paling penting kerana Adik sudah dapat melihat rohnya keluar sedikit demi sedikit, dan diwaktu yang sama bertarung dengan para iblis dan syaitan. Saya terus ketelinga Adik dan membisikkan kalimah toyyibah. Saya beritahu Adik pergilah dalam keadaan tenang dan redho kepada ALLAH. Yakinlah dengan janji ALLAH. Saya sempat memberitahu Adik kedua ibu dan ayahnya telah mengampun dia dan menghalalkan segala makan minumnya. Saya beritahu Adik suami dan anak-anaknya, serta ibu dan adik beradiknya semua berada disitu. Saya bacakan surah Al Fajr dan surah Al Qodr. Dan saya ucapkan "salaamun qaulam mirrobbirrohim" kepada Adik. Saya bisikkan sekali lagi "La ila ha illallah". Lalu saya kucup dahi Adik.

Saya terus keluar memberitahu kepada pakcik saya ayah Adik supaya segera masuk kerana waktu sakaratul dah terlalu dekat. Setelah beberapa ketika, tepat jam 06.35pm, sepupu saya Nafisah kembali ke rahmatullah dalam keadaan aman, dengan seluruh keluarga dan sahabat handai disitu mengiringi pemergian Adik.

Alhamdulillah jenazah Adik dapat diselenggarakan dengan baik dan cepat. Setelah persetujuan dicapai oleh seluruh ahli keluarga dan suami Adik untuk menunaikan hajat Adik untuk dikebumikan di kampung halamannya di Baling Kedah, urusan memandi dan mengafankan Adik berjalan baik. Saya ucapkan terimakasih kepada Kak Jah dan petugas di bilik jenazah HUKM yang telah menyempurnakan urusan mandi dan kafan dengan sangat baik.

Kami kemudian menyembahyangkan jenazah Adik di bilik jenazah. Alhamdulillah permintaan Adik untuk solat jenazahnya di imamkan oleh seorang ustadz dari Taman Melati (saya tidak ingat namanya) telah dapat ditunaikan. Saya ucapkan berbanyak terimakasih kepada Ustadz tersebut, walaupun jauh dan terpaksa meninggalkan jemaah disurau, kesudian Ustadz menunaikan hajat Adik sangat saya hargai.

Setelah selesai semuanya, jenazah dibawa ke Baling dengan van jenazah daripada Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang. Jenazah diiringi oleh ibu adik, abangnya Basri dan ibu saya. Pemandu van jenazah, iaitu Abang Jo telah melaksanakan tugas beliau dengan sangat baik. Jam 10 malam van bertolak diiringi oleh beberapa kenderaan lain termasuk ayah adik, adik beradik dan kaum keluarga, suami dan anak-anak serta rakan yang berkesempatan.

Perjalanan ke Baling mengikut Lebuhraya Utara Selatan melalu Seberang Jaya sebelum menyusur keluar mengikut Lebuhraya Butterworth-Grik. Setibanya di Kampung Jerai, Kupang, Baling jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Liang sudah pun digali. Tetapi kerana masih awal, jenazah dibawa kerumah. Tuan imam kemudian membuat keputusan mendirikan solat suboh berjemaah dirumah Adik. Setelah fardhu suboh, solat jenazah didirikan. Kemudian jenazah dibawa ke perkuburan Kg. Tanjung, sebuah perkuburan yang berhampiran, hanya perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja.

Alhamdulillah, jenazah Adik selamat disemadikan jam 07.00 pagi. Diwaktu pemergiannya, Adik berumur 41 tahun hijriah, dan 40 tahun masehi. Adik lahir pada hari Rabu 01 Rejab 1390. Ulangtahun Adik menurut tahun hijrah adalah pada 13 Jun depan, genap 01 Rejab 1431. Menurut tahun masehi, Adik lahir pada 02 September 1970, di Kg. Batu 42, Baling, Kedah. Adik meninggalkan Ayahnya Tuan Haji Tajuddin (adik kepada ibu saya), ibunya Cik Yah, abangnya Ismail, Marzuki dan Basri, dan kakaknya Faizah. Adik juga diwaktu pemergiannya meninggalkan suami Azahari, dan empat orang anak yang masih kecil. Anak sulun Adik bernama Iliyah, kini baru berumur 13 tahun dan belajar di Pondok Yayasan Khairiah, Kupang, Baling Kedah, tidak jauh dari perkuburan Adik. Moga Iliyah akan selalu menziarahi Allahyrahamah ibunya.

Saya mendoakan semoga Adik diletakkan didalam golongan solehah, yang dipanggil ALLAH dalam keadaan jiwa yang tenang, setenang wajah Adik semasa dikafankan. Semoga Adik diredhai ALLAH, dimasukkan dalam golongan hambaNya, diterangluaskan kuburnya, dan dimasukkan kedalam rahmat dan syurga ALLAH.

Melihat kepada peristiwa sakaratul dihadapan mata, melihat ketidak upayaan kita melakukan apa-apa, sedar dan insaf saya betapa kerdilnya kita dihadapan ALLAH. Semasa itu, baru saya tersedar betapa kita selalu silap meletakkan keutamaan didalam hidup. Kita menjalani kehidupan seolah-olah kita tidak akan mati. Kita berhempas pulas mengejar hidup keduniaan. Kita hdup mengumpul benda yang akan kita tinggalkan. Yang paling malang, dalam mengejar habuan keduniaan, kita ketepikan segala perintah ALLAH. Al Quran sekadar menjadi penghias bibir. Teriakan takbir sekadar slogan memikat manusia. Serban sekadar penghias kehipokritan, janggoat sekadar penutup segala kepalsuan; songkok sekadar penghalal kemungkaran!

Saya tertanya diri sendiri, agaknya dikala sakaratulmaut itu kita cuba menyebut kalimah ALLAH, saya khuatir kelak nanti malaikal-maut akan bertanya, ALLAH mana yang kamu sebut itu? Mengenangkan itu, saya bertaubat dan gerun dengan segala kebesaran ALLAH Yang Maha Esa. Saya mendoakan moga ALLAH memelihara iman dan aqidah saya dikala fitnah dan pancaroba besar sedang melanda umat. Saya mengucapkan selamat tinggal dan salam kepada Adik, dan saya tahu kita semua akan menuruti Adik dan ramai lagi arwah di alam barzakh, samada kita suka atau tidak, samada kita bersedia atau belum. Moga ALLAH mengampuni Adik dan kita semua umat Islam yang masih ada sedikit keimanan. Amin ya rabbal 'alamin.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
08 Jamadil Akhir 1431
22 Mei 2010

17 May 2010

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Salam 2 all.

Saya lampirkan dibawah kenyataan YAB Mursyidul Am PAS yang mempertikaikan pendapat Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS berkaitan penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh DAP dalam kempen pilihanraya kecil di Sibu baru-baru ini.

Saya tidak mahu komen apa-apa, kerana kedua-duanya adalah 'ilmuan dan ulama' besar dalam negara ini. Cuma soalan besar yang saya bertanya kepada diri saya sendiri, apa dah jadi dengan umat Islam akhir zaman ini. Unta sama unta bergaduh, khinzir yang menang!

Sejarah membuktikan kejatuhan pemerintahan Islam dan khilafah Islamiyyah serta runtuhnya tamaddun kegemilangan Islam dahulu sebenarnya adalah kerana pergaduhan dikalangan umat Islam sendiri, dan kafir hanya sekadar mengambil kesempatan daripadanya. Kita tidak boleh menyalahkan golongan kafir, kerana ALLAH telah menegaskan permusuhan mereka terhadap kita dengan jelas didalam Al Quran. Silap dan salahnya adalah kita umat Islam sendiri. Kalau Islam nak hancur pun ialah ditangan umat Islam sendiri.

Tepuk dada tanyalah iman. Apa pun, berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah saw, insyallah kita akan selamat. Ingatlah pesanan ALLAH dalam surah Al Baqarah: 2, "sesungguhnya inilah kitab (Al Quran) yang tiada sedikit pun keraguan kepadanya, menjadi petunjuk kamu menuju ketaqwaan", dan satu lagi firman ALLAH dalam surah Al Baqarah: 183, "sesungguhnya diturunkan Al Quran dibulan Ramadhan sebagai petunjuk bagi manusia, dengan keterangan dan bukti yang nyata, supaya menjadi pembeza bagi kamu". Al Quran lah yang akan membezakan kepada kita yang mana hak yang mana batil; yang mana benar yang mana palsu; yang mana adil yang mana zalim; yang mana dosa yang mana pahala; yang mana halal yang mana haram; YANG MANA ISLAM YANG MANA KAFIR!! Sealgi kita berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, perbezaan itu nampak jelas dan nyata, tetapi kalau perkiraan lain menjadi kayu pengukur kita, maka ALLAH sahajalah yang boleh menentukannya kelak!

Persoalan yang ingin saya tanya, apakah menyokong DAP yang terang-terang menolak penubuhan sebuah negara Islam itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah menyokong Pengerusi DAP YB Karpal Singh yang menyatakan "langkah mayat saya dahulu kalau mahu laksanakan undang-undang Islam" itu berdasarkan Al Quran dan Sunnah?

Adakah membenarkan penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dengan dakwaan ALLAH punya anak dalam bentuk triniti itu bersesuaian dengan risalah tauhid mengesakan ALLAH sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah dan para anbiya terdahulu?

Semoga ALLAH menyelamatkan umat Islam yang masih mempunyai sedikit keimanan daripada fitnah akhir zaman ini.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Jamadil Awal 1431
17 Mei 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Petikan lapuran daripada MalaysiaKini bertarikh hari ini Isnin 17.05.2010)

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Dr. Haron Din)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan (Dato' Dr.) Haron (Din)supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

14 May 2010

AL FATIHAH ABUYA


(Almarhum Ustadz Ashaari bersama kami pelajar New Zealand di Wellington tahun 1983)

Salam 2 all.

Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas pemergian Almarhum Abuya Ustadz Ashaari Muhammad yang telah kembali kerahmatullah semalam di Ipoh. Jenazah Almarhum dikebumikan di kampung asal Almarhum di Kg. Pilin, Rembau, Negeri Sembila malam semalam.

Sebenarnya saya mengenali Almarhum sejak tahun 1983 lagi semasa menuntut di New Zealand. Almarhum telah datang ke Wellington dalam siri dakwah Al Arqam. Saya pada masa itu tau-tau ajelah, jenis Islam pun janji solat puasa kira okaylah tu.

Tetapi kedatangan Almarhum membuka satu tirai baru kepada saya. Almarhum adalah orang yang membezakan kepada saya Islam ritual dengan Islam haraki. Almarhum orang yang menunjukkan kepada saya perbezaan Islam mekanikal dengan Islam syumul. Almarhum membuktikan kepada saya Islam itu satu cara hidup yang praktikal dan bukan hanya disurau masjid. Ringkasnya, Almarhum membuka mata saya kepada Islam sebenarnya.

Saya sangat tertarik dengan cara Almarhum berdakwah. Nama Almarhum masa itu memang gah dan hebat. Jadi bila Almarhum dikatakan mahu datang New Zealand, kami bercadang menempatkan Almarhum di The Terrace Hotel, sebuah hotel ternama di Wellington masa itu. Kebetulan sebelum itu beberapa ustad gomen datang dan duduk memerap dalam hotel mahal ni.

Tetapi apabila sampai, Almarhum kata dia nak duduk tidur sama dengan kami pelajar di Islamic Centre Wellington, tempat program tamrin yang kami adakan. Memang kami tidur disitu masa itu. Kami semua agak terkedu dengan sikap rendah diri dan tawaddhu' Almarhum. Sepanjang bersama, Almarhum makan minum dengan kami. Itulah pengalaman pertama saya makan dalam talam, berebut kami nak makan dengan Almarhum. Tak cukup dengan itu, Almarhum turut sama membasuh pinggan, menyapu dan membersihkan centre tu. Saya perhati tengok Almarhum kekadang membasuh pakaian dia sendiri. Wajah Almarhum sungguh membawa ketenangan bila melihatnya.

Saya sendiri agak terkedu bila Almarhum nak ziarah rumah kami masa tu di No. 2 MacDonald Crescent, Wellington. Tau-taulah rumah student bujang, semua jantan pulak tu! Kami pergi naik tramp dan kena jalan kaki dekat 15minit juga mendaki bukit. Tapi Almarhum selamba aje mengikut kami berjalan. Sampai ke rumah kami, Almarhum sedikit pun tak menegur dengan papan karom dan lain-lain harta karun yang ada yang menunjukkan kami yang dok rumah tu memang jenis happy go lucky punya geng. Sebaliknya saya ingat kata Almarhum, "jadi orang muda ni memang seronok, tapi sayang umur muda datang sekali aje". Kata-kata itu walaupun sepatah dan sempoi aje, tapi terus menusuk ke jiwa saya.

Timbul persoalan takkan nak sia-siakan usia muda yang datang hanya sekali ini. Saya mula tertanya-tanya apa makna hidup ini, mengapa kita dihidupkan, apa tujuan kita, kemana kita selepas ini. Waduh..berserabut kepala masa tu.

Tapi nak jadi cerita, dalam kepala dok berserabut dengan macam-macam soalan tentang falsafah kehidupan itu, kuliah suboh pada pagi itu menjadi pembuka mata dan jiwa kepada saya. Dalam tazkirahnya, Almarhum membawa tajuk "Dua Peranan Manusia", kupasan tentang mengapa manusia dihidupkan, apa tanggungjawab dan matlamat kita, serta kemana kita nanti akhirnya. Bagaimana kata Almarhum, kita ini adalah makhluk ciptaan ALLAH yang dicipta dengan dua peranan; bahawa kita dicipta untuk memperhambakan diri kepadaNya, selain menjadi khalifah ALLAH dimukabumi ini. Bahawa sebagai hamba mahupun khalifah, ALLAH menurunkan Al Quran sebagai manual kehdiupan manusia.

Saya ingat lagi kiasan Almarhum, alangkan syarikat Toyota pencipta kereta pun memberikan manual untuk tujuan pemakaian dan penjagaan kereta ciptaannya. Kita mungkin rase kereta Mercedes tu hebat, tapi kita tak boleh pakai manualnya kepada kereta Toyota, jahanam nanti. Kita mesti tetap berpegang kepada manual Toyota walau apa pun orang nak kata.

Begitulah seorang manusia, dilahirkan dengan dua peranan dan diberi Al Quran sebagai manual kehidupan. Kita mesti berpegang kepadanya, walau macam mana dugaan dan godaan datang. Walaupun nampak cara hidup barat hebat dan menyeronokkan, tetapi itu bukan manual hidup kita. Kalau kita ikut juga, kita akan jahanam. Berpeganglah kepada manual Al Quran, kita pasti selamat! Begitu tegas tapi lembut ayat-ayat tazkirah daria jiwa Almarhum menusuk jiwa saya. Malah itulah harinya saya mula berminat untuk mendalami Islam, mengkaji agama lain untuk melihat kebenaran Islam dan berjinak-jinak dengan gerakan Islam.

Sebenarnya banyak yang boleh saya coretkan mengenai pengalaman bersama Almarhum. Walaupun saya sendiri tidak pernah menganggotai Al Arqam, namun persahabatan saya dengan Almarhum saya terus pelihara. Semasa tindakan Pusat Islam memfatwakan Al Arqam sesat, sayalah peguam yang memfailkan saman terhadap Pusat Islam untuk mengisytiharkan fatwa itu sebagai tidak sah. Bersama YM Raja Aziz Addruse masa itu, kami cuba mempertahankan institusi Al Arqam. Kalau ya sesat pun bukan Al Arqam, mungkin individu tertentu. Mengapa perlu nak dilumpuhkan Al Arqam sehingga habis segala perniagaan dan rangkaian komersial mereka turut nak dimusnahkan. Berdepan dengan suasana itu, kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menghancurkan Al Arqam pada tahun 1994.

Saya masih ingat bagaimana Abuya diheret ke muka televisyen dalam siaran secara langsung untuk dipaksa membuat pengakuan beliau sesat. Semasa itu, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, dan Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun langsung tiada sebarang pertolongan atau bantuan diberikan kepada Abuya atau Al Arqam. Saya tahu sebab saya terlibat secara langsung.

Malah saya teringat dalam satu pertemuan saya dengan Almarhum di Nilai Spring pada hari Ahad 14 Rejab 1428 bersamaan 29.07.2007, Almarhum semasa itu dalam keadaan terbaring dan tidak boleh bercakap melainkan melalui perantaraan Ummu Khatijah yang setia bersama Almarhum. Saya masih ingat bila nama Anwar Ibrahim disebut, Almarhum memberi isyarat yang tidak ingin saya dedahkan disini. Ia akan menjadi rahsia antara saya dan Almarhum. Sebagaimana apa yang disebut oleh Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor kepada saya apabila isu berkenaan Anwar Ibrahim dibangkitkan semasa kami berbual. Itu rahsia yang tetap akan saya simpan insyallah.

Tetapi sikap kasih sayang Almarhum kepada saya masih ada, dan Almarhum menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk "POLITIK ISLAM Membawa Kasih Sayang" tulisan Almarhum sendiri. Almarhum juga menghadiahkan saya beberapa baranganan dan penulisan lain. Tetapi yang saya paling hargai ialah sehelai serban yang pernah Almarhum hadiahkan kepada saya, yang tetap saya simpan dan gunakan sekali sekala sehingga kini

Saya merindui saat bersama dengan Almarhum, walaupun hanya sekali sekala dapat bersama dengan beliau. Kata-katanya, nasihat Almarhum, gurau senda dan gelak tawanya. Setiap kali berada disisi Almarhum, saya berasa sangat tenang dan selamat. Almarhum adalah mursyid saya, guru saya, dan saperti bapa bagi saya.

Moga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Almarhum. Semoga ALLAH meletakkan Almarhum bersama dengan para syuhada, para solihin, dan para siddiqin. Moga ALLAH melapangkan kubur Almarhum, dan menerangkan cahayaNya dialam barzakh sana. Semoga ALLAH menganugerahkan syurga buat Almarhum. Dan semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada keluarga, anak isteri, sahabat handai dan para murid Almarhum dalam menghadapi ujian ini. Amin ya rabbal 'alamin.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
30 Jamadil Awal 1431
14 April 2010

################################

(Petikan lapuran Bernama bertarikh hari ini 14.05.2010)

Jumaat 14 Mei, 10 10:00am

Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

- Bernama

13 May 2010

REFORMASI?REMBATKASI?

Salam 2 all.

Saya menyokong penuh kenyataan YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Naju) dan YB Manicka (PKR-Kapar) berkaitan skandal rasuah dan salahguna kuasa dalam syarikat Kerajaan Selangor Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), yang mendakwa ada 'cover up' oleh pihak tertentu untuk menutup skandal itu (sila lihat kenyataan mereka dibawah).

Syarikat KSSB adalah syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan diberikan hak ekslusif memonopoli lesen pengorekan dan penjualan pasir didalam negeri Selangor. Konon ceritanya ini dilakukan untuk mengelak daripada unsur kegiatan pengorekan pasir secara haram dan mencegah gejala rasuah dan salahguna kuasa yang kononnya berlaku sebelum ini.

Tapi nampak gayanya cerita sudah terbalik. KSSB nampak gaya dah menjadi lub ok untuk memboncitkan kantung oleh beberapa golongan tertentu. Dan ini didedahkan bukan oleh orang lain, tetapi oleh wakil rakyat PKR sendiri.

Dan apa respon daripada PKR. YAB MB Selangor suruh YB Manicka pi buat repot kalau dia nak. Gobalakrishnan (PKR Padang Serai) suruh YB Manicka letak jawatan. YB Wee Choo Keong tanya mana pegi suara Kit Siang yang asyik melalak tuntut Suruhanjaya DiRaja kalau ada dakwaan terhadap orang lain, tiba-tiba senyap membisu macam kucing tidor?! Mana hilangnya suara budak-budak ingusan dan pak-pak janggoat yang pantang lepa orang lain buat silap sikit, dia punya melalak sampai kering kerongkong!

Inilah dia yang saya label sebagai "Politik Dualam"-politik dua alam, politik double standard. Kalau orang lain, dia punya memekak sampai cair taik telinga dibuatnay. Tapi bila kena batang hidung sendiri, mulalah melatah ini konspirasi itu komplot jahat. Tapi ni wakil rakyat hang sendiri yop yang mendedahkannya!!

Oleh itu, saya mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal tersebut. Ini kerana skandal ini bukan sahaja dikatakan membabitkan beberapa Exco Kerajaan Negeri, tetapi melibatkan keselamatan dan maruah negara. Kita mahu tahu benarkah dakwaan menyatakan pasir tersebut diseludup kesebuah negara jiran?

Saya mendesak supaya YAB Menteri Besar Selangor supaya segera meletak jawatn kerana ternyata beliau gagal menangani skandal ini dengan secara yang sepatutnya. Ini kerana mengikut maklumat YB Wee dan YB Manicka, beliau sudah mengetahui atau sepatutnya mengetahui mengenai skandal ini sejak Februari lepas namun tidak mengambil apa-apa tindakan yang konkrit.

Saya juga mendesak supaya pihak polis segera menyiasat dan mengenal pasti ahli Exco yang dan kepimpinan Negeri Selangor yang terlibat dalam skandal yang didakwa oleh YB Wee sebagai membabitkan puluhan juta ringgit. Saya menuntut supaya ahli-ahli Exco dan kepimpinan negeri tersebut meletak jawatan untuk membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih telus dan segera oleh pihak berkuasa.

Diwaktu yang sama, jika kelak didapati mereka yang terlibat telah memperkayakan diri melalui hasil haram ini, saya mendesak pihak berkuasa supaya membekukan aset dan harta mereka dan memohon untuk aset dan harta tersebut dirampas dan hasilnya dikembalikan untuk kebajikan dan kepentingan rakyat Selangor terutama golongan miskin dan tidak berkeupayaan.

Saya juga menyeru kepada YB Wee Choo Keong dan YB Manicka serta Ahli Parlimen PKR serta Ahli Dewan Undangan Negeri PKR yang lain supaya keluar daripada Pakatan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas. Sudah jelas sekarang bahawa suara mereka sudah tidak laku didalam parti. Mereka sepatutnya sedar bahawa suara mereka sebenarnya dipandang remeh dalam PKR. Yang berkuasa dan menentukan arahtuju PKR sekarang adalah Firan-Firaun Kecil yang sudah berjaya meng"hijack" PKR. Saudara/i sedarlah, gerakan dan agenda reformasi yang cuba kita perjuiangkan dahulu melalui PKR sudah mati.

Kalau benar saudara/i mempunyai maruah dan prinsip perjuangan, saya cabar saudara/i supaya segera keluar daripada PKR dan menjadi WARAS-Wakil Rakyat Bebas. Marilah kita bergabung meneruskan agenda perjuangan reformasi yang tulin sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat dan negara. PKR dan Pakatan Rakyat adalah parti yang telah di"hijack" oleh golongan Firaun-Firaun Kecil yang hanya berminat untuk melaksanakan agenda sempit mereka yang akan menjahanamkan negara yang kita cintai ini. Berhijrahlah untuk reformasi, bersama kita memartabatkan suara dan hak rakyat Malaysia.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
29 JamadilAwal 1431
13 Mei 2010

##########################

(Petikan daripada lapuran mukadepan akhbar MalayMail yang diterbitkan petang tadi Khamis 13 Mei 2010)

Wangsa Maju MP says that Khalid knew of graft claims in February but didn't act

SITI NURSURAYA ALI
Joseph Kaos Jr

Thursday, May 13th, 2010 14:20:00

PETALING JAYA: Wangsa Maju Member of Parliament Wee Choo Keong has come out with guns blazing, accusing Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim of "mishandling" the alleged corruption in  State owned sand-mining company Kumpulan Semesta Sdn Bhd.


Wee, who put up a scathing posting on the issue on his blog, http://weechookeong.wordpress. com, told The Malay Mail this morning that he was "far from happy with the way Khalid is handling the issue".

"It raises suspicions of corruption in the State administered by Abdul Khalid. It's a big cover-up on his side."

Wee, who was among the 12 Parti Keadilan Rakyat MPs to come out in support of Kapar MP S. Manikavasagam’s stand on the issue, said the MB had known of the allegations earlier in February but did not act on them.

It is learnt that the complainants met DAP Puchong MP Gobind Sing Deo after which he brought the matter to State executive councillor for local government and research, Ronnie Liu.

Last Saturday, Manikavasagam made the exposure after several people complained to him about the allegations in his capacity as PKR's public complaints head.

The MP then gave an ultimatum to the MB to form an independent commission to investigate the alleged graft and sack those involved.

Wee: Suspicions of corruption raised in the State administered by Khalid

Wee said: "Since a State exco member had come to know about the matter in February, why was the State government’s Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) not ordered to investigate it.

"Why didn't the MB order Selcat to look into the allegations then? The fact that they have known about the matter for the past three months, why didn't they practise their CAT (Competency, Accountability and Transparency) principles?"

On his blog, Wee said that he was told two high-ranking elected representatives in the State government and several Kumpulan Semesta officials were involved in the scandal involving many millions of ringgit belonging to the people.

He also claimed that instead of setting up an independent body to investigate the allegations, the MB openly challenged Manikavasagam to name the culprits and lodge a police report.

Wee told The Malay Mail that Selcat is a "dead cat in coats" as it is just another organisation under the State government. "The CAT principle has been used to attack others, and this time, it has backfired and hit them right in the face."

Wee also attacked DAP national chairman Lim Kit Siang for his outspoken and constant demands for Royal Commissions to be set up to investigate scandals.

"In this case, there was no move or more screams by YB Lim Kit Siang over the matter."

Meanwhile, Manikavasagam said he was not afraid if Kumpulan Semesta wanted to sue him over his claims.

"The evidence came from people  working with the company," said Manikavasagam.

"But if anyone wants to sue me, then do so. I'm not afraid. I'm a fighter."

Manikavasagam had received evidence and a statuary declaration from company insiders, who were not happy with the alleged rampant corrupt activities in Semesta.

The evidence had implicated three top ranking officials in the company.

Manikavasagam said he was surprised to find out Selcat would be investigating his claims. He said during his closed-door meeting with Abdul Khalid, he was made to understand that a Selcat spin-off panel would probe his allegations, and not Selcat itself, which is headed by State Assembly Speaker Teng Chang Khim.

"The MB told me that a subcommittee of Selcat will be investigating. That was how I understood it," said Manikavasagam.

"I only knew it actually is Selcat after reading the news which bore the MB's statement."

Manikavasagam and the 11 MPs who backed him had pushed for an independent panel to look into the KSSB corruption claims and specified that it should not be Selcat, as the panel consists of State assemblymen.

"But as a lawmaker, I understand the law and I don't want to make the situation more difficult. We had wanted to push for an independent panel, but I think Selcat is just as committed in combating corruption.

"We had wanted it to be an independent panel, made up of Pakatan MPs. We had proposed Indera Mahkota MP Azan Ismail to head the panel if it is formed."

Khalid told a Press conference yesterday that the panel's independence was guaranteed, as none of the State assemblymen in it held exco posts, and the findings in the Selcat hearings are made public.

The MB also added that he urged Manikavasagam to lodge a police report so that there would be two sides — the police and Selcat — who will probe the case.

Manikavasagam also said he was visited by MACC officers yesterday, and had a brief statement taken from him.

"They only took a three or four-liner statement based on the police report I made," said Manikavasagam, who had previously expressed his dislike on the idea of MACC investigating the issue due to a brush with them over the unsolved Kampung Perepat land grab issue.

12 May 2010

DAP LA'NATULLAH

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras kebiadapan DAP yang angkuh mempermainkan isu kalimah ALLAH dalam kempen pilihanraya kecil Sibu walaupun larangan telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini jelas satu sikap kurang ajar yang mencabar bukan sahaja pihak berkuasa, tetapi juga umat Islam.

Adalah jelas DAP langsung tidak menghormati aqidah dan sensiviti umat Islam. Keangkuhan dan kebiadapan DAP ini sudah sampai keperingkat yang mereka merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh disentuh langsung!

Mereka mendesak secara terbuka supaya Kerajaan menarik balik rayuan yang dibuat ke Mahkamah Rayuan dan membenarkan pihak Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti yang ALLAH punya anak! Dan untuk menghalalkan tindakan dan tuntutan mereka, DAP telah membawa masuk PAS sebagai penyokong mereka.

Dalam satu majlis "Christian Fellowship of Pakatan Rakyat" di Sibu semalam, calun DAP Wong Ho Leng menyatakan "PAS boleh mengisytiharkan bahawa langsung tidak ada apa-apa larangan didalam Al Quran yang melarang penggunaan kalimah (ALLAH ini oleh golongan Kristian)..." (sila lihat lapuran dibawah).

Saya sangat sedih melihat parti yang dahulunya dikenali dengan perjuangan Islam yang jelas, dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan Negara Islam dan Daulah Islamiyyah, boleh bersekongkol dengan perkara saperti ini.

Sudahlah di pilihanraya kecil Hulu Selangor calun yang pernah mempertikaikan perlaksanaan enakmen hudud, qisas dan ta'zir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan PAS!

Persoalan besarnya ialah, apa nak jadi dengan PAS?! Saya menyeru kepada ahli akar umbi PAS yang saya yakin sangat komited dengan perjuangan Islam, saya menyeru kepada pendakwah dan pejuang Islam didalam PAS yang sangat ikhlas dalam perjuangan mereka, saya menyeru para 'ulama dan 'ilmuan Islam yang jujur yang masih ada didalam PAS, marilah selamatkan PAS daripada terus hanyut dalam buaian mimpi indah duniawi ini yang akan menghancur dan merosakkan PAS.

Marilah kita bawa balik PAS k2epada perjuangan Islam yang sebenarnya, berjuang diatas landasan Al Quran dan Sunnah. Janganlah kita persia-siakan pengorbanan Almarhum Dr. Burhanuddin Helmi, Almarhum Ustadz Zulkifli Mohamed, Asyahid Ustadz Ibrahim Libya dan ramai lagi yang telah berkorban harta dan nyawa untuk perjuangan Islam.

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Wallahua'lam. Moga ALLAH memberikan kita hidayah dan keimanan didalam fitnah aqidah yang melanda umat masakini, dan moga ALLAH memberikan keampunan kepada semua mereka yang masih mahu mempertahankan iman masing-masing. Memang kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman, zaman fitan, zaman fitnah yang telahpun disabdakan oleh Rasulullah saw.

Kita dapat melihat dengan jelas DAP langsung tidak menghormati Mahkamah yang sedang dalam proses mendengar rayuan bersabit isu ini. Ini adalah satu penghinaan kepada Mahkamah. Dalam bahasa undang-undang, ini dipanggil sub-judis yang boleh dikenakan tindakan komital oleh Mahkamah.

Inilah golongan yang bila orang lain membuat komen kepada kes Mahkamah, mereka akan melalak kononnya kita tidak menghormati dan menghina Mahkamah. Contohnya dalam kes liwat yang sedang berlaku sekarang, langsung tak boleh nak komen. Sampai ada akhbar menyiarkan gambar katil tempat Saiful diliwat pun dia bising satu dunia, sampai nak penjarakan orang. Bila Dato Seri Nazri melabel pakar forensik mereka sebagai penipu kerana tidak mahu datang Mahkamah dalam kes Teoh Beng Hock, segera mereka melalak nak ambil tindakan menghina Mahkamah dan nak memenjarakan Dato' Seri Nazri.

Tapi bila mereka sendiri secara terang-terang menghina Mahkamah dengan memainkan isu kalimah ALLAH, itu didakwa kononnya sebagai hak demokrasi, hak bersuara.


Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
28 Jamadil Awal 1431
12 Mei 2010

#################################

(Petikan lapuran daripada akhbar The Star hari ini Rabu 12 Mei 2010)

DAP to go on Allah issue

SIBU: The DAP will go ahead with the “Allah” issue in its campaign, ignoring police warning to all political parties that they can be detained under the Sedition Act and Internal Security Act.

Its candidate for the by-election, Wong Ho Leng, said nothing would deter him and other Pakatan Rakyat leaders from conveying the truth to the people on the matter.

“The facts must be made known,” he told a press conference here yesterday.

(Getting together: Nizar and Wong greeting the crowd after arriving at the DAP ceramah in a hotel in Sibu on Monday. With them are (from left) Datuk Chua Jui Meng, Seputeh MP Teresa Kok, Subang Jaya assemblywoman Hannah Yeoh, Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham and Dr Tan).

Wong said the Home Ministry must withdraw its appeal against the High Court's decision which had overruled the government prohibition on the use of the word “Allah”.

“PAS is able to declare that there is absolutely nothing in the Quran which forbids the use of the term and has been steadfast in the rights to freedom of religion of non-Muslims,” he said.

On Monday night, Christian leaders from Pakatan held a fellowship to share their political calling.

Dr Tan Kee Kwong, a PKR central committee member, called on Christians in Sibu to use their conscience in picking a clean and incorruptible elected representative.

Dr Tan urged them to vote for Wong if they loved the country and children.

“If Sibu can change, the whole of Sarawak can change,” he said.

Wong invited the audience to query former Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, who was present, on PAS leadership and the allegations made against the party by Barisan Nasional leaders.

“Nizar is here, so ask him whatever question you have about PAS. Satisfy yourself before you go home tonight,” he said.

He refuted the allegation by Sarawak United People's Party that a vote for DAP was a vote for PAS.

10 May 2010

KES AMINULRASYID: POLIS DITUDUH


Salam 2 all.

Koperal Jenain Subi, 48 tahun, daripada IPD Shah Alam dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi dan dikenakan pertuduhan menurut Seksyen 304A Kanun Kesiksaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzahdengan pertuduhan "kamu telah, diantara jam 1.10 pagi dan 2 pagi Isnin 12 Jamadil Awal 1431 / 26 April 2010 menyebabkan kematian Allahyarham adik Amnulrasyid Amzah di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam".

Seksyen 304A Kanun Kesiksaan adalah peruntukkan kesalahan menyebabkan kematian dengan cuai dimana "barangsiapa menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan apa-apa perbuatan gopoh, atau cuai tidak terjumlah kepada mematikan orang dengan salah, hendaklah disiksa dengan penjara selama yang boleh sampai 2 tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya".

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Duzuki Mokhtar. Koperal Jenain, yang diwakili peguam Salim Bashir tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan. Memandangkan ini adalah kesalahan yang boleh dijamin, Timbalan Pendakwa Raya telah menwarkan jaminan berjumlah RM35,000-00. Namun dibantah oleh peguam Salim Bashir yang meminta ianya dikurangkan. Akhirnya Hakim M Gunalan membenarkan Koperal Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes ini akan disebut semula pada 10 Julai 2010.

Saya tidak pasti mengapa Koperal Jenain, yang berasal dari Sabah, dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 304A yang hukumannya tidaklah seberat mana berbanding dengan pertuduhan dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman mati ditali gantung. Kebiasaannya pesalah pertama jika disabit kesalahan dibawah Seksyen 304A akan dikenakan hukuman beberapa bulan sahaja dan mungkin juga dengan denda.

Dengan pertuduhan terhadap Koperal Jenain ini, saya berpendapat pihak Polis sepatutnya
mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada ibu dan keluarga Allahyarham adik Aminulrasyid kerana menuduh Allahyarhman sebagai penjenayah semasa memberikan kenyataan awal berkenaan kes ini. Kenyataan inilah yang menyebabkan ibu dan keluarga Allahyarham berasa sangat terkilan dan sedih. Oleh itu saya sarankan YB Menteri menasihatkan pihak polis supaya menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada ibu dan keluarga Allahyarham secara terbuka.

Saya juga mencadangkan supaya cara perlantikan anggota, latihan asas serta latihan dalam perkhidmatan pasukan polis dikaji semula. Saya berasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang diamalkan setakat ini kerana kalau seorang anggota yang agak senior saperti Koperal Jenain dan seorang anggota yang masih mentah saperti dalam kes di Negeri Sembilan baru-baru ini boleh melepaskan tembakan kepada orang awam tanpa sebab yang menasabah. Apakah "Standard Operating Procedure" bagi penggunaan senjata api dikalangan anggota polis; dan kajian perlu dibuat samada SOP senjata api ini perlu dikaji semula.

Apa yang penting, kita mesti mencari jalan keseimbangan diantara keperluan keselamatan awam dan keselamatan anggota pasukan polis dalam memastikan usaha pencegahan dan pembenterasan jenayah akan dapat dilaksanakan dalam keadaan "win-win situation". Kita juga tidak mahu dalam keadaan kita terlalu menjaga keselamatan awam dan individu, akhirnya menyebabkan pasukan keselamatan kita dikompromi sehingga mereka menjadi takut dan ragu-ragu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Kita tidak mahu suasana saperti disesetengah negara maju yang kononnya terlalu menekankan hak individu, akhirnya pasukan polis mereka menjadi hampir lumpuh dan tidak berupaya mengekang kegiatan jenayah; hanya kerana hak individu penjenayah sudah terlampau hebat diberikan.

Apa pun, saya berharap episod sedih kematian Allahyarham adik Aminulrasyid akan menjadi pengajaran buat kita semua. Disatu pihak, kita perlu melihat semula cara penjagaan dan pengawasan anak-anak yang semakin rapuh didalam masyarakat kita; dan diwaktu yang sama keperluan mempunyai pasukan polis yang mesra rakyat dan tidak menjadi "polis koboi" bertindak mengikut sesuka hati mereka.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
26 Jamadil Awal 1431
10 Mei 2010


*Gambar atas kanan "Perjalanan Terakhir Allahyarham Adik Aminulrasyid Amzah" pada hari Isnin 12 Jamadil Awal 1431 / 26 April 2010.
*Gambar atas kiri: Koperal Jenain Subi dan Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah.

07 May 2010

BOLA-JUDI

Salam 2 all.

Saya mengutuk keras cadangan Kementerian Kewangan untuk membenarkan pertaruhan dan perjudian bagi Pertandingan Akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan Jun depan. Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan semasa menjawab soalan YB Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara semalam.

Dua alasan besar yang dikemukakan mengenai cadangan ini ialah:

1. para penjudi akan membuat pertaruhan juga samada berlesen atau tidak;
2. sekiranya dilesenkan, kerajaan dijangka dapat mengutip hasil daripada pelesenan tersebut. Dan hasil tersebut akan digunakan untuk membangunkan sukan dinegara ini.

Saya berpendapat alasan-alasan tersebut terlalu dangkal dan tidak masuk akal langsung.

Kita tidak perlu bincang isu ini dari segi hukum syara'. Judi dan hasil daripadanya adalah haram! Full stop! Kalau yang ini pun tidak faham, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka di Kementerian kewangan.

Kementerian Kewangan sepatutnya lebih daripada sedar bahawa cadangan itu bukan sahaja bertentangan dengan syara', malahan bercanggah dengan dasar Islam hadhari yang diterapkan dalam kepimpinan hari ini.

Kedua, bolasepak Piala Dunia FIFA adalah satu sukan yang sangat digilai khususnya golongan belia dan remaja.. Membenarkan pertaruhan perjudian diamalkan bagi sukan yang berpengaruh ini sudah tentu akan memberi isyarat yang salah kepada para remaja dan belia bahawa judi dan sukan itu serasi dan sinonim.

Ketiga, pendekatan "if you can't beat them, join them" telah diamalkan secara salah dalam isu ini. Ia menggambarkan seolah-olah kerajaan sudah berputus asa dan menyerah kalah kepoada kegiatan perjudian kerana alasan yang diberi kalau tidak dilesenkan pun mereka akan buat juga! Jadi baik kita sapu, tidak kira halal atau haram.

Keempat, ini juga akan memberi kesan sampingan yang serius terutama kepada kegiatan pinjaman wang haram ataupun lebih dikenali sebagai Ah Long. Kita semua sedia maklum bahawa kebanyakan kes membabitkan pinjaman Ah Long adalah kerana kegiatan pertaruhan dan perjudian. Sudah tentu remaja dan belia yang ingin bertaruh dan tiada mempunyai sumber kewangan akan terdedah kepada gejala pinjaman Ah Long ini.

Dan kita semua tahu apa kesan kepada kegiatan pinjaman Ah Long ini. Kehidupan keluarga jadi huru hara, kegiatan jenayah meningkat dan kezaliman Ah Long akan menjadi-jadi.

Kelima, unsur pertaruhan perjudian dalam Piala Dunia ini akan menggalakkan amalan rasuah dan sogokan terhadap pemain dan pengurusan pasukan bola yang terlibat. Sudah pasti para bookie dan syarikat perjudian akan berusaha untuk "menetapkan perlawanan" supaya mereka akan dapat mengaut lebih banyak keuntungan. Apa sangatlah untuk berbelanja sejuta dua kepada para pemain dan pengurus pasukan kalau keuntungan yang akan diperolehi adalah berlipat kali ganda!!

Keenam, bagaimana mungkin kita akan mendapat kejayaan dan kecemerlangan didalam bidang sukan kalau bidang ini dibiayai pembangunannya daripada hasil judi. Langsung tiada keberkatan!!

Kita sepatutnya mengambil pendekatan pencegahan. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Ini falsafah yang sudah naik kematu telinga kita mendengarnya. Tapi bagaimana Kementerian Kewangan boleh menjadi pekak kepada falsafah ini dan lebih mementingkan keuntungan daripada kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara! Kelihatannya dasar yang diamal adalah "judi didahulukan, keuntungan di utamakan!".

Saya menyeru Kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri supaya membatalkan cadangan memberi lesen pertaruhan dan perjudian untuk sukan Piala Dunia 2010 ini. Dahulukanlah kebajikan dan kepentingan rakyat dan umat, daripada keuntungan daripada hasil judi ini. Yakinlah bahawa apa juga yang asasnya daripada kemungkaran tidak akan membawa kita kemana. Bukan sahaja bidang sukan kita akan rosak dan hancur, malahan pembangunan insaniah umat dan rakyat akan menjadi rosak dan hancur.

Saya juga mendesak Majlis Fatwa dan para Mufti supaya segera mengeluarkan fatwa melarang Kerajaan daripada memberikan lesen perjudian dan pertaruhan kepada siri Piala Dunia ini. Saya harap mereka tidak mengambil sikap mendiamkan diri dan mejadi malaikat bisu apabila kemungkaran besar akan dilakukan oleh pemerintah. Para ulama' wajib menasihati dan menegur para umarak ini!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
23 Jamadil Awal 1431
07 Mei 2010

##############################

(Petikan lapuran akhbar The Star Jumaat 07 Mei 2010)

THE GOVERNMENT MAY LEGALISE SPORTS BETTING
Kuala Lumpur: 6 May

THE Government is seriously considering legalising sports betting before the World Cup Finals next month, Datuk Dr Awang Adek Hussein said.

The Deputy Finance Minister, however, did not say when a decision would be made. Replying to Senator Ng Fook Heng, Dr Awang Adek estimated that illegal bets in World Cup matches would amount to millions of ringgit.

“This is not impossible,’’ he said, referring to the amount involved in betting, adding that however, the Government did not have an exact figure.

At the Parliament lobby later, Dr Awang Adek said the Govern­ment was seriously considering legalising sports betting with the World Cup matches “so near now”, adding:

“There will be many bookies placing bets on the matches anyway. Those who want to do it (gamble) will do it, whether it is legal or not.”

Pointing out that the Govern-ment was aware that so much money was involved, Dr Awang Adek said: “The Government can benefit from it and use the revenue to develop sports.”

Dr Awang Adek said it would benefit everyone if the revenue was used for sports development.

“Of course, we don’t want to appear as if we are encouraging gambling and gaming but it will arise, in any case,” he added.

He also said illegal bookies would go about their activities.

“So, it’s whether we leave them to do it unregulated on their own or the Government should try to regulate it in a manner in which it is controlled.”

Asked if the ministry had received applications for gaming licences, he said it would be unfair to reveal this as the Government had yet to make a decision on the matter.

BILA MASA TERHENTI

Salam 2 all.

Saya sekarang berada di Wad Baldu, Bilik No.2, HUKM sejak lepas isya lagi. Sepupu saya Nafisah Tajuddin sedang nazak ketika ini. Beliau ditimpa penyakit kanser, dan setelah rawatan dibuat, kemoterapi telah pun dilalui Nafisah, tetapi tidak berhasil.

Kata doktor sebentar tadi, kalau nak bawa balik pun boleh. Ikut jangkaan doktor Nafisah tidak punya banyak masa lagi. Keluarga buat keputusan untuk terus berada di wad.

Alhamdulillah seluruh ahli keluarga berada termasuk suami Nafisah iaitu Azahari, kesemua anak-anak Nafisah pun ada. Kini masing-masing sedang baca surah Yaasin. Bersyukor juga erana ayah Nafisah (pak menakan saya iaitu adik ibu saya) dan ibunya Cik Yah turut berada disisi sekarang. Adik beradik lain semua ada iaitu Mail (abang sulong), Faizah dan suaminya Daud, Zuki dan Basri. Ibu saya turut ada. Mereka semua baru sahaja beberapa minit tadi sampai dari Baling Kedah.

Nafisah ni anak bongsu. Sebab tu kami panggil dia Adik. Dalam lingkungan umur awal 30an. Cukup ramah dan rajin bersembang. Dengan saya walaupun sepupu tapi cukup rapat kerana keluarga ibu saya kecil saja, iaitu berdua dengan ayah Nafisah.

Melihat Adik terlantar dikatil diantara dunia fana dan barzakh, bergelutan dengan kesakitan kanser yang mencengkam, terasa saya betapa kerdilnya kita dihadapan ALLAH. Tampak jelas betapa hiasan dunia tidak membawa makna kepada kita. Diwaktu sebegini, prioriti kita hanya dengan ALLAH. Keluarga terdekat sahaja yang membawa makna kepada kita. Adik sangat bernasib baik kerana punya ahli keluarga yang tidak lekang memperingatkan dan menyebut kalimah tauhid La ila ha illallah, diselang seli kalimah uluhiyyah dan rububiyah ALLAH, dan diselangseli dengan bacaan Yaasin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah.

Adik, aku tahu kau tidak lagi mendengar suara kami. Dan aku tahu suara kami tidak lagi penting buat mu sekarang. Hanya kami iringi dengan kalimah toyyibah dan nama agong ALLAH azzawajala. Aku tidak akan berhenti mengiringi mu dengannya. Dan aku berdoa dimalam Jumaat penuh barakah ini, kalau kesembuhan itu adalah baik bagimu, maka Kau berikanlah kesembuhan segera kepadanya ya ALLAH. Tapi kalau kematian itu baik untuknya, maka Kau ambillah Adik dengan keampunan dan rahmat serta kasih sayang Mu ya ALLAH. Amin ya rabbal 'alamin.

Wassalam.



Zulkifli Bin Noordin
Jumaat (1225am)
23 Jamadil Awal 1431
07 Mei 2010
Wad Baldu Bilik 2
HUKM

04 May 2010

TAHNIAH YB EZAM


(YB Senator Ezam bersama ibu, isteri dan anak-anak meraikan perlantikan beliau sebagai Senator semalam di Dewan Negara)

Salam 2 all.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Sdr. Mohd. Ezam Mohd. Nor yang dilantik menjadi Senator dan mengangkat sumpah semalam Isnin 19 Jamadil awal 1431/ 03 Mei 2010 di Dewan Negara bersama dengan YB Datuk G. Palanivel, YB Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan YB Datuk Noriah Mahat.

Semoga perlantikan sebagai Senator ini akan memberi medan baru untuk YB Sdr. Ezam meneruskan agenda perjuangan reformasi dan amar ma'ruf nahi mungkar.

Saya secara peribadi mengenali Sdr. Ezam dan melalui beberapa saat pahit dan manis bersama dengan beliau dalam perjuangan reformasi. Ezam dengan pengkhususan kepada reformasi anti-rasuah dan salahguna kuasanya, saya dengan reformasi berteraskan perjuangan memartabatkan Islam dan sistem keadilan syariat. Apa yang saya tahu, kekentalan semangat perjuangan Ezam sangatlah tinggi, dan saya yakin tiada siapa boleh pertikaikan kesetiaan dan istiqomah beliau dalam perjuangan untuk reformasi.

Kami sama-sama pernah ditahan ISA. Lokap dan penjara merupakan rumah nombor dua kami. Kami pejuang reformasi selalu berpesan kepada keluarga apabila keluar rumah untuk brjuang (termasuk berceramah) dengan pesanan jangan harapkan kami pulang bebas. Kemungkinan lokap menjadi tempat tidur malam itu.

Saya tahu akan ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikan Sdr. Ezam. Malahan sudah ada pun bunyi sumbang dikalangan budak-budak ingusan yang menyindir kononnya perlantikan Ezam adalah habuan buatnya kerana keluar PKR dan hentam parti sebelum masuk UMNo. Yang budak ingusan ni terlupa, begitu jugalah calun yang dia takbirkan siang malam di Hulu Selangor baru-baru ini. Orang yang cabut daripada UMNo, hentam UMNo kemudian masuk PKR terus dapat habuan jadi calun Parlimen! Orang lama yang berjuang siang malam tinggal kelabu asap je. Dr. Badrul Amin putih mata, Shamsul Iskandar pun melepas, padahal perjuangan mereka dalam PKR tidak ada tolok bandingnya. Kekadang budak-budak ingusan ni kalau bercakap tak mau pakai otak. Tu lah masalahnya kalau takde kerja lain dok cari salah orang, salah diri sendiri haram tak nampak. Kata orang pepatih, "kuman seberang laut nampak, gajah dopan mato haram dio tak nampak!!".

Apa pun, tahniah kepada Sdr. Ezam. Moga ALLAH memberikan petunjuk dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan ini insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
20 Jamadil awal 1431
04 Mei 2010